Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologi

download Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologi

If you can't read please download the document

Transcript of Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan teknologi

PowerPoint Presentation

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

1.0 PENGENALANMarcapada, di arus perkembangan dunia, dapat kita saksikan pelbagai pihak yang berusaha untuk mengembangkan serta memajukan Negara. Pelbagai cara dan alternatif yang telah digunakan bagi membantu Negara kita mencapai tahap yang maju. Antara cara yang digunakan adalah melalui teknologi yang berkembang pesat pada hari ini sesuai dengan peredaran zaman yang sedang membangun . Teknologi dapat didefinasikan sebagai Semakin hari, semakin banyak aplikasi dan laman sesawang atas talian yang boleh digunakan oleh orang awam hatta kanak-kanak seperti facebook, instagram, whatsapp, telegram dan sebagainya. Kewujudan aplikasi dan laman sesawang ini diwujudkan bagi memudahkan perhubungan sosial di mana perhubungan yang melangkawi sempadan negara. Banyak kebaikan yang boleh disenaraikan hasil penggunaan teknologi secara berhemah seperti mengumpul derma atau sumbangan kebajikan dengan mengiklankan di media sosial, menambah kenalan baru daripada pelbagai negara.bangsa dan agama, meneroka negara-negara yang lain dengan melihat gambar-gambar yang diletakkan dalam laman sesawang seperti google images, membaca buku-buku eletronik dan mengumpul maklumat dengan pantas. Di samping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi yang berhemah, wujud keburukan yang banyak seandainya teknologi disalahgunakan. Antara penyalahgunaan teknologi ialah menggunakan kamera untuk mengintip keburukan orang lain, menjalankan perniagaan dengan niat menipu, menonton video lucah dan keganasan melampau, menggodam akaun milik orang lain dan menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan islam.

2.0 OBJEKTIF1. Menganalisa sebab kes-kes keruntuhan rumah tangga akibat penyalahgunaan teknologi. 2. Mencadangkan langkah mengatasi penyalahgunaan teknologi dalam pengurusan institusi rumah tangga.

3.0 KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAANInstitusi rumah tangga ialah sebuah institusi yang dibina atas dasar cinta dan kepercayaan terhadap satu sama lain. Agama Islam amat menggalakkan perkahwinan dan Nabi Muhammad SAW amat bangga mempunyai umat yang ramai. Perkahwinan akan mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat dengan wujudnya perhubungan antara dua keluarga besar secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian negara. Kes perceraian dalam tempoh 6 tahun lalu merekodkan lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai.Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.

4.0 AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

4.1 WECHATTidak perlu diperkatakan lagi, bahawasanya wechat popular dalam kalangan masyarakat termasuk pasangan yang telah berkahwin. Kebanyakan wanita meluahkan perasaan mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui wechat. Tambahan pula,ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Hal ini kerana, terdapat fungsi-fungsi yang boleh membawa kemudharatan seperti fungsi look around di mana seseorang itu boleh mencari mana-mana pengguna wechat yang berdekatan. Andaikan apabila seorang suami atau isteri itu berseorangan, look around di wechat membolehkan mereka berjumpa dengan orang lain yang mungkin hanya berada berdekatan. Hebat bukan teknologi zaman sekarang? Hebat dalam merosak dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul.Antara kesan yang berlaku akibat permainan wechat adalah isteri berasa syak pada suami yang berahsia. Perkara ini sering terjadi kerana si suami leka melayan aplikasi wechat bahkan lebih teruk lagi melayan perempuan lain secara rahsia. Hal ini menyebabakan si isteri berasa terpinggir justeru merenggangkan hubungan mereka suami isteri.

4.2 FACEBOOKKemudahan Facebook mudah didapati dan diakses samaada melalui komputer mahupun telefon pintar. Majoriti masyarakat kebiasaanya meluangkan masa yang banyak hanya untuk scroll facebook. Perbuatan ini menjadi satu tabiat buruk kerana hampir setiap masa diluangkan dengan telefon pintar di tangan. Seperti realiti yang berlaku hari ini, walaupun ketika makan bersama si isteri atau suami masih sibuk melayan facebook di tangannya. Akibatnya, pasangan mengabaikan komunikasi bersama bahkan lebih teruk lagi mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Demikian hal inilah yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga kerana sikap dan perangai yang buruk akibat penyalahgunaan teknologi

4.3 INSTAGRAM

Instagram merupakan salah satu laman social yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Dalam instagram disediakan fungsi memuat naik gambar ataupun video. Justeru masyarakat dapat berkongsi cerita rutin kehidupan mereka. Hal ini tampak baik pada asalnya, namun jika disalahgunakan mengakibatkan banyak kesan buruk antaranya perselisihan dalam rumahtanggaDaripada pemerhatian terhadap kes yang berlaku berpunca dari laman sosial, masalah persilisihan terjadi akibat isteri yang suka memuat naik gambar yang menarik perhatian lelaki seperti gambar selfie dan sebagainya. Oleh itu, rentetan daripada komen-komen dan like dalam instagram menyebabkan si suami mudah cemburu kepada isteri. Hal ini bertambah buruk apabila si isteri turut melayan komen-komen tersebut dengan mesra. Maka terjadilah pergaduhan dalam rumahtangga akibat penyalahgunaan aplikasi tersebut.

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INSTINTUSI KEKELUARGAAN 1. MEMPERBANYAKKAN AKTIVITI KEKELUARGAANHal ini akan memupuk komunikasi yang baik sesama pasangan dalam keluarga dan dapat menguatkan lagi kefahaman antara ahli keluarga.2. MAKAN BERSAMAElakkan makan sendirian. Makan bersama memberi ruang dan masa pada pasangan untuk berkomunikasi tanpa bermain gadget.3. BERKONGSI PRIVASI DI LAMAN SOCIAL BERSAMA PASANGANPerkara ini memberi kesan yang positif dan sangat baik kerana keraguan pasangan antara satu sama lain dapat dielakkan Di samping itu, kemesraan dapat diperkukuhkan antara pasangan

6.0 KESIMPULAN Di samping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi dalam institusi rumahtangga wujud juga keburukan yang banyak seandainya teknologi disalahgunakan. Antara kelebihan dan kekurangan yang dapat dilihat adalah :

KELEBIHAN TEKNOLOGI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN ANDAI DIGUNAKAN DENGAN BAIK1- Mudah menghubungi pasangan dan ahli keluarga2- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan pasangan

KEKURANGAN TEKNOLOGI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN ANDAI DISALAHGUNAKAN1- Rahsia antara pasangan semakin banyak2- Hubungan semakin renggang kerana sibuk dengan gadget3- Timbul fitnah kepada pasangan berpunca dari laman social4- Masa bersama keluarga semakin berkurang

7.0 SENARAI RUJUKAN1. https://siraplimau.com/mobile-app-menjadi-perosak-punca-perceraian-malaysia/2. https://keluarga.com/1234/8-cara-facebook-dapat-merusak-rumah-tangga-anda3. http://zahirzainudin.blogspot.my/2016/08/impak-facebook-terhadap-masa-hadapan.html?m=1