KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol...

24
KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI DAN TAPAK TANAH BERSEJARAH DI PERAK YUNUS BIN SAUMAN@SABIN WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI KOD PENYELIDIKAN: 08-07-18-06 GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

Transcript of KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol...

Page 1: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI DAN TAPAK TANAH BERSEJARAH DI PERAK

YUNUS BIN SAUMAN@SABIN WAN NOORLIZAWATI BINTI WAN MAT ALI

KOD PENYELIDIKAN: 08-07-18-06 GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

Page 2: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

11

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Yunus bin Sauman@Sabin dan Wan Noorlizawati binti Wan Mat Ali kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya.

15Mei2010 (Wan Noorlizawati binti Wan Mat Ali)

Page 3: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

Ill

PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana membiayai penyelidikan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Dekan, Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Penyelaras Jabatan Sejarah yang memberi kepercayaan dan perangsang kepada kami untuk menjalanlcan penyelidikan ini. Tidalc lupa kepada semua kakitangan Jabatan Sejarah di atas sokongan yang diberikan.

Yunus bin Sauman@Sabin Wan Noorlizawati binti Wan Mat Ali Jabatan Sejarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim,Perak.

Page 4: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

ABSTRAK

Berdasarkan kepada kajian-kajian arkeologi terutamanya terhadap Zaman Prasejarah di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia, lebih daripada 20 buah tapak telah dibuat kajian di Perak sama ada secara tinjauan dan eksplorasi sahaja mahupun kajian ekskavasi. Contolinya di Sungai Siput, kajian telah dilakukan oleh Evans dan Callenfels pada tahun 1935 dan kemudiannya kajian oleh Jabatan Muzium yang diketuai oleh Zulkifli Jaafar pada tahun 1986. Selepas itu, hanya satu survei yang dilakukan oleh Unit Prasejarah, Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti pada bulan Februari dan Mei 2002 yang diketuai oleh Yunus Sauman. Dengan itu kita boleh membuat kesimpulan baliawa kajian ke atas tapak arkeologi di Perak sebenarnya adalah banyak dan tidak keterlaluan juga jika sekiranya kami nyatakan bahawa ia adalah yang terbanyak di Semenanjung Malaysia setakat ini. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk kita melihat kesinambungan perjalanan sejarah Perak berdasarkan kepada kajian arkeologi apabila setiap hasil kajian itu tidak didokumentasikan secara sistematik dan menyeluruh. Justeru, kajian yang dibiayai oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merupakan usaha kecil dan awal kami untuk mengatasi kerumitan yang dimaksudkan. Semoga dengan adanya hasil kompilasi ini akan membantu semua pihak yang memerlukan.

Page 5: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

Research and Documentation on the Archeological and Historical Sites in Perak

ABSTRACT

Based on archeological research on pre-historic ages in Malay Peninsular in Malaysia they are about 20 sites were explored and excavated. For instance in Sungai Siput the researched has been done by Evans and Callenfels sinced 1935 and continued by Museum Department led by Zulkifli Jaafar in 1986. After that, only one survey had been done by the Department of Museum and Antiquity led by Yunus Sauman in February and May 2002. We can conclude that they are so many archeological sites in Perak and Perak itself has the biggest number in Malay Peninsular. However it is very hard to look into the overall Perak history because the research itself is not documented systematically. Hense, this research which is funded by the university research centre is considered a turning point in solving the previous documentation problems. We hope with this effort, it enable the researcher to use this documentation as a source of their research.

Page 6: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

vi

SENARAI KEPENDEKAN

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia USM - Universiti Sains Malaysia

Page 7: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

Vll

KANDUNGAN

Muka surat

PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv

v ABSTRACT

SENARAI KEPENDEKAN vi

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalan 1 Tujuan kajian 3 Kaedah penyelidikan 4 Kepentingan kajian 4 Skop dan batasan kajian 5 Latar belakang kajian arkeologi di Malaysia 6

BAB 2 PENZAMANAN PERAK

Pengenalan 22 Zaman paleolitik 24 Kebudayaan 'Hoabinhian' 26 Zaman Neolitik 28 Zaman Logam 29 Zaman Protosejarah 33

BAB 3 TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI DI PERAK 35-125

BAB 4 KESIMPULAN 126

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 8: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalan

Sejarah penyelidikan arkeologi di Malaysia telahpun menjangkau lebih daripada satu kurun.

Begitu juga dengan sejarah penyelidikan arkeologi di Perak. Walau bagaimanapun, dalam

tempoh lebih seabad itu, masih belum terdapat satu bentuk penulisan berupa buku yang

menghimpunkan keseluruhan tapak-tapak arkeologi dan Tapak Tanah Bersejarah yang telah

dikaji. Kelemahan ini merupakan kelemahan sejagat di Malaysia termasuklah negeri Perak.

Sekiranya terdapat penulisan-penulisan yang berbentuk dokumentasi tapak-tapak arkeologi di

Malaysia, ia masih belum mampu untuk menghimpun keseluruhan maklumat setiap tapak.

Antara penulisan yang mempunyai ciri-ciri seperti ini ialah penulisan artikel oleh B.A.V.

Peacock,1 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman,2 Leong Sau Heng3 dan Adi Taha.4

1 B.A.V. Peacock, "Recent Archaeological Discoveries In Malaya (1957)", JMBRAS, Vol. 31 (1), 1958, him. 180-187, "Recent Archaeological Discoveries In Malaysia 1964", JMBRAS, Vol. 38 (1), 1965, him. 248-255 dan "Recent Archaeological Discoveries In Malaysa 1965", JMBRAS, Vol. 39 (1), 1966, him. 198-201.

2 Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman. 1991. Archaeology In Malaysia 1840's -19O0's: An Overview. Him. 3.

Page 9: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

2

Kesemua penulisan tersebut merupakan catatan perkembangan arkeologi yang menyentuh

tapak-tapak arkeologi yang telah dikaji ataupun mempunyai signifikan tentang arkeologi,

sekurang-kurangnya tapak penemuan artifak tidak sengaja untuk tempoh setiap 1 hingga 5

tahun. Hanya satu sahaja penulisan berbentuk dokumentasi tapak-tapak arkeologi di

Semenanjung Malaysia dalam bentuk buku iaitu yang ditulis oleh Zulkifli Jaafar pada tahun

2003.5 Walau bagaimanapun buku tersebut hanya terbatas kepada tapak-tapak gua batu kapur

di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ini

bermakna ia langsung tidak menyentuh tapak-tapak arkeologi di Pantai Barat Semenanjung

Malaysia termasuklah Perak.

