ESEI.docx

30
1.0 PENGENALAN Soalan kertas kerja ini direka khas untuk meninjau isu mengenai kepentingan kefahaman konsep dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran kefahaman terbahagikan kepada tiga tahap, setiap tahap akan diperbincangkan dalam penulisan esei secara teliti. Isu utama atau aspek utama yang akan dibincangkan dalam konteks ini ialah faktor persekitaran yang meliputi tahap pengalaman, tahap penguasaan bahasa dan sebagainya, selain itu faktor baka turut memainkan peranan penting, ia meliputi tahap kognitif yang dipengaruhi oleh genetik keturunan. Proses kognitif yang melibatkan Bahasa, pengalaman dan tahap kognitif adalah asas dalam bacaan dan kefahaman. Di samping itu, penekanan juga diberikan kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat membantu murid dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Melalui tugasan ini, guru pelatih dapat mengenal pasti antara punca-punca masalah kefahaman dan kesan akibat yang dibawa terhadap penguasaan kemahiran kefahaman dan kesan kegagalan penguasaan kemahiran kefahaman dalam pembelajaran seseorang murid. Akhirnya, perbincangan akan menyentuh tentang strategi-strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk membantu murid menguasai kemahiran kefahaman, iaitu cara bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Tugasan ini akan bersertakan suatu rancangan pengajaran harian yang dibina untuk mengukuhkan kemahiran kefahaman berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah bagi membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran ini. Dalam rancangan pengajaran harian tersebut, guru pelatih akan menghasilkan suatu bahan bantu mengajar

Transcript of ESEI.docx

Page 1: ESEI.docx

1.0 PENGENALAN

Soalan kertas kerja ini direka khas untuk meninjau isu mengenai kepentingan kefahaman

konsep dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran kefahaman terbahagikan kepada

tiga tahap, setiap tahap akan diperbincangkan dalam penulisan esei secara teliti.

Isu utama atau aspek utama yang akan dibincangkan dalam konteks ini ialah faktor

persekitaran yang meliputi tahap pengalaman, tahap penguasaan bahasa dan sebagainya,

selain itu faktor baka turut memainkan peranan penting, ia meliputi tahap kognitif yang

dipengaruhi oleh genetik keturunan. Proses kognitif yang melibatkan Bahasa, pengalaman

dan tahap kognitif adalah asas dalam bacaan dan kefahaman. Di samping itu, penekanan

juga diberikan kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya

dapat membantu murid dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat

diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui tugasan ini, guru pelatih dapat mengenal pasti antara punca-punca masalah

kefahaman dan kesan akibat yang dibawa terhadap penguasaan kemahiran kefahaman dan

kesan kegagalan penguasaan kemahiran kefahaman dalam pembelajaran seseorang murid.

Akhirnya, perbincangan akan menyentuh tentang strategi-strategi pengajaran yang boleh

diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk membantu murid

menguasai kemahiran kefahaman, iaitu cara bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya.

Tugasan ini akan bersertakan suatu rancangan pengajaran harian yang dibina untuk

mengukuhkan kemahiran kefahaman berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah bagi

membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran ini. Dalam rancangan pengajaran

harian tersebut, guru pelatih akan menghasilkan suatu bahan bantu mengajar dan bahan

bantu belajar yang mengikut kehendak pengajaran supaya murid-murid lebih bersemangat

dan berminat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Secara langsungnya membantu

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

Rumusannya, pengetahuan terhadap kelemahan dan masalah murid dalam

pembelajaran merupakan perkara yang amat penting dan harusnya dikenalpasti dalam

sesuatu pembelajaran, ia bukan setakat memberi maklumat untuk guru merancang strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk murid tertentu malah ia juga dapat

menjimat masa pembelajaran murid agar melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi

dan mendalam.

Page 2: ESEI.docx

2.0 PENULISAN ESEI

Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa

situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap

pengetahuan tersebut. Kemahiran kefahaman dibahagikan kepada tiga tahap yang pertama

ialah tahap memahami maksud perkataan dan ayat, tahap kedua ialah tahap membuat

urutan idea dan akhir sekali ialah tahap hubungan sebab dan akibat serta membuat

andaian.

Menurut Lamberg & Lamb (1980), kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea

daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasikan idea, kesan dan akibat.

Kemahiran kefahaman juga diungkapkan sebagai kebolehan menterjemahkan lambang-

lambang kepada bunyi bahasa dengan intonasi yang betul dan berjaya memahami idea,

mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan. Kemahiran kefahaman

dalam konteks ini dapat diberikan pengertian sebagai kebolehan membuat penghuraian atau

menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca.

Kemahiran kefahaman melibatkan proses kognitif, bahasa dan pengalaman. Proses

kognitif adalah asas utama dalam kefahaman yang melibatkan keupayaan membuat

perkaitan, mengetahui perhubungan, memindah isi pembelajaran, membuat telahan serta

menilai dan menghayati bahan bacaan. Tahap bahasa merupakan suatu alat yang

menentukan kebolehan dan keupayaan seseorang murid dalam penguasaan kemahiran

kefahaman. Akhirnya ialah pengalaman, pengalaman merangkumi pengalaman belajar dan

pengalaman diri, ia merupakan suatu kekuatan yang amat penting dalam proses

pembelajaran. Justeru itu, kemahiran kefahaman amat penting dalam pembelajaran dalam

apa jua mata pelajaran khasnya subjek bahasa. Perkara yang merisaukan ialah pelbagai

bentuk persoalan timbul berhubung pembelajaran dan penguasaan bahasa pada masa kini.

Antaranya, mengapakah murid-murid kurang berminat dan mengapa murid-murid kurang

memberi perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Menurut kajian, semakin ramai murid di

sekolah rendah gagal menguasai kemahiran ini walaupun pernah memasuki prasekolah.

Bagi menangani masalah kefahaman murid, para pendidik perlu mengenal pasti tahap

manakah masalah kefahaman yang dihadapi oleh murid dan apakah sebab berlakunya

masalah kefahaman murid tersebut serta mengenal pasti bagaimana strategi pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dan

pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.

Kepentingan kemahiran kefahaman dalam pembelajaran bahasa ialah membantu

murid melangkah ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi dan membantu murid menyimpan

maklumat yang telah dipelajari untuk jangka masa yang panjang bagi memastikan ianya

Page 3: ESEI.docx

boleh diaplikasikan pada masa pembelajaran yang akan datang. Justeru itu, pembelajaran

berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan daya ingatan murid.

Kefahaman tentang isi pelajaran akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan

pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat taakulan

dan kesimpulan. Tetapi, sistem pembelajaran bahasa kini lebih menekankan penghafalan

bunyi suku kata iaitu pada peringkat awal pembelajaran yang mengeja suku kata seperti

‘ba’, ‘be’, ‘bi’, ‘bo’, dan ‘bu’ atau membaca suatu perkataan dengan cara mengeja suku kata

telah menjadi bebanan kerana ia merupakan suatu latihan mengeja yang berulang-ulang,

akibatnya mereka tercicir dalam pembelajaran kerana bosan dengan cara pembelajaran

yang berasaskan penghafalan. Justeru itu, keminatan murid untuk terus belajar semakin

kabur.

Aspek-aspek utama dalam penguasaan kemahiran kefahaman melibatkan faktor

persekitaran dan faktor baka atau dikenali sebagai faktor genetik. Faktor persekitaran

seperti pengaruh ibu bapa, guru dan pendidik yang akan mempengaruhi tahap bahasa dan

pengalaman seseorang murid, Manakala faktor baka atau genetik ialah faktor yang

dipengaruhi oleh gen-gen keturunan ibu bapa, faktor ini akan mempengaruhi tahap

kecerdasan otak atau tahap kognitif individu. Setiap aspek masing-masing memainkan

peranan yang penting terhadap penguasaan kemahiran kefahaman dan harus dihadiri

dalam proses pembelajaran untuk memastikan objektif pengajaran dicapai dengan jayanya.

Kesan kegagalan berfungsinya salah satu aspek akan menjadi halangan kepada

pembelajaran murid.

Tahap kefahaman merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal dan

menjadi sebahagian daripada proses kognitif selain daripada bacaan. Setiap tahap

kefahaman mempunyai sebab-sebab tertentu yang akan menentukan kejayaan atau

kegagalan seseorang murid menguasai kemahiran kefahaman. Tahap penguasaan

kemahiran kefahaman bagi setiap murid adalah berbeza berdasarkan sebab-sebab tertentu.

Secara keseluruhannya, murid yang tahap bahasa dan tahap kognitifnya rendah akan lebih

sukar menguasai kemahiran kefahaman. Manakala pengalaman pendidikan tidak

semestinya membantu penguasaan kemahiran.

Dalam tahap kefahaman yang pertama iaitu memahami maksud perkataan dan ayat,

sebab-sebab yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan dalam penguasaan

kemahiran kefahaman ialah faktor pengalaman dan tahap kognitif. Dalam konteks ini, proses

kognitif yang paling rendah dan asas memainkan peranan yang amat penting iaitu

kemahiran mengingat kembali. Kemahiran mengingat kembali dapat dikuasai melalui latihan

yang berterusan seperti membaca berulang-ulang untuk kefahaman. Sebab-sebab yang

Page 4: ESEI.docx

menjadi punca kegagalan mengingat kembali maksud sesuatu perkataan dan ayat ialah

tahap kognitif sangat rendah, ia mungkin disebabkan oleh kurang kesediaan belajar atau

dipengaruhi oleh genetik keturunan seperti ketidakcerdasan fungsi otak, kecelaruan konsep,

disleksia dan sebagainya sehingga menyebabkan murid tersebut lemah dalam daya ingatan.

Murid yang lemah dalam tahap kognitif memerlukan masa yang lebih panjang untuk

mengingat kembali dan memahami maksud perkataan dan maksud ayat tertentu. Golongan

murid yang daya ingatan sangat lemah akan cepat bosan terhadap bahan bacaan dan hal

ini mungkin akan menyebabkan mereka tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam

proses pembelajaran. Akibatnya, murid akan gagal mendapat ilmu pengetahuan dan

semakin lemah dalam pelajaran serta gagal melangkah ke tahap pembelajaran yang lebih

tinggi kerana pengetahuan asas belum dikuasai dengan baik. Sebagai contoh, murid yang

tidak dapat mengingati sesuatu perkataan atau celaru dengan maksud perkataan akan

gagal pada tahap bina ayat kerana keliru dengan maksud perkataan akan salah membina

ayat. Manakala bagi murid yang tahap kognitifnya mencapai kehendak akan berupaya

menghubungkaitkan ilmu yang dipelajari dengan menggunakan cara sendiri dalam proses

mengingat kembali maksud perkataan tersebut.

Selain itu, faktor persekitaran yang melibatkan pengalaman penting untuk murid

mengingat kembali dan memahami perkataan yang diajar, contohnya murid yang tahap

kognitifnya sederhana dan mempunyai pengalaman belajar selama dua tahun di prasekolah

mungkin akan lebih cepat menguasai kefahaman terhadap isi pelajaran berbanding dengan

murid yang tidak pernah belajar di prasekolah dengan syarat tahap kognitif bagi kedua-dua

orang murid adalah sama, hal ini disebabkan murid yang berpengalaman telah menguasai

konsep dan cara pembelajaran yang asas. Selain itu pengalaman diri juga penting

contohnya, murid belajar perkataan ‘berkelah’, sekiranya murid tersebut pernah belajar

perkataan tersebut, maka dia akan lebih cepat menguasai perkataan tersebut. Ataupun

murid yang pernah menjalankan aktiviti berkelah sebelum itu, maka dia dapat mengingati

maksud perkataan tersebut kerana dia sendiri pernah melalui perkara-perkara dalam aktiviti

berkelah. Tetapi bagi murid yang tidak pernah menjalankan aktiviti berkelah mungkin akan

sukar mengingat kembali perkataan yang diajar khasnya perkataan yang membawa maksud

abstrak, murid mungkin salah mentafsir maksud sesuatu perkataan. Akibatnya, murid akan

gagal membina ayat yang betul, sama ada secara bertulis atau penggunaan perkataan

tersebut dalam pertuturan harian.

Murid yang lemah dalam tahap bahasa ialah murid yang tidak menguasai banyak

bilangan kosa kata, sering melakukan kesilapan dalam struktur ayat dan bermasalah dalam

aktiviti membaca. Murid yang tidak dapat menguasai banyak bilangan kosa kata akan

mengalami masalah dalam kefahaman terhadap input daripada bahan bacaan. Hal ini

Page 5: ESEI.docx

kerana murid tidak faham maksud perkataan dalam bahan bacaan tersebut dan seringkali

membuat pelbagai andaian dalam proses kefahaman, tetapi andaian mereka biasanya

memberi tafsiran yang salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang berlaku di dalam

fikiran murid adalah berbeza dengan hasrat yang ingin disampaikan oleh bahan bacaan.

Akibat kesilapan ini akan mempengaruhi proses menterjemahkan perkataan. Sebagai

contoh, sekiranya murid tidak menguasai bilangan kosa kata yang ditetapkan, maka dia juga

akan gagal membina ayat yang betul kerana dia tidak faham maksud perkataan yang

dikemukakan dalam soalan bina ayat.

Tahap kefahaman yang kedua ialah membuat urutan idea. Tahap ini merupakan

sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. Dalam tahap ini, murid perlu menguasai

kemahiran terjemah bahan bacaan, inter-pretasi dan ekstrapolasi maklumat. Peringkat

pertama, murid perlu memahami konsep sebelum proses menterjemahkan bahan bacaan

kepada bahasa yang mudah difahami seterusnya menginterpretasikan idea yang didapati

serta mengekstrapolasikan maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan.

Dalam konteks ini, isu dan faktor utama untuk kejayaan ialah tahap kognitif, tahap

Bahasa, pengalaman pendidikan, kematangan pembelajaran dan rangsangan

pembelajaran. Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif

tersebut akan mempengaruhi keupayaan membuat urutan idea dari bahan yang dibaca.

Murid-murid yang tahap kognitifnya rendah akan menghadapi masalah menterjemahkan

bahan bacaan kerana tidak berupaya mengingat kembali maksud perkataan yang telah

dipelajari, hal ini akan menyebabkan berlakunya kesalahan dalam proses menterjemahkan

maksud perkataan sekiranya murid salah membuat andaian sendiri. Tambahan pula, tahap

ini memerlukan murid membuat perkaitan tetapi proses perkaitan akan melibatkan proses

menaakul, murid perlu berfikir bagaimana mengaitkan pengetahuan yang sedia ada untuk

mengembangkan idea, bagi murid yang lemah dalam tahap kognitif tidak mungkin

melakukannya dengan baik. Selain itu, murid yang bermasalah dalam menginterpretasikan

idea seperti gagal menyusun semula maklumat daripada pemikirannya akan menyebabkan

isi penulisannya bersepai dan tidak teratur mengikut perenggan yang sepatutnya.

Selain tahap kognitif, sebab-sebab lain yang menyebabkan murid bermasalah dalam

kefahaman ialah pengalaman dan latihan tidak mencukupi. Murid yang jarang diberi latihan

seperti penghuraian tidak akan mahir untuk menginterpretasikan maklumat. Sekiranya murid

gagal membuat demikian, maka mereka akan gagal juga dalam pelajarannya, kerana

penulisan atau mengarang amat memerlukan kemahiran interpretasi dan perkaitan.

Contohnya, tajuk karangan meminta murid menghuraikan sebab dan akibat ponteng

sekolah, dalam konteks ini, murid mungkin faham kehendak soalan tetapi mereka tidak

Page 6: ESEI.docx

mampu membuat huraian terhadap idea yang sedia ada dan mungkin akan gagal juga

mengekstrapolasikan atau membuat inferens terhadap sebab-sebab yang mungkin

menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah serta gagal mengembang idea untuk

penulisannya. Akibatnya, murid akan gagal membuat karangan yang baik walaupun idea

dan isi karangan telah berada. Dengan kata lain, pengalaman mengarang dan latihan yang

berterusan merupakan sebab utama dalam membantu murid lebih matang dalam

menghubungkaitkan isi pelajaran dalam situasi sebenar. Kesan yang lebih serius ialah murid

akan terus gagal dalam semua subjek yang perlu membuat huraian dan inferens.

Tahap bahasa merupakan salah satu sebabnya murid gagal menguasai kemahiran

kefahaman kerana murid belum mencapai tahap bahasa yang sepatutnya, oleh itu tidak

memahami maklumat yang disampaikan. Tahap bahasa merupakan salah satu isu dalam

faktor persekitaran, murid yang diberi suasana pembelajaran yang baik sejak kecil akan

lebih mudah menguasai kemahiran kefahaman berbanding dengan murid yang lain. Tahap

bahasa ini boleh dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya yang sentiasa menggunakan

bahasa tersebut, lama-kelamaan murid tersebut akan mahir dalam penggunaan bahasa

yang disalurkan. Sebagai contoh, seorang murid bangsa Cina yang tinggal di sebuah

kampung Melayu dan selalu bergaul dengan kaum Melayu sejak kecil lagi, maka

penguasaan tahap Bahasa Melayu biasanya akan lebih cepat berbanding dengan murid

yang tinggal di kawasan perumahan kaum Cina. Selain faktor persekitaran, faktor

sosioekonomi sesebuah isi keluarga juga akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa,

contohnya ibu bapa yang lebih berkemampuan memberi peluang kepada anaknya

meningkatkan tahap bahasa di kelas tuisyen, tahap bahasanya pasti akan lebih tinggi

berbanding dengan murid yang tidak berpeluang untuk menghadiri kelas tuisyen, tambahan

pula, murid yang kaya mampu membeli bahan bacaan tambahan untuk membantu

peningkatan tahap Bahasa, kesannya ialah murid yang miskin mungkin akan lambat dalam

penguasaan kemahiran kerana tahap bahasa rendah sehingga menjejaskan pelajaran.

Oleh kerana tahap bahasa rendah, akibatnya murid mungkin tidak berupaya menghadapi isi

pelajaran yang semakin mendalam. Dalam faktor sosioekonomi, murid yang kurang

berkemampuan dan tahap bahasa rendah mungkin juga mengakibatkan murid tersebut

rendah diri dan hilang keinginan dan keminatan untuk belajar, pada halnya murid tersebut

mungkin berpotensi dalam bidang tersebut.

Sebab-sebab lain yang akan mempengaruhi penguasaan kemahiran kefahaman

pada tahap ini ialah disebabkan ketidakmatangan pembelajaran, iaitu murid tidak

mengetahui atau tidak mengenal pasti cara pembelajaran yang sesuai untuk diri sendiri,

akibatnya murid mungkin akan membazirkan masa yang berlebihan untuk membuat

penerokaan idea sehingga ketinggalan pelajaran yang seterusnya. Contohnya, seseorang

Page 7: ESEI.docx

murid yang salah cara pembelajaran telah menggunakan masa yang berganda-ganda dalam

menterjemahkan bahan bacaan, pada masa yang sama, murid lain telah melangkah ke

tahap interpretasi bahan bacaan atau tahap ekstrapolasi, maka dia telah ketinggalan

pembelajarannya, hal ini mungkin akan menghilangkan keyakinan diri pada murid tersebut

dan berputus asa untuk terus belajar.

Kegagalan menguasai kemahiran kefahaman mungkin juga disebabkan tiada

rangsangan pembelajaran, iaitu tidak mendapat dorongan daripada ibu bapa, guru atau

orang di sekelilingnya. Dorongan boleh diberikan dalam bentuk galakkan secara lisan atau

memberi ganjaran yang berbentuk hadiah tujuannya ialah merangsang keinginan dan

keminatan belajar. Sekiranya murid gagal mendapat dorongan yang diingini, murid akan

tidak bersemangat untuk belajar dan hilang tujuan dalam pembelajaran, akibatnya

pencapaian murid akan merosot. Apabila mereka sedar bahawa sendiri telah ketinggalan,

waktu itu telah terlambat kerana kemahiran-kemahiran yang telah disampaikan tidak

dikuasai dan masa tidak mencukupi untuk mereka belajar semula.

Secara keseluruhannya, murid yang tidak dapat menguasai kemahiran kefahaman

pada tahap kedua iaitu membuat urutan idea adalah disebabkan oleh tahap kognitif dan

tahap bahasa rendah, tidak berpengalaman pendidikan, ketidakmatangan pembelajaran dan

tiada rangsangan pembelajaran. Kesan daripada sebab-sebab kegagalan menguasai

kemahiran akan menyebabkan murid hilang keyakinan diri, tidak berminat untuk belajar dan

berputus asa. Akibat daripada kesan yang dibawa, murid akan ketinggalan dalam pelajaran

kerana tidak berjaya menguasai kemahiran kefahaman dan akibat yang seterusnya ialah

berhenti sekolah.

Tahap kefahaman yang ketiga ialah hubungan sebab dan akibat serta membuat

andaian. Tahap ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Oleh itu, murid

perlu membuat hubungan sebab dan akibat di samping membuat kritikan berdasarkan

pemikiran bercapah. Dalam peringkat ini, mula-mulanya murid perlu dilatih dan dikembang

secara lisan dan murid juga memerlukan bimbingan untuk menentukan perkara-perkara

dalam bahan bacaan adalah benar atau sebaliknya serta bimbingan membuat penaakulan

dan membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.

Dalam konteks ini, murid mungkin menghadapi kesukaran kerana kemahiran ini agak

mencabar bagi murid pemulihan yang tahap kognitifnya terhad. Faktor dan sebab yang akan

mempengaruhi penguasaan kemahiran ini lebih kepada faktor baka dan faktor persekitaran,

iaitu tahap kognitif yang berkaitan dengan genetik, manakala isu budaya pembelajaran diri

dan strategi pengajaran guru pula dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Page 8: ESEI.docx

Murid pemulihan merupakan golongan yang kurang berkeyakinan diri kerana lemah

atau lambat dalam pembelajaran dan tahap kognitif tidak setanding dengan murid arus

perdana. Oleh itu, mereka biasanya tidak berkeyakinan diri pada inferens yang dibuat.

Tambahan pula, tahap kognitif bagi murid pemulihan yang rendah tidak cukup untuk mereka

membuat analisis secara tersusun atur, membuat periksa asal-usul dan mencari bukti

dengan cara yang tepat. Masalah kekurangan maklumat atau kelemahan dalam mengurus

maklumat dan data, akan menyebabkan murid tidak cukup maklumat untuk membuat

tafsiran terhadap sebab dan akibat sesuatu perkara. Kesan dan akibat daripada kelemahan

dan kekurangan yang dinyatakan, murid akan keliru dengan penyusunan isi dalam

penulisannya iaitu tidak pasti isi manakah yang sepatutnya didahului. Sebagai contoh, murid

memulakan penulisannya dengan isi-isi penting yang sepatutnya ditulis dalam perenggan

kedua atau ketiga dan mengabaikan perenggan pengenalan yang sepatutnya perlu

didahului.

Selain tahap kognitif, sebab lain yang akan mempengaruhi penguasaan kemahiran

ialah budaya pembelajaran diri. Hujahan ini bermakna, sekiranya murid tersebut suka

membaca bahan bacaan berilmiah, sedikit sebanyak dia akan mengetahui sebab-sebab

tertentu yang mengakibatkan berlakunya sesuatu peristiwa, lama-kelamaan murid akan

mahir dalam menjana idea dan mengembang ilmu yang sedia ada dengan cepat. Selain itu,

murid yang rajin mambaca akan lebih pandai membuat ramalan atau inferens kerana

pengalaman melalui bahan bacaan ramai dikumpul dalam otaknya. Kesan baik yang ketara

ialah murid lebih senang menzahirkan idea dan berupaya mengembang idea dengan

luasnya dalam penulisannya. Kemahiran mengait sebab dan akibat bukan setakat dalam

pembelajaran sahaja, malah ia juga penting dalam kehidupan harian kita iaitu membantu

kita membuat penaakulan dan penghakiman terhadap perkara yang berlaku.

Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran dalam tahap kefahaman

Strategi pengajaran daripada guru juga merupakan suatu isu yang penting untuk

menentukan sama ada murid dapat menguasai kemahiran atau tidak. Murid pemulihan ialah

murid yang lemah dalam pembelajaran terutamanya terhadap perkara yang abstrak, mereka

amat memerlukan suatu cara pengajaran yang sesuai atau konkrit untuk membantu

kefahaman mereka. Sistem pengajaran yang lama atau tradisional merupakan sebab dan

punca kegagalan murid pemulihan menguasai kemahiran kerana cara penyampaian

maklumat hanya bergantung kepada teori-teori dalam buku sahaja. Murid akan jemu dengan

penyampaian ilmu yang sehala, murid tidak berpeluang untuk mengemukakan idea dan

pandangan serta jarang diberikan peluang untuk murid bertanya soalan terhadap perkara

Page 9: ESEI.docx

yang mengelirukan. Kesan buruknya ialah murid akan terus keliru selagi tidak mendapat

penerangan dan penjelasan yang betul. Akibatnya, masalah yang dihadapi tidak diselesai

dan murid sendiri mungkin akan membuat andaian mengikut tahap kognitif sendiri dan

malangnya andaian yang dibuat biasanya salah tetapi murid sendiri tidak berkesan dan

mungkin akan memberi hujahan dan membuat inferens yang salah dan sebagainya. Hal ini

secara langsungnya memberi impak yang buruk kepada perkembangan kognitif dan

pengalaman seseorang murid.

Dalam setiap tahap kefahaman, murid pemulihan menghadapi masalah yang

berlainan, setiap masalah mempunyai cara penyelesaiannya untuk membantu murid

menguasai kemahiran. Guru memainkan peranan penting dalam konteks ini, iaitu mengenal

murid dengan mengetahui latar belakangnya seperti keminatan, kekuatan, kelemahan,

perangai dan cara pembelajaran yang disukai seterusnya merancang suatu strategi, kaedah

dan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan untuk anak muridnya.

Dalam tahap satu, murid menghadapi masalah memahami maksud perkataan dan

ayat kerana daya ingatan lemah, tahap kognitif rendah sukar untuk memahami dan

mengingati perkataan atau ayat yang abstrak, maka strategi pengajaran yang berpusatkan

bahan amat sesuai untuk membantu penguasaan murid dalam kemahiran ini. Strategi

berpusatkan bahan bermaksud aspek yang penting dalam pengajaran bergantung kepada

bahan yang disediakan biasanya berkaitan dengan isi pelajaran tujuannya ialah untuk

membantu kefahaman murid terhadap sesuatu yang abstrak atau sesuatu yang sukar

difahami. Katakan murid suka bernyanyi, guru boleh menggunakan bahan konkrit dan

bersepadukan dengan teknik menyanyi, di mana murid sendiri akan menyanyi lagu yang

berkaitan dengan isi pelajaran tujuannya ialah membantu murid menerima ilmu melalui

aktiviti yang digemari kerana lebih mudah menerima input dan simpan dalam ingatan jangka

panjang mereka. Contohnya, guru mengajar huruf a-z, lagu ‘abc’ boleh dimainkan untuk

mengajar huruf-huruf tersebut sambil menyeronokkan situasi pembelajaran.

Dalam kemahiran kefahaman tahap dua iaitu membuat urutan idea, kemahiran yang

perlu kuasai dalam tahap ini ialah membuat interpretasi, membuat perkaitan, menaakul dan

membuat telahan. Masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan ialah tahap bahasa

dan kognitif rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, guru perlu mengenal pasti keminatan

murid terlebih dahulu dan strategi yang paling sesuai ialah strategi berpusatkan murid.

Strategi berpusatkan murid ialah strategi yang menfokuskan keminatan, kelemahan,

kekuatan serta kehendak dan keperluan murid. Segala usaha yang dilakukan bertujuan

untuk menarik perhatian murid supaya memberi tumpuan kepada pembelajaran. Untuk

menangani masalah penguasaan kemahiran pada tahap ini, guru perlu menggunakan teknik

Page 10: ESEI.docx

bermain dengan kaedah koperatif atau secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti

seperti memasang gambar yang perkaitan untuk membentuk suatu urutan yang betul dan

ahli kumpulan memberi penerangan terhadap setiap urutan berdasarkan gambar yang

dipasang seperti aktiviti pasang puzzle. Contohnya, guru mengajar murid tahun dua tentang

cara membuat kuih dodol seperti yang terkandung dalam buku teks tahun dua. Murid

biasanya keliru dengan langkah-langkah membuat kuih dodol kerana terlalu banyak langkah

pembuatannya, tetapi jika guru menyediakan kad-kad puzzle yang berkaitan dengan

langkah pembuatan kuih dodol untuk dipasang oleh murid, ia akan lebih berkesan

berbanding dengan cara penyampaian sehala daripada guru. Dalam proses mencantum

atau memasang puzzle, otak atau pemikiran telah dirangsang dan apabila setiap kad

dipasang betul, mereka nampak gambar dan mengetahui apa yang berlaku dalam langkah

tersebut dan sebagainya. Apabila murid sendiri yang berusaha melakukan sesuatu, ilmu

yang didapati akan lebih kukuh dan tidak mudah dilupai. Tambahan pula, penggunaan

bahan bantu mengajar yang bersifat mainan seperti yang dinyatakan akan lebih mudah

merangsang pemikiran otak dan merangsang penerimaan input.

Manakala dalam tahap kefahaman yang ketiga iaitu hubungan sebab dan akibat,

sebab-sebab yang menjadi halangan kepada penguasaan kemahiran ialah lemah dalam

menghubungkaitkan maklumat yang diterima untuk membuat analisis secara tersusun atur.

Selain itu, mereka juga lemah dalam kemahiran mencari bukti kerana cara tidak tepat, akhir

sekali mereka bermasalah dalam pengurusan maklumat dan data. Berdasarkan masalah

yang dinyatakan, strategi yang sesuai untuk murid ialah strategi berpusatkan aktiviti. Strategi

ini memberi penekanan pada aktiviti yang dirancang, ini bermakna aktiviti yang dirancang

akan mampu memberi rangsangan kepada murid untuk memahami dan sedar akan objektif

setiap langkah serta membantu murid menguasai kemahiran yang sukar dicapai. Kaedah

yang sesuai digunakan ialah secara berkumpulan dan tekniknya ialah berlakon atau

membuat simulasi berdasarkan perkara yang ditinjau. Oleh kerana murid sukar

menghubungkaitkan sebab dan akibat terhadap perkara yang ditinjau, maka guru boleh

merancang aktiviti lakonan dan biar murid sendiri melalui perkara yang berlaku supaya

murid sendiri merasai situasi yang benar seterusnya mencatat dan menerangkan sebab-

sebab yang menjadi punca berlakunya perkara tersebut dan daripada lakonan murid lain

biar murid sendiri melihat dan mengesan akibat daripada sesuatu perbuatan. Strategi,

kaedah dan teknik ini berkesan kerana murid pemulihan biasanya tidak mampu membuat

andaian dan inferens, murid sendiri perlu merasai atau berpengalaman dalam perkara

tersebut agar sendiri berupaya membuat analisis. Teknik lakonan juga berkesan dalam

membantu murid menyimpan kemahiran ini dalam ingatan jangka panjang.

Page 11: ESEI.docx

Strategi terakhir ialah strategi berpusatkan guru. Strategi ini similar dengan sistem

pengajaran dan pembelajaran tradisional, segala ilmu dan pengetahuan adalah daripada

guru, murid sendiri kurang melibatkan diri dalam pengajaran, iaitu murid hanya mendengar

dan menerima apa yang disampaikan oleh guru. Dengan kata lain, cara pengajaran ini

adalah sehala dan strategi pengajaran ini semakin kurang digunakan kerana kurang

merangsangkan pembelajaran hanya sesetengah ilmu adalah disampaikan dengan cara ini.

Sebagai contoh, guru mengajar subjek sejarah, peranan murid hanya menerima input

daripada guru tanpa mengira guru tersebut memberi penjelasan, penerangan atau

perlakonan. Oleh itu, subjek sejarah biasanya tidak disukai oleh ramai murid kerana bosan

dan isi pelajaran adalah bergantung kepada maklumat yang telah ditetapkan, tambahan

pula cara pengajaran guru adalah sehala.

Page 12: ESEI.docx

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu

TAJUK : Unit 1 : Suku kata terbuka

TARIKH / HARI : 7. 5. 2015 ( Khamis )

MASA : 8.00 pagi – 9.00 pagi ( 60 minit )

TAHUN / KELAS : Pemulihan Tahun 2

BILANGAN MURID : 6 orang

KEMAHIRAN : 1.0 Menyebut, mencerakin suku kata KV + KV

2.0 Mengeja, membaca dan memahami perkataan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

- Menyebut nama benda dengan perkataan KV +

KV yang betul.

- Menyatukan dua suku kata menjadi perkataan

yang bermakna berdasarkan suku kata KV + KV.

- Mengeja perkataan KV + KV

- Memadan perkataan berdasarkan gambar yang

ditunjuki dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN : 1.0 Membaca dan memahami perkataan

STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1 Membaca dan memahami perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka KV + KV

BAHAN BANTU MENGAJAR : 1. Kad-kad suku kata dan gambar

2. Slaid powerpoint

3. Komputer dan LCD Projektor

PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Murid sudah mengenal huruf A-Z

2. Murid dapat membezakan huruf vokal dan

huruf konsonan.

PENERAPAN NILAI : 1. Berani

2. Kerjasama

Page 13: ESEI.docx

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MasaDan langkah

Isi Pelajaran Aktiviti pembelajaran dan pengajaran

Catatan

Set Induksi :( 5 minit )

Menyebut aktiviti

permainan yang biasa

dimainkan oleh murid.

Murid membuat

pemerhatian dan

mencatatkan nama

aktiviti yang dilihat

melalui gambar

tersebut.

Nama aktiviti:

1. Main bola2. Baca buku3. Batu seremban

4. Lompat tali

1. Guru menanya murid apakah

aktiviti permainan yang

disukai.

2. Guru memaparkan senarai

gambar aktiviti kepada murid.

3. Murid dinasihati supaya

memerhatikan aktiviti-aktiviti

yang dilakukan oleh watak-

watak dalam gambar yang

dipaparkan serta mencatat

nama aktiviti yang dilihat dan

menjawab soalan guru.

4. Murid menjawab nama

aktiviti yang dilihat melalui

gambar yang dipaparkan.

5. Guru menghubungkaitkan isi

pelajaran dengan nama

aktiviti-aktiviti yang tercatat

oleh murid.

6. Murid menyebut perkataan-

perkataan KV + KV yang

akan dipelajari atas iringan

guru.

7. Guru memastikan perkataan

yang disebut oleh murid

adalah betul dan tepat.

KBKK :

Menjana idea

pemikiran kreatif.

BBM:

1.Tayangan gambar

melalui LCD

projektor dan

komputer.

2.Kertas dan pensel.

Nilai-nilai Murni:

1.Teliti

(pemerhatian)

2.Mendengar

arahan.

Strategi :

Berpusatkan bahan

Page 14: ESEI.docx

Murid menyebut

perkataan dalam nama

aktiviti yang dipaparkan

dengan betul.

Contohnya :

1. Bola

2. Baca

3. Buku

4. Batu

5. Tali

Page 15: ESEI.docx

Langkah 1:( 20 minit )

Aktiviti mencerakinkan

suku kata setiap

perkataan.

Contoh:

Gambar yang ditunjuk:

1. Selepas murid mengenal

pasti sebutan perkataan,

guru menunjuk cara

mencerakinkan perkataan KV

+ KV dengan memberi

contoh kepada murid-murid.

Contoh :

Tunjuk cara mencerakinkan

perkataan ‘saya’

sa + ya

(KV) + (KV)

(Murid sudah dapat membeza huruf

konsonan dan huruf vokal)

2. Murid-murid dibahagikan

kepada dua kumpulan (setiap

kumpulan 3 orang murid)

untuk membincang dan

mencerakinkan kelima-lima

perkataan dan

menuliskannya pada kad-kad

yang disediakan berdasarkan

nama benda atau aktiviti

dalam gambar yang

dipaparkan pada skrin putih.

( Perkataan yang telah dicerakin

dikehendaki menulis dalam

warna yang berbeza, contoh :

Bola.)

BBM :

1. Kad suku

kata KV + KV

Nilai-nilai murni :

1. Kerjasama

2. Berani

mencuba.

Strategi :

1. Berpusatkan

aktiviti

Kaedah :

1. Koperatif

Teknik :

1. Bermain

Page 16: ESEI.docx

Langkah 2( 5 minit )

Murid mengeja suku

kata dan membaca

perkataan yang dieja.

1. Murid-murid semak jawapan

sambil mengeja suku kata

kelima-lima perkataan itu.

BBM :

Komputer dan LCD

Projektor

Nilai murni :

Mendengar arahan

Page 17: ESEI.docx

Langkah 3( 25 minit )

Mengenal perkataan

dengan berpandukan

gambar dan memahami

makna perkataan

dengan ayat tunggal

yang disediakan.

Aktiviti berkumpulan :

- Murid menyusun kad-

kad untuk membentuk

gambar.

- Cari perkataan

berdasarkan gambar.

- Cari ayat tunggal

berdasarkan perkataan

yang dijumpai.

1. Murid-murid diberi

sekelompok kad untuk

menyusunkannya menjadi

suatu gambar yang betul.

(puzzle)

2. Selepas disemak dan

dikenalpasti penyusunan kad

adalah betul, murid

membawa gambar tersebut

ke stesen yang seterusnya

untuk mencari perkataan dan

ayat tunggal untuk

disuaipadankan dan tampal

ketiga-tiga bahan bantu

belajar yang disusun pada

papan putih untuk disemak.

3. Seramai empat stesen

disediakan untuk murid

menjalankan aktiviti.

Stesen 1: Main puzzle

Stesen 2: Cari perkataan

berdasarkan gambar yang

disusun.

Stesen 3: Cari kad ayat tunggal yang

berkaitan dengan

perkataan dan gambar

tertentu.

Stesen 4: Menyusun dan menampal

gambar, perkataan dan

ayat tunggal di papan

putih untuk disemak.

BBM :

1. Puzzle

2. Kad

gabungan

suku kata

dan

perkataan

serta kad

ayat tunggal.

Nilai-nilai murni :

1. Teliti

2. Jaya diri

Strategi :

1. Berpusatkan

aktiviti

Kaedah:

1. Pembelajaran

koperatif

Teknik :

1. Bermain

Page 18: ESEI.docx

Penutup( 5 minit )

Ingat kembali kelima-

lima perkataan yang

dipelajari dan diikuti

dengan bacaan ayat

tunggal.

1. Murid-murid memberitahu

guru apa perkataan yang

telah dipelajari dan membaca

kelima-lima ayat tunggal

untuk mengukuhkan daya

ingatan murid.

BBM :

Komputer dan LCD

Projektor.

Nilai Murni :

Berani menyebut

5.0 KESIMPULAN

Page 19: ESEI.docx

Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar dan

belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah dan

alam persekitaran.

Pengajaran dan pembelajaran perlu mengambilkira keperluan, minat, potensi,

kebolehan dan perbezaan latar belakang murid. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul

ialah menyedari pelbagai punca masalah yang mungkin timbul dan kesan yang dibawa serta

mengetahui cara bagaimana menggunakan daya kreativiti untuk menyediakan pelbagai

peluang pembelajaran untuk menangani masalah pembelajaran murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat dari perspektif pendidik sahaja

tetapi ia juga mementingkan perspektif murid. Hal ini dapat membantu para guru

menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta kefahaman terhadap strategi pengajaran dan

pembelajaran. Dengan ini, jelaslah bahawa tujuan utama pendidikan Bahasa Melayu ialah

untuk membolehkan murid membentuk kefahaman terhadap setiap kemahiran perbahasan

yang dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan

negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam

pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.

Kesimpulannya, kemahiran kefahaman merupakan kemahiran yang paling susah

dikuasai dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, semakin banyak bilangan

kosa kata dikuasai, murid akan lebih senang dalam menguasai kemahiran kefahaman dan

secara langsungnya membantu murid melanjut ke tahap pembelajaran yang lebih tinggi.

Oleh demikian, semua pihak perlu mengambil bahagian terhadap tanggungjawab sendiri

untuk melahirkan anak murid lebih menyeluruh dalam perkembangan jasmani, emosi,

rohani, dan intelek.

RUJUKAN

Page 20: ESEI.docx

Bahan bercetak

Jemaah Nazir Sek. Persekutuan Kem. Pendidikan Malaysia (1990). Laporan Pemeriksaan

Status Matapelajaran Peringkat Sek. Menengah 1990. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar

Pelajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri. (2015). Rancangan Pengajaran Tahunan

Pemulihan, 2015. Johor Bahru

Nohaidi Hj. Sarponen. (2000). Panduan Asas Mengajar Pemulihan Bahasa Melayu.

Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti

Jamilah Binti Ahmad. (1999). Panduan pengajaran pemulihan Bahasa Melayu.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Page 21: ESEI.docx
Page 22: ESEI.docx