IMPLIKASI PENDEKATAN HEURISTIK
-
Upload
nor-suhaila-ridzuan -
Category
Documents
-
view
75 -
download
8
description
Transcript of IMPLIKASI PENDEKATAN HEURISTIK
IMPLIKASI PENDEKATAN HEURISTIK.
Banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan heuristik dalam penyelesaian
masalah matematik boleh mempertingkatkan kebolehan pelajar menyelesaikan
masalah matematik (shoenfeld,1979:Kantowski,1977:McCoy,1994). Kajian oleh
Scoenfeld (1979) terhadap pelajar university menunjukkan bahawa pelajar yang
didedahkan kepada pengetahuan tentang heuristik dalam penyelesaian masalah telah
menunjukkan peningkatan antara praujian dan pascaujian. Sebaliknya pelajar yang
tidak didedahkan dengan pengetahuan tentang heuristik dalam penyelesaian masalah
tidak menunjukkan peningkatan antara praujian dan pascaujian.
Pendekatan heuristik membantu pelajar untuk menggunakan pelbagai kemahiran
untuk menyelesaikan masalah dalam matematik.
Pendekatan heuristik membantu murid lebih berfikir semasa manyelesaikan masalah.
Mereka mempuyai idea ataupun buah fikiran yang kreatif.
Pendekatan penyelesaian masalah ini juga sebenarnya dapat melahirkan pelajar lebih
berdikari. Dengan pendekatan penyelesaian masalah ini juga menjadikan pelajar lebih
senang untuk berkomunikasi dan berani untuk berkomunikasi sama ada dengan guru,
rakan sebaya mahupun dengan orang perseorangan. Ini kerana ketika mencari
maklumat pelajar perlu pandai berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat yang kita
kehendaki. Akhir sekali, seperti yang telah dilihat cara pelajar mengaplikasi
pendekatan penyelesaian masalah ini iaitu ada di antara mereka yang memerlukan sesi
lakonan diadakan. Dengan itu pelajar itu perlu yakin, berani serta tahu berkomunikasi.