Penulisan tersebut juga tidak menyentuh tapak-tapak arkeologi terbuka iaitu tapak

bukan gua batu kapur. Justeru, projek penyelidikan ini merupakan satu usaha awal kami

untuk menghasilkan satu bentuk dokumentasi terhadap tapak-tapak arkeologi di Malaysia

khususnya negeri Perak. Usaha ini penting sebagai langkah untuk mengemaskini data-data

yang telah diperolehi sebelum ini dan menulisnya dalam bentuk yang mudah didapati dan

difahami oleh masyarakat umum seluruhnya.

Zuraina Majid melalui buku beliau 'Archeology in Malaysia' juga cub a

mengkompilasi penyelidikan arkeologi di Malaysia tetapi kajian beliau juga lebih tertumpu

kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM),

USM sahaja. Justeru, skop kajian tersebut terbatas kepada tapak-tapak di sekitar Lembah

Lenggong Perak, Pantai Timur Sabah, Gua Niah Sarawak dan beberapa tapak lain di Pahang

sahaja.7 Bermakna penulisan yang dilakukan oleh beliau itu juga sangat tidak menyeluruh

walaupun dari segi tajulcnya membayangkan senario arkeologi di Malaysia secara

keseluruhannya.

3 Leong Sau Heng. 1980. "Archeology In Peninsular Malaysia 1976-1979". Indonesian Circle, Vol. 22. Him. 73-78.

4 Adi Hj. Taha, "Recent Archaeological Discoveries In Peninsular Malaysia 1976-1982", JMBRAS, Vol. 56 (1), 1983, him. 47-63,Lihat juga "Recent Archaeological Discoveries In Peninsluar Malaysia 1983-1985", JMBRAS, Vol. 60 (1), 1987, him. 27-44, "Archaeological Discoveries In Peninsular Malaysia 1987-1990", JMBRAS, Vol. 64 (1), 1991, him. 75-96 dan "Recent Archaeological Discoveries In Peninsular Malaysia 1991-1993", JMBRAS, Vo. 66 (1), 1993, him. 67-83.

5 Zulkifli Jaafar,. 1956.Gua-gua Batu Kapur Di Malaysia: Dari Perspektif Arkeologi. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium & Antikuiti.

6 Zuraina Majid. 2003. Archeology In Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia.

7 Beliau juga menyentuh beberapa tapak selain daripada tapak-tapak yang disebutkan tetapi terlalu sedikit seperti tapak di Batu Kurau dan beberapa tapak megalitik di Negeri Sembilan. Ibid., him. 35.

Page 10: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

3

Asyaari Muhammad juga dalam kajian sarjananya telah cuba untuk mengumpulkan

beberapa tapak arkeologi di Perak tetapi terbatas kepada kajian terhadap tembikar tanah dan

bukan melihat senario setiap tapak. Kajian tersebut adalah untuk menentukan originaliti dan

pentarilchan setiap sampel tembikar tanah melalui kaedah thermoliminesen (TL). Begitu juga

dengan kajian yang dilakukan oleh Setphen Chia yang juga turut menjurus kepada kajian

terhadap tembikar tanali. Bezanya ialah kaedah yang digunakan oleh beliau iaitu kaedah

analisis kimia seperti analisis keratan nipis, analisis belauan sinar-X dan sebagainya.

Kelebihan kajian yang dilakukan oleh Stephen Chia ini ialah skopnya yang lebih luas iaitu

seluruh Semenanjung Malaysia tetapi hanya tapak terpilih sahaja dan tidak banyak tapak di

Perak yang disentuh.

Lama sebelum usaha yang dilakukan oleh para pengkaji Malaysia, telah ada usaha

yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik barat seperti J.M. Mathews.9 Beliau telah

menghimpun tapak-tapak Hoabinhian di Semenanjung Malaysia dan usaha tersebut sangat

baik cuma hanya terbatas kepada tapak-tapak Hoabinhian sahaja dan tidak menyentuh

tentang tapak-tapak pada zaman lain. Tambahan pula memandangkan kajian tersebut

dilakukan sebelum merdeka, tidak banyak tapak yang dapat dimasukkan. Bagi negeri Perak

hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh.

Tujuan kajian ini dijalankan ialah:

1. Untuk menghimpun dan mendokumentasikan tapak-tapak arkeologi dan Tapak Tanah

Bersejarah di Perak.

2. Menentukan status terkini tapak-tapak arkeologi di Perak untuk dijadikan rujukan

kepada tindakan selanjutnya.

3. Rujukan kepada masyarakat umum khususnya di kalangan pelajar IPT dan pelajar

sekolah, guru-guru sejarah dan golongan akademik yang berminat untuk mengkaji

sejarah awal negeri Perak.

8 Asyaari Muhamad, "Pentarikhan Termoluminesen Tembikar Tanah Prasejarah Di Perak", Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 13, 2000, him. 49-70.

9 JM Mathews, A check-list of 'Hoabinhian' sites excavated in Malaya, 1860-1939, Singapore: Eastern University Press, 1961.

Page 11: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

4

Kaedah penyelidikan:

1. Penyelidikan perpustakaan iaitu mendapatkan maklumat-maklumat berbentuk

dokumen bertulis, pelan dan gambar yang boleh digunakan sebagai panduan

penyelidikan.

2. Survey lapangan berbentuk penjelajahan secara konvensional iaitu dengan mencari

dan mengunjungi semula tapak-tapak yang pernah dilaporkan dan masih belum

dilaporkan di seluruh Perak.

3. Survey berdasarkan kepada Peta Topo, Peta Geologi dan imej satelit Penginderaan

Jarak Jauh {Remote Sensing)

4. Kajian etnoarkeologi terhadap penduduk setempat yang terdapat di persekitaran

setiap tapak untuk mendapatkan gambaran lanjut berkenaan dengan sejarah tapak

berdasarkan kepada sejarah lisan.

Kepentingan Dan Faedah Penyelidikan

Pentingnya penyelidikan ini dijalankan kerana tapak-tapak arkeologi sama ada tapak gua,

batu kukup mahupun tapak-tapak terbuka sedang terdedah kepada kemusnahan kegiatan

pembangunan yang amat pesat dalam negara dewasa ini. Bermakna baliawa Tapak-tapak

Tanah Bersejarah dan data-datanya sentiasa dalam keadaan terancam dan ini tentu sekali

merupakan satu kerugian besar kepada negara sekiranya ia tidak didokumenkan. Antara

bentuk pembangunan yang sangat mengancam Tapak-tapak Tanah Bersejarah di Perak ialah

kegiatan kuari, pembukaan ladang-ladang pertanian dan penteraakan secara besar-besaran,

pembukaan tanali-tanah untuk perindustrian, pembinaan jalan-jalan raya dan sebagainya.

Malah, kegiatan harian oleh segelintir penduduk setempat seperti penggalian untuk mencari

harta karun, baja tahi kelawar di dalam gua juga merupakan satu ancaman yang agak serius.

Justeru, kajian ini merupakan satu usaha awal sekurang-kurangnya mendokumentasikan

setiap tapak dan signifikannya kepada kajian sejarah Perak. Kajian ini nanti akan dapat

digimapakai oleh pihak-pihak tertentu seperti pihak perunding (konsultan) dalam membuat

laporan EI A mereka khususnya yang berkaitan dengan sosiobudaya dan kepentingan sejarah.

Malah, hasil penyelidikan ini juga boleh digunapakai oleh pencinta-pencinta sejarah

sebagai dokumen rujukan. Ia juga sangat berguna kepada para pelajar sama ada di institusi

Page 12: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

5

pengajian tinggi mahupun di peringkat menengah yang akan membuat kajian tempatan

ataupun kajian kes. Malah, kepada penggiat kegiatan lasak dan pencinta alam, hasil kajian ini

juga sangat berguna sebagai panduan untuk memilih tempat-tempat yang menarik. Ini kerana

negeri Perak mempunyai banyak tapak arkeologi yang terletak di gua-gua batu kapur yang

mempunyai nilai keindahan semulajadi yang tinggi. Kajian ini akan dapat menyumbang

perkembangan industri pelancongan di Malaysia.

Gambar 1: Pelajar major sejarali UPSI menjalankan kajian lapangan di Gua Teluk Kelawar, Lenggong.

Skop dan Batasan kajian

Kajian akan meliputi keseluruhan zaman dalam bidang arkeologi dari Zaman Prasejarali

hinggalah ke Zaman Sejarah. Walau bagaimanapun bagi tapak-tapak yang termasuk dalam

Zaman Sejarah, hanya tapak-tapak yang telah diekskavasi dan dilaporkan sebagai Tapak

Tanah Bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti saliaja yang akan diambil kira.

Sementara bagi tapak-tapak Prasejarah dan Protosejarah ia akan merangkumi Zaman

Paleolitik di Lembah Lenggong, Zaman Neolitik, Zaman Logam dan termasuk juga zaman

transisi antara Paleolitik dan Neolitik. Zaman Protosejarah juga akan turut dimasukkan

khususnya tapak-tapak penemuan artifak-artifak Hindu-Buddha dan juga tapak-tapak yang

Page 13: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

6

diduga sebagai tapak kerajaan awal seperti Beruas. Secara keseluruhannya, skop kajian ini

sang at luas dan tempoh waktu yang akan dikaji juga adalah panjang

Latar Belakang Kajian Arkeologi di Malaysia

Kajian mengenai arkeologi di Malaysia telahpun menjangkau lebih dari satu kurun. Ini

terbukti apabila telah ada kajian-kajian mengenainya semenjak tahun-taliun 1840an'° seperti

yang dilakukan oleh Kolonel James Low iaitu seorang purbawanis atau peminat barang-

barang antik yang telah melaporkan beberapa penemuan barangan purba di Seberang Prai

dan Kedah. Laporan ini sangat signifikan dalam konteks sejarah penyelidikan arkeologi

bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara. Ini kerana penemuan tersebut telah

meletakkan Malaysia sebagai negara paling awal menjalankan penyelidikan arkeologi.12

Perjalanan sejarah penyelidikan arkeologi semenjak 1840-an dan berterusan sehingga

hari ini berjaya menghasilkan beberapa sintesis, hipotesis dan teori berkaitan dengan zaman

prasejarah dan protosejarah Malaysia. Tempoh selama lebih 160 tahun itu boleh dibahagikan

kepada beberapa tahap. Profesor W.G. Solhiem mengutarakan bahawa tahap-taliap

perkembangan arkeologi di Malaysia boleh dibahagikan kepada 4 tahap atau fasa, iaitu; Fasa

1 (kegiatan dari tahun 1840an hingga 1910), Fasa 2 (kegiatan dari tahun 1910 hingga 1957),

Fasa 3 (kegiatan antara tahun 1958 hingga 1970) dan Fasa ke-4 ialah kegiatan-kegiatan dari

tahun 1970 hingga kini.13

Menurut beliau, pada fasa yang pertama, kegiatan penyelidikan arkeologi dijalankan

oleh para pentadbir British dan golongan purbawanisme.14 Fasa ini bermula apabila buat

10 Nik Hassan Shuhaimi, 1991. Archaeology In Malaysia, 1840 's-1990's: An Overview. Him. 3. 11 Low James, "An Account of Several Inscription Found in Province Wellesly on the Peninsular

Malacca" dalam Miscellaneous Papers Relating to Indo China, London, 1886. Antara artifak yang ditemui ialah beberapa inskripsi Buddha di Seberang Prai dan Kedah Selatan.

12 Walaupun di Indonesia sangat terkenal dengan penemuan fosil-fosil manusia kuno Homo Erektus seperti Java Man dan sebagainya tetapi kajian mengenainya hanya berlaku pada tahun-tahun akhir kurun ke-19.

13 Walaupun pandangan beliau ini diutarakan pada tahun 1980 tetapi kami melihat bahawa bentuk, corak dan pendekatan yang digunakan dan diamalkan semenjak tahun 1980-an hinggalah pada alaf 21 ini tidak banyak bezanya. Lihat W.G. Solhiem, "Archaeology In Malaysia, Brunei and Singapore," Indonesian Circle, No. 22, 1980, him. 63.

14 Kenyataan ini juga turut disokong oleh beberap ahli arkeologi tempatan yang terkemudian seperti Adi Taha dan Leong Sau Heng. Lihat Adi Taha, Archaeology in Peninsular Malaysia - Past, Present and Future, SPAFA Digest, Vol. No. 2, 1986, him. 20-26. Lihat juga Leong Sau Heng, 1994. "Penyelidikan Arkeologi Dan Pengasasan Sejarah Malaysia",Kertas Kerja Dibentangkan Di Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia. Ogos, 1994.

Page 14: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

7

pertama kalinya G.W. Earl melaporkan tentang penemuan sebuah tapak timbunan kulit

kerang di Seberang Prai, Pulau Pinang pada tahun 1860-an.15

Di Perak sendiri, laporan berkaitan dengan kegiatan survei arkeologi telahpun

bermula semenjak 1880 apabila Leonard Wray menyatakan bahawa terdapat satu timbunan

kulit siput dan tulang di Perak tetapi tidak dinyatakan dengan tepat dan tiada kajian lanjut.I6

Pada tahun 1886 beliau telah menjalankan ekskavasi arkeologi buat pertama kali di Gunung

Cheroh, Perak. Dalam kajian tersebut beliau telah menemui alat-alat batu dan rangka

manusia yang dikebumikan secara melentur. Antara tahun 1886 hingga 1894, beliau telah

dilantik sebagai Kurator pertama setelah Muzium Perak siap dibina dan dari situlah beliau

memulakan kegiatan eksplorasi atau penjelajahan ke atas tapak-tapak arkeologi di Perak.

