PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang...

29
PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR – PELAJAR PKPG KEMAHIRAN HIDUP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA AZIZAH BINTI ABU HANIFAH Universiti Teknologi Malaysia

Transcript of PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang...

Page 1: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM

KALANGAN PELAJAR – PELAJAR PKPG KEMAHIRAN HIDUP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AZIZAH BINTI ABU HANIFAH

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

ii

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR PKPG KEMAHIRAN HIDUP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya AZIZAH BINTI ABU HANIFAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PUAN ADIBAH ABDUL LATIF

415, Felda Kota Gelanggi 02, .............................................................

27000 Jerantut, Pahang. Nama Penyelia

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 3: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

iii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”

Tanda tangan : ………………………………............

Nama Penyelia : PN. ADIBAH ABDUL LATIF

Tarikh : …………………………………........

Page 4: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

iv

PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR PKPG KEMAHIRAN HIDUP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AZIZAH BINTI ABU HANIFAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

v

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ………………………………............

Nama Penulis : AZIZAH BINTI ABU HANIFAH

Tarikh : APRIL, 2008

Page 6: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

vi

DEDIKASI

Untuk Yang Teristimewa

Suami tersayangMOHD JUSNI BIN YUSOF

Pengorbanan serta kepercayaan yang diberikan terbukti tidak sia-sia.

Anak-anakAFIF JAZIMIN

NUR ADILA JASMIN

Semoga kejayaan Ibu pada hari ini akan menjadi motivasi untuk abang dan adik lebih

berjaya dikemudian hari.

Ibu bapa, keluarga dan MertuaPesanan dan doa kalian sentiasa mengiringi perjalanan hidupku..Insyaallah

Pensyarah PenyeliaTidak terbalas segala ilmu yang dicurahkan

Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu

Rakan-rakan SeperjuanganKejayaan Kita Kejayaan Bersama

Page 7: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

vii

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNYA serta berkat kesabaran dan

kecekalan, maka projek ini dapat diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan bagi

memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada PN. ADIBAH BT ABDUL LATIF yang

tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih

yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa

yang sangat besar ini.

Seterusnya ucapan penghargaan khas ditujukan juga kepada pelajar tahun 4SPH

sesi 2005/2008 yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang kajian ini

dijalankan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk suami dan anak-

anak di atas pengorbanan, kepercayaan dan dorongan yang diberikan.Semoga budi baik

kalian diredhai Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Sekian Terima kasih.

Page 8: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

viii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan

penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG di Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 120 orang pelajar tahun 4, Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai telah dijadikan responden untuk kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan

adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian ini

dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11.5 bertujuan untuk mendapatkan nilai

peratus, kekerapan, min, Ujian-t dan korelasi. Hasil kajian mendapati secara

keseluruhannya penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris responden adalah pada

tahap sederhana dan terdapat hubungan yang signifikan di antara penguasaan dan

penggunaan bahasa Inggeris. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap penggunaan bahasa Inggeris manakala terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap penguasaan bahasa Inggeris merentas jantina.

Page 9: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

ix

ABSTRACT

This research was carried out to identify the English profiency and uses level

among the PKPGs’ students of Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia.

This research involved 120 final year PKPG, UTM of Educational Bachelor (Living

Skills) students as the respondent. The research design was a survey research using

questionnaire as an instrument. The findings of this research have been analyzed by

using the SPSS version 11.5 in order to find the percentage value, frequency, mean, t-

test and correlation. The research outcome concluded that all the respondents’ English

profiency and uses level were in the moderate level and there is a significant relationship

between English profiency and uses. This research indicated that there were no

significant differences towards the use of English language across gender, while there

was a significant difference towards the profiency of English language across gender.

