edu troter

7
1 Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986) a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat) -mula mempelajari cara mengajar -mempelaja ri fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran -masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru -dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat) -menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P. -pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri -bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat) - memiliki kelayakan ikhtisas -lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid -memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus -memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun) -Mahir dalam bidangnya -Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar -gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi -kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik. e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 t ahun) -guru yang gemilang dan terbilang -dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar. -orang yang berautoriti dalam profesionnya -idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah. 4.1.2 Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)

description

edu troter

Transcript of edu troter

  • 5/20/2018 edu troter

    1/7

    1

    Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

    a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)

    -mula mempelajari cara mengajar

    -mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran

    -masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru

    -dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang

    guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program

    Ijazah Perguruan

    b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)

    -menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip

    berkaitan P&P.

    -pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina

    keyakinan diri-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan

    motivasi guru novis lanjutan

    c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)

    - memiliki kelayakan ikhtisas

    -lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid

    -memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi

    dan juga situasi yang khusus

    -memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya

    mengikut keperluan pelajar yang berbeza

    d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)

    -Mahir dalam bidangnya

    -Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar

    -gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan

    berdasarkan intuisi

    -kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun

    maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran

    secara kreatif dan unik.

    e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)

    -guru yang gemilang dan terbilang

    -dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan

    pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar.

    -orang yang berautoriti dalam profesionnya

    -idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan

    pengendalian di bilik darjah.

    4.1.2 Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)

  • 5/20/2018 edu troter

    2/7

    2

    Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk

    seseorang menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Kajian berkaitan lima

    peringkat perkembangan ini kemudiannya diperluas oleh David Berliner (1988) serta

    para pendidik guru yang lain (Carter, Cushing, Sabers, Stein & Berliner, 1988) untuk

    mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang cara-cara guru novis dan pakar

    berfungsi dalam situasi P&P Lima peringkat perkembangan tersebut ialah:

    Peringkat novis

    Peringkat novis lanjutan

    Peringkat cekap

    Peringkat mahir

    Peringkat pakar

    Secara amnya, seseorang mengambil jangka masa antara 10 hingga 15 tahun untuk

    beranjak dari peringkat novis menjadi seorang pakar dalam bidangnya. Guru-gurupraperkhidmatan dalam program Ijazah Perguruan mungkin akan bergerak dariperingkat novis ke peringkat novis lanjutan dan mulai menuju ke peringkat cekapapabila mereka menjadi guru permulaan di sekolah.Trotter (1986) berpendapat gurumemerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk beranjak ke peringkat mahir danhanya segelintir daripada mereka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar.

    (i) Peringkat Novis

    Peringkat pertama untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang diceburiialah peringkat novis. Peringkat ini bermula apabila anda berdaftar sebagai

    pelajar pendidikan guru (teacher education students) dalam program IjazahPerguruan. Pada peringkat ini, novis berusaha mempelajari fakta-fakta yangspesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untukbertindak. Guru novis sedang belajar dan berusaha untuk membentuk suatupandangan menyeluruh untuk memahami pengertian 'menjadi seorang guru'.Mereka mulai memperoleh beberapa kemahiran asas, menguasai peristilahan-peristilahan yang berkaitan dengan profesionnya serta menghimpunkan idea-idea awalan tentang tugas-tugas mengajar.

    Namun demikian, kefahaman novis tentang fungsi guru dengan erti kata yangsebenar masih tidak lengkap. Guru novis belum memiliki kemahiran-kemahiran

    yangdiperlukan untuk mengendalikan pengajaran di dalam sesebuah kelas.Walaupun begitu, boleh dirumuskan bahawa guru novis telahpun berjayamembentuk satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang guru profesionalmelalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan merekaseperti pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-kanak, falsafahpendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan negara.

    (ii) Peringkat Novis Lanjutan

    Peringkat kedua dalam perkembangan penguasaan guru ialah peringkat novislanjutan. Pada peringkat ini, pelajar pendidikan guru berterusan mengumpuldan menambah pengetahuan berbentuk fakta, mengenali dan membetulkanfakta yang sebelum ini tidak difahami. Di samping itu, novis lanjutan juga

    berusaha menambah maklumat berkaitan dengan proses P&P, memantapkanpengetahuan tentang peristilahan, prinsip dan konsep-konsep yang berkaitandengan profesionnya. Pada peringkat ini, pendedahan kepada situasi sebenar

  • 5/20/2018 edu troter

    3/7

    3

    sekolah melalui program seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah danPraktikum di mana guru novis lanjutan ini memperoleh pengalaman membantuguru sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas hariannya. Pengalaman danpendedahan awal kepