Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil...

36
Perusahaan Kecil dan Sederhana PINJAMAN ANDA Perusahaan Kecil dan Sederhana – Permohonan Pinjaman dan Keperluan Pembiayaan Program pendidikan pengguna oleh:

Transcript of Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil...

Page 1: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Perusahaan Kecil dan Sederhana

P I N JA M A N A N DA

Perusahaan Kecil dan Sederhana –Permohonan Pinjaman danKeperluan Pembiayaan

Program pendidikan pengguna oleh:

Page 2: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

Tarikh: 1 Disember 2003

1 Pengenalan

2 Proses permohonan pinjamanPeringkat pertama:

Penyediaan pelan perniagaan

3 Peringkat kedua: Proses permohonan

7 Peringkat ketiga: Penilaian permohonan pinjaman

9 Kelulusan permohonan pinjamanGambarajah:

Proses permohonan pinjaman

10 Tanggungjawab anda sebagai peminjam

11 Hak anda sebagai peminjam

12 Pengurusan aliran tunai

13 Dana khas bagi perusahaan kecil dan sederhana

14 Soalan yang sering ditanya

23 Glosari

24 Lampiran

Page 3: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Pengenalan

Institusi kewangan adalah penyumbang utama dana kepada perusahaankecil dan sederhana di Malaysia.

Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalampermohonan pinjaman mereka dengan memaparkan maklumat-maklumat tentang keperluan-keperluan lazim institusi kewangan dalammemberikan pinjaman.

Institusi kewangan adalah

penyumbangutama dana

kepada perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia

Page 4: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Pelan perniagaan yang diolah dengan baikdan berstruktur seharusnya merangkumidan memaparkan informasi perniagaanyang memang ingin diketahui oleh institusikewangan. Pelan perniagaan hendaklahbersifat jelas, mudah dan ringkas.

Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?

Aspek penting pelan perniagaan adalah:

Model perniagaan, produk/perkhidmatan,wawasan dan matlamat

Kedudukan syarikat masa kini, dalamkonteks kewangan, pasaran dan pesaing(jika ada)

Faktor-faktor kritikal untuk kejayaanperniagaan

Keperluan pembiayaan

Tujuan-tujuan spesifik pinjaman danbagaimana pinjaman boleh membantuperniagaan

PROSES PERMOHONAN PINJAMAN

Umumnya, proses permohonan pinjamanterdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputipenyediaan pelan perniagaan, penyerahanpermohonan pinjaman dan penilaianpermohonan pinjaman.

PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAANPELAN PERNIAGAAN

Maklumat mengenai syarikat anda adalah diperlukan sebelum institusikewangan boleh membuat keputusan samaada untuk meluluskan pinjaman anda. Ini adalah untuk memastikan pemprosesanpermohonan pinjaman anda berjalandengan cepat dan lancar. Bagi perusahaankecil dan sederhana, ini akan melibatkanpenyediaan pelan perniagaan.

Apakah Pelan Perniagaan?

Ia adalah rencana bertulis yangmemaparkan wawasan anda dan bagaimana perniagaan anda akan diuruskan untuk menepatiobjektifnya.

Pelanperniagaan

yang baikseharusnya

mengandungi...

2

Page 5: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

PERINGKAT KEDUA: PROSESPERMOHONAN

Untuk mempercepatkan proses permohonan,anda seharusnya mengemukakan borangpermohonan pinjaman yang lengkap denganmelampirkan pelan perniagaan dan semuadokumen yang berkaitan yang dikehendakioleh institusi kewangan anda. Setiap institusikewangan mungkin mempunyai borangpermohonan pinjaman dan senarai semakpermohonan pinjaman mereka sendiri.Walau bagaimanapun, senarai dokumenyang diperlukan oleh kebanyakan institusikewangan adalah lebih kurang sama untukditentusahkan dan dinilai. Jadual berikutmenyenaraikan dokumen-dokumen asasyang dikehendaki (mengikut jenis syarikat)untuk permohonan pinjaman.

Pelan perniagaan yang baik seharusnyamengandungi maklumat asas sepertiberikut:

Pengenalan mengenai perniagaan anda

Carta organisasi dan struktur organisasi

Tujuan dan wawasan perniagaan

Perihal produk dan perkhidmatan

Analisis industri dan pesaing

Strategi perniagaan

Keperluan operasi

Strategi jualan dan pemasaran

Unjuran kewangan

Contoh pelan perniagaan adalah sepertiyang terdapat di Lampiran.

3

Page 6: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Dokumen untuk Syarikat

Memorandum & artikel persatuan

Sijil penubuhan (Borang 9)

Penyata peruntukan saham (Borang 24)

Penyata yang memberikan butiran daftar

pengarah dll. (Borang 49)

Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin

Borang J pengarah/penjamin

Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal

Pendaftaran perniagaan

Lesen perniagaan

Penyata cukai pendapatan perniagaan

Borang J pekongsi/empunya tunggal

Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal

Dokumen Berkanun

Dokumen Kewangan dan Pengurusan

Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun

Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi kewangan untuk tempoh 6 bulan

Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi kewangan bersama-sama surat-surat tawaran

Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi kewangan

Unjuran perniagaan dan aliran tunai

Senarai pembekal dan pembeli utama

4

Page 7: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Lain-lain Dokumen Berkaitan

Dokumen Cagaran

Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan

dan geran tanah yang dicadangkan sebagai

cagaran

Dokumen yang membuktikan pemilikan ke

atas lain-lain cagaran yang dicadangkan

Laporan penilaian yang berkaitan

Lain-lain Dokumen

Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak

Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca

pendapatan

Maklumat mengenai entiti perniagaan yang

berkaitan

Invois dan dokumen komersial

Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak

berpotensi

Pinjaman kumpulan

5

Dokumen Kewangan dan Pengurusan

Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan

Profil syarikat/pelan perniagaan/profil pengarah syarikat

Akaun pengurusan terkini

Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)

Page 8: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Institusi kewangan memerlukan dokumen-dokumen ini untukmenentusahkan/memahami/menilai yang berikut:

Kewujudan syarikat/perniagaan,pengarah/pemilik perniagaan dan kuasauntuk meminjam dan kesahan pinjaman

Risiko operasi perniagaan dan kecekapanpengurusan, pengalaman dan kepakaranpemilik dan kumpulan pengurusan utama

Kekuatan kewangan dan keupayaanmembayar balik (termasuk aliran tunai)peminjam

Nilai bersih perniagaan dan penggearan(gearing) peminjam

Kedudukan kewangan pengarah/pemilikperniagaan

Kebolehlaksanaan dan daya maju syarikatdalam keadaan ekonomi semasa

Industri dan risiko pasaran perniagaan

Risiko operasi perniagaan

Strategi/pelan kontingensi peminjam untukmengurangkan risiko dan memaksimumkankeuntungan

Cadangan kemudahan adalah selari dengankeperluan pinjaman

Amaun yang dipohon mencerminkankeperluan perniagaan berdasarkan kepada jualan sekarang atau ramalan

Risiko keseluruhan yang berkaitan denganpinjaman yang dicadangkan

Anda harus mengisytiharkan maklumat yang lengkap mengenai hal-hal kewangananda dan memastikan bahawa maklumattersebut adalah tepat pada masa permohonanpinjaman dibuat. Pengisytiharan maklumatyang betul juga akan memastikanpermohonan pinjaman anda cepat diproses.

Lawatan dan Sesi Temu Duga oleh Institusi Kewangan

Untuk memahami perniagaan dan untukmendapatkan penjelasan, institusi kewanganmungkin mengadakan sesi temu duga danlawatan ke premis perniagaan anda.

Anda harusmengisytiharkanmaklumat yang

lengkapdan tepat

mengenai hal-halkewangan anda

6

Page 9: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Ini adalah untuk membolehkan institusikewangan menilai kedudukan kewangandengan lebih baik. Pertanyaan-pertanyaan yangdiajukan ketika sesi temu duga dan lawatanadalah berkaitan dengan perniagaan, strukturpengurusan, kedudukan pasaran iaitu pasarandikuasai, pesaing, ramalan pasaran, pelan masa hadapan dan putaran hayat produk.

PERINGKAT KETIGA: PENILAIANPERMOHONAN PINJAMAN

Selepas anda mengemukakan semua dokumenyang diperlukan, institusi kewangan akanmenilai permohonan pinjaman anda. Anda boleh merujuk kepada piagam pelanggan yang dipamerkan di ruang legar bank untukmengetahui tempoh yang diperlukan olehinstitusi kewangan untuk memprosespermohonan anda.

Dalam menilai permohonan pinjaman anda, institusi kewangan akan menjurus kepada keperluan asas tertentu seperti yangdiringkaskan di bawah:

Daya maju perniagaan

Sama ada risiko adalah pada tahap yangboleh diterima menurut garis panduanpinjaman institusi kewangan

Keupayaan anda membayar balik pinjaman

Sama ada pinjaman anda adalah untukmembangunkan perniagaan

Sejarah kredit anda dengan institusikewangan tersebut

Prinsip umum yang digunakan oleh institusikewangan untuk menilai risiko kreditperniagaan boleh dibahagikan kepada 5aspek yang merangkumi kedua-duapenilaian bersifat kualitatif dan kuantitatif.Kelima-lima prinsip tersebut dan ciri-cirimasing-masing adalah diringkaskan sepertidi bawah:

Karektor

– Pengetahuan anda tentang perniagaan,pengalaman dan projek yang lampau

– Kedudukan kewangan, rekod pembayaranbalik yang lampau, reputasi dankomitmen kepada perniagaan

7

Page 10: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

– Stail pengurusan perniagaan anda iaitukonservatif, aggresif, berhemat dansebagainya

– Pelan penggantian pengurusan, umur dantahap kesihatan

Modal

– Sumber modal, misalnya sama ada daripadapemegang saham syarikat

– Kecukupan komitmen kewangan andadalam perniagaan (dalam bentuk dana pemegang saham, pendahuluandaripada pengarah dan cagaran pihak ketiga yang disediakan oleh pemilik)

[Anda harus memastikan bahawa andamenyediakan modal yang mencukupi untuk menyokong perniagaan anda dantidak hanya bergantung kepada pinjaman bank. Ini memastikan perniagaananda berkeupayaan menghadapi sebarangkejutan yang boleh menjejas pencapaiannya.]

Kapasiti

– Kapasiti atau kebolehan perniagaan untukmembayar pinjaman melalui:

i. Penjanaan aliran wang tunai yangmencukupi iaitu, tunai masuk ditolak tunai keluar akibat perbelanjaanadalah mencukupi untuk membayarbalik pinjaman. (Keuntungan tidakboleh dimanfaatkan untuk membayarbalik pinjaman memandangkan iaadalah keputusan pengiraan yangdiperolehi pada akhir sesuatu tempoh)

ii. Lain-lain punca pembayaran balik

[Program pembayaran balik akandistrukturkan mengikut kaedah yang tidakakan terlalu membebankan perniagaan]

Keadaan

– Pengaruh luar yang akan memberikankesan secara langsung dan tidak langsungterhadap prestasi perniagaan sepertipersekitaran teknologi/pembangunan,globalisasi, pasaran mata wang asing,ekonomi negara rakan dagangan utama,sistem perundangan, rangka kerjapengawalseliaan dan trend sosial

8

Page 11: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Cagaran

– Cagaran yang ditawarkan oleh andauntuk mengimbangi kelemahan bagiaspek-aspek di muka surat 7 dan 8

Institusi kewangan menjalankanpemeriksaan kredit dan menelitipengendalian akaun semasa perniagaan,rekod pembayaran balik pinjaman dankemudahan perdagangan. Sesetengahinstitusi kewangan sudahpunmemperkenalkan matriks penilaianpinjaman dalam bentuk pemarkahansebagai sebahagian daripada prosespenilaian kredit mereka.

KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN

Setelah institusi kewangan meluluskanpinjaman anda, ia akan mengeluarkan satu surat tawaran yang menyatakansyarat-syarat kemudahan pinjamantersebut. Di antara syarat-syarat yang lazim dikenakan ialah:

GAMBARAJAH: PROSES PERMOHONAN PINJAMAN

Penghantaran borangpermohonan dandokumen yang

diperlukan

Penilaian dankelulusan kemudahan

yang dipohon

Pemohon perlumematuhi keperluan

perundangan dansyarat-syarat

pra-pengeluaran

Pengeluaran surattawaran/penolakan

pinjaman

Penerimaan tawaranoleh pemohon

Penolakan tawaranatau rayuan terhadap

penolakanpermohonan

PENGELUARANKEMUDAHAN KREDIT

9

Page 12: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Tanggungjawab anda sebagai peminjamseharusnya merangkumi:

Mengekalkan pengurusan akaun yang baik:

– Jika anda mempunyai kemudahanoverdraf, pastikan anda tidak melampauihad kemudahan tersebut

– Pastikan tiada cek yang dipulangkanakibat dana yang tidak mencukupi

– Pastikan semua kutipan perniagaandikreditkan ke akaun bank anda (untukmenanam sikap bertanggungjawab atau akauntabiliti yang lebih baik/urustadbir korporat serta kawalan danpengurusan aliran tunai)

Memastikan ansuran bulanan dibayardalam masa yang ditetapkan:

– Ketepikan dana yang mencukupi untukmembayar ansuran dan komitmenbulanan dalam masa yang ditetapkan

– Elakkan sebarang kelewatan dalammembuat pembayaran dengan memberimasa yang mencukupi untuk menjelaskanpembayaran, iaitu mengeluarkan cektepat pada masanya

Syarat-syarat pembayaran balik danpenjelasan tunggakan

Pinjaman tertakluk kepada semakanberkala dan akan berubah mengikut budibicara institusi kewangan

Penyerahan buku-buku akaun

Keperluan yang dikenakan ke ataspeminjam jika berlaku perubahan dalam jenis perniagaan yang diceburi

TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAIPEMINJAM

Sebagai seorang peminjam, institusikewangan mengharapkan anda mengambillangkah-langkah yang perlu untukmenguruskan perniagaan anda supayapinjaman anda dapat dibayar balik tepat pada masanya. Pinjaman ini akantertakluk kepada semakan berkala(contohnya, setahun ataupun setiappertengahan tahun). Institusi kewanganjuga boleh meminta anda mengemukakankedudukan kewangan atau prestasiperniagaan yang terkini dan lain-lainbutiran berkaitan dengan perniagaan anda.

10

Page 13: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Pastikan perniagaan anda diuruskan dengan cekap:

– Pantau dan uruskan aliran tunai, stok, tempohpembayaran balik penghutang dan pemiutangperdagangan, dan lain-lain

Pastikan penggunaan dana ke arah yang betul:

– Gunakan dana semata-mata untuk tujuanperniagaan dan bukan untuk kegunaan peribadi

– Gunakan dana seperti yang tertera di dalam surat tawaran. Contohnya:

i. Pinjaman bertempoh untuk pembelian hartabenda atau aset tetap

ii. Overdraf untuk keperluan modal kerja dan bukan untuk pembelian aset tetap

– Dana digunakan hanya untuk perniagaan yangdimaksudkan dan tidak disalurkan untuk kegunaansyarikat-syarikat berkaitan dan sebagainya

Kemukakan penyata kewangan tahunan yang telahdiaudit

Maklumkan kepada institusi kewangan jika berlakusebarang perubahan pada perniagaan, seperti:

– Struktur pengurusan yang terbaru

– Haluan perniagaan

– Rancangan masa depan

– Pengemukaan dokumen-dokumenyang dikehendaki oleh pihak institusi kewangan, seperti laporankemajuan dan lain-lain

HAK ANDA SEBAGAI PEMINJAM

Sebagai peminjam, anda mempunyaihak seperti berikut:

Hak untuk mendapat akses kepada segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan pinjaman anda

Hak untuk mendapat layanan yang profesional, bersopan, dan tanpa prasangka

Hak untuk mendapat maklumat yang tepat mengenai akaun pinjaman andasecara tetap

Hak untuk mengambil tindakanundang-undang jika berlakuperlanggaran kontrak

11

Institusi kewanganmengharapkan andamengambil langkah-langkah yang perluuntuk menguruskanperniagaan andasupaya pinjaman anda

dapat dibayarbalik tepat padamasanya

Page 14: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI

Bajet Tunai

Satu daripada kesilapan yang sering dilakukanoleh usahawan-usahawan perusahaan kecildan sederhana ialah membuat andaianbahawa untung bersih adalah sama dengantunai. Ini tidak benar. Cara terbaik untukmenentukan banyak mana tunai yang adapada sesebuah syarikat dan urus niaga yangmana satu yang menggunakan tunai padamasa-masa tertentu ialah dengan melihatbajet tunai syarikat. Bajet ini melaporkanperistiwa yang menyebabkan aliran masukdan keluar bagi sesuatu tempoh fiskal.

Peranan pengurusan tunai bagi usahawanperusahaan kecil dan sederhana ada lima, seperti yang disenaraikan di bawah:

Peranan 1: Pencari Tunai

Memastikan anda mempunyai dana yangmencukupi bagi membayar semua bil semasa dan yang akan datang

Peranan 2: Perancang Tunai

Memastikan tunai kepunyaan syarikatdigunakan dengan cara yang betul dan efisien

Menjejaki pergerakan tunai

Meramalkan aliran masuk dan keluar

Peranan 3: Pengedar Tunai

Mengawal tunai yang diperlukan untukmembayar pembekal serta menetapkankeutamaan dan masa pembayaran

Meramalkan penggunaan tunai

Peranan 4: Pemungut Tunai

Memastikan penghutang membayar hutang dalam masa yang ditetapkan

Peranan 5: Penjimat Tunai

Memastikan syarikat anda mendapat nilai yang maksimum untuk wang yang telah dibelanjakan

Terdapat 5 langkah asas di dalam menyiapkan bajet tunai:

12

Cara terbaik untukmenentukan banyak

mana tunai yangada... ialah dengan

melihat bajettunai syarikat

Page 15: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

– Menentukan baki tunai minimum yang mencukupi

– Meramalkan jualan

– Meramalkan penerimaan tunai

– Meramalkan penggunaan tunai

– Menentukan baki tunai pada akhir bulan

DANA KHAS BAGI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Kerajaan telah juga menubuhkan beberapa dana khas yang boleh diakses oleh perusahaankecil dan sederhana. Dana perusahaan kecil dan sederhana yang pertama ditubuhkan pada1985 dan dipanggil Tabung Pelaburan Baru (TPB).Tujuan TPB ialah untuk mempercepatkan prosespemulihan ekonomi berikutan kemelesetanekonomi pada pertengahan dekad 1980-an. Sejak itu, Kerajaan telah menubuhkan banyaklagi dana melalui pelbagai kementerian danagensi. Sehingga kini, Kerajaan telah menubuhkanlebih 40 dana untuk perusahaan kecil dansederhana bagi membiayai pelbagai bidangperniagaan.

Selain daripada merangsang pertumbuhan ekonomi,penubuhan dana perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana adalah juga untuk memastikan mereka yang berdaya maju terus mendapat akses kepada pembiayaan padakadar yang berpatutan. Oleh itu, pinjaman daripada dana yangdiluluskan akan dikenakan caj pada kos yang lebih rendah.

Cara-cara Memohon Pinjaman di bawah Dana Khas

Dana khas ditadbir oleh beberapa agensi Kerajaan atau ejen-ejen mereka bergantung kepada tujuan dana tersebut.

Bank Negara Malaysia turut mentadbir sebahagian daripadadana-dana ini. Usahawan-usahawan boleh memohon pinjaman tersebut melalui institusi-institusi kewangan yangterlibat. Dana tersebut disalurkan melalui institusi-institusikewangan yang terlibat, memandangkan mereka mempunyai rangkaian cawangan yang luas, sekali gus memudahkan aksespinjaman bagi peminjam. Institusi-institusi kewangan yang terlibat akan menjalankan proses penilaian kreditsebagaimana permohonan pinjaman lain dan permohonanpinjaman yang berjaya akan dikemukakan ke Bank NegaraMalaysia untuk disahkan.

Untuk maklumat mengenai senarai tabung-tabung yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia, sila layari laman web di www.bnm.gov.my.

13

Page 16: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

S&JApakah maklumat yang perlusaya kemukakan kepada institusikewangan untuk mendapatkankemudahan kredit?

Kebanyakan institusi kewangan mempunyai senarai semak yang menyenaraikandokumen-dokumen yang diperlukan. Sila bertanya kepada institusi kewangan yangberkenaan untuk mendapatkan senarai semaknya.

Bolehkah saya mendapatpembiayaan jika sayamenceburkan diri dalamperniagaan buat pertama kali?

Institusi kewangan adalah dalam perniagaan menyediakan pembiayaan dan akanmemberi pertimbangan untuk memberi pinjaman kepada sebarang perniagaan yangberdaya maju walaupun ianya adalah perniagaan yang baru. Namun demikian, institusi kewangan akan meneliti trek rekod syarikat berkenaan atau akaun peribadipemohon apabila menyemak semula permohonan pinjaman.

SOALAN YANG SERING DITANYA

Mengapakah institusi kewanganmemerlukan pelan perniagaan?Siapa boleh membantu saya untukmenyediakan pelan perniagaan?

Melalui pelan perniagaan, institusi kewangan boleh mendapatkan maklumat berhubung dengan perniagaan peminjam seperti latar belakang peminjam dan industri, kedudukan kewangan peminjam, unjuran perniagaan peminjam, strategiperniagaan dan keperluan operasi peminjam. Anda boleh meminta bantuan bank perdagangan terlibat untuk menyediakan pelan perniagaan tersebut sekiranyaanda mengalami kesukaran untuk menyediakannya. Hampir semua bank perdagangan mempunyai Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdedikasi.Unit ini ditubuhkan untuk menangani keperluan perusahaan kecil dan sederhana,termasuk memberi khidmat nasihat.

14

Page 17: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Adakah perlu saya mengemukakanpelan perniagaan kepada institusikewangan bagi jumlah pinjaman yang kecil sepertipinjaman sebanyak RM10,000?

Keperluan pelan perniagaan bergantung kepada institusi kewangan terbabit. Anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda mengenai perkara ini.

15

Adakah peluang perusahaankecil dan sederhana untukmendapatkan pinjamandaripada institusi kewanganakan berkurangan sekiranyatidak ada cagaran?

Tidak. Tujuan meminta cagaran adalah untuk memastikan bahawa peminjam komiteduntuk membayar balik pinjaman yang telah diambil. Kriteria utama yang digunakanoleh institusi kewangan untuk menaksir sesuatu permohonan pinjaman adalah dayamaju perniagaan pemohon.

Bagaimana sekiranya institusikewangan tetap inginkan cagaran?

Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan cagaranyang tidak mencukupi, Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit untukmenyediakan jaminan bagi pinjaman yang diambil daripada institusi kewangan. Jaminanoleh Syarikat Jaminan Kredit ini akan menyokong cagaran yang mungkin berbeza diantara institusi kewangan. Buat masa ini, Syarikat Jaminan Kredit mengendalikan enamskim jaminan, yang mana butir-butir lanjut boleh didapati dengan melayariwww.cgc.gov.my.

Page 18: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Apakah alasan-alasan institusikewangan untuk menolakpermohonan sesuatu pinjaman?

Alasan-alasan menolak permohonan kredit termasuk:

Pemohon tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik kemudahan yang dipohon

Tujuan pinjaman adalah tidak selaras dengan kemudahan yang dipohon

Keputusan kewangan pemohon yang tidak memuaskan

Pemohon mempunyai pinjaman luar yang banyak sehingga mengakibatkan penggearan yang tinggi (iaitu jumlah pinjaman adalah lebih tinggi daripada modal)

Pengendalian akaun semasa yang tidak memuaskan oleh pemohon

Rekod pembayaran balik yang kurang memuaskan dengan pemberi pinjaman yang lain

Pemohon mempunyai kes yang sedang menunggu tindakan guaman

Risiko perniagaan yang tinggi seperti terlalu bergantung kepada pembeli atau pembekal tunggal

Kekurangan komitmen kewangan daripada pemilik perniagaan, iaitu tidak bersedia untukmenyumbang modal kerja tambahan

Pengurusan yang lemah

Empunya tunggal/perkongsian/pengarah-pengarah/pemegang-pemegang/penjamin dansebagainya yang menghadapi tindakan kebankrapan daripada pihak lain

Satu keperluan Bank Negara Malaysia ialah institusi kewangan seharusnya memaklumkankeputusan kreditnya kepada peminjam secara formal dan bertulis, yang dengan jelas mengenal pasti bidang yang gagal dipenuhi oleh peminjam. Ini adalah untuk memastikan bahawa peminjam mengetahui alasan penolakan dan membantu peminjam memperbaikikelemahan yang dikenal pasti sebelum mengemukakan permohonan pinjaman lain pada masa akan datang.

16

Page 19: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Bolehkah saya mengemukakanpermohonan pinjaman kepadalebih daripada sebuah institusikewangan?

Boleh. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dikenakan fi pemprosesan sekiranya anda menolak pinjaman tersebut setelah ia diluluskan.

17

Apa yang boleh saya lakukan sekiranya institusikewangan menolakpermohonan pinjaman saya?

Setiap institusi kewangan mempunyai satu set garis panduan kredit dan kriteriapenilaian kredit masing-masing. Apabila institusi kewangan memaklumkankeputusannya dan alasan penolakan kepada anda, anda sepatutnya berhubung denganinstitusi berkenaan untuk mengetahui apa yang anda boleh buat bagi membolehkanmereka mempertimbangkan semula permohonan anda dan selepas itu, mengambiltindakan yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan institusi kewangan. Sebagaialternatif, anda boleh memohon pinjaman daripada institusi kewangan yang lain.

Bolehkah sesebuah institusikewangan mengurangkan jumlahkemudahan kredit (sepertikemudahan overdraf, kemudahanperdagangan) yang dahulunyatelah diberikan kepada saya?

Semua institusi kewangan menjalankan kajian semula berkala ke atas potfolio kreditdan berdasarkan kepada penilaian mereka, mungkin mengambil keputusan untukmengurangkan pendedahan kredit kepada sebarang peminjam. Institusi kewanganboleh berbuat demikian atas beberapa sebab termasuk penggunaan kemudahan yangrendah (overdraf dan kemudahan perdagangan) atau pengendalian akaun yang tidakmemuaskan (overdraf).

Hak ini biasanya dinyatakan di dalam surat tawaran atau dokumen-dokumen yang lain.Walau bagaimanapun, institusi-institusi kewangan biasanya akan memberi notis awalmengenai keputusan mereka untuk mengurangkan kemudahan kredit peminjamuntuk membolehkan peminjam mencari kaedah alternatif. Walau apapun, institusikewangan mungkin akan mempertimbangkan sebarang rayuan/permohonan daripadapeminjam untuk mengembalikan kemudahan kredit ke tahap asal, sekiranya wajar.

Page 20: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Di manakah boleh sayamembuat aduan terhadapinstitusi kewangan saya?

Semua bank perdagangan dan syarikat kewangan telah dikehendaki oleh Bank NegaraMalaysia untuk menubuhkan unit aduan di institusi masing-masing. Anda seharusnyacuba menyelesaikan aduan anda dengan institusi kewangan anda terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,anda boleh merujuk masalah anda kepada Bank Negara Malaysia. Untuk isu-isu berkaitandengan pinjaman perniagaan oleh kaum Bumiputera, anda juga boleh merujuk kepadaERF Sdn. Bhd. (sebuah badan khas yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sebagaipusat setempat untuk menangani isu-isu berkaitan pembiayaan Bumiputera).

Saya menghadapi masalah untukmembayar balik berdasarkanamaun ansuran sekarang tetapisaya mampu membayar ansuranyang lebih rendah. Apa yang perlusaya lakukan?

Anda boleh merujuk kepada institusi kewangan anda dan memohon penstrukturanatau penjadualan semula pinjaman anda. Ia biasanya dilakukan dalam bentukbayaran bulanan yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman.Walau bagaimanapun, anda mesti memberikan kepada institusi kewangan andamaklumat lengkap mengenai kedudukan kewangan anda untuk membolehkanmereka membuat penilaian.

18

Page 21: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Di manakah boleh sayamendapat khidmat nasihatkewangan berhubung dengan perniagaan saya?

Hampir semua bank perdagangan telah menubuhkan Unit Perusahaan Kecil danSederhana (IKS) yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana.

Di samping itu, Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Unit Khas IKS untuk membantuperusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan membekalkanmaklumat mengenai berbagai-bagai sumber pembiayaan yang ada, melancarkan prosespermohonan pinjaman, menangani masalah yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaankecil dan sederhana untuk mendapat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan danmenyediakan khidmat nasihat. Unit tersebut boleh dihubungi di:

Unit Khas IKSTingkat 4CBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur

19

Page 22: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Bagaimanakah caranya untuk sayamendapatkan akses kepadatabung khas yang disediakan olehKerajaan/Bank Negara Malaysia?

Tabung khas yang disediakan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia disalurkan kepada orang awam melalui institusi-institusi kewangan, atau secara kolektifnyadikenali sebagai institusi-institusi kewangan yang terlibat atau agensi-agensi yang dilantik oleh kerajaan. Kriteria dan objektif tabung khas termasuk kadar pinjaman ditentukan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia, sekali gus mengawasipenggunaan tabung khas tersebut.

20

Apakah peranan yang dimainkanoleh institusi-institusi kewanganyang terlibat berkaitan dengantabung khas?

Pada asasnya, peranan institusi-institusi kewangan yang terlibat adalah untuk menilaipermohonan pinjaman dan menentukan kelayakan dan daya maju projek-projek yang akan dibiayai. Perusahaan Kecil dan Sederhana boleh menyerahkan permohonanpinjaman tabung khas melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan.

Meskipun pinjaman-pinjaman ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan/Bank NegaraMalaysia, keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman adalahtertakluk kepada penilaian institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan. Ini adalahkerana risiko kredit akan ditanggung oleh institusi kewangan yang terlibat yangberkenaan. Di samping itu, institusi-institusi kewangan yang terlibat akan mengawasipembayaran balik daripada peminjam-peminjam.

Apakah fungsi ERF Sdn. Bhd.? ERF Sdn. Bhd. adalah satu pusat setempat yang telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberi pembiayaan dan khidmat nasihat kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.

Page 23: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Bagaimana kalau pemohontidak memenuhi syarat-syaratcagaran yang dikenakan oleh institusi-institusi kewanganyang terlibat?

Keperluan cagaran adalah berdasarkan penilaian kredit dan profil risiko pemohon.Kriteria utama ialah daya maju sesuatu projek. Antara faktor-faktor lain yang turutdiambil kira adalah karektor dan integriti pemohon, keupayaan untuk membayar balikpinjaman, komitmen modal dan keadaan perniagaan. Institusi-institusi kewangan yang terlibat juga boleh menolak permohonan jika permohonan tersebut tidakmengandungi maklumat yang cukup bagi membolehkan penilaian kredit dibuat. Untukmembantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, Syarikat Jaminan Kredit juga mempunyaibeberapa skim jaminan kredit untuk manfaat pemohon-pemohon yang tiada cagaranatau mempunyai cagaran yang tidak mencukupi.

Adakah borang-borang tertentuyang perlu diisi untuk membuatpermohonan tabung khas?

Tidak. Kerajaan/Bank Negara Malaysia tidak menyediakan borang tertentu untuk permohonan tabung khas. Pemohon boleh menggunakan borang-borang yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.

21

Memandangkan tabung khas inidisediakan oleh Kerajaan/BankNegara Malaysia, adakahpelanggan diwajibkan membayarbalik pinjaman tersebut?

Pelanggan (peminjam) adalah terikat dengan perjanjian pinjaman yang merekatandatangani. Ini dianggap penting khususnya bagi membolehkan Kerajaan/BankNegara Malaysia untuk meneruskan program bantuannya kepada pemohon-pemohon yang layak memandangkan saiz tabung akan berkurangan jika peminjam-peminjam gagal membayar balik pinjaman. Peminjam akan menandatangani dokumen perjanjian pinjaman di mana semua syarat-syarat dinyatakan termasuktindakan-tindakan yang akan diambil oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat jika peminjam mungkir.

Page 24: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Bolehkah saya memohonpinjaman yang baru jikapinjaman sedia ada telahdiklasifikasikan sebagaipinjaman tidak berbayar?

