Kemahiran Dalam PdP Abad Ke-21

download Kemahiran Dalam PdP Abad Ke-21

of 2

description

Nota

Transcript of Kemahiran Dalam PdP Abad Ke-21

  • 7/17/2019 Kemahiran Dalam PdP Abad Ke-21

    1/2

    PengenalanPembinaan potensi insan dalam aspek rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalambentuk yang menyeluruh dan sepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah menengah adalah untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia. (Nik Azis Nik Pa,1997).Justeru itu kurikulum abad ke-21 perlu relevan dan koheran dengan keadaan masa kini. Perancangan kurikulum ke-21 bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik dapat melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Untuk itu Kemahiran abad ke-21 perlu dikuasai oleh guru dan pelajar. Kemahiran abad ke-21 ialah belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan berhubung menerusi teknologi.Penguasaan kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini pelajar mampu menangani cabaranyang akan dibawa arus globalisasi, ledakan ilmu dan matlumat. Mereka berupaya merancang masa depan dan bijak membuat pilihan dengan budaya dan nilai-nilai semasa.Kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21:Kemahiran pembelajaran dan inovasi (learning and innovation skills)Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)Aspek kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai:Cara pemikiran baru iaitu kreativiti, kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan pembelajaran.

    Cara bekerja iaitu komunikasi dan kerjasama. Pertukaran idea dan pemikiran menerusi tulisan dan lisan.Pelbagai Bahasa. Keupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa akan memberikan keistimewaan dan kelebihan.Kemahiran mengurus. Membantu dan mengurus orang lain melaksanakan, menyelesaikankonflik dan masalah.Kerja berpasukan. Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sasaran dan matlamat.Kreativiti. Menyumbangkan idea kreatif dan artistic dalam menyelesaikan masalah.Keupayaan untuk menyesuaikan diri. Kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan.Sifat empati. Kemampuan untuk memahami perasaan orang lain.Pengurus stress. Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti p

    unca stress.Etika kerja. Mempamerkan etika dan displin kerja yang baik dan bertahap tinggi.Displin diri. Mengawal tingkah laku dalam hal peribadi dan kaunseling.Tanggungjawab. Mempunyai aspirasi dan akauntabiliti.Pemikiran. Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran orang lain.Kemahiran tatabahasa. Keupayaan mengeluarkan pandangan dan idea yang bernas.Kemahiran analitikal. Kemampuan untuk menggunakan pemikiran logik dan abstrak.Ekonomi dan pengurusan. Kemampuan menggunaakan prinsip-prinsip ekonomi dan perniagaan.Kemahiran matematik. Kemampuan untuk menggunakan dan mengaplikasikan teori asasmatematik dalam kehidupan.Kemahiran komputer. Keupayaan menggunakan komputer dalam perkhidmatan kaunseling.

    Telekomunikasi. Keupayaan menggunakan talian komunikasi sebagai alat perhubungandalam kaunseling.Ciri-ciri guru abad ke-21Guru perlu menguasai subjek terutama terhadap kandungan kurikulum.Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa pengajaran dan pembelajaran.Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi pelajar.Memahami psikologi pembelajaran.Memiliki kemahiran kaunselingMahir menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/17/2019 Kemahiran Dalam PdP Abad Ke-21

    2/2

    Mengikut perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan.Menerapkan nilai-nilai murni. Seorang pendidik perlu beretika untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Penting untuk menjaga hubungan sesama manusia.Ciri-ciri pelajar abad ke-21Pelajar abad ke-21 ialah pelajar yang celik dalam aspek akademik dan teknologimaklumat. Antara aspek yang harus miliki seperti:Pelajar mempunyai keupayaan membuat hubung kaitBijak menyoal guru dan rakan-rakanYakin berkomunikasiBerani mengambil risikoDahagakan ilmuPerasaan ingin tahuDapat menjana ideaFleksibelTidak mudah putus asaKebolehan mendengar dan membuat refleksi.Kemahiran kritisMenguasai kemahiran literasiBerani mencubaMampu membuat perubahanBerintegriti

    Penutup

    Pengajaran dan pembelajaran dapat membentuk manusia berkualiti yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. masyarakat dan negara. Justeru itu memperadabkanmanusia bukan bergantung kepada kehebatan teknologi yang digunakan semata-mata.Kefahaman yang mendalam dan jelas tentang aspek kemahiran dalam pengajaran danpembelajaran mengatasi segalanya. Melalui kefahaman ini terbentuk satu pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang berkualiti yang diispirasikan oleh sistem pendidikan negara.