KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... ·...

24
KEMAHIRAN MENULISKARANGAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID INDIA TAMIL KELAS PERALIHAN: KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI R. SIVANANTHAN AIL V. RAMASAMY @ RAMIAH LAPORAN PROJEK SARJANA INI DlKEMUKAKAN BAGIMEMENUHISYARATUNTUKMEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDlKAN FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS

Transcript of KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... ·...

Page 1: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

KEMAHIRAN MENULISKARANGAN BAHASAMELAYUDALAM KALANGANMURID INDIA TAMIL KELAS PERALIHAN:KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI

R. SIVANANTHAN AIL V. RAMASAMY @ RAMIAH

LAPORAN PROJEK SARJANA INI DlKEMUKAKANBAGIMEMENUHISYARATUNTUKMEMPEROLEH

IJAZAH SARJANA PENDIDlKAN

FAKULTI BAHASAUNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS

Page 2: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

iv

ABSTRAK

KEMAIDRAN MENULIS KARANGAN BAHASAMELAYU DALAMKALANGAN MURID INDIA TAMIL KELAS PERALIHAN:

KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI

Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan aspek kelemahan yang seringkalidibuat oleh murid Kelas Peralihan semasa menghasilkan esei jenis gambaran.Seramai 30 orang murid India Tamil dari SMK Menglembu, Ipoh telah dipilihmenjadi sampel kajian. Pengkaji ingin meninjau tahap kebolehan murid dalam

penulisan karangan jenis imaginasi. Tahap kebolehan murid menghasilkan bahan

karangan dilihat berdasarkan kecekapan berbahasa Melayu, isi dan pengolahannya.Pengkaji ingin mengenal pasti faktor yang menjadikan murid lemah dalam

penguasaan kemahiran menulis, meninjau sejauh manakah aktiviti membaca,mendengar rancangan televisyen dalam bahasa Melayu dan gred keputusan karanganlalu mempengaruhi tahap penulisan esei. Semua responden diminta mengisi lengkapborang soal selidik dan seterusnya menghasilkan karangan jenis gambaran berpandukepada tajuk yang disediakan oleh pengkaji sendiri.

Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Hasil

kajian menunjukkan bahawa murid lemah dalam penulisan karangan. Markah puratasampel kajian bagi kebolehan secara keseluruhan adalah sebanyak 18.3%, manakalakebolehan dari segi penyampaian isi adalah 4.67%, dan kebolehan penguasaan bahasacuma 13.21%. Kesemuanya dalam tahap lemah kecuali aspek penyampaian isi padatahap sangat lemah. Beberapa aspek kelemahan yang dilakukan oleh sampel dikenalpasti antaranya ialah; kelemahan bahasa, kelemahan teknik mengarang, kelemahan isi,dan kelemahan dalam tulisan. Kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan murid

terhadap bahan bacaan dan media elektronik berbahasa Melayu dapat membantumenghasilkan karangan pada tahap yang lebih baik berbanding dengan murid yangkurang pendedahan terhadap bacaan berbahasa Melayu. Pada akhir kajian, pengkajiada mengemukakan cadangan untuk mengatasi kelemahan dalam kemahiran menulis

karangan dalam kalangan murid India Tamil Kelas Peralihan.'

Page 3: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

v

ABSTRACT

WRITING SKILLS FOR BAHASAMELAYUESSAY AMONG STUDENTS OFINDIAN TAMIL ORIGIN STUDYING IN

REMOVE CLASS: WEAKNESSES AND SOLUTIONS

The aim of this investigation is to scrutiny the aspects of weaknesses made byRemove Class students while writing descriptive essays. A total of 30 Tamil RemoveClass pupils were surveyed as samples for this study. Students from SMK

Menglembu, Ipoh were taken as samples for this study. The researcher wishes to

gauge the students ability level to write descriptive essays which in total, covers theareas of language competence, point relevance, as well as the overall presentation ofthe essay in Malay language. Factors leading to why students normally weak in the

mastery of the writing skins are identified. Other factors to be considered are theextend of reading among the samples, how much do they follow the Malay electronicmedia and whether the previous results for the essay writing influences the abilitylevel of the students in writing essays. All samples were made to write a descriptiveessay and to complete the questionaires which were prepared by the researcher.

Datas of the essay and the questionaires were analyzed and interpreted to

fulfill the survey questions. It is comprehended that students were generally weak inwriting essays. The average marks obtained by the samples for overall achievementwere 18.3% whereas achievements in terms of presentations of points were at 4.67%and for competence of the language were at 13.21%. All were categorized under thebelow average leveL Aspects of weaknesses shown by the samples were identified,that is language incompetence, weak writing techniques, weak points and difficulty incomprehending what was written. This study also shows that if students are exposedto reading materials and electronical media in Malay language, this would help themto produce essays of a better quality compared to students who try to overcome this

problem without such language competency exposure.

Page 4: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

KANDUNGAN

PENGAKUAN (B.M.)PENGHARGAANABSTRAKABSTRACTKANDUNGANSENARAI RUJUKANSENARAI JADUALSENARAI RAJAHSENARAI SINGKATAN

BAD I: PENDAHULUAN1.1 Latar Belakang Kajian1.2 Permasalahan Kajian1.3 Tujuan Kajian1.4 Soalan Kajian1.5 Kepentingan Kajian1.6 Batasan Kajian1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Kemahiran Menulis1.7.2 Faktor1.7.3 Murid1.7.4 Karangan1.7.5 Bahasa Pertama1.7.6 Bahasa Kedua

BADD TINJAUAN LITERATUR2.0 Pengenalan2.1 Literatur Berkaitan

2.1.1 Konsep Kemahiran Menulis2.1.2 Konsep Karangan Jenis Gambaran2.1.3 Kaitan Teori Behavioris dengan Kemahiran Menulis2.1.4 Model Kajian2.1.5 KWHL Model Frayer2.1.6 Ciri-ciri Sebuah Karangan Yang Lengkap

2.2 Kajian Berkaitan2.3 Pengajaran Menulis Melalui Pendekatan Proses2.4 Kesimpulan

VI

Mukasurat

iiiiiIV

V

viviiiixx

x

167881111111212121315

1717172224262930374853

Page 5: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

BAD III

BABIV

BABV

vii

KAEDAH KAJIAN3.0 Pengenalan3.1 Reka Bentuk Kajian3.2 Populasi dan Sampel Kajian

3.2.1 Pewajaran Pemilihan Sampel Kajian3.3 Alat Kajian

3.3.1 Tajuk Karangan3.3.2 Ujian Penulisan Karangan Bahasa Melayu3.3.3 Pemilihan Karangan sebagai Alat Kajian3.3.4 Soal Selidik3.3.5 Praujian3.3.6 Kaedah Temu Bual

3.4 Prosedur Pengumpulan Data3.4.1 Atur Cara Sebelum Penyelidikan3.4.2 Atur Cara Semasa Kajian3.4.3 Atur Cara Selepas Kajian

3.5 Prosedur Penganalisisan Data3.5.1 Analisis Deskriptif3.5.1.1 Analisis Deskriptif: Ujian Penulisan Karangan3.5.1.2 Analisis Deskriptif: Soal Selidik Murid3.5.2 Analisis Statistik

5454555656575758596060606161626464656666

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN4.1 Pendahuluan4.2 Perihalan Sampel4.3 Keputusan Kajian4.4 Kesimpulan

69697099

RUMUSAN5.0 Kesimpulan 1015.1 Rumusan Aspek Kelemahan 1025.2 Rumusan Tentang Masalah Yang Kerap Dihadapi Oleh Murid 106

Dalam Penulisan Karangan5.3 Cadangan Ke Arah Mengatasi Kelemahan Menulis Karangan 107

Dalam Kalangan Murid India Kelas Peralihan5.4 Rumusan Model Kajian 1085.5 Langkah Mengatasi Masalah Penulisan 109

5.5.1 Pengajaran Pemulihan 1135.5.2 Penggunaan Petikan Sebagai Bahan Rangsangan 113

5.6 Cadangan Kajian Lanjut 1175.7 Penutup 118

Page 6: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

viii

SENARAI RUJUKAN

Surat Pengesahan Pelajar Untuk Membuat PenyelidikanLampiran A Kertas Ujian Penulisan Karangan BahasaMelayuLampiran B Soal Selidik Murid

Lampiran C Contoh-Contoh Karangan PeJajar

Page 7: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

ix

SENARAIJADUAL

Jadual Muka Surat

1.1 Analisis Keputusan Peperiksaan Awal Tahun 2010 5Kelas Peralihan (SMK Menglembu, lpoh)

1.2 Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 6Kelas Peralihan (SMK Menglembu, lpoh)

1.3 Bahasa Pertama 141.4 Bahasa Kedua 153.1 Taburan Sampel Kajian 553.2 Pembahagian Sampelan Menurut Jantina 563.3 Tahap Kebolehan Murid Secara Keseluruhan 633.4 Tahap Kebolehan Pelajar Dari Segi Pengolahan lsi 633.5 Tahap Kebolehan Pelajar Dari Segi Penguasaan Bahasa 644.1 Status Sosioekonomi Bagi Sampel Kajian 704.2 Tahap Kebolehan Murid 714.3 KA 1: Pengaruh Bahasa Pasar 764.4 KA 2: Pola Ayat Yang Salah Daripada Segi Makna 764.5 KA 3: Struktur Bahasa Tamil 774.6 KE 1: Kesalahan Ejaan Yang Dipengaruhi Oleh Bahasa 78

Melayu Lisan4.7 KE2: Kesalahan Ejaan Yang Tidak Tepat Dipengaruhi 78

Oleh Kecuaian Murid4.8 KE3: Ejaan Yang Tidak Tepat Tetapi Hanya Dapat 79

Diketahui Maksud Melalui Konteks Ayat4.9 KK 1: Kesalahan Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat 804.10 KK2: Kesalahan Penggunaan Kata BahasaMelayu Lisan 804.11 KK3: Penterjemahan Perkataan Bahasa Tamil Secara Langsung 734.12 KK4: Kesalahan Penggunaan Kata Dari Segi Semantik 814.13 K1 1: Mengabaikan Penggunaan Imbuhan 824.14 K12: Penyalahgunaan Imbuhan 824.15 HB 1: TidakMenggunakan HurufBesar Bagi Perkataan 83

Pertama Dalam Ayat Baharu4.16 HB2: Nama Khas Yang Tidak Dimulakan HurufBesar 834.17 HB3: Menggunakan HurufBesar Pada Tempat Yang Tidak 84

Memerlukannya4.18 Kesalahan Dalam Penggunaan Tanda Baca 844.19 Jenis-Jenis Masalah Yang Penulisan Karangan (Berdasarkan 91

Respons Dalam Soal Selidik Murid)4.20 Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Semasa Menulis Karangan 93

Bahasa Melayu (Komen Guru)4.21 Pendedahan Murid Terhadap Bahan Bacaan, Rancangan 95

Televisyen, dan Siaran Radio Berbahasa Melayu (KumpulanTahap Sederhana)

Page 8: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

4.22

Rajah2.12.22.32.42.52.62.73.14.15.1

ABMB1B2HBKAKEKIKKKBKK

KBSRKBSMKPMKPBMP&PPMRSRK

SJK(C)SJK(T)SMKSMJKSPMTESLUPSR

Pendedahan Murid Terhadap Bahan Bacaan, RancanganTelevisyen, dan Siaran Radio Berbahasa Melayu (KumpulanTahap Lemah & Sangat Lemah)

SENARAI RAJAH

Penghasilan Karya PenulisanKaitan Teori Behavioris Dengan Kemahiran MenulisModel KajianKWHL Model FrayerBinaan Karangan Sebagai Wacana

Karangan BerfokusAktiviti Dalam Peringkat Proses MenulisModel Pengumpulan dan Penganalisisan Data PenyelidikanPertalian antara Penulisan dan Bahan BacaanRumusan Model Kajian

SENARAI SINGKATAN

Amalan Bahasa MalaysiaBahasa PertamaBahasa KeduaKesalahan HurufBesarKesalahan AyatKesalahan EjaanKesalahan Penggunaan ImbuhanKesalahan Penggunaan KataKemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Kurikulum Barn Sekolah RendahKurikulum Bersepadu Sekolah MenengahKumpulan PelajarMelayuKumpulan Pelajar Bukan MelayuProses Pengajaran dan PembelajaranPenilaian Menengah RendahSekolah Rendah KebangsaanSekolah Jenis Kebangsaan CinaSekolah Jenis Kebangsaan TamilSekolah Menengah KebangsaanSekolah Menengah Jenis KebangsaanSijil Pelajaran MalaysiaTeaching ofEnglish as a SecondLanguageUjian Pencapaian Sekolah Rendah

x

96

Muka Surat212628303334506874108

Page 9: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

BAB1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Penuntut Kelas Peralihan India Tamil ialah golongan murid yang masuk ke sekolah

menengah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T». Pada peringkat sekolah

rendah, kalangan murid ini mengikuti semua mata pelajaran dalam bahasa pengantar

bahasa Tamil kecuali Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini bermaksud peranan

bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendukung fungsinya

sebagai bahasa akademik tidak dapat dimajukan di sekolah vernakular. Bagaimanapun,

BahasaMelayu wajib dipelajari sebagai satu mata pelajaran. Ini bersesuaian dengan syor

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, perenggan 12 yang mengesyorkanjenis sekolah

SMJK dan sekolah-sekolah menengah yang demikian ini bahasa Melayu dan Inggeris

wajib diajar (2005: 20).

Murid-murid SJK (T) yang mencapai kelulusan Bahasa Melayu di bawah tahap

penguasaan minimum, iaitu tidak memperoleh Gred C dalam kedua-dua peperiksaan

Penulisan dan Bahasa Melayu atau setakat memperoleh gred D dan gred E dalam mata

pelajaran tersebut dalam UPSR akan ditempatkan di Kelas Peralihan selama setahun.

Kumpulan murid ini mengikuti semua mata pelajaran dalam Bahasa Melayu kecuali mata

pelajaran Bahasa Inggeris dan bahasa Tamil. Rasional penempatan murid dalam program

Page 10: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

2

Kelas Peralihan adalah untuk memberi pendedahan meluas kepada mereka dari SJK (T) supaya

mereka dapat bersedia mengikuti semua mata pelajaran dengan menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar bermula Tingkatan 1. Kelas Peralihan merupakan tahap transisi bagi

murid-murid yang datangnya dari SJK (T) untuk menguasai Bahasa Melayu selengkapnya

sebagai bahasa pengantar utama bagi semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran Bahasa

Inggeris, Sains dan Matematik yang telah diajar dalam bahasa Inggeris sejak tahun 2003.

Pelaksanaan KBSM menampakkan penuntut Kelas Peralihan mengikuti mata pelajaran

Bahasa Melayu secara intensif dengan jumlah waktu yang lebih banyak. Jumlah masa sebanyak

490 minit diperuntukkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dimuatkan dalam 14 waktu

seminggu. Selain mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan murid ini perlu mengambil mata

pelajaran Amalan Bahasa Malaysia (ABM) yang menekankan aplikasi bahasa Melayu dalam

mata pelajaran yang lain. Sejajar dengan matlamat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

bagi Kelas Peralihan, rancangan Kelas Peralihan adalah untuk mengukuhkan penguasaan bahasa

Melayu. Murid-murid dapat meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan sebagai

persediaan mengikuti alam pendidikan di sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar (1988: 1).

Pemyataan di atas cukup jelas, iaitu matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu adalah

untuk melengkapi dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid yang

berasal dari SJK (T). Ekoran daripada itu, kursus mata pelajaran Bahasa Melayu menekankan

pengukuhan dan peningkatan taraf kecekapan berbahasa dengan memberi perhatian lebih

terhadap 3M yang menjadi akronim kepada kemahiran mendengar, membaca dan menulis.

Page 11: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

3

Aspek bertutur dan penggunaan nahu yang baik tidak terpisah tatkala usaha diambil untuk

meningkatkan kecekapan berbahasa.

Dari segi penulisan, objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Kelas

Peralihan adalah untuk membolehkan murid-murid:

i. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kritis dan

kreatif serta berkesan dalam pelbagai situasi.

ii. Memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai mumi melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan

menulis (2003: 2).

Objektif di atas dikira amat berkesan dan sesuai untuk membolehkan murid-murid Kelas

Peralihan menguasai kecekapan berbahasa Melayu yang asas dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu selain menguasai kemahiran asas membaca, mendengar, dan bertutur. Bahasa Melayu

dalam KBSM adalah berasaskan kaedah penggabungjalinan bagi mencapai tahap kebolehan

berbahasa yang tinggi. Melalui gabung jalin, pengajaran seseorang guru harus membabitkan

empat unsur, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Proses pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu memerlukan kemahiran

guru, khususnya dalam proses dan tindak balas bahan yang disampaikan dalam pengajaran di

bilik darjah. Lantaran itu, guru seharusnya cekap melaksanakan proses pengajaran, berkongsi

pengetahuan dan kemahiran. Peningkatan taraf komunikasi murid dalam penulisan hanya akan

Page 12: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

4

dilihat berlaku sekiranya mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam suasana pembelajaran

yang menggalakkan pertumbuhan kebolehan penulisan mereka (Roselan Baki: 2003).

Meskipun objektifP&P Bahasa Melayu Kelas Peralihan diturunkan sebegitujelas, namun

pada hakikatnya prestasi murid-murid Kelas Peralihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

masih tidak memuaskan. Kenyataan ini terbukti benar apabila pengkaji membandingkan analisis

keputusan Peperiksaan Awal Tahun 2010 dan analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 di

sekolah SMK Menglembu, Ipoh bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan pencapaian mata­

mata pelajaran yang lain, temyata jelas pencapaian Bahasa Melayu mendukacitakan. Peratus

kelulusan Bahasa Melayu mencatatkan angka 63.1% bagi Peperiksaan Awal Tahun, manakala

peratus kelulusan Bahasa Melayu bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun merosot kepada 52.5%.

Ini bermakna sebanyak 47.5% murid gagal dalam BahasaMelayu dalam Peperiksaan

Pertengahan Tahun. Pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Awal Tahun hanya 6.8%

manakala 4.95% murid cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Peratus

kelulusan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun menjunam 10.6%. Hams diingat bahawa cuma

20 orang murid mencapai gred C (markah lulus 50-64%) dalam Peperiksaan Pertengahan.

Daripada 106 murid, sebanyak 72 orang mencapai gred 0 (40-49%) dan gred E (0-39%) dalam

Peperiksaan Pertengahan. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, mata pelajaran Bahasa

Melayu mencatatkan kelulusan yang paling rendah jika dibandingkan dengan mata-mata

pelajaran yang lain. Keadaan ini dapat dibuktikan daripada maklumat yang tercatat dalam Jadual

1.1 dan Jadual 1.2 seperti yang berikut:

Page 13: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

5

Jadual1.1: Analisis Keputusan Peperiksaan Awal Tahun 2010 Kelas PeralihanSMK Menglembu, Ipoh

Mata Gred Jumlah Tidak Jumlah Peratus

Pelajaran A B C D E Lulus Hadir Pelajar LulusBahasa 7 15 23 20 38 65 4 107 63.1

MelayuABM 4 20 33 17 28 74 5 107 72.5Bahasa 0 1 16 19 67 36 4 107 35.0

InggerisBahasaCina 4 22 26 12 23 64 1 88 73.6Pendidikan 0 18 22 3 5 43 0 107 89.6Seni

Jadual1.2: Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 Kelas PeralihanSMK Menglembu, Ipoh

Mata Gred Jumlah Tidak Jumlah Peratus

Pelajaran A B C D E Lulus Hadir Pelajar Lulus

Bahasa 5 9 20 24 48 53 5 106 52.5

MelayuABM 2 10 27 25 39 64 3 106 62.1Bahasa 3 15 27 16 41 61 4 106 59.8

InggerisBahasaCina 0 9 31 20 28 60 1 89 68.2Pendidikan 0 7 30 4 7 41 0 48 85.4Seni

Petunjuk Gred: A: 85-100%B: 70-84 %C : 50-69 %

D: 40-49%E: 0-39 %

Sumber : Laporan Prestasi Akademik SMK Menglembu, Ipoh

Page 14: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

6

1.2 Permasalahan Kajian

Setelah 53 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan, Kelas Peralihan, iaitu kelas khas

untuk murid-murid lemah dalam Bahasa Melayu dari SJK(T) wujud hampir di setiap sekolah

menengah. Kelas tersebut diadakan untuk menyediakan murid-murid mengikuti pendidikan

formal di sekolah menengah rendah (Tingkatan 1,2, dan 3) dan seterusnya di sekolah menengah

atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5) dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar. Persoalannya, mengapakah selepas 53 tahun negara kita merdeka dan bahasa Melayu

sudah pun lama dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita, namun masih ada

lagi murid-murid India yang berasal dari SJK (T) lemah dalam Bahasa Melayu? Hakikat ini

terbukti benar apabila pengkaji mendapati peratus kelulusan yang rendah kertas penulisan bagi

murid Kelas Peralihan dalam Peperiksaan Awal Tahun dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

di SMK Menglembu, Ipoh.

Berdasarkan laporan prestasi akademik SMK Menglembu, kita dapat membuat satu

penilaian bahawa prestasi penulisan karangan dalam kalangan murid Kelas Peralihan bagi

Peperiksaan Awal Tahun dan Pertengahan Tahun 2010 adalah tidak menggalakkan. Hal ini

demikian kerana dalam Peperiksaan Awal Tahun, cuma 42% murid lulus dalam penulisan.

Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, peratus kelulusan dalam penulisan cuma 10.4%. Ini

bermakna sebanyak 58% murid gagal dalam penulisan dalam Peperiksaan Awal Tahun dan

sebanyak 89.6% murid tidak lulus dalam aspek penulisan karangan dalam Peperiksaan

Pertengahan Tahun. Keadaan ini dengan sendirinya menggagalkan objektif Kementerian

Pendidikan Malaysia (2003: 62). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan Tahun

Page 15: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

7

2003 antara lain menggariskan objektif menjana keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,

dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Penulisan tersebut hendaklah

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Hasil penulisan itu

digalakkan jelas berangkai.

Menyedari takuk pencapaian murid-murid Kelas Peralihan dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah rendah, maka pengkaji rasa terpanggil untuk mengkaji antara aspek kelemahan

yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (B2),

khususnya dalam aspek penulisan esei Bahasa Melayu. Untuk menyempumakan kertas projek

ini, maka tajuk yang akan saya kaji ialah: "Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu dalam

kalangan murid-murid India Tamil Kelas Peralihan", Kajian ini khususnya untuk murid-murid

India Tamil Kelas Peralihan yang sedang belajar di dua kelas SMK Menglembu, Ipoh.

1.3 Tujuao Kajiao

Kajian tinjauan ini bertujuan:

1. Mengukur tahap kebolehan murid Kelas Peralihan dalam penulisan karangan jenis

gambaran dari segi penyampaian isi, dan dari segi kecekapan berbahasa.

2. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan yang dilakukan oleh murid Kelas Peralihan

ketika menulis karangan jenis gambaran.

3. Mengenal pasti masalah-masalah yang sering dilalui murid dalam penulisan karangan.

Page 16: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

8

4. Meninjau sarna ada faktor aktiviti membaca dan gred keputusan penulisan karangan yang

lalu mempengaruhi tahap kebolehan murid dalam penulisan karangan.

5. Menyarankan langkah-langkah berpada untuk mengurangi kelemahan murid-murid Kelas

Peralihan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

1.4 Soalan Kajian

Berdasarkan tujuan kajian, empat soalan kajian utama telah dibentuk, iaitu:

1. Apakah tahap kebolehan murid Kelas Peralihan dalam menulis karangan jenis gambaran?

2. Apakah aspek-aspek kelemahan yang dilakukan oleh murid Kelas Peralihan ketika

menulis karangan?

3. Apakah masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh murid dalam penulisan karangan?

4. Sejauh manakah aktiviti membaca dan mengikuti siaran media berbahasa Melayu, serta

gred keputusan penulisan karangan yang lalu mempengaruhi tahap kebolehan murid

dalam menulis karangan?

1.5 Kepentingan Kajian

Kemahiran menulis karangan ditinjau berdasarkan kemahiran komunikasi antara murid dan guru

sangat penting. Murid dapat mengenal pasti kelemahan mereka dalam bidang penulisan dan

dapat berusaha mengatasi masalah berkaitan. Seterusnya murid-murid memperbaiki mutu

Page 17: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

9

penulisan karangan di samping menyediakan diri menghadapi peperiksaan umum. Penulisan

karangan telah menggunakan format baharu bermula dari tahun 2008 berdasarkan Pekeliling

Pindaan dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah bagi Sukatan Pelajaran Tingkatan

3. Jadi, dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah terdapat satu soalan karangan

berdasarkan bahan rangsangan dan satu soalan karangan respons terbuka yang wajib dijawab

oleh murid-murid. Soalan karangan berdasarkan bahan rangsangan dimasukkan di bahagian B

dan karangan respons terbuka dalam Bahagian C Kertas 2 Bahasa Melayu PMR.

Di samping itu, kajian ini penting untuk membekalkan maklumat tentang perlakuan dan

proses mengarang murid-murid Kelas Peralihan untuk dijadikan hala tuju dalam perancangan

pedagogi. Perancangan berkaitan kemah iran menulis karangan perlu berlandaskan perlakuan dan

proses yang dilalui oleh penulis. Murray (1968: 1) menyatakan ragam seorang penulis berjaya

menghasilkan penulisan hendaklah didedahkan kepada murid-murid. Seseorang tidak mungkin

meneroka bagaimana penulis bekerja menghasilkan karya penulisannya hanya melalui bacaan

halaman yang disempumakannya. Seseorang itu perlu memerhatikan gelagat penghasilan bahan

penulisan untuk mendedahkan murid-murid kepada proses penulisan sebagaimana dilakukan

oleh penulis yang berjaya.

Dalam pengajaran di lapangan bilik darjah, umumnya kaedah mengarang secara tertib

kurang diberi penekanan. Kebanyakan guru membincangkan isi penting sesuatu tajuk dan

kemudian meminta murid menulis karangan lengkap. Jarang-jarang sekali ditemukan guru yang

membimbing anak murid secara bertahap untuk menghasilkan karangan yang berkualiti.

