Guru Bilik Darjah

download Guru Bilik Darjah

of 4

description

GURU

Transcript of Guru Bilik Darjah

Menyediakan Sukatan Pelajaran, rancangan pelajaran Tahunan / Mingguan / Harian dalam buku Rekod Pengajaran dengan lengkap. Merancang kerja rumah untuk murid. Memeriksa buku rampaian bagi murid-murid dan setiap kesalahan hendaklah diperbetulkan oleh murid. Mengadakan Ujian Bulanan dan menyediakan soalan-soalan ujian serta serahkan kepada Guru Besar sebelum dicetakan untuk semakan. Menyediakan soalan peperiksaaan dan memeriksa jawapannya mengikut cara yang ditentukan oleh sekolah. Mengambil berat terhadap kelas tentang perkara-perkara berikut :-- disiplin pelajar- pakain seragam- kebersihan dan kecantikan susun atur kerusi, meja dan almari dalam kelas- perlantikan ketua kelas dan penolongnya- menyemak aktiviti galakan membaca Mengambil berat tentang kemajuan murid Mengisi butir-butir kemajuan akademik pelajar dalam buku kemajuan pelajar dan juga dalam mark sheet untuk rekod pejabat. Peperiksaan - mengisi borang markah - mengisi dan mengemas data peperiksaan dalam disket - menyusun kerusi dan meja untuk peperiksaan - memungut yuran peperiksaan. Mengisi dan menyusun Kad rekod kesihatan murid, rekod kemajuan dan prestasi murid. Mendaftar pelajar masing-masing dalam buku kedatangan harian pelajar bagi kelas masing-masing. Membahagikan, mengumpul dan menyusun barang-barang dan buku dalam skim pinjaman buku teks. Mengambil, menyelia dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing Mengadakan mesyuarat panitia matapelajaran, merancang aktiviti tahunan jangka panjang dan pendek dan melaksanakannya. Menentukan pengunjuran matapelajaran dan mengetahuinya. Guru bertugas mencatatkan segala maklumat dalam buku catatan harian. Mengadakan aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan seperti yang dijadualkan. Melaksanakan p&p mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai dengan kemahiran yang diajar. Menggunakan Pusat Sumber sekolah dengan sepenuhnya dan mencatat segala rekod penggunaan, pinjaman dan pemulangan alatan. Melaksanakan segala tugas yang diarah oleh Guru Besar dalam tempoh yang ditetapkan. Menyediakan bahan dan sumber pengajaran.

Melalui pemerhatian saya semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini saya dapat merekodkan tentang amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diaplikasikan dalam aspek peranan pihak pengurusan dalam memperkembangan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid.Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah SJK(T) Telok Panglima Garang guru kelas dapat melaksanakan segala peranannya sebagai guru bilik darjah. Saya membuat perhatian terhadap Pn.Valli Vijayan guru mentor saya. Beliau merupakan guru kelas kepada kelas Tahun 5. Berdasarkan pemerhatian saya, beliau dapat mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam bilik darjah. Iaitu melalui peranan guru sebagai bilik darjah beliau dapat memperkembangakan aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi dalam kalangan pelajarnya. Dengan pengajaran beliau saya dapat memerhatikan salah satu aspek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dikembangkan, iaitu perkembangan aspek intelek. Dengan pengajaran yang menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) beliau dapat memperkembangkan aspek ini. Melalui alat bantu mengajar ini pelajar dapat memahami lebih tentang pengajaran pada hari tersebut.Selain daripada itu, guru tersebut menanyakan soalan-soalan yang menguji kefahaman mereka terhadap pengajaran ada hari tersebut. Ini memperkembangakan intelek mereka. Mereka dapat menjawab soalan dengan berfikir dan dapat mengingat kembali apa yang dipelajari oleh mereka.Selain itu, guru tersebut juga dapat memperkembangan aspek intelek ini melalui penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Tetapi beliau kurang membuat bahan pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyuruh pelajar melakukan bahan tersebut dan beliau akan menggunakannya semasa P&P.Selain itu melalui pemerhatian saya, guru ini juga memperkembangkan aspek rohani semasa menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah. Ini dapat dikembangkan dengan cara memberitahu tentang tuhan dan menjelaskan tentang agama dan gabungkan dengan pengajaran pada hari tersebut. Cara ini menolong para pelajar untuk mengetahui lebih tentang aspek rohani dan membantu dalam perkembangan aspek ini.

Selain itu, dengan mengambil berat tentang disiplin pelajar dan kebersihan para pelajar guru itu dapat mempengaruhi emosi para pelajar tersebut. Para pelajar berasa seronok dan gembira apabila terdapat seseorang yang mengambil berat tentang mereka. Ini dapat memperkembangkan aspek emosi para pelajar. Pelajar berasa gembira apabila mempelajari mata pelajaran yang di ajar oleh guru ini.Dengan aktiviti yang diadakan dalam bilik darjah ini guru ini dapat mengaplikasikan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu aspek jasmani dan emosi. Ini dapat dikembangkan melalui cara melakukan aktiviti berkumpulan. Dengan aktiviti ini pelajar-pelajar dapat bergerak ke tempat lain dan menggunakan pergerakan fizikal mereka. Ini dapat memperkembangkan aspek jasmani terhadap para pelajar tersebut. Selain itu, dengan aktiviti kumpulan ini aspek emosi juga dapat dikembangkan. Melalui aktiviti kumpulan ini para pelajar dapat bergaul mesra dengan pelajar lain dan juga berkerjasama dengan pelajar lain. Ini dapat menimbulkan perasaan gembira terhadap diri para pelajar. Ini menjadi perkembangan aspek emosi kepada pra pelajar.Akhir sekali, dalam peranan guru bilik darjah ini, guru kami dapat mengaplikasikan aspek-aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek di dalam bilik darjah.