Folio Sejarah Tingkatan 1
Transcript of Folio Sejarah Tingkatan 1
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
`ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan
1.0 Penghargaan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Kajian yang dijalankan 4.1 Latar belakang kajian 4.1.1 Salasilah Keluarga 4.1.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
4.1.3 Tokoh dalam Keluarga Sebab-sebab saya memilihnya
sebagai tokoh
4.1 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga
1.0 Penghargaan
ertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan folio P1
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian
salasilah keluarga saya ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada Pn. Asmah bt Husin iaitu guru mata pelajaran
sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi
olehnya semasa menghasilkan folio ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit
sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.
Sekian, terima kasih.
2.0 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan bagi menghasilkan folio Sejarah ini mempunyai
beberapa
objektif seperti yang berikut:
1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya.
2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya
bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi
saya.
3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap
anggota keluarga saya.
4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas
segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya.
5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam
mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk
meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi
oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.
2
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana
memiliki sebuah keluarga yang harmoni dan ceria.
7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod
dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya.
3.0 Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah
seperti berikut:
1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang
merupakan ibu bapa saya serta ahli keluarga yang lain bagi
mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada
melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu
atau sekadar menyaksikannya.
2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji
perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti
yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.
3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat
daripada buku catatan harian ibu bapa saya dan mengumpul
beberapa gambar dari album keluarga.
4.0 Kajian yang dijalankan
4.1 Latar belakang kajian
i. Kedudukan geografi tempat tinggal
Keluarga saya pernah menetap di Taman Seri Hosba, Napoh
Kedah ketika ibu saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar di
Pusat Matrikulasi UUM pada tahun 1996 hingga 2000. Selepas
itu kami berpindah setelah bapa saya membeli sebuah rumah
di Taman Suria, Jitra kedah pada tahun 1998. Pada tahun
2004, bapa saya telah bertukar ke Sekolah Menengah Teknik
Pendang dan kami sekeluarga berpindah pula ke Jalan
3
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Stadium, Alor Setar untuk tinggal bersama datuk (Zainol
Abidin) dan arwah nenek (Tom) sebelah ibu saya.
Setelah ibu saya bertukar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
pada tahun 2009 maka sekali lagi keluarga kami berpindah ke
rumah sekarang di Bandar Puteri Jaya, Sg. Petani Kedah.
Gambar 1 menunjukkan rumah kediaman keluarga di Bandar Puteri Jaya
4
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Rajah 1: Peta menunjukkan lokasi kawasan tempat tinggal pengkaji iaitu Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
Rajah 2: Peta menunjukkan lokasi kawasan tempat tinggal datuk pengkaji iaitu Kuala Ketil
ii. Bilangan ahli keluarga dan bilangan isi rumah
5
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Keluarga saya mempunyai seramai 6 orang ahli dan seorang
pembantu rumah. Senarai bilangan isi rumah di dalam keluarga saya
adalah seperti berikut:
1. Zainol bin Sailan - bapa saya yang merupakan ketua keluarga.
2. Zuraina bt. Zainol Abidin - ibu saya yang merupakan pengurus
rumahtangga.
3. Tiara Syazleena bt. Zainol – kakak sulung yang merupakan ketua
kepada adik-adiknya.
4. Muhammad Ammar Faris bin Zainol - anak kedua sebagai waris
kuat keluarga dan abang kepada adik-adik di bawahnya.
5. Muhammad Danial Harith bin Zainol - anak ketiga adik serta adik
yang mempunyai pendirian yang tegas.
6. Muhammad Merza Danish bin Zainol - anak bongsu adik kecil
yang manja di dalam keluarga.
