Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
-
Upload
nur-syahira-md-isa -
Category
Spiritual
-
view
218 -
download
2
Transcript of Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PENGAJIAN ISLAM
MPU 3 A
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK:
ISU MEROSAKAN AQIDAH UMAT ISLAM
(SIHIR)
DISEDIAKAN OLEH:
GURU PELATIH
NAMA: NURSYAHIRA BINTI MD ISA
NO. MATRIK: DPAKBMA 1403008
KOHORT: 6A G1
DISAHKAN OLEH:
PENSYARAH
PUAN NAJIHAH BINTI OTHMAN
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Isi kandungan
Bil. Tajuk Muka surat
1 1.0 Pengenalan 1
2
4
5
6
7
8
9
2.0 Ringkasan isu
2.1 Sihir
2.1.1 Isu pertama
2.1.2 Isu kedua
2.2 Surah berkaitan
2.3 Faktor mempengaruhi
2.4 Cara mengatasi dari perspektif
2-3
3-8
9
10-11
10
11
3.0 Kesimpulan
Rujukan
12
12 Lampiran
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
1.0 Pengenalan
Aqidah merupakan satu ikatan atau janji manusia yang beriman dengan Allah S.W.T yang hidup
sebagai hambanya di muka bumi dan mengamalkan prinsip hidup berpegangan agama
berlandaskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis. Janji manusia yang
beriman kepada Allah S.W.T adalah untuk mentaati semua perintah dan menjauhi larangannya.
Oleh itu, dengan mempunyai pengangan teguh kepada aqidah Islam, maka hati akan sentiasa
menjadi tenang daripada bimbang dalam masalah kehidupan. Hal ini kerana Islam merupakan
satu-satunya jalan hidup yang benar, kekal di sisi Allah S.W.T dan sentiasa akan selalu di redhai
oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat. Konsep akidah dalam Islam adalah keimanan dan
keyakinan terhadap Allah S.W.T sebagai 'Rabb' dan beriman dengan para Rasul, serta
mengamalkan apa yang dibawa oleh para Rasul dalam melaksanakan kehidupan. Seterusnya
patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya.
Dalam Islam, aqidah juga merupakan sebuah landasan atau pedoman atas setiap perilaku
manusia dalam kehidupan beragama. Namun terdapat tiga aspek yang dapat merosakkan aqidah
umat Islam iaitu hati, lidah dan perbuatan. Hati iaitu mempercayai bahawa alam ini tiada
pencipta ataupun mempercayai bahawa terdapat kuasa lain yang dapat memberi pertolongan
selain daripada bantuan Allah S.W.T. Melalui lidah atau secara ungkapan pula misalnya,
mempersendakan ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W,
dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang firman Allah S.W.T atau mengubahnya.
Melalui perbuatan pula melakukan atau mengamalkan ajaran-ajaran lain selain dari yang dibawa
oleh para rasul, mempergunakan ayat Al-Quran sebagai tujuan yang dilarang, dan menyembah
selain dari Allah S.W.T.
Hal ini demikian, terdapat pelbagai isu yang merosakkan aqidah umat Islam pada zaman
sekarang antaranya seperti mengamalkan ilmu hitam atau sihir, mengubah kejadian yang dicipta,
terlibat dalam pergaulan bebas, isu pembuangan bayi di luar nikah, sumbang mahram, isu rogol,
seks di luar nikah, pengambilan barang yang diharam seperti dadah, minum arak dan sebagainya.
Oleh itu, isu yang merosakkan aqidah perlu dikenalpasti dan dibendung oleh setiap masyarakat
Islam agar gejala yang merosakkan aqidah dan keimanan dihapuskan dalam kalangan umat Islam
di negara ini.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.0 Ringkasan isu
2.1 Sihir
Sihir adalah satu amalan yang diamalkan oleh seseorang untuk menganiayai atau menyakiti
orang lain dengan perbuatan. Sihir juga digunakan adalah bertujuan tertentu misalnya,
meramal, pengubati penyakit, membunuh, menyakiti atau menganiayai seseorang. Sihir
merupakan amalan yang dilarang dalam agama Islam, hal ini kerana perbuatan sihir adalah
perbuatan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Perbuatan sihir dapat merosakan
aqidah umat Islam kerana sihir adalah satu perbuatan hasad dengki yang bermula dari hati
yang seseorang. Perbuatan sihir juga melibatkan bantuan jin dimana seseorang akan
meminta pertolongan dan bergantung kepada jin dan syaitan untuk mendapatkan sesuatu.
