HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN MEMANTAU PENGETAHUAN …€¦ · Keupayaan Memantau Pengetahuan (KMP)...
Transcript of HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN MEMANTAU PENGETAHUAN …€¦ · Keupayaan Memantau Pengetahuan (KMP)...
-
HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN MEMANTAU PENGETAHUAN
DENGAN PENCAPAIAN DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR
TAHUN DUA JABATAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN DI UTM
NURFATHIN BINTI ZULKEPLEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN MEMANTAU PENGETAHUAN
DENGAN PENCAPAIAN LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR TAHUN
TAHUN DUA JABATAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN DI UTM
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : NURFATHIN BINTI ZULKEPLEE
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan
syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA
RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO. 8, LRG 1, JLN DESA MOLEK 5, DR. AZLINA MOHD KOSNIN
TMN DESA MOLEK,
75460, MELAKA
Tarikh : 25 APRIL 2008 Tarikh : 25 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA
�
-
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”
Tanda tangan : …………………………………….
Nama Penyelia : DR. AZLINA MOHD KOSNIN
Tarikh : 25 APRIL 2008
-
HUBUNGAN ANTARA KEUPAYAAN MEMANTAU PENGETAHUAN
DENGAN PENCAPAIAN LUKISAN KEJURUTERAAN PELAJAR TAHUN
DUA JABATAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN DI UTM
NURFATHIN BINTI ZULKEPLEE
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
2008
-
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : NURFATHIN BINTI ZULKEPLEE
Tarikh : 25 APRIL 2008
-
iii
DEDIKASI
Buat insanBuat insanBuat insanBuat insan----insan yang disayangi ,insan yang disayangi ,insan yang disayangi ,insan yang disayangi ,
Ayahanda & Bonda yang dikasihi…..Ayahanda & Bonda yang dikasihi…..Ayahanda & Bonda yang dikasihi…..Ayahanda & Bonda yang dikasihi…..
(Zulkeplee bin Lazim & Noorsharifah binti Shariff)(Zulkeplee bin Lazim & Noorsharifah binti Shariff)(Zulkeplee bin Lazim & Noorsharifah binti Shariff)(Zulkeplee bin Lazim & Noorsharifah binti Shariff)
Yang sentiasa mendoakan kejayaan, memberikan sokongan, dorongan dan segala
bantuan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Sesungguhnya tidak
terbalas jasa kalian untuk selamanya. Semoga kalian dipanjangkan usia dan
dirahmati Allah selalu hendaknya....
Khas buat,Khas buat,Khas buat,Khas buat,
Adikku yang disayangi…..
Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Tidak lupa buat Yang TeristTidak lupa buat Yang TeristTidak lupa buat Yang TeristTidak lupa buat Yang Teristimewa,imewa,imewa,imewa,
Terima kasih atas bantuan dan semangat yang diberikan….
Semoga kejayaan milik kita bersama….
Jua buat,Jua buat,Jua buat,Jua buat,
Teman-teman seperjuangan, terima kasih atas segalanya…
Budi baik kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat
Semoga Kalian Semua Dirahmati Dan DSemoga Kalian Semua Dirahmati Dan DSemoga Kalian Semua Dirahmati Dan DSemoga Kalian Semua Dirahmati Dan Diberkati Allah Hendaknyaiberkati Allah Hendaknyaiberkati Allah Hendaknyaiberkati Allah Hendaknya
-
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah S.W.T yang Maha Luas PengetahuanNya. Tanpa
izinNya, saya tidak dapat menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini. Kepada
Allah jualah disandarkan segala harapan dan pertolongan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada penyelia projek sarjana muda iaitu Dr. Azlina Binti Mohd Kosnin yang sentiasa
membantu, membimbing dan mendorong sepanjang proses menyiapkan projek sarjana
muda ini.
