Kata Ganda 2 Imlak
-
Upload
leonard-agustinus -
Category
Documents
-
view
462 -
download
9
description
Transcript of Kata Ganda 2 Imlak
Latihan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Air mata Suraya ______________ apabila mendengar berita tentang kematian neneknya. A. memancut-mancut C. mencurah-curah B. menitis-nitis D. membuak-buak
2. Punca kemalangan sering berlaku di kawasan itu adalah disebabkan jalan raya yang _____________________. A. bersilang-silang C. bersilang-pangkah B. bertali-arus D. bersimpang-siur
3. Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah _______ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan. A. haru-biru C. hiruk-pikuk B kacau-bilau D. kucar-kacir
Soalan 4 berdasarkan Gambar 1
Gambar 14. Intan ________ apabila Kak Zura mengusiknya di hadapan para tetamu. A. terkial-kial B. termalu-malu C. terketar-ketar
5. Tulislah _______________________ supaya karangan kamu mudah dibaca. A. masak-masak C. mudah-mudah B. betul-betul D. terang-terang
6. ___________________ jelas kedengaran dari tempat berlangsungnya konsert itu. A. Riuh-rendah C. Desas-desus B. Sorak-sorai D. Hiruk-pikuk
7. Adik saya berada dalam ketakutan semasa hujan turun dengan lebat yang disertai kilat _______________________ . A. sambar-menyambar B. berdentam-dentum C. sabung-menyabung
8. Walaupun keluarganya miskin, ___________________dia tidak menjadi peminta sedekah bagi menyara keluarganya. A. seolah-olah C. sekali-sekali B. seboleh-bolehnya D. setahu-tahu
9. Seni silat dan pantun adalah warisan_____________________ nenek moyang orang Melayu sejak lama dahulu. A. saki-baki C. turun-temurun B. masing-masing D. suku-sakat
10. Pencuri itu __________ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis. A. meraung-raung C. menarik-narik B. melaung-laung D. meronta-ronta