Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

download Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

of 13

Transcript of Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    1/13

    Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing

    engen l n

    Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam

    masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikutidengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme,

    rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

    Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kesmelibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain

    kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam

    bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah

    rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak

    yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

    Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik,pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani

    kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasannafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu

    bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan

    sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

    Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :

    a) Tahap awal kanak-kanakb) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak

    c) Tahap baligh dan remaja

    http://asnahhamid.blogspot.com/2007/03/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-kini.htmlhttp://asnahhamid.blogspot.com/2007/03/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-kini.html
  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    2/13

    Peringkat pertama

    Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Prosesini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi

    dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan

    sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan

    emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari

    umurnya yang sebenar.

    Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan

    kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia

    bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikanpenuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya

    menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya

    sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat

    malu dan merasa serba kekurangan.

    Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup

    penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal sepertisayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga

    6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih

    meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi,

    banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak denganbijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga

    kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan

    boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

    Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti

    kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya keranakanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka

    hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W.

    sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu

    hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyangsambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia

    dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada

    cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau

    membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalahibadah yang suci dalam Islam.

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    3/13

    Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

    Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya

    dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-

    kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mulamembezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau

    sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa,

    menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi prosespembentukan akhlak yang luhur.

    Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk

    menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan danmotivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam

    peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak

    sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa danguru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana

    sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping

    mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    4/13

    Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

    Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mulaberkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di

    mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of

    belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat

    komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan danpeluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan

    hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah.

    Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

    Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia

    mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia

    menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifatmoral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud

    dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

    Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal,

    kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian

    menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka

    jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajarberbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    5/13

    Rujukan :

    -kamus dewan :

    Bahan rujukan : Kamus dewan edisi kedua

    Tempat diterbitkan : Diterbitkan oleh dewan bahasa dan pustaka,

    kementerian pendidikan Malaysia kuala lumpur

    Tahun : 1992

    -internet :

    Nama pengarang : Engku Zhmad zaki Bin Engku Alwi

    Laman web : http/aferiza.wordspress.com/2007

    Tahun diterbit : 6 ogos 2007

    -akhbar :

    Bahan rujukan : Akhbar Metro

    : Akhbar Berita harian

    -majalah :

    Nama pengarang : Pn salina Ibrahim

    Bahan rujukan : Majalah Dara edisi 51

    Tarikh diterbitkan : Januari 2007

    Tempat diterbitkan : Lot 2 Jalan Sepana 15/3

    Off Persiaran Selangor ,

    Seksyen 15, 40200 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan .

    - pensyarah :

    Nama : Pn Khairuni Binti Wan Jusoh

    Tarikh : Bermula tugasan diberi

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    6/13

    Kesimpulan

    Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat

    khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan

    dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti

    kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yangberakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah

    bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi

    ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan

    beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat,

    mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa

    yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka

    menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka

    melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma

    akhlak dalam masyarakat.

    Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jenterakerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang

    beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan

    tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat.

    Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan

    tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja

    membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.

    Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan

    disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam

    menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenarankeadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang

    ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua

    langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak

    yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini..

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    7/13

    Budaya Barat

    Fesyen seperti punk dan rap menjadi ikutan remaja kita.

    Gangsterism

    Masalah gangsterism di kalangan pelajar sekolah juga amat membimbangkan.

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    8/13

    MAT REMPIT

    Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan

    menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka menunggang

    tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain.

    Gaya Mat Rempit

    Merbahayakan diri dan nyawa

    Minum Arak

    Kini seolah-olah menjadi minuman biasa tanpa memikirkan halal haramnya.

    Bohsia

    Melepak dan berfoya-foya di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira masa dan tempat.

