Gema Jumaat tafsir - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-26-2015.pdfkategori hak...
Transcript of Gema Jumaat tafsir - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-26-2015.pdfkategori hak...
Perkataan hudud telah disebut dalam Al Quran sebanyak 11 kali, dalam 5 surah dan 7 ayat yang ber-
lainan. Hudud dikaitkan dengan hak –hak Allah kerana ia bersandarkan terus kepada zat Allah. Sebagaimana rumusan ulama fiqh berkenaan definisi hudud sebagai „tindak tan-duk jenayah yang dijatuhi hukuman had, iaitu hukuman yang telah ditetapkan dan meru-pakan hak Allah Taala‟. Hak Allah iaitu segala sesuatu yang dimaksudkan untuk men-dekatkan diri kepada Allah, mengagungkanNya, dan menegakkan syiar-syiar agamanya, contohnya menerap hukuman seperti hudud dan ta’zir. Hukum yang berstatus hak- hak Allah juga tidak akan gugur dan tidak boleh diubah. (Fiqh Islam Wa Adillatuhu) Abdul Qadir Audah dalam kitabnya At Taysri Al Jinai Al Islam Muqaranan Bi Al Qanun Al Wadi menyatakan bahawa suatu jenayah atau hukuman dimasukkan ke dalam kategori hak Allah jika perbuatan jenayah atau hukumannya itu berkaitan dengan kepent-ingan dan kemaslahatan masyarakat. Ia bertujuan menolak segala bentuk kemafsadatan, memelihara keamanan, ketertiban dan keselamatan masyarakat. Setiap bentuk jenayah yang membawa kerosakan dan kefasadan masyarakat dan manfaat penetapannya dan hukumannya kembali kepada masyarakat, perbuatan jenayah dan hukuman perlaksa-naannya itu termasuk ke dalam hak Allah yang wajib ditegakkan dan dilaksanakan. Menurut buku Indahnya Hidup Bersyariat, hukum jinayat dan perundangan Islam yang ditetapkan Islam adalah bertujuan untuk memelihara insan daripada setiap per-buatan dan tindakan yang ditegah oleh syarak. Hukuman hudud bertepatan dengan maqasid syariyah yang bertujuan untuk melindungi individu dan masyarakat dari segi agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta benda. Undang-undang Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, hak mangsa jenayah diadili dan penjenayah akan terlepas azab di akhirat kelak. (Soal Jawab Hudud,,Undang-Undang Allah S.W.T Yang Adil). Contohnya dalam jenayah curi, seorang pencuri akan terlepas azab di akhirat kelak apabila telah dijalankan hukum hudud ke atasnya di dunia. Manakala mangsa kecurian akan mendapat pembelaan atas kerugian harta benda yang ditanggungnya. Hukuman ini juga akan menyedarkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya mengambil harta orang lain secara bukan hak. Orang ramai tidak lagi berani melakukan jenayah curi akibat gerun akan hukuman ke atas pencuri. Sang pencuri juga tidak lagi berani mengulangi perbuatan keji tersebut kesan dari kehilangan anggota. Kesannya masyarakat akan merasa aman tenteram, aman harmoni dan harta benda akan terjamin keselamatannya. Maka tercapailah hasrat memelihara harta benda dalam maqasid syariyah. Namun sebagai satu hal yang perlu kita faham, apabila sesuatu yang datang dari Allah, hendaklah kita yakini ia adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya. Ini kerana Allah sebagai Khaliq lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaanNya. Tidak perlulah kita terutamanya sebagai orang beriman berbantah-bantah, mempamerkan si-kap berdolak dalih, kerana ilmu Allah ini luas, sedangkan ilmu manusia bertaraf hamba ini amat terhad. Renungilah firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 216 yang bermak-sud: “……….Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. Bersambung….
BIL 26 2015
Gema Jumaat
m/s 2
Tafsir Surah Fatihah Ayat kedua : “Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta alam.” Setelah dimulakan dengan nama yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, maka diiringi pula dengan mengadap Allah serta mempersembahkan kepada-Nya segala sanjun-gan, pujian dan menyifatkan-Nya sebagai Tu-han yang memegang teraju Rububiyyah yang mutlak terhadap semesta alam. Perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mukmin sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah nikmat kurniaan Ilahi. Kesedaran sebagai ubudiah melahirkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata, detikan waktu dan langkah, Allah melimpahkan nikmat dan Rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia. Namun demikian, kemurahan dan lim-pah kurnia Allah ke atas hambaNya yang Muk-min itu adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata “Alhamdulillah” maka Allah akan tuliskan satu balasan kebaikan mengatasi segala timbangan neraca yang lain. Tersebut dalam sunan Ibnu Majjah dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasul S.A.W. telah menceritakan kepada mereka, iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan katanya: “Wahai Tuhanku segala pujian
itu terpulang kepada_mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebe-saran kuasa-Mu.” Ucapan ini telah menyulit-kan dua malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya. Lalu mereka mengadap Allah dan memaklum kepada-Nya berkaitan ucapan ham-ba-Nya itu. Lalu diperintah supaya menulis uca-pan itu sebagaimana yang diucapkan oleh ham-ba-Nya sehingga ia menemui Allah dan Allahlah sendiri akan membalaskan ganjaran pahala ucapannya. Tuhan yang memelihara semesta alam adalah menjadi dasar kefahaman atau ke-percayaan Islam kerana sifat Rububiyyah yang mutlak dan menyeluruh. Ianya juga merupakan salah satu dari dasar-dasar aqidah Islam. Kata-kata ‘‘ رب“ beerti pemeliharaan, penguasa, pentadbiran dan pengurus yang mengendalikan urusan keislahan, kerja-kerja tarbiyyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya. Allah tidak mencipta alam kemudian membiarkannya begitu sahaja. Malah Dia mem-perelok, menjaga, me-melihara dan mengasu-hnya berterusan disetiap waktu dan keadaan. Kerana itu layaklah Allah itu sebagai Tuhan yang patut disembah dan di-taati.
tafsir
Lalat Tidak Menajiskan Air
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasul S.A.W. pernah
bersabda: “Apabila terjatuh lalat ke dalam minuman
seseorang di antara kamu, maka hendalah dia membenamkannya, kemudian membuangkannya,
kerana sesungguhnya pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit, sedangkan pada
sayap yang lainnya terdapat penawar.” Riwayat Bukhari dan Abu Daud
Huraian Hadis
Boleh menenggelamkan lalat apabila ianya terjatuh ke dalam minuman iaitu dengan
menenggelamkan kedua-dua sayap dengan tidak mengangkatnya terlebih dahulu sekiranya la-
lat itu telah mati.
Sekiranya lalat itu masih hidup jangan meneggelamkan terlalu lama sehingga membawa kepa-
da berlaku kematian lalat itu di dalam minuman. Perbuatan ini perlu dijaga supaya air itu tidak
berlaku mutanajjis.
Ilmu perubatan moden mengakui kebenaran hikmah ini melalui mikroskop, bahawa pada sa-
yap kiri lalat terdapat zat yang tidak ada ubatnya kecuali dengan zat lain yang ada pada sayap
yang sebelah kanannya.
Sidang Redaksi
Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam
UUM Dengan kerjasama:
Unit Takmir Masjid , Pusat Islam UUM
m/s 3
Advantages of
Purification
Islam encourages us to
purification for goodness.
A part of :
First: Purification is the act
of fitrah.
Cleanliness and purities
are the main concern of
human being. Therefore,
in Islam it emphasizes on
t h e i m p o r t a n t o f
cleanliness towards the
ummah
Second: Preserving the
glory and greatness of the
muslim.
Humans being are
naturally tend to whom
perfectionist in-term of
cleanliness and love to sit
down together. Besides,
humans being feel hate,
underestimate, stay away
and do not want to sit
together with whom not
c o n c e r n a b o u t
cleanliness.
It is because Islam is
a religion that very
concerned in maintaining
the dignity and greatness
of individuals who believe
in Allah S.W.T, then Islam
c o m m a n d t o t h e
individual believer taking
care of hygiene because
it is respected among the
public.
Third: Maintaining health.
Hygiene is a very
important reason to
deprive human beings of
diseases. This is because
most of the disease
spread among humans is
due to impurities.
With clean body, washing
the face, two hands, nose
and two feet several
times a day to make
humans always protected
from any disease. This is
because all that’s part
constantly exposed to
impurities.
Fouth: Stand facing to
Allah S.W.T in a state of
pure and clean.
During prayers a servant
speaks to Allah S.W.T.
Then appropriately he/
she was in a good state
of zahir and batin, sincere
because Allah S.W.T love
people who care of
inner/outer beauty and
repentance from the sin.
Water is a one of the instrument for cleanliness
Water is a one of the instrument for cleanliness, for instance; rainwater, sea, wells, riv-
ers, springs and snow.
Water can divided into two categories are down from heaven and water out of the
earth.
Allah S.W.T said: "And we have sent down from the sky: clean pure water"
(Al-Furqan : 48)
Allah S.W.T said: "And (remember) it is revealed to you the rain from the sky to pure you with it"
(Al-Anfal : 11)
While the hadith from the Prophet, narrated by from Abu Hurayrah RA, he said, a friend
asked to prophet: "Ya Rasulullah! We sail in the sea, and bring a little water along with us. If we
take ablution with it and we will be thirsty. Do can we take ablution with sea water? The Prophet
PEACE BE UPON HIM said: water is pure and the contents (marine living) is halal. "
(Narrated by Abu Daud (83), al-Tarmizi (69), al-Nasaie (59), Ibn Majah (386), Ibn Abi Syaibah
(1/130), Ibn Khuzaimah (1/59), Malik (22), al-Syafie (1), dan Ahmad (7192), Al- Tarmizi)
The meaning of halal carcass is fish and related to eat was dead and can be eat with
slaughtered.
Concerns of Islam Towards Cleanness And Pureness Fadilat Solat Jemaah di Rumah
Apabila seorang lelaki bersolat secara berjemaah di ru-
mahnya sama ada bersama isterinya atau bersama isteri dan
anak-anaknya atau bersama khadamnya, adakah dengan cara
sedemikian mereka juga mendapat fadhilat pahala jemaah yang
sempurna iaitu dua puluh tujuh darjah sepertimana yang disebut da-
lam hadis Rasul S.A.W. ataupun sebaliknya? Sekiranya terhasil
ganjaran pahala tersebut, adakah untuk setiap kali berjamaah?
Hasil ganjaran pahala tersebut tetap akan dapat dengan se-
tiap kali berjamaah. Sebagaimana kita maklum, semakin
ramai bilangan ahli jamaah semakin afdhal. Berjamaah di masjid
lebih baik daripada berjemaah di surau. Berjamaah di surau lebih
baik daripada berjamaah dirumah.
MUTIARA
HIKMAH Berkata Al Hakim: Jangan l ah k amu menyalakan api fitnah yang kamu sendiri tidak mampu memadamkannya.
Ayuh kita meriahkan pro-
gram kerohanian…
Setiap Selasa dan Rabu–
KELAS TAHSIN AL
QURAN
Setiap Khamis & Jumaat–
KELAS ASAS TAJWID
MUSLIMAT
Khamis (minggu 1&4) -
DAURAH ILMU
Selasa (minggu kedua
dan keempat)-
PENGAJIAN FARDHU
AIN
Ahad- Khamis
BIMBINGAN AL QURAN
INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-
LAM DARUL SYIFA’ Setiap Selasa bermula 10
Mac 2015 - KELAS
TALLAQQI AL QURAN
DAN IQRA’ 24 April 2015 - KURSUS
ASAS HAJI 28 April 2015 - KULIAH
BULANAN 5 Mei 2015– SEMINAR-
SIGNS OF THE CREA-
TOR Hubungi talian:
049282567/60/58/69/66/63
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.my
Fb : Pusat Islam UUM
Twitter: Pusat Islam UUM@
Pusat IslamUUM14
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015
Sekaligusجملة هذا السبوع : مرة واحدة :
دين( دي نك )دي نك( ؟ د )ستسد مت ستسدBila awak akan bayar hutang awak?
ل أزال أجع المال Saya masih lagi mengumpul duit.
قسيط؟ لماذا ل تدفع )تدفعني( بالت Kenapa awak tak bayar ansuran?
ين مرة واحدة د الد أريد أن أسدSaya nak bayar hutang itu sekaligus