Rekod kredit yang negatif boleh menjejaskan penilaian kredit pemohon. Anda patutmembincang hal ini dengan institusi kewangan berkenaan dan merumuskan satu skimpembayaran balik dengan institusi kewangan berkenaan. Setelah akaun andadikemaskinikan, rekod kredit anda akan mencerminkan keadaan yang lebih baik.

Mengapa institusi-institusikewangan menghendakipenyata-penyata kewanganuntuk tiga tahun?

Institusi-institusi kewangan biasanya akan meminta penyata-penyata kewangan untuk tiga tahun bagi membolehkan mereka membuat perbandingan dalammenentukan trend perkembangan perniagaan untuk menilai keupayaan peminjammembuat pembayaran balik.

22

Page 25: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

GLOSARI

Cagaran

Harta yang sah, deposit tetap atau sekuriti-sekuriti ketara yang lain yang

dicagarkan kepada institusi kewangan untuk pinjaman yang diberi.

Institusi Kewangan Yang Terlibat

Institusi-institusi kewangan yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia sebagai

perantara untuk tabung khas.

Modal Permulaan

Modal yang diperlukan untuk memulakan atau menubuhkan perniagaan.

23

Page 26: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

LAMPIRAN

CONTOH PELAN PERNIAGAAN

Pengenalan

Perihal Perniagaan

Perihal ringkas mengenai perniagaan; bidang industri yang diceburi dan pasaran yang disasarkan,

dan posisi daya saing berbanding dengan saingan anda

Kedudukan Semasa Syarikat

Tarikh penubuhan dan di peringkat mana syarikat berada pada masa ini

Untuk perniagaan baru:

– Sejauh mana pencapaian perniagaan; sama ada kumpulan pekerja utama telah diambil, pengeluaran telah

bermula, status jualan dan sebagainya

Untuk perniagaan sedia ada:

– Nyatakan jualan dan keuntungan syarikat untuk tiga tahun yang lalu

Pembiayaan Yang Dipohon

Nyatakan jenis, amaun, tujuan, tarikh pinjaman diharap akan dikeluarkan dan tempoh pembayaran semula

pinjaman yang dijangkakan

Perniagaan baru hendaklah mengenal pasti sumber modal permulaan syarikat sama ada daripada

saham-saham/modal berbayar, pendahuluan daripada pengarah-pengarah, ahli keluarga, pihak ketiga,

pinjaman luaran dan sebagainya

24

Page 27: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Contoh-contoh:

Pembiayaan Modal Kerja

Jenis dan had

Overdraf, kemudahan perdagangan (resit amanah, penerimaan jurubank dan sebagainya)

Tujuan

– Untuk membiayai kekurangan/jurang di dalam keperluan modal kerja

Pengiraan untuk Nilai RM bagi Keperluan Modal Kerja

Contoh:

Sekiranya perolehan jualan tahunan ialah RM5 juta, keperluan modal kerja ialah 90/365 x RM5.0 juta = RM1.23 juta

Syarat-syarat kredit penghutang

Pusing ganti stok

Tolak

Syarat-syarat kredit penghutang

Kitar Penukaran Aset

Hari

90

60

150

60

90

( )

25

Page 28: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

••

••

••••

Pembiayaan Perbelanjaan Modal

Jenis dan had

Pinjaman berjangka, pemajakan, sewa beli margin pembiayaan yang diperlukan, sumber kewangan

peminjam dalam mengeluarkan modal sendiri

Tujuan

Untuk membiayai pemerolehan aset tetap, misalnya pembelian harta benda, jentera

Untuk membiayai kos pembinaan kilang/rumah kedai

Butiran

Jenis, jenama/buatan dan kos untuk memperolehi aset tetap dan hayat ekonominya

Kos pembinaan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan

Syarat-syarat pembayaran

Kaedahnya

Amaun (berdasarkan unjuran aliran tunai/pendapatan)

Tempoh pinjaman

Tarikh pembayaran pertama dijangka akan bermula

26

Page 29: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Objektif dan Visi Perniagaan

Anda harus memperjelaskan visi anda tentang bagaimana anda inginkan perniagaan anda berkembang dan pencapaian

pada masa hadapan

Perihal Produk dan Perkhidmatan

Terangkan jenis produk yang dikeluarkan/perkhidmatan yang disediakan

Nyatakan bahagian perniagaan anda dalam rantai penawaran iaitu, sama ada sebagai pembekal perkhidmatan, pengilang

[Original Equipment Manufacturer (OEM) atau industri sokongan], ejen pemasaran/jualan, pemborong, kontraktor pembekal,

pembinaan dan sebagainya

Jumlah jualan atau pengeluaran dalam setahun

Sifat kitaran perniagaan, nalar atau berkitar

Sifat produk

Kapasiti/jumlah yang kilang anda boleh keluarkan dan posisi masa kini

Analisa Industri dan Pesaing

Sediakan gambaran ringkas mengenai struktur industri dan ciri-cirinya; tahap persaingan dan halangan kemasukan

Senarai pesaing utama syarikat, bahagian pasaran mereka, kekuatan/kelemahan berbanding syarikat sendiri

Mengenal pasti ancaman, risiko dan peluang yang ada

27

••

••••

•••

Page 30: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Strategi Perniagaan

Pembentukan strategi yang jitu dianggap penting untuk memastikan kejayaan perniagaan

Strategi seharusnya berasaskan kekuatan syarikat dan faktor-faktor kejayaan yang kritikal dalam konteks

persaingan dan industri

Strategi yang efektif seharusnya memfokus kepada keunikan atau kelainan produk dan perkhidmatan

yang anda berikan

Strategi syarikat anda seharusnya bersifat dinamik (iaitu mampu untuk menangani perubahan dalam

persekitaran kendalian dalam jangka masa panjang)