Page 10: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kerangka Konsep 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

Page 11: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

viii

1.9 Skop Kajian 12

1.10 Definisi Operasional (Pembolehubah Kajian)13

1.11 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 17

2.2 Bahasa Inggeris 18

2.3 PKPG 20

2.4 Kemahiran Komunikasi Dalam bahasa 23

Inggeris

2.4.1 kemahiran mendengar 23

2.4.2 kemahiran membaca 25

2.4.3 kemahiran menulis 24

2.4.4 kemahiran bertutur 26

2.5 Penguasaan Guru(PKPG) Kemahiran Hidup 28

Dalam Bahasa Inggeris

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Kerangka Operasi 34

3.4 Tempat Kajian 36

3.5 Populasi Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40

Instrument Kajian

3.8 Prosedur Kajian 42

Page 12: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

ix

3.9 Kajian Rintis 44

3.10 Analisis Data 46

3.11 Kesimpulan 46

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Deskriptif (Bahagian A) 50

4.2.1 Jantina 50

4.2.2 Bangsa 51

4.2.3 Pengalaman Mengajar 52

4.2.4 Keputusan MUET 53

4.3 Analisis Persoalan Kajian 54

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 54

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 60

4.4 Analisis Inferensi (Bahagian B) 65

4.4.1 Analisis Data Hipotesis Kajian 1 64

4.4.2 Analisis Data Hipotesis Kajian 2 67

4.4.3 Analisis Data Hipotesis Kajian 3 68

4.5 Penutup 68

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 70

5.2 Perbincangan Kajian 71

5.2.1 Bahagian A

Perbincangan latar belakang 71

5.2.2 Bahagian B

Perbincangan persoalan kajian 72

Page 13: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

x

5.2.2.1 Persoalan Kajian 1:

Apakah tahap penguasaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai? 72

5.2.2.2 Persoalan Kajian 2:

Apakah tahap penggunaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai? 76

5.2.2.3 Persoalan Kajian 3:

Adakah terdapat hubungan di antara

penguasaan dan penggunaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai? 78

5.2.2.4 Persoalan Kajian 4:

Adakah terdapat perbezaan di antara

penguasaan dan penggunaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai? 78

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan Kajian 80

5.4.1 Pihak UTM 81

5.4.2 Pihak Tenaga Pengajar 81

5.4.3 Para Pelajar 82

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

55.6 Penutup 83

BIBLIOGRAFI 84

LAMPIRAN 95

Page 14: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT

2.1 Mata pelajaran Teras Program Atau 21

Pengkhususan

2.2 Tahap Kawalan Pendengar Ke atas Teks Lisan 24

3.2 Item Bahagian A 38

3.3 Pembahagian Item Bahagian B (I) 38

3.4 Cara Pemarkatan Penguasaan Bahasa Inggeris 39

3.5 Pembahagian Item Bahagian B (II) 39

3.6 Cara Pemarkatan Penggunaan Bahasa Inggeris 40

3.7 Taburan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 44

Bahagian B (I)

3.8 Taburan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 44

Bahagian B (II)

3.9 Pekali Alpha Cronbach 45

3.10 Pengkelasan Skor Min Dan Status 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman 52

Mengajar

4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan MUET 53

4.5 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 55

Item Penguasaan Pengetahuan Dalam Mata Pelajaran

Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris

4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

Item Penguasaan Bahasa Inggeris Di Dalam Kelas

4.7 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 59

Page 15: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xii

Item Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi

(lisan dan bertulis) Dalam Bahasa Inggeris

4.8 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 61

Item Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Komunikasi

Secara Lisan

4.9 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 62

Item Penggunaan Bahasa Inggeris Semasa Membuat

Rujukan

4.10 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 64

Item Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kehidupan

Harian

4.11 Anggaran Perhubungan Antara Dua Pemboleh Ubah 66

4.12 Hubungan Di Antara Penguasaan Dan Penggunaan 66

Bahasa Inggeris

4.13 Perbezaan Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam 67

Kalangan Pelajar PKPG UTM, Merentas Jantina

Page 16: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xiii

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK GRAF MUKA SURAT

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.2 Taburan Responden Mengikut bangsa 52

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 53

Mengajar

4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan MUET 54

Page 17: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK RAJAH MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep kajian 10

