Indeks Distraktor
-
Upload
ryan-alcantra -
Category
Documents
-
view
328 -
download
1
description
Transcript of Indeks Distraktor
INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI
Pengiraan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
INDEKS KESUKARAN INDEKS DISKRIMINASI
Formula
IK= T +RNT+NR
Formula
ID= T−R12(NT+NR)
T : Murid kumpulan skor tinggi yang menjawab dengan betul
R : Murid kumpulan skor rendah yang menjawab dengan betul
NT : Jumlah bilangan murid dalam kumpulan skor tinggi
NR : Jumlah bilangan murid dalam kumpulan skor rendah
Indeks Kesukaran
Pentafsiran Item Soalan
Keputusan
Lebih daripada 0.80
Item terlau mudah
Ubah suai
0.30 – 0.80 Item sederhana
Terima
Kurang daripada 0.30
Item terlalu sukar
Ubah suai
Indeks Diskriminasi
Pentafsiran Item
Keputusan
Lebih daripada
0.40
Diskriminasi positif yang
tinggi
Amat sesuai, diterima
0.20 – 0.40 Diskriminasi positif yang sederhana
Ubah suai item/ soalan
dan cuba sekali
0 – 0.19 Diskriminasi positif yang
rendah
Tulis item atau soalan
semulaKurang
daripada 0Diskriminasi
negatif, prestasi
kumpulan skor rendah lebih baik daripada kumpulan skor tinggi
Item atau soalan itu buruk dan
harus dibuang,
ubah aras soalan
Item Ujian Indeks Kesukaran (IK)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
Indeks Diskriminasi (ID)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
1
Pengetahuan
13+830
=0.70 Sederhana
(Terima)
13−812(30)
=0.33 Diskriminasi positif yang sederhana
(Ubah suai item/ soalan
dan cuba sekali)
2
Pengetahuan
15+930
=0.80 Sederhana
(Terima)
15−912(30)
=0.40 Diskriminasi positif yang sederhana
(Ubah suai item/ soalan
dan cuba sekali)
3
Kefahaman
8+030
=0.27 Terlalu sukar
(Ubah suai)
8−012(30)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
4
Sintesis
13+1030
=0.77Sederhana
(Terima)
13−1012(30)
=0.20 Diskriminasi positif yang sederhana
(Ubah suai item/ soalan
dan cuba sekali)
5
Penilaian
14+230
=0.53Sederhana
(Terima)
14−212(30)
=0.80 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
6
Pengetahuan
12+1030
=0.73 Sederhana
(Terima)
12−1012(30)
=0.13 Diskriminasi positif yang
rendah
(Tulis item atau soalan semula)
7
Aplikasi
15+730
=0.73 Sederhana
(Terima)
15−712(30)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
8
Pengetahuan
15+730
=0.73 Sederhana
(Terima)
15−712(30)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
9
Kefahaman
11+230
=0.43 Sederhana
(Terima)
11−212(30)
=0.60 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
10
Aplikasi
15+1330
=0.93 Terlalu mudah
(Ubah suai)
15−1312(30)
=0.13 Diskriminasi positif yang
rendah
(Tulis item atau soalan semula)
11
Pengetahuan
11+430
=0.50 Sederhana
(Terima)
11−412(30)
=0.47 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
12
Pengetahuan
15+1330
=0.93 Terlalu mudah
(Ubah suai)
15−1312(30)
=0.13 Diskriminasi positif yang
rendah
(Tulis item atau
soalan semula)
13
Pengetahuan
11+430
=0.50 Sederhana
(Terima)
11−412(30)
=0.47 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
14
Kefahaman
12+330
=0.50 Sederhana
(Terima)
12−312(30)
=0.60 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
15
Kefahaman
5+330
=0.27 Terlalu sukar
(Ubah suai)
5−312(30)
=0.13 Diskriminasi positif yang
rendah
(Tulis item atau soalan semula)
16
Kefahaman
12+430
=0.53 Sederhana
(Terima)
12−412(30)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
17
Aplikasi
5+230
=0.23 Terlalu sukar
(Ubah suai)
5−212(30)
=0.20 Diskriminasi positif yang sederhana
(Ubah suai item/ soalan
dan cuba sekali)
18
Aplikasi
15+430
=0.63 Sederhana
(Terima)
15−412(30)
=0.60 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
19
Penilaian
9+230
=0.37 Sederhana
(Terima)
9−212(30)
=0.47 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
20
Analisis
11+330
=0.47 Sederhana
(Terima)
11−312(30)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
Analisis Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran (IK) digunakan bagi menunjukkan sama ada soalan yang
dibina adalah dalam 3 kategori item terlalu sukar, item sederhana dan item yang
mudah. Mengikut kajian, item ujian atau soalan yang baik yang sesuai untuk sesuatu
ujian adalah pada IK antara 0.30 sehingga 0.80 iaitu pada aras kesukaran yang
sederhana. Namun, untuk aras kesukaran yang telalu sukar dan terlalu mudah iaitu
pada IK kurang daripada 0.30 dan melebihi daripada 0.80, item ujian atau soalan perlu
diubah suai semula untuk pelaksanaan ujian yang lebih berkesan.
