iii - fp.utm.my · PDF fileTAI PIK QUAN Tesis ini ... SENARAI SIMBOL ABM - Alat Bantu Mengajar...
Transcript of iii - fp.utm.my · PDF fileTAI PIK QUAN Tesis ini ... SENARAI SIMBOL ABM - Alat Bantu Mengajar...
iii
PEMBANGUNAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
YANG BERTAJUK “SISTEM RESPIRASI”
TAI PIK QUAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARY, 2004
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada kedua-dua
penyelia PSM saya yang dedikasi iaitu Encik Muslim Jonid dan Dr. Arba’at Hassan
kerana mereka telah memberi banyak dorongan, sokongan, bimbingan dan nasihat
kepada saya di sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Selain itu, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah
banyak memberikan sokongan dari segi semangat dan kewangan di sepanjang proses
pembangunan perisian ini. Tanpanya sokongan daripada mereka, mungkin saya tidak
dapat menjalankan penyelidikan tesis ini memandangkan pembangunan perisian
memerlukan pengumpulan maklumat yang banyak.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan tesis
ini yakni, kawan-kawan dari kursus 4 SPG yang telah banyak membantu saya sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembangunan perisian tersebut.
ABSTRAK
Di negara kita, pembelajaran maya harus dipertingkatkan demi peningkatan
bilangan pelajar berpendidikan tinggi dalam bidang teknologi dan multimedia.
Sesungguhnya, perisian multimedia yang menggabungkan audio, video, animasi, grafik
dan interaktiviti boleh dijadikan sebagai rujukan untuk para pendidik. Objektif membina
perisian yang bertajuk “Sistem Respirasi” adalah untuk memudahkan persediaan guru di
samping menambahkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang berbentuk
multimedia yang agak kekurangan dalam mata pelajaran sains tingkatan dua. Perisian ini
digubal berasaskan sukatan pelajaran yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan program “Power Point XP”.
ABSTRACT
Virtual learning was being considered by our country as a mean to increase the
number of educated students in the fields of technology and multimedia. Multimedia
software which its combined audio, video, animation, graphic and interactivity would be
used as source of reference for teacher. The purpose of developing this software on title
“Respiratory System” was to ease the burden of teacher in their lesson preparation and
increase the multimedia teaching material which was lacking specially in science subject.
This software was created based on with the syllabus fornicate by the Malaysia ministry
of education. This software was developed using Power Point XP.
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul
Halaman Pengakuan
Halaman Dedikasi
Halaman Penghargaan
Abstrak
BAB I Pendahuluan
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan masalah
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk
1.5 Objektif Projek
1.6 Kepentingan Projek
1.7 Skop Projek
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Definisi Media Pembangunan
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
1
1
3
5
5
6
7
7
8
8
9
2.3 Kepentingan Multimedia Dalam Pendidikan 10
2.4 Elemen-elemen Dalam Multimedia 15
2.4.1 Teks 16
2.4.2 Grafik 16
2.4.3 Bunyi 17
2.4.4 Video 17
2.4.5 Animasi 17
2.4.6 Interaktiviti 18
2.5 Pendidikan Melalui Multimedia 18
2.6 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 19
2.7 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 21
2.8 Kesesuaian Komputer Dalam Pembinaan Modul ABM 21
2.9 Kelebihan Modul ABM Berasaskan Komputer 22
2.10 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul ABM 23
2.11 Ciri-ciri Modul ABM Berasaskan Komputer Yang Baik 24
2.12 Perkembangan Modul ABM Berasaskan Komputer 26
2.13 Perkembangan Modul ABM Berasaskan Komputer Di
Malaysia 26
2.14 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 28
2.15 Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Penggunaan Komputer 29
2.15.1 Tutorial 29
2.15.2 Latih-tubi 30
2.15.3 Simulasi 30
2.16 Teori-teori Pembelajaran 31
2.17 Buku Elektronik 33
2.17.1 Pengenalan 33
2.17.2 Apakah itu buku elektronik? 34
2.17.3 Apakah perbezaan antara “E-book” dan Buku biasa 34
2.17.4 Kekurangan buku elektronik 37
BAB III REKABENTUK PERISIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Proses Mereka Bentuk Modul ABM Berasaskan
Komputer 38
3.2.1 Analisis 38
3.2.2 Reka bentuk 39
3.2.2.1 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Perisian
Modul ABM 40
3.2.3 Pembangunan Perisian 42
3.2.4 Perkakasan (Hardware) 43
3.3 Penilaian 43
3.4 Penutup 44
BAB IV PENGGUNAAN PERISIAN 52
4.1 Pengenalan 52
4.2 Operasi Perisian 52
4.2.1 Teks 53
4.2.2 Pembinaan Grafik Dan Kesan Visual 54
4.2.3 Audio 54
4.2.4 Penghasilan Animasi 55
4.2.5 Konsep “Hyper Text” 55
4.2.6 Konsep “Hyper Media” 56
4.3 Isi Kandungan Perisian 57
4.3.1 Menu Utama/ Isi Kandungan 57
4.3.2 Pengenalan 58
4.3.3 Organ Sistem Respirasi 59
4.3.4 Penilaian 60
4.3.5 Bantuan 61
4.3.6 Keluar 61
4.4 Kaedah Sistem Perisian 62
4.5 Penilaian Perisian 62
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 64
5.1 Perbincangan 64
5.2 Rumusan 67
5.3 Cadangan Lanjutan Kajian 69
5.4 Cadangan Am 70
5.5 Kesimpulan 71
Bibliografi 72
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peratusan penerimaan maklumat deria 11
2.2 Peratusan ingatan pelajar dengan penggunaan deria 12
3.1 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 21
SENARAI SIMBOL
ABM - Alat Bantu Mengajar
AECT - Association of Education Technology
BBM - Bahan Bantu Mengajar
ITU - International Telecommunication Union
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LCD - Liquid Crystal Display
MCCE - Malaysia Council of Computer in Education
MSC - Koridor Raya Multimedia
NEA - National Education Association
PBK - Perisian Berbantuan Komputer
PDA - Personal Data Assistant
P & P - Pengajaran dan pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Sesungguhnya arena pendidikan negara kita telah dipengaruhi oleh
perkembangan teknologi pengkomputeran yang diumpamakan sebagai riak air yang
semakin berkembang dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Sains
Kebangsaan yang mempunyai misi yang luhur—melahirkan masyarakat Malaysia yang
celik sains dan teknologi serta membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik
dan produktif dan yang menyumbangkan pencapaian taraf negara maju yang ulung.
Seiringan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
pelbagai program komputer dalam alam pendidikan menerusi Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) seperti yang tercatat di bawah agar negara kita tidak tenggelam dalam
arus perdana ini.
1986—Program pengenalan kepada komputer.
1989—Projek KPM-MIMOS yang bermatlamat untuk mewujudkan hubungan dua hala
dalam usaha merancang, menyelidik dan membangunkan peralatan, perisian dan
kurikulum demi program dalam pendidikan.
1992—Program Literasi Komputer
1993—Unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran (P&P), Perisian Berbantukan
Komputer (PBK) diterapkan secara meluas ke dalam Program Literasi Komputer.
2
1997—“Jaringan pendidikan” (Rangkaian Komputer) yang diadakan oleh KPM
sudah membolehkan semua sekolah berinteraksi antara satu sama lain.
1998—Penubuhan sekolah bestari
Secara ringkas, pengajaran boleh didefinisikan sebagai suatu penglibatan
yang merangkumi berbagai-bagai bentuk aktiviti seperti menerangkan, menyoal,
mendengar dan menggalakkan sesuatu pembelajaran yang bertujuan untuk
memperoleh ilmu pengetahuan yang nilainya tak terhingga, kefahaman yang
mendalam mengenai pengajaran dan kepercayaan baru terhadap rakan-rakan sebaya.
Persoalan sekarang ialah bagaimana kita dapat memastikan pengajaran yang kita
sampaikan dalam kelas adalah efektif? Memetik buah pendapat shaharom Noordin
(1994), proses pengajaran yang berkesan adalah tingkah laku pelajar-pelajar dapat
berubah secara spesifik melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang di akhir pelajaran.
Oleh yang demikian, kita perlulah berinisiatif dengan merancang pelbagai aktiviti
yang mampu menarik minat para pelajar. Pembangunan modul ABM (Alat Bantu
Mengajar) yang berasaskan komputer yang semakin ternama baru-baru ini telah
dilabelkan sebagai salah satu inisiatif yang paling berkesan sekali kerana dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran lama yang statik.
Sebenarnya, Alat Bantu Mengajar (ABM) mempunyai kaitan yang rapat
dengan penggunaan PBK dan BBM (Bahan Bantu Mengajar) dan merupakan
sesuatu yang sememangnya tersisih dalam proses P&P. ABM yang digunakan untuk
melancarkan P&P antara pelajar dengan guru, pelajar sesama pelajar dan berupaya
mempercepatkan lagi proses pemahaman pelajar-pelajar yang merupakan
sebahagian yang padu dalam proses P&P. Adalah diketahui bahawa pendapat beliau
yang bernas ini adalah relevan dengan pendapat Edgar Dale dan Ee Ah Meng (1995)
yang telah memperkenalkan satu teori yang digambarkan dalam bentuk “kon
pengalaman” yang menyatakan bahawa proses pembelajaran adalah bermula dengan
menganggap aspek konkrit hingga akhirnya yang abstrak. Hatta, kita seharusnya
membina modul ABM yang berasaskan komputer dengan mengkonkritkan teori-
3
teori sains yang kebanyakannya berunsur abstrak agar kita boleh mengendalikan
proses P&P dengan penuh efektif sekali.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam era globalisasi ini, negara kita yang berwawasan untuk menjadi
negara yang progresif dari aspek sains dan teknologi sehingga dikatakan “berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah” dengan negara barat di sejagat ini telah
mengalami beberapa revolusi dalam pendidikan. Ini adalah bertujuan untuk
memperbaiki kelemahan sistem pendidikan sambil mempertingkatkan tahap sistem
pendidikan supaya dapat memenuhi keperluan harian dan cabaran kehidupan
seharian yang kita alami. Penekanan konsep sekolah bestari melalui penggunaan
teknologi multimedia merupakan reformasi yang terbaru.
Pada Okoy dalam khor (1997), keciciran pelajar dalam pembelajaran
disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pengajaran kurang sesuai, organisasi
kandungan pembelajaran yang kurang terancang, persekitaran bilik darjah yang
kurang terangsang dan ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang
disampaikan oleh guru. A. J. Romiszowki (1964) berpandangan bahawa ciri-ciri
seperti kesesuaian (konsep mata pelajaran dapat diikuti oleh pelajar-pelajar),
kewibawaan/ kredibiliti dan kemas kini seharusnya dalam pengajaran guru-guru.
Maka, pengajaran tradisional yang berpusatkan guru adalah ketinggalan zaman
dalam alaf yang amat mementingkan proses penglibatan pelajar di sepanjang P&P
ini. Sebaliknya, paradigma sistem pendidikan kini turut menitikberatkan aspek
pembelajaran interaktif yang bererti pembelajaran dua hala yang melibatkan
interaksi pengajar dan pelajar-pelajar yang sememangnya banyak mendorong ke
arah pembangunan dan penggunaan perisian multimedia dalam proses P&P.
Menyedari fakta ini, KPM telah mengemukakan penubuhan sekolah bestari yang
4
banyak mengaplikasikan teknologi dalam pencarian maklumat tambahan yang tiada
dalam nota yang diberi oleh guru di samping senantiasa melibatkan kerjasama
kumpulan-kumpulan pelajar dalam membina ilmu pengetahuan bersama-sama.
Rentetan daripada itu, kerajaan kita juga menggalakkan membangunkan PBK dan
modul ABM yang berasaskan komputer yang berunsur interaktif, “mesra pengguna”.
