Kelas inklusif

download Kelas inklusif

of 7

Transcript of Kelas inklusif

  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    1/7

    Kelas inklusif

    PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

    PEMBELAJARAN.

    Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:

    1. Program Percantuman.Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal.

    Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas

    sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah.

    4.2 Program Inklusif Sepenuhnya

    Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepadamurid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid

    normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua

    Pengarah Pendidikan. 1996)

    Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan

    khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajartersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat

    di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar

    berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek

    kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan

    menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yangmenyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)

    Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan

    istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program

    Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannyasejak 1962 lagi (Norani, 1980)

    Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluankhas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya

    semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu

    mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuahmodel tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yangberupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

    3. Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi)

    http://www.ppkiskj1f.com/web/index.php?option=com_content&view=article&id=111:kelas-inklusif&catid=47:alu-aluan&Itemid=270http://www.ppkiskj1f.com/web/index.php?option=com_content&view=article&id=111:kelas-inklusif&catid=47:alu-aluan&Itemid=270http://www.ppkiskj1f.com/web/index.php?option=com_content&view=article&id=111:kelas-inklusif&catid=47:alu-aluan&Itemid=270
  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    2/7

    Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata

    pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang

    berkeupayaan di Sekolah Menengah Seri Kota adalah berbentuk

    1. Integrasi SosialIntegrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan)Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah

    4.3.1. Rasional Pendidikan Spara Inklusif (INTERGRASI)

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikanyang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya

    sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu

    program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan

    mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuankepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan

    dapat:

    o Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya.o Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan khas

    dengan pelajar-pelajar normal.

    o Pengagihan perkhidmatan yang lebih adilo Pengagihan sumber yang lebih meluas.o Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.o Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di

    dalam masyarakat

    oPengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.

    4.3.1.2 Matlamat Pendidikan Spara Inklusif (Integrasi)

    o Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-

    pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberipeluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan

    menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar

    normal.

    o Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek

    kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengantujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota

    masyarakat yang menyumbang.

  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    3/7

    o Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuanmelengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-

    kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yangmenyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,

    emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi

    satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

    KELAS INKLUSIF DI SK JELAI 1 (FELDA)

    Latar Belakang

    Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti

    Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya

    dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas

    seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagimembolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain

    mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 43 orangmurid. Seorang murid difikirkan layak mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini.

    Rasional

    Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf

    hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program

    Inklusif akan dapat memastikan :

    i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

    ii. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.

    iii. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

    iv. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

    v. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

    vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak

    lain.

    Matlamat

    Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak

    Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-

    kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada.Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek

    kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya,

    mampu berdikari dan berkeyakinan.

  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    4/7

    Objektif

    Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada merekaberada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan

    mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya

    model-model rakan sebaya ( role model ).

    Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, merekadapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.

    Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokongdan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat

    belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dankecacatan.

    Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewauntuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

    Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja.Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak

    pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guruintegrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif.

    Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara

    Partikal Inclusion. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalamperlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

    1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yangakan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.

    2.

    Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikutiProgram Pendidikan Inklusif.

    3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik

    darjah biasa.

    5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

    dengan keperluan kanak-kanak khas ini.

    7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa

    mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.

    9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    5/7

    10.Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.

    Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk

    menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh

    masa atau separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengankebolehan mereka. Sebagai contohnya Murid A, yang berusia 12 tahun tetapi mempunyai

    kebolehan akademiknya searas tahun 5. Maka Murid A tadi akan diinklusifkan di kelas Tahun 5

    dan akan mengambil peperiksaan UPSR apabila usianya 13 tahun. Murid-murid pendidikan khassekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan peluang untuk menduduki

    Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki

    peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.

    Murid PPKI/BP yang di inklusifkan akan berada di kelas aliran perdana dan mengikuti jadual

    pembelajaran mereka. Walau bagaimana pun murid akan sentiasa diambil perhatian oleh guru

    Inklusif yang telah dilantik. Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif

    bagi tujuan menyelia pelaksanaan program inklusif di sekolah. Keputusan peperiksaan muridpendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran

    N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusanrasmi UPSR diumumkan.

    Jawatankuasa Program Inklusif

    Pengerusi Pn Hjh Zaharah Bt Sarbini (Guru Besar)

    NaibPengerusi

    Pn Norrahmah Bt Hanafi (GPK PK)

    PenyelarasPn Ku Mimi Khaimiza Bt Ku Md Ahir (Penyelaras

    Kurikulum)Pen.Penyelaras

    En Rosli B Mohamad (Penyelaras HEM)

    Setiausaha 1 Pn Siti Zakiah Bt Abd Rahman (Guru Inklusif)

    Setiausaha 2 Pn Norasikin B. Supardi (PPM)AJK-AJK Pn Raja Rozidah Bt Raja Salim (Guru B.MelayuTahun5)

    Pn Noradlina Yeow Bt Abdullah(Guru B. Inggeris Tahun 5)

    En Mehad B Mahzan (Guru Science Tahun 5)Cik Siti Wahidah Bt Zabbri (Guru Mathematics Tahun 5)

    Fail Program Inklusif

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program

    Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini

    mengandungi dokumen-dokumen seperti :

    Jawatankuasa Program Inklusif,

  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    6/7

    Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,

    Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    Tugas Guru Inklusif

    1. Sebelum :

    Jawatankuasa Program Inklusif di peringkat sekolah membuatpemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian olehguru kelas khas,

    Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di aliran perdana yang terlibat,

    Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, Berbincang dengan murid berkenaan, Menyediakan Fail Program Inklusif bagi setiap murid yang

    diinklusifkan,

    Menyediakan jadual waktu kelas yang disesuaikan dengan kelasinklusif.

    2. Semasa :

    Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai Guru Pendamping kepadamurid,

    Membuat pemerhatian dari masa ke semasa, Guru Pendamping mendapatkan maklum balas dan berbincang

    dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

  • 7/30/2019 Kelas inklusif

    7/7

    3. Selepas :

    Guru Pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkanpencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam RekodPrestasi Murid,

    Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunselingkepada murid,

    Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibubapa atau penjaga.