Form 2 Komsas Pantun Nasihat.docx

11
Pantun Nasihat Pantun Nasihat Rangkap Pantun 意意 Maksud Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Jika berbuat baik, janganlah berlebih- lebihan hingga tidak kena pada tempatnya dan jauhilah perbuatan jahat. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Sesuatu yang sudah diketahui membawa keburukan, namun tetap dilakukan juga. Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa Berusaha untuk menyembunyikan kesedihan dengan 1

Transcript of Form 2 Komsas Pantun Nasihat.docx

Pantun Nasihat Rangkap PantunMaksud

Tanam balik buah peria,Buah peria mahal sekali;Buat baik berpada-pada,Buat jahat jangan sekali. Jika berbuat baik, janganlah berlebih-lebihan hingga tidak kena pada tempatnya dan jauhilah perbuatan jahat.

Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan;Diketahui ganja itu mabuk,Apakah sebab maka dimakan?Sesuatu yang sudah diketahui membawa keburukan, namun tetap dilakukan juga.

Meninjau berpadi masak,Batang kapas bertimbal jalan;Hati risau dibawa gelak,Bagai panas mengandung hujan.Berusaha untuk menyembunyikan kesedihan dengan menunjukkan kegembiraan.

Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan;Jangan kata terdorong-dorong,Badan dan nyawa menanggungkan.Jangan bercakap sesuka hati, kelak bala menimpa diri.

Hangus bertih berwarna merah,Mari dituang ke dalam kain;Suami yang letih usah dimarah,Kelak terbang ke bunga lain.Sikap tidak menghormati suami akan merosakkan hubungan dalam rumah tangga.

Anak Cina membawa surat,Dari Perak langsung ke Deli;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak dijual beli.

Jagalah adab dan budi bahasa kerana budi bahasa amat tinggi nilainya.

Pisang kelat digonggong helang,Jatuh ke Lubuk Inderagiri;Jikalau berdagang ke rantau orang,Baik-baik membawa diri.Kita mestilah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang.

Tema Tema pantun ini ialah nasihat supaya seseorang itu berbuat baik dan menjaga tingkah laku.Persoalan (a) Bertindak berlandaskan pertimbangan yang wajar dalam sesuatu perkara.(b) Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.(c) Kepentingan menjaga percakapan dan pergaulan.(d) Bijak menyesuaikan diri walau berada di mana-mana sahaja.

Bentuk Bentuk Contoh

Bilangan rangkap Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

Bilangan baris Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris.

Rima akhir Rima akhir ialah abab.

Bilangan patah kata Tiga hingga lima patah kata sebaris. Meninjau berpadi masuk (3 patah kata) Tanam balik buah peria (4 patah kata) Pulau di balik Pulau Gosong (5 patah kata)

Bilangan suku kata Lapan hingga sebelas suku kata sebaris. Tanam balik buah peria (8 suku kata) Buah peria mahal sekali (9 suku kata) Batang kapas bertimbal jalan (9 suku kata) Suami yang letih usah dimarah (11 suku kata)

Unsur BunyiUnsur BunyiContoh

Asonansi Tanam balik buah peria (perulangan vokal a) Hangus bertih berwarna merah (perulangan vokal e) Hidup di dunia biar beradat (perulangan vokal i)

Aliterasi Buat baik berpada-pada (perulangan konsonan b) Ketua-ketua raja duduk (perulangan konsonan k) Pisang kelat digonggong helang (perulangan konsonan g)

Gaya BahasaGaya BahasaContoh

Imej alamBuah peria, padi masak, batang kapas

Kata gandaBerpada-pada, Ketua-ketua, terdorong-dorong, Baik-baik

AnaforaBuat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.

SimileBagai panas mengandung hujan

Peribahasa Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

NilaiNilai Contoh

Rasional Membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Hormat-menghormati Hormat-menghormati antara suami dan isteri

Berbudi bahasa Berbudi bahasa dalam kehidupan seharian walau di mana-mana sahaja kita berada.

Berwaspada Berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak ditimpa keburukan.

Pengajaran(a) Janganlah kita berbuat kebaikan secara berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya.(b) Kita hendaklah menjauhi perbuatan yang buruk.(c) Kita hendaklah berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu tindakan.(d) Janganlah kita melakukan perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri.(e) Suami isteri saling menghormati demi menjaga kerukunan rumah tangga.(f) Kita hendaklah mempunyai budi bahasa yang baik.(g) Kita mestilah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang.1. Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang untuk berbuat jahat walaupun sekali?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. Apakah sikap yang perlu ada pada diri seseorang perantau?

SIKAP PERANTAU

Pantun NasihatTanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Latihan: Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke Lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. (Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2,Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Berdasarkan Pantun Nasihat ai atas, apakah tema yang ingin disampaikan? [3 markah]________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. Berikan dua contoh gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________3. KBATPada pendapat anda, apakah akibatnya jika seseorang itu berbuat baik secara berlebih-lebihan? [3 markah]________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

8