Selain daripada Gunung Cheroh, beliau juga telah membuat tinjauan terhadap tapak Gunung

Pondok, Padang Rengas.17

Pada tahun 1904, Muzium Perak dan Muzium Selangor telah disatukan bagi

membentuk Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau FMS Museum dengan

menjadikan Muzium Perak sebagai Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaya. Penubuhan FMS

Museum ini membawa kepada terbitnya Journal of the Federated Malay States Museum pada

tahun 1905. Ini telah memberi ruang yang lebih banyak kepada para penyelidik untuk

menerbitkan hasil penyelidikan mereka. Melalui FMS juga beberapa penyelidikan arkeologi

yang lebih terancang dan tersusun dapat dikendalikan oleh kakitangan muzium seperti G.W.

Thomson iaitu Penolong Kurator yang telah menjalankan kerja-kerja eksplorasi dan

ekskavasi arkeologi di Gua Kerbau, Gunung Pondok.18

Pada fasa yang kedua, ia bermula apabila I.H.N. Evans dilantik sebagai pembantu

kurator dan pembantu etnografi bagi FMS Museum pada tahun 1912 seterusnya sebagai

etnografi pada tahun 1926 sehinggalah bersara pada tahun 1932. Selepas dilantik menjawat

jawatan pembantu kurator, beliau telah melakukan beberapa kerja eksplorasi dan ekskavasi

15 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, "Archaeology In Malaysia 1840-1990 's an Overview", 1991, him. 14.

16 P.V. van Stein Callenfels and I.H.N. Evans, (1928). "Report on Cave Excavations In Perak", Journal Of the Federated Malay States Museum. Vol. XII. Him. 149.

17 Leonard Wray, "The Caves dwellers of Perak", Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain & Ireland, Vol. 1, No. 1, 1897, him. 13-15.

18 I.H.N. Evans, "A Rock Shelter on Gunong Pondok, Perak", FMS, Vol. 9 Part 4, 1922, him. 267-270. Lihat juga dalam B.A.V. Peacock, "Recent Archaeological Discoveries in Malaysia 1965", JMBRAS, Vol. 39 (1), 1966, him. 198-201.

Page 15: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

8

seperti di Gua Kajang, Lenggong pada tahun 1917, Batu Kurau pada tahun 1920 dan Gunung

Pondok pada tahun 1921.19 Selain itu, beliau juga telah melakukan kajian di beberapa tempat

di Pahang seperti Gunung Senyum dan Kota Tongkat.20 Memandangkan beliau bukan

seorang ahli arkeologi yang terlatih maka kajian-kajian yang dilakukannya dipertikaikan oleh

pengkaji-pengkaji lain seperti oleh P.V. Van Stein Callenfels.

Perkembangan penyelidikan arkeologi di Malaysia amnya dan Perak khususnya lebih

memberangsangkan dengan kaedah-kaedah yang lebih sistematik dan ilmiah apabila P.V.

Van Stein Callenfels terlibat secara langsung pada tahun 1926-27.21 Penglibatan beliau

banyak mempengaruhi dan membantu Evans dalam menjalanlcan kajian arkeologi dengan

lebih sistematik pada masa-masa seterusnya. Sebagai contoh, penggunaan teodolite dan titik

datum sebagai titik rujukan dalam mengukur dan merekod artifak yang ditemui dalam kerja-

kerja ekskavasi. Antara tahun 1930-1932, beliau telah mengaplikasikan kaedah yang lebih

sistematik itu dalam kajian beliau di Kuala Selinsing, Pulau Kalumpang, Perak iaitu sebuah

tapak awal kurun masihi.22

Dalam kajian beliau bersama-sama dengan Callenfels di Gua Badak dan Gua Kerbau

di Perak mereka menyatakan bahawa tujuan kajian tersebut ialah untuk melihat penyebaran

kebudayaan alat-alat batu dari Indochina melalui Semenanjung Malaysia dan terus ke

Sumatera. Sehingga persaraan Evans pada tahun 1932, lebih daripada 20 laporan telah

dihasilkan dan sumbangan tersebut sangat besar kepada perkembangan arkeologi di

Malaysia.

Selepas era I.H.N. Evans, penyelidikan arkeologi negara diteruskan oleh beberapa

pegawai dari Muzium Raffles di Singapura yang diketuai oleh F.N. Chasen selaku pengarah

muzium pada ketika itu. Sementara pelaksanaan penyelidikan dijalankan oleh M.W.F.

Tweedie selaku kurator dan H.D. Collings sebagai penolong kurator. Kedua-dua penyelidik

19 I.H.N. Evans, "Preliminary report on cave exploration near Lenggong, Upper Perak", FMS, Vol. 17, part 4, 1918, him. 227-234.

20 I.H.N. Evans, "Cave dwellings in Pahang", FMS, Vol. 9, Pt. 1, 1927, him. 37-52. 21 Beliau merupakan Inspektor Perkhidmatan Arkeolgi Hindia Timor dan merupakan ahli arkeologi

Belanda pada ketika itu. 22 I.H.N. Evans, "Excavation at Tanjung Rawa, Kuala Selinsing, Perak", FMS, Vol. 15, Pt. 3, 1932,

him. 79-133. 23 Lihat P.V. Van Stein Callenfels, "The Melanesoid Civilization of Eastern Asia", Bulerin of Raffles

Museum, Series B, Vol. 2, No. 1, 1936, him. 41-51 dan P.V. van Stein Callenfels dan I.H.N. Evans, "Report on cave excavation in Perak", FMS, Vol. 12, Part 6, 1928, him. 145-159.Beliau sebenarnya begitu tertarik dan mungkin terpengaruh dengan teori bahawa kebudayaan prasejarah di Semenanjung Malaysia ini adalah pengaruh daripada kebudayaan yang dibawa dari bahagian utara Asia Tenggara iaitu Vietnam Utara.