Strategi Generik

Pengeluar kos rendah

Pembezaan; produk yang ditawarkan adalah unik

Fokus; menceburi pasaran "niche", segmen barisan keluaran atau pasaran yang bercirikan geografi

Syarat-syarat Pengendalian

Personel

Menyenaraikan jenis dan bilangan pekerja yang diperlukan untuk jawatan pengurusan utama, pengeluaran,

pemasaran dan jualan

Sumber dan ketersediaan buruh; mahir, tidak mahir, teknikal

Latihan dan insentif untuk mengekalkan pekerja-pekerja

Proses Pengeluaran/Pembuatan

Tahap automasi dalam proses pengeluaran; teknologi yang diperlukan dan perjanjian teknikal/sokongan jaminan

Jenis/buatan jentera utama yang digunakan

28

••

•••

••

••

Page 31: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Ramalan Kedudukan Kewangan

3 aspek ramalan kedudukan kewangan

diperlukan:

– Untung Rugi

– Aliran Tunai

– Kunci Kira-kira

Dokumen-dokumen di atas hendaklah

disediakan dalam bentuk unjuran bulanan

untuk 12 bulan yang pertama dan di dalam

bentuk unjuran tahunan untuk tempoh 2

tahun selepas itu

Andaian-andaian yang digunakan

Nyatakan andaian-andaian utama seperti

berikut:

– % kos perbelanjaan utama, bahan-bahan

mentah, pekerja, komisen

– % jualan kredit dan tunai

– Tempoh kredit yang diberi dan diterima

– Tempoh inventori

– % pertumbuhan perniagaan setahun

Kapasiti pengeluaran/giliran kerja

Bahan mentah utama/komponen

Khidmat Pelanggan dan Sokongan Selepas Jualan

Menyediakan lakaran ringkas mengenai program syarikat bagi

khidmat selepas jualan dan sokongan untuk membina kesetiaan

pelanggan, menambah belian ulangan dan mempromosi lain-

lain barangan dan perkhidmatan

Kitaran Perniagaan, Pembeli, Pembekal, & Syarat-syarat Perdagangan

Pembeli utama, jumlah jualan, kekerapan dan syarat-syarat kutipan

Pembekal utama, jumlah belian, kekerapan dan syarat-syarat

pembayaran

Butiran konsesi/perjanjian dengan pembekal dan pembeli

Kitaran perniagaan (contoh: senarai peristiwa-peristiwa penting

perniagaan, masa yang diambil dan syarat-syarat)

Strategi Jualan dan Pemasaran

Sediakan lakaran ringkas mengenai strategi pemasaran syarikat bagi

menggalakkan pelanggan untuk membeli barangan dan perkhidmatan

daripada segi campuran pemasaran iaitu produk, penetapan harga,

aliran (jualan) dan promosi-promosi

••

••

••

29

Page 32: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Tarikh

Jualan

Kos

Tolak: Kos Jualan

Untung Kasar

Margin Untung Kasar (%)

Tolak: Jumlah Kos Kendalian

Perbelanjaan Pemasaran & Jualan

Perbelanjaan Pentadbiran & Overhed

Keuntungan Kendalian

Margin Keuntungan Kendalian (%)

Tolak: Kos Bukan Kendalian

Faedah oleh Bank

Keuntungan Sebelum Cukai

Margin Keuntungan Sebelum Cukai (%)

Tolak: Cukai Pendapatan

Keuntungan Bersih Selepas Cukai

Margin Untung Bersih (%)

Jan Feb Mac

Jumlah

Tahun 1

Jumlah

Tahun 2

Jumlah

Tahun 3

Penyata Untung Rugi

Format penyata untung rugi, penyata aliran tunai dan penyata kunci kira-kira

adalah seperti berikut:

30

Page 33: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Tarikh

Baki Mula

Sumber Hasil

Jualan Tunai

Jualan Kredit

Overdraf

Pinjaman Bertempoh

Modal Ekuiti

Perbelanjaan Tunai

Kos Jualan

Gaji & Perbelanjaan Berkaitan

Perbelanjaan Bukan Gaji

Faedah

Pembayaran Pinjaman

Dividen

Pembelian Aset

Cukai Pendapatan

Perubahan Tunai Bersih

Baki Akhir

Jan Feb Mac

Jumlah

Tahun 1

Jumlah

Tahun 2

Jumlah

Tahun 3

Anjuran Penyata Aliran Tunai

31

Page 34: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Tarikh

Asset Semasa

Tunai Dalam Tangan

Penghutang Perdagangan

Lain-lain Penghutang,

Deposit & Bayaran Terdahulu

Jumlah Hutang dari Anak-anak Syarikat

Stok

Liabiliti Semasa

Pinjaman Jangka Pendek

Pemiutang Perdagangan

Lain-lain Pemiutang dan Akruan

Jumlah Hutang kepada Anak-anak Syarikat

Jumlah Hutang kepada Syarikat Induk

Jumlah Hutang kepada Pengarah-pengarah

Asset (Liabiliti) Semasa Bersih

Asset Tetap

Pinjaman Bertempoh

Dibiayai Oleh:

Modal Syer

Perolehan Tertahan

Jan Feb Mac

Jumlah

Tahun 1

Jumlah

Tahun 2

Jumlah

Tahun 3

Anjuran Penyata Kunci Kira-kira

32

Page 35: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Page 36: Perusahaan Kecil dan Sederhana - bankinginfo.com.my · kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama