KATA GANDA SEPARA (2)
-
Upload
masratna-halini -
Category
Documents
-
view
5.616 -
download
77
Transcript of KATA GANDA SEPARA (2)
7
KATA GANDA SEPARA
Kata ganda separa juga disebut sebagai gandaan suku kata dasar.
Gandaan suku kata dasar bermaksud perulangan suku kata pertama kata dasar.
Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan itu menjadi ‘e’ pepet, contohnya jejari.
Penggandaan separa berlaku kepada kata nama tunggal, contohnya ialah kuda, pohon dan sebagainya.
Gandaan suku kata pertama Antara suku kata yang diimbuhkan
terhadap suku kata dasar untuk membentuk gandaan ialah be-, ke-, pe-, se-, je-, te-:
be + burung = beburung
pe + pohon = pepohon
ke + kuda = kekuda
je + jari = jejari
se + sungut = sesungut
te + tikus = tetikus
Sesetengah perkataan berganda separa mempunyai makna serupa dengan perkataan yang tidak berganda.
Contohnya ialah seperti :
kacang = kekacang
Laki = lelaki
Terdapat juga gandaan separa yang tidak
sama makna dengan kata dasarnya.
Contohnya ialah seperti:
Jawi>bererti Melayu
Jejawi>bererti sejenis tumbuhan pokok
Contoh ayat menggunakan
kata ganda separa Bebola ikan bertambah enak apabila dimakan
dengan sos cili.
Kekadang datuk tidak berpuasa kalau terlalu uzur.
Komputer menggunakan tetikus untuk mempercepat pengendalian.
Sepanjang jalan itu ditanami pepohon untuk meredupkan suasana.
Latihan Kata Ganda Separa
TAHAP RENDAH
TAHAP SEDERHANA
TAHAP TINGGI
#SILA KLIK PADA KOTAK
LATIHAN TAHAP RENDAH
Latihan 1Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai menggunakan perkataan yang terdapat dalam kotak di bawah.
1. ___jentik
2. ___tikus
3. ___kunci
4. ___laman
5. ___bunga
6. ___daun
7. ___laki
8. ___bola
9 ___rumah
10. ___jari
•Le•Pe•Je•Ke•Be•Te•Re•Se•De
Semak jawapan
LATIHAN TAHAP SEDERHANA
Latihan 2 Perkataan-perkataan di bawah terdir i dar ipada kata ganda yang berlainan jenis. Si la pi l ih kata ganda separa dan is ikan dalam tempat kosong di bawah.
lelangit
batu-batan
jejari
anai-anai
tetikus
sayur-mayur
sibur-sibur
tetupai
kayu-kayan
kekuda
segar-bugar
pepohon
Kata ganda separa=
Semak jawapan
LATIHAN TAHAP TINGGI
Latihan 3Pilih jawapan yang tepat bagi setiap soalan berikut.
1. Sila pilih kata ganda separa yang tepat bagi perkataan pohon?
A) pohon-pohon C) pepohon-pepohon
B) pepohon D) pohon-pepohon
2. Antara kata ganda berikut, yang manakah merupakan kata ganda separa?
i) kekasih-kekasih iii) batu-batan
ii) sayur-sayuran iv) sesumbu
A) i dan ii C) ii dan iv
B) ii dan iii D) iv sahaja
Bagi soalan 3 hingga 5, isikan tempat kosong dengan kata ganda separa yang sesuai.
3. Abang merupakan seorang ______ yang baik dan penyabar.
A) laki-laki C) laki-lelaki
B) lelaki D) laki
4. ______ komputer yang digunakan Izhar berwarna biru.
A) tikus C) tetikus
B) tikus-tikus D) tikus-tetikus
5. Terdapat banyak ______ di dalam longkang rumah Amirah.
A) jejentik C) jentik-jejentik
B) jentik D) jentik-jentikSemak jawapan
JAWAPAN L a t i h a n 1
1. Je
2. Te
3. Ke
4. Le
5. Be
6. De
7. Le
8. Be
9. Re
10. Je
Senarai latihan
Latihan 2 > Kata ganda separa
lelangit
jejari
tetikus
tetupai
kekuda
pepohon
Senarai latihan
Latihan 3
1. B
2. C
3. B
4. C
5. A
Senarai latihan