Kemahiran Bermain Rekoder.docx

4
 Kemahiran Bermain Rekoder  SEJARAH REKODER Rekoder merupakan sejenis alat muzik dari keluarga ‘AEROPH ONE’ iait u alat muzik tiup. a juga dikenal se!agai ‘Blo"k#lute’. Rekoder merupakan ta!ung dengan sum!er !un$i $ang dilengkapi dengan lu!ang% lu!ang $ang !er#ungsi se!agai pengatur tinggi rendah nada. JENIS-JENIS REKODER &e rdapat !e!erapa jenis rekoder . Antaran$an ialah bas, tenor, alto, soprano dan sopranino . 'i sekolah rendah murid di(aji! mempelajari !ermain rekoder di ta hap ). Pada umumn$a rekoder soprano digunakan di sekolah rendah. 'ari atas ke !a(ah* rekoder !as+ tenor+ alto+ soprano dan sopranino LIMA TEKNIK KETIKA BERMAIN REKODER 1. Teknik Pertama – Postur Ketika meniup rekoder !adan perlu tegak dan dalam keadaan selesa.Rekoder perlu dipegang dengan ke"ondongan ,- darjah dari ! adan.a akan memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di atas dan jari tangan kanan di !ahagian !a(ah.

Transcript of Kemahiran Bermain Rekoder.docx

Kemahiran Bermain Rekoder

SEJARAH REKODERRekoder merupakan sejenis alat muzik dari keluarga AEROPHONE iaitu alat muzik tiup. Ia juga dikenal sebagai Blockflute. Rekoder merupakan tabung dengan sumber bunyi yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur tinggi rendah nada.

JENIS-JENIS REKODERTerdapat beberapa jenis rekoder . Antaranyan ialahbas, tenor, alto, soprano dan sopranino. Di sekolah rendah murid diwajib mempelajari bermain rekoder di tahap 2. Pada umumnya rekoder soprano digunakan di sekolah rendah.

Dari atas ke bawah: rekoder bas, tenor, alto, soprano dan sopranino

LIMA TEKNIK KETIKA BERMAIN REKODER1. Teknik Pertama PosturKetika meniup rekoder badan perlu tegak dan dalam keadaan selesa.Rekoder perlu dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.Ia akan memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah.

2. Teknik Kedua EMBOUCHUREEmbouchure bermaksud penggunaan otot muka dan pembentukkan bibir yang mengikut bentuk pipi (mouthpiece).

3.Teknik Ketiga PenglidahanPergerakan lidah amat membantu untuk pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Not tengah perlu bunyikan denagn sebutan du dengan lidah semasa meniup. Bagi Not rendah perlu bunyikan dengan sebutan lu semasa meniup. Manakala bagi Not tinggi pula perlu bunyikan dengan sebutantusemasa meniup dan semasa meniup not pendek perlu bunyi dengan sebutan tut.Jika murid sentiasa berlatih meniup rekoder mereka akan biasa dengan sebutan-sebutan bunyi mengikut not.

4.Teknik Keempat - Pernafasan Tekanan udara dari diafragma dilepaskan perlahan-lahan ketika meniup not rendah. Bagi not tinggi pula, tekanan udara yang lebih dilepaskan secara laju untuk menghasilkan bunyi yang betul mengikut not.

5.Teknik Kelima PenjarianTerdapat lapan lubang pada rekoder. 7 lubang di permukaan atas rekoder dan 1 lubang di permukaan bawah rekoder.Posisi penjarian yang betul memainkan peranan penting ketika bermain rekoder.Berikut adalah posisi jari ketika bermain bermain rekoder.-Lubang pertama di permukaan bawah rekoder untuk jari jempol tangan kiri.-Lubang kedua di permukaan atas rekoder untuk jari telunjuk tangan kiri.-Lubang ketiga di permukaan atas rekoder untuk jari tengah tangan kiri.-Lubang keempat di permukaan atas rekoder untuk jari manis tangan kiri.-Lubang kelima di permukaan atas rekoder untuk jari telunjuk tangan kanan.-Lubang keenam di permukaan atas rekoder untuk jari tengah tangan kanan.-Lubang ketujuh di permukaan atas rekoder untuk jari manis tangan kanan.-Lubang kelapan di permukaan atas rekoder untuk jari kelingking tangan kanan.

Jari-jari di tangan kanan

Jari-jari di tangan kiri

Jika dibandingkan rekoder dengan alatan muzik yang lain seperti pianika, drum dan alat perkusi, murid-murid lebih cenderung untuk mempelajari pianika dan alat perkusi. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk mempelajari teknik penjarian dan teknik meniup rekoder untuk menghasilkan bunyi yang teratur. Ini mungkin juga dipengaruhi oleh masalah-masalah lain yang belum dikenal pasti.

Mungkin anda ada pendapat-pendapat lain dan ingin berkongsi dengan saya.