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    9/13

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    10/13

    POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

    JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

    KOD: A1001

    TAJUK: GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK DI

    KALANGAN REMAJA ISLAM

    DISEDIAKAN OLEH:

    SHAFAZLIN BT SHAMSUL BAHARALI (02DKA09F1071)

    SITI NUR AJIERAH BT JAMALUDIN (02DKA09F1074)

    NURUL ASHIRAH BT HAMIDUN (02DKA09F1093)

    KHALIJAH BT ABDUL SAMAD (02DKA09F1101)

    DISEDIAKAN UNTUK:

    PUAN WAN KHAIRUNI BT WAN JUSOH

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020oiVoRKS2YBx2KjzbkF/SIG=13c0esvn2/EXP=1250273186/**http:/www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/MaklumatPoliteknik/LogoPoliteknik/logoSAS.jpg
  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    11/13

    Cara mengatasi :

    1. Membetulkan akidah dan kepereayaan kepada Allah;

    2. Pendidikan akhlak;

    3. Mengekalkan ibadah sembahyang;4. Ibadah malam (seperti sembahyang sunat Tahajud);

    5. Mendisiplinkan anak-anak dengan kasih sayang;

    6. Memenuhi masa lapang dengan anak-anak;

    7. Peka terhadap jenis pemakanan dan perkembangan anak-anak; dan8. Memohon pertolongan Allah.

    Oleh kerana sekarang ini dan pada masa depan pesaing-pesaing kita semakin eanggih,maka pendidikan dewasa ini amat memerlukan dinamisme yang lebih berdaya saing, Ini

    juga bermakna, pendekatan pengajaran Pendidikan Islam sedia ada perlu disemak semula

    untuk tujuan penambahbaikan, Ini amat penting dilakukan dalamjangka yang terdekat ini

    untuk menjamin modal insan yang dibentuk akan dapat menghayati ilmu melalui amalan

    dan etika kerja yang baik, selain berjiwa besar dan berkualiti. Penulis mencadangkan supayaTauhid, Fekah dan Akhlak dijadikan kandungan utama subjek Pendidikan Islam. Ini

    kerana, telah terbukti apabila sesuatu masyarakat itu memartabatkan ilmu pengetahuan,

    menyebabkan masyarakat terse but disegani dan dihormati sepertimana yang berlaku ke

    atas umat Islam di Zaman Abbasi yang diperakui telah berjaya memartabatkan pelbagaijenis ilmu di dalam Islamseperti perubatan, algebra, astronomi dan kimia,

    Menurut al-Qardawi (1996 dlm, Mohammad Zaini Yahya, 2000) matlamat pendidikan

    Islam perlu merangkurni matlamat-matlamat yang berikut:Membina individu yang salih

    Beriman;

    Berilmu;

    Beramal;

    Berakal;

    Berakidah;

    Bersyariat;

    Berakhlak;

    Beribadah; dan

    Bermanhaj (bersistem).

    Membina keluarga yang salih

    Islam menggalakkan perkahwinan;

    Asas melahirkan keturunan;

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    12/13

    Menghalalkan hubungan lelaki dan wanita; dan

    Menyempurnakan keperibadian dan mernikul tanggungjawab.

    Membina masyarakat yang salih

    Bersatu atas dasar akidah Islam;

    Menghargai amalan salih;

    Melakukan amar ma'rufdan nahi munkar; Berjihad di Jalan Allah;

    Memantapkan nilai-nilai akhlak;

    Persaudaraan dan kasih sayang;

    Saling bekerjasama dan bersepakat;

    Saling nasihat-menasihati dan berpesan-pesan;

    Peradaban yang tinggi;

    Adil di dalam aspek ekonomi, sosial, perundangan dan kehakiman; dan

    Maju merangkurni aspek rohani, kebendaan, moral dan pembangunan ilmu, iman, duniadan akhirat.

    Membina umat yang salih

    Rabbaniah (hidup dan mati semata-mata kerana Allah);

    Wasatiyyah (sederhana di dalam semua aspek kehidupan);

    Dakwah (menyeru manusia kepada ajaran Islam, amar makruf dan nahi munkar menjadifardu kepada umat Islam; dan

    Kesatuan.

    Membina negara yang salih

    Membuka pintu kepada sesiapa yang hendak berhijrah dati kejahilan kepada keimanan;

    Mempamerkan kehidupan yang bertamaddun dan berakhlak; dan

    Bemaung dengan ajaran Al-Qur'an.

    Menyeru ke arah kebaikan umat Islam Membebaskan manusia dati perhambaan kepada manusia;

    Persaudaraan dan persamaan umat manusia;

    Keadilan kepada semua manusia;

    Kearnanan dunia; dan Bertolak ansur dengan bukan muslim

  • 8/12/2019 Gejala Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Islam

    13/13