7. Bibik Seri pembantu rumah dari Indonesia sebagai pekerja yang
membantu ibu untuk menguruskan kerja-kerja rumah.
iii.Latar belakang dan sejarah keluarga
Laporan kajian saya merangkumi:
4.1.1 Salasilah Keluarga
4.1.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
4.1.3 Tokoh dalam Keluarga
4.1.4 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga
6
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
RAZALI & ARSHIMAH MAHANI & YAHAYA HASSAN & RODZIAH MAZNAH & MANSOR ZAHARAH & KUSSIN
NORLIZA FADZLI ANIS MIRA HIDAYAH
NORAINI LYDIA HUSNA ALIA TAUFIQ
NORAIDA FAIZAL IWAN FIRDAUS MURSYID
SYAFIQ FARIDZUL HANAFI
NORSUHAILI NADIA HISHAM
NATASYA
IWAN
ATOI
7
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
4.1.1Salasilah Keluarga
Salasilah keluarga bermaksud asal usul
keturunan sesebuah keluarga. Carta salasilah
keluarga saya (Sila rujuk mukasurat 8) bermula
daripada Sailan b. Sarip iaitu datuk saya
(gambar di sebelah) dan Jariah bt. Martani iaitu
nenek saya. Mereka berasal daripada tempat
yang sama iaitu Kuala Ketil, Kedah. Mereka telah
mendirikan rumahtangga pada 22 Oktober 1954
dan menetap di Kuala Ketil, Kedah. Mereka
mencari pendapatan dengan menoreh getah di sebuah ladang di
Kampung Kuala Merah. Kerja harian di ladang meletihkan dan
ganjarannya pula cukup ala kadar tetapi datuk dan nenek tetap
berbangga dengan kerja mereka.
Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan
sembilan orang anak, iaitu Razali yang dilahirkan pada 17 Ogos 1956,
Mahani yang dilahirkan pada 20 Jun 1957, Hassan saya yang dilahirkan
pada 12 April 1959, Maznah (1961), Zaharah (1963), Zaleha (1965),
Rusnah (1966), dan bapa saya merupakan anak kelapan dalam keluarga
Sailan diberi nama Zainol (dilahirkan pada 13 Ogos 1969) dan yang
bongsu, Mohd Khairil (1979).
Datuk saya dilahirkan dalam keadaan yang seba daif ketika zaman Perang
Dunia Kedua. Dalam serba kesempitan, dan kehidupan keluarga yang
susah beliau berusaha meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja
kampung seperti bertani dan mengusahakan tanah sekangkang kera milik
warisan keluarga. Hidup datuk “ibarat kais pagi makan pagi dan kais
petang makan petang”. Ubi kayu rebus menjadi hidangan untuk mengalas
perut setiap hari. Selepas tamat Perang Dunia Kedua dan keadaan mulai
aman datuk saya membesar sebagai pemuda yang gigih dan berusaha
untuk memperbaiki kehidupan dengan bekerja sebagai penoreh getah
8
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
milik Ladang Malakoff. Keadaan hidup lebih baik dengan pendapatan yang
lebih terjamin meskipun memperolehi gaji yang tidak seberapa. Di
peringkat awal anak sulung datuk saya iaitu Razali hanya bersekolah
setakat darjah enam kerana ketidakmampuan datuk untuk membiayai
pengajiannya.
Apabila keadaan bertambah baik, datuk berusaha untuk memberikan
pendidikan yang sempurna kepada semua anak-anaknya. Hasil penat
lelah bekerja setiap hari serta di atas ketekunan usaha beliau telah
menampakkan hasilnya. Datuk akhirnya dilantik sebagai mandur ladang
tempat beliau menoreh, dengan sejumlah gaji yang semakin bertambah
beliau berjaya memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-
anaknya sehingga mereka boleh berdikari.
Walaupun kini datuk telah menjangkau usia 74 tahun, tetapi atas factor
penjagaan pemakanan serta amalan fizikal yang baik dan rajin beribadah,
datuk masih gagah untuk berdikari malah tidak tegar untuk berdiam diri
di kampong. Datuk masih mengusahakan kebuh getah milik sendiri serta
menternak beberapa ekor lembu sebagai aktiviti sampingan. Semua anak-
anaknya telah berumahtangga dan kini mempunyai seramai 35 orang
cucu serta lima orang cicit.
4.1.2Perkembangan Diri dan Keluarga
Pertemuan bapa saya dan ibu sekitar tahun 1990an telah membawa
mereka ke jinjang pelamin. Kedua ibu bapa saya telah berkahwin pada 31
Mei 1995 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata, seorang
perempuan dan tiga orang anak lelaki. Ketika berkahwin bapa saya
berumur 26 tahun dan masih meneruskan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Manakala ibu
berumur 25 tahun juga meneruskan pengajian Kursus Lepasan Ijazah di
Maktab Perguruan Pulau Pinang.
9
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Kakak sulung saya dilahirkan ketika kedua ibu dan bapa saya masih
berstatus pelajar universiti. Meskipun demikian ini tidak menjadi faktor
penghalang kepada mereka untuk mencurahkan kasih sayang dan berjaya
menamatkan pengajian mereka dengan
cemerlang dalam tempoh yang ditetapkan.
Pengalaman yang ditempuhi oleh kedua orang
tua saya ini menjadi suntikan semangat
kepada saya untuk berjaya di dalam bidang
pelajaran sehingga peringkat yang lebih tinggi
pada suatu hari kelak. Selain daripada bapa
saudara saya yang sedang meneruskan
pengajian di peringkat Doktor Falsafah pada
ketika ini, ibu bapa saya juga merupakan idola bagi diri saya selama ini.
4.2.1 Bapa Saya
Nama bapa saya ialah Zainol bin Sailan, dilahirkan di Kuala Ketil Kedah
pada 13 Ogos, 1969. Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Kuala Merah dari tahun 1976 hingga 1981. Sewaktu di
sekolah rendah bapa saya dilantik menjadi ketua pengawas sekolah serta
aktif mewakili sekolah dalam acara sukan seperti sepaktakraw, olahraga,
catur, serta kuiz Sejarah dan kuiz Sains.
Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kuala
Ketil dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Stelah mendapat keputusan
peperiksaan yang cemerlang dalam SRP, beliau menyambung
persekolahan ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar selama dua tahun
dalam bidang Kejuruteraan Awam dan tinggal di asrama yang disediakan.
Beliau mempunyai keperibadian yang ramah dan mudah mesra sehingga
disenangi oleh rakan-rakan dan juga guru-guru.
Selepas memperolehi pangkat 1 dalam SPM, melayakkan beliau
ditawarkan untuk menyambung pengajian di Institut Teknologi Mara
10
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Cawangan Sri Manjung dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilbapa.
Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada waktu itu,
serta kesedaran bahawa bapa perlu membantu untuk menyara datuk
yang sudah tua maka bapa saya nekad untuk menjadi guru
dan memasuki Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1987 dalam bidang
Binaan Bangunan. Beliau seterusnya mengajar di Sekolah menengah
Teknik Melaka Tengah pada tahun 1991. Bapa saya menyambung
pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1994 dalam bidang
Kejuruteraan Awam seterusnya ke peringkat sarjana dalam bidang
multimedia di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1999. Kini bapa saya
bertugas di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2 dan mengajar mata
pelajaran Kejuruteraan dan Komputer.
Semasa muda bapa saya aktif dalam sukan dan pernah ke peringkat
kebangsaan dalam pertandingan badminton. Begitu juga pernah mewakili
negeri dalam sayembara deklamasi puisi serta pidato kenegaraan. Begitu
juga dalam acara debat, beliau pernah mewakili UTM semasa
pertandingan debat antara universiti.
Bapa saya juga gemarkan aktiviti lasak dan kini aktif menyertai kelab
motorsikal berkuasa tinggi Sungai Petani. Belau baru saja menamatkan
jelajah ke Golden Triangle selama lapan hari menjangkau jarak melebihi
5000 km pergi dan balik. Belaiu juga aktif menyertai minggu motorsikal
seperti “Surathani Bike Week”, “Hatyai Bike Week” serta aktiviti
permotoran yang lain seperti MotoGP dan Autoshow. Sekarang bapa saya
dalam perancangan untuk “Kembara ke Myanmar” pada hujunjg tahun
2010.
11
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 2 menunjukkan bapa di “Landasan keretapi maut” di Kanchanaburi, Thailand sewaktu berkonvoi ke Golden Triangle
Gambar 3 menunjukkan bapa di Maehonsong Thailand dalam laluan “merentasi seribu selekoh”
4.2.2 Ibu Saya
12
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Nama ibu saya Zuraina bt. Zainol Abidin. Beliau dilahirkan di Alor Setar,
Kedah pada 9 Oktober 1970. Ibu saya mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Haji Mohamad Sharif dari tahun 1977 hingga 1982.
Sewaktu di sekolah rendah ibu saya menjadi
pengawas perpustakaan serta aktif mewakili
sekolah dalam acara sukan seperti bola jaring dan
olahraga.
Seterusnya beliau menyambung pengajian ke
Sekolah Menengah Darulaman dari tahun 1983
hingga tahun 1987. Selepas SPM, beliau
menyambung persekolahan ke tingkatan enam di Sekolah Menengah
Dato’ Syed Omar Alor Setar selama dua tahun.
Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM,
beliau berjaya melayakkan diri untuk menyambung pengajian di
Universiti Utara Malaysia, Sintok dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda, ibu saya bekerja di Jafila Travel
Agency sebagai pegawai akaun. Ibu saya menyambung pengajian ke
peringkat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab perguruan
Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1994. Seterusnya beliau di
tempatkan untuk bertugas di Kolej Matrikulasi UUM pada tahun 1996. Ibu
saya bertukar ke Kolej Matrikulasi Arau, Perlis pada tahun 2000. Ibu saya
menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di UUM pada bulan Julai
1998. Seterusnya ibu saya bertukar ke Kolej Matrikulasi Pongsu Seribu,
Pulau Pinang pada tahun 2009.
Sekarang ibu saya aktif dalam penyelidikan pendidikan (R&D) dan sering
membentangkan kajian beliau di peringkat kebangsaan anjuran Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu beliau dan
kumpulannya telah terlibat dalam Kumpulan Inovasi Kerja (KIK) kolejnya
dan berjaya memenangi emas di dalam Konvensyen peringkat Wilayah
Utara anjuran MPC, Pulau Pinang.
13
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Ibu saya sangat berminat dengan bidang kerjayanya dan para pelajar di
kolej beliau sangat menyayangi beliau. Ibu saya suka melihat kejayaan
anak-anak bangsa berjaya memasuki pusat pengajian tinggi sehingga ke
peringkat yang tertinggi. Begitu juga harapan ibu terhadap anak-anaknya
supaya masing-masing tekun dalam pelajaran dan berjaya sehingga ke
IPT.
Gambar 4 menunjukkan ibu kesayangan saya
14
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 5 menunjukkan ibu juga berkongsi minat dengan bapa dan sering berkonvoi bersama
4.2.3Diri Saya
Nama saya Muhammad Ammar Faris b. Zainol, dilahirkan di Hospital
Besar, Alor Setar Kedah pada 10 Mac, 1997. Saya merupakan anak kedua
dari empat orang adik beradik. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang
jurutera mekatronik kerana minat yang mendalam terhadap bidang
mekanikal, komputer dan elektronik. Saya mula mengenali alam
persekolahan pada tahun 2001 dengan memasuki tadika “Children
Corner” di Alor Setar. Pada tahun 2002 saya belajar di peringkat Pra
sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
15
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Saya meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul
Halim pada tahun 2003. Saya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Haji
Mohammad Sharif pada tahun 2006. Seterusnya ketika memasuki darjah
lima saya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil kerana mengikuti
bapa saya yang bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sg.
Petani 2.
Sewaktu di sekolah rendah saya dilantik menjadi ketua paltun kadet
sekolah serta aktif mewakili sekolah dalam acara sukan seperti badminton
dan bola sepak. Saya menyambung pengajian ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Pinang Tunggal pada awal Januari 2010 dan bertukar ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
pada pertengahan Januari 2010 kerana mengikut ibu saya yang bertugas
di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang terletak di Kepala Batas.
Saya amat selesa dan berbangga kerana diterima untuk belajar di sini
memandangkan suasana persekitarannya di kelilingi oleh Institusi
Pengajian Tinggi. Sedikit sebanyak saya dapat merasai bahang
keseronokkan belajar di peringkat yang tinggi. Selain itu sekolah saya
sangat cantik, selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur
yang lengkap. Suasana sekolah yang kondusif serta guru-gurunya yang
sangat komited di dalam bidang pendidikan menjadi faktor pendorong
kepada saya untuk terus belajar di sini sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang di dalam bidang pelajaran.
16
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 6 menunjukkan saya bersama motor idaman jenis Ducati sewaktu menyaksikan Sepang MotoGP 2009
4.2.4 Kakak Saya
Nama kakak saya ialah Tiara Syazleena bt. Zainol. Beliau dilahirkan pada
13 Januari 1996 dan bersekolah di SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani di
dalam tingkatan dua. Seperti saya, kakak juga mendapat pendidikan awal
di Tadika Children Corner dan bersekolah di Sekolah kebangsaan Hj
Mohammad Sharif, Alor Setar. Beliau juga turut berpindah sekolah ke
Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil kerana mengikuti bapa saya yang bertukar ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sg. Petani 2.
4.2.5 Adik saya
Saya mempunyai dua orang adik iaitu Muhammad Danial Harith
(dilahirkan 1 November 2000) yang berusia sepuluh tahun dan
Muhammad Merza Danish (dilahirkan pada 16 November 2004) yang
berumur enam tahun. Muhammad Danial bersekolah di Sekolah
17
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
kebangsaan Sungai Pasir kecil, Sungai Petani sementara Muhammad
Merza Danish bersekolah di Tadikah Al-Islah Al-Falah, Bandar Puteri Jaya.
Gambar 7 menunjukkan sambutan hari lahir adik saya
4.3 Tokoh dalam keluarga dan sebab-sebab ketokohannya
Bapa saudara saya Muhammad Khairil b. Sailan boleh dijadikan tokoh
dalam keluarga kerana beliau serba boleh serta mempunyai tahap
pendidikan tertinggi dalam keluarga. Beliau yang mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Merah sehingga darjah enam telah
menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim,
Sungai petani sehingga tingkatan lima. Seterusnya beliau memasuki
Institiut Teknologi Mara Cawangan Perlis Dalam Bidang kejuruteraan
Elektrik.
Setelah menamatkan pengajian di UiTM, beliau telah ditawarkan berkerja
di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai Pegawai Sistem Maklumat
18
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
berpangkat Penolong Pengarah. Kini beliau sedang mengikuti pengajian
di peringkat Doktor
Falsafah dengan mendapat tajaan penuh dalam bidang “networking” di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun sepatutnya beliau
menyambung pengajian di Amerika Syarikat tetapi kegawatan ekonomi
mempunyai rahmat yang tersendiri apabila sekadar belajar di dalam
negara yang membolehkannya terus berada berhampiran keluarga
tercinta. Selain mahir dalam bidang computer dan ICT, beliau juga
mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang elektrik dan elektronik malah
sentiasa menjadi rujukan sekiranya terdapat masalah berkaitan bidang
tersebut.
Beliau merupakan idola saya kerana mempunyai minat yang sama dalam
bidang elektronik dan komputer. Selain itu beliau juga aktif dalam bidang
sukan, malah pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan bola tampar
ke luar negara. Beliau juga pernah mencipta rekod negeri Kedah dalam
acara lompat tinggi bawah 12 tahun serta terpilih mewakili negeri dalam
acara kriket.
Sejak saya kecil lagi, bapa saudara saya telah menanamkan minat untuk
mengendalikan komputer serta mendedahkan saya dengan permainan
berkomputer seperti X-box, Play-station dan lain-lain lagi. Selain itu,
beliau juga menasihati saya agar mempunyai minat untuk membaca
disebabkan beliau sendiri suka membaca. Beliau selalu berkata bahawa
membaca adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca
bukan sekadar membantu saya berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan
mental
dan sosial saya dengan lebih baik. Setiap kali saya mendapat kejayaan
dalam pelajaran, bapa saudara saya akan menghadiahkan buku sebagai
satu dorongan untuk menambahkan lagi minat saya untuk membaca.
19
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Bapa saudara mempunyai ciri-ciri perawakan yang baik semenjak beliau
kecil lagi. Beliau anak yang sangat disayangi oleh datuk dan nenek serta
menjadi kebanggaan keluarga kerana sering mendapat pencapaian yang
cemerlang di dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-
kurikulum.
Daripada umur remaja lagi beliau sangat ringan tulang dan suka
membantu orang kampung untuk membetulkan barang-barang elektrik
dan peralatan yang terdapat di masjid dan dewan orang ramai di
Kampung Kuala Merah. Orang-orang kampung sangat menyenangi beliau
sebagai anak muda yang bersopan-santun dan sangat menghormati
orang-orang tua.
Pada pemikiran saya mungkin dengan sebab inilah paksu saya terpilih
sebagai menantu kepada jiran dan juga kawan baik datuk saya yang
merupakan orang kaya di kampung kami. Perkahwinan beliau diatur oleh
orangtua dan beliau bersetuju dengan pilihan mereka. Sekarang paksu
berbahagia bersama maksu yang baru melahirkan anak kedua mereka.
Mereka dikurniakan sepasang anak yang sangat
comel dan tinggal di sebuah kondominium bertempat di Kajang, Selangor
agak berdekatan dengan tempat bertugas beliau iaitu Putrajaya.
20
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 8 menunjukkan bapa saudara saya Mohd khairil bersama keluarganya
4.4 Peristiwa Bersejarah Dalam keluarga
4.4.1 Perkahwinan Ibu dan Bapa
Ibu dan bapa saya berkahwin pada 31 Mei 1995 dan majlis
pernikahan berlansung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar
ketika bapa dan ibu masing-masing berumur 26 dan 25 tahun.
Majlis perkahwinan berlangsung meriah kerana majlis
perkahwinan ibu dan bapa dilangsungkan serentak dengan
majlis perkahwinan bapa saudara kami iaitu Dr. Shaharil dan
pasangannya Rozuna Dagang. Majlis berlangsung meriah
dengan kehadiran ramai sanak saudara jauh dan dekat yang
berkumpul.
21
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 9 menunjukkan majlis perkahwinan ibu dan bapa saya
4.4.2 Majlis Konvokesyen Ibu dan bapa
Majlis konvokesyen ibu dan bapa yang masing-masing
berlangsung dua kali sedikit sebanyak memberikan motivasi
kepada saya. Bapa adalah graduan dari UTM dan USM,
sementara ibu pula graduan dari UUM. Majlis konvokesyen
sehingga ke peringkat Sarjana memberi kepuasan tidak
terhingga kepada ibu dan bapa atas penat lelah belajar selama
ini walaupun sudah mempunyai anak yang ramai serta sambil
bekerja.
22
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 10 dan 11 menunjukkan hari konvokesyen kali kedua bagi ibu dan ayah
23
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
4.4.3 Percutian Keluarga Terkini ke Krabi, Songkhla dan Hat Yai,
Thailand
pada tahun 2010
Hubungan kekeluargaan yang erat, harmoni dan ceria
merupakan faktor penting yang mempengaruhi motivasi anak-
anak. Atas sebab-sebab yang tersebutlah ibu dan bapa saya
sering membawa kami sekeluarga bercuti samada di dalam
atau luar negara. Antara percutian yang tidak dapat dilupakan
adalah percutian ke Krabi di mana kami serta kawan-kawan ibu
dan bapa telah pergi secara berkonvoi kereta dengan ahli
keluarga masing-masing ke sana. Sesampai sahaja di Krabi,
kami menginap di Hotel Amandari di Pantai Aonang yang
memang terkenal dengan keindahan pantai dan kepulauannya.
