Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf ·...
Transcript of Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - Welcome to the UNIMAS ... Binti Omar (11641)(24 pages).pdf ·...
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA
MENGANDUNG
Anizan Binti Omar (11641)
(Teknologi Seni Reka)
GKA 3086 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir
(Tekstil Dan Fesyen)
2006/2007
i
KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA MENGANDUNG
ANIZAN BINTI OMAR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: KAJIAN BUKAAN PRAKTIKAL UNTUK GAUN WANITA
MENGANDUNG
SESI PENGAJIAN: 2004/2005
Saya ANIZAN BINTI OMAR
mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. *sila tandakan
Disahkan
__________________________ ___________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap:
189, Jalan Nuri,
(F) Pengeli Timur,
81000,Kulai Johor
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
Sebagai SULIT atau TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD
SULIT
TIDAK TERHAD
iii
Projek bertajuk “Kajian Bukaan Praktikal Untuk Gaun Wanita Mengandung” telah
disediakan oleh Anizan Binti Omar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen)
Diterima untuk diperiksa oleh:
__________________________
(Cik Norhayati Binti Suleiman)
Tarikh:
__________________________
iv
i
ISI KANDUNGAN
Isi kandungan ……………………………………………………………....i-iii
Penghargaan ………………………………………………………………iv
Abstrak …….………………………………………………………………v
Abstract …….……………………………………………………………...vi
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan …………………………………………………………...1-3
1.1 Pernyataan Masalah …………………………………………………...4
1.2 Objektif Kajian ……………………………………………………......4
1.3 Kepentingan Kajian …………………………………………………...4-5
1.4 Skop Kajian …………………………………………………………….5
1.5 Limitasi Kajian ………………………………………………………..5-6
1.6 Kesimpulan ……………………………………………………………6
BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.0 Pengenalan …………………………………………………………….7
2.1 Metodologi Kajian …………………………………………………….7-8
2.2 Kaedah Primer …………………………………………………………8-10
2.3 Kaedah Sekunder ……………………………………………………….10-11
2.4 Kesimpulan …………………………………………………………….11
BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan …………………………………………………………….12
3.1 Pemerhatian ……………………………………………………………13-15
3.2 Temubual ………………………………………………………………15-16
3.3 Analisa Data dari Soalan Kaji Selidik ……………………………….16
3.3.1 Analisa jawapan daripada bahagian A ……………………….17-20
3.3.2 Analisa jawapan daripada bahagian B ……………………….20-24
3.3.3 Analisa jawapan daripada bahagian C ………………………25-39
3.4 Pemilihan Kriteria Mengikut Purata Tertinggi ………………………..39-41
ii
3.5 Eksperimen & persampelan …………………………………………….41
3.5.1 Sampel pertama ……………………………………………..41-42
3.5.2 Sampel kedua ………………………………………………..42-43
3.6 Kesimpulan ……………………………………………………………43
BAB 4 PRODUK AKHIR
4.0 Pengenalan …………………………………………………………….44
4.1 Reka bentuk pakaian untuk gaun wanita mengandung ………………..45
4.1.1 Rekaan pertama ……………………………………………...45
4.1.1.1Cara bukaan rekaan pertama ……………………….46-47
4.1.2 Rekaan kedua ………………………………………………..48
4.1.2.1Cara bukaan rekaan kedua …………………………49-50
4.1.3 Rekaan ketiga ………………………………………………..51
4.1.3.1Cara bukaan rekaan ketiga ………………………….52-53
4.2 Kesimpulan ……………………………………………………………54
BAB 5 KESIMPULAN
5.0 Pengenalan …………………………………………………………….55
5.1 Kelebihan produk ……………………………………………………...55
5.1.1 Material/bahan ……………………………………………….55
5.1.2 Bukaan dan jenis bukaan …………………………………….55-56
5.1.3 Warna fabrik ………………………………………………....56
5.2 Kelemahan produk …………………………………………………..…56
5.3 Batasan kajian ……………………………………………………….....56
5.4 Kesimpulan …………………………………………………………….56
iii
LAMPIRAN ………………………………………………………………57
Lampiran A
Borang kaji selidik
Lampiran B
Analisa borang kaji selidik
Lampiran C
Rekaan gaun mengandung pertama
Rekaan gaun mengandung kedua
Rekaan gaun mengandung ketiga
Lampiran D
Harga jualan
RUJUKAN ………………………………………………………………..73
iv
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulilah kehadrat ilahi, akhirnya dapatlah saya menyiapkan
penulisan ilmiah kajian bukaan praktikal untuk gaun wanita mengandung setelah
setahun penyelidikan dengan bantuan penasihat, rakan-rakan dan mereka yang terlibat
secara tidak langsung.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada penyelia pertama saya
iaitu Cik Norhayati Binti Suleiman dan Dr. Hjh. Nazlina Binti Shaari sebagai penyelia
kedua yang banyak memberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran, sokongan serta
galakkan semasa menyiapkan Projek Tahun Akhir. Para pensyarah dan tutor Teknologi
Seni Reka juga tidak dilupakan kerana banyak memberi kritikan supaya dapat
memperbaiki kelemahan, galakkan dan bantuan kepada saya dalam menjayakan Projek
Tahun Akhir ini.
Ribuan terima kasih buat keluarga dan rakan sekelas di atas restu, galakkan dan
sebagai teman di sisi selama tiga tahun pengajian di Universiti Malaysia Sarawak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas bantuan dan dorongan yang
telah diberikan.
Wassalam.
v
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mereka gaun mengandung yang mempunyai nilai
tambahan bukaan yang praktikal. Ia bertujuan untuk membantu memudahkan wanita
mengandung memberi ruang pada bahagian perut ketika membuat pemeriksaan
kandungan lazim serta menyapu pelembab yang sememangnya perlu dalam tempoh
mengandung. Rekaan ini tertumpu pada bukaan di bahagian hadapan yang mempunyai
dua lapisan dengan penggunaan jenis kancing zip tersembunyi, loop dan butang serta
Velcro untuk memudahkan proses bukaan dan memberi ruang kepada bahagian perut
tanpa mendedahkan bahagian badan yang lain. Kategori rekaan fesyen adalah pakaian
kasual dengan menggunakan fabrik berasaskan gentian semula jadi yang bertujuan
untuk memberi kemudahan dan keselesaan serta nilai estetika kepada pengguna.
vi
Abstract
This study is to design a value added maternity dress with functional openings.
The aim is to help pregnant lady access their tummy area for common medical check –
up and to apply lotion, which is frequently needed during this period. The design covers
overlay, front side openings with invisible zips, loops with button and Velcro strips to
give easy opening and access of their tummy without revealing other body part. The
selection of design is focused on casual wear using natural fiber fabric which aims to
give comfort and ease as well as aesthetic value to consumers.
1
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan
Mengandung merujuk kepada proses pertumbuhan bayi di dalam perut wanita
sehingga melahirkan anak. Lazimnya anggaran tempoh mengandung adalah empat
puluh minggu di antara tempoh akhir haid dan kelahiran iaitu tiga puluh lapan minggu
daripada proses persenyawaan. Pembesaran kandungan dan perubahan fizikal wanita
mengandung terbahagi kepada 3 trimester iaitu trimester 1, trimester 2 dan trimester 3.
Setiap trimester mewakili perubahan di dalam jangka masa 3 bulan.
Pada trimester pertama sehingga trimester ketiga, terdapat banyak perubahan
lazim berlaku dalam tempoh mengandung disebabkan perubahan hormon dan fizikal.
Antara perubahan fizikal adalah pembesaran perut dan payu dara, perubahan kulit
kepada lebih sensitif disebabkan tegangan dan tekanan apabila kandungan semakin
membesar. Perkara ini akan menyebabkan ketidakselesaan sepanjang tempoh
mengandung. Berikutan perubahan ini, terjadilah perubahan emosi pula seperti
perubahan perasaan wanita mengandung iaitu perasaan murung, sedih dan cepat berasa
tidak yakin.
Wanita mengandung akan memenuhi jadual pemeriksaan kandungan pada setiap
bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh doktor. Pemeriksaan awal dilakukan
bagi memastikan tahap kesihatan wanita mengandung dan kandungan. Pemeriksaan
kandungan di lakukan pada trimester pertama lagi iaitu pada bulan pertama sehingga
keenam, pemeriksaan yang perlu dijalani adalah sekali dalam sebulan. Pada bulan yang
2
seterusnya iaitu bulan keenam sehingga ketujuh adalah dua kali dalam sebulan dan pada
bulan kelapan hingga menunggu kelahiran adalah empat kali dalam sebulan.
Menurut Nurul Akma Bt Ramlan, jururawat Hospital Besar, Ipoh Perak, semasa
pemeriksaan kandungan, wanita mengandung perlu menjalani beberapa pemeriksaan.
Antaranya memeriksa kepekatan darah, tahap haemoglobin (perlu jika kekurangan
darah) serta imuniti rubella (jika perlu), memeriksa air kencing untuk tahap kepekatan
gula, protein dan ketones, pemeriksaan GTT glucose tolerance test untuk diabetes,
menimbang berat badan, ultrasound scanning untuk melihat imej bayi dalam rahim
serta dapat mengetahui bayi kembar, bayi normal dan abnormal, mendengar degupan
bayi dengan menggunakan foetal heartbeat dan ukuran diameter perut dari symphysis
pubis.
Penjagaan yang betul amat penting bagi membantu perkembangan kandungan
dalam keadaan yang normal dan selamat. Wanita mengandung dinasihatkan mengambil
makanan yang sihat seperti sumber makanan yang mempunyai vitamin A, B, C, D,
Folate, Calcium, Zinc, Iron, Phosphorus dan magnesium.
Pemeriksaan kandungan menggunakan ultrasound scanning adalah bagi
mengetahui jantina bayi, mengesan degup jantung kandungan, meneka pertumbuhan
bayi abnormal atau normal dan pembesaran rahim.
3
Sumber bahan daripada internet
(Medline Plus Medical Encyplopedia in Pregnancy)
Rajah 1: Pemeriksaan menggunakan ultrasound scanning.
Semasa mengimbas kandungan, wanita mengandung perlu berbaring di atas katil
yang disediakan dan mendedahkan bahagian perut. Bahagian perut akan disapu dengan
gel pengimbas, ini bagi membolehkan transducer membantu mendapat imej kandungan.
Tranducer akan digerakkan di atas kulit perut dengan lembut dan imej akan terpapar di
skrin LCD dan doktor akan menerangkan apa yang dipaparkan di skrin (Rujuk rajah 1).
Sepanjang menjalani pemeriksaan dengan alat pengimbas, wanita mengandung
menghadapi masalah kerana tiada pakaian khas disediakan seperti kemudahan baju x-
ray. Kebanyakkan wanita mengandung lebih gemar memakai gaun mengandung
disebabkan faktor mudah semasa membuat pemeriksaan, mudah ketika membuang air,
tidak panas dan selesa tetapi gaun mengandung sedia ada tidak memberi keselesaan
ketika pemeriksaan perut. Ini adalah salah satu faktor permasalahan yang
mempengaruhi kajian ini.
4
1.1 Pernyataan Masalah
Kajian ini telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang lazim dihadapi oleh
responden melalui temubual secara tidak langsung. Antaranya adalah responden
menghadapi masalah semasa menjalani pemeriksaan kandungan kerana jarang
disediakan pakaian khas di pusat kesihatan yang dapat memberi keselesaan. Setakat ini
hanya, baju khas x-ray sahaja yang disediakan.
Permasalahan yang kedua adalah, gaun mengandung yang sedia ada dipasaran
tidak mempunyai bukaan yang bersesuaian serta menyukarkan pemakaian. Ini adalah
disebabkan, kebanyakkan rekaan dipasaran mempunyai bukaan di bahagian belakang.
1.2 Objektif Kajian
• Mengenalpasti jenis-jenis kancing dan perletakkan bukaan yang sesuai untuk
diaplikasikan pada gaun mengandung bagi memudahkan pengguna menjalani
pemeriksaan kesihatan dan memberi ruang pada bahagian perut berdasarkan data
maklumat daripada responden.
• Menghasilkan bukaan gaun mengandung yang praktikal bagi memberi
kemudahan tambahan selain memberi keselesaan kepada pengguna.
1.3 Kepentingan Kajian
Daripada kajian ini, rekaan gaun mengandung akan lebih praktikal dengan
fungsi dan estetikanya. Dengan ini, ia dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan
semasa jangka masa mengandung dan diharap dapat memupuk sikap para ibu yang
bekerjaya untuk tidak memandang keadaan semasa mengandung sebagai satu beban
5
atau kepayahan. Ini juga dapat mengurangkan rasa malu dan segan ketika pemeriksaan
kandungan.
Pemilihan fabrik adalah daripada kategori gentian semulajadi kerana sifat fabrik
tersebut yang selesa, mudah menyerap peluh, sejuk dan mempunyai tekstura yang
lembut. Ini adalah amat bersesuaian dengan kulit wanita mengandung yang sensitif bagi
memberi keselesaan jika berpeluh dan mengelakkan kegatalan di bahagian perut.
1.4 Skop Kajian
Kajian ini dilakukan di dua kawasan iaitu India Street, Klinik Jawa (klinik ibu-
ibu mengandung) di sekitar Kuching dan Klinik Kesihatan, Kota Samarahan. Borang
soal kaji selidik telah diedarkan kepada 30 orang wanita mengandung dan 20 orang
wanita yang telah mengandung. Cara ini akan mendapat maklumat dengan lebih tepat
tentang permasalahan yang akan dikaji serta dapat mencapai matlamat objektif supaya
produk yang dihasilkan mempunyai bukaan yang praktikal untuk gaun mengandung.
1.5 Limitasi Kajian
Limitasi kajian ini adalah sukar untuk mendapatkan diameter perut yang tepat
kerana setiap diameter perut ibu mengandung mempunyai ukuran yang berlainan
walaupun badan bersaiz M. Ini adalah kerana faktor genetik, pemakanan ibu semasa
mengandung (bayi kekurangan zat untuk membesar), bayi kembar dan beberapa faktor
yang lain. Manakala kumpulan sasaran pasaran adalah terdiri daripada wanita bekerjaya
yang berpendapatan antara Rm1200 ke atas. Ini disebabkan golongan dalam lingkungan
ini, masih mampu membeli rekaan bukaan praktikal untuk gaun mengandung. Kategori
6
rekaan fesyen ini adalah kasual. Cadangan rekaan ini amat bersesuaian dengan wanita
mengandung yang gemarkan penampilan bergaya, ringkas dan kemas.
1.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pada akhir kajian ini akan menghasilkan produk gaun
mengandung yang mempunyai bukaan yang praktikal pada akhir kajian ini.
Pengaplikasian bukaan praktikal pada gaun mengandung ini adalah untuk
memperkenalkan produk yang dapat membantu dan memberi keselesaan kepada ibu
mengandung. Produk ini direka khas untuk wanita mengandung untuk menyenangkan
semasa aktiviti pemeriksaan tahap kesihatan sepanjang tempoh mengandung serta masih
praktikal digunakan selepas bersalin.
7
BAB 2
METODOLOGI KAJIAN
2.0 Pengenalan
Kaedah metodologi dalam kajian akan menekankan kepada aspek pemerhatian,
mengumpul maklumat, mengenal pasti permasalahan dengan mengedarkan borang kaji
selidik supaya dapat memahami kajian serta menghasilkan produk yang baru
berdasarkan permasalahan yang telah di kenal pasti.
2.1 Metodologi penyelidikan
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan 2 kaedah iaitu:
Rajah 2: Menerangkan cabang metodologi kajian.
.
Kajian ini menggunakan kaedah metodologi kajian yang terbahagi kepada dua
bahagian iaitu dengan mengumpulkan data secara primer dan sekunder. Data primer
METODOLOGI
PENYELIDIKAN
DATA PRIMER i) Temubual
ii) Borang kaji selidik
iii) Eksperimen dan
persampelan
DATA SEKUNDER i) Pengumpulan data
daripada pembacaan
ii) Pemerhatian
8
adalah data yang paling penting kerana ia untuk mengumpul segala maklumat melalui
dengan tiga cara pengumpulan secara langsung iaitu temubual, pengedaran borang soal
kaji selidik serta membuat eksperimen dan persampelan.
Manakala data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian
sebelumnya dan pengalaman. Data ini dapat menyokong maklumat yang diperolehi
daripada data primer (Rujuk rajah 2).
2.2 Data primer
Data primer adalah data dengan mengumpul segala maklumat secara langsung,
melalui tiga cara pengumpulan iaitu temubual, pengedaran borang kaji selidik dan
membuat eksperimen dan persampelan.
2.2.1 Temubual
Temubual dilakukan pada pihak daripada pusat kesihatan bagi mendapat
maklumat yang lebih tepat mengenai aktiviti pemeriksaan yang dilakukan ke atas wanita
mengandung Temubual juga dilakukan secara tidak langsung terhadap wanita
mengandung dan wanita yang sudah mengandung. Temubual ini dilakukan adalah bagi
mengetahui masalah penggunaan gaun mengandung yang sedia ada di pasaran semasa
menjalani pemeriksaan kandungan.
Wanita mengandung bersetuju dengan cadangan rekaan bukaan praktikal untuk
gaun mengandung kerana rata-rata berpendapat gaun mengandung yang ada dipasaran
tidak dapat memberi keselesaan ketika pemeriksaan kandungan. Selain itu wanita
mengandung juga memberi sedikit pendapat mengenai idea baru dalam menghasilkan
9
bukaan praktikal gaun wanita mengandung. Seluruh maklumat yang telah dikumpul dari
temubual secara tidak langsung dan langsung digunakan dalam menghasilkan rekaan.
2.2.2 Borang soal kaji selidik
Borang kaji selidik diedarkan bertujuan untuk mengkaji tentang gaun
mengandung dengan menerima setiap pendapat responden iaitu mengenai cadangan
yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Borang soal kaji selidik ini mengandungi
tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A adalah bahagian soalan demografi iaitu maklumat peribadi
responden. Pada bahagian ini soalan mengenai umur dan status pekerjaan. Manakala
bahagian B pula, adalah bahagian maklumat umum responden. Maklumat ini penting
untuk mengetahui kesesuaian gaun mengandung yang sudah sedia ada di pasaran seperti
maklumat keselesaan responden mengunakan gaun mengandung.
Bahagian C pula adalah mengenai cadangan reka bentuk baru gaun
mengandung. Maklumat ini digunakan untuk mengenal pasti elemen yang tertinggi. Hal
ini dikeranakan untuk membantu penghasilan produk akhir. Data bahagian C
menggunakan kaedah linked scale iaitu kaedah purata menggunakan lima bahagian kod
(Rujuk jadual 1).
Jadual 1: Menunjukkan kod jawapan bagi kaedah linked scale
Sangat tidak setuju
1
Tidak setuju
2
Tidak pasti
3
Setuju
4
Sangat setuju
5
10
2.2.3 Eksperimen dan persampelan
Hasil daripada pengumpulan data yang telah dianalisa dijadikan elemen utama
dalam mereka gaun wanita mengandung. Elemen utama ini dijadikan sebagai landasan
semasa membuat eksperimen dan persampelan.
Persampelan dilakukan bagi mengenal pasti perletakan yang sesuai dan dapat
memberi keselesaan apabila diaplikasikan pada mana-mana di bahagian hadapan,
bahagian sisi dan diagonal (potongan serong). Selain itu jenis kancing dan saiz kancing
juga diambil kira dalam persampelan. Eksperimen ini juga banyak tertumpu pada
bahagian perut bagi memastikan bahagian perut terbuka tanpa mendedahkan bahagian
badan yang lain.
Tujuan persampelan dan reka bentuk adalah untuk membantu menghasilkan
produk yang mempunyai kedudukan bukaan yang sesuai dan selesa bagi menyelesaikan
masalah produk yang sedia ada dan dapat memberi nilai estetika pada baju
mengandung. Selain itu, dapat menghasilkan produk yang baik dan dapat memberi
kemudahan tambahan berbanding daripada gaun mengandung yang sedia ada sekarang.
2.3 Data Sekunder
Data sekunder adalah data yang diperolehi daripada data kajian sebelumnya dan
pengalaman.
2.3.1 Pengumpulan data melalui pembacaan
Kajian ini telah menggunakan seluruh maklumat melalui laman web, majalah
dan buku. Ini bertujuan bagi mendapat lebih maklumat tentang jenis-jenis bukaan gaun
11
mengandung, maklumat mengenai wanita mengandung, jenis fabrik dan jenis-jenis reka
bentuk gaun.
2.3.2 Melalui Pemerhatian
Melakukan pemerhatian mengenai bukaan, jenis kancing, reka bentuk gaun dan
jenis-jenis gaun mengandung di pasaran dan mengetahui kehendak serta pendapat
responden mengenai gaun mengandung.
2.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah menggunakan kaedah metodologi kajian
bagi mendapat maklumat yang tepat tentang permasalahan gaun mengandung serta
mengumpul data serta cadangan daripada responden berdasarkan tajuk kajian bukaan
praktikal untuk gaun wanita mengandung.
12
BAB 3
HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bagi mendapat maklum balas mengenai maklumat-maklumat berkenaan dengan
rekaan gaun wanita mengandung, borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 50
orang responden. Borang soal kaji selidik telah diedarkan kepada 2 kategori iaitu 30
orang responden yang sedang mengandung dan 20 orang responden yang telah
mengandung.
Borang soal kaji selidik telah diedarkan di pusat kesihatan ibu-ibu mengandung
iaitu Klinik Jawa, Kuching dan Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Borang soal kaji
selidik ini banyak diedarkan di pusat kesihatan. Pengedaran borang soal kaji selidik
bertujuan untuk mendapat lebih maklumat yang tepat bagi membantu kajian ini serta
mengenal pasti elemen-elemen yang perlu ada pada gaun mengandung bagi memenuhi
kehendak responden.
Borang soal kaji selidik ini telah di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu
bahagian demografi pada bahagian A iaitu maklumat peribadi responden, maklumat
responden mengenai gaun mengandung pada bahagian B dan cadangan reka bentuk baru
gaun mengandung pada bahagian C. Hasil daripada analisa jawapan responden ini
dapatlah mengetahui masalah gaun mengandung yang sedia ada tidak sesuai dipakai
untuk pemeriksaan kandungan.
13
3.1 Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenalpasti permasalahan gaun
mengandung yang ada di pasaran. Sepanjang pemerhatian yang telah dilakukan
mendapati gaun mengandung mempunyai bukaan biasa iaitu bukaan di bahagian
hadapan dan belakang tetapi selalunya bukaan untuk memasukkan kepala, menjadi
design line sebagai nilai estetik pada kolar dan ada sesetengah rekaan gaun mengandung
tidak mempunyai bukaan. (Rujuk rajah 3 dan 4).
Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, keperluan bagi wanita
mengandung semasa pemeriksaan kandungan adalah keselesaan. Responden
mencadangkan gaun mengandung yang akan dihasilkan dapat menutup pada bahagian
yang tidak sepatutnya terdedah tanpa menyelak kain ke paras dada. Secara
keseluruhannya, responden mementingkan keselesaan, masa jangka panjang dan
kecantikan.
Rajah 3: Gaun mengandung yang tidak mempunyai bukaan pada mana-mana bahagian.