Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
-
Upload
farah-waheeda -
Category
Education
-
view
239 -
download
7
Transcript of Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
NO. NAMA NOMBOR MATRIK
1 IRMA NAZIELA BINTI ROSLI D20111048007
2 NUR ILHAM BINTI HARON D20111048008
3 SYAZWANA BINTI ARIFFIN D20111048016
ISU PENTAKSIRAN MATEMATIK
YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar
sendiri tentang kemajuan mereka.(DUNN, 1991)
Satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai
melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.
(DODGE ET. AL, 1994)
Suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu.(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)
Dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar.(Noraini Idris, 2005)
PENTAKSIRAN
PENGUJIAN
• Satu cara yang sistematik untuk mengukur sebahagian perubahan tingkahlaku seseorang individu berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi.
Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001)
• Ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod pembelajaran pelajar.
Hart (1994)
• Ujian merupakan cara yang bersistematik untuk mengukur tingkahlaku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku.
Gagne (1970)
PENGUKURANNCTM (1995)
• Penghuraian kuantitatif tentang tingkah laku, pengetahuan dan kebolehan kognitif
pelajar.Siti Rahayah
(2003)• Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka tentang
sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen.
Hilezan et. Al (2014)
• Proses menghasilkan nilai kuantitatif kepada pelajar berdasarkan peranan tertentu
(seperti gred dan peratus) untuk mengukur peringkat pencapaian bagi menentukan
kedudukan prestasi pelajar.
PENILAIAN
Stufflebeam (1971)• The process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974)• Suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Gronlund (1993)• Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran telah dicapai oleh pelajar.
• Memantau kemajuan pelajar untuk menggalakkan tumbesaran.
• Membuat keputusan pengajaran bertujuan menambahbaik pengajaran.
• Menilai pencapaian pelajar untuk memberi pengiktirafan kejayaan.
• Menilai program bertujuan mengubahsuai program.
• Menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.
• Menilai kesediaan pelajar mempelajari topik baharu.
• Memberi maklumbalas kepada pelajar tentang kemajuan mereka.
• Membantu guru membuat tindakan susulan.
• Memberi gred berdasarkan pencapaian pelajar.
• Menentukan penempatan pelajar ikut kebolehan.
• Memberi guru maklumbalas tentang keberkesanan pengajarannya.
• Menentukan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dalam
proses PdP.
NCTM
Tujuan utama pentaksiran
matematik adalah untuk
menambahbaik pengajaran dan pembelajaran
matematik.
20
00K
PM
Bias adalah kewujudan kriteria-
kriteria tertentu dalam memberi
kesan yang berbeza terhadap
pencapaian individu dengan
kebolehan yang sama dari
kumpulan, etnik, jantina, budaya
dan agama yang berbeza.
Jika sesuatu item itu berfungsi
berbeza kepada sesuatu
kumpulan dengan yang lain, ia
secara terangan adalah bias.
Hambleton, Ronald, Rodgers dan Janne (1995)
Dorans dan Holland (1993)
Bias sebagai kecenderungan atau
kecondongan yang menghalang
penilaian yang adil.
Bias menjadi sistematik dalam
erti kata ia menyebabkan
ketidakadilan dalam keputusan
peperiksaan bagi ahli dalam
kumpulan tertentu.
The American Heritage Dictionary
Camili dan Shepard (1994)
ITEM SOALAN UJIAN
Pengujian yang menggunakan soalan yang berkaitan
dengan permainan mekanikal lebih cenderung
kepada pelajar lelaki manakala set yang
menggunakan contoh dan situasi daripada anak
patung atau kerja-kerja dapur lebih cenderung
kepada pelajar perempuan.
(Black, 1998)
KAJIAN TIMSS-R (1998)
Item-item matematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan
calon membaca dan memahami maksud lebih memihak kepada
pelajar perempuan.
Item-item yang memerlukan keupayaan ‘visualization’ lebih kepada
pelajar lelaki.
Pelajar perempuan secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan
objektif berbanding soalan esei kerana mereka tidak suka meneka
apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh pelajar lelaki.
(Black, 1998)
BIAS DALAM PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Menilai secara mata kasar.
Sukar untuk melihat tahap kefahaman pelajar.
Cara penilaian guru.
BIAS DALAM PENILAIAN MELALUI LISAN DAN PENULISAN
ABD. RASHID JOHAR & SITI RAHAYAH ARIFFIN (2001)
Ujian piawai dikatakan berat sebelah kepada sebahagian pelajar. Ia
dikatakan berat sebelah kepada golongan seperti berikut :
a) Golongan etnik / bangsa yang minoriti
b) Mengikut jantina
c) Golongan pelajar yang mempunyai kemahiran membaca yang
kurang
d) Golongan pelajar yang menguasai bahasa lain dan tidak dapat
menguasai Bahasa Inggeris
Pentaksiran
Tradisional
Berbentuk
pensil dan
kertas
(ujian
bertulis)
Calon perlu
menguasai
kemahiran
membaca arahan,
kefahaman soalan
dan kemahiran
menulis dengan
menggunakan alat
tulisBiasanya
diamalkan
dalam bilik
darjah secara
blok masa
(tempoh)
Sesuai
ditadbir
secara
ramai
Menguji
bidang
secara luas
Kelemahan
pentaksira
n
tradisional
(Law & Eckes, 1995)
menunjukkan
kebanyakan ujian
yang seragam
mentaksir hanya
kemahiran berfikir
pelajar yang rendah
Sistem pentaksiran
pada masa kini
berpandukan kurikulum
yang hanya mencakupi
kebolehan pelajar
mengingat dan
kemahiran menghafal
semata-mata (Begum
& Farooqui, 2008)Pentaksiran tradisional
gagal kerana tidak
mengambil kira
tentang pencapaian
secara holistik dan
bagaimana pelajar
berupaya bekerja
secara berkumpulan
(Moore, 2003)
Peperiksaan merupakan
kaedah utama yang
digunakan untuk
mengukur pencapaian
pelajar dalam sistem
pendidikan di Malaysia
untuk tempoh lebih
daripada 50 tahun
(Rohaya Talib, 2009)
Kelemahan
pentaksiran
berasaskan
peperiksaan
Menurut Peter Groontenboer (2004) (dalam Zaleha Ismail dan Arinah
Zaidan (2010)), soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Menurut Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010), pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan
rumus
Menurut Wang (2004), pelajar seolah-olah dibentuk melalui
mesin
Penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua
selepas guru (Dayang Khairunnisa Awang Batu & Masliah Manching, 2012)
Dikatakan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam persekolahan sehingga
sekolah disamaertikan dengan belajar untuk menghadapi
peperiksaan (Adi Badiozaman, 2007)
Keputusan peperiksaan terlampau
dititikberatkan
UPS
R &
PM
R
Kem
eros
otan
pen
capa
ian
dala
m
TIM
SS d
an P
ISA
Pem
ansu
han
UPS
R &
PM
R Pemansuhan peperiksaan itu akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2014)
PT3 PT3 merupakan
pentaksiran sumatif yang setara di tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah (KPM, 2014)
Melalui dapatan analisis dapat dilihat kedudukan purata skor Malaysia mulai menurun daripada skor purata negara peserta TIMSS yang lain bagi tahun 2007 dan makin menurun pada tahun 2011. Kedudukan Malaysia dalam PISA 2009 pula adalah pada tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang menyertainya.
Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2014)
Mengap
a perlu
berubah
?
Pengiktirafan akademik
semata-mata
JERIS
Berorientasikan peperiksaan
Penglibatan kokurikulum
Produk akhir berbanding
proses pembelajaran
Sukatan pelajaran
Sistem peperiksaan sesetengah
Negara maju
Konsep PBS
• Pengurangan peperiksaan
• Tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan
kreativiti
• Pentaksiran bersifat :
i. Holistik – menilai aspek kognitif (intelek)
ii. Afektif – emosi dan rohani
iii. Psikomotor – jasmani
Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah
AkademikBukan
Akademik
Pentaksira
n Pusat
(PP)
Pentaksiran
Sekolah
(PS)
Pentaksiran
Aktiviti Jasmani,
Sukan &
Kokurikulum
(PAJSK)
Pentaksiran
Psikometrik
(PPsi)
Pelaksanaan PBS
• 1 Januari 2011 - dilaksanakan secara rasmi di sekolah Tahun 1.
• UPSR (2016) adalah 60 : 40
- 60% pentaksiran berasaskan pusat (PBP)
- 40% pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
• Bermula 2012 – PBS di Tingkatan 1.
• 2014 – PT3 adalah seratus peratus berdasarkan PBS.
• Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) adalah satu daripada komponen di bawah PBS
yang diperkenalkan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai
salah satu usaha kerajaan memansuhkan sistem pendidikan yang terlalu
berorientasikan peperiksaan.
Kaedah pelaksanaan PBS
• Standard Prestasi – pencapaian atau penguasaan
individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui
dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu
‘benchmark’ yang dikenal pasti.
• Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang
baru.
• Pentaksiran ini telah dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek,
kuiz, soal-jawab dan lain-lain).
• PBS yang dicadangkan merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah
sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan
aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod
pencapaian murid secara berterusan.
• Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran
• Ketidaksungguhan guru dalam pentaksiran
• Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran
• Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBS
Terdapat 4 isu dalam pelaksanaan PBS iaitu:
Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran
• Menurut Noorzeliana Binti Idris, Norazilawati Binti Abdullah dan
Saniah Binti sembak (2014), walaupun guru-guru telah mengikuti
kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam
menaksir murid kerana kekurangan pengetahuan, kemahiran dan
sumber material.
• Sikap campur tangan ibu bapa.
• Guru kurang memahami cara melaksanakan pentaksiran.
• Kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai
bentuk.
Ketidaksungguhan guru dalam pentaksiran
• Kurang pemantauan dari pihak atasan.
• Kajian Tan Ai Mei (2010) - guru tidak bersungguh dan leka dalam
melakukan pentaksiran.
• Kajian Chan (2009) mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan
dari pihak pentadbir dan tiada kerjasama dengan guru senior serta pihak
pentadbir juga tidak menghiraukan pelaksanaan PBS.
• Berlaku disebabkan pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
menyebabkan guru menaksir sambil lewa.
Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran
• Tan Ai Mei (2010) mengatakan bahawa guru diminta secara am memberi gred yang
baik kepada pelajar.
• Dalam kajian Tan Ai Mei yang mendapati bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauan tetapi hanya
secara bertulis iaitu memeriksa laporan-laporan yang telah pun difailkan.
• Pemantauan pelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan kepada
laporan penulisan.
• Mewujudkan isu mengenai akauntabiliti penilaian berkenaan.
Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBS
• Kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh KPM untuk melihat persetujuan
guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir 75% guru setuju ia
dihapuskan. Ini juga terbukti lagi apabila wujud laman di‘facebook’ yang ingin
memansuhkan PBS. Ia disokong oleh lebih 70 ribu orang guru (
https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan).
• Tambahan pula pihak KPM telah memberhentikan pelaksanaannya buat
seketika pada bulan Februari 2013 bagi mengkaji semula semua rungutan
guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru.
Permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan PBS:
Bebanan guru yang bertambah
• Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang
mengajar tingkatan tiga lebih terkesan dengan bebanan kerja.
• Ini adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan memberi skor kepada
pelajar.
• Guru memegang jawatan-jawatan penting di sekolah yang memaksa guru
keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi tumpuan lebih untuk
menjalankan tugasan-tugasan penting.
• Acara atau aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru
dalam melaksanakan PBS.
CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN
PBS DALAM KALANGAN GURU
• Perbanyakkan latihan dan bengkel dalam
pentaksiran
• Pemantauan yang konsisten dan bermatlamat
• Kurangkan gangguan dalam pentaksiran.
ISU PENDIDIKAN DAN KONTROVERSI 2014
• 11 Februari 2014 PBS diberhentikan seketika bagi penilaian semula.
• 1 April 2014 diumumkan 3 penambahbaik pada PBS :
1) DSP ditukar kepada PPPM
2) SPPBS secara offline
3) PMR digantikan dengan PT3
• Jun/ julai 2014 format PT3 dikeluarkan –ogos 2014 ujian lisan & oktober 2014
PT3.
• Soalan UPSR bocor – subjek sains dan Bahasa Inggeris
Antara Penambahbaikan PBS Baru 2014
• Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (PPPM) menyelesaikan masalah guru yang terikat dengan bilangan
pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. PPPM hanya berdasarkan
tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
• Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh
merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline.
• Guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod
Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar. Di mana perekodan
perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru
selepas ini.
• Kenapa PT3 wujud?
- bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan proaktif.
• PMR banyak menumpukan peperiksaan apabila para pelajar hanya
memilih jawapan betul atau tidak betul dengan pilihan yang diberikan.
• Sementara PT3, kita mahu menggalakkan pelajar-pelajar untuk
berbincang dan berfikir.
• PMR, mereka hanya tanda jawapan yang betul. Dalam PT3, mereka
akan berbincang dan menilai sesuatu tajuk.
• Perkara ini dapat menilai tahap kebolehan pemikiran para pelajar
PT3 • Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
• Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup,
Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan
instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja
• Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan
pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian
lapangan atau kajian kes.
• Penerimaan ibu bapa terhadap PT3 https://www.youtube.com/watch?v=EJ7UB_WQY-8