Page 16: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun
Page 17: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

10

Selepas mendapat bantuan kewangan pada tahun 1934, Collings bersama-sama

Tweedie telah menjalankan penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di Guar Kepah, Seberang

Prai . Dalam kajian ini Callenfels telah mengeluarkan pendapat berkaitan dengan migrasi

masyarakat prasejarah yang dikenali sebagai masyarakat Melanesoid yang melalui

Semenanjung Tanah Melayu ke Sumatera.28 Pada tahun 1935, M.W.F. Tweedie telah

menjalankan penyelidikan di Bukit Cintamani, Bentong, Pahang.29 Manakala pada tahun

1939, beliau telah melakukan kajian di Gua Madu dan Gua Musang, Kelantan.30 Sementara

itu, H.D.Collings yang menumpukan kajiannya di bahagian Pantai Barat Semenanjung telah

menjalankan kajian di Gua Baling, Kedah pada tahun 1935 dan di Bukit Chuping, Perlis pada

tahun berikutnya.31

Pada tahun 1936, beliau telah menjalankan ekskavasi penyelamatan terhadap 3 buah

kubur kepingan batu di Slim River, Perak.32 Manakala pada tahun 1938, pula beliau telah

menemui sebuah tapak Pleistosen yang berkebudayaan Paleolitik di Kota Tampan, Perak.33

Usaha-usaha yang telah dilakukan dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Muzium Raffles

Singapura ini menyebabkan ia dilantik sebagai pusat kepada pengumpulan untuk tipologi dan

perbandingan koleksi objek-objek prasejarah bagi seluruh kawasan timur jauh.34 Pada tahun

1935 Muzium Raffles telah diberi mandat sebagai badan yang berwibawa dalam

penyelidikan prasejarali di Timur Jauh dan pada tahun berikutnya Muzium Raffles telah

menjadi tuaii rumah kepada Kongres Ketiga Ahli-ahli Prasejarali Timur Jauh (Third

Congress of Prehistorian of the Far East)35

27 P.V. Stein Callenfels, 'An advance in far eastern prehistory: Prehistoric kitchen midden in the Straits Settlement; ancient shell heap at Guar Kepah containing relics of an Austro-Melanesoid culture in the Malay Peninsular,' The Ilustrated London News, Ho. 1, 1935, him. 27-37.

28 P.V. Van Stein Callenfels, 'The Melanesoid civilization of Eastern Asia,' Bulletin of Raffles Museum (Series B), Vol. 2, No. 1, 1936, him. 41.

29 M.W.F. Tweedie, 'Report on cave excavation carried out in Bukit Cintamani, near Bentong, Pahang,' BRM(Series B), Vol. l ,No. 1, 1936, him. 17-26.

30 M.W.F. Tweedie, 'Stone Age in Malaya,' JMBRAS, Vol. 26, Part 2, 1953, him. 23. 31 H.D. Collings, 'An excavation at Bukit Cuping, Perlis,' Bulletin of Raffles Museum (Series B), Vol.

1, No. 2, 1937, him. 94-119. Lihat juga H.D. Collings, 'Report of an archaeological excavation in Kedah, Malay Peninsular,' Bulletin of Raffles Museum (Series B), Vol. 1, No. 1, 1936, him. 5-16.

32 H.D. Collings, 'Recent finds of Iron Age sites in Southern Perak and Selangor, Federated Malay States'BRMSeries B, Vol. 1 No. 2, 1937, him. 75-93.

33 H.D. Collings, 'A pleistocene site in the Malay Peninsular, Nature, Vol. 142, 1938, him, 95. 34 A.A. Choo, A guide to the collection, National Museum Singapore: Archaeology:, Singapore:

National Museum Singapore, 1987, him. 2. 35 Ibid, him. 2.

Page 18: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

11

Selain daripada Muzium Raffles Singapura, Jabatan Muzium di Negeri-negeri

Melayu Bersekutu juga telah menjalankan kegiatan penyelidikan arkeologi prasejarah yang

dikendalikan oleh H.D. Noone iaitu seorang ahli etnografi di Federated Malay States (FMS).

Pada tahun 1936, beliau bersama-sama dengan P.V. Van Stein Callenfels telah menjalankan

ekskavasi arkeologi di tapak Gua Gol Bai't dan pada tahun 193936. Beliau juga telah

menemui tapak Gua Menteri di Ulu Kelantan. 37 Selain daripada kajian di lapangan, H.D.

Noone juga telah membuat kajian tipologi terhadap koleksi alat-alat batu Zaman Neolitik

yang terdapat di dalam muzium.38

Ini bermakna, sebelum Perang Dunia Kedua, aliran pemikiran ahli-alili arkeologi

prasejarah di Tanah Melayu menjurus kepada mencari bukti-bukti mengenai penghijrahan

manusia yang melalui Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diasaskan oleh Von Heine

Geldern pada tahun 193239 yang kemudiannya disokong oleh pengkaji-pengkaji yang lain

seperti P.V. Van Stein Callenfels melalui penulisan beliau berkenaan dengan kebudayaan

Melanesoid dan laporan-laporan kajian beliau terhadap tapak Gua Gol Bai't di Sungai Siput. 40 Pandangan ini kemudiannya menjadi asas dalam penyelidikan selepas Perang Dunia Kedua

terutamanya oleh G.de.G. Sieveking dan M.W.F. Tweedie.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, kerja-kerja penyelidikan arkeologi di Semenanjung

Malaysia telah dihentikan sepenuhnya dan hanya disambung semula selepas tahun 1945

tetapi masih dalam keadaan agak lembab kerana ancaman komunis. Hanya penemuan secara

tidak sengaja 3 buali loceng gangsa di Kelang pada tahun 1944 dan juga penemuan beberapa

alat besi bersoket di Bukit Jati, Kelang pada tahun 1948 yang dipercayai sebagai sezaman

dengan Zaman Logam di Semenanjung Tanah Melayu. 41 Pada tahun 1948 juga, P.D.R.

William Hunt telah dilantik sebagai Penasihat Orang Asli bagi Jabatan Orang Asli dan beliau

P.V. Van Stein Callenfels and H.D. Noone, 'Report on an excavation in the rock shelter Gol Bai't near Sungai Siput (Perak),' The Proceeding of the 5"'. Congress of Prehistorian of the Far East, 1939, him. 124.

37 H.D. Noone, 'Report on a New Neolitic Site in Ulu Kelantan, FMJ, Vol. 15, 1939, him. 170-174. Tapak ini kemudiannya lebih dikenali sebagai Gua Cha dan bukan lagi Gua Menteri.

38 H.D. Noone, 'A proposed cllasification of Malayan polished stone implements,' JMBRAS, Vol, 19, Part 2, 1941, him. 210-216.

39 Adi Hj. Taha, 'Archaeology in Peninsular Malaysia, Past, Present and Future,' SPAFA Digest, Vol. VII, No. 2, 1986, him. 70-76.

40 P.V. Van Stein Callenfels, 'An advance in far eastern prehistory: Prehistoric kitchen midden in the Straits Settlement ancient shell heap at Guar Kepah, containing relics of an Austro-Melanesoid culture in the Malay Peninsular,' An Illustrate London News, No. 1, Jan. 1935.

41 H.D. Collings, 'An Iron Age find near Kelang,' Bulletin of Raffles Museum (Series B), No. 4, 1949, him. 113-116.

Page 19: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

12

juga bertanggungjawab terhadap Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Taiping.