Merujuk kepada pengiraan yang telah dilakukan daripada data yang dikumpul,
terdapat 3 soalan yang dikategorikan sebagai terlalu sukar dengan indeks
kesukarannya berada di bawah paras 0.3 iaitu item ujian 3 (0.27), item ujian 15 (0.27)
dan item ujian 17 (0.23). Soalan ini perlu di ubahsuai semula agar indeks kesukarannya
dapat di tingkatkan ke paras 0.30 -0.80.
Sementara terdapat soalan yang terlalu mudah dengan indeks kesukarannya
berada melebihi paras 0.8 iaitu item ujian 10 (0.93) dan item ujian 12 (0.93). Soalan ini
juga perlu digubal semula agar indeks kesukarannya berada pada antara 0.30 dan
0.80.
Selain soalan yang dinyatakan di atas, kesemua item ujian atau soalan yang
dibina adalah pada aras sederhana dengan indeks kesukaran adalah antara 0.30
sehingga 0.80, iaitu item ujian 1 (0.70), item ujian 2 (0.80), item ujian 4 (0.77), item ujian
5 (0.53), item ujian 6 (0.73), item ujian 7 (0.73), item ujian 8 (0.73), item ujian 9 (0.43),
item ujian 11 (0.50), item ujian 13 (0.50), item ujian 14 (0.50), item ujian 16 (0.53), item
ujian 18 (0.63), item ujian 19 (0.37) dan item ujian 20 (0.47).
Kesimpulannya, aras kesukaran keseluruhannya adalah pada item ujian atau
soalan yang baik dan diterima namun terdapat sedikit item ujian yang perlu digubal
semula iaitu pada item ujian 3, 15 dan 17 akibat terlalu sukar, manakala item ujian 10
dan 12 pula adalah terlalu mudah. Selain item ujian tersebut, tiada pengubahsuaian
yang perlu dilakukan untuk item ujian yang lain.
Analisis Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi (ID) digunakan untuk menunjukkan sama ada tiap-tiap satu
soalan atau butiran itu boleh membezakan pencapaian di antara murid yang pandai
dengan murid yang lemah. Terdapat 4 pembahagian iaitu ID lebih daripada 0.40
(diskriminasi positif yang tinggi dan diterima), ID 0.20 hingga 0.40 (bagi indeks
diskriminasi positif yang sederhana dan item perlu diubah dan dicuba sekali), ID 0
hingga 0.19 (iaitu diskriminasi positif yang rendah dan item soalan perlu ditulis semula)
dan ID yang kurang daripada 0 (diskriminasi negatif dan perlu digugurkan serta diubah
aras soalan).
Mengikut kajian, item ujian atau soalan yang baik dan sesuai digunakan untuk
sesuatu ujian biasanya mempunyai ID lebih daripada 0.40.
Berdasarkan pengiraan yang dilakukan daripada data yang dikumpul, terdapat
tiga daripada empat jenis pentafsiran item atau soalan bagi indeks diskriminasi yang
tersenarai di dalam ujian yang dibina ini iaitu kesemuanya adalah tergolong di dalam
diskriminasi positif iaitu diskriminasi positif yang tinggi, diskriminasi positif yang
sederhana dan diskriminasi positif rendah.
Untuk pentafsiran item atau soalan bagi indeks diskriminasi positif yang tinggi
yang lebih daripada 0.40 dapat dilihat pada item ujian 3, item ujian 5, item ujian 7, item
ujian 8, item ujian 9, item ujian 11, item ujian 13, item ujian 14, item ujian 16, item ujian
18, item ujian 19 dan item ujian 20. Ini menunjukkan bahawa terdapat 12 daripada 20
item ujian yang menetapi ciri diskriminasi yang baik dan amat sesuai untuk sesuatu
ujian manakala item selebihnya perlu dilakukan ubah suai semula.
Secara keseluruhannya daripada 20 item ujian yang dibina, terdapat beberapa
item ujian dan soalan perlu diteliti semula kerana tergolong dalam ciri diskriminasi
positif yang sederhana iaitu pada indeks diskriminasi 0.20 hingga 0.40. Item ini perlu
diubah suai semula item atau soalan dan dicuba sekali bagi mencapai indeks
diskriminasi yang amat baik dan sesuai untuk sesuatu ujian. Berdasarkan data yang
dikumpul, terdapat 4 item soalan yang perlu diteliti semula untuk tujuan ubah suai iaitu
item ujian 1, item ujian 2, item ujian 4 dan item ujian17.
Manakala terdapat 4 item ujian yang perlu ditulis semula item atau soalannya
iaitu item ujian 6, item ujian 10, item ujian 12 dan item ujian 15 yang menunjukkan
pentafsiran item bagi indeks diskriminasi positif yang rendah iaitu antara 0 hingga 0.19.
Kesimpulannya, daripada 20 item ujian atau soalan, 12 item ujian atau soalan
mempunyai diskriminasi yang tinggi dan amat sesuai dan baik untuk sesuatu ujian,
manakala 8 item ujian atau soalan lagi perlu diteliti semula dan diubah suai semula item
atau soalan untuk tujuan pembinaan sesuatu ujian yang baik dan dapat membezakan
prestasi murid dalam kalangan skor rendah dan murid dalam kalangan skor tinggi.
Selain itu, pembinaan ujian ini menunjukkan tiada diskriminasi negatif yang
menunjukkan prestasi murid dalam kalangan skor rendah lebih baik daripada murid
kumpulan skor tinggi yang mana jika terdapat item ujian atau soalan ini, pentadbir ujian
perlu menggugurkan item ujian atau soalan tersebut dan mengubah aras soalan untuk
kesesuaian sesuatu ujian yang berkesan kepada murid kumpulan skor tinggi dan
rendah.
DISTRAKTOR / JAWAPAN YANG TIDAK BETUL BERSERTA ANALISA
DISTRAKTOR/ JAWAPAN YANG TIDAK BETUL
Jadual Distraktor
Item
Ujian 1
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 13 2 0 15
Kumpulan R 1 8 4 2 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 2
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 15 0 0 15
Kumpulan R 1 9 3 2 15

Ujian 3
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 5 8 2 0 15
Kumpulan R 11 0 3 1 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 4
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 0 2 13 15
Kumpulan R 3 2 0 10 15
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 5
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 14 1 0 15
Kumpulan R 6 2 5 2 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 6
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 1 0 2 12 15
Kumpulan R 2 1 2 10 15
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Item
Ujian 7
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 0 0 15 15
Kumpulan R 2 2 4 7 15
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 8
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 15 0 0 0 15
Kumpulan R 7 5 0 3 15
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang tidak baik kerana tiada langsung murid yang
memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 9
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 11 0 4 15
Kumpulan R 4 2 2 7 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 10
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 15 0 0 15
Kumpulan R 0 13 2 0 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang tidak baik kerana tiada langsung murid yang
memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang tidak baik kerana tiada langsung murid yang
memilih distraktor ini.
Item
Ujian 11
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 1 3 12 0 15
Kumpulan R 2 6 4 3 15
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 12
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 15 0 0 0 15
Kumpulan R 13 0 1 1 15
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor yang tidak baik kerana tiada langsung murid yang
memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 13
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 1 2 1 11 15
Kumpulan R 3 5 3 4 15
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 14
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 0 1 12 2 15
Kumpulan R 1 2 3 9 15
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih ramai murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 15
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 4 0 2 9 15
Kumpulan R 3 3 5 4 15
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 16
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 2 1 0 12 15
Kumpulan R 5 3 3 4 15
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 17
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 1 4 0 10 15
Kumpulan R 1 2 0 12 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor C Distraktor yang tidak baik kerana tiada langsung murid yang
memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 18
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 15 0 0 15
Kumpulan R 4 4 3 4 15
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 19
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 3 0 8 4 15
Kumpulan R 3 6 2 4 15
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Item
Ujian 20
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 1 2 11 1 15
Kumpulan R 8 3 3 1 15
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih ramai murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Analisa Distraktor
Jadual di atas menunjukkan jadual distraktor bagi 20 item ujian (soalan objektif)
daripada 40 item ujian yang telah digubal dalam ujian formatif ini. Setiap soalan
mempunyai pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.
Setiap item ujian mempunyai 1 pilihan jawapan yang betul dan dicatatkan
dengan menggunakan simbol (*) seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Pilihan selain
daripada pilihan yang betul dikenali sebagai distraktor atau jawapan salah. Salah satu
perkara yang menentukan kualiti soalan keseluruhan adalah penganggu atau distraktor
iaitu pilihan-pilihan lain yang salah dalam soalan yang sama. Distraktor yang baik boleh
menarik minat yang lebih dalam kalangan murid yang lemah untuk memilihnya
manakala untuk murid yang pandai seharusnya tiada masalah dalam mengenal pasti
bahawa distraktor itu salah.
Dalam jadual di atas, item ujian 1, jawapan item adalah pilihan B dan secara
keseluruhan distraktor adalah baik dan berkesan untuk menguji murid skor kumpulan
tinggi (Kumpulan T) dan murid skor kumpulan rendah (Kumpulan R) kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor A,C dan D. Secara keseluruhan adalah sangat baik dan
berkesan sebagai penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan B kerana lebih
murid kumpulan R memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A, C dan D
dikekalkan dan diterima sebagai penggangu yang baik.
Bagi item ujian 2 pula, jawapan item adalah pilihan B dan secara keseluruhan
distraktor adalah baik dan berkesan untuk menguji murid skor kumpulan tinggi
(Kumpulan T) dan murid skor kumpulan rendah (Kumpulan R) kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor A,C dan D. Secara keseluruhan adalah sangat baik dan
berkesan sebagai penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan B kerana lebih
murid kumpulan R memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A, C dan D
dikekalkan dan diterima sebagai penggangu yang baik.
Item ujian 3, secara keseluruhan adalah sangat baik dan berkesan sebagai
penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan B kerana lebih murid kumpulan R
memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A, C dan D dikekalkan dan diterima
sebagai penggangu yang baik.
Seterusnya, bagi item ujian 4, distraktor C perlu digugurkan dan diganti dengan
distraktor lain kerana lebih murid kumpulan T memilih distraktor ini berbanding murid
kumpulan R. Ini menunjukkan distraktor ini adalah penggangu yang tidak baik kerana
tidak dapat menarik minat yang lebih dalam kalangan murid kumpulan R. Manakala
pengekalan terhadap distraktor A dan B adalah perlu kerana ianya penganggu yang
baik kerana lebih murid kumpulan R memilih distraktor ini.
Bagi item ujian 5, secara keseluruhan adalah sangat baik dan berkesan sebagai
penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan B kerana lebih murid kumpulan R
memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A, C dan D dikekalkan dan diterima
sebagai penggangu yang baik.
Item ujian 6, , terdapat kelemahan dalam distraktor C kerana berdasarkan data
yang ditunjukkan tiada perbezaan dalam pemilihan distraktor ini bagi murid kumpulan R
dan murid kumpulan T namun bagi distraktor A dan B ianya adalah baik dan berkesan
kerana lebih murid kumpulan R membuat pilihan tersebut dan menganggu murid ini
memilih jawapan yang betul iaitu pilihan D. Oleh itu, distraktor C mestilah diubah
semula dan bagi distraktor A dan B adalah diterima dan dikekalkan sebagai penggangu
pilihan.
Bagi item ujian 7 pula, secara keseluruhan adalah sangat baik dan berkesan
sebagai penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan D kerana lebih murid
kumpulan R memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A, B dan C dikekalkan
dan diterima sebagai penggangu yang baik.
Item ujian 8, distraktor C perlu diubah suai kerana tiada langsung murid memilih
distraktor ini sama ada bagi murid kumpulan R ataupun murid kumpulan T. Untuk
pilihan B dan D ianya boleh dikekalkan sebagai penggangu yang baik kerana berjaya
membuatkan murid R lebih memilih penggangu tersebut berbanding jawapan yang
betul pada pilihan A.
Seterusnya item ujian 9, secara keseluruhan adalah sangat baik dan berkesan
sebagai penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan B kerana lebih murid
kumpulan R memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A, C dan D dikekalkan
dan diterima sebagai penggangu yang baik.
Bagi item ujian 10, distraktor A dan D pula perlu diubah suai kerana tiada
langsung murid memilih distraktor ini sama ada bagi murid kumpulan R ataupun murid
kumpulan T. Untuk pilihan C ianya boleh dikekalkan sebagai penggangu yang baik
kerana berjaya membuatkan murid R lebih memilih penggangu tersebut berbanding
jawapan yang betul pada pilihan A. Secara keseluruhannya pilihan jawapan bagi soalan
ini kurang memuaskan.