Justeru itu, perbuatan ini telah mengakibatkan seseorang tidak yakin dan percaya bahawa
Allah S.W.T adalah tempat manusia meminta, bergantung dan berharap. Walaupun sihir
tergolong dalam sesuatu kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T didunia ini, namun ia
tetap menjadi satu larangan terhadap manusia untuk mengamalkannya. Wujudnya sihir di
dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan untuk manusia menjaga keimanan dan ketakwaan
dalam menjaga akidah. Walaupun sihir digunakan sebagai penyembuh penyakit, namun
perbuatan tersebut tidak diredhai Allah S.W.T kerana amalan sihir telah menghilangkan
keyakinan dan kepercayaan kepada kuasa Allah S.W.T.
2.1.1 Isu pertama
Berdasarkan artikel pertama, ilmu sihir iaitu santau adalah berkaitan satu perbuatan
syirik yang diamalkan untuk menyakiti dan menganiayai individu lain. Salah seorang
penceramah menjelaskan kesakitan yang dialami ketika terkena santau yang dihantar
kepadanya. Menurut beliau, individu yang menghantar santau kepadanya merupakan
seorang penganut yang beragama Islam. Perbuatan yang dilakukan adalah disebabkan
sifat iri hati serta kebencian individu tersebut terhadap beliau, namun demikian beliau
tetap percaya dengan kuasa Allah S.W.T yang mengizinkan berlakunya santau tersebut.
Hal ini demikian sebagai seorang yang mengamalkan ilmu agama berpandukan Al-
Quran serta berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W beliau telah
memaafkan kesalahan individu tersebut dan berserah segalanya kepada Allah S.W.T.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.1.2 Isu kedua
Berdasarkan artikel kedua iaitu seorang wanita mengalami gangguan terhadap
dirinya. Menurut Dr. Amran Kasimin, wanita tersebut mengalami gangguan sihir jenis
pelalau iaitu sihir yang dilakukan oleh manusia, dengan pertolongan atau bantuan jin
sama ada jin yang dibela. Sihir tersebut adalah bertujuan untuk mengunci nafsu
manusia. Wanita tersebut mengatakan bahawa jodoh beliau telah ditolak berkali oleh
ahli keluarganya. Namun demikian, beliau tidak mengambil keputusan yang buruk
untuk menentukan masa depan beliau.
2.2 Surah berkaitan
Sihir menurut Rasulullah S.A.W adalah salah satu daripada dosa besar kerana perbuatan itu
dapat merosakan dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada
di dunia atau di akhirat. Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam sebuah Hadis Riwayat
Bukhairi dan Muslim yang bermaksud:
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara
itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan
riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik
melakukan maksiat terkutuk."
1) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 102:
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Maksud ayat, Mereka (membelakangi kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, tetapi
puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang
mengajar manusia ilmu sihir dan apa yang diturunka oleh dua malaikat Harut Marut di
negeri Babilon, sedangkan mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah
mereka menasihatkan dengan berkata: sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk
menguji imanmu), sebab itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).
Dalam pada itu juga ada orang mempelajari daripada mereka berdua tentang ilmu sihir
yang boleh menceraikan antara suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat
sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu kepada seseorang
pun melainkan dengan izin Allah S.W.T. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara
yang membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sebenarnya
mereka tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum
yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memmilih ilmu sihir itu tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa
yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Demikian itu, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah S.W.T telah berfirman
dan memerintahkan manusia agar menjauhi daripada perbuatan sihir kerana perbuatan
tersebut mendorong manusia menyekutukan kuasa Allah S.W.T serta mengakibatkan kufur
hakikat. Dalam hal ini para ulama berpendapat bahawa sihir adalah haram hukumnya bagi
pengamal sama ada bagi tujuan membantu atau menyembuhkan penyakit. Hal ini kerana
perbuatan tersebut dapat memberi kemudaratan yang buruk terhadap pengamal ataupun
bagi orang yang terkena ilmu sihir. Setiap penyakit mempunyai penawarnya kecuali mati.
Justeru itu, Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan
sihir.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'araf ayat 155 dan 156 iaitu:
Maksud ayat 155, Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk
(memohon taubat kepada kami) pada waktu yang telah kami tentukan. Ketika mereka
ditimpa gempa bumi, Musa berkata, “Ya Tuhanku, jika engkau kehendaki, tentulah engkau
binasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah engkau akan membinasakan kami kerana
perbuatan orang-orang yang kurang berakal di antara kami? Itu hanyalah cubaan dari
mu, engkau sesatkan dengan cubaan itu siapa yang engkau kehendaki dan engkau beri
petunjuk kepada siapa yang engkau kehendaki, engkaulah pemimpin kami, maka
ampunilah kami dan berilah kami rahmat engkaulah pemberi ampun yang baik.”
Ayat 156, Dan tetapkanlah kami untuk dunia kami kebaikkan di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya, kami kembali (bertaubat) kepada engkau. (Allah) berfirman, “seksa ku
akan aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki dan rahmatku meliputi segala
seuatu, maka akan aku tetapkan rahmat ku bagi orang-orang yang bertaqwa, yang
menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada kami.”
Dalam Surah Al-A'araf berdasarkan ayat 155 menjelaskan, terdapat 70 daripada
golongan Musa yang telah meminta keampunan kepada Allah S.W.T atas perbuatan yang
dilakukan. Perebuatan mereka membuat anak patung lembu dan menyembahnya. Namun
demikian, perbuatan ini adalah satu ujian dari Allah s.w.t untuk menguji dan melihat siapa
dikalangan mereka yang mempunyai kekuatan iman dan yang masih ragu-ragu kepada
Allah S.W.T.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
3) Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A'araf ayat 117-122:
Maksud ayat 117, Dan kami wahyukan kepada Musa, “Lemparakanlah tongkatmu!” Maka
tiba-tiba ia menelan (habis) segala kepalsuan mereka.
Maksud ayat 118, Maka terbuktilah kebenaran dan segala yang mereka kerjakan jadi sia-
sia.
Maksud ayat 119, Maka mereka dikalahkan di tempat itu jadilah mereka orang-orang
yang hina.
Maksud ayat 120, Dan para penyihir itu serta merta menjatuhkan diri dengan bersujud.
Maksud ayat 121, mereka berkata, “Kami beriman kepada Tuhan seluruh alam,
Maksud ayat 122, (iaitu) Tuhannya Musa dan Harun.”
Surah tersebut menjelaskan bahawa perbuatan mempercayai dan mengamalkan sihir
adalah perkara yang sia-sia, kemudian setelah mengetahui perkara yang benar barulah
mereka bersujud kepada Allah S.W.T dan yakin terhadap kebenaran tentang seruan Nabi
Musa a.s dan tidak lagi mempercayai sihir.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
4) Firman Allah S.W.T Surah Thaaha ayat 65-70:
Maksud ayat 65, Mereka berkata ,“Wahai Musa! Apakah engkau yang melemparkan
(dahulu) atau kami yang lebih dahulu melemparkan?”
Maksud ayat 66, Dia (Musa) berkata,“Silakan kamu melemparkan!” Maka tiba-tiba tali-
tali dan tongkat-tongkat mereka terbayang olehnya (Musa) seakan-akan ia merayap
cepat, kerana sihir mereka.
Maksud ayat 67, Maka Musa merasa takut dalam hatinya.
Maksud ayat 68, Kami berfirman, “Jangan takut! Sungguh, engkaulah yang unggul
(menang).”
Maksud ayat 69, Dan lemparkan apa yang ada si tangan kananmu, nescaya ia akan
menelan apa yang mereka buat. Apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya penyihir
(belaka). Dan tidak akan menang penyihir itu, dari mana pun ia datang.
Maksud ayat 70, Lalu para penyihir itu merunduk dan bersujud, seraya berkata, “ Kami
telah percaya kepada tuhannya Harun dan Musa.”
Berdasarkan ayat tersebut, Allah S.W.T telah berfirman kepada Nabi Musa a.s supaya
jangan takut dengan apa yang dihadapi kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin
Allah S.W.T.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
5) Firman Allah S.W.T Surah Al-Falaq ayat 1-5:
Maksud ayat 1, Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan menguasai subuh (fajar)”
Maksud ayat 2, dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan.
Maksud ayat 3, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita.
Maksud ayat 4, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
bahul-bahul (talinya),
Maksud ayat 5, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.
Berdasarkan surah tersebut menceritakan sedikit kisah tentang Rasulullah S.A.W
pernah mengalami sakit yang parah, lalu didatangi malaikat. Malaikat itu mengatakan
bahawa baginda terkena guna-guna (sihir). Rupanya ada orang yahudi menyihir baginda
dengan gulungan tali pengikat yang terdiri dari sebelas simpul.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.3 Faktor mempengaruhi
Antara perkara yang mempengaruhi perbuatan sihir adalah faktor hati tidak yakin kepada
kuasa Allah S.W.T dan tidak menerima qada dan qadar. Hati merupakan sifat dalaman yang
sering dikaitkan dengan rohani dan jiwa. Kehalusan hati manusia mudah dipengaruhi
dengan keraguan. Hal ini menyebabkan keimanan seseorang mudah terpesong daripada
landasan yang sebenar sehingga merosakkan aqidah sebagai umat Islam yang berpegang
pada Al-Quran dan Hadis. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat
10:
ذ�ب�ون� ان�وا ي�ك� ف� ق$�ل�وب��م� م�ر�ض� ف$�ز�اد�ه�م� ال�� م�ر�ض�ا � و�ل��م� ع�ذ�اب� أ�ل�يم� ب��ا ك�
Maksudnya: Di dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka), lalu ditambah Allah
penyakit itu dan unutk mereka itu seksa yang pedih, kerana mereka berdusta.
Oleh itu, sebagai manusia perlulah menanamkan rasa takut kepada Allah S.W.T dan
sentiasa menjaga hati daripada tergolong dengan gejala yang dapat merosakkan akidah
serta mengakibatkan murtad.
Selain itu, faktor yang mempengaruhi sesorang mengamalkan ilmu sihir juga adalah
disebabkan perasaan iri hati atau sifat ingin membalas dendam kepada orang lain. Hal ini
apabila mereka mengamalkan ilmu sihir, seseorang itu akan merasa kehebatan dan
kepuasan atas tindakan yang dibuat tanpa memikirkan larangan Allah S.W.T. Misalnya,
perasaan iri hati terhadap kedudukan atau kekayaan yang dimiliki oleh seseorang.
Demikian itu, pengamal sihir yang iri hati ini akan mengambil jalan mudah berusaha untuk
memusnahkan serta menjatuhkan seseorang dengan perbuatan menyihir.
Seterusnya, faktor yang mempengaruhi perbuatan tersebut adalah disebabkan oleh
perasaan benci atau marah seseorang kepada orang lain. Hal ini kerana seseorang yang
tidak berpuas hati akan membalas dengan cara halus supaya seseorang merasainya
sehingga membawa kemudaratan pada tubuh badan serta emosi.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
2.4 Cara mengatasi dari perspektif
Cara mengatasi ilmu sihir mengikut perspektif agama Islam adalah beramal dengan ajaran
Nabi Muhammad S.A.W dan menanamkan kepercayaan dan keyakinan pada hati bahawa
tiada yang lebih berkuasa selain daripada Allah S.W.T. Oleh itu, tidak perlulah
menggunakan kuasa yang bergantung pada jin atau syaitan untuk menyembuhkan
penyakit, menganiayai mahupun menyakiti orang lain. Berdasarkan kisah yang berlaku
kepada Nabi Muhammad S.A.W, baginda pernah terkena sihir. Peristiwa ini berlaku adalah
untuk memberitahu bahawa terdapat beberapa surah dalam Al-Quran mampu menjadi
penawar. Misalnya, mengamalkan bacaan ayat Al-Quran, mengamalkan doa-doa harian
seperti Al-Mathsurat dan sebagainya. Dari Utsman bin Abi Al-Ash, dia mengeluh kerana
penyakit yang diderita pada tubuhnya semenjak dia masuk Islam. Rasulullah S.A.W
bersabda:“Letakkan tangan kananmu pada tempat yang sakit, kemudian bacalah
Bismillah 3 kali dan bacalah sebanyak 7 kali “Aku berlindung dengan kemuliaan Allah
dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang aku dapati.”
Terdapat Hadis Nabi yang menyebut akan kelebihan ayat-ayat atau surah tertentu
yang jika dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai jampi kepada mereka yang terkena
penyakit tertentu akan dapat disembuhkan dengan izin Allah S.W.T. Islam juga
mengharuskan penggunaan segala jenis ubat yang diambil bagi mencegah sesuatu
penyakit, namun penggunaan ubat-ubatan hanyalah diklasfikasikan sebagai usaha ke arah
meringankan bebanan derita pesakit. Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam perlu
meletakkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan penyakit itu hanyalah Allah S.W.T
semata-mata. Manakala ubatan pula adalah sebagai usaha untuk merawat penyakit yang
ditanggung. Al-Quran merupakan mukzijat yang paling agung bahkan keunggulannya
bukan sahaja sebagai pedoman, panduan dan ikutan namun ia relevan untuk diamalkan
sepanjang zaman.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Seterusnya, cara mengatasi gejala sihir mengikut persepektif masyarakat Islam,
menurut Dr. Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada
pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila mengetahui perkara tersebut
dialami oleh seseorang. Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan
kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat.
Hal ini kerana perbuatan tersebut telah melanggar larangan Allah S.W.T serta memberi
kemudaratan kepada diri dan orang lain. Seterusnya, perbuatan tersebut juga telah
mengakibatkan seseorang terdorong melakukan dosa besar.
Mengikut perspektif fatwa Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan hukuman terhadap
amalan ilmu hitam atau sihir serta Muzakarah telah memutuskan bahawa perbuatan sihir
adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya adalah
haram. Bagi pengamal sihir yang mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain
adalah berdosa besar dan disabitkan sebagai pelaku jenayah, maka wajib dihukum qisas
atau hudud. Oleh itu, bagi mengatasi gejala sihir, pihak berkaitan hendaklah menyediakan
peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal-pengamal yang melakukan atau
mengamalkan amalan sihir.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
3.0 Kesimpulan
Kesimpulanya, perbuatan mengamalkan ilmu sihir adalah perbuatan yang telah melanggar
larangan Allah S.W.T dan merupakan dosa besar. Hal ini kerana kesan perbuatan sihir boleh
terkena kepada sesiapa sahaja sehingga memberi kesan buruk kepada individu yang terkena sihir.
Di dalam Hadis Riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
maksudnya, Dari Ibn Mas'ud, katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda, “Sesungguhnya jampi
mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik” Hadis ini di Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
Oleh itu, kepentingan menjaga aqidah perlu diambil perhatian oleh umat Islam. Oleh
yang demikian, sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat,
kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan aqidah dan syari'at
Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan aqidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman
yang kukuh. Seterusnya, dengan beramal cara hidup Islam yang berpegang teguh kepada Al-
Quran dan Hadis, keimanan seseorang akan lebih terpelihara dari dicemari oleh sebarang
serangan anasir dan gejala penyelewengan seperti kesesatan.
Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan aqidah Islam. Al-
Imam al-Hakim telah meriwayatkan dalam sebuah Hadis daripada Ali Radhiallahu 'Anhu bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang
kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi.” Selain itu, Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Tidaklah seorang muslim yang ditimpa kesulitan maka Allah akan menggugurkan kesalahan-
kesalahannya seperti sebuah pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim. Oleh itu, sebagai umat Islam perlulah sentiasa menjaga aqidah dan berdoa
kepada Allah S.W.T agar dihindari dari perbuatan yang merosakkan akhlak seperti bergantung
kepada bantuan jin dan syaitan.
Demikian itu, Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan
tukang sihir seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-Falaq yang bermaksud “Dan aku
berlindung diri daripada kejahatan tukang meniup simpul.” (Al-Falaq ayat 4). Justeru itu,
sebagai umat Islam perlulah sentiasa menjaga ibadah kepada Allah S.W.T. dan menjauhi segala
larangannya serta mengingati setiap pembalasan yang akan dikenakan di atas perbuatan yang
dilakukan ketika hidup di dunia.
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
PENGAJIAN ISLAM MPU 3 A
Rujukan
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam Punca dan
Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ainol Khusyairi. (2004). Cerita-Cerita Motivasi untuk Iman. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Prof. Abdul Basit Muhammad AL-Sayyid. (2009). Cara Nabi S.A.W Berubat& Mencegah
Penyakit. Selangor Darul Ehsan: Berlian Publications Sdn.Bhd.
Siti Nadiah Ahmad Zamlus. Sihir Di hujung Jari. Diperolehi pada 3 Jun 2016, daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sihir-di-hujung-jari-1.490469
Serba ringkas mengenai Sihir. 2008. diperolehi pada 1 Jun 2016 daripada https://hikmatun.
Wordpress.com/2008/02/07/serba-ringkas-mengenai-sihir/
Tafsir Surat Thaha, ayat 65-70 ~ Tafsir Ibnu Katsir. Diperolehi pada 6 Jun 2016 daripada
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-thaha-ayat-65-70.html
Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Taha. Diperolehi pada 10 Jun 2016 daripada
http://www.surah.my/20
Sihir Pelalau Kunci Nafsu. 2004.. Diperloehi pada 19 Jun 2016 daripada http://ww1.utusan.
com.my/utusan/info.aspy=2004&dt=0801&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm
Ayat - Ayat Pilihan Terapi Serangan Sihir Anyoel KotoKers™ Kumpulan Artikel Islami. 2012.
diperolehi pada 15 Jun 2016 daripada http://anyoel.mywapblog.com/ayat-ayat-
pilihanterapi-serangan-sihir.xhtml
Ilmu Sihir Pembawa Petaka – Buletin At-Tauhid. 2013. diperolehi pada 13 Jun 2016 daripada
https://buletin.muslim.or.id/aqidah/ilmu-sihir-pembawa-petaka
Analisis Isu. 2013. diperolehi pada 3 Jun 2016 daripada https://www.tranungkitenet/v12modules.
php?name=News&file=article&sid=28893
KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK BUKIT MERAH SULIT
syahira