Kerjasama daripada pelajar-pelajar Tahun Dua Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan yang terlibat dalam kajian ini sepanjang tempoh pengedaran borang soal
selidik juga amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
sepanjang menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
-
v
ABSTRAK
Keupayaan Memantau Pengetahuan (KMP) merupakan salah satu daripada tiga
komponen yang terkandung dalam metakognisi. Kajian ini memfokuskan kepada
hubungan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan dari aspek keupayaan ruang dengan
pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seramai 34 orang
pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan dipilih untuk menjalani kajian ini. Dua set
instrumen iaitu Card Rotation Test (S-1) dan Paper Folding Test (VZ-2) telah digunakan
untuk mendapatkan persepsi terhadap keupayaan ruang dan keupayaan ruang sebenar
pelajar. Perbandingan di antara skor keduanya digunakan bagi mendapatkan Keupayaan
Memantau Pengetahuan. Koefisien kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) untuk persepsi
terhadap keupayaan ruang S-1 ialah 0.88 dan VZ-2 pula ialah 0.90. Koefisien
kebolehpercayaan bagi ujian keupayaan ruang pula ialah 0.98 (S-1) dan 0.86 (VZ-2).
Kaitan antara Keupayaan Memantau Pengetahuan pelajar dengan pencapaian di dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah dikaji. Dapatan kajian menunjukkan
Keupayaan Memantau Pengetahuan pelajar yang berada di tahap menganggar dengan
tepat ialah seramai 31 orang. Pelajar yang menganggar lebih dari keupayaan sebenar
(overestimation) dan menganggar kurang dari keupayaan sebenar (underestimation)
masing-masing ialah seramai 32 dan 37 orang. Selain itu, terdapat perbezaan yang
signifikan dalam KMP antara pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki menganggar
kurang dari keupayaan sebenar manakala pelajar perempuan pula menganggar lebih dari
keupayaan sebenar Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara pencapaian Lukisan Kejuruteraan 1 dengan tahap Keupayaan Memantau
Pengetahuan. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian turut dikemukakan pada akhir
laporan ini.
-
vi
ABSTRACT
Knowledge Monitoring Ability is a component of metacognition. This study is
focused on the relationship between the Knowledge Monitoring Ability from spatial
ability aspect and performance in Engineering Drawing. There were 34 male and 64
female students chosen for this study. The respondents were second year UTM students
from the Department of Technical and Engineering degree programme. Two sets of
instruments were used namely Card Rotation Test (S-1) and Paper Folding Test (VZ-2) to
get student’s perception of spatial ability and spatial ability. Discrepancies between
perception of spatial ability and spatial ability are used to measure student’s Knowledge
Monitoring Ability. The realibility coefficient (Internal Consistency Reliability Analysis)
for perception of spatial ability for S-1 was 0.88 and 0.90 for VZ-2. Realibility
coefficient for spatial ability test is 0.98 (S-1) and 0.86 (VZ-2). The relationship between
student’s level of Knowledge Monitoring Ability and performance in Engineering
Drawing was analyzed. Results show that students in most accurate group are 31, for
overestimate group are 32 and underestimate group are 37. There are also significant
gender differences in Knowledge Monitoring Ability. Male students are more likely to
underestimate their spatial ability while female students are more likely to overestimate
their spatial ability. The findings also show that there are significant relationships
between Knowledge Monitoring Ability level and achievement in Engineering Drawing
1. Suggestions were given based on the results of this study at the end of this report.
-
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latarbelakang Masalah. 2
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4. Objektif Kajian 10
-
viii
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis kajian 12
1.7 Kepentingan Kajian 12
1.7.1 Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan 13
1.7.2 Universiti 13
1.7.3 Pelajar 13
1.8 Batasan kajian 14
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Keupayaan Memantau Pengetahuan 15
1.9.2 Persepsi terhadap Keupayaan Ruang 15
1.9.3 Keupayaan Ruang (spatial abilities) 15
1.9.4 Pencapaian 16
1.9.5 Pelajar 16
1.9.6 Lukisan Kejuruteraan 16
1.10 Kesimpulan 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Keupayaan Memantau Pengetahuan 18
2.3 Model dan Teori berkaitan dengan Keupayaan
Memantau Pengetahuan 21
2.4 Hubungan Keupayaan Memantau Pengetahuan
Dengan Pencapaian Akademik 23
2.5 Keupayaan Ruang 28
2.5.1 Definisi berkaitan dengan Keupayaan
Ruang 29
2.6 Perbezaan dari Segi Jantina dalam Keupayaan
-
ix
Ruang 30
2.7 Kesimpulan 31
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan. 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi Kajian 33
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian. 34
3.6.1 Card Rotation Test, S-1 34
3.6.2 Paper Folding Test, VZ-2 35
3.6 Prosedur Kajian 36
3.7 Kaedah Menganalisis Data 37
3.8 Kesimpulan 38
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 40
4.3 Bahagian A – Latar belakang responden 41
4.3.1 Analisis Taburan Responden berdasarkan
Jantina 41
4.3.2 Analisis Taburan Responden Mengikut
Kursus 42
4.3.3 Analisis Taburan Responden Berdasarkan
Aliran Pengajian semasa di Sekolah
Menengah 43
4.3.4 Analisis Taburan Responden Berdasarkan
Pencapaian dalam Lukisan Kejuruteraan
di UTM 44
-
x
4.4 TahapPersepsi terhadap Keupayaan Ruang bagi
Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 45
4.4.1 Analisis Perbezaan dari Segi Jantina bagi
Persepsi terhadap Keupayaan Ruang 47
4.5 Tahap Keupayaan Ruang bagi Pelajar yang
mengambil Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 49
4.5.1 Analisis Perbezaan dari Segi Jantina bagi
Tahap Keupayaan Ruang 51
4.6 Tahap Keupayaan Memantau Pengetahuan
dari Aspek Keupayaan Ruang bagi Pelajar yang
Mengambil Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 53
4.6.1 Analisis Perbezaan dari Segi Jantina bagi
Tahap Keupayaan Memantau Pengetahuan
dari Aspek Keupayaan Ruang 55
4.7 Hubungan antara Keupayaan Memantau
Pengetahuan dengan Pencapaian di dalam Mata
Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 57
4.8 Kesimpulan 59
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 61
5.3 Perbincangan dan Rumusan 63
5.4 Tahap Persepsi terhadap Keupayaan Ruang bagi
Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 64
5.4.1 Keseluruhan Pelajar 64
5.4.2 Perbezaan dari Segi Jantina 65
-
xi
5.5 Tahap Keupayaan Ruang bagi Pelajar yang
mengambil Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan 65
5.5.1 Keseluruhan Pelajar 66
5.5.2 Perbezaan dari Segi Jantina 66
5.6 Tahap Keupayaan Memantau Pengetahuan
dari Aspek Keupayaan Ruang bagi Pelajar yang
Mengambil Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 67
5.6.1 Keseluruhan Pelajar 68
5.6.2 Perbezaan dari Segi Jantina 68
5.7 Hubungan antara Keupayaan Memantau
Pengetahuan dengan Pencapaian di dalam Mata
Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 68
5.8 Implikasi dan Cadangan 71
5.9 Cadangan kajian Lanjutan 72
5.10 Penutup 74
RUJUKAN 75
LAMPIRAN 85
-
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pemerolehan markah dari Prosedur Penilaian
Pemantauan Pengetahuan Metakognitif 21
3.1 Jenis-jenis ujian 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 42
4.3 Taburan Responden berdasarkan Aliran Pengajian
Semasa di Sekolah Menengah 43
4.4 Taburan Responden berdasarkan Gred Pencapaian Asas
Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan 1 44
4.5 Kategori Tahap Persepsi terhadap Keupayaan Ruang 46
4.6 Min, Sisihan Piawai dan Julat bagi Persepsi terhadap 46
Keupayaan Ruang
4.7 Nilai Min Mengikut Jantina di dalam Persepsi terhadap
Keupayaan Ruang 47
4.8 Kategori Tahap Pencapaian dalam Keupayaan Ruang 50
4.9 Min, Sisihan Piawai dan Julat bagi Pencapaian di dalam
Ujian Keupayaan Ruang 50
4.10 Nilai Min Mengikut Jantina di dalam Tahap Keupayaan Ruang 51
4.11 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Keupayaan Memantau
Pengetahuan dari Aspek Keupayaan Ruang 54
-
xiii
4.12 Nilai Min Mengikut Jantina di dalam Tahap Keupayaan
Memantau Pengetahuan 55
4.13 Nilai Min bagi Pencapaian di dalam Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan dan KMP serta Keputusan ANOVA 58
-
xiv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model Komponen Metakognitif 6
5.1 Min Gred Asas Lukisan Kejuruteraan dan Tahap
KMP 70
5.2 Min Gred Lukisan Kejuruteraan 1 dan Tahap KMP 70
-
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
KMP Keupayaan Memantau Pengetahuan
LK Lukisan Kejuruteraan
S-1 Card Rotation Test
SPSS Statistical Packages for the Social Science
SVT Sentence Verification Test
VZ-2 Paper Folding Test
UTM Universiti Teknologi Malaysia
ho1 Hipotesis Pertama
ho2 Hipotesis Kedua
2D Dua Dimensi
3D Tiga Dimensi
-
xvi
SENARAI SIMBOL
SIMBOL KETERANGAN
p Signifikan
sp Sisihan Piawai
df darjah Kebebasan
α Nilai kebolehpercayaan
t Nilai Perbezaan antara Sampel Min dibahagi dengan
Ralat Piawai Perbezaan
-
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
B Internal Consistency Realibility Analysis
C Soal Selidik
-
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan lukisan di Malaysia telah lama wujud. Ukiran dan lukisan yang
terdapat pada dinding gua dan batu membuktikan masyarakat pada ketika itu telah
menggunakan lukisan sebagai satu daripada media komunikasi. Lukisan kejuruteraan
moden dianggap bermula pada akhir abad ke – 19 apabila alat piawai seperti papan lukis,
sesiku T, sesiku set dan alatan lukisan geometri yang lain dan kaedah mencetak lukisan
yang lebih canggih mula digunakan.
Selaras dengan itu Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan yang mana mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah salah satu
mata pelajaran elektif baru dalam II (Vokasional dan Teknologi) untuk Tingkatan 4 dan 5
dalam program Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran yang
dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan
rakyat Malaysia yang seimbang dari segi perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Ia juga digubal ke arah meningkatkan daya pengeluaran melalui penglibatan
masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga
kerja yang kenal faham teknologi ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
-
2
Sukatan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan digubal untuk melengkapkan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam lukisan yang digunakan dalam
semua bidang kejuruteraan dan teknologi dengan penekanan diberi untuk bidang
Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Awam, dan Kejuruteraan Elektrik.
Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang penting kepada para
pelajar yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional, namun begitu bagi pelajar yang
menjadikan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini sebagai mata pelajaran efektif, ia
merupakan jalan alternatif bagi mereka mempelajari salah satu dari bidang kejuruteraan
kerana untuk menjadi seorang ahli teknikal, kemampuan untuk membaca dan
mentafsirkan sesebuah Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan satu keperluan yang
penting.
Mata pelajaran ini juga turut ditawarkan di institusi pendidikan tidak kira institusi
pengajian awam mahu pun swasta di Malaysia. Dari peringkat sekolah hinggalah ke
peringkat tinggi iaitu universiti, mata pelajaran ini masih lagi diajar walaupun terdapat
lambakan teknologi yang boleh memberi kemudahan di dalam menghasilkan Lukisan
Kejuruteraan, tetapi ia masih relevan untuk diajar kerana untuk menguasai teknologi
berkaitan perlu juga mengetahui asas-asasnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi
ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-
makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal.
Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif di antara manusia dan haiwan. Akal
dan minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan
pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat
-
3
bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan
Allah s.w.t yang sangat berharga kepada hamba-Nya. Melaluinya manusia boleh
memberi rasional (rationalize), membentuk konsep (conceptualize) dapat memahami
(comprehend) dan sebagainya.
Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau
hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham,
taufiq dan hidayah. Hati mempuyai keupayaan pentaakulan dan daya faham seperti
kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan yang
diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu, yang betul
dari yang salah.
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Rasullullah saw;
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat yang tidak khusyuk
selama 70 tahun”
Justeru, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan sebagainya dilakukan
oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun begitu,
tidak ramai antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir yang
sewajarnya.
Bertolak dari konsep kemahiran berfikir seperti yang diutarakan oleh beberapa
ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain maka kemahiran berfikir yang juga
ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep
(conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis dan menilai informasi yang terkumpul atau
dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan atau komunikasi
sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan (Mohd Darabie,
-
4
2000). Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, pengasas dan
pengarah kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu badan yang terkenal dengan
penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Menurutnya antara elemen-
elemen yang penting dalam kemahiran berfikir antaranya ialah domain kognitif, afektif,
metakognitif dan reflektif (Mohd Darabie, 2000).
Metakognitif dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat
dengan kesedaran tentang proses yang dilaksanakan secara berfikir. Menurut Brown
(1980) metakognisi adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat
pada seseorang yang membolehkannya berfikir. Gardner (1995) berpendapat kebolehan
mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang.
Seorang pelajar yang lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh
menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu
masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya.
Menurut laman web Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas (2007), Boyer
dalam model ‘Functional Thinking’nya menyatakan lebih jelas bahawa metakognitif
adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring)
dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan. Boyer
menjelaskan bahawa metakognitif terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu
sendiri. Menurutnya;
“ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to
produce meaning rather then directly to data and experience. Metacognition seeks to
control these meaning-making operations by which one seeks to make meaning”.
Dengan ini metakognisi dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang untuk
mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah
fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikir itu sendiri. Sebagai contoh,
seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami
-
5
proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang,
memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau
diambil dalam penyelesaian masalah tersebut.
Lebih dari satu dekad program penyelidikan telah memberi tumpuan untuk
menambah kefahaman tentang satu aspek metakognitif – pemantauan pengetahuan.
Kajian ini telah diilhamkan dari keinginan untuk memahami kebolehan pelajar untuk
membezakan antara apa yang mereka ketahui dan tidak ketahui. Secara umumnya,
metakognitif merupakan proses penyelidikan kognitif yang intensif dalam kajian
kontemporari dalam pembangunan dan pendidikan psikologi. Ia biasanya ditakrifkan
sebagai kebolehan untuk memantau, menilai dan membuat perancangan untuk
pembelajaran seseorang (Brown, 1980; Flavell, 1979). Proses metakognitif boleh
dibahagikan kepada tiga komponen iaitu pengetahuan tentang metakognitif, proses
memantau pembelajaran seseorang dan kawalan proses-proses tersebut (Pintrich, Wolters
& Baxter, 2000). Pemantauan tentang pembelajaran sebelumnya adalah asas kepada
proses metakognitif seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.
Pada peringkat awal, kajian-kajian tentang metakognitif dijalankan di kalangan
pelajar muda (Flavell, Friedrich, & Hoyt, 1970). Selepas diperkenalkan oleh Flavell
dalam tahun 1976, metakognitif mula diberi perhatian oleh para pengkaji pada awal tahun
1980an. Seiring dengan peralihan penekanan daripada teori tingkah laku kepada teori
kognitif dalam bidang psikologi, kajian tentang pengajaran-pembelajaran di kolej
menjadi lebih seiring dengan kajian di peringkat sekolah. Perkembangan seterusnya
menampakkan kajian tentang metakognitif juga dijalankan di kalangan pelajar yang lebih
matang. Beberapa kajian lepas yang ditinjau telah mendokumentasikan kepentingan
metakognitif dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar
universiti (Mohamad Darabie, 2000). Secara keseluruhan, dapatan kajian tersebut dapat
menerangkan kemungkinan peranan metakognitif terhadap pencapaian akademik dan
mungkin merupakan salah satu cara untuk memahami perbezaan dalam pencapaian
akademik di kalangan pelajar universiti.
-
6
Sekiranya pelajar tidak boleh membezakan dengan tepat antara apa yang mereka
ketahui dan tidak ketahui, mereka perlu dilibatkan dalam aktiviti lanjutan metakognitif
seperti menilai pembelajaran mereka secara realistik atau membuat perancangan untuk
kawalan pembelajaran yang lebih berkesan. Pembelajaran pengawalan diri mempunyai
hubungan yang rapat dengan bidang kajian metakognitif (Winne, 1995) yang sangat
menitikberatkan aspek pengawalan metakognisi. Kajian yang dibuat oleh Tobias dan
Everson (1996) hanya membincangkan komponen memantau pengetahuan dalam
metakognisi atau lebih spesifik kepada keupayaan pelajar untuk membezakan antara apa
yang mereka tahu dan tidak tahu. Ia menganggap bahawa kawalan pembelajaran yang
efektif oleh metakognisi atau proses pengawalan diri tidak berlaku tanpa pemantauan
yang tepat dari pemerolehan pengetahuan. Jika pelajar tidak dapat membezakan antara
apa yang mereka tahu dan tidak tahu, mereka perlu melatih kawalan yang efektif dan
mengatur pembelajaran atau memilih strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat
mereka.
Rajah 1.1: Model Komponen Metakognitif
Ketepatan tentang pemantauan pengetahuan sebelumnya berdasarkan kepercayaan
bahawa kebolehan ini adalah pusat kepada pembelajaran pendidikan di sekolah, latihan
perniagaan, industri dan kerajaan (Tobias & Fletcher 2000). Pelajar yang boleh
membezakan dengan tepat antara apa yang sudah dipelajari sebelum ini dan apa yang
Rancang
Pilih strategi
Nilai pembelajaran
Pemantauan pengetahuan
-
7
sudah dipelajari kini mampu memberikan tumpuan yang lebih baik dan sumber kognitif
yang lain kepada bahan yang akan dipelajari. Kebanyakan kajian yang dijalankan
sehingga kini menyokong jangkaan ini.
Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa
keupayaan memantau pengetahuan mempunyai hubungan yang tinggi dalam pencapaian
membaca di kalangan pelajar kolej (Tobias, Hartman, Everson & Gourgey, 1991;
Everson, Smodlaka & Tobias, 1994) dan pelajar sekolah (Fajar, Santos, & Tobias, 1994).
Keputusan juga telah menunjukkan (Everson & Tobias, 1998) hubungan yang sederhana
antara keupayaan memantau pengetahuan dan sebelumnya sama seperti gred kolej masa
hadapan. Memandangkan kebolehpercayaan rendah terhadap gred kerana kesukaran
untuk menggunakan purata jumlah gred sebagai kriteria (Tobias & Everson, in press)
hubungan yang sederhana adalah yang paling maksimum yang boleh dijangkakan di
dalam kajian.
Keupayaan memantau pengetahuan juga didapati berhubungan dengan purata
jumlah gred pelajar sekolah tinggi vokasional. Seperti yang dijangkakan diagnosis pelajar
sekolah menengah seperti kelemahan belajar atau mempunyai kurang daya tumpuan
adalah nyata mempunyai ketepatan mengawal pengetahuan yang kurang berbanding
pelajar tanpa keperluan istimewa (Tobias & Everson, in press). Begitu juga dengan
pelajar sekolah tinggi yang keciciran didapati (Gerrity & Tobias, 1996) mempunyai
keupayaan memantau pegetahuan yang kurang berbanding pelajar yang menyambung
pelajarannya.
Hal ini telah dijangkakan bahawa keadaan yang afektif yang meningkatkan
prestasi kognitif akan turut meningkatkan ketepatan pengawalan sedangkan mereka yang
cenderung terhadap gangguan dengan prestasi seumpamanya akan turut menggangu
ketepatan pengawalan. Ramalan ini telah disahkan dalam beberapa kajian. Didapati minat
pelajar telah meningkatkan ketepatan pengawalan manakala kebimbangan terhadap ujian
-
8
(Everson, Smodlaka & Tobias, 1994) seperti kebimbangan terhadap matematik (Tobias &
Everson, in press) mempunyai hubungan yang negatif terhadap pengawalan pengetahuan.
Keupayaan Memantau Pengetahuan juga telah diperluaskan kepada bidang
matematik dengan bertanya kepada pelajar sama ada mereka mampu menyelesaikan
soalan berkaitan pengiraan atau masalah perkataan dan didapati mereka boleh
menyelesaikan masalah-masalah tersebut (Tobias & Everson, 1995). Kajian tersebut
menunjukkan hubungan yang kuat antara keupayaan memantau pengetahuan dan
pencapaian di dalam matematik. Tambahan lagi ia telah dijangkakan bahawa pengawalan
pengetahuan seperti kebolehan kognitif yang lain akan meningkat seiring dengan
peningkatan usia (Brown, 1980; Brown, A.L., Bransford, J.D, Ferrara, R.A., &
Camplone, 1983) dan dapatan telah mengesahkan terdapat peningkatan dalam kedua-dua
aspek iaitu di dalam pencapaian akademik dan ketepatan pengawalan pengetahuan dari
gred empat hingga enam.
Terdapat juga kajian sebelum ini yang menunjukkan bahawa keupayaan
memantau pengetahuan mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar di
kolej (Everson, Smodlaka & Tobias, 1994; Tobias & Hartman, Everson & Gourgey,
1991). Tambahan lagi hubungan antara pemantauan pengetahuan dan pencapaian
akademik telah didokumentasikan dalam pelbagai populasi pelajar termasuk pelajar
sekolah rendah, pelajar sekolah tinggi, pelajar vokasional, mahasiswa kolej dan pelajar
separuh masa.
Walau bagaimanapun, penulis melihat berdasarkan kajian-kajian lepas terdapat
pelbagai kajian berkaitan dengan bidang selain dari Lukisan Kejuruteraan telah
dilakukan. Namun keupayaan memantau pengetahuan dari aspek keupayaan ruang
(spatial ability) khususnya di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan masih kurang
dan jarang ditemui.
-
9
Keupayaaan ruang ini ialah kepintaran yang berkaitan dengan pemerhatian yang
tajam, pemikiran visual, imej mental, kepekaan kepada bentuk dan sebagainya. Pelajar
yang mempunyai kebolehan visual ini biasanya akan memproses maklumat
menggunakan otak kanan. Mereka juga merupakan jenis pelajar yang suka belajar
menggunakan visual dan memanipulasi objek untuk mendapat maklumat (Gardner,
1995).
Tahap yang tinggi dalam kecerdasan ini bermakna pelajar mempunyai daya
bervisual yang baik dan berfikir dalam bentuk imej dan gambar. Kemahiran ini dapat
ditingkatkan menerusi latihan jika bahan yang bersesuaian disediakan. Kebolehan yang
pelbagai ini membantu pelajar untuk mengkonsepsikan hubungan antara kenyataan dan
model abstrak dari kenyataan itu.
Pencapaian pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran khususnya Lukisan
Kejuruteraan bergantung kepada keupayaan mereka memantau pengetahuan dari aspek
keupayaaan ruang. Sekiranya mereka dapat membezakan antara apa yang diketahui dan
tidak diketahui dalam aspek keupayaan ruang, mereka mampu untuk memberikan
tumpuan yang lebih baik dalam mata pelajaran tersebut dan ini akan memberi kesan
kepada pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Penilaian
dalam ketidakupayaan pembelajaran semasa bergantung kepada perbezaan ujian skor dan
boleh dikenalpasti melalui perbezaan markah (Reynolds, 1992).
Sebagai kesimpulannya, banyak kajian tentang keupayaan memantau pengetahuan
telah dijalankan namun kajian dari aspek keupayaan ruang masih kurang ditemui. Oleh
itu kajian ini perlu dilakukan untuk mengetahui kaitan keupayaan memantau pengetahuan
dari aspek keupayaan ruang dengan pencapaian dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
-
10
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan maklumat di atas, penulis ingin menjalankan satu kajian
untuk mengukur tahap keupayaan memantau pengetahuan dari aspek keupayaan ruang
dan melihat perkaitannya dengan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan di kalangan pelajar Tahun Dua Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah ditetapkan di dalam pelaksanaan kajian ini iaitu:
1. Mengukur tahap persepsi terhadap keupayaan ruang bagi pelajar yang mengambil
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
2. Menilai perbezaan dari segi jantina bagi tahap persepsi terhadap keupayaan ruang
bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
3. Mengukur tahap keupayaan ruang bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan
4. Menilai perbezaan dari segi jantina bagi tahap keupayaan ruang terhadap pelajar
yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
5. Mengukur tahap keupayaan memantau pengetahuan dari aspek keupayaan ruang
bagi pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
-
11
6. Menilai perbezaan dari segi jantina bagi tahap keupayaan memantau pengetahuan
dari aspek keupayaan ruang terhadap pelajar yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan
7. Membuat perkaitan antara pencapaian di dalam subjek Lukisan Kejuruteraan
dengan tahap keupayaan memantau pengetahuan dari aspek keupayaan ruang.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam mencapai matlamat kajian, penyelidik telah meletakkan beberapa
persoalan kajian untuk diukur iaitu:
1. Apakah tahap persepsi terhadap keupayaan ruang bagi pelajar yang mengambil
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
2. Adakah wujud perbezaan dari segi jantina bagi tahap persepsi terhadap keupayaan
ruang bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
3. Apakah tahap keupayaan ruang bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan?
4. Adakah wujud perbezaan dari segi jantina bagi tahap keupayaan ruang bagi
pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
5. Apakah tahap keupayaan memantau pengetahuan dari aspek keupayaan ruang
bagi pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
-
12
6. Adakah wujud perbezaan dari segi jantina bagi tahap keupayaan memantau
pengetahuan dari aspek keupayaan ruang bagi pelajar yang mengambil mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
7. Adakah terdapat perkaitan antara pencapaian di dalam subjek Lukisan
Kejuruteraan dengan tahap keupayaan memantau pengetahuan dari aspek
keupayaan ruang di kalangan pelajar?