KOMSAS Pantun

download KOMSAS Pantun

of 22

description

Pengajaran Pantun di Sekolah

Transcript of KOMSAS Pantun

KANDUNGAN1.0Pengenalan1.1Definisi pantun 1.2 Bentuk-Bentuk Pantuna)Contoh pantun dua keratb)Contoh Pantun Empat Barisc)Contoh Pantun Enam Barisd)Contoh Pantun Lapan Barise)Pantun Dua Belas Baris2.0Jenis-Jenis Pantuni)Pantun Adatii)Pantun Agama iii)Pantun Budiiv)Pantun Jenaka v)Pantun Kepahlawananvi)Pantun Kiasanvii)Pantun Nasihatviii)Pantun Percintaanix)Pantun Peribahasax)Pantun Perpisahanxi)Pantun Teka-teki3.0Rancangan pengajaran 4.0Kekuatan dan Kelemahan aktiviti pantun di dalam bilik darjah4.1Kelebihan Aktiviti Pantu Di Dalam Bilik Darjah4.2Kelemahan Aktiviti Pantu di Dalam Bilik Darjah5.0Penutup

1.0Pengenalan

Pantun merupakan salah satu daripada genre puisi yang popular dalam tradisi lisan masyarakat Melayu. Gaya bahasa, keindahan kata-kata dan maksud tersiratnya yang begitu unik menjadikan pantun sebagai salah satu medium berkesan untuk menyatakan sesuatu maksud. Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu lama. Rogayah Abdul Hamid, Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menyatakan:

kebijaksanaan orang Melayu menjadikan pantun sebagai alat komunikasi dalam beberapa upacara penting seperti upacara merisik, meminang dan adat istiadat perkahwinan, pembuka bicara dalam adat istiadat diraja juga telah memberi gambaran orang Melayu sebagai satu bangsa yang unik.Selain digunakan untuk berkomunikasi dalam beberapa adat istiadat, pantun juga dijadikan sebagai lirik dalam lagu-lagu Melayu lama seperti lagu Melayu asli, keroncong, dondang sayang, zapin, ghazal, canggung, beduan, seloka rakyat, bongai, belotah, barongan, tumbuk kalang, gendang Sarawak dan sebagainya(Ani Awang: 2008)

Pantun merupakan cerminan dan gambaran akan akal budi (worldview) orang Melayu dan masyarakat nusantara keseluruhannya. Melalui pantun kita akan dapat mengenali budaya, cara hidup, akhlak, nilai dan norma masyarakat ini. Menyedari peri pentingnya mengekalkan dan menyemarakkan penggunaan pantun dalam kalangan masyarakat di negara ini agar tidak terhakis dibawa arus perubahan zaman, tradisi berpantun wajar terus dipupuk penggunaannya masih hidup subur dan dikembangkan melalui sayembara mengarang pantun dan pesta berbalas pantun yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi, negeri, nasional atau antarabangsa

Dalam konteks pendidikan formal di Malaysia, pantun telah diajarkan bermula dengan tahun 1 di sekolah rendah lagi. Pantun didedahkan kepada pelajar mengikut keadaan dan latar belakang kumpulan sasaran. Ia didedahkan secara tidak langsung melalui mata pelajaran bahasa Melayu atau diselitkan penggunaannya dalam mata pelajaran lain. Namun, apabila kumpulan sasaran sudah meningkat usianya pantun kadangkala didedahkan secara formal khususnya di peringkat sekolah menengah, sekolah menengah atas dan instituti pengajian tinggi melalui mata pelajaran sastera atau komponen sastera (KOMSAS).

1.1Definisi pantun Pantun merupakan sejenis puisi masyarakat Melayu yang mempunyai rima dan irama yang sangat menarik. Za'ba (Dewan Bahasa dan Pustaka) dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu mentakrifkan pantun secara harafiah sebagai seperti atau umpama. Menurut beliau ada orang berpendapat yang perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Mentakrifkan pantun sebagai satu konsep, Zaba menyatakan Dalam Bahasa Melayu adalah beberapa macam Karangan Berangkap itu dinamakan pantun, syair, bait, gurindam, dan seloka iaitu mengikut masing-masing sifatnya dan jalan rangkapnya. Di antara lima itu pantun dan syair itulah yang lebih mashyur dan selalu dibuat orang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pantun mengandungi tiga pengertian. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.

Munsyi Abdullah dalam bukunya bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah, menyatakan tentang pantun:Syahdan maka adalah sahaya maklumkan kepada tuan-tuan, yang lain daripada bangsa Melayujikalau mendapat hikayat ini yang mengetahui jalan pantun Melayu, adapun jalan segala pantun itu empat-empat mistar adanya.; bermula dengan mistar yang di atas dua itu tiada ada ertinya melainkan menjadi pasangnya sahaja; maka di bawah dua mistar itulah yang ada erti aadanya. (Dewan Bahasa dan Pustakan, 2002)Asmah Hj. Omar (2008) pula menyatakan pantun mempunyai strukturnya sendiri, yang terdiri daripada rangkap empat baris; dua baris pertama dinamakan pembayang maksud, dan dua baris berikutnya merupakan pembawa maksud.

Omardin (1961) pula menyimpulkan bahawa pantun ialah karangan berangkap. Dan karangan itu pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu sampiran dan maksud. Pantun-pantun berikut menjelaskan penyataan tersebut:

a)Sebab dulang kayu serpih b)Mengata orang awak yang lebih.

a) Sudah gaharu cendana pula,b) Sudah tahu bertanya pula.

Baris (a) dalam pantun dua kerat di atas disebut sampiran atau pembayang. Maksud pula terlihat dalam baris (b) setiap pantun di atas. a) Sorong papan, tarik papan,b) Papan kemudi dalam perahu;c) Suruh makan saya makan,d) Suruh mengaji saya tak tahu.

1.2 Bentuk-Bentuk Pantun

Pantun Melayu mempunyai beberapa bentuk berdasarkan bilangan keratnya. Pantun boleh terdiri daripada dua, empat, enam, lapan ,sepuluh atau 12 kerat. Walau bagaimamapun pantun paling popular digunakan ialah pantun dua dan empat kerat.

a)Contoh pantun dua kerat

i)Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.

ii)Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana.

b)Contoh Pantun Empat Baris

i)Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

ii)Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya lurutkan;Buang emak buang saudara,Sebab kasih saya turutkan.

c)Contoh Pantun Enam Baris

i)Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.

ii)Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah. (Zainal Abidin, 1983)

d)Contoh Pantun Lapan Baris

Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai. (Balai Pustaka, 1958) e)Pantun Dua Belas Baris

Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi

2.0Jenis-Jenis PantunJenis-jenis pantun merujuk kepada jenis-jenis tema pantun. Pantun Melayu boleh dihasilkan dengan tema-tema yang pelbagai antaranya percintaan, nasihat, agama, jenaka, teka-teki, budi, peribahasa dan sebagainya. Berikut diberikan contoh-contoh pantun empat kerat mengikut tema:i)Pantun AdatMenanam kelapa di pulau Bukum,Tinggi sedepa sudah berbuah,Adat bermula dengan hokum,Hukum bersandar di Kitabullah.

ii)Pantun Agama Banyak bulan perkara bulan,Tidak semulia bulan puasa,Banyak tuhan perkara tuhan,Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

iii)Pantun BudiBunga cina di atas batu,Daunnya lepas ke dalam ruang,Adat budaya tidak berlaku,Sebabnya emas budi terbuang.iv)Pantun Jenaka Limau purut di tepi rawa,buah dilanting belum masak,Sakit perut sebab tertawa,melihat kucing duduk berbedak.

v)Pantun KepahlawananHang Jebat Hang Kesturi,Budak-budak raja Melaka,Jika hendak jangan dicuri,Mari kita bertentang mata.

vi)Pantun KiasanAyam sabung jangan dipaut,Jika ditambat kalah laganya,Asam di gunung ikan di laut,Dalam belanga bertemu juga.

vii)Pantun NasihatKayu cendana di atas batu,Sudah diikat dibawa pulang,Adat dunia memang begitu,Benda yang buruk memang terbuang.

viii)Pantun PercintaanCoba-coba menanam mumbang,Moga-moga tumbuh kelapa,Coba-coba bertanam saying,Moga-moga menjadi cinta.

ix)Pantun PeribahasaBerakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian,Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.

x)Pantun PerpisahanPucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan,Biar jauh di negeri satu,Hilang di mata di hati jangan.

xi)Pantun Teka-tekiKalau tuan bawa keladi,Bawakan juga si pucuk rebung,Kalau tuan bijak bestari,Binatang apa tanduk di hidung?

3.0 Rancangan Pengajaran harianRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran:BAHASA MALAYSIATahun:6 CerdikBilangan murid:30 orangTarikh:2 Oktober 2013Hari:RabuMasa:8.00 pagi 9.00 pagiTema:Kasih sayangTajuk:Pantun empat kerat

Hasil Pembelajaran:Fokus Utama:10.1Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik, dan bermakna).Aras 3Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik,

Fokus Sampingan:5.2Membaca kuat teks pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 1Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul.2. membina pantun empat kerat dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Sistem Bahasa :Kosa kata emas permata, ingatan, kasih sayang sebutan, intonasi, Ilmu:Pendidikan Islam/Pendidikan MoralNilai:kasih sayang, cinta-mencintai

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)Kemahiran berfikir:menjana ideaKemahiran Belajar:membaca, menulisKecerdasan pelbagai: interpersonal

Laman web berkaitani)https://www.youtube.com/watch?v=AKDy6pN8msYii)https://www.youtube.com/watch?v=TzMcqj-cSgA

BBM:Lagu, lirik lagu, video, komputer riba, LCD, kad perkataan, Pendekatan : Simulasi, penerangan, perbincangan dan pembentangan

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi:

Menonton Video (Pantun berlagu dari Youtube)1. Murid menonton video pendek (Pantun berlagu dari Youtube)2. Guru dan murid berbincang tentang seni kata lagu tersebutKB: menghubung kait

BCB: mengesan maklumat

BBM:Komputer riba. LCDNilai: kasih sayang

Langkah 1Memperkenalkan pantun. Melafazkan pantunsebutan/intonasi/jeda yang betulBerbincang tentang maksud dan pembayang pantun

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Setiap kumpulan di berikan 1 pantun empat kerat yang disediakan oleh guru. 3. Setiap kumpulan melafazkan pantun tersebut manakala kumpulan lain membuat penilaian berdasarkan senarai semak yang disediakan. 6.Guru berbincang dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. KB: menghubung kait, menyenaraikan, menyusun aturBBM : pantun 4 kerat

Nilai: keyakinanMurid membuat penilaian menggunakan senarai semak. Memfokus kepada teknik penyampaian pantun.

Langkah 2Menganalisis pantun empat kerat.1. Guru mengadakan permainan bahasa dengan melengkapkan pantun.2. Setiap kumpulan di bekalkan dengan 2 maksud pantun. 3. Pelajar akan memilih pembayang dari beberapa sampul yang di sediakan secara rawak.3. Kumpulan yang dapat melengkapkan pantun dengan cepat dan tepat akan menjadi pemenang.KB : melengkap, menyusunBCB : menyusun maklumatBBM : keratan pantunNilai: kerajinan, semangat berpasukan

Langkah 3Aktiviti berbalas pantun dalam kumpulanMenghasilkan pantun empat kerat untu di jual kepada kumpulan lain.ciri-ciri pantun :-empat baris serangkap- 8 hingga 12 suku kata- 4 hingga 5 perkataan sebaris-rima akhir abab-mempunyai pembayang dan maksud

1. Murid dibahagi kepada kumpulan berlima. Setiap kumpulan diberi satu perkataan.

2. Murid menyenaraikan perkataan lain yang sama bunyi suku kata akhirnya

3. Murid dibimbing untuk mencipta pembayangnya daripada perkataan yang telah disenaraikan4. Setiap kumpulan menjual pantun pantun empat kerat yang dicipta mengikut kreativiti kumpulan masing-masing kepada kumpulan lain dan sebaliknya akan cuba menjawab pantun yang diberikan oleh pihak lawan.