Menurut Abdul Hamid Mahmood, akibat penguasaan bahasa baku yang bererti kebolehan

Page 18: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

10

menguasai semua aspek kebahasaan, termasuklah aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa dan

kosa kata dilihat dalam konteks murid-murid Kelas Peralihan, didapati ramai yang menghadapi

pelbagai masalah dalam penguasaan bahasa Malaysia baku (2002: 104).

Kajian ini khusus tertumpu pada kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu dalam

kalangan murid Kelas Peralihan India Tamil yang sedang mengikuti pendidikan formal di

sekolah menengah kebangsaan kerajaan. Hasil daripada kajian ini, pengkaji berharap agar dapat

membantu guru untuk mengenali aspek-aspek kelemahan yang biasa dilakukan oleh golongan

murid tersebut ketika mereka menulis karangan Bahasa Melayu dan seterusnya guru dapat

membina bahan pemulihan dan latihan yang sesuai dengan tahap murid bagi mengurangi

kelemahan yang dilakukan oleh anak didik mereka.

Hasil daripada kajian ini berguna kepada pihak sekolah untuk merangka strategi yang

berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid, khasnya dari keturunan

India Tamil dalam usaha penghasilan karangan bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini cukup

berguna bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu kumpulan sasaran

pelajar sedemikian. Mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu akan menghadapi masalah

kerana semua murid wajib mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan untuk lulus

cemerlang, mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut terlebih dahulu.

Sememangnya kajian ini turut berguna kepada penulis buku teks dan buku aktiviti

Bahasa Melayu peringkat Kelas Peralihan, khususnya dalam aspek penulisan karangan Bahasa

Melayu.

Page 19: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

11

1.6 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membatasi tinjauan ke atas murid yang sedang belajar dalam Kelas

Peralihan seramai 30 orang. Bidang kajian pengkaji terbatas dalam penulisan karangan jenis

gambaran atau imaginasi. Fokus kajian pengkaji adalah untuk melihat kelemahan-kelemahan

yang dilakukan oleh murid-murid dalam aspek isi dan bahasa ketika mereka menulis karangan.

Sampel kajian terdiri daripada 2 Kelas Peralihan yang sedang mengikuti pendidikan formal di

SMK Menglembu, Ipoh. Alat kajian yang digunakan ialah penulisan karangan jenis gambaran,

soal selidik, dan kaedah temu bual dengan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di

Kelas Peralihan kedua-dua kelas berkaitan.

1.7 Definisi Istilah

Kajian ini menggunakan beberapa istilah dan konsep yang terdiri daripada kata-kata teknikal

untuk menyampaikan maksud tertentu, selaras dalam matlamat kajian dengan memberi definisi

istilah, seperti berikut:

1.7.1 Kemahiran Menulis

Penulisan merupakan satu ciptaan dan serlahan pengucapan lisan untuk membicarakan sesuatu

hal dan kejadian. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran BahasaMalaysia Kelas Peralihan (2003:

62), kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang

Page 20: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

12

pengalaman peribadi yang telah dilalui, bahan fiksyen serta bahan berkaitan sesuatu bidang ilmu.

Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul.

Tulisan berangkai yang jelas dan cantik digalakkan. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Malaysia Kelas Peralihan, hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah;

(i) menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana,

(ii) mencatat dan menyusun maklumat,

(iii) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan

(iv) membuat ulasan.

1.7.2 Faktor

Punca dan penyebab yang menjadi mempengaruhi dan mendorong meminati pelajaran bahasa.

1.7.3 Murid

Yang dimaksudkan dengan murid dalam konteks penyelidikan ini ialah peserta kajian yang

sedang belajar sebagai penuntut pelajaran bahasa Melayu di Kelas Peralihan.

1.7.4 Karangan

Menurut Za'ba (1965), karangan merupakan hasil daripada kepandaian atau kemahiran

menggubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya untuk

dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan mengandungi ayat-ayat yang

telah digubal atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, dan penerangan.

Page 21: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

13

Menurut Awang Sariyan (2007: 20), karangan merupakan wacana, iaitu kesatuan buah

fikiran atau penyataan yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu dengan yang lain.

Karangan terbina daripada beberapa perenggan. Perenggan ini tidak dibentuk semata-mata untuk

memudahkan pembacaan, tetapi amat berkaitan dengan satu kesatuan fikiran. Setiap perenggan

perlu berisi satu pecahan tema tertentu yang menjadi fokus karangan itu keseluruhannya.

Roselan Baki (2003) menekankan bahawa proses penulisan ialah penciptaan individu.

Murid-murid perlu mendisiplinkan diri kerana penulisan melibatkan pemusatan dan ketenangan

fikiran. Dari segi pelaksanaan kandungan dalam pengajaran penulisan, menurutnya, guru telah

bersepakat bahawa pengajaran penulisan perlu dibahagikan kepada tiga fokus utama, iaitu

bahagian pengenalan, isi kandungan dan penutup.

Penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Penulisan perlu dilaksanakan

mengikut tahap-tahapnya secara sistematis. Dalam hal ini, Fergensen (1989) membahagikan

proses penulisan kepada tahap perancangan, penulisan draf dan penyuntingan, manakala

Trimmer dan McCrimmon (1988) menamakan tahap-tahap tersebut sebagai perancangan,

penulisan draf dan penyemakan.

1.7.5 Bahasa Pertama

Mengikut H.H. Stem (1983: 10), bahasa pertama ialah bahasa yang diperoleh semasa seseorang

itu masih bayi dan kanak-kanak lagi dan pada umumnya bahasa ini diperoleh melalui keluarga.

Page 22: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

14

Keadaan ini menunjukkan penguasaan bahasa yang bersifat intuitif, natif, lengkap atau tepat.

Bahasa pertama boleh disusunkan dalam bentukjadual seperti yang berikut:

Jadual1.3: Bahasa Pertama

Bahasa Pertama

Bahasa pertama (first language)

Bahasa natif (native language)

Bahasa ibunda (mother tongue)

Bahasa utama (primary language)

Bahasa kuat (stronger language)

Sumber: Disesuaikan daripada H.H. Stem 1983 : 9.

Bahasa pertama atau diistilahkan juga sebagai bahasa ibunda adalah bahasa yang

diperoleh oleh seseorang daripada orang tua atau penjaga. Bahasa ini dipelajari secara tidak

langsung oleh seseorang sejak mula belajar bercakap dan bahasa pertama ini bukanlah diwarisi

secara automatik oleh seseorang.

Tegasnya, bahasa pertama merupakan bahasa yang mula-mula sekali diperoleh dan

dikuasai oleh seseorang sejak dari zaman kanak-kanak, sebelum ia mempelajari sesuatu bahasa

lain. Dalam konteks kajian ini, bahasa pertama bagi murid-murid Kelas Peralihan yang pemah

belajar di SJK (T) sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah ialah bahasa Tamil.

Page 23: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

15

1.7.6 Bahasa Kedua

Di Malaysia, umumnya bahasa kedua merujuk kepada pelajar bukan Melayu yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Unsur penting untuk menjayakan belajar bahasa kedua

mengikut Strevens (dalam Asmah Hj. Omar, 2002: 54) ialah keadaan fikiran pelajar, sifat bahasa

yang berkenaan dan kemahiran guru. H.H. Stem (1983: 9) telah mendefinisikan bahasa kedua

sebagai apa-apa sahaja bahasa yang dikuasai oleh seseorang lebih rendah jika dibandingkan

dengan tingkat kemahiran bahasa pertama. Di samping itu, bahasa kedua juga merupakan

bahasa yang 'lebih lemah' kepada seseorang individu. Menurut Stem, bahasa kedua boleh

disusun dalam bentuk jadual seperti yang berikut

Jadual 1.4: Bahasa Kedua

Bahasa Kedua

bahasa kedua (second language)

bahasa bukan natif (non-natiflanguage)

bahasa asing (foreign language)

bahasa sekunder (secondary language)

bahasa lemah (weaker language)

Sumber: Disesuaikan daripada H.H. Stem 1983: 9

Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985: 42), bahasa kedua ialah bahasa

yang dipelajari oleh seseorang selepas dia memperoleh bahasa pertama. Apa-apa juga bahasa

yang dipelajari selepas bahasa pertama diistilahkan bahasa kedua walaupun jumlah bahasa yang

Page 24: KEMAHIRAN MENULISKARANGAN MELAYU INDIATAMILpustaka2.upsi.edu.my/eprints/2236/1/KEMAHIRAN... · Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. ... pelajaran Amalan

16

dipelajari melebihi daripada satu bahasa. Pembelajaran bahasa kedua selalunya dilakukan secara

langsung atau secara formal melalui guru-guru yang mempunyai pengetahuan mengenai bahasa

tersebut.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa kedua ialah bahasa yang dikuasai melalui

proses pembelajaran iaitu selepas seseorang memperoleh dan menguasai bahasa pertama. Dalam

konteks kajian ini, pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid Kelas Peralihan yang pemah

belajar di SJK (T) sebelum memasuki sekolah menengah bolehlah dianggap sebagai bahasa

kedua kerana bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka bukan bahasa Melayu.