JENIS2 KELIM

download JENIS2 KELIM

of 52

Transcript of JENIS2 KELIM

FFA 1405-SAMPLE MAKING

Click to edit Master subtitle style

KELIM-KELIM

OBJEKTIFOBJEKTIF AM : Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat : Mengetahui definisi kelim. Memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik menjahit proses jahitan kelim. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat : Menyenaraikan jenis-jenis kelim iaitu kelim belah kangkung, kelim lipat tindih, kelim papan mesin dan kelim betawi. Menerangkan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaian. Memilih proses jahitan yang tepat berdasarkan faktorfaktor fabrik dan kesesuaian pakaian. Menjahit kelim dengan kemas dan elok.

PENGENALAN

Kelim-kelim yang dibuat pada pakaian bertujuan untuk mengukuhkan jahitan pakaian selain daripada digunakan sebagai perhiasan. Terdapat pelbagai jenis kelim yang boleh dibuat pada pakaian bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang akan anda pelajari nanti. Namun begitu, kesesuaian penggunaan kelim pada sesebuah pakaian amat bergantung kepada jenis-jenis kelim itu sendiri.

DEFINISI KELIM

Kelim adalah salah satu proses jahitan yang digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.

JENIS-JENIS KELIM

KELIM BELAH KANGKUNG (open seam/flat seam) KELIM LIPAT TINDIH (lapped seam) KELIM PAPAN MESIN (machine fell seam) KELIM BETAWI (French seam)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KELIM PADA PAKAIANTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaian seperti Jenis fabrik penggunaan fabrik yang digunakan untuk membuat kelim memainkan peranan yang penting bagi penghasilan kelim yang bermutu. Contohnya fabrik nipis dan mudah berjerumbai adalah sesuai menggunakan kelim betawi. Manakala fabrik tebal pula lebih sesuai menggunakan kelim belah kangkung. Kelim lipat tindih dan kelim papan mesin pula adalah sesuai dijahit pada fabrik yang sederhana tebal.

JENIS PAKAIAN

Sebelum kelim hendak dijahit pada pakaian, kita perlu pastikan kelim yang akan digunakan sesuai dengan jenis atau stail pakaian. Sebagai contoh, seluar jeans yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak memerlukan kelim yang teguh. Oleh itu, kelim yang sesuai dipilih ialah kelim papan mesin kerana ia mempunyai dua barisan jahitan.

KEDUDUKAN KELIM PADA PAKAIAN

Kedudukan kelim pada pakaian amat penting bagi memberi keselesaan kepada si pemakai. Misalnya kelim lipat tindih sesuai dijahit pada bahu mendatang dan skirt mendatang.

CIRI-CIRI KELI YANG ELOK

Terdapat beberapa ciri yang perlu diambilkira bagi menghasilkan kelim yang elok seperti Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-dua belah pakaian. Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya. Kelim mestilah ditekan dengan baik. Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke bahagian belakang pakaian. Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai dengan jenis fabrik. Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada garisan pemadan. Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip sebelum ditekan terbuka supaya ia rata.

1. KELIM BELAH KANGKUNG

Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal. Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian. Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris mata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.

1. KEDUDUKAN KELIM

Bahu Rusuk Lengan Sambungan jalur serong

KEBAIKAN KELIM BELAH KANGKUNGKelim ini rata Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar Ia tidak tebal Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar

KELEMAHAN KELIM BELAH KANGKUNG

kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan tidak sesuai untuk fabrik yang nipis Ia kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan

CIRI-CIRI KELIM BELAH KANGKUNG YANG BAIK

Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka Ia rata Basi kelim dikemaskan dengan elok Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah disnip supaya boleh ditekan rata

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT KELIM BELAH KANGKUNGLangkah 1: temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan

Tandakan garisanpemadan

S.D.

Kelim belah kangkung - Langkah 1

Langkah 2 semat dan jelujur di atas garisan pemadan. Jahit mesin .13 mm Jahit mesin

S.D. Kelim Belah Kangkung - Langkah 2

Langkah 3 Buka kelim dan tekankannya

S.L. Kelim belah kangkung - Langkah 3

Cara-cara mengemaskan kelim belah kangkung

i.

Jahit mesin

ii. Jahit lilit kemas

iii. Jahit insang pari

iv. Kun

v.Menggunakan gunting pucuk rebung /bergerigi

vi.Jahit dengan mesin pengemas tepi

2. KELIM LIPAT TINDIH

Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis pakaian luar. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.

KEDUDUKAN KELIM

garisan bahu mendatang garisan puteri garisan pinggang kelim lengan pesak skirt atau gaun dan baju melayu mengenakan ropol pada pakaian atau artikel

CONTOH KEDUDUKAN KELIM

Contoh-contoh kelim lipat tindih pada pakaian

Kebaikan kelim lipat tindih

ia boleh menjadi hiasan pada pakaian ia rata kerana lipatan kelim ditekan ke satu arah ia kemas kerana tepi kain dikemaskan is kukuh kerana dijahit di atas tiga lapisan fabrik

Kelemahan kelim jenis ini

Ia tebal. Oleh itu ia tidak boleh digunakan pada fabrik tebal

Ciri-ciri kelim yang baik

Dijahit rapat pada tepi kelim Lebarnya sekata Mata jahitan tidak putus

Langkah-langkah membuat kelim lipat tindih:Langkah 1 Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan pemadan ke sebelah dalam. Jelujur di atas bahagian lipatan

Kelim Lipat Tindih Langkah 1

Langkah 2 Tandakan garisan tengah hadapan, garisan pemadan dan kedut jika perlu di bahagian bawah kelim

Kelim Lipat Tindih Langkah 2

Langkah 3 Letakkan tepi yoke atas yang berlipat ke atas garisan pemadan bahagian bawah pastikan dengan garisan tengah hadapan (GTH) bertemu. Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan. Cabutkan jelujur

Kelim Lipat Tindih Langkah 3

Cara-cara mengemas kelim lipat tindih:

Dengan jahit insang pari Dengan cara balutan sendiri Dengan kun / pita jalur serong tepat Dengan mesin pengemas tepi

Jahit Insang Pari

Cara Balutan Sendiri

3. KELIM PAPAN MESIN

Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Oleh itu, kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini kelim yang kukuh kerana ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan. Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam. Begitu juga sebaliknya jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar. Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.

KEDUDUKAN KELIM

Kemeja Blaus Pijama Seluar Pakaian kerja Jeans

Kebaikan Kelim Papan Mesinl l l l l

Kukuh kerana dijahit dua kali Kemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatan Rata Mudah didobi Boleh dijadikan sebagai hiasan sekiranya menggunakan warna benang yang berlainan.

Kelemahan Kelim Papan Mesin

Tidak sesuai untuk fabrik yang tebal Dua baris jahitan kelihatan di sebelah luar jika kelim dibuat di sebelah luar Memerlukan masa dan kos yang lebih untuk membuatnya

Ciri-ciri Kelim Papan Mesin

Dua baris jahitan kelihatan sama ada di sebelah luar (S.L) atau sebelah dalam (S.D) Lebar kelim yang siap biasanya adalah 6mm dan ia mesti sekata

Langkah-langkah membuat kelim papan mesinLangkah 1 Temukan dua keping fabrik sebelah dalam berhadapan Semat , jelujur dan mesin di atas garisan pemadan Cabutkan jelujur.Jahitan mesin

S.L

Kelim Papan Mesin Langkah 1

Langkah 2 Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang pakaian sehingga 5mm. Gunting basi jahitan kelim di bahgain hadapan sehingga 13 mm.

Langkah 3 Lipatkan bahagian hadapan yang lebih panjang ke atas bahagian belakang di atas garisan pemadan Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan

S.L

Kelim Papan Mesin Langkah 3

Langkah 4 Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang pakaian. Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan Cabutkan jelujur (Tepi yang berlipat mengadap ke belakang pakaian).

Kelim Papan Mesin Langkah 4

Kelim Papan Mesin Langkah 4

4. KELIM BETAWI

Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim. Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis, jarang dan mudah berjerumbai. Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya tersembunyi. Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai dua kali jahitan. Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana ia agak sukar dijahit pada bahagian melengkung.

KEDUDUKAN KELIM

Pakaian kanak-kanak Blaus Pijama Pakaian dalam Pakaian bayi

Kebaikan menggunakan Kelim Betawi

Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan. Ia kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan Ia mudah didobi. Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah berbulu.

Kelemahan menggunakan Kelim Betawi

Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal. Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian. Ia mengambil masa yang lama untuk kering. Lebar kelim yang siap ialah 6 mm.

Langkah-langkah membuat Kelim BetawiLangkah 1 Temukan dua keping fabrik dengan sebelah dalam berhadapan. Semat dan jelujur di garisan pemadan. Mesin 5mm di atas garisan pemadan.

Kelim Betawi Langkah 1

Langkah 2 Tanggalkan jelujur dan gunting lebar basi hingga 3-4 mm seperti rajah 1.20. Balikkan ke sebelah dalam dan tekan buka basi kelim

Kelim Betawi Langkah 2

Langkah 3 Balikkan ke sebelah luar dan lipat mengikut garisan mesin. Tolakkan kelim ke atas untuk mengelakkan kelim dari beralur. Jelujur dan mesin 6mm dari jahitan yang pertama.

Kelim Betawi Langkah 3

Langkah 4 Cabut jelujur dan tekan kelim ke satu arah

6mm

Contoh Kelim betawi yang telah siap dijahit

Kelim Betawi Langkah 4

TUGASAN 1Penghasilan contoh-contoh kelim Pelajar diminta mengaplikasi apa yang telah diajar bagi menghasilkan contoh-contoh kelim pada fabrik berdasarkan langkah-langkah yang telah diajar sebelum ini. Contoh kelim-kelim tersebut adalah i. kelim belah kangkung ii. kelim lipat tindih iii. kelim papan mesin iv. kelim betawi PERHATIAN : Sila dapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah sekiranya ada keraguan atau kemusykilan.

PERHATIAN : Sila dapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah sekiranya ada keraguan atau kemusykilan.

TERIMA KASIH.

SELAMAT MENCUBA