Beliau telah menjalankan kajian terhadap tapak-tapak sejarah di Kota Tinggi dengan

menggunakan kaedah foto udara.42

Selepas beliau dilantik menjadi Pengarah Muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu

pada tahmi 1950, beliau telah menjalanlcan beberapa siri penjelajahan arkeologi seperti

melawat tapak Gua Harimau, Gua Kajang dan Gua Badak di Ulu Perak, Gua Cha dan Gua

Musang di Ulu Kelantan dan juga Bukit Tengku Lembu di Perlis.43 Selain itu, sumbangan

besar William Plunt juga ialah usaha beliau mendapatkan pentarildian kronometrik (Karbon

14) terhadap tapak Gua Harimau dan ini merupakan pentarikhan C14 yang pertama di

Semenanjung Malaysia. Beliau juga telah berjaya mengumpulkan artifak-artifak dari Bukit

Tengku Lembu daripada ancaman kegiatan mencari baja tahi kelawar44 di samping

memulakan siri-siri laporan ringkas mengenai penemuan arkeologi terbaru di Semenanjung

Malaysia dengan tajuk 'Recent Archaeological Discoveries in Malaya' dalam JMBRAS yang

kemudiannya diteruskan oleh G.de.G. Sieveking, B.A.V. Peacock dan Adi Taha.45

Penubuhan Persatuan Sejarah Malaya pada 1953 telah memperluaskan ruang kepada

ahli-ahli arkeologi mengemukakan laporan penyelidikan mereka melalui jurnal yang

diterbitkan oleh persatuan tersebut iaitu 'Malaya in History.' Selain daripada kajian terhadap

kebudayaan prasejarah, ahli-ahli arkeologi juga telah memberi tumpuan kepada tapak-tapak

protosejarali seperti tapak Kuala Selinsing, Lembah Bujang dan tapak-tapak zaman sejarah

seperti Kota Johor Lama.

Selepas P.D.R. William Hunt, penyelidikan arkeologi prasejarah telah diteruskan oleh

penyelidik-penyelidik seperti G.de.G. Sieveking, Ann Sieveking dan Gibson Hill.

Umpamanya pada taluin 1954, G.de.G. Sieveking telah menjalankan ekskavasi arkeologi di

Gua Cha, Kelantan yang kemudiannya menghasilkan satu penyelidikan yang lebih

komprehensif daripada penyelidikan-penyelidikan sebelumnya. Dalam penyelidikan

42 P.D.R. William Hunt, 'Note on archaeology from the air in Malaya,' JMBRAS, Vol. 21, Part 1, 1949, him. 150-158.

43 P.D.R. William Hunt, 'Recent archaeological discoveries in Malaya 1945-1950,' JMBRAS, Vol. 24, Part 1, 1951, him. 186-191, lihat juga 'Recent archaeological discoveries in Malaya 1951,' JMBRAS, Vol. 25, Parti, 1952, him. 181-190.

44 Kegiatan mencari baja tahi kelawar merupakan ancaman utama kepada tapak-tapak arkeologi prasejarah di Malaysia termasuklah tapak-tapak arkeologi di Sungai Siput Utara yang menjadi fokus dalam penyelidikan ini.

45 Leong Sau Heng, 'Penyelidikan Arkeologi dan Pengasasan Sejarah Malaysia,1 him. 7. 46 G.de.G. Sieveking, 'Excavation at Gua Cha, Kelantan,' FMJ, Vol. 1,1954, him. 75-138.

Page 20: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

13

tersebut, Sieveking berpendapat bahawa tapak Gua Cha merupakan tapak komponen

pelbagai atau multi-component site iaitu merangkumi zaman kebudayaan Hoabinhian sebagai

lapisan kebudayaan yang awal kemudian diikuiti oleh lapisan berkebudayaan Neolitik oleh

masyarakat yang lain.

Satu perkara yang agak menarik juga terhadap suasana penyelidikan arkeologi

prasejarah di Semenanjung Malaysia pada tahun-tahun 1950-an ini ialah kemunculan

beberapa pandangan dan teori berkenaan dengan Zaman Logam di kawasan ini. Ini berpunca

daripada penernuan-penemuan secara tidak sengaja objek-objek logam iaitu gangsa dan besi

dan rata-rata daripada pendapat itu menyatakan bahawa terdapat pemisahan antara Zaman

Gangsa dan Zaman Besi yang tulin di Semenanjung Malaysia. Ternyata bahawa pandangan

mereka masih terpengaruh dengan aliran pemikiran arkeologi di Barat. Tambahan pula tidak

terdapat satu data yang jelas untuk menjelaskan keadaan tersebut. Antara ahli arkeologi yang

memberi pandangan terhadap isu tersebut ialah W. Linehan,47 J. Loewenstein48 dan G.de.G.

Sieveking4 sendiri.

Penghujung tahun 1950-an, penyelidikan arkeologi lebih banyak tertumpu kepada

arkeologi protosejarah khususnya di kawasan Lembah Bujang seperti di Permatang Pasir,

Tikam Batu dan Bukit Batu Lintang yang telah dikaji dan diekskavasi oleh Michael Sullivan

mulai tahun 1956.50 Sementara pada tahun 1958 hingga 1959, H.A. Lamb telah menjalankan

kajian secara intensif terhadap tapak Candi Bukit Batu Pahat walaupun kajian sebelumnya

telahpun dilakukan oleh H.G.Q. Wales pada tahun-tahun 30an lagi.51 Apabila J.M. Matthew

dilantik sebagai Kurator Muzium Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959, beliau telah

menjalankan penyelidikan terhadap tapak-tapak gua-gua batu kapur di Gunung Panjang, Ipoh

dan menemui lukisan gua prasejarali dengan menggunakan hematit.52 Menurut beliau

lukisan-lukisan tersebut merupakan tinggalan kebudayaan masyarakat berkebudayaan

W. Linehan, 'Traces of a bronze age culture associated with iron age implement in the region of Kelang and Tembeling, Malaya,1 JMBRAS, Vol. 24, Part 3, 1951, him. 1-59.

48 J.L. Loweinstein, 'The origin of Malayan Metal Age,' JMBRAS, Vol. 29, Part 2, 1956, him. 5-78. 49 G. de G. Sieveking, ' The Iron Age collection of Malaya,' JMBRAS, Vol. 29, Part 2, 1956, him. 79-

138. 50 M. Sullivan, 'Excavation in Kedah and Province Wellesley,' JMBRAS, Vol. 31, Part 1, 1958, him.

188-219. 31 H.G.Q. Wales, 'Archaeological research on Indian Civilisation in Malaysia,' JMBRAS, Vol. 19, 1940,

him. 15-40. 52 J.M. Matthew, 'Rock paintings near Ipoh,' Malaya In History, Vol. 5, No. 2,1959, him. 22-25.

Page 21: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

14

Hoabinhian.53 J.M. Matthew juga telah berjaya mengumpulkan tapak-tapak prasejarah

berkebudayaan Hoabinliian di Semenanjung Malaysia antara tahun 1860 hingga 1939.54

Pada tahun-tahun 1960-an, penyelidikan arkeologi sejarah semakin berkembang

apabila pada tahun 1962 Lord Medway telah melaporkan penemuan seramik-seramik China

abad ke-11 dan 13 di Pulau Tioman, Pahang.55 Begitu juga dengan penyelidikan di tapak

Kota Johor Lama yang telah dikaji oleh W.G. Solheim pada tahun yang sama.56 Sementara

kajian terhadap tapak-tapak megalitik di Melaka dan Negeri Sembilan pula telah dilakukan

oleh Mubin Sheppard pada awal tahun 1960-an juga.57

Tidaklah bermakna bahawa penyelidikan arkeologi prasejarah telah diketepikan. Ini

kerana apabila kursus arkeologi diperkenalkan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya kepada

penuntut-penuntut Ijazah Siswazah dan juga Siswazah Lanjutan, beberapa penyelidikan

arkeologi prasejarah telah dijalankan oleh pelajar-pelajarnya seperti F.L. Dunn di Gua

Kechil, Pahang pada tahun 1962.58 Kemudian pada tahun 1964, B.A.V. Peacock sekali lagi

terlibat dalam penyelidikan dan ekskavasi arkeologi terhadap sebuah tapak Zaman Logam di

Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor59 dan di Kampung Batu Buruk, Kuala

Terengganu. Hasil daripada ekskavasi penyelamatan itu, sebanyak 4 buah serpihan gendang

gangsa yang berlainan telah ditemui.

Pada tahun 1967, F.L. Dunn bersama-sama dengan B.A.V. Peacock telah

menjalankan ekskavasi semula di Kota Tongkat, Pahang dan pada tahun berikutnya mereka

sekali lagi menjalankan ekskavasi di Gua Tampaq, Ulu Kelantan bersama-sama dengan Al-

Rashid dari Jabatan Muzium dan seorang calon Sarjana dari Universiti Malaya iaitu

J.M. Matthew, 'A note on rock paintings recently discovered near Ipoh, Perak, Federation of Malaya,' MAN, No. 1, 1960, him. 1-3.

54 J.M. Matthew, 'A Check-list of Hoabinhian Sites Excavated in Malaya, 1860-1939,' Paper on South East Asia Subjects, Singapore: Eastern University Press Ltd. For Department of History, Malaya University, 1961.

55 Lord Medway, 'Archaeological notes from Pulau Tioman, Pahang,' /rM/(New Series), Vol. 7, 1962, him. 55-63.

56 W.G. Solheim and Green, 'Johor Lama Excavation I960,' FMJ, Vol. 10, 1965, him. 1-78. 57 Mubin Sheppard, 'Megalith in Malacca and Negeri Sembilan,' FMJ, Vol. 11, 1962, him. 71-86.

Beliau merupakan Pengarah Jabatan Muzium dari tahun 1961 hingga 1967. 58 F.L. Dunn, 'Excavation at Gua Kechil,' JMBRAS, Vol. 37(2), 1964, him. 87-124. Penyelidikan ini

adalah bagi memenuhi keperluan pengijazahan Doktor Falsafah di Universiti Malaya. 59 B.A.V. Peacock, 'The drums at Kampong Sungai Lang,' Malaya in History, No. 10(1), 1965, him. 3-

15. 60 B.A.V. Peacock, 'Two Dong So'n Drums from Kuala Trengganu,1 Malaya in History, 10(2), 1967,

him. 26-31.

Page 22: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

15

M. Kua.61 Pada taliun 1968 ini juga, Peacock bersama-sama Al-Rashid dan Keiko Alkire

telah melakukan ekskavasi arkeologi di Gua Tapa yang terletak dalam Kompleks Gunung

Senyum di Temerloh, Pahang.63

Seiring dengan penyelidikan berbentuk ekskavasi arkeologi ini, Peacock dan Dunn

juga telah menjalankan kerja-kerja berbentuk eksplorasi terhadap tapak-tapak prasejarah

terutamanya di Ulu Kelantan. Hasil kajian-kajian tersebut, F.L. Dunn telah berjaya menemui

satu rangka teoritikal untuk membina semula kebudayaan prasejarah dan protosejarah

Semenanjung Malaysia. Ini dapat dilihat melalui tesis beliau yang berjudul Rain Forest

Collecters and Traders: A Study of Source Utilization in Modern and Ancient Malaya, Data-

data beliau itu disokong dengan kajian menggunakan kaedah etnoarkeologi yang juga

merupakan pertama kali dilakukan di Malaysia. Sementara itu G.de.G. Sieveking telah

melakukan kajian terhadap koleksi tembikar tanah dari Bukit Tengku Lembu, Perlis64 dan

J.C. Trevor bersama-sama D.R. Brothwell pula telah mengkaji sisa-sisa rangka manusia yang

ditemui di Gua Cha, Ulu Kelantan.65

Pada era 1970-an, penyelidikan arkeologi di Malaysia dikendalikan oleh penyelidik-

penyelidik tempatan dan kalaupun terdapat penyelidikan oleh orang luar ia masih diketuai

oleh penyelidik tempatan. Perkembangan ini adalah hasil daripada lahirnya graduan dan

sarjana arkeologi tempatan seperti Nik Hassan Shuhaimi, Zuraina Majid, Leong Sau Heng

dan Adi Taha. Kelahiran ahli-ahli arkeologi tempatan tersebut disamping peranan yang

dimainkan oleh Jabatan Muzium, maka penyelidikan arkeologi di Semenanjung Malaysia

terarah kepada tiga aspek. Pertamanya ialah penyelidikan berbentuk survei arkeologi untuk

mencari tapak-tapak baru dan juga tapak-tapak lama yang pernah dilaporkan oleh penyelidik-

penyelidik sebelum ini. Keduanya ialah penyelidikan berbentuk ekskavasi penyelamatan

terhadap tapak-tapak yang terlibat dengan program pembangunan negara seperti pembinaan

61 B.A.V. Peacock and F.L. Dunn, 'Recent Archaeological Discoveries in West Malaysia 1967,' JMBRAS, Vol. 41(1), 1968, him. 171-179. Lihat juga dalam B.A.V. Peacock, 'Early cultural development in Southeast Asia with special reference to the Malay Peninsular,' Archaeology and Physical Anthropology In Oceania,No. 6, 1971, him. 107-123.

62 Beliau juga merupakan seorang calon Sarjana di Universiti Malaya pada ketika itu. 63 B.V.Peacock, 'The later Prehistory of the Malay Peninsula' dalam R.B. Smith and W. Watson (eds.),

Early Southeast Asia: Essay in Archaeology, History and Historical Geography, New York: Oxford University Press, 1979, him. 1-214.

64 G. de G. Sieveking, 'The Prehistoric Pottery at Bukit Tengku Lembu, Perlis,' FMJ (New Series), Vol. 7, 1962, him. 25-54.

65 J.C. Trevor and D.R. Brothwell, 'The human remains of mesolithic and neolithic date from Gua Cha, Kelantan,' FM/(New Series), Vol. 7, 1962, him. 6-22.

Page 23: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

16

Empangan Tasik Kenyir dan yang ketiga ialah penyelidikan ekskavasi secara total, terancang

dan sistematik terhadap tapak-tapak baru mahupun ekskavasi semula terhadap tapak-tapak

lama seperti yang dilakukan oleh Adi Taha terhadap tapak Gua Cha.

Dalam tempoh ini, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Muzium sememangnya

tidak dapat dinafikan. Pada ketika ini, O.A. Theseira merupakan tokoh yang memainkan

peranan sangat penting. Beliau yang juga merupakan ketua Unit Arkeologi Prasejarah telah

melakukan lawatan terhadap tapak-tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling, Pahang

pada tahun 1974.66 Kemudian pada tahun 1977 beliau telah menjalankan kerja-kerja

ekskavasi di Bukit Karim dan Kampung Bantal di mana beliau telah menemui artifak-artifak

dari kebudayaan Neolitik dan Logam seperti beliong batu, penumbuk kulit kayu, tembikar

tanah dan gelang tembaga. Pada tahun 1976, O.A.Theseira bersama-sama Adi Taha telah

menjalankan ekskavasi penyelamatan terhadap tapak Gua Tok Bidan yang akan tenggelam

akibat daripada pembinaan Empangan Tasik Kenyir.67 Hasilnya, mereka telah menemui sisa-

sisa makanan daripada kulit-kulit siput sedut air tawar, tulang-tulang haiwan, serpihan

tembikar tanah, alat-alat batu pebble dan juga rangka manusia yang dikebumikan dengan

cara melentur (flexed burial).

Selain daripada itu, penyelidikan ekskavasi penyelamatan juga telah dilakukan oleh

Leong Sau Heng bersama-sama dengan O.A Theseira di tapak Jenderam Hilir, Dengkil,

Selangor pada tahun 1977 dan 1979.68 Daripada penyelidikan itu mereka mendapati bahawa

tapak tersebut merupakan multi-component site atau tapak komponen pelbagai bermula dari

Zaman Neolitik sehinggalah kepada Zaman Logam dan akhirnya zaman Awal Sejarah.

Antara artifak yang temui ialah beliong batu berasah, gelang batu, batu asah dan batu

penggiling, serpihan-serpihan tembikar tanah beragam hias termasuklah tembikar tanah

berkaki tiga (tripod pottery), serpihan mangkuk gangsa, wang tampang, pinggan seladon

daripada Lung Chuan dan alat-alat pendayung perahu daripada kayu. Sebagai lanjutan

daripada penemuan tapak Jenderam Hilir ini, O.A. Theseira telah membuat ekskavasi

66 O.A. Theseira, 'Preliminary report of archaeological sites along the Tembeling River, Pahang,' FMJ (New Series),Vol. 21, 1976, him. 35-39.

67 Leong Sau Heng, 'Archaeology in Peninsular Malaysia 1976-1979,' Indonesian Circle, No. 2, 1980, him. 73-78.

68 B.C. Batchelor, 'Post "Hoabinhian" coastal settlements indicated by finds in stanniferous Langat River alluvium near Dengkil, Selangor, Peninsular Malaysia,' FMJ (New Series), Vol. 22, 1978, him. 1-55.

Page 24: KAJIAN DAN DOKUMENTASI TAPAK-TAPAK … DAN DOKUMENTAS… · hanya tapak Gua Kerbau dan Gua Gol Ba'it sahaja yang disentuh. Tujuan kajian ini dijalankan ialah: 1. Untuk menghimpun

percubaan di Bukit Piatu pada tahun 1978 dan telah berjaya menemui beberapa serpihan

tembikar tanah sahaja.69

Tahun 1978 merupakan tahun yang aktif apabila pada tahun yang sama, O.A Theseira

sekali lagi menjalankan ekskavasi arkeologi di Kampung Kundang Hulu, Muar sebagai satu

tindakan susulan kepada penemuan sebuah Loceng Gangsa di Kampung Pencu yang

menyerupai loceng gangsa Dongson di Kelang pada tahun 1905 dahulu.70 Daripada

penyelidikan tersebut, beliau telah menemui beberapa butir manik, serpihan tembikar tanah

dan serpihan-serpihan besi berkarat. Sementara itu pada tahun 1979 pula, Adi Taha telah

menjalankan ekskavasi arkeologi di Gua Cha71. Penggalian yang sistematik ini telah berjaya

membuktikan bahawa lapisan kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik di Gua Cha adalah jelas

berbeza dan berkemungkinaii bahawa kedua-dua masyarakat pendokong kebudayaan tersebut

adalah berbeza.

Pada tahun 1980 iaitu selepas Adi Taha mengetuai Unit Arkeologi Prasejarah di

Jabatan Muzium, beliau telah menjalankan kerja-kerja ekskavasi di Jeram Koi, Ulu

Tembeling yang kemudian menjalankan eksplorasi arkeologi di Kota Gelanggi pada tahun

yang sama.72 Malah, satu ekskavasi arkeologi juga telah dijalankan di Kota Balai pada tahun

1981 dan 1982.'J Pada tahun 1981 itu juga, Adi Taha telah melawat beberapa gua di Perlis

iaitu di Bukit Chirping, Bukit Tengku Lembu, Bukit Batu Hampar, Bukit Lintas, Bukit

Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Cangkul. Walau bagaimanapun tidak ada ekskavasi

dijalankan memandangkan keadaan tapak yang terlalu terganggu.

Pada tahun 1982 itu juga beliau telah menjalankan survei arkeologi dan melawat

kampung-kampung tradisional di sepanjang Sungai Tembeling bermula dari Kuala

Tembeling hingga ke Kuala Sepia sebagai susulan kepada kajian-kajian yang telah dilakukan

oleh Linehan, Evans dan Oswald. Hasil daripada lawatan itu, beliau telah menjalankan

ekskavasi arkeologi di Bukit Komel pada tahun 1982 dan 1983 dan di Pasir Komel pada

Adi Taha, 'Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia 1976-1982,' JMBRAS, Vol. 56(1), 1983, him. 47-63.

70 Linehan, 'Traces of bronze age culture associated with iron age implement in the region of Klang and Tembeling, Malaya,' JMBRAS, Vol. 24(3), 1951, him. 8-11.

71 Adi Taha, 'The re-excavation of the rock shelter of Gua Cha, Ulu Kelantan, West Malaysia, FMJ (New Series), Vol. 30,1985.

72 Adi Taha, 'Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia 1976-1982,' him. 47-63. 73 Adi Taha, 'Penyelidikan Arkeologi di Kota Balai, Jerantut, Pahang: Laporan awal,' Jurnal Arkeologi

Malaysia, Bil. 1, 1988, him. 1-11.