KB: menjana idea BCB : mencari maklumatBBM : kad perkataanNilai: kasih sayang, bantu-membantu, kerjasama

Aktiviti pengayaan dan pemulihan1. Pengayaan

2 kumpulan yang terbaik diminta membuat aktiviti berbalas pantun di hadapan kelas menggunakan pantun yang telah di hasilkan. 2. PemulihanMurid melengkapkan pantun berdasarkan pembayang dan maksud pantun yang diberikan.

PenutupKognitif : Cara melafazkan pantun dengan betul Ciri-ciri pantun empat kerat

Sosial :Nilai : kasih sayang, cinta- menyintai1. Guru meminta murid melafazkan pantun dengan betul2. Guru membuat ulasan tentang ciri-ciri pantun3. Guru mengakhiri pelajaran dengan menerapkan nilai-nilai murni

KB : menhubung kaitNilai : kasih sayang, cinta-menyintaiBBM : pantun

4.0Kekuatan dan Kelemahan aktiviti pantun di dalam bilik darjah

4.1Kelebihan Aktiviti Pantu Di Dalam Bilik Darjah

Penggunaan KOMSAS dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam menggunakan bahasa yang meluas dan tinggi kerana karya-karyasastera mengandungi bahasa-bahasa yang indah, tinggi dan perbendaharan kata yang banyak. Selanjutnya Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001) menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada pelajar kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskanmengikut peringkat umur pelajar.

Terdapat pelbagai jenis karya sastera yang mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar. Oleh itu, terpulanglah kepada guru untuk memilih, menilai dan menyesuaikan bahan sastera tersebut dengan pengajarannya.Menurut Ismail Ahmad (Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud, 2001), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu akan membuka ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakatdan budayanya.Manakala menurut Subadrah Nair (Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud,2001), pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dankefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar.Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat membantu pelajar.

Secara khususnya terdapat beberapa kelebihan menjalankan aktiviti berbalas pantun diBilik darjah antaranya:

i)Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.

ii)Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.

iii)Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.

iv)Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.

v)Aktiviti berbalas pantun merupakan P&P yang konstruktif dengan pendekatan berpusatkan Pelajar. Pelajar-pelajar mempunyai ruang yang lebih untuk berfikir dan berbincang sesama mereka dengan untuk menghasilkan pantun yang baik.

4.2Kelemahan Aktiviti Pantun Di Dalam Bilik DarjahDalam melaksanakan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan proses P&P, antaranya:i)Masa P&P yang singkat tidak mencukupi untuk mengajar dan membolehkan pelajar-pelajar menghasilkan pantun yang baik. Untuk itu adalah sukar untuk mengadakan aktiviti berbalas pantun sedangkan pelajar kekurangan pengetahuan dan kemahiran berpantun (Noor Hisham Md Nawi, 2011).

ii)Aktiviti berbalas pantun hanya sesuai dijalankan dalam kalangan pelajar yang mempunyai kemahiran sedia ada. tentang pantun. Bagi kelompok pelajar yang baru diperkenalkan atau diajar tentang pantun, aktiviti yang lebih sesuai dijalankan antaranya menyanyikan lagu yang menggunakan pantun seperti lagu Rasa Sayang, Geylang Si Paku Geylang dan lain-lain. Hal ini disebabkan faktor kekangan masa P&P. Aktiviti berbalas pantun memerlukan masa P&P yang panjang berbanding dengan aktiviti nyanyian

iii)Aktiviti berbalas pantun tidak menyeluruh kepada semua pelajar. Aktiviti ini hanya dilakukan oleh beberapa pelajar yang dipilh mewakili kumpulan mereka sahaja. Oleh itu pelajar-plajar yang lemah akan ketinggalan.

vi)Guru mengambil masa yang lebih untuk menerangkan kosa kata yang terdapat dalam pantun yang tidak difahami oleh pelajar. Contohnya rangkap pantun Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, pantun ini sangat indah dan tinggi kualitinya, namun ramai pelajar tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kurik, kundi dan saga. Hal ini mungkin berlaku disebabkan pengaruh persekitaran yang mana pelajar-pelajar tidak mengetahui nama benda-benda persekitaran mereka. Contohanya pelajar di Kedah mungkin mengetahui tentang ikan Temenung, tetapi tidak mengenali apa itu ikan Kembung dan ikan Lumahan iaitu nama lain bagi ikan Temenung yang digunakan di bahagian Selatan dan Sabah.

v)Guru sukar mengawal bilik darjah kerana ada kemungkinan pelajar-pelajar yang menjadi penyokong kumpulan masing-masing akan membuat bising seperti bersorak, menjerit dan menyampuk.

5.0Penutup

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada pendekatan dan juga kreativiti yang digunakan oleh guru. Pendekatan yang baik dan persembahan yang kreatif mampu menarik minat pelajar dalam memahami dan berpartisipasi dalam P&P. Dalam konteks P&P bahasa Melayu, pendekatan dan kreativiti ini amat diperlukan kerana pelajaran bahasa Melayu sering kali dipandang enteng oleh pelajar. Justeru itu keperluan kepada pendekatan yang baik dan juga kreativiti yang tinggi mampu mengatasi masalah ini. Kunci kejayaan pengajaran bahasa Melayu bukan hanya terletak pada terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu halnya dalam penggunaan KOMSAS seperti pantun dalam pengajaran bahasa memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah.Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri agar lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini.

Pengajaran pantun sebagai bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu. Sifat pantun itu sendiri yang mempunyai kata-kata yang indah, pengajaran akhlak dan moral yang tinggi dan boleh dipelajari melalui pelbagai medium seperti dibaca sebagai pantun atau dilagukan mengikut pelbagai irama. Aktiviti berbalas pantun di bilik darjah merupakan salah satu aktiviti yang menarik. Melalui aktiviti ini pelajar-pelajar dapat mempelajari kosa kata bahasa Melayu yang mungkin tidak difahami sebelum itu. Memupuk semangat bekerjasama dalam menghasilkan pantun yang baik, juga berani bercakap di hadapan orang lain.

Aktiviti berbalas pantun merupakan salah satu pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan ini akan dapat meningkatkan kecerdasan dan kreativiti pelajar, di samping meningkatkan darjah keterlibatan mereka. Namun pengawalan masa dan pengawalan bilik darjah menjadi isu yang kritikal disebabkan pengajaran menggunakan KOMSAS seperti ini memakan masa yang lebih panjang serta darjah keterlibatan tanpa kawalan memungkinkan kelas menjadi terlalu bising dan menggagalkan objektif P&P yang dirancang.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Arbaie Sujud. (2001). Integrasi Media: Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ani Awang. (2008). Pantun Suburkan Budaya Bangsa. Diperolehi pada 30 Oktober 2013 dari http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=756

Asmah Hj. Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahsa dan Pustaka.

Balai Pustaka. (1958). Pantun Melayu. Jakarta : Balai Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________________. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

Khadijah Hashim. (1997). 808 Pantun Baru. Shah Alam: Kuala Lumpur: K Publishing Sdn. Bhd.

Mohd. Yusof Md. Nor. (1985). Rampaisari puisi warisan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-Konsep AsasMenurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Diperolehi pada06 Oktober 2013 dari http://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20 semula%20menurut%20GIIM.pdf.

Omardin Haji Ashaari. (1961). Kajian pantun Melayu. Singapura: Malaya Publishin House Limited.

Zainal Abidin Bakar. (1083). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.