HADITH QUDSI (Syahidah&Fatin)

download HADITH QUDSI (Syahidah&Fatin)

of 35

description

hadis-hadis qudsi

Transcript of HADITH QUDSI (Syahidah&Fatin)

Slide 1

Hadith QudsiOleh:Fatin Nabila binti MohamadNur Syahidah binti SuhaimePENGERTIAN HADITH QUDSIDari segi bahasa :Suci / keberkatan yang mana sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah dari sudut lafaz dan makna dan suci dari segala sifat yang tidak layak bagiNya.Juga dipanggil Hadith Ilahi / Hadith Rabbani.Dari istilah :Hadith yang dinisbahkan perkataannya kepada Allah. Contoh:.. , : Sesetengah ulama mengatakan hadith Qudsi ialah Nabi bersabda apa yang diriwayatkan daripada Allah manakala lafaznya digunakan oleh ulama Salaf.Sesetengah pendapat lain pula mengatakan hadith Qudsi ialah firman Allah mengenai apa sahaja yang Nabi riwayatkan dan lafaznya daripada atau digunakan oleh ulama Khalaf.Pendapat yang lebih tepat dan menyeluruh - Hadith Qudsi ialah apa sahaja hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW tetapi disandarkan Allah sebagai sumbernya sama ada dalam bentuk ilham atau mimpi.Takrif Hadith QudsiHadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah Azza wa Jalla, kadangkala dengan perantaraan Jibril a.s, kadangkala dengan perantaraan wahyu atau ilham atau mimpi. Lafaz hadith ini terpulang kepada Rasulullah s.a.w untuk mengucapkannya.CIRI-CIRI

Sambungan KEDUDUKAN DAN KEHUJAHAN HADITH QUDSIIa adalah kalam Allah sendiri berdasarkan beberapa hujah iaitu:Nabi s.a.w. telah mengatakan secara khusus dan jelas bahawa ianya menunjukkan kalam Allah berbanding hadith-hadith baginda yang lain.Penggunaan kata ganti nama pertama Allah nisbahkan kepada zatnya menunjukkan perbazaan lafaz dengan hadith-hadith baginda yang lain.Perawinya nabi sendiri terhadap lafaz hadith Qudsi itu menunjukkan perbezaan lafaz dengan hadith-hadith baginda yang lain.

2.Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah sabda nabi sendiri seperti hadith-hadith baginda yang lain. Tujuan nabi s.a.w. menyandarkannya kepada Allah ialah untuk menambahkan perhatian dan ambil berat umatnya dengan kandungan dan adab-adab terhadap hadith tersebut.

BILANGAN HADITH QUDSIMenurut pendapat Ibn Hajar al-Haythami, jumlah hadith Qudsi melebihi 100 buah.Mengikut pendapat yang dikemukakan oleh Ahli hadith "Abd al-Ra'uf Ibn Ali al-Munawi" dalam kitabnya, al-Ithafat al-Suniyyah bilangan hadith Qudsi ialah 272 buah.

MATLAMAT HADITH QUDSIMembentuk serta memupuk kepercayaan kepada Allah s.w.t. dengan lebih meyakinkan, kerana hadith Qudsi memperkatakan tentang kepercayaan aqidah yang sebenarnya mengenai Allah s.w.t., kekuasaan-Nya, kebesaran-Nya dan limpah rahmatnya.

Memperkatakan tentang kesempurnaan akhlak dan tindak-tanduk yang bersesuaian dengan aqidah, manakala Al-Quran dan hadith nabi pula lebih umum serta menyeluruh.

PENGUMPUL HADITH QUDSISKOP HADITH QUDSIBEZA HADITH QUDSI DAN HADITH NABAWIBEZA HADITH QUDSI DAN HADITH NABAWIHADITH QUDSIASPEKHADITH NABAWIPercakapan Allah s.w.t yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

PENGERTIANPerkataan yang keluar daripada Nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah s.w.t/ Segala yang disandarkan kepada Nabi baik berupa perkataan, perbuatan,sifat tubuh badan atau kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.HADITH QUDSIASPEKHADITH NABAWIHanya dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai pencerita dan ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t. sebagai yang berfirman

Sebahagian daripada wahyu Allah s.w.t

ISNAD ATAU SANAD

MAKNADinisbahkan kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.

Sebahagian besar daripadanya merupakan wahyu dan sebahagian besar yang lain pula merupakan ijtihad daripada Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Jika terdapat mana-mana ijtihad Baginda itu yang tidak tepat atau tersalah akan diperbetulkan oleh wahyu.HADITH QUDSIASPEKHADITH NABAWIMajoriti Hadis Qudsi membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan Zat Allah,sifat-sifat-Nya, kebesaran-Nya, luas rahmat beserta nikmat-Nya juga kekuasaan-Nya.

ISIMembicarakan perkara yang bersangkutan dengan keperluan hidup manusia,kepentingan manusia dan negara, Menerangkan hukum halal dan haram serta perkhabaran baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia yang melakukan kebajikan dan maksiat.PERBEZAAN AL-QURAN DAN HADITH QUDSIPERBEZAAN AL-QURAN DAN HADIS QUDSIAl-QuranHadith QudsiAl-Quran diturunkan melalui malaikat secara lisan dan talaqqi.Hadith Qudsi sebahagiannya melalui malaikat dan sebahagiannya melalui ilham.Dikira sebagai ibadat apabila membacanya.Tidak dikira sebagai ibadat.Al-Quran dijamin terpelihara sepanjang masa, tidak diubah dan diselewengkan kandungannya.Tidak mendapat jaminan sebagai mana al-Quran.Jalan penyampaian al-Quran adalah mutawatir yang bersifat pasti dan ilmu yang meyakinkan dan menduduki martabat tertinggi.Disampaikan melalui jalan ahad yang bersifat zann, kerana ada yang sahih, hasan juga dhaif bahkan mawdu seperti hadiyh nabi.Al-QuranHadith QudsiAyat-ayat al-Quran yang diturunkan tidak disandarkan sanad kepada Allah kerana Allah sendiri Zat pertama yang berfirman.Rasulullah sebagai pembawa khabar daripada Allah, maka dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.Meriwayatkan al-Quran dengan makna sahaja tanpa lafaz merupakan satu kesalahan dan tidak dibenarkan.Harus meriwayatkan hadis Qudsi dengan makna sahaja tanpa lafaz.Orang yang menolak, mendusta atau tidak menerima al-Quran hukumnya kafir.Mengingkarinya tidak menjatuhkan seseorang itu ke dalam kekufuran.(berdasarkan kategorinya)Wajib membaca ayat-ayat al-Quran di dalam solat.Tidak wajib membacanya bahkan menyebabkan solat terbatal sekiranya dibaca di dalam solat.Al-QuranHadis QudsiHaram disentuh oleh mereka yang berhadas dan haram membacanya bagi yang berjunub, haid dan nifas.Tidak haram.Diberi ganjaran pahala oleh Allah apabila membaca al-Quran.Tidak disedia dan dijanjikan pahala dan ganjaran.Sebahagian ulama mengharamkan penjualan al-Quran, sebahagiannya mengatakan makruh, namun tiada yang mengharuskan penjualannya.Ulama bersepakat tidak haram dan tidak makruh menjualnya.Ayat-ayat di dalam al-Quran dipanggil ayat.Tidak dipanggil sedemikian.Mengandungi berbagai bentuk mukjizat.Tidak bersifat mukjizat.CONTOH HADITH QUDSI

CONTOH: : : : ( (

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., bahawasanya Nabi bersabda, telah Berfirman Allah taala: Ibnu Adam (anak-keturunan Adam/umat manusia) telah mendustakanku, dan mereka tidak berhak untuk itu, dan mereka mencelaku padahal mereka tidak berhak untuk itu, adapun kedustaannya padaku adalah perkataanya, Dia tidak akan menciptakankan aku kembali sebagaimana Dia pertama kali menciptakanku (tidak dibangkitkan setelah mati),

adapun celaan mereka kepadaku adalah ucapannya, Allah telah mengambil seorang anak, (padahal) Aku adalah Ahad (Maha Esa) dan Tempat memohon segala sesuatu (al-shomad), Aku tidak beranak dan tidak pula diperankkan, dan tidak ada bagiku satupun yang menyerupai. : :

( (

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, Allah Telah Berfirman,Anak anak adam (umat manusia) mengecam waktu; dan aku adalah (Pemilik) Waktu; dalam kekuasaanku malam dan siang ~Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan begitu juga Muslim.

SEKIANRUJUKAN Pengantar ULUM HADIS Edisi Kedua. Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin. http://mazlinafazira.blogspot.comhttp://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id61.html