FINAL TITAS 15.1.2015.doc

38
____________________________________________________________________ _____SADN1013 1.0 Pengenalan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sejarah Malaysia khasnya dan di dalam Tamadun Melayu amnya. Kemunculan Melaka pada awal kurun ke-15 banyak membawa perubahan terhadap Tanah Melayu dan rantau Asia Tenggara. Sejarah K esultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara , seorang raja Srivijaya dari Palembang , yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424 . Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara berasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

Transcript of FINAL TITAS 15.1.2015.doc

Page 1: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

1.0 Pengenalan

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kedudukan yang istimewa

dalam sejarah Malaysia khasnya dan di dalam Tamadun Melayu amnya.

Kemunculan Melaka pada awal kurun ke-15 banyak membawa perubahan

terhadap Tanah Melayu dan rantau Asia Tenggara. Sejarah Kesultanan

Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya

dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama

Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh.

Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih

telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara

berasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan

dinamakan sebagai Negeri Melaka.

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

Page 2: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2

Page 3: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga

ditewaskan oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de

Albuquerque pada tahun 1511. Empayar Melaka mencapai kemuncak

kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah yang terdiri daripada

Tanah Melayu, (kini Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian

besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit

di selatan (pulau Jawa ). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka,

lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak ,Hang Tuah lima bersaudara

yang merupakan pahlawan besar ketika itu. Kerajaan Melayu Melaka

mempunya wilayah lingkungan pengaruh yang luas. Sempadannya tidak

ditetapkan seperti sempadan moden. Kedaulatan merupakan kuasa

tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah. Kedaulatan merujuk

kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah atau raja.

Melaka berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan

yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16 dan ia

juga merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai

pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.

Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa

yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He

who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Faktor-faktor

yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju

adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat

Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India,

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 3

Page 4: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan

selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan

Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan

Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru

menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai

kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang

semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di

Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti

Siam, Srivijaya dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah

kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat

perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik

tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat

Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya

kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat

perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan

infrastruktur yang moden.

Negara Malaysia telah melalui pelbagai proses untuk berada pada

tahap sekarang. Bermula dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,

penjajahan Inggeris dan Jepun dan kini kemerdekaan. Justeru itu, banyak

kesan dan perubahan yang berlaku kepada Malaysia terutamanya

daripada aspek ekonomi dan sosial rakyatnya.

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 4

Page 5: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

2.1 Kedatangan Agama Islam ke Melaka

Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat

Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara

merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sifat

agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek

kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk

menganut agama Islam dan apabila sultan memeluk agama Islam rakyat

turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam. Sejak itu

Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Islam

berkembang melalui aktiviti perdagangan pedagang dari Sumatera yang

datang berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam. Pulau

Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang dari Arab

dan India turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja

Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah

Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan

Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah

berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam

berkembang subur di Melaka. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar

Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 5

Page 6: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai

Hukum Kanun Melaka.

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Islam telah membawa

banyak perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio budaya

masyarakat Melayu. Agama Islam telah membawa ajaran dan tamadun

yang lebih tinggi dan lengkap, lebih rasional dan logik serta lebih mudah

diterima oleh masyarakat Melayu. Berpandukan kepada konsep

rasionalisme inilah, masyarakat Melayu dengan sendiri menolak

kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman Animisme. Akhirnya Tamadun

Islam sedikit demi sedikit telah berjaya melunturkan kegemilangan

tamadun Hindu sebelumnya di Tanah Melayu. Kini Islam telah

berkembang dengan pesatnya dan menjadi agama rasmi di Malaysia.

Antara perkembangan yang wujud dan diteruskan sehingga kini ialah :

2.1.1 Tulisan Jawi

Kedatangan agama islam telah memperkenalkan tulisan jawi di

Melaka. Dengan berkembangnya agama Islam, tulisan jawi juga turut

berkembang. Di samping digunakan dalam penggunaan kitab agama,

seperti Duri'l Mazlum, tulisan jawi juga digunakan bagi penulisan yang lain

seperti surat menyurat diraja, watikah, hukum kanun, surat peribadi dan

karya sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan yang

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 6

Page 7: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

dilakukan dalam kerajaan Melaka adalah dalam tulisan jawi. Oleh sebab

itu, naskah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka seperti Sejarah

Melayu, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis dalam

tulisan jawi.

Sejak itulah Tulisan Jawi digunakan secara menyeluruh bagi menulis

kitab-kitab agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah-risalah

termasuk juga surat-surat perjanjian, perutusan-perutusan, dan

pemasyhuran rasmi kerajaan dengan negara-negara luar. Pada zaman ini,

tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab terbukti kemampuannya

menjadi media ilmiah, peradaban, komunikasi, pentadbiran dan politik.

Tulisan Rumi telah diperkenalkan oleh penjajah barat terutama dalam

sistem pendidikan yang berorientasikan pendidikan dunia barat. Pada

ketika itu jugalah peranan tulisan Jawi sedikit demi sedikit mula terhakis

dari perhatian masyarakat Melayu sendiri. Menurut Samat Buang dalam

artikelnya Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi menyatakan “bahawa kita

tidak harus mengekalkan mentaliti penjajah seperti R.J. Wilkinson yang

dengan sengaja membunuh tulisan jawi dengan memperkenalkan tulisan

Rumi.

Justeru, antara langkah yang diambil oleh kerajaan bagi

memartabatkan serta mengekalkan tulisan Jawi supaya seni warisan ini

tidak hanyut ditelan zaman ialah melalui sistem pendidikan negara

dengan menjadikan kemahiran menulis dan membaca tulisan Jawi teras

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 7

Page 8: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh

negara. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan

Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa

Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan

Model kelas Pemulihan Jawi. Ia diajar oleh guru khas pemulihan jawi

dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah

dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah digalakkan

menubuh Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di

peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan

yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT

sedia ada. Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya

ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk cekap dan menguasai

kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran

dengan lancar.

2.1.2 Cara Pendakwahan

Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka cara dakwah disebarkan

menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main

puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur

kehinduan. Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 8

Page 9: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

bentuk upacara ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat

suci dan tujuan diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman

mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu,

proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini

banyak dilakukan di istana-istana.

Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan

kemajuan media yang lebih canggih dan diterima umum dan sekarang

mereka berada dalam era yang dikenali sebagai era multimedia. Dalam

sifat yang lebih global, perkembangan teknologi menjadi pemangkin

dalam usaha penyebaran dakwah melalui pelbagai wahana yang

disediakan oleh teknologi. Contohnya aplikasi internet, drama, filem dan

iklan, animasi, radio, televisyen dan banyak lagi aplikasi terkini yang

terlalu mudah untuk dicapai. Teknologi membuka ruang kepada

penyebaran maklumat mengenai agama islam dengan lebih pantas dan

berkesan.

2.1.3 Kesusasteraan

Karya kesusasteraan dihasilkan pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka sama ada karya asal atau pun yang diterjemahkan daripada

bahasa Arab dan Parsi. Antara karya yang paling popular pada zaman itu

ialah Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat

Iskandar Dzulkarnain. Bahasa dan kesusasteraan Melayu turut

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 9

Page 10: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

berkembang melalui tulisan jawi dan perkembangan ini dapat dilihat

bukan sahaja dalam kitab serta karya sastera semasa zaman Melaka,

malah dalam karya-karya pada zaman selepas itu.

Kini Kesusasteraan Melayu telah berkembang dengan meluas dan

karya terhasil dalam pelbagai bentuk seperti novel dan cerpen. Peranan

kerajaan dalam memastikan kesusasteraan melayu terus diperjuangkan,

mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah dimasukan di dalam sistem

pendidikan sebagai salah satu subjek elektif di sekolah menengah .

Sesetengah karya sastera yang sesuai juga turut dijadikan sebagai buku

teks sekolah. Usman Awang adalah Tokoh Sasterawan Negara yang

popular dan ingati. Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden,

khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama

Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat

sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar

negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair

dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap

tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak

pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan

situasi.

2.2 Struktur Sosial Masyarakat

Dalam sistem masyarakat pula, kita dapati masyarakat di Malaysia

terdiri daripada beberapa golongan atau berbangsa-bangsa, mengikut

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 10

Page 11: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

keturunan masing-masing. Golongan tertinggi sekali ialah bangsa raja,

iaitu terdiri daripada raja dan kerabat-kerabat baginda. Seterusnya ,

bangsa bangsawan yang secara amnya dikenali juga sebagai orang-orang

kaya. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah. Golongan

kedua yang juga di kenali sebagai Golongan Yang Diperintah terdiri

daripada bangsa orang merdeka, iaitu orang kebanyakan atau orang

awam dan juga golongan hamba. Adanya hierarki dalam masyarakat

Melayu tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan

pemerintah dan golongan yang diperintah untuk membezakan kedudukan

dan penghormatan. Perbezaan ini juga dapat menentukan tugas dan

tanggungjawab masing-masing. Asal usul berbangsa-bangsa ini tidak

dapat diketahui, tetapi kemungkinan besar diwarisi dan disesuaikan

daripada sistem masyarakat di Srivijaya. Ahli sejarah mengatakan bahawa

masyarakat Hindu Srivijaya juga terbahagi kepada beberapa golongan

yang hampir sama yang terdapat di Melaka. Jika ini benar, maka bolehlah

dianggap bahawa masyarakat Melaka, terutamanya pada awalnya

dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dari Srivijaya. Begitulah juga dengan

beberapa adat istiadat yang diamalkan di dalam kehidupan masyarakat

Malaysia sehari-hari. Contohnya dalam adat istiadat perkahwinan,

upacara seperti berinai, bersanding dan makan bersuap menunjukkan

wujudnya pengaruh agama Hindu.

Perkembangan di dalam struktur sosial masyarakat di Malaysia

dipanggil Mobiliti sosial. Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan

kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 11

Page 12: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

yang rendah ke aras yang lebih baik. Proses gerak pindah ini boleh

menjadi hasil yang positif atau negatif kerana risikonya sangat tinggi.

Berubah ke satu aras hidup yang lebih baik adalah impian bagi setiap

orang kerana keselesaan dan kebahagiaan yang akan dinikmati kelak

dapat merubah keadaan hidup yang sedia ada. Paul B. Horton

mentakrifkan mobiliti sosial sebagai gerakan perpindahan dari satu kelas

sosial ke kelas sosial yang lain. Tafsiran Kimball Young dan Raymond W.

Mack pula lebih kepada struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola

yang mengatur kelompok sosial berkenaan (http://id.wikipedia.org).

Mobiliti sosial ini lebih mudah berlaku dalam masyarakat yang terbuka

dan menjadikan persaingan sebagai pilihan memajukan negara manakal

masyarakat yang tertutup akan terus berada dalam kemunduran dan

lambat untuk berubah kerana sentiasa terikat dengan penjara pemikiran

yang diterjemahkan dalam bentuk sistem feudal, kasta atau ideologi.

Kemerdekaan negara telah memberi peluang dan ruang kepada

masyarakat Malaysia untuk hidup dengan lebih bebas dan terbuka bagi

menentukan hala tuju negara mereka sendiri. Kemasukan beramai-ramai

imigran asing ke negara itu menjadikan mobiliti sosial agak bercelaru dan

kerajaannya terpaksa berdepan dengan cabaran baru yang belum pernah

mereka alami.

Perubahan mobiliti sosial yang sangat jelas di Malaysia ialah

ketegasan kerajaan memecahkan pengenalan kaum berasaskan

pekerjaan. Proses pembaharuan ini telah dilaksanakan secara terancang

melalui pendidikan, pembangunan ekonomi, kestabilan politik dan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 12

Page 13: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

toleransi agama. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah pemacu kepada kepesatan

mobiliti sosial yang menyaksikan pembentukan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) dengan serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan

penyusunan semula masyarakat. Dua objektif ini berlangsung selama 20

tahun yang memperlihatkan tumpuan kepada mengeluarkan kelompok

masyarakat miskin dan termiskin daripada warisan tradisi nenek moyang

yang pernah terjajah dahulu iaitu kemiskinan.

Di Malaysia, sektor ekonomi dikawal oleh etnik Cina yang

mendominasi sebahagian besar kek ekonomi negara. Manakala kuasa

politik dipegang sepenuhnya dengan utuh oleh etnik Melayu bagi

mempastikan iklim pembangunan yang positif dan terkawal. Dalam

suasana yang harmoni, pembangunan negara dapat digerakkan ke arah

kemajuan dan membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Malaysia

melangkah setapak lagi dalam usaha pengukuhan mobiliti sosial ini

dengan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. YAB

Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan

baru-baru ini telah memberi nilai yang amat bermakna kepada jiwa

masyarakat Malaysia yang telah dibenakkan dengan pembangunan fizikal

yang pesat.

Kejayaan mobiliti sosial rakyat Malaysia seterusnya akan ditentukan

oleh gaya kepimpinan ketua kerajaan yang sedia ada. Cabaran globalisasi

menjadi faktor penghalang yang akan melambatkan kesaksamaan sosial

di dalam masyarakat. Jurang stratifikasi sosial yang luas akan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 13

Page 14: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

mewujudkan tiga kategori kelas iaitu Kelas Atasan (golongan kaya), Kelas

Pertengahan, Kelas Bawahan (golongan miskin), Di luar Kelas (golongan

paling miskin). Adalah sukar untuk memisahkan keempat-empat golongan

ini dalam jangka masa singkat kerana nilai, budaya dan cara berfikir

berbeza-beza. Bagaimanapun pendidikan akan merubah susunan kelas ini

dalam jangka masa panjang kerana melalui pendidikan, berlakunya

perubahan mental dan tingkah laku yang diingini. Peningkatan mobiliti

sosial di Malaysia banyak disumbangkan oleh kesedaran kepimpinan

terhadap peranan pendidikan bagi memajukan rakyat Malaysia.

2.3 Adat dan Undang-undang

Adat ialah undang-undang tidak bertulis yang yang menjadi amalan

dan harus dipatuhi. Manakala undang-undang pula ialah peraturan yang

diterima dan dipakai oleh sesebuah masyarakat dan ia termaktub dalam

bentuk yang bertulis. Undang-undang dalam masyarakat melayu lama

biasanya merangkumi semua aspek dalam kehidupan masyarakat. Aspek-

aspek tersebut ialah hak raja dan pembesar serta rakyat kekeluargaan,

jenayah, perniagaan dan perdagangan serta undang-undang laut.

Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa

undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku

dalam masyarakat. Namun begitu, terdapat pelbagai definisi undang-

undang oleh ahli falsafah terkenal. Contohnya, Austin mendefinisikan

undang –undang sebagai “perintah yang dikeluarkan oleh satu badan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 14

Page 15: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

yang berkuasa untuk orang-ornag biasa dan dikuatkuasakan melalui

hukuman”.

Daripada segi pembentukan undang-undang pula ia digubal atas

perintah raja. Biasanya ciri-ciri undang-undang tersebut disesuaikan

daripada amalan-amalan biasa masyarakat yang diamalkan sejak zaman

turun temurun. Oleh kerana penggubalan satu-satu undang-undang itu

adalah atas perintah dan kehendak raja, maka seringkali kita dapati

golongan raja mendapat banyak peruntukan istimewa dalam undang-

undang tersebut. Raja juga tidak boleh didakwa tetapi baginda adalah

hakim tertinggi dalam mana-mana keadilan ke atas kesalahan yang

dibuat oleh oleh rakyat jelatanya.

Undang-undang yang terdapat dalam masyarakat melayu tradisi

mempunyai banyak pengaruh hindu. Namun demikian, berikutan dengan

kedatangan islam, maka kita dapati undang-undang melayu telah

diubahsuai mengikut hukum-hukum islam. Apa yang penting ialah baik

adat mahupun undang-undang, kedua-duanya merupakan gambaran

pemikiran masyarakat melayu pada zaman itu.

Secara umumnya adat dan undang-undang adalah alat yang sangat

penting bagi mengawal perilaku ahli-ahli serta membentuk peraturan

dalam sesebuah masyarakat. Kebanyakan ahli masyarakat pula menerima

baik adat mahupun peraturan sebagai sebahagian daripada kehidupan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 15

Page 16: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

mereka. Terdapat banyak adat yang diamalkan dalam masyarakat melayu

pada zaman dahulu. Antaranya ialah adat pepatih dan terengganu

manakala undang-undang yang paling terkenal ialah undang-undang laut

melaka dan hukum kanun melaka. Undang-undang yang dipraktikkan di

Malaysia terbahagi kepada dua jenis. Antaranya adalah sumber bertulis

dan sumber tidak bertulis.

2.3.1 Sumber Bertulis

Sumber bertulis merupakan sumber utama undang-undang

Malaysia. Ia merujuk kepada undang-undang yang telah digubal oleh

badan perundangan. Undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang

bertulis kerana ia bertulis, spesifik, dan distatutorikan melalui Parlimen

atau Dewan Undangan Negeri. Antara sumber undang-undang bertulis

yang terdapat di Malaysia adalah:

a) Perlembangaan Persekutuan

Perlembangan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi

dan apa-apa undang-undang yang dibuat serta bertentangan adalah

terbatal dan tidak sah sama sekali. Sekiranya terdapat percanggahan

dalam peruntukan undang-undang lain dengan peruntukkan yang

terdapat dalam Perlembangan Persekutuan, peruntukan yang terdapat

dalam Perlembangan Persekutuan, peruntukan undang-undang lain

dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 16

Page 17: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

b) Perlembagaan Negeri

Setiap negeri di Malaysia mempunyai Perlembangaan Negeri

masing-masing yang ditadbirkan oleh Dewan Undangan Negeri. Terdapat

13 Perlembangaan Negeri yang diperuntukkan menurut apa yang

dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembangaan Persekutuan.

c) Undang-undang Persekutuan

Undang-undang Persekutuan adalah undang-undang yang dibuat

dan diluluskan di Parlimen. Undang-undang yang telah digubal selepas

Merdeka dipanggil Akta dan sebelum Merdeka dikenali sebagai Ordinan.

Undang-undang persekutuan diterapkan di seluruh Malaysia.

d) Undang-undang Negeri

Undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan

Negeri. Undang-undang yang telah digubal dipanggil Enakmen.

e) Undang-undang Subsidiari

Undang-undang ini dibuat dan diluluskan oleh pihak-pihak dan

badan-badan tertentu seperti Menteri-Menteri dan pihak berkuasa

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 17

Page 18: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

tempatan dibawah kuasa yang diberikan padanya oleh Akta Parlimen dan

Enakmen. Undang-undang ini wujud di peringkat persekutuan dan negeri.

Adakalanya dikenali sebagai Perundangan Kecil atau Perundangan

Perwakilan.

2.3.2 Sumber Tidak Bertulis

Sumber tidak bertulis terbahagi kepada tiga, antaranya adalah:

a) Prinsip Undang-undang Inggeris

Penerimaan undang-undang Inggeris di Malaysia berkuatkuasa dengan

adanya Seksyen 3 dan Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956. Prinsip

undang-undang inggeris merujuk kepada ‘common law’ dan ekuiti seperti

yang ditadbir di England pada 7 April 1956 bagi Malaysia Barat, 1

Disember 1951 bagi Sabah, 12 Disember 1949 bagi Sarawak. Pemakaian

undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada 2 perkara

iaitu ketiadaan status tempatan dan bersesuaian untuk kegunaan

tempatan.

b) Keputusan Mahkamah

Keputusan mahkamah yang diterima sebagai undang-undang di

Malaysia mestilah keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Keputusan-

keputusan mahkamah ini biasanya akan dibukukan dalam bentuk Jurnal

dan menjadi sumber rujukan kepada hakim, pengamal undang-undang

dan orang awam. Para hakim dalam menentukan suatu keputusan akan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 18

Page 19: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

merujuk kepada prinsip undang-undang terdahulu. Prinsip ini dikenali

sebagai Doktrin Duluan Mengikat atau Doktrin Stare Decisis atau Doktrin

Kehakiman Mengikat. Sekiranya tidak terdapat peruntukkan undang-

undang bertulis mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah

memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya.

c) Undang-undang Adat

Adat resam penduduk tempatan yang telah diterima sebagai undang-

undang oleh statut dan keputusan kehakiman.

2.4 Sistem Kepercayaan

Kepercayaan masyarakat Melayu tradisional mengamalkan dua

bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan animisme dan juga kepercayaan

agama. Sebelum kedatangan islam, orang-orang melayu sangato

mempercayai kuasa-kuasa ghaib dan alam-alam ghaib. Kuasa-kuasa

ghaib itu seperti kepercayaan kepada kepada jin, dewa, semangat dan

hantu sangat menebal dan menular di kalangan masyarakat melayu

dahulu. Pada pandangan mereka kuasa-kuasa ini boleh sama ada

memberikan rezeki atau membinasakan mereka. Kepercayaan ini wajib

disebabkan oleh penggantungan yang kuat masyarakat Melayu dahulu

terhadap alam dan pada masa yang sama masih belum ada sebarang

perkembangan agama di kawasan ini. Penggantungan yang kuat oleh

masyarakat Melayu dahulu terhadap alam boleh dilihat contohnya dalam

usaha penanaman padi. Bagi memastikan hasil padi mereka sentiasa

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 19

Page 20: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

banyak dan bertambah mereka telah mengadakan upacara memuja

semangat padi.

Selain daripada itu, penduduk tempatan pada zaman dahulu

seringkali mengadakan upacara-upacara pemujaan seperti puja pantai

bagi mengelakan sebarang bala bencana yang akan menimpa mereka

dan boleh menjejaskan mata pencarian mereka. Adakalanya upacara-

upacara begini dijadikan amalan tahunan dan dituntut oleh kepercayaan

mereka dan mesti diadakan setiap musim bagi mengelakan sebarang

kejadian yang tidak diingini. Oleh kerana kepercayaan yang mendalam

terhadap kuasa-kuasa ghaib ini maka muncul satu pihak yang berperanan

menjadi perantara bagi penduduk dengan kuasa-kuasa tersebut. Mereka

dikenali sebagai bomoh dan pawang. Mereka mempunyai kebolehan

menghubungkan kuasa-kuasa ghaib dengan orang yang memerlukannya

dan juga mententeramkan gangguan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa itu

terhadap anak-anak kecil contohnya. Peranan yang dimainkan oleh

golongan pawang dan bomoh boleh disamakan dengan peranan doktor

dalam masyarakat sekarang. Oleh kerana kepentingan peranannya dalam

masyarakat begitu besar, maka kedudukan mereka juga menjadi penting

dan dihormati.

Pengaruh dan kepercayaan kepada pawang atau bomoh masih

wujud sehingga kini. Tetapi ianya telah berkembang nama, peranan,

kepandaian dan amalannya. Golongan ini dipanggil Pengamal Perubatan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 20

Page 21: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Tradisional. Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden yang

mempunyai matlamat yang sama untuk menyembuhkan penyakit dan

kesengsaraan dengan cara konsep yang tersendiri. Perubatan tradisional

melibatkan pakar-pakar perawat tradisional seperti tabib, pawang, bomoh

dan dukun. Mereka mempunyai tugas yang hampir sama tetapi berbeza

dari segi pengalaman serta ilmu yang dituntut. Malah terdapat di

kalangan mereka yang pakar dalam bidang perubatan moden

membuatkan mereka dipandang tinggi disisi masyarakat sekitar. Ada

pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan

sakit misteri, mistik , sihir, dan sakit moden. Perubatan tradisional

berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting

kerana ia memberi pelbagai sumbangan kearah meningkatkan taraf

kesihatan negara ini. Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun

dunia perubatan semakin canggih. Malahan dalam beberapa jenis

penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada

perubatan moden.

2.5 Kegiatan Ekonomi dan Perdagangan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 21

Page 22: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Kegiatan ekonomi di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan

Melayu Melaka dan berkembang pesat hingga kini. Antara sistem yang

masih kekal dan digunakan sehingga kini ialah :

2.5.1 Penggunaan Sistem Matawang

Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga

dijalankan melalui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang.

Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 22

Page 23: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi

penggunaan mata wang tersebut. Penggunaan mata wang emas, perak

dan timah juga digunakan. Kemudian, wang kertas diperkenalkan untuk

mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan

urusniaga dan digunakan sehingga kini. Pada mulanya wang kertas wujud

dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas

dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung

memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan

perak yang sebenar. Urusan perniagaan, jual beli pada zaman kini tidak

hanya dilaksanakan melalui penggunaan wang kertas dan syiling, malah

penggunaan wang kredit dan cek juga turut digunakan untuk urusan

perniagaan.

2.5.2 Sistem Cukai

Sistem cukai di Malaysia pada dasarnya diwarisi daripada sistem

yang diamalkan oleh penjajah sebelum kemerdekaan negara. Sistem

cukai yang digunapakai di Malaysia sehingga kini adalah warisan

perkembangan ekonomi yang dimulakan pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka. Cukai Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka

menyebabkan Melaka menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal

sekaligus kegemilangannya dipertahankan. Sistem cukai berkeutamaan

telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan

Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi

sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 23

Page 24: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak

rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti

Jawa, Maluku dan Sumatera.

Walau bagaimanapun, terdapat penambah baikan yang signifikan

terhadap sistem cukai warisan tersebut yang telah dilakukan oleh pihak

Kerajaan sepanjang tempoh 55 tahun pasca kemerdekaan. Penambah

baikan yang dilakukan adalah bagi mendepani perubahan zaman,

keperluan ekonomi dan situasi semasa di dalam dan luar negara.

2.5.3 Hubungan Perdagangan dengan China

Dalam aspek ekonomi, hubungan antara pedagang China dan Tanah

Melayu dikatakan telah bermula semenjak abad ke 7 lagi.Justeru hal ini

pasti dapat menunjukkan kesan utama dalam bidang ekonomi di Tanah

Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu

mempopularkan pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke 15 kerana

hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara China dan Kepulauan

Melayu. Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada

ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam.

Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan

berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai

pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan

dua hala. China datang dengan membawa banyak benda-benda yang

dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera,tembikar,teh dan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 24

Page 25: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

sebagainya.Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu memperluaskan

perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain

barangan yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.

Malaysia kini bukan saja rakan perniagaan terbesar China tetapi

juga penghubung utama antara negara berkenaan dengan negara di

rantau ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,

hasil hubungan kukuh itu mendorong kerjasama ekonomi lebih mantap

apabila Malaysia menjadi negara Asia ketiga mempunyai jumlah

dagangan tahunan dengan China melebihi USD 100 bilion, selepas Jepun

dan Korea Selatan. Beliau berkata, hubungan strategik itu juga

menjadikan negara ini sebagai rakan perdagangan terbesar China di

kalangan negara ASEAN malah secara global.

2.6 Sistem Pemerintahan dan Politik

Sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berasakan hierarki

ataupun feudal iaitu raja berkuasa mutlak. Ini kerana rakyat dibahagikan

kepada beberapa lapisan mengikut susun lapis yang tersendiri dalam

bentuk piramid. Manakala bagi hierarki golongan iaitu golongan

pemerintah pula, terdapat dua golongan iaitu golongan pemerintah atau

bangsawan dan golongan yang diperintah. Bagi menjeaskan sistem

pembesar ini kita akan merujuk kepada Kesultanan Melayu Melaka.

Kesultanan Melayu Melaka ini merupakan kerajaan Melayu tradisional

yang terawal dan juga merupakan pengasas kepada kepada sistem

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 25

Page 26: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

pemerintahan beraja dinegara Malaysia kini. Kesultanan Melayu Melaka

mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. In i kerana pemerintahan

Sultan Melaka dibantu oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara,

Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka inilah yang

menjadi tunggak pembangunan pada zaman Melayu Melaka

pada satu ket ika dahulu. Masing-masing mempunyai fungsi

mereka yang tersendiri dalam memastikan pemerintahan berjalan

dengan lancar. Mereka diberikan kuasa bagi mentadbir sesebuah

kawasan yang terletak dalam jajahan takluk negeri Melaka.

Terdapat juga peraturan dan undang-undang yang diwujudkan

untuk menitikberatkan jurang antara pemerintah dengan rakyat.

Kesultanan Melayu Melaka telah mencetuskan tamadun berpolitik yang

tinggi. Kemantapan Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh

Parameswara ini sebagai kerajaan kelautan dan pusat penyebaran agama

Islam adalah disebabkan struktur pentadbirannya yang tersusun. Maka

tidak salah jika dikatakan bahawa Melaka merupakan pengasas budaya

politik bagi Malaysia masa kini.

JAWATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA TUGAS

JAWATAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI

Bendahara Ketua Pentadbir Negara Perdana Menteri

Penghulu Bendahari Menjaga kewangan dan mengurus perbelanjaan negeri

Menteri Kewangan

Temenggung Menjaga keselamatan negara

Menteri Dalam Negeri

Laksamana Menjaga perairannegara Ketua Turus Angkatan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 26

Page 27: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Tentera Lau

2.7 Perkembangan Penduduk dan Pertembungan Budaya

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.

Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah

pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan

hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah

menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk

dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po,

Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan

segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po

tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah

wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan

campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum

Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Mereka datang dan berkahwin dengan masyarakat tempatan ataupun

terus menetap dan mengamalkan budaya tempatan melalui proses

asimilasi. Disebabkan inilah kaum Baba dan Nyonya mempunyai

persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan

dan budaya. Kebanyakan Masyarakat ini masih mengamalkan agama

anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat juga

yang telah menukar agama ke Agama Islam dan juga Kristian. Dalam

meniti kehidupan seharian mereka, masyarakat ini masih mengenakan

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 27

Page 28: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

pakaian tradisi mereka iaitu berkebaya pendek atau lebih dikenali sebagai

kebaya nyonya dan bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengenakan kain

sarung. Amalan memakai sanggul masih lagi diamalkan bagi kaum

wanita. Menurut sejarah, amalan ini merupakan satu simbolik atau

lambang pengabdian mereka kepada kerajaan Manchu (zaman sebelum

penghijrahan ke Tanah Melayu). Dari segi makanan pula, tiada bezanya

dengan kaum Melayu. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi

orang Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan

tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu.

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 28

Page 29: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

3.0 Rumusan

Kesultanan Melayu adalah lambang kekuatan dan keutuhan sistem

politik masyarakat Melayu. Walaupun institusi pemerintahan Melayu telah

mengalami banyak perubahan namun kepentingannya yang sangat jelas

ialah sebagai satu simbol penerusan tradisi pemerintahan Melayu dan

keabsahan kuasa Melayu dalam bidang politik. Atas kepentingan ini, maka

unsur pemerintahan Melayu iaitu kuasa Raja-raja Melayu telah

dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Zaman kesultanan Melayu

Melaka juga sangat penting sebagai suatu era kegemilangan tamadun

Melayu yang memperlihatkan pencapaian ekonomi yang gemilang,

kewujudan sistem sosial dan kemasyarakatan yang lengkap sesuai

dengan perkembangan semasa pada zaman tersebut.

Kesimpulannya kejayaan sesebuah negara sama ada dalam bidang

pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagai terletak di bahu

pemimpinnya. Apabila pemimpin kuat maka negara atau rakyatnya

menjadi kuat. Andai pemimpinnya lemah maka runtuh dan rosak

binasalah sesebuah negara. Oleh itu, pemimpin yang berilmu

pengetahuan, berwibawa, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 29

Page 30: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

dilahirkan dalam sesebuah negara untuk memimpin negara ke arah

kemajuan dan kemakmuran.

4.0 Rujukan

Gullick J.M.A. Indigenous Political System of Western Malaya. Universiti of London Press , London 1858.

Joginder Singh Jessy, History Of Malaya, United Publishers Penang :1965.

Shellabear, W.G. Sejarah Melayu, Malaya Publishing House, Singapura : 1981

Wilkinson, R.J. The Malacca Sultanate, Straits Branch Of The Ras Jurnal, Jun 1912

Syed Hussein Ali. Feudalisma dan Jiwa Hamba, Dewan Masyarakat VI, 3 Mac 1968

Mohd Taib Osman. Masyarakat Melayu, Strutur Organisasi dan Manifesta, DBP. KL: 1989.

Mohd Yusoff Hashim. The Malay Sulanate Of Malacca, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 1982.

Zurinah Hassan, Sasterawan negara Usman Awang. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006. ISBN 9789-8362-9164-6

http://www.zainul.com/tentang_jqaf.htm

Tun Seri Lanang, Muhammad Haji Salleh(Pengkaji), 1997. Sulalat al-Salatin Ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang, Hassan Ahmad, 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan.

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 30

Page 31: FINAL TITAS 15.1.2015.doc

_________________________________________________________________________SADN1013

Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 1998. The Encyclopaedia of Malaysia, Volume 4, Early History, Archipelago Press.

Phang Siew Nooi, 1996. Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

SADN1013 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 31