HADITH MAQTU’ SYAZ & MAUDHU’

download HADITH MAQTU’ SYAZ & MAUDHU’

of 19

Transcript of HADITH MAQTU’ SYAZ & MAUDHU’

HADITH MAQTU SYAZ & MAUDHU

OLEH: Muhd Nabil Fikri Mohd Faris Mohd Irfan Muhd Zhaffri

Hadith Maqtu Bahasa : Terputus Istilah : Hadith yang disandarkan kepada tabiin sahaja sama ada perkataan atau perbuatan, tanpa dikaitkan dengan sahabat atau Rasulullah S.A.W

Pembahagian Hadith Maqtu

Maqtu Qauli ( Perkataan ) Maqtu Fili ( Perbuatan )

Hukum Beramal Dengan Hadith Maqtu Dihukum Dhoif dan tidak boleh beramal dengannya Ini disebabkan ianya hanyalah kata-kata atau perbuatan Tabiin

Hadith Syaz Bahasa : Janggal dan bercanggah dengan kumpulan yang ramai Istilah : Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul & siqah tetapi bercanggah dengan perawi-perawi yang lebih siqah daripadanya

Contoh Hadith Syaz

Syaz Pada Sanad Syaz Pada Matan

Syaz Pada SanadHadith yang terdapat dua jalan periwayatan yang sama. Jalan pertama diriwayatkan secara Marfu & jalan kedua diriwayatkan secara Mursal. Dalam konteks ini jalan periwayatan kedua dikatakan Syaz.

Syaz Pada Matan Hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi melalui Abdul Wahid bin Ziyad daripada AlAmasy daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah. Menurut Al-Baihaqi, Hadith ini dikatakan Syaz pada matan kerana ramai perawi Siqah selain daripada Abdul Wahid bin Ziyad yang meriwayatkan dalam bentuk perbuatan Nabi ketika sudah bersolat bukannya dalam bentuk perkataan baginda

Hukum Beramal Dengan Hadith Syaz Hadith Syaz secara umumnya termasuk dalam kategori Hadith Dhoif & tidak boleh diterima sebagai hujah.

Hadith Maudhu Bahasa : Rendah Istilah : Hadith yang diriwayatkan atau terdapat dalam rangkaian sanadnya seorang perawi kazab iaitu perawi yang membuat satu hadith palsu dengan sengaja walaupun sekali sahaja

Hukum Beramal Dengan Hadith Maudhu Ulama sepakat mengatakan bahawa Hadith Maudhu tidak boleh dijadikan hujah sama sekali

Faktor-faktor Kemunculan Hadith Maudhu Berlakunya Perselisihan faham di kalangan umat Islam Taksub dalam menyokong pandangan kaum atau pemimpin tertentu Ingin merosakkan Islam Berkepentingan peribadi Menggalakkan orang ramai mendekati Allah dengan melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan.

Ciri-ciri Hadith Maudhu

Pada Sanad Pada Matan Bukan Pada Sanad & Matan

Pada Sanad Pengakuan perawi atau pembuat hadith itu sendiri Terdapat dalam rangkaian sanad hadith tersebut perawi-perawi yang dihukum kazab

Pada Matan

Bercanggah dengan Dalil-dalil Qati yang lain seperti Al-Quran dan Hadith Sahih Bercanggah dengan logik akal yang waras

Bukan Pada Sanad & Matan Hadith tersebut tidak diriwayatkan dalam manamana Kitab Hadith yang Mutabar atau tidak menepati syarat-syarat hadith yang diterima

Usaha-usaha Ulama Menangani Hadith-hadith Maudhu Membuat kajian yang mendalam terhadap Sanad sesebuah hadith Membahas Matan sesuatu hadith yang diriwayatkan untuk mengenal pasti Illah atau kecacatan padanya Mengumpul dan membukukan hadith-hadith yang dikenal pasti sebagai palsu

SEKIAN