3.1 Kerangka Operasi Kajian 35

3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 43

Page 18: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xv

LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN

Borang Soal Selidik 89

A Surat Pengesahan pakar Bidang 95

B Surat Pengesahan Pakar Bidang 96

C Keputusan Ujian Kajian Rintis 97

D Nilai Korelasi 100

E Nilai Ujian-t 101

Page 19: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xvi

SENARAI SINGKATAN

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka

IPTA - Institut Pengajian Tinggi

MUET - Malaysian University English Test

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PSM - Projek Sarjana Muda

SPSS - Statistical Package For Sosial Science

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SL - Sangat Lemah

L - Lemah

S - Sederhana

B - Baik

SB - Sangat Baik

TP - Tidak Pernah

P - Pernah

Page 20: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

xvii

KK - Kadang-kadang

K - Kerap

SK - Sangat Kerap

Page 21: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Komunikasi merupakan cara manusia berhubung antara satu dengan yang lain.

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk berkomunikasi dan bahasa merupakan

satu aspek yang penting untuk tujuan tersebut. Menurut Abdul Rahman Abdul Aziz

dalam buku Kemahiran Sosialis Asas, bahasa adalah penghubung manusia dan bahasa

jugalah yang menghidupkan kehidupan sosial. Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

sama ada dalam bentuk pertuturan, penulisan atau pemikiran. Terdapat beratus-ratus

jenis bahasa yang ditutur oleh pelbagai lapisan masyarakat di dunia ini, namun bahasa

Inggeris merupakan bahasa yang sering digunakan dalam perhubungan antarabangsa.

Sebagai bahasa antarabangsa, bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting

dalam kehidupan seharian kita. Ia juga mempunyai status lingua franca dikebanyakan

bahagian di dunia berpunca dari ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh

budaya Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan juga di Amerika

Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, ramai orang yang menyedari

kepentingan bahasa Inggeris akan mempelajari serta menggunakan bahasa ini.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama atau bahasa nombor

satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi

Page 22: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

2

secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti

pengenalan televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir

99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris (Ahmad Zahri

Jamil, 2002). Ia menjadi sangat penting kerana globalisasi dan pengantarabangsaan

telah mengubah struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan, latihan kemahiran dan

mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan

kosmopolitan. Dalam konteks ini, penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah satu

indikator graduan cekap berbahasa, berkomunikasi dan berhujah, kekuatan berfikir dan

menyelesaikan masalah, kecerdasan emosi dan sifat kepimpinan.

Kita tidak boleh menjadi global jika penguasaan bahasa Inggeris masih lemah.

Usaha untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris tidak bermakna

membelakangkan bahasa kebangsaan, tetapi lebih kepada memenuhi permintaan

pasaran kerja terutama graduan universiti awam (Berita Harian, 2006). Kita tidak

boleh lari daripada keperluan yang menjadi kemudahan asas kerana antara syarat-

syarat kelayakan para graduan yang mahu bekerja di sektor-sektor swasta mahupun

awam ialah memerlukan penguasaan dalam bahasa Inggeris. Memetik kata-kata

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam ucapan

beliau di majlis pelancaran Hari Guru 2002

“....kita harus menerima hakikat bahawa di dalam era

globalisasi penguasaan sekurang- kurangnya satu bahasa asing

yang utama sangat berguna untuk meningkatkan keupayaan

menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains

teknologi termasuk ICT, dan meningkatkan peranan yang lebih

luas dan berkesan dalam hubungan antara bangsa”.

Pelajar-pelajar yang merupakan bakal pemimpin negara kita seharusnya

mempunyai tahap kecekapan bahasa Inggeris yang tinggi agar dapat mengadakan satu

perhubungan antarabangsa yang berkesan dalam semua aspek untuk pembangunan

negara. Ini adalah penting ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020. Sehubungan

dengan itu, saranan terhadap rakyat negara ini untuk mempelajari bahasa Inggeris

Page 23: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

3

dengan lebih gigih agar dapat menguasainya dengan lebih baik perlu diberi perhatian

serius oleh semua pihak. Setiap individu dalam masyarakat perlu mengambil inisiatif

yang lebih dan mencari masa yang sesuai untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa

Inggeris masing-masing.

