TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

26
1.0 Pengenalan Baru-baru ini, bahagian pendidikan telah dikejutkan apabila keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap yang memuaskan. Setelah kajian dilakukan, punca keadaan itu ialah soalan kedua- dua ujian yang menjadi penanda aras tahap pendidikan antarabangsa berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi iaitu bagaimana cara untuk menggunakan sesuatu fakta dan bukannya sekadar mengingat sesuatu fakta. Pencapaian negara dalam TIMSS dan PISA mempengaruhi kedudukan negara dalam “ranking” antarabangsa yang sering digunakan sebagai satu indikator kualiti sistem pendidikan. Sebagaimana yang kita telah maklum, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kurikulum pendidikan telah dilakukan transformasi dengan memberikan penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna, melalui kurikulum baru yang digubal berkaitan KBAT, pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan tetapi tahu menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, sebenarnya KBAT telah wujud dalam kurikulum sebelum ini tetapi ia dilaksanakan secara berfokus kerana konsep pemikiran itu hanya digunakan oleh pelajar secara sendiri tanpa diberikan penekanan. Melalui KBAT, kita akan dapat menghasilkan modal insan yang 1

Transcript of TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

Page 1: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

1.0 Pengenalan

Baru-baru ini, bahagian pendidikan telah dikejutkan apabila keputusan pelajar Malaysia

dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program

Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap yang memuaskan. Setelah kajian

dilakukan, punca keadaan itu ialah soalan kedua-dua ujian yang menjadi penanda aras tahap

pendidikan antarabangsa berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi iaitu bagaimana cara untuk

menggunakan sesuatu fakta dan bukannya sekadar mengingat sesuatu fakta. Pencapaian negara

dalam TIMSS dan PISA mempengaruhi kedudukan negara dalam “ranking” antarabangsa yang

sering digunakan sebagai satu indikator kualiti sistem pendidikan.

Sebagaimana yang kita telah maklum, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025, kurikulum pendidikan telah dilakukan transformasi dengan

memberikan penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya

melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna, melalui

kurikulum baru yang digubal berkaitan KBAT, pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk

menghadapi peperiksaan tetapi tahu menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan

seharian. Walaubagaimanapun, sebenarnya KBAT telah wujud dalam kurikulum sebelum ini

tetapi ia dilaksanakan secara berfokus kerana konsep pemikiran itu hanya digunakan oleh pelajar

secara sendiri tanpa diberikan penekanan. Melalui KBAT, kita akan dapat menghasilkan modal

insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu

bersaing di persada dunia.

“If we want students to develop the capacity to think, reason and problem solve, then we need to

start with high level, cognitively complex tasks”(Stein & Lane 1996).

Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking Based Learning) merupakan satu teori

yang unik apabila pengajaran kandungan (content) dan pengajaran kemahiran berfikir

disebatikan. Maka pembelajaran berasaskan pemikiran dapat menghasilkan serta memupuk

KBAT dalam kalangan pelajar. Kemahiran berfikir aras tinggi mungkin mudah untuk sebilangan

pelajar tetapi sukar untuk sebilangan pelajar yang lain. Tetapi sebenarnya, KBAT seperti

kebanyakan kemahiran lain, boleh dipelajari dan dengan latihan yang konsisten, kemahiran

kognitif pelajar dapat ditingkatkan.

1

Page 2: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

2.0 Pembelajaran Berasaskan Pemikiran

Berfikir terdiri daripada tiga komponen yang penting iaitu operasi mental, pengetahuan

dan sikap. Operasi mental ialah aktiviti mental yang dijalankan oleh minda dan dibahagikan

kepada kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna yang

meliputi kemahiran yang tersendiri dan ringkas, seperti kemahiran pemprosesan iaitu

menganalisis dan mensintesis, penaakulan dan pemikiran kritis dan kreatif, dan proses yang

kompleks seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Operasi metakognitif

meliputi operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran dan proses kognitif dan biasanya

dikenali sebagai berfikir tentang pemikiran.

Jadual 2.1 di bawah menunjukkan teori-teori pemikiran.

Teori Pemikiran

Teori Kemahiran Berfikir Teori Pelbagai Kecerdasan Teori Konstruktivisme

Menghuraikan otak manusia yang

menggunakan bahagian kirinya

berfikir secara kritis dan bahagian

kanannya pula berfikir secara kreatif.

Kedua-dua bahagian otak ini

mempunyai fungsi berfikir yang

tertentu. Otak kiri mempunyai

kemahiran berfikir dalam bidang

berupa logik, analitis urutan atau

susunan bahasa fakta, matematik dan

ingatan. Manakala bahagian kanan

mempunyai kemahiran berfikir dalam

bidang berupa kreatif, sintesis, warna,

reka bentuk di samping perasaan,

irama, muzik dan imaginasi. Untuk

melahirkan murid yang berfikir secara

kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian

otak kanan dan otak kiri hendaklah

dikembangkan.

Howard berpendapat setiap orang

dikurniakan potensi yang berbeza

dalam fitrahnya. Menurutnya manusia

mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

i. Kecerdasan linguistik

ii. Kecerdasan logikal-matematik

iii. Kecerdasan visual-Spatial

iv. Kecerdasan muzik

v. Kecerdasan tubuh kinestetik

vi. Kecerdasan interpersonal

vii. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya

ia boleh dikembangkan dan dapat

diajar di sekolah-sekolah.

Teori ini menganggap bahawa

pengetahuan tidak boleh wujud di luar

minda, tetapi dibina dalam minda

berdasarkan pengalaman sebenar.

Teori ini dibina berdasarkan gabungan

hasil kajian ahli psikologi, ahli

falsafah, dan penyelidik pendidikan

terhadap proses pembelajaran

individu. Mengikut Teori

Konstruktivisme, ilmu pengetahuan

adalah dibina melalui proses saling

pengaruh di antara pembelajaran

terdahulu dengan pembelajaran

terbaru yang berkaitan. Di bawah

proses pembelajaran, murid membina

ilmu pengetahuan dengan melibatkan

dirinya secara aktif dengan

menggunakan cara membanding

maklumat yang baru dengan

pengalaman sedia ada.

Jadual 2.1

2

Page 3: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

Antara kepentingan menguasai kemahiran berfikir ialah untuk mengatasi kesilapan

berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Berfikir secara terburu-buru adalah

berfikir tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang terlibat. Berfikir secara

bercelaru pula ialah mereka yang berfikir tanpa mempertimbangkan semua faktor secara

sistematik dan teratur. Manakala mereka yang berfikiran kabur akan berfikir tanpa

mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas. Pemikiran yang sempit pula adalah

berfikir tanpa menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan. Kesemua kesilapan berfikir

ini dapat dielakkan jika murid dapat menguasai kemahiran berfikir.

Pembelajaran berasaskan pemikiran ialah satu kaedah pembinaan kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis secara terus atau eksplisit. Ciri- ciri utama dalam pembelajaran

berasaskan pemikiran ialah penekanan kemahiran berfikir secara kritis adan kemahiran berfikir

secara kreatif.

Pemikiran kritis ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk

menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam. Melalui kemahiran berfikir

secara kritis, murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti menganalisis sesuatu masalah

secara terperinci, menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruh

mengenai sesuatu konsep, kemahiran untuk membuat banding beza, menyusun isi dalam bentuk

menaik atau menurun, membuat keputusan rasional, dan membuat penilaian secara menyeluruh.

Dalam pembelajaran berasaskan pemikiran, dengan menggunakan kemahiran berfikir secara

kritis, pelajar dapat dibentuk untuk lebih reaktif, dapat membuat penilaian,dapat membuat

analisis dan dapat membuat keputusan secara logik.

Jadual 2.2 di bawah menunjukkan ciri-ciri utama pemikiran kritis dalam pembelajaran berasaskan

pemikiran.

Reaktif Pemikiran kritis adalah gerak balas terhadap idea-idea yang sedia ada dan

bukan penghasilan idea yang baru. Hasil pemikiran kritis adalah idea yang

disampaikan secara meyakinkan, munasabah dan bernas.

Membuat penilaian Pemikiran kritis digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu

patut dipercayai, atau sesuatu tindakan itu patut dibuat. Penilaian dibuat

berasaskan satu set kriteria, termasuk keaslian, kebenaran, kejituan,

kemunasabahan dan nilai idea berkenaan.

3

Page 4: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

Membuat analisis Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir

yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir

dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci,

objektif dan gigih.

Keputusan logik Pemikiran kritis merangkumi kaedah menaakul secara logik dan bersepadu,

dengan mempertimbangkan andaian yang dibuat, serta sedar tentang hujah

yang berat sebelah. Kemahiiran berfikir secara kritis digunakan untuk

menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mempelajari konsep yang

baharu.

Jadual 2.2

Pemikiran kreatif pula ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk

mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Melalui

kemahiran berfikir secara kreatif . murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti menjana

idea atau jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah, membuat inferens

dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah, membuat hubung kait antara konsep-konsep yang

berbeza, meramal, membuat hipotesis, mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item

dan fakta yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh, mengitlak iaitu

membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-pernyataan umum,

menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari persamaan antara konsep-konsep

yang berlainan, membuat gambaran mental di mana murid boleh membayangkan sesuatu yang

abstrak di dalam pemikirannya, merekacipta iaitu mencipta inovasi yang baru yang boleh

digunakan dalam proses pembelajaran. Dalam pembelajaran berasaskan pemikiran, dengan

menggunakan pemikiran secara kreatif, murid dapat dibentuk untuk mempunyai keberanian,

mempunyai imaginatif, perkembangkan idea dan berupaya mereka cipta.

Jadual 2.3 di bawah menunjukkan ciri-ciri utama pemikiran kreatif dalam pembelajaran berasaskan

pemikiran.

Keberanian Pemikiran yang kreatif memerlukan keberanian untuk menjana idea

yang banyak, pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea yang lama.

Oleh itu, pemikir yang kreatif berfikiran terbuka, sanggup menerima

4

Page 5: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

risiko dan kritikan, dan bersedia untuk bertanggungjawab atas

keputusannya.

Imaginatif Pemikiran yang kreatif memerlukan imaginasi yang mencapah

berdasarkan pengalaman yang lepas. Imaginasi memerlukan kemahiran

sintesis iaitu cantuman idea-idea yang sedia ada.

Perkembangan idea Salah satu hasil imaginasi adalah perkembangan atau peluasan idea

yang sedia ada. Walaupun idea yang dihasilkan bukan merupakan

rekaan yang baru, tetapi hasil itu dapat menyediakan alternatif yang

baru.

Reka cipta Hasil pemikiran kreatif yang unggul adalah penghasilan idea yang baru,

iaitu reka cipta. Reka cipta juga dijalankan berasaskan proses sintesis

idea yang sedia ada, sehingga sesuatu yang asli diciptakan.

Jadual 2.3

Pembelajaran berasaskan pemikiran memerlukan suasana di bilik darjah yang

memberangsangkan murid-murid supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses tersebut.

Murid-murid perlu berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah serta

sentiasa mempunyai sikap positif terhadap semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan daripada

berfikiran negatif. Antara langkah-langkah penting untuk menjalankan kaedah pembelajaran

berasaskan pemikiran ialah membuat hubungan dengan kemahiran berfikir yang tertentu dalam

konteks kehidupan seharian, menggalakkan penggunaan satu atau lebih tabiat minda, memberi

panduan kepada murid dalam melakukan pemikiran secara cekap dengan melibatkan

pembelajaran kandungan dan menggalakkan murid untuk berfikir tentang pemikiran mereka,

maka mereka sedar dan membolehkan mereka berfikir secara cekap.

3.0 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order

thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-

cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,

menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah

yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal

5

Page 6: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan

membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi

merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang

baru atau asli. Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik

darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid

dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan mengintegrasikan kemahiran berfikir.

Seterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan

kebolehan kemahiran berfikir.

Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif.

Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa

dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini

akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam

konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan

pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah "Keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan

masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu." [BPK 2013]

Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan,

menyelesai masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks

yang diperlukan. KBAT berfokus kepada pemikiran aras tinggi dengan memberi tumpuan

kepada mengaplikasi iaitu kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu

yang baharu seperti menjalankan eksperimen dan membuat binaan, menganalisis iaitu

mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan

bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain, menilai

iaitu membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui memeriksa dan

mengkritik dan mencipta iaitu menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu (rekacipta) dengan

menyusun, menjana dan merancang atau menghasilkan semula elemen ke dalam corak atau

struktur yang baharu (inovasi).

Pengetahuan mendalam dan pencapaian objektif pengajaran berkait rapat dengan

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT melibatkan transformasi maklumat dan idea oleh

murid. Ini berlaku apabila murid-murid menggabungkan fakta-fakta dan idea-idea untuk

6

Page 7: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

mensintesis, membuat generalisasi, penjelasan, hipotesis yang membawa kepada kesimpulan dan

interpretasi. Dalam proses memanipulasi maklumat dan idea melalui kaedah ini membolehkan

murid menyelesaikan masalah dan menemukan makna baru terhadap apa yang dipelajari.

Kefahaman mendalam tidak boleh dicapai melalui aktiviti pemikiran aras rendah yang

berlaku semasa murid menerima atau menghafal maklumat, fakta dan menggunakan peraturan-

peraturan melalui latihan berulang semata-mata. Berdasarkan Taksonomi Bloom, penguasaan

dicapai apabila murid mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berkaitan

pengetahuan yang diajar. Ini bermaksud sekiranya murid mempamerkan hanya kemahiran

berfikir aras rendah berkaitan tajuk bukanlah bermakna murid menguasai pelajaran. Namun

begitu, penguasaan pelajaran pada domain kognitif aras rendah masih penting kerana ia

merupakan pra syarat dan alat untuk penguasaan pengetahuan pada aras lebih tinggi.

Pada 1990, sekumpulan pengkaji telah mengemaskini Taksonomi Bloom untuk

memperbaiki kelemahan-kelemahannya dan mengambil kira perkembangan-perkembangan

bidang pendidikan dan psikologi yang berlaku pada separuh kedua abad ke 20. Menurut Clark

(2010), perubahan-perubahan pada Taksonomi Bloom ini menjadikannya alat yang lebih jitu

untuk perancangan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan perlaksanaan

penilaian. Taksonomi Bloom ini juga penting kerana turut mengambilkira perkembangan-

perkembangan pendidikan seperti pembelajaran konstruktivis dan pembelajaran terarah kendiri

serta kategori pengetahuan metakognitif. Melalui Taksonomi Bloom yang dikemaskini, dapat

dibahagikan kepada kemahiran berfikir aras rendah iaitu tiga domain dari bawah dan kemahiran

berfikir aras tinggi iaitu tiga domain dari atas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di

bawah.

Rajah 3.1

7

Page 8: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

4.0 Murid-murid abad ke 21

Murid abad ke 21 merupakan murid yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam

teknologi maklumat mahupun akademik. Murid abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti murid

berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling, bijak

menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah, yakin untuk berkomunikasi terutamanya

kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah, berani untuk mengambil risiko untuk belajar

dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba, dahagakan ilmu

pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu, mempunyai perasaan ingin tahu, bijak dan

kreatif menjana idea serta fleksibel, tidak pernah berputus asa, sentiasa mendengar dan membuat

refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, berkemahiran

kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi, serta mampu berfikir sendiri dan

membuat inisiatif. Selain itu, murid abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan

berusaha untuk membuat perubahan dan mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti

di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke

21 yang harus dikuasai oleh murid.

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

• Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

• Literasi Maklumat (Information Literacy)

• Literasi Media (Media Literacy)

• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and

Technology) Literacy)

• Fleksibiliti dan Mempunyai Keupayaan Menyesuaikan Diri (Flexibility and Adaptability)

• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Jadual 4.1

Melalui Jadual 4.1 di atas, kita telah melihat betapa pentingnya murid-murid mempunyai

kemahiran berfikir aras tinggi supaya mereka dapat menguasai semua elemen-elemen dalam

kemahiran abad ke 21. Justeru itu, melalui pembelajaran berasaskan pemikiran yang

8

Page 9: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi amat penting untuk dilaksanakan supaya murid

tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi mereka seharusnya dapat

menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif, rasional dalam

semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu

diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek yang

penting dalam tiap-tiap aktiviti pembelajaran.

5.0 Peranan Guru Dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada guru dan menjurus ke arah

persediaan peperiksaan. Keadaan ini telah mendorong pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) memantapkan lagi usaha ke arah menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif.

Usaha ini adalah bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang mampu

berfikir pada aras tinggi. Dengan itu, KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia

(di bawahJabatan Perdana Menteri) melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah

sekolah di Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir

dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar berinovatif.

Guru perlu mengubah cara mengajar dalam menerapkan konsep KBAT dalam

pengajaran dan pembelajaran seperti menggalakkan pelajar berfikir, menyoal bagi mencungkil

idea pelajar, memotivasikan pelajar, menggunakan aktiviti “hands-on” dengan lebih kerap,

mentaksir untuk pembelajaran dan berkomunikasi secara berkesan. Antara peranan guru ke arah

menekankan KBAT dalam kalangan pelajar ialah menggalakkan pelajar berfikir secara kritis,

kreatif dan inovatif. Contohnya, guru memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif

dalam pengajaran dan pembelajaran, guru memberi peluang pelajar berbincang, bertanya dan

memberikan pendapat, guru mempelbagaikan strategi pengajaran agar dapat menarik minat

pelajar dan guru mengemukakan soalan membina, memimpin, terbuka serta menggalakan

penaakulan serta berfikir pada aras tinggi.

Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan pelajar berfikiran

KBAT. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan

melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan pemilihan metadologi

9

Page 10: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai boleh menimbulkan minat serta membangkitkan

motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka.

Antara contoh strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT) ialah :

5.1 Guru Mengajar Konsep

Guru mendedahkan pelajar untuk mengenali konsep yang bermaksud pelajar perlu faham tentang

ciri-ciri kritikal yang mendefinisikan sesuatu konsep dan pelajar berupaya untuk membezakan

konsep tersebut dengan konsep yang lain. Pelajar sepatutnya fokus semasa konsep utama

diperkenalkan dan di sini peranan guru adalah untuk membantu pelajar mengenalpasti konsep

utama topik yang diajar. Kemahiran berfikir aras tinggi yang diterapkan melalui cara ini ialah

pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis konsep seperti konkrit, abstrak, verbal, nonverbal atau

proses.

Guru seharusnya memastikan pelajar telah menguasai konsep asas sebelum meneruskan

pengajaran ke konsep yang lebih mendalam. Jikalau pelajar tidak menguasai konsep asas,

mereka akan lebih cenderung menghafal daripada memahami. Keadaan ini merupakan antara

punca pelajar tidak dapat mengaplikasi pengetahuan yang mereka ada untuk soalan berbentuk

aras tinggi. Guru juga seharusnya membimbing pelajar melalui proses untuk menghubungkait

satu konsep ke konsep yang seterusnya dan meletakkan hierarki daripada kecil ke besar. Dengan

melaksanakan kemahiran berfikir melalui kaedah ini, pelajar dapat belajar untuk melihat

seberapa banyak kaitan yang ada supaya dapat membantu mereka untuk lebih jelas dan faham

kepada topik diajar. Melalui kaedah ini juga, pelajar dapat membanding beza pengetahuan yang

sedia ada dan yang bakal dipelajari. Situasi ini dapat menyediakan pelajar untuk menerima

pengetahuan baru dengan lebih mudah.

5.2 Guru Menggunakan Alat-Alat Berfikir

5.2.1 Soalan Dan Penyoalan

Guru perlu membiasakan diri untuk bertanya soalan atau merangsang pelajar bertanyakan

soalan supaya pelajar dapat memberikan idea atau pendapat mereka sendiri. Walaupun soalan

yang diberikan ringkas tetapi soalan tersebut haruslah berbentuk provokasi pemikiran dan jelas

disesuaikan dengan tahap kelas. Sehingga kini, soalan berdasarkan Taksonomi Bloom masih

10

Page 11: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

merupakan bentuk soalan yang popular dalam kalangan guru dan penggubal soalan di negara

kita. Soalan yang diberikan guru sepatutnya tidak mempunyai jawapan betul atau salah, tetapi

mengolah cara pelajar berfikir supaya guru dapat mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada

pelajar tersebut. Guru juga sepatutnya mengubah daripada guru memberikan soalan kepada

pelajar yang banyak bertanyakan soalan kerana melalui cara ini pelajar dapat membina rasa ingin

tahu (inkuiri), membina hipotesis, menerangkan dan menyelesaikan masalah. Selain itu, aspek

penting dalam teknik penyoalan ialah “wait-time”. “Wait-time” merujuk kepada masa yang

diperuntukkan kepada pelajar memberikan jawapan setelah soalan dikemukakan dan juga

merujuk kepada masa yang diambil oleh guru untuk respon terhadap jawapan pelajar selepas

pelajar berhenti bercakap. Dengan menambahkan “wait-time”, pelajar mempunyai masa untuk

berfikir dengan lebih teliti, lebih ramai pelajar yang cuba memberikan jawapan, menggalakkan

interaksi antara pelajar dan juga menambahkan bilangan soalan yang bakal ditanya oleh pelajar

supaya mereka lebih menguasai topik perbincangan tersebut.

5.2.2 Peta Minda

Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk

atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya

untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil sebagai huraiannya.

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh

jutaan individu di seluruh dunia. Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar mencatat

nota dengan mudah, merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek

dan sebagainya, mengingat sesuatu dengan mudah, serta menggabungkan dan menyeimbangkan

kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Melalui proses-proses ini, pelajar secara tidak

langsung membina kemahiran berfikir aras tinggi kerana ia menunjukkan cara pelajar

menguruskan idea secara kreatif, kritis dan inovatif.

5.2.3 Pengurusan Grafik

Pelajar sepatutnya digalakkan untuk menggambarkan apa yang telah mereka pelajari

melalui persembahan visual. Pengurusan grafik merupakan satu lagi kaedah ilustrasi atau lakaran

untuk menggalakkan pelajar melatih kemahiran berfikir. Ia digunakan untuk membantu dan

menguruskan cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan pemikiran.

11

Page 12: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

Tambahan pula, melalui pengurusan grafik , ia dapat menyedarkan individu tentang proses

pemikiran yang berlaku kerana pelajar dapat menyusun pengetahuan dalam satu muka surat

supaya hubungkait antara beberapa konsep dapat dinyatakan dengan jelas. Secara terperincinya,

pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengurusan grafik kerana

melalui rekaan grafik, pelajar akan menjadi pemikir yang lebih baik, boleh menghubungkait,

boleh menjadi lebih kreatif dalam persembahan maklumat dan pengetahuan, boleh mencari

maklumat lebih daripada maklumat sedia ada, boleh membuat keputusan yang mempunyai sebab

dan paling penting boleh menjadikan proses pemikiran mereka terhadap pembelajaran lebih

jelas.

5.3 Guru menggalakkan pembelajaran koperatif

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran

di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil.

Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea,

saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan

menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Kebanyakan pelajar yang

mempunyai masalah kekangan dalam pembelajaran melalui sudut bahasa, akan memperoleh

manfaat melalui pembelajaran koperatif. Melalui kaedah pembelajaran ini, pelajar dapat

berbincang dan memberikan pendapat serta mendengar pendapat orang lain yang mungkin

mempunyai idea yang berbeza terhadap sesuatu maklumat. Hasil daripada perkongsian

maklumat dan pengetahuan, pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu konsep. Kaedah ini

juga menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu pelajar akan mencuba

mempertahankan pendapatnya iaitu dengan mencari sebanyak fakta yang boleh supaya

pendapatnya lebih kukuh dan diterima. Kaedah pembelajaran ini memerlukan guru merancang,

mengendalikan dan melakukan penilaian yang tersusun dan paling penting pelajar telah mahir

mengenalpasti atau mengidentifikasi sesuatu persoalan atau masalah.

5.4 Mendedahkan cara pemikiran analitikal, praktikal dan kreatif

Guru sepatutnya menyediakan pelajaran harian yang dimasukkan dengan elemen

pemikiran secara analitikal, praktikal dan kreatif. Pakar psikologi Robert Sternberg telah

membangunkan kerangka kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang dinamakan “Successful

12

Page 13: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

Intelligence”. Contoh pemikiran secara analitikal ialah membanding beza, menilai, analisis dan

kritikal. Contoh pemikiran secara praktikal ialah menunjukkan cara untuk menggunakan sesuatu,

cara mengaplikasikan sesuatu cara melaksanakan sesuatu. Contoh pemikiran kreatif ialah mampu

mereka cipta, berimaginasi, merencanakan dan mampu meramalkan jika soalan tersebut

dimanipulasi. KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam

memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia dan menjana maklumat untuk

mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu yang rumit. Guru boleh menggunakan

pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam membina pengetahuan pelajar untuk berfikir

secara analitikal, praktikal dan kreatif. Produk yang terhasil daripada projek tersebut akan

menunjukkan tahap pemikiran pelajar samada masih di tahap rendah atau tinggi. Guru juga

sepatutnya menggalakkan pelajar menggunakan analogi, simile dan metafora untuk menjelaskan

sesuatu konsep di mana guru menjadi pemudah cara dengan mendemonstrasikan kepada pelajar,

diikuti dengan melakukan dalam keseluruhan kelas dan seterusnya meminta pelajar mencuba

sendiri.

5.5 Guru menggunakan pendekatan metakognitif

Wellman (1985) menyatakan bahawa: Metakognitifi adalah suatu bentuk kognitif, proses

berfikir urutan kedua atau lebih tinggi yang melibatkan kontrol aktif atas proses kognitif. Hal ini

dapat didefinisikan sebagai berfikir tentang berfikir atau “kognitif seseorang tentang kognitif”.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam metakognitif ialah pelajar berperanan secara aktif

dalam menghasilkan sesuatu makna dan kefahaman dalam pembelajaran kerana melalui strategi

metakognitif, pelajar merancang apa yang hendak dipelajari, memantau kemajuan pembelajaran

diri dan menilai apa yang dipelajari. Guru menyerapkan kaedah metakognitif dalam mengajar

supaya pelajar dapat berfikir strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru. Antara

strategi untuk meningkatkan metakognitif ialah pelajar digalakkan mencatat dan

mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log supaya melihat kembali persepsi asal

mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru, serta mencatatkan proses

pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan.

13

Page 14: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

6.0 Cabaran Dalam Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Guru memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dengan menyediakan

pelajar ke arah mencapai matlamat dan wawasan khususnya dalam merangsang pelajar untuk

berfikir aras tinggi menjelang abad ke 21. Antara cabaran dan halangan yang dihadapi guru

untuk membangunkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar ialah :

6.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kemahiran Berfikir

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan pendidikan kepada pelajar-

pelajarnya menerusi pelbagai pendekatan terkini. Jadi tahap pengetahuan guru dan persepsi guru

terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan mempengaruhi dalam pengajaran. Tahap ilmu dan

kemahiran guru akan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk mengubah pengajaran dan

pembelajaran yang sedia ada ke peringkat yang lebih berkualiti dalam mengembangkan potensi

pelajar berfikir aras tinggi.

6.2 Matlamat Daya Pemikiran Pelajar Kurang Diberikan Perhatian

Dalam arus pendidikan perdana, kemahiran berfikir tidak diberikan perhatian sewajarnya

kerana pelajar didedahkan kepada fakta sesuatu mata pelajaran tetapi tidak diajar berfikir tentang

isi yang dipelajari. Pengajaran lebih ditekankan kepada penyampaian maklumat sebagai contoh

‘mengetahui apa’ tetapi mengabaikan cara menggunakan maklumat contohnya ‘mengetahui

bagaimana’. Keadaan ini telah menyebabkan pelajar terlalu bergantung kepada guru sehingga

menimbulkan tingkah laku malas memberi pendapat.