Walau bagaimanapun, negara kita masih kurang dengan PBK dan ABM yang
berasaskan komputer yang sebenarnya memerlukan masa yang banyak untuk
dibangunkan sebagaimana kajian Rio Sumarni Shariffuin (1996) telah menunjukkan
bahawa kesanggupan guru untuk membangunkan perisian adalah kurang
memuaskan. Sementara itu, kertas kerja yang bertajuk “IT in education: An Asset
and a Libility” di Simposium Educomp 96 yang dianjurkan bersama oleh Majlis
Komputer Dalam Pendidikan (Malaysia Council For Computer in Education) yang
disampaikan oleh Professor Emeritius Tan Sri Awang Had Salleh telah menekankan
kepentingan IT di samping menyeru para pendidik agar bergiat aktif dalam
pembangunan perisian-perisian untuk kegunaan bidang pendidikan dan seberapa
segera
Pelajar-pelajar adalah amat sukar untuk memahami teori-teori sains yang
kebanyakan berbentuk abstrak dengan hanya menerangkan apa yang terkandung
dalam buku teks. Sekiranya fenomena ini berlanjutan, pelajar akan menjadi kurang
peka terhadap keadaan sains yang tidak henti berlaku di persekitaran kita. Akan
tetapi, pelajar-pelajar adalah lebih senang memahami sesuatu konsep seandainya
mereka melihat video, animasi di samping mendengar penerangan yang dirakamkan
bersama dengan video dalam PBK. Oleh sebab itu, kita harus berusaha
membangunkan modul ABM yang berasaskan komputer demi peningkatan tahap
P&P sains meskipun negara kita masih dalam tahap percambahan dalam
penghasilan multimedia berunsur pendidikan. Namun demikian, pembinaan ABM
yang berciri tempatan dan budaya Malaysia oleh para pendidik adalah amat dihargai
dan merupakan satu tugas penting, harus diamalkan dari kini. Dengan adanya modul
ABM yang berasaskan komputer adalah diharapkan bahawa ramai pelajar tingkatan
5
tiga akan memilih jurusan sains pada tahun depan yang selama ini dilabelkan
sebagai suatu jurusan yang susah dipelajari.
1.3 Pernyataan Masalah
Seiringan dengan tajuk yang dibincangkan, kita dapati bahawa perisian
multimedia tempatan spesifiknya yang bercirikan pendidikan adalah sangat
berkurangan di mana kebanyakannya tidak mengikuti sukatan mata pelajaran yang
sudah ditentukan oleh KPM. Tambahan pula, banyak perisian yang terdapat dalam
pasaran juga kurang unsur interaktif dan menggunakan teknik pengajaran yang
usang yakni kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru serta bersifat komersial
Dengan itu, projek ini adalah suatu usaha yang baik untuk menghasilkan perisian
modul ABM yang berasaskan komputer yang berciri tempatan dan selari dengan
sukatan mata pelajaran. Pembangunan modul ABM berasaskan komputer yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar adalah sejajar dengan
usaha kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik mulai tahun 2003.
Topik Sistem Respirasi yang dipilih sebagai tajuk projek ini adalah relevan
dengan kurikulum Sains KBSM Tingkatan Dua akan dibangunkan secara
multimedia agar dalam proses pembelajaran Sains yang masih terikat dengan
pengajaran lama dapat digantikan dengan kaedah interaksi secara dua hala.
1.4 Rasional Pemilihan Tajuk
6
Untuk memahami topik Sistem Respirasi dengan lebih mendalam, pelajar-
pelajar semestinya mendapat gambaran sebenar tentang peparu, otot-otot interkosta,
diapragma dan organ-organ lain yang terlibat. Aspek ini adalah abstrak kerana
pelajar tidak dapat melihat struktur dalaman sistem respirasi melalui badan sendiri
dan sukar diajar secara tradisional. Hatta, penggunaan grafik beranimasi dapat
mengukuhkan kefahaman pelajar tentang topik tersebut. Latihan serta simulasi dapat
membantu pelajar memahami dan mengingatkan fungsi dan bahagian-bahagian
dalam sistem respirasi manusia.
1.5 Objektif Projek
Perisian modul ABM yang bertajuk “Respiratory System” dibina agar dapat
a. Menyedarkan pelajar-pelajar tentang cara-cara manusia melakukan proses
respirasi.
b. Menambahkan bilangan perisian modul ABM dalam arena pendidikan
negara kita.
c. Menarik minat dan memfokuskan minda pelajar-pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P & P) Sains yang kebanyakan berunsur
abstrak.
d. Menyahut misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah
mengubah bahasa penghantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris
dalam sukatan mata pelajaran Sains tingkatan 2.
e. Mempertajamkan pemikiran pelajar dengan berfikir secara kreatif dan kritis
melalui perisian modul ABM yang akan dibangunkan.