Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5...

24
KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS. Oleh: Noor Fatiha Binti Jailani (921213105882) Siti Aishah Binti Satar (920401106044) Tingkatan 6 Al Waqidi / Ibnu Khaldun Sesi 2010-2011 Guru Pembimbing Pn Norsuhaida Binti Ismail.

Transcript of Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5...

Page 1: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

TIDAK MENGUASAI BAHASA INGGERIS.

Oleh:

Noor Fatiha Binti Jailani

(921213105882)

Siti Aishah Binti Satar

(920401106044)

Tingkatan 6 Al Waqidi / Ibnu Khaldun

Sesi 2010-2011

Guru Pembimbing

Pn Norsuhaida Binti Ismail.

Page 2: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan

salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan salam kesejahteraan kepada para

sahabat dan para tabi`in sekalian.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya penyelidikan kami dapat di jayakan

dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Raja Muda Musa iaitu Puan Hajah Norsalwati binti Hassan yang membenarkan

kami menjalankan penyelidikan ini. Sekalung penghargaan juga kepada Puan Norsuhaida binti

Ismail selaku guru pembimbing, Ketua Panitia bahasa Inggeris iaitu Puan Siti Thalha binti

Sheikh Abu Bakar kerana telah memberi tunjuk ajar dan maklumat sepanjang kajian ini

dijalankan.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang telah memberi bantuan dari segi

kewangan,responden yang terlibat dan rakan-rakan yang telah membantu secara langsung

mahupun tidak langsung. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kami ucapkan.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pelajar Melayu tingkatan 5

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris.

Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan Melayu

tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya. Kajian ini dijalankan secara

deskriptif dan ditafsir secara kuantitatif. Pengkaji memperoleh maklumat melalui pengedaran borang soal

selidik kepada responden yang dipilih secara rawak dan analisa markah peperiksaan. Soal selidik ini

dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan

latar belakang responden. Manakala bahagian B pula melibatkan beberapa soalan yang memerlukan

responden memberikan tindak balas agar dapat membantu penyelidikan ini. Berdasarkan markah

peperiksaan pelajar pula, didapati responden merupakan pelajar yang mendapat markah hanya 05

hingga 40 dalam peperiksaan yang diperoleh melalui Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar iaitu Ketua

Panitia mata pelajaran bahasa Inggeris tingkatan 5 SMK Raja Muda Musa. Berdasarkan analisis dapatan

2

Page 3: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

kajian, terdapat beberapa faktor mengapa pelajar Melayu tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan

Raja Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris seperti faktor sosio budaya,

persekitaran, keluarga, rakan sebaya dan diri sendiri. Dengan adanya kajian ini, diharapkan semua pihak

yang terbabit dapat memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi perkara ini.

PENDAHULUAN

Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agama

Kristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeris. Sekolah yang pertama ialah di Penang Free

School, Pulau Pinang (1816). Sekolah Inggeris terbahagi dua jenis, iaitu sekolah Free School yang

mendapat bantuan daripada kerajaan . Jenis kedua ialah sekolah Inggeris separa bantuan yang

ditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan kewangan

daripada kerajaan. Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa ini adalah untuk melatih tenaga kerja seperti

kerani dan juruteknik bagi jabatan-jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi permintaan

golongan bangsawan Melayu, pihak Inggeris yang bercorak Grammar School di England. Pihak Inggeris

memperkenalkan Special Malay Class pada tahun 1930an bagi memberi implikasi besar dalam hala tuju

pendidikan masyarakat Melayu kerana menyedarkan orang Melayu dari golongan bawahan untuk turut

sama mendapatkan pendidikan Inggeris. ( Dewan Bahasa dan Pustaka 1993)

Menurut Sufean Hussin (1993) pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris

di ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis jenis pendidikan yang telah

diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap

jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat

kewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan

konsep integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahan

Inggeris telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragaman

dan pencapaian hasrat integrasi nasioanal.

Walau bagaimanapun, kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar

baru bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid

tahun satu mulai 2011 berbanding cadangan asal pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri

Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada

beberapa faktor. Antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks

untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan. Muhyiddin yang

3

Page 4: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

juga Menteri Pelajaran berkata pelakasanaan MBMMBI untuk murid Tahun Empat, Tingkatan Satu,

Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan kementerian membuat persiapan rapi dengan

mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran.( http://www.moe.gov.my)

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dewasa ini, masalah penggunaan bahasa Inggeris semakin serius dalam kalangan pelajar-

pelajar tidak kira diperingkat sekolah rendah, menengah atau peringkat universiti. Lebih membimbangkan

lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu. Di sini, kami mengkhususkan kelemahan pelajar

tingkatan 5 dalam menguasai bahasa Inggeris. Mari kita sama-sama fikirkan mengapa masalah ini

berlaku khususnya dalam kalangan pelajar Melayu?

Sebahagian daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu mereka akan

diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga

membawa keburukan kepada diri sendiri. Hakikatnya, pelajar cina lebih maju dan pakar dalam bahasa

Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut dengan ejekan yang boleh melemahkan mereka.

Pelajar tingkatan 5 juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya bergantung semata-mata kepada

guru-guru untuk memajukan mereka. Sepatutnya di peringkat tingkatan 5 tidak berlaku lagi perkara

sebegini. Pelajar-pelajar sepatutnya mencari guru bukan guru yang mencari pelajar, tetapi sekarang ini,

kebanyakan guru yang berusaha untuk memperbaiki pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa

Inggeris.

Menurut pendapat Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar, seorang guru bahasa Inggeris di

SMKRMM, melalui pengalamannya mengajar bahasa Inggeris, beliau berpendapat punca pelajar lemah

bahasa Inggeris adalah disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah

dengan penggunaan bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap

bahasa Inggeris. Selain, tidak berpeluang untuk berinteraksi sesama rakan mahupun keluarga. Pelajar

juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris. Mereka juga malas untuk mengulang

kaji dan menambahkan pengetahuan dari segi pemahaman ayat-ayat inggeris yang sukar. Sikap ini

menyebabkan pelajar kurang atau tidak langsung berusaha untuk membaca bahan-bahan dalam bahasa

Inggeris.

Beliau menambah lagi, pelajar mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus peperiksaan.

Sikap ini ada pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu mengambil tahu tentang

perkataan baru yang tidak pernah didengar. Mereka hanya bergantung kepada kurikulum yang sedia ada.

Pelajar-pelajar juga malu untuk menyebut perkataan Inggeris. Mereka tiada keyakinan diri untuk bertutur

dan masalah untuk menyebut sesuatu perkataan yang betul. Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan

4

Page 5: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

dari aspek tatabahasa. Contoh paling mudah apabila pelajar yang tidak menguasai tatabahasa ialah

mereka tidak mampu menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris. Inilah hakikatnya pelajar Melayu

yang lemah menguasai bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu “menjelajah” dengan lebih

mendalam terhadap bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar untuk difahami dan

sukar digunakan dalam kehidupan seharian. Mengapa pelajar Melayu tingkatan 5 mempunyai fikiran

yang cetek terhadap bahasa Inggeris ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting untk membawa

seseorang itu kearah kemajuan.

Pengkaji juga berpendapat bahawa punca pelajar lemah bahasa Inggeris ialah kebanyakan

kurang tatabahasa, tiada keyakinan diri dan malas berusaha untuk memantapkan bahasa Inggeris

mereka. Kebanyakan pelajar hanya bergantung kepada guru-guru sahaja. Mereka seolah-olah tidak

mahu berdikari sendiri dan hanya menunggu guru-guru “menyuapkan” ilmu kepada mereka. Mentaliti

pelajar-pelajar juga masih berada di takuk lama dan tidak mahu menerima bahasa Inggeris sebagai

bahasa ilmu.

5

Page 6: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

PENYATAAN MASALAH

Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu tingkatan 5 Sekolah

Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa berada pada tahap yang merunsingkan. Pelbagai cara dan

strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meningkatkan penggunaan

bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah. Menurut Y. BHG. TAN SRI Alimuddin Hj. Mohd Dom,

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pelaksanaan dan pengajaran (P&P) Sains dan Matematik bagi

sekolah rendah dan sekolah menengah, beberapa strategi telah dicadangkan antaranya ialah

menyediakan guru bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar

negara dan IPTS selain daripada pengambilan daripada IPGM dan IPTA. Selain itu, kerajaan juga telah

menyediakan guru bahasa Inggeris di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas yang berenrolmen

tinggi (contoh: melebihi 35 orang murid).

Pihak kementerian juga telah menyediakan bahan bacaan bahasa Inggeris dan juga telah

memperkenalkan kesusasteraan bahasa dalam P&P bahasa Inggeris. Ini sejajar dengan usaha kerajaan

bagi melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa

Inggeris (MBMMBI). Untuk mengatasi masalah ini kita perlu mengetahui faktor dan punca yang sebenar

menyebabkan sesetangah pelajar tidak dapat menguasai dan menggunakan bahasa Inggeris.(

http://www.moe.gov.my)

6

Page 7: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah statistik

asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan jumlah kekerapan setiap ciri pemboleh ubah.

Walaubagaimanapun, dalam kajian ini penyelidik menggunakan statistik asas peratusan. Data-data

mengenai persoalan kajian diperoleh melalui kaedah soal selidik dan analisa markah peperiksaan.

Kaedah ini digunakan kerana ia sesuai digunakan untuk mengetahui sikap seseorang.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif dititikberatkan kerana ia merupakan rangka rujukan agar

penyelidikan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur. Antara objektif yang ingin dicapai dalam

kajian ini ialah:

a) Mengkaji masalah pengguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu tingkatan 5

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa tahun 2011.

b) Mengenal faktor pelajar Melayu tingkatan 5 tidak berminat dengan mata pelajaran bahasa

Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa pada tahun 2011.

HIPOTESIS

Hipotesis ialah idea ataupun andaian yang dibuat bagi diuji pembentukan hipotesis perlu berdasarkan

pada masalah yang berlaku secara logik. Hipotesis perlu dinyatakan dengan jelas iaitu dengan

terminologi yang betul dan dapat dijalankan, dapat diuji serta menyatakan perbezaan ataupun

hubungan antara pemboleh ubah. Hipotesis bagi kajian ini adalah:

a) Pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan diri

sendiri.

b) Faktor latar belakang sosial keluarga punca pelajar tidak menguasai bahasa Inggeris.

c) Faktor persekitaran di sekolah dan tempat tinggal menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa

Inggeris.

7

Page 8: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

POPULASI

Kajian ini dijalankan di SMK RAJA MUDA MUSA, Bestari Jaya, Selangor. Populasi kajian ini hanya

melibatkan pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah penguasaan bahasa Inggeris. Disebabkan saiz

populasi adalah kecil, maka semua pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris ialah responden.

Penentuan bilangan sampel dalam sesuatu kajian adalah penting supaya sampel tersebut dapat mewakili

populasi yang dikaji. Lebih banyak nilai peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana

sampel yang diambil adalah 100% mewakili populasi iaitu seramai 30 orang sampel yang terlibat dalam

kajian ini.

ANALISIS DATA

Analisis data bagi kajian yang sebenar dilakukan secara manual bagi mendapatkan peratusan. Apabila

data yang di kutip dalam bentuk binari iaitu “YA” atau “TIDAK” maka analisis yang digunakan adalah

kekerapan. Pemilihan bentuk tersebut kerana bersesuaian dengan persekitaran tempat kajian dan ruang

lingkup kajian yang terhad.

8

Page 9: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

DAPATAN KAJIAN

Masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melayu tingkatan 5 di SMK RAJA MUDA

MUSA.

BIL SOALAN YA TIDAK

1. Saya tidak faham bahasa Inggeris kerana p&p guru

membosankan.

20 % 80 %

2. Saya menggunakan bahasa Inggeris apabila bercakap

dengan keluarga saya dirumah.

0 % 100 %

3. Saya sukar memahami setiap perkara yang diajarkan oleh

guru.

33 % 67 %

4. Saya suka mengulang kaji subjek bahasa Inggeris dirumah 20 % 80 %

5. Saya sering bercakap dengan rakan-rakan dalam bahasa

Inggeris

10 % 90 %

6. Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk lebih tekun

belajar bahasa Inggeris

70 % 30 %

7. Saya suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang

menggunakan bahasa Inggeris disekolah

13 % 87%

8. Saya suka bahasa Inggeris melebihi subjek-subjek lain 30 % 70 %

9. Saya seronok apabila belajar bahasa Inggeris 53 % 47 %

10. Dirumah, saya ada perpustakaan mini khas yang

mempunyai banyak bahan dalam bahasa Inggeris

7 % 93 %

11. Saya bercita-cita untuk menjadi guru bahasa Inggeris 3% 97%

12. Saya suka menonton filem & mendengar muzik dalam

bahasa Inggeris

80 % 20 %

13. Subjek bahasa Inggeris ini senang difahami 20 % 80 %

14. Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan berbanding bahasa

Melayu

10 % 90 %

15 Diperpustakaan sekolah saya kurang buku rujukan bahasa

Inggeris

33 % 67 %

16. Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris 23 % 77%

17. Saya minat cara guru mengajar ketika didalam kelas 60 % 40 %

18. Di kawasan perumahan saya selalu diadakan aktiviti bahasa

Inggeris

7 % 93 %

19. Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru disekolah 63 % 37%

9

Page 10: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

20. Rakan-rakan banyak membantu saya menguasai bahasa

Inggeris

57 % 43%

21. Saya membaca surat khabar atau majalah dalam bahasa

Inggeris

17 % 83 %

22. Saya mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan bahasa

Inggeris

37 % 63 %

23. Saya malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris 33 % 67 %

24. Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya jika saya

bertutur dalam bahasa Inggeris

30 % 70 %

25. Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa Inggeris sangat

penting untuk masa depan

10 % 90 %

10

Page 11: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

MENUNJUKKAN BILANGAN PERATUSAN PELAJAR YANG TIDAK MENGUASAI BAHASA

INGGERIS DI SMK RAJA MUDA MUSA.

11

Pelajar sering bercakap dengan rakan-rakan dalam bahasa Inggeris. Carta Pai menunjukkan seramai 10% pelajar bersetuju dan 90% pelajar tidak bersetuju.

Pelajar tidak faham Bahasa Inggeris kerana

P&P guru membosankan. Carta Pai

menunjukkan seramai 20% pelajar

bersetuju dan 80% pelajar tidak bersetuju.

Pelajar suka melibatkan diri dalam

sebarang aktiviti yang menggunakan

bahasa Inggeris disekolah. Carta pai

menunjukkan seramai 13% pelajar

bersetuju dan 87% pelajar tidak bersetuju.

Page 12: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

12

Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan

berbanding bahasa Melayu. Carta pai

menunjukkan seramai 10% pelajar

bersetuju dan 90% pelajar tidak bersetuju.

Ayah dan ibu saya fasih berbahasa

Inggeris. Carta pai menunjukkan seramai

23% pelajar bersetuju dan 77% pelajar

tidak bersetuju.

Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-

guru disekolah. Carta pai menunjukkan

seramai 63% pelajar bersetuju dan 37%

tidak bersetuju.

Page 13: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

Dapatan kajian mendapati keseluruhan pelajar tidak menguasai Bahasa Inggeris

disebabkan faktor keluarga. Ibu bapa mereka tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan mereka tidak

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan pertuturan ketika dirumah. Mereka juga

tidak faham Bahasa Inggeris dan tidak banyak membuat rujukan tentang Bahasa Inggeris. Faktor ini

menyebabkan kebanyakan mereka menganggap Bahasa Inggeris merupakan subjek yang tidak penting

untuk masa hadapan.

13

Saya membaca surat khabar atau majalah

dalam bahasa Inggeris. Carta Pai

menunjukkan seramai 17% telah bersetuju

dan 83% tidak bersetuju.

Saya malu untuk bertutur dalam bahasa

Inggeris. Carta pai menunjukkan seramai

33% pelajar telah bersetuju dan 64%

pelajar tidak bersetuju.

Adakah anda sedar bahawa subjek bahasa

Inggeris sangat penting untuk masa depan.

Carta pai menunjukkan seramai 10%

pelajar telah bersetuju dan 90% pelajar

tidak bersetuju.

Page 14: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

CADANGAN

Selepas kajian ini dijalankan, pihak penyelidik dapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah

penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMKRMM.

1. Pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas menggunakan bahasa Inggeris.

2. Wujudkan suasana pertuturan dalam bahasa Inggeris.

3. Pembentangan kerja dalam bahasa Inggeris.

4. Bahasa Inggeris digunakan dalam perhimpunan sekolah.

5. Bimbingan dan dorongan yang padu dari ibubapa, guru-guru dan rakan sebaya.

14

Page 15: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

RUMUSAN

Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk

mengatasi pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih dalam

memperbaiki diri mereka. Dapatkan bimbingan dari guru-guru bahasa Inggeris apabila mempunyai

masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan bahasa inggeris dan memperbanyak

bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki

idea yang matang dalam sesuatu isi bagi memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan

terperinci. Perbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris untuk menambahkan vocabulary

dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu

pandai menguasai bahasa Inggeris.

Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai

kepentingan yang besar didalam kehidupan kita terutamanya pelajar-pelajar. Bahasa Inggeris adalah

bahasa global, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa

Inggeris juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasi pada

masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama peljar-pelajar perlu ada kesedaran

terhadap penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa “penjajah” itu,

tetapi untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap berdaulat di

hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris seperti orang

lain. Pepatah mengatakan “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Hanya orang malas sahaja yang

tidak mahu mengubah nasib diri mereka. Dalam dunia ini tiada yang mustahil kita lakukan.

Sedangkan orang kafir pun menguasai bahasa Al-Quran mengapa kita tidak boleh menguasai

bahasa Inggeris? Semua bermula dari diri kita sendiri.

15

Page 16: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir tahun 2010, Panitia Bahasa Inggeris, SMK Raja Muda Musa.

Sufean Hussin,1993 Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Sufean Hussin Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia: 1993-01-01.

http://www.moe.gov.my Pelaksanaan MBMMBI , pernyataan oleh Timbalan Perdana Menteri

Malaysia, 2010.

Berita Harian Online, 20 Ogos 2009, Azrina Azhan, [email protected]

Berita Harian Selasa 23,Jun 2009, G.Manimaran,

Mingguan Malaysia 22 February 2009

Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999) “Penyelidikan pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003) “Reka bentuk tinjauan soal selidik penyelidikan”

Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

16

Page 17: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

LAMPIRAN

Borang soal selidik.

Bahagian A: Maklumat responden

Arahan: Sila lengkapkan maklumat dibawah yang berkaitan diri anda dengan menandakan

betul pada soalan pertanyaan.

1. Nama:

2. Jantina: ( ) LELAKI ( ) PEREMPUAN

3. BANGSA : ( ) MELAYU

4. UMUR:( ) 17 TAHUN

5. KELAS: TINGKATAN 5 ( ) * NYATAKAN

6. KELULUSAN AKADEMIK BAHASA INGERIS : ( ) UPSR ( ) PMR

7. PEKERJAAN IBU BAPA :AWAM

-PENGURUSAN : ( )

- SOKONGAN : ( )

: SWASTA

- PENGURUSAN : ( )

- SOKONGAN : ( )

: SENDIRI: ( )

8. TEMPAT TINGGAL : BUKIT BADONG: ( )

IJOK ( )

JAYA SETIA ( )

BATANG BERJUNTAI ( )

RANTAU PANJANG ( )

17

Page 18: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

BAHAGIAN B.

BIL SOALAN YA TIDAK

1. Saya tidak faham Bahasa Inggeris kerana p&p guru

membosankan

2. Saya menggunakan Bahasa Inggeris apabila

bercakap dengan keluarga saya dirumah

3. Saya sukar memahami setiap perkara yang diajar

oleh guru

4. Saya suka mengulang kaji subjek Bahasa Inggeris

dirumah

5. Saya sering bercakap dengan rakan-rakan dalam

Bahasa Inggeris

6. Ibu bapa memberi semangat kepada saya untuk

lebih tekun belajar Bahasa Inggeris

7. Saya suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti

yang menggunakan Bahasa Inggeris disekolah

8. Saya suka subjek Bahasa Inggeris melebihi subjek-

subjek lain.

9. Saya seronok apabila belajar Bahasa Inggeris

10. Dirumah, saya ada perpustakaan mini khas yang

mempunyai banyak bahan dalam Bahasa Inggeris

11. Saya bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa

Inggeris

12. Saya suka menonton filem & mendengar muzik

dalam Bahasa Inggeris

13. Subjek Bahasa Inggeris ini senang difahami

14. Bahasa Inggeris lebih banyak dituturkan dirumah

berbanding Bahasa Melayu

15. Diperpustakaan sekolah saya kurang buku rujukan

Bahasa Inggeris

16. Ayah dan ibu saya fasih berbahasa Inggeris

17. Saya minat cara guru mengajar ketika didalam kelas

18. Dikawasan perumahan saya selalu diadakan aktiviti

berbahasa Inggeris

19. Bahasa Inggeris dititikberatkan oleh guru-guru

disekolah

18

Page 19: Kajian Tentang Masalah Penggunaan Dan Penguasaan Bahasa Inggeris Dikalangan Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa 2..

KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5 2011

20. Rakan-rakan banyak membantu saya menguasai

bahasa Inggeris

21. Saya membaca surat khabar atau majalah dalam

bahasa Inggeris

22. Say mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan

penguasaan bahasa Inggeris

23. Saya malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris

24. Rakan-rakan mengejek dan memalukan saya jika

saya bertutur dalam bahasa Inggeris

25. Adakah anda sedar bahawa subjek Bahasa Inggeris

sangat penting untuk masa depan anda

19