Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Transcript of Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH
Tugasan 2
KUMPULAN EL – A013
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO. TELLEE CHOUI YEE D 20112054448 0165403127
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MARZAIDA BINTI
BADARUDDIN
TARIKH SERAH : 4. MEI 2013
KBK 3073 Page 1
PEMARKAHANTUGASAN 2
JUMLAH
Halaman
1.0 Pengenalan 1
2.0 Kepelbagaian Kecerdasan Mengikut Horwad Gardner 1
3.0 Peranan Ibu dan Bapa dalam Membantu Kanak-kanak 6
Pintar Cerdas
4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh 9
dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas
5.0 Masalah Sosial dan Emosi yang Dihadapi oleh Kanak- 13
kanak Pintar Cerdas
6.0 Rumusan 16
7.0 Rujukan 17
KBK 3073 Page 2
1. Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi
seseorang murid secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Justeru, semua usaha dan langkah yang diambil dalam pendidikan
mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap murid. Dewasa kini, kanak-
kanak telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini
telah memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal,
kognitif, psikomotor dan emosi mereka, khususnya kalangan kanak-kanak pintar
cerdas dan berbakat. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kanak-kanak yang
mempunyai potensi dan kepintaran yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan
seusianya. Menurut Che Mah & Mariani (2001), murid pintar cerdas juga merupakan
individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pertumbuhan.1
Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam
menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang
yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu
dalam tindakan reflektif.
Ini bermaksud individu yang pintar mempunyai kebolehan, bakat dan personaliti
yang berbeza. Walau bagaimanapun, sebahagian besar individu yang dikategorikan
sebagai pintar dibezakan daripada individu lain berdasarkan kecerdasan yang
superior, yang diukur menggunakan ujian kecerdasan. Pada awal abad ke-20, kanak-
kanak pintar didefinisikan berdasarkan kecerdasan yang diukur menggunakan ujian
Intellectual Quotient (IQ) yang standard iaitu kanak-kanak pintar cerdas haruslah
berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Golongan kanak-kanak pintar cerdas
merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara maka teori kecerdasan yang
diperkenalkan memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu yang serba
boleh melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian.
1 Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad,(2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.hlm 199.
KBK 3073 Page 3
1.1 Definisi Kecerdasan
Menurut Catell (1971), kecerdasan dilihat sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri
manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu semua proses yang
melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan juga kebolehan
mempelajari keupayaan yang baru. Pintar cerdas juga dimaksudkan sebagai suatu
kebolehan yang membabitkan pelbagai domain seperti intelektual, kerohanian,
pemikiran kreatif, saintifik, futuristik, seni halus, kepimpinan sosial, dan motor deria.
Pelajar pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran serta berupaya
untuk menggabungkan beberapa maklumat untuk sesuatu idea (Susan K Golant,
1991). Sehubungan hal ini, pembelajaran yang bersistem merupakan cara yang paling
berkesan untuk mengembangkan daya pintar cerdas ke tahap yang optimum (Hassan
Hj Mohd Ali, 1996).
Kesimpulannya definisi kecerdasan mempunyai pelbagai tafsiran. Ada
ahli psikologi yang menyamakan kecerdasan dengan kebolehan dan ada juga
menyamakan kecerdasan dengan keupayaan. Ada juga ahli menyatakan bahawa
kecerdasan adalah diwarisi dan dibina melalui pembelajaran. Dewasa ini,
kepelbagaian kecerdasan yang diperkenalkan atau dinyatakan oleh Howard Gardner
amat diutarakan.
KBK 3073 Page 4
2.0 Kepelbagaian kecerdasan mengikut Horwad Gardner.
Dr. Howard Gardner memperkenalkan kepelbagaian kecerdasan pada tahun 1983.
Beliau merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.
Teori ini adalah hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap kanak-kanak
daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpelbagai kriteria.
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa
kemampuan intelektual yang diukur melalui ujian IQ amat terbatas.Ini disebabkan
ukuran IQ menekankan pada kemampuan logical-matematik dan bahasa sahaja.
Sebenarnya, individu mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk
menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka.
Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan lapan jenis kecerdasan yang berbeza
sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan
dewasa. Lapan peringkat kecerdasan yang dikenal pasti ialah visuallinguistik, logik-
matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis (Gardner dalam bukunya Frames of Mind-The Theory). Sila rujuk carta pai
dibawah:
(dipetik dari Yahoo)
KBK 3073 Page 5
Pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Howard Gardner menunjukkan kecerdasan
seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut beliau, setiap
individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang
berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Jenis-jenis kecerdasan itu adalah :
2.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kecerdasan ini merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkaitan
dengan pengusaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan
bahasa yang kompleks. Seseorang memiliki kecerdasan ini lebih cenderung membaca,
menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama dengan tarikh. Individu ini juga
peka terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Seterusnya,
mereka juga belajar dengan baik iaitu suka membaca, mengambil nota, mendengar
kulian dan berbincang dan berdebat mengenai isi kandungan yang mereka pelajari.
Selain itu, individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajarai
bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi,
berkebolehan lisan, mudah memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan
struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri.
Individu ini juga terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat
persekolahan dalam bidang bahasa. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam
berbahasa dan meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.
Seterusnya individu yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik juga kerap
membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Cara
belajar paling efektif untuk individu yang mempunyai kecerdasan ini ialah pengajaran
dan penerangan secara lisan. Biasanya individu ini adalah seorang pensyarah, penyair,
pemberita, penulis, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik. Misalnya
Munshi Abdullah, A.Samad Said, William Shakespeare dan lain-lain.
2.2 Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan ini berkaitan dengan logik, abstrak, penaakulan nombor. Kebolehan
dominan di bahagian kiri otak dan membolehkan individu menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan ini adalah merujuk
seseorang individu yang cemerlang dalam bidang Matematik dan boleh bermain
dengan angka dan tidak mudah keliru dalam masalah pengiraan Matematik. Mereka
KBK 3073 Page 6
juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat
mengenai sesuatu perkara. Misalnya, ahli fizik bernama Albert Einstein yang
menghasilkan teori tenaga yang berfomula E= mc2. Beliau juga mengemukakan teori
atomi dan statistik fizik.
Individu ini juga boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis dan
menggunakan komputer dengan cekap. Mereka juga berminat untuk melibatkan diri
dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti permainan
puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru.
Cara belajar paling berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini
ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.
Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan ini cemerlang dalam kerjaya saintis,
jurutera, ahli matematik, doktor dan sebagainya.
2.3 Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan Naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang
keseluruhan alam. Individu ini sangat prihatin terhadap alam, dan mempunyai sikap
yang penyayang yang amat tinggi. Kanak-kanak berkecerdasan ini dapat mengenali
dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan
menghabiskan lebih banyak masa diluar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat dalam alam sekitar. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang
tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Individu ini juga mempunyai
kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi,
menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui.
Seterusnya,, keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan
ini dapat diwujudkan melalui aktiviti di luar bilik darjah seperti lawatan dan kajian
lapangan. Kerjaya yang memerlukan kecerdasan ini ialah ahli geologi, ahli biologi,
zoology, petani, tukang kebun dan kerjaya yang melibatkan sains.
2.4 Kecerdasan Visual-Ruang
Kecerdasan ini berkaitan penghakiman ruang dan keupayaan untuk
menggambarkan dengan mata minda. Kecerdasan ini merujuk kepada seseorang
individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Keupayaan spatial merupakan
salah satu daripada tiga faktor dalam model hirerarki kepintaran. Justeru, individu ini
KBK 3073 Page 7
mempunyai imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif serta
sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Individu ini berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara
objek-objek dalam ruang. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan
pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu ini amat peka kepada warna,
garisan, bentuk, corak dan ruang yang ada disekeliling mereka.
Seterusnya, individu ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga
dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan
peta minda, carta, lukisan dan sebagainya.
Cara belajar yang paling berkesan bagi individu ini adalah tunjuk cara, video
dan gambar rajah. Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan
posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Menurut Gardner (1983), selalunya
perkenbangan utama dan potensi kecerdasan ini dapat dilihat dalam kegiatan
vokasional. Kerjaya yang sesuai untuk individu ini ialah seperti pembuat peta, pereka
hiasan dalaman, arkitek, juruterbang, ahli pelayaran, juruseni dan sebagainya.
Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.
2.5 Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik ialah kebolehan kinestetik yang dimiliki oleh seseorang
dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk
berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan
kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Dr. Gardner
memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk
rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan
untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi refleks.
Secara teori, kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik perlu belajar
lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan secara amnya baik pada aktiviti-
aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Kanak-kanak sering belajar dengan lebih baik
dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau
mendengar tentang hal itu. Cara belajar yang paling sesuai untuk kanak-kanak ialah
simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Menurut Gardner (1983),
selalunya perkembangan dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti
pelakon, buruh binaan, atlet, penari dan sebagainya. Sungguh pun kegiatan ini boleh
KBK 3073 Page 8
disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar
fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya Nicole David, Dato Lee
Chong Wei dan Shalin Zulkifli.
2.6 Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi
dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri
seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan juga melibatkan kepakaran dalam
prestasi, komposisi dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan
untuk mengenali dan menyusun pola muzik, nada dan irama. Menurut Gardner,
kecerdasan muzik berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan
linguistik. Indidividu ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan
setiap nota muzik yang didengari. Mereka amat peka kepada bunyi seperti bunyi
aliran sungai, ombak dan titisan hujan. Mereka juga sensitive kepada irama, pitch,
melodi, nada suara. Selain itu, mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-
elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik.
Cara belajar yang paling berkesan kepada individu ini ialah pengajaran lisan,
aktiviti tarian, gimnastik serta aktiviti yang berlatar belakangkan muzik. Lazimnya
individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini berjaya menjadi selebriti yang
terkenal seperti seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan yang berkaitan dengan
bidang muzik. Contoh ahli muzik komposer barat ialah Ludwig Van Beethoven,
Wolfgang Amadeus Mozart dan Kenny G. Penyanyi terkenal di negara kita ialah
Dato Siti Nurhaliza yang telah menonjol dan membuktikan bakatnya dan seniman
yang disanjung tinggi iaitu kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang popular.
2.7 Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara
pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan
secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan Interpersonal adalah berkait
rapat dengan emosi. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami
perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah
KBK 3073 Page 9
kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti guru
menggalakkan murid-murid memberi sokongan atau melibatkan diri dalam sesuatu
aktiviti. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan apabila
bersuara, mampu berdikari dan bijak menyampaikan idea dan pendapat.
Kanak-kanak ini berbakat berkomunikasi dengan rakan sekolah semasa aktiviti
berkumpulan. Mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Cara belajar
yang berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini ialah pembelajaran
koperatif dan rakan sebaya dan perbincangan.
Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan interpersonal
adalah seperti kaunselor, guru, pensyarah, jururunding, jururawat, iman dan lain-lain.
Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
2.8 Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merujuk kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran
metakognitif dan berupaya untuk menilai diri sendri. Individu ini berkebolehan
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri
sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi,
kemarahan, dorongan serta kemampuan mendisiplinkan diri dan jati diri. Kecerdasan
intrapersonal ini dapat membantu individu menangani perasaan beradab sopan serta
mengawal emosi yang dihadapi. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, gemar akan
suasana yang sunyi dan suka bermonolog. Individu yang memiliki kecerdasan ini
lebih suka belajar bersendirian dan suka termenung. Mereka juga lebih suka berdikari
dan mempunyai peribadi yang tertutup. Tambahan pula, mereka juga memiliki
kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri
sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka
mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam
persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada
saat-saat yang diperlukan.
Cara belajar yang berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini ialah
belajar bersendirian. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan
KBK 3073 Page 10
intrapersonal adalah seperti penulis novel, ahli psikologi dan ahli falsafah, pendeta,
penulis novel dan lain-lain.
Kesimpulannya, dalam konteks pendidikan Teori kecerdasan Pelbagai amat
utama dan diaplikasi dengan sebaik-baiknya kerana kebijaksanaan mengapliksi
daripada teori ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan
individu yang berkebolehan serta mampu memanfaatkan pelbagai pihak. Teori
kecerdasan pelbagai ini boleh menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran mereka, membangun akademik dan kokurikulum dan
mewujudkan suasana yang kolaboratif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, warga pendidik perlulah meningkatkan lagi kefahaman tentang teori kecerdasan
pelbagai ini supaya dapat membentuk pembelajaran yang kondusif.
3.0 PERANAN IBU DAN BAPA DALAM MEMBENTUK
KANAK- KANAK PINTAR CERDAS.
Setiap insan yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang unik. Baka
kekeluarga juga akan mempengaruhi keupayaan mental seseorang kanak-kanak.
Walaupun begitu, seseorang kanak-kanak yang berada pada tahap kecerdasan mental
yang sederhana boleh mengembangkan kepintarannya melalui kerajinan membaca dan
berlatih sehingga menjadi mahir dalam sesuatu bidang. Hal ini memerlukan daya
motivasi daripada ibu bapa yang sentiasa menggalakan anak-anak mereka
mengembangkan bakal tersendiri sejak kecil lagi.
Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), mendefinisikan kanak-kanak pintar
cerdas sebagai golongan yang kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada
rakan sebaya mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya
sistem pendidikan yang sedia ada. Fenomena ini juga menimbulkan beberapa konflik
dalam hidup mereka. Menurutnya lagi kanak-kanak pintar cerdas memperlihatkan
kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Kelebihan ini turut
menimbulkan beberapa masalah dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti,
masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai.
Pada masa yang sama faktor persekitaran seperti masalah komunikasi, diskriminasi
dan masalah keluarga menyebabkan masalah mereka semakin bertambah.
Sehubungan itu, orang paling dekat dengan mereka sahajalah yang boleh
mengambil inisiatif untuk membanatu kanak-kanak pintar cerdas ini. Ini bererti ibu
KBK 3073 Page 11
bapalah orang yang paling hampir dan orang selalu medampingi kanak-kanak ini.
Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak adalah sentiasa di bawah pemantauan
dan kepimpinan bapa dengan bantuan dan sokongan daripada ibu. Lantaran itu,
pembangunan keluarga banyak bergantung kepada pemimpin yang bijaksana.
keruntuhan sesebuah keluarga adalah disebabkan kejahilan, kelalaian dan kelemahan
pemimpin.
Menurut Hassan Mohd Ali (1996), dalam bukunya Mendidik Anak Pintar &
Cerdas, ciri-ciri kepimpinan atau peranan para ibu bapa adalah seperti berikut :
3.1 Bersikap Empati
Empati bermakna berusaha memahami dan menunjukkan rasa pemahaman
yang sebenar berkenaan apa yang difikirkan, dirasakan dan dialami oleh orang lain
dalam diri sendiri. Ibu bapa bersikap empati dapat membantu anak-anak
mengembangkan kebolehan mereka dengan sebaik mugkin. Golongan kanak-kanak
pintar cerdas ini memang memiliki pelbagai kecerdasan. Jadi, sikap empati daripada
ibu bapa terhadap anak-anak amat diperlukan dan dihargai.
3.2 Memberi Kasih Sayang
Kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak adalah elemen yang penting
untuk mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif anak-anak. Ibu bapa mesti
mesra dengan anak mereka agar mewujudkan perhubungan yang mesra dan penuh
kasih sayang dan perhatian terhadap anak mereka. Ini boleh dilakukan dengan cara
sentiasa memberi senyuman, mewujudkan suasana ceria dan humor (kecintaan),
bertanya khabar terhadap masalah harian anak di sekolah.
Ketenteraman emosi antara ibu bapa dan anak amat diperlukan bagi meransang
daya pemikiran dan intelek anak-anak. Ketenangan dan kestabilan emosi akan
membolehkan anak-anak menyerap seberapa banyak pembelajaran dan pengalaman
yang didapati dan diterima daripada ibu bapa serta persekitaran.
Perhubungan kasih sayang yang baik antara ibu bapa dan anak boleh dipupuk
dengan aktiviti kekeluargaan bersama pada cuti persekolahan. Aktiviti bersukan
seperti berbasikal, mendaki bukit dan berjoging akan mengeratkan hubungan antara
ibu bapa bersama anak. Perhubungan yang erat akan memberi kasih sayang dan
kesedaran kepada anak-anak mereka terhadap kepentingan mengutamakan
KBK 3073 Page 12
tanggungjawab sebagai seorang murid mengutamakan pelajaran dalam kehidupan
sehingga mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dari aspek akademik dan
kokurikulum.
3.3 Komunikasi Berkesan
Komunikasi yang berkesan adalah amat diperlukan dalam sesebuah keluarga.
Perhubungan yang sihat untuk perkembangan kognitif anak-anak adalah melalui
perbincangan dan teknik komunikasi yang berkesan. Justeru, semasa berkomunikasi
ibu bapa perlu menyampaikan mesej secara terus tanpa berselindung kepada anak-
anak. Komunikasi yang jelas akan memberi keyakinan anak menyatakan pendapat
terhadap hal-hal yang berlaku di sekolah supaya ibu bapa dapat mengetahui keadaan
anak di sekolah dengan membantu guru sekolah membentuk nilai-nilai positif dan
membentuk keperibadian diri seperti sabar terhadap kelemahan rakan sebaya bagi
menyelesaikan tugasan yang diberi dalam satu kumpulan. Anak yang pintar harus
mempunyai sikap menerima dan bersabar dengan kelemahan rakan sebaya bagi
memahami aktiviti kerja secara kumpulan ke arah matlamat kumpulan masing-
masing.
Ibu bapa harus menjadi role model kepada anak sejak kecil lagi. Ibu bapa juga
perlu membina asas kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan anak-
anak dengan berkesan.
3.4 Pendidikan Melalui Teladan
Ibu bapa berperanan yang penting dalam membentuk keperibadian anak-
anak. Ibu bapa menjadi model kepada anak-anak. Setiap tingkah laku ibu bapa akan
dirakam dan akan dilakonkan semula oleh anak-anak. Sehubungan itu, ibu bapa
perlulah mengambil inisiatif bagi membentuk kesempurnaan diri dan menunjukkan
contoh yang terbaik supaya dapat diikuti oleh anak-anak seperti suka tolong-
menolong, berprihatin dan mengamalkan niali murni yang lain.
3.5 Mendidik Menggunakan Disiplin Positif
Perkembangan anak-anak dapat ditunjukkan melalui ciri-ciri suka bertanya
dan gemar mendesak supaya perasaan ingin tahu akan segera dipenuhi. Dalam hal ini,
KBK 3073 Page 13
sekiranya ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak dapat melayan
karenah anak-anak, mereka akan berasa diri mereka diabaikan. Keadaan ini akan
menyebabkan naluri penerokaan anak-anak akan terbantut dan ini akan meninggalkan
kesan negatif pada perkembangan kognitif mereka. Sehubungan itu, bagi mengatasi
masalah seperti ini ia memerlukan bantuan disiplin agar anak-anak berupaya
mengawal diri.
Selain itu, kanak-kanak pintar mempunyai kecekapan memahami pengajaran
ilmu dari guru dengan cepat, mereka akan sering berasa bosan terhadap ilmu yang
diajar oleh guru sudah difahami dan kurang memberi tumpuan terhadap penyampaian
maklumat guru di kelas. Akibatnya, mereka akan menganggu pengajaran guru dengan
menganggu murid yang lain. Tujuan ganguan mereka ialah ingin mendapatkan
perhatian dari guru.
Peranan ibu bapa adalah sentiasa memberi perhatian terhadap kepekaan bakat
anak-anak mereka supaya dapat mengembangkan bakat anak-anak pintar ini ke arah
hala tuju yang betul bagi melatih anak menjadi seorang yang mampu melakukan kerja
dengan teliti berdasarkan tumpuan yang dilatih sejak kecil lagi. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak menyertai kelas pendidikan seni, kelas catur, kelas renang, kelas
taekwando atau kelas muzik bagi kanak-kanak pintar ini boleh melepaskan tenaga
mereka pada bidang yang paling sesuai dengan kanak-kanak pintar ini. Kanak-kanak
yang bergaul dengan rakan sebaya dapat meningkatkan bakat dan menerapkan nilai-
nilai murni supaya menjadi insan yang berakhlak mulia.
3.6 Menanam Keyakinan Diri Anak-anak
Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa diperlukan untuk mengembangkan
dan meningkatkan potensi kecerdasan anak-anak. Keyakinan diri yang terbina kukuh
dalam diri anak-anak akan menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi anak-anak untuk
belajar, memajukan diri, mengasah daya intelek dan mengatasi cabaran yang dihadapi
oleh mindanya.
3.7 Meransang Otak Melalui Pemakanan
Makanan adalah satu keperluan asas dan tuntutan asasi. Menurut Birch dan
Gussow(1970), dalam bukunya berjudul “Disadvantage Children” mengatakan, kanak-
kanak yang nutrisi yang cukup, ukuran kecerdasannya adalah tinggi. Sehubungan itu,
KBK 3073 Page 14
ibu bapa perlulah peka semasa menyediakn makanan supaya makanan itu mempunyai
cukup zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak supaya dapat membantu meningkatkan
keupayaan dan kecerdasan otak anak-anak.
3.8 Meransang Otak Melalui Bahan Mainan
Sudah menjadi lumrah bagi anak-anak kecil gemar akan segala jenis
permaianan. Kita sering melihat kanak-kanak akan leka ketika bermain tanpa
memperduli hal-hal yang berlaku di sekitarnya. Bagi anak-anak kecil bermain adalah
seolah-olah mereka belajar. Ini disebabkan semasa bermain semua sensori
pancaindera mereka berfungsi. Sehubungan itu, ibu bapa perlukan membiarkan anak-
anak bermain tetapi mestilah dalam pemantauan bagi memastikan keselamatan
terjamin. Maka, kecerdasaan kanak-kanak akan lebih terserlah dan dapat
diaplikasikan dengan sebaik mungkin.
Kesimpulannya, sokongan ibu bapa dari segi emosi, sosial dan fizikal kepada
anak-anak pintar cerdas amat diperlukan bagi pertumbuhan kecerdasan yang mereka
miliki agar dapat diaplikasi dengan sebaik mungkin sokongan. Peranan ibu bapa amat
diketengahkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas ini
meningkatkan kebolehan mereka dengan sempurna tanpa sebarang halangan..
4.0 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap
Kanak-kanak Pintar Cerdas
Kekuatan profesion keguruan dan kecekapan seorang guru adalah bergantung
kepada kekuatan pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi tentang pengajaran
dan pembelajaran dari segi kaedah, pendekatan, teknik, stail pengajaran, kebolehan
dan pengetahuan guru menggerakkan dan meningkatakan kualiti pengajaran,
keterampilan dan kepakaran guru sebagai pendidik, pembimbing, pengasuh, jurulatih
dan pemimpin pendidikan yang dihormati oleh murid sebagai seorang professional
yang menguasai kemahiran dan pengetahuan di dalam atau di luar bilik darjah.
Secara umumnya pembelajaran dimaksukan sebagai “learning is about how
we perceiveand understand the world about making meaning” (Marton & Booth,1997;
dirujuk oleh Fry et al. (2003). Pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat
fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu idea, perlakuan
yang bersesuaian bagi situasi tertentu,mengenali sesuatu dan penaakulan (Fry
KBK 3073 Page 15
et.,al.,2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam
perlakuan pelajar hasil daripada penglibatan dalam sesuatu pengalaman pendidikan
(Nicholls,2002)
Strategi pula merujuk kepada kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan
mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan mendapatkan pencapaian yang optimum.
Menurut Marton (1975), Morton & Saljo (1984), dalam Fry et.,al (2003), mendapati
bahawa pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan oleh tahap
penglibatan mereka dalam subjek berkenaan iaitu menjurus kepada pendekatan
pembelajaran yang dipilih oleh pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak pinar cerdas, guru perlu memainkan peranan dalam membentuk kaedah dan
strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian pelajar mereka.
Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan, antaranya kaedah pecutan, kaedah
Brainstorming kaedah pengayaan, kaedah pengelompokan dan pembelajaran
koperatif.
4.1 Kaedah Pecutan
Kaedah pecutan juga dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa
belajar. Kaedah ini adalah merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan
dan tugasan yang lazimnya diberikan kepada kanak-kanak yang grednya lebih tinggi.
Kaedah ini menggukan kurikulum sekolah yang sedia ada.
4.1.1. Jenis Kaedah Pecutan
Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akan belajar dengan
lebih banyak berbanding pelajar lain. Ini bermakna kurikulum penyesuaian kepada
kanak-kanak dinilai daripada penguasaan dan bukannya menggunakan kurikulum
yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak diperingkat sama.
Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi
mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double
promotion) Seteruanya kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur
dikumpulkan bersama dan kurikulum digunakan adalah berdasarkan pengusaan
individu bukan berdasarkan umur.
Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang
menguasai sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan diletakkan sama
dengan rakan sekelas mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan
KBK 3073 Page 16
pelajar pintar cerdas menyiapkan program pendidikan biasa dalam masayang singkat.
4.1.2. Kesan Kaedah Pecutan Terhadak Akademik
Banyak keterangan yang menyatakan manfaat terhadap akademik hasil
daripada kaedah ini. Karen Rogers , 1991 dan Kulik 1992 mendapati bahawa manfaat
daripada kaedah pecutan bagi kanak-kanak pintar cerdas secara keseluruhannya lebih
banyak daripada pengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan ditempatkan dalam
kumpulan dan diberikan kurikulum standard, mereka mengungguli kawalan
bersamaan satu bulan; dengan arahan yang diubah suai mereka mengungguli rakan
mereka tiga atau lebih bulan, ketika mereka ditawarkan kurikulum yang diperkaya
mereka melebihi rakan sebaya di kelas biasa empat hingga lima bulan, dan ketika
mereka menawarkan kurikulum yang dipercepatkan (kaedah pecutan) mereka
mengungguli rakan sebaya hampit setahun.
4.2 Kaedah Koperatif
Kaedah ini bertujuan untuk memastikan pelajar pintar cerdas diasingkan oleh
kawan-kawan sekelas. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang
boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi
sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Terdapat enam jenis pembelajaran koperatif iaitu :
a. Kaedah jigsaw
b. Belajar bersama
c. Team Games Tournament oleh Robert Slavin
d. Student Team Achievement Division oleh Hopkins.
e. Team Accelerated Instruction Mathematics
f. Penyiasatan secara berkelompok
Pembelajaran secara koperatif sesuai dengan sebarang kumpulan umur dan
sebarang mata pelajaran. Pembelajaran ini memerlukan interaksi dua hala yang baik.
Pelajar akan ditempatkan dalam kumpulan yang kecil (4-6 orang) dan dikendalikan oleh
guru yang telah dilatih dalam bidang pintar cerdas. Dalam pembelajaran ini, guru yang
cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajaran dengan baik. Secara tidak langsung
dapat meningkatkan keyakinan pelajar menjadikan pembelajaran menarik dan disukai
KBK 3073 Page 17
pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi ransangan kepada pelajar-pelajar
untuk berusaha dan bercita-cita tinggi.
Secara umumnya, guru sentiasa akan mempelbagaikan corak pengajarannya
semasa pembelajaran koperatif. Ini bertujuan untuk membina satu pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Jadi, dengan ini akan memberi ransangan kepada pelajar
untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermakna pembelajaran koperatif wajar dijadikan
sebagai satu startegi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Persekitaran yang selesa dan dilengkapi kemudahan perlu disediakan bagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran koperatifamat
berkesan meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan dapat
memberi keseronokan ketika belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di
antara pelajar dan guru.
Kesimpulannya, kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan
seseorang pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan suatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat
secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa ada rasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
berkesan boleh diaplikasikan oleh guru. Oleh itu, pemilihan terhadap kaedah dan teknik
perlulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak pintar cerdas ini dapat
mengembangkan potensi yang mereka miliki.
4.3 Kaedah Pengayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan
sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan
pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. Kaedah ini
adalah satu kaedah yang baik bagi memenuhi murid pintar cerdas. Pengayaaan ini
didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar. Seterusnya
melalui aktiviti ini ia akan memberi peluang murid mendalami dan meluaskan
pengetahuan dan pengalaman mereka dan pelajar juga dapat mengembangkan lagi minat,
sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka.
Renzulli (1997), berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan
menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan.
Antara program pengayaan yang sering menjadi rujukan ialah program pengayaan
KBK 3073 Page 18
Renzulli’s Schoolside Enrichment model atau SEM yang sudah dilaksanakan oleh
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Model ini menekanakan aktiviti seperti ceramah,
lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Guru bertindak
sebagai mentor sahaja.
Terdapat dua bentuk pengeyaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan
yang meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud memberi peluang kepada pelajar
dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di
sekolah. Manakala pengayaan meluas pula ialah para pelajar akan dibimbing untuk
mempelajari sesuatu bidang yang luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang
diluar sukatan pelajaran mereka.
Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan
pelajar dan daripada maklumat tersebut sebagai permulaan mencipta lingkungan belajar.
Implikasi daripada program pengayaan ialah menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga mengelakkan pelajar
daripada berasa bosan. Percambahan ilmu menjadi semakin luas kerana pelbagai
maklumat dapat disampaikan.
Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak
menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan
pengalaman yang dapat membantu ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti
ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat
berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran serta melahirkan daya
kreativiti.
4.4 Kaedah Pengelompokan
Kaedah ini adalah di mana kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama
ditempatkan dalam satu kelas yang khusus. Kajian daripada kumpulan praktis oleh Karen
Rogers 1991, mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa arahan rutin tidak
memberi sebarang perbezaan dalam pencapaian akademik pelajar biasa, tetapi
pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalan pemcapaian akademik pelajar cerdas.
Pengelompokan untuk pecutan menghasilakn manfaat yang besar jika ianya
dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum, pecutan mata pelajaran dan
kemasukan ke peringkat yang lebih tinggi pada usia muda. Kaedah ini bukan hanya
mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang baik, tetapi juga dapat
KBK 3073 Page 19
menyelesaikan masalah lain.Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkan bersama akan
lebih dekat antara raka-rakan sekelas yang mempunyai kemampuan, minat dan tahap
yang sama.
Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan.Pencapaian
akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak pintar cerdas yang menjalankan
kaedah pengelompokan. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif
terhadap motivasi dan pembelajaran serta membentu kanak-kanak cerdas ini
mengembangkan persepsi diri dengan lebih realistik.
5.0 Masalah Sosial Dan Emosi Terhadap Kanak-kanak Pintar Cerdas
Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan asynchronous
apabila perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosialnya tidaka sepadan dengan
usianya. Contohnya, kanak-kanak yang berumur enam tahun yang mempamerkan
tingkah laku yang setara dengan usianya tetapi meiliki kecerdasan intelek seperti
kanak-kanak berusia 12 tahun, manalaka tahap emosi seperti enam tahun. Sehubungan
itu, kanak-kanak pintar ceerdas yang boleh memahami secara intelek mengenai
perkara abstrak yang lebih tinggi dari rakan sebayanya, didapati tidak mampu
menangani perkara yang melibatkan emosi pada tahap ini. Ketidakmatangan kanak-
kanak ini dalam menangani isu emosi pada usia muda ini akan mengheret mereka ke
arah kebimbangan terhadap isu-isu yang lebih tinggi dari tahap perkembangan emosi
sebenar mereka seperti soal kematian, masa hadapan dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga dalam aspek perkembangan fizikal, kanak-kanak pintar
cerdas ini bakal membatasi pergerakan atau kemempuan menyelesaikan sesuatu tugas
yang dirasakan mudah dalam gambaran intelek mereka. Kanak-kanak ini juga lebih
suka mencampuri perbualan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu
memberi pendapat atau pandangan dalam isu-isu tersebut. Tetapi dari segi emosi
mereka akan menangis atau merajuk ketika bermain atau pun berebut sesuatu dengan
rakan sebaya.
KBK 3073 Page 20
Kanak-kanak pintar cerdas ini juga sering mahukan kesempurnaan yang tinggi.
Sikap ini telah mendorong kepada takut akan kegagalan. Sehubungan itu, menjadikan
mereka cepat berputus asa apabila tidak mampau melaksanakan tugasan dalam
tempoh yang ditetapkan. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempunyai perasaan sensitif
terhadap perkara yang melampai tahap pemikiran mereka seperti isu peperangan dan
pencemaran. Mereka akan menjadi introvert dan menjurus ke arah kemurungan pada
masa akan datang.
Oleh sebab, perkembangan intelek yang tidak setara dengan arakan sebaya,
kanak-kanak ini akan menghadapi masalah sosial dan emosi bukan sahaja dengan
rakan sebaya tetapi juga dalam kalangan orang dewasa yang sama tahap inteleknya.
Kanak-kanak pintar cerdas ini juga tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem
pendidikan sedia ada di sekolah kerana kecerdasan ini.
Lazimnya semakin tinggi tahap kecerdasan, maka semakin tinggilah keperluan
kaunseling yang patut diberikan kepada mereka (Davis & Rimm,1998). Ini adalah
supaya dapat menghilangkan masalah atau tekanan sosial dan emosi mereka. Ramai
antara mereka mengalami kemurungan kerana gagal menghadapi kemahiran sosial
yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka. Oleh itu, ada segelintir antara mereka
menggunakn startegi yang kurang bijak seperti berpura-pura tidak pandai dengan
berusaha tidak mencapai tahap pencapaian yang sebenar. Selaian itu, mereka akan
melupakan keperluan sosial dengan memilih tidak berkomunikasi dengan rakan
sebaya (Rimm, 2008). Keadaan ini akan membawa kepada satu masalah sosial dan
emosi kanak-kanak pintar cerdas yang memerlukan perhatian ibu bapa dan guru.
6.0 Penutup
Kanak-kanak pintar cerdas merupakan individu yang memiliki potensi yang
tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Pelajar-pelajar ini tidak
terlepas daripada menghadapi pelbagai bentuk masalah psikologi. Jadi organisasi yang
bertanggungjawab perlu untuk menguruskan pendidikan untuk kanak-kanak ini.
Selain itu, kanak-kanak ini juga memerlukan starategi atau kaedah pengejaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak biasa. Ini adalah supaya segala
kecderdasan dan kelebihan yang mereka miliki dapat dikembangkan dengan
sempurna. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa perlu memahami
tentang hakikat memiliki anak yang berbeza daripada biasa agar mereka dapat
KBK 3073 Page 21
memberi sokongan psiko-sosial yang sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan
anak mereka.
7.0 Rujukan
David Lazear (2004). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai
(Wirakarnain Sani, Terjemah).Selangor.Wisdom Mind Resource Sdn.Bhd.
Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd Yasin (2009).
Permatapintar negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATA pintar
negara, UKM.
Nik Aziz Ni Pa (1990). Program Pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan
Praktik.Petaling Jaya: Pustaka Islam.
Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personalia
Murid. Selangor: Cerdik Publication Sdn.Bhd.
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Suppah Nachiappan,Kamarulzaman Kamarudin,Abd.Aziz Abd Shukor,
Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha &Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran
dan Perkembangan pelajar.Oxford Fajar.Selangor Darul Ehsan.
Sumber Internet
http://pertubuhanmahligaisakinah.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-kepimpinan-yang
perlu.html
http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm
http://eprint.utm.my/6039/1/FULL_THESIS.pdf
http://www.tagpdx.org/accelera.htm
http://web.usm.my/education/publication/JPP236_PERBEZAAN%20PERSONALITI.
KBK 3073 Page 22