Kami menyewa bot laju untuk mengelilingi empat pulau
antaranya “Chicken Island” dan “Phi Phi Island”. Peluang ini
kami gunakan untuk aktiviti menyelam atau ‘snokling’ dan
berjemur di tepi pantai bersama seorang “tourist guide” lelaki
yang menggelarkan dirinya sebagai Michelle.
Beliau seorang yang peramah dan mesra dengan kanak-kanak.
Mulutnya yang petah berbicara banyak memberi penerangan
tentang pulau-pulau yang menarik dan cerita sejarah di sebalik
terbentuknya pulau-pulau yang berkenaan. Bak pepatah
Melayu “Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak
pengalaman”, itulah moto yang pegang ketika bercuti bersama
keluarga.
Selain mengetahui negeri Thailand di dalam peta yang
dipelajari di dalam subjek Sejarah dan Geografi kini saya
mengenali negeri ini dengan lebih dekat lagi melalui percutian
ini. Pelbagai aktiviti dan lawatan ke tempat –tempat menarik
di negara ini telah mendedahkan pelbagai pengalaman dan
pengetahuan saya tentang penduduk, budaya, makanan serta
24
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
aktiviti ekonominya seperti pertanian, perikanan, kraftangan,
perniagaan serta sektor pelancongan di negara ini adalah amat
memberangsangkan sekali.
Sekarang saya semakin menghargai alam sekitar melalui
keindahan yang saya nikmati sewaktu percutian tersebut. Saya
sangat bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan
keamanan, kedamaian dan keharmonian kepada Negara
Malaysia.
Gambar 12 menunjukkan percutian di Krabi, Thailand
25
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Gambar 13 menunjukkan percutian di kepulauan Thailand
Gambar 15 menunjukkan aktiviti snokling bersama kawan-kawan
Rumusan
26
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
Setelah menjalankan kajian ini saya mendapati hasil yang diperolehi
memberikan banyak pengajaran kepada diri saya. Saya dapat
mengetahui bagaimana kesusahan dan kepayahan hidup pada zaman
dahulu. Saya juga dapat memahami kesannya sekiranya kita Setelah
menjalankan kajian ini saya mendapati hasil yang diperolehi
memberikan banyak pengajaran kepada diri saya. Saya dapat
mengetahui bagaimana kesusahan dan kepayahan hidup pada zaman
dahulu. Kesannya saya juga dapat memahami bahawa kemewahan
dan kesenangan hidup boleh diperolehi sekiranya kita kuat berusaha
dan setelah berjaya di dalam pelajaran. Anak yang berjaya sentiasa
menjadi kebanggaan keluarga.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang diperolehi daripada kajian
ini . Untuk menghasilkan sesuatu tugasan sehingga berjaya bukan
sekelip mata bak pepatah melayu yang menyatakan ”yang bulat ianya
bukan datang bergolek dan yang pipih ianya bukan datang melayang’
sebaliknya memerlukan usaha gigih kita dan mengambil masa yang
panjang.
5.0 Lampiran
e) Soalselidik
Temuramah
Siapa nama bapa kepada datuk saya, datuk berasal dari mana, datuk
bekerja sebagai apa dan di mana. Bolehkah saya dapatkan tarikh lahir
setiap ahli keluarga kita. Di manakah tempat tinggal kita sejak dulu lagi.
Di manakah ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain bersekolah dan
belajar di peringkat tinggi. Bila ibu dan ayah berkahwin. Di mana dan
apakah nama majikan ibu dan ayah. Apakah kejayaan –kejayaan yang
telah diraih oleh setiap ahli keluarga kita.
27
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
28
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
29
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
KAJIAN SEJARAH TINGKATAN 1
TAJUK:SALASILAH KELUARGA (SAYA)
NAMA CALON : MUHAMMAD AMMAR FARIS B ZAINOLNO. K. PENGENALAN : 970310-02-5279NAMA SEKOLAH : SMK KEPALA BATAS P.PINANGNAMA GURU PENILAI : PN. ASMAH BT HUSIN
TANDA TANGAN GURU PENILAI: …………………………………………
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB
30