Pengajaran bahasa Inggeris di sekolah dilihat sangat penting ke arah usaha

tersebut. Selaras dengan ini, pelajar telah mula diajar untuk menulis, membaca dan

bertutur dalam bahasa Inggeris sejak di sekolah rendah lagi. Selain itu, penekanan

pendidikan ditumpukan kepada kemahiran berkomunikasi supaya pelajar beroleh

pengetahuan berbahasa dan berkomunikasi sekali gus.

Bahasa Inggeris juga memainkan peranan yang penting dalam bidang teknikal.

Keupayaan untuk menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan satu

kelebihan besar kepada pelajar teknikal memandangkan kebanyakan bahan rujukan

bagi mata pelajaran teknikal adalah di dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada usaha

menterjemah buku ilmiah berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP), namun kemampuan itu terbatas disebabkan lambakan

buku, jurnal dan maklumat dalam bahasa Inggeris. Mengikut statistik DBP, sejak tiga

puluh tahun lalu, hanya lapan ratus hingga seribu buah buku pengajian tinggi,

diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, hampir enam puluh

peratus buku-buku ini tidak lagi wujud dalam pasaran (Zalina Yahya, 2005). Oleh itu,

pelajar perlu mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik jika ingin menimba

lebih banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal.

1.2 Latar Belakang Masalah

Salah satu isu yang sedang berdepan dengan masyarakat kita hari ini ialah

penguasaan bahasa Inggeris bagi tujuan memenuhi cabaran global. Ini tidak

bermaksud untuk mengenepikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi

negara, tetapi kita harus mengakui bahawa penguasaan bahasa Inggeris adalah sesuatu

Page 24: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

4

yang perlu khususnya bagi mendapatkan pengetahuan baru dalam pemindahan

teknologi dari negara luar.

Mengetahui bahasa kedua, terutamanya bahasa Inggeris sangat berguna sebagai

alat untuk memudahkan komunikasi antara manusia yang menggunakan dua bahasa

yang berlainan. Ia juga bertujuan untuk memudahkan orang mempelajari hasil

tamadun yang berlainan. Begitu juga manusia sejagat dapat berkongsi pemikiran dan

ilmu yang pada asasnya sama, walaupun pandangan hidup mereka berbeza dari segi

budaya partikular ( Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2003).

Dalam konteks dunia pendidikan pula, seseorang pelajar mempelajari bahasa

Inggeris bertujuan untuk berkomunikasi secara efektif, memahami bahan-bahan

bacaan dalam bahasa Inggeris serta untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Perkara-perkara ini tidak akan dapat dicapai tanpa penguasaan bahasa Inggeris.

Walaubagaimanapun, adalah suatu yang sangat mengecewakan apabila lulusan SPM

yang telah mempelajari bahasa Inggeris selama 11 tahun tetapi masih tidak boleh

bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Kajian juga menunjukkan pelajar yang

masih belum mempunyai kemahiran kecekapan bahasa yang asas akan menghadapi

masalah untuk membaca buku teks, berdailog, berdebat dan memberi gerak balas

bertulis dalam ujian dan peperiksaan.

Pada tahun 2002 pula, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan

pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 1 di sekolah rendah

dan tingkatan 1, 4 dan 6 rendah bagi sekolah menengah manakala di pusat matrikulasi

pula pada tahun 2003. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada pelajar kerana

terpaksa memindahkan konsep-konsep sains dan matematik daripada bahasa asing ke

dalam bahasa ibundanya dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa

asing itu. Bilangan pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains

dan matematik dalam bahasa Inggeris sehingga tahun 2004 ialah 1.88 juta orang. Jika

sekalipun 50 peratus daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar dianggap

menguasai bahasa Inggeris, namun terdapat hampir 1 juta (0.94 juta), terutama pelajar

Page 25: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

5

di luar bandar yang menghadapi masalah pembelajaran sains dan matematik dalam

bahasa Inggeris (Surif, 2006).