6.3 Kekangan Masa Kepada Pelajar Untuk Berfikir

Guru berpendapat bahawa pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan

konsep sesuatu matapelajaran sebelum mereka boleh digalakkan untuk berfikir. Tetapi apa yang

berlaku, setelah mengajar semua fakta dan konsep, masa pula tidak mengizinkan untuk

menggalakkan pelajar berfikir tambah-tambah lagi untuk soalan yang mempunyai aras tinggi.

6.4 Keutamaan Diberikan Kepada Penghafalan Fakta Dan Peperiksaan

Kebanyakan soalan dalam peperiksaan hanya menguji hasil pembelajaran yang mudah

seperti fakta-fakta dalam buku teks. Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan

14

Page 15: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun telah menyebabkan guru

lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah

pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan

mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Guru enggan memberikan

perhatian kepada perkembangan pemikiran kerana keutamaan diberikan kepada penghafalan

fakta-fakta untuk menjawab soalan beraras rendah dan sederhana. Guru itu sendiri tidak tahu

bagaimana cara untuk mempertingkatkan daya pemikiran pelajar dan hanya menyediakan pelajar

untuk menghadapi peperiksaan semata-mata.

7.0 Penutup

Secara kesimpulannya, kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting dalam dunia yang

semakin kompleks dan canggih. Menghadapi cabaran-cabaran kehidupan tidak hanya

memerlukan pengetahuan yang cukup tetapi juga kemahiran mengaplikasikan pengetahuan itu

dalam pelbagai situasi. Modenasasi dan perubahan yang pesat mededahkan individu kepada

pelbagai pilihan dan opsyen yang memerlukan kemahiran dan kepakaran membuat keputusan

dengan berkesan. Kerapkali individu-individu dikehendaki membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah mengenai pelbagai perkara dan isu. Kemahiran kognitif atau

kemahiran berfikir yang dipelajari semasa pengetahuan dikuasai merupakan sesuatu yang kekal

dan digunakan sepanjang hayat. Dengan adanya KBAT, pelajar berupaya mengecapi kejayaan

bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga di alam pekerjaan kelak. Guru merupakan

peneraju utama dalam menggalakkan dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam

kalangan pelajar. Oleh itu, guru harus terlebih dahulu memiliki beberapa ciri tertentu seperti

berfikiran kritis, kreatif, bersifat reflektif, proaktif dan mempunyai pengetahuan luas untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pemikiran yang menggunakan

kemahiran berfikir aras tinggi.

15

Page 16: TBL merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid abad ke21.doc

Rujukan

1. N.S. Rajendran. (2008). Teaching & Acquiring Higher-Order Thinking Skills Theory &

Practice. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. R. Bruce Williams. (2003). Higher Order Thinking Skills: Challenging All Students To

Achieve. Corwin.

3. Poh Swee Hiang. (1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

4. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002, April). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Rosnani Hashim. (2012). Memenuhi Aspirasi Kemahiran Berfikir Dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Menerusi Inkuiri Dan Pedagogi Filosofiyyah

Dalam Kalangan Guru. Kertas Ini Telah Dibentangkan Di Persidangan Majlis Dekan Fakulti

Pendidikan Di University Teknologi Malaysia, Johor Bahru, 7-9 Oktober 2012.

6. Abu Bakar Nordin. (2013, Januari). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran

Kritis, Kreatif dan Inovatif. Jurnal kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.

7. S. Supramani. (2006). Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal

Pendidikan 2006, Universiti Malaya.

8. Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Model Persediaan Mengajar Pengajaran Pembelajaran

KBKK. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2012). Putra Jaya: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

10. Feden, Preston, D & Vogel, Robert, M. (2003). Methods Of Teaching : Applying Cognitive

Science To Promote Student Learning. Boston: McGraw Hill.

16