Item ujian 11, secara keseluruhannya ketiga-ketiga pilihan distraktor diterima dan
dikekalkan kerana berjaya menarik lebih murid R memilihnya sebagai jawapan yang
betul. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pilihan tersebut adalah ciri-ciri penggangu
yang baik.
Untuk item ujian 12 pula, distraktor B pula perlu diubah suai kerana tiada
langsung murid memilih distraktor ini sama ada bagi murid kumpulan R ataupun murid
kumpulan T. Manakala untuk pilihan C dan D ianya boleh dikekalkan sebagai
penggangu yang baik kerana berjaya membuatkan murid R lebih memilih penggangu
tersebut berbanding jawapan yang betul pada pilihan A.
Bagi item ujian 13 dan 14, ketiga-ketiga pilihan distraktor diterima dan
dikekalkan kerana berjaya menarik lebih murid R memilihnya sebagai jawapan yang
betul. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pilihan tersebut adalah ciri-ciri penggangu
yang baik bagi kedua-dua soalan tersebut.
Item ujian 15 pula, distraktor D perlu digugurkan dan diganti dengan distraktor
lain kerana lebih ramai murid kumpulan T memilih distraktor ini berbanding murid
kumpulan R. Ini menunjukkan distraktor ini adalah penggangu yang tidak baik kerana
tidak dapat menarik minat yang lebih dalam kalangan murid kumpulan R. Manakala
pengekalan terhadap distraktor B dan C adalah perlu kerana ianya penganggu yang
baik kerana lebih murid kumpulan R memilih distraktor ini.
Bagi item ujian 16, ketiga-ketiga pilihan distraktor A,B dan C diterima dan
dikekalkan kerana berjaya menarik lebih murid R memilihnya sebagai jawapan yang
betul. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pilihan tersebut adalah ciri-ciri penggangu
yang baik bagi kedua-dua soalan tersebut.
Seterusnya item ujian 17, terdapat kelemahan dalam distraktor A kerana
berdasarkan data yang ditunjukkan tiada perbezaan dalam pemilihan distraktor ini bagi
murid kumpulan R dan murid kumpulan T. Manakala distraktor C pula perlu diubah suai
kerana tiada langsung murid memilih distraktor ini sama ada bagi murid kumpulan R
ataupun murid kumpulan T. Untuk pilihan D ianya boleh dikekalkan sebagai penggangu
yang baik kerana berjaya membuatkan murid R lebih memilih penggangu tersebut
berbanding jawapan yang betul pada pilihan B.
Bagi item ujian 18 pula, secara keseluruhannya ketiga-ketiga pilihan distraktor
A,C dan D diterima dan dikekalkan kerana berjaya menarik lebih murid R memilihnya
sebagai jawapan yang betul. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga pilihan tersebut
adalah ciri-ciri penggangu yang baik bagi kedua-dua soalan tersebut.
Berikutnya bagi item ujian 19 pula, terdapat kelemahan dalam kedua-dua
distraktor A dan D kerana berdasarkan data yang ditunjukkan tiada perbezaan dalam
pemilihan distraktor ini bagi murid kumpulan R dan murid kumpulan T. Untuk pilihan B
ianya boleh dikekalkan sebagai penggangu yang baik kerana berjaya membuatkan
murid R lebih memilih penggangu tersebut berbanding jawapan yang betul pada pilihan
C.
Bagi item ujian 20, terdapat kelemahan pada distraktor D kerana berdasarkan
data yang ditunjukkan tiada perbezaan dalam pemilihan distraktor ini bagi murid
kumpulan R dan murid kumpulan T. Manakala untuk pilihan A dan B ianya boleh
dikekalkan sebagai penggangu yang baik kerana berjaya membuatkan murid R lebih
memilih penggangu tersebut berbanding jawapan yang betul pada pilihan C.
Sebagai kesimpulan, bagi distraktor yang lemah, tidak baik dan salah,
pengubahsuaian item ujian atau soalan perlu dilakukan untuk mencapai keboleh
percayaan dan kesahan ujian yang dilaksanakan. Manakala bagi distraktor yang baik
dan berkesan, item ujian atau soalan tersebut perlu dikekalkan bagi mengekalkan
keberkesanan yang diharapkan dalam pelaksanaan ujian ini.
KERTAS SOALAN CONTOH
KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN 2013
SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU
TINGKATAN 1
CONTOH SKRIP
JAWAPAN PELAJAR
(SOALAN OBJEKTIF)
YANG TELAH DIPERIKSA
SKEMA JAWAPAN
MARKAH PELAJAR SERTA JAWAPAN
BAGI SETIAP SOALAN UNTUK
SETIAP INDIVIDU