Industri Kecil Dan Sederhana

22
PENGENALAN IKS Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara. DEFINISI IKS Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Ia melibatkan proses pembuatan,pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah.Ia diseliakan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

description

rujukan

Transcript of Industri Kecil Dan Sederhana

PENGENALAN IKSMutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.

DEFINISI IKSIndustri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Ia melibatkan proses pembuatan,pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah.Ia diseliakan olehPerbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)yang ditubuhkan pada tahun 1998 dibawahKementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

KEPENTINGAN IKSSalah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu Produk. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.

Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana: Jenis keluaran Organisasi Modal Lokasi Pekerja Teknologi pengeluaranKegiatan Industri Kecil Dan Sederhana-Antara bidang yang diceburi ialah: Industri berasaskan sumber Industri berasaskan logam Industri berasaskan plastik Industri komponen automotif Industri komponen elektrik dan elektronik Industri pemprosesan makanan Industri kimia dan farmaseutikalKepentingan Industri Kecil dan Sederhana Sumbangan kepada penduduk dan masyarakat Peluang menceburi bidang perusahaan Peluang menggunakan kebolehan daya cipta dan kreativiti individu mewujudkan peluang pekerjaan memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Sumbangan kepada negara Mengurangkan pengangguran Tabungan dalam ekonomi Pengagihan pendapatan negara Latihan kepada pekerja dan pengusaha mengukuhkan struktur asas industri negara mengurangkan import barangan penggunaMasalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhanaadalah: Masalah modal dan pembiayaan produktiviti dan teknologi yang rendah kekurangan bahan mentah masalah pemasaran masalah pengurusan masalah lokasi hubung jalin dengan industri beratCara mengatasi masalah Industri Kecil dan Sederhanameliputi: Program Rantaian Industri (ILP) Program penyelidikan dan pembangunan Program pembangunan infrastruktur Program pembangunan dan peningkatan kemahiran Program pembangunan pemasaran Program bantuan kewangan

Lesen dan Permit

Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan. Permohonan Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 Panduan Permohonan Lesen Import Bagi Barang Dagangan Yang Dikawal Di Bawah Perintah Kastam Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) Gudang Pengilangan Berlesen Lesen Pengilang dan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.

Pembiayaan dan Geran

Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.Geran dan Insentif

Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS: Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB) Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)Pinjaman

Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS: Institusi kewangan kerajaan Bank komersial Syarikat kewangan

Skim Khas Bank Negara

Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi pembiayaan.

Khidmat Nasihat dan Perundingan

Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain.Khidmat nasihat dan sokongan teknikal Panel penasihat pakar EKS (SEAP) Infrastruktur Skim khidmat pakar perunding MARA Bahagian pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI) Seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana UKM Pakar Runding Sdn Bhd Persatuan IKS Malaysia

Program Latihan dan Pembangunan

Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut: Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. Program rantaian industri Program pembekal global Program peningkatan kemahiran Headstart 500 Enterpris 50

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA: Latihan Keusahawanan Skim Latihan perintisan Program promosi pemasaran

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MECD: Latihan asas perniagaan (LAP) Latihan Asas Keusahawanan Siswazah Program pemasaran bersepadu perabot Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan Vendor

Peluang Perniagaan

Terdapat banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor yang boleh diteroka dalam IKS. Peluang perniagaan Portal e-niaga

Premis perniagaan

Laman ini menyediakan kemudahan kepada para pengusaha IKS yang ingin mencari premis perniagaan, sama ada untuk disewa atau dibeli, secara dalam talian. Carian premis secara dalam talian Premis perniagaan dan perusahaan MARA

Industri Kecil dan Sederhana (IKS)PengenalanNegara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana kaya dengan sumber bahan mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan mentah telah banyak membantu pembangunan Malaysia, baik dari segi infrastruktur, tahap ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan mendadak sektor ekonomi Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan pengeluaran barangan. Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia yang pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepada pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang meluas yakin dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan bidang perindustrian negara. Pada masa yang sama, keseimbangan antara penglibatan syarikat-syarikat asing dengan usahawan tempatan tercapai.Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh individu, penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi. Walau bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada satu definisi yang khusus, rasmi, sah dan diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997), kelemahan ini tidak harus dijadikan halangan kepada usaha untuk memperakukan definisi industri kecil dan sederhana.Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi dengan saiz pekerja yang kurang daripada 200 orang secara penuh masa (Moha Asri Abdullah, 1997, m.s. 9)

Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada NegaraData daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan daripada jumlah pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan telah merosot pada pertengahan 90-an. (Misalnya, kadar pertumbuhan sektor perkilangan pada 1975 ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor ini hanya menujukkan pertumbuhan sebanyak 88.9% ).Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan peranan industri kecil dan sederhana kepada pembangunan ekonomi Malaysia telah kurang penting. Penurunan peratusan ini, sebenarnya, disebabkan oleh sebahagian besar daripada industri kecil dan sederhana telah berkembang besar dan tidak layak lagi dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana. Di samping itu, terdapat juga industri kecil dan sederhana yang terletak di kawasan terpencil dan pedalaman tidak diambil kira dalam system pembancian.Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara keseluruhannya dapat dibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:i. Membuka Peluang PekerjaanPenggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil dan sederhana terus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif untuk menandingi kos pengeluaran. Masalah modal, teknik dan teknologi yang canggih untuk barangan tertentu secara kecilan tidak mudah diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri kecil dan sederhana tidak menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara intensif.ii. Tabungan Dalam EkonomiPenglibatan industri kecil dan sederhana dalam ekonomi banyak membantu dalam meningkat tabungan modal negara. Dapatan kajian tentang operasi industri kecil dan sederhana menunjukkan bahawa sebahagian besar sumber modal datangnya daripada usahawan sendiri, keluarga atau rakan. Oleh itu, industri kecil dan sederhana menjadi sumber penting kepada jumlah tabungan dan simpanan negara. Pada masa yang sama, industri kecil dan sederhana turut membantu dalam mengurangkan kadar perbelanjaan penduduk dan seterusnya kadar inflasi.Seterusnya, industri kecil dan sederhana juga membeli dan menggunakan mesin peralatan yang mudah atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan aset tetap mereka. Dari segi ekonomi, penggunaan mesin dan peralatan seperti ini oleh industri kecil dan sederhana dapat membantu mengurangkan modal dan kos mereka.Di samping itu, industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan bahan-bahan mentah impot berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini pula membantu Negara menjimatkan pertukaran wang asing dan seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.iii. Pengagihan PendapatanKepentingan industri kecil dan sederhana yang seterusnya dapat dilihat dari aspek pengagihan semula pendapatan di kalangan penduduk. Industri kecil dan sederhana lebih cenderung membayar gaji, faedah dan menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang bukan daripada kalangan yang mahir dan profesional. Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil dan sederhana boleh membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan penduduk. Dengan perkataan lain, penglibatan mereka meningkatkan pendapatan yang lebih ketara di kalangan penduduk.iv. Latihan Kepada Pekerja dan Pengusaha Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam melatih pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. Peningkatan mereka dalam kemahiran dan pengetahuan secara langsung membantu mengendalikan selok-belok operasi perniagaan dengan lebih berkesan dan terus bergantung hidup kepada perniagaan yang berkenaan.v. Memperkukuhkan Struktur Asas Industri NegaraDi samping itu, industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam mengembang dan memperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri negara yang sedia ada. Industri kecil dan sederhana, sebenarnya, merupakan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunan kebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang giat dan dalam pelbagai sector membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itu menarik diri daripada operasi dan pelaburan mereka.vi. Memenuhi Citarasa dan Keperluan Penduduk TempatanIndustri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan keperluan barangan sebahagian besar penduduk tempatan yang berpendapatan rendah. Industri kecil dan sederhana dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat bersaiz besar termasuk syarikat gergasi antarabangsa. Contohnya pengeluaran dan pembuatan barangan makanan, pakaian, perabot, logam, peralatan getah dan plastik.(d) Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan SederhanaSejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat perhatian dan galakan yang meluas daripada banyak pihak terutamanya kerajaan.Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya usahawan Bumiputera berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana, kerajaan Malaysia menerusi agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai galakan dan program sokongan kepada mereka yang berpotensi dan berminat dalam bidang industri kecil dan sederhana. Antara galakan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan dapat dibahagikan kepada lima kategori yang utama, iaitui. bantuan kewangan dan kemudahan kreditMisalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan kemudahan kredit MARA, pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman dan kemudahan kredit daripada bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan berlesen dan institusi pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport.ii. bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasionalPerbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) menyediakan program pembangunan usahawan dan pengurusan perniagaan.SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan perindustrian (ILP), Institut kemahiran MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran pekerja jangka pendek.iii. bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutanNPC, SMIDEC, institusi kewangan, SIRIM, MARDI, MEDEC menawarkan bantuan khidmat nasihat pengurusan dan peningkatan kawalan kualiti dan perkembangan reka bentuk kepada industri kecil dan sederhana di Malaysia.iv. bantuan pemasaran dan penyelidikan pasaranMEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA menyediakan bantuan pengurusan asas pemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan pasaran barangan keluaran industri kecil dan sederhana.v. penyediaan kemudahan infrastrukturUDA membantu industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan tapak, bangunan dan ruang pejabat yang sesuai di kawasan Bandar, MARA menyediakan tapak-tapak kilang dan perniagaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera di Malaysia, MIEL bertanggungjawab untuk membangunkan estet perindustrian di Malaysia, Taman Teknologi Malaysia, Zon Perdagangan Bebas (FTZ).Sehingga ke hari ini hamper 13 kementerian dan hamper 30 agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menawarkan pelbagai jenis program bantuan dan galakan kerajaan dalam pembangunan industri kecil dan sederhana di Malaysia.(e) Perniagaan Huluan dan HiliranEntiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik. Ia sentiasa mengalami perkembangan dan pertumbuhan. Pertumbuhan entiti perniagaan boleh diukur mengikut peringkat penggunaan input. Antaranya ialah:i. Perniagaan Huluan (Up-stream Business)Perniagaan pada peringkat huluan bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber-sumber asli / semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan sebagainya. Contoh: Syarikat Ayamas yang membekalkan ayam sebagai input untuk ayam goreng restoran KFC dikatakan menjalankan perniagaan pada peringkat huluan.ii. Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)Perniagaan pada peringkat hiliran bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikembangkan daripada perniagaan lain seperti pemprosesan, pembuatan, pengilangan, perkhidmatan dan sebagainya. Contoh: Restoran KFC, ayam goreng KFC yang dijual adalah hasil pemprosesan ayam segar yang dibekalkan oleh Syarikat Ayamas.Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti pembuatannya iaitu sama ada domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.iii. Perniagaan Domestik (Tempatan)Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara, bermula dengan pengeluaran dan diikuti dengan pemasaran dan jualan. Keluaran perniagaan domestik bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan. Perniagaan domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.iv. Perniagaan AntarabangsaPerniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di dua atau lebih negara asing. Operasi perniagaan itu berbentuk sama ada satu hala, dua hala ataupun pelbagai hala. Perniagaan antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yang menjalankan aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.