Kajian yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr.

Nor Hashimah Jalaluddin (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar untuk belajar

sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kenyataan tersebut tergambar pada

dapatan kajian beliau, iaitu 75 peratus pelajar tidak setuju sains dan matematik diajar

dalam bahasa Inggeris, 77 peratus bersetuju bahawa bahasa Melayu mampu

menyampaikan sains dan matematik dengan berkesan, 71 peratus meminati sains dan

matematik kerana diajar dalam bahasa Melayu dan 70 peratus responden yakin akan

mendapat keputusan yang cemerlang dalam sains dan matematik jika diajar dalam

bahasa Melayu.

Kajian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) pada tahun 2004 tentang persepsi pelajar telah menunjukkan bahawa

amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran sains dan matematik

dalam bahasa Inggeris. Kesediaan mereka untuk belajar sains dan matematik

sepenuhnya dalam bahasa Inggeris hanya 5.9 peratus untuk Mata Pelajaran Sains dan 5

peratus untuk Mata Pelajaran Matematik.

Selain itu, dapatan kajian mereka juga menunjukkan penurunan prestasi yang

cukup mencemaskan di kalangan pelajar yang terlibat dalam Mata Pelajaran Sains,

Matematik, dan Bahasa Inggeris. Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2

pada tahun 2004 (pelajar yang mula belajar sains dan matematik di tingkatan 1 pada

tahun 2003 dalam bahasa Inggeris), peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang

iaitu gred A bagi Mata Pelajaran Sains hanya 11.9 peratus dan bagi Mata Pelajaran

Matematik hanya 16.9 peratus. Hampir separuh daripada sampel yang dikaji iaitu

sebanyak 45.49 peratus mendapat gred gagal dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris pula, hanya 10.4 peratus yang mencapai gred A.

Page 26: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

6

Isu kurang penguasaan bahasa Inggeris ini juga turut berlaku dalam kalangan

pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Menteri Pengajian Tinggi,

Datuk Mustapa Mohamed sendiri turut mengakui bahawa penguasaan bahasa Inggeris

di kalangan pelajar masih kurang memuaskan (Berita Harian, 2007). Hampir 30

peratus daripada 132,000 pelajar Kolej Komuniti, Politeknik dan universiti awam

hanya menguasai Tahap 1 dan 2 Ujian Inggeris Universiti Malaysia (MUET), iaitu

tahap terendah pada ujian berkenaan. Sebahagian besar pelajar atau 43.3 peratus pula

menguasai Tahap 3 dan 21.0 peratus lagi Tahap 4. Berdasarkan kajian awal oleh

Kementerian Pengajian Tinggi tahun lalu, 5.7 peratus pelajar menguasai Tahap 1 dan

23 peratus Tahap 2, manakala 1.9 peratus saja menguasai Tahap 6 dan 5.1 peratus

Tahap 5.

Sehingga kini penguasaan masyarakat kita dalam bahasa Inggeris khususnya di

kalangan pelajar masih di tahap yang membimbangkan. Keadaan ini dapat dilihat

pada keputusan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris peringkat Penilaian Menengah

Rendah (PMR) pada tahun 2006 iaitu hanya 71.4 peratus lulus bahasa Inggeris,

berbanding 73.8 peratus sebelum ini (Berita Harian, 30 Disember 2006).

Cabaran dalam pendidikan juga menjadi semakin besar memandangkan calon

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, merupakan kelompok terakhir yang

akan menduduki kertas sains dan matematik dalam bahasa Malaysia kerana menjelang

tahun 2008, calon akan menduduki kedua-dua kertas itu sepenuhnya dalam bahasa

Inggeris (Utusan Malaysia, 2007). Penggunaan bahasa Inggeris tetap berlaku, sama

ada calon sudah bersedia atau belum.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah membuat unjuran bahawa pada tahun

2008, 80 peratus Mata Pelajaran Sains, Matematik dan teknikal akan diuji dalam

bahasa Inggeris dalam peperiksaan umum (Berita Harian,2007). Guru merupakan

pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar tersebut. Guru perlu

menguasai beberapa terminologi teknikal bahasa Inggeris, dan perlu pula

berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan murid.

Page 27: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

7

Walaubagaimanapun, kesediaan guru di dalam melaksanakan dasar ini adalah

diragui kerana daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun

2004, dianggarkan kira-kira 80,000 orang guru terlibat dalam pengajaran sains dan

matematik dan semuanya terlatih dalam bahasa Malaysia yang dijadikan bahasa

penghantar utama dalam sistem pendidikan negara sejak tahun 1970. Pelaksanaan

dasar tersebut akan mengundang masalah yang perlu ditangani dengan bijak oleh

semua pihak khasnya guru-guru.

Kajian yang dijalankan oleh DBP-UKM pada tahun 2004 di 242 buah sekolah

menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan

untuk mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hanya 54.7 peratus

guru sains dan 62.2 peratus guru matematik yang mampu menerangkan konsep sains

dan matematik dalam bahasa Inggeris. Satu kajian lain yang dijalankan pada tahun

2004 dengan jelas menunjukkan bahawa 81 peratus guru tetap mahukan sains dan

matematik diajarkan dalam bahasa Malaysia, 72 peratus guru mengatakan bahawa

pencapaian pelajar dalam sains dan matematik akan lebih cemerlang jika diajar dalam

bahasa Malaysia, dan 79 peratus guru berpendapat bahawa pelajar lebih dapat

menumpukan perhatian jika kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa

Malaysia.

Cabaran sebagai bakal guru teknikal juga tidak kurang hebatnya

memandangkan kebanyakan buku teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Tambahan

lagi, mata pelajaran teknikal juga akan diajar dalam bahasa Inggeris menjelang tahun

2008. Oleh itu, sebagai bakal guru teknikal, penguasaan bahasa Inggeris perlu lebih

digandakan bagi menangani isu bahasa ini.

Berdasarkan pernyataan di atas, satu kajian dibuat untuk melihat sejauh mana

masalah ini wujud dalam kalangan pelajar-pelajar PKPG UTM, Skudai yang juga

merupakan bakal guru-guru teknikal apabila tamat pengajian kelak.

Page 28: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

8

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penguasaan dan penggunaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG. Adakah pelajar-pelajar ini betul-betul fasih

dan boleh menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya. Mungkinkah juga di sebabkan

kelemahan menguasai bahasa Inggeris ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapat

keputusan yang baik.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penguasaan bahasa

Inggeris dengan penggunaan bahasa tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar PKPG

serta melihat perbezaan merentas jantina.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:-

1. Mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan

pelajar PKPG UTM, Skudai.

2. Mengkaji tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai.

3. Mengenal pasti hubungan antara penguasaan dengan penggunaan

bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG UTM, Skudai.

4. Mengenal pasti perbezaan antara penguasaan dan penggunaan bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG UTM, Skudai merentas

jantina.

Page 29: PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS …€¦ · Seramai 120 orang pelajar tahun 4, ... Yang Diajar Dalam Bahasa Inggeris 4.6 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item- 57

9

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya, empat persoalan kajian telah di bincangkan sebagai

pendekatan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris

dalam kalangan pelajar-pelajar PKPG UTM, Skudai. Persoalan kajiannya adalah seperti

berikut:

1. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai?

2. Apakah tahap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

PKPG UTM, Skudai?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penguasaan

dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG

UTM, Skudai?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara penguasaan

dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKPG

UTM, Skudai merentas jantina?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara penguasaan bahasa

Inggeris dengan penggunaan bahasa Inggeris pelajar, tiga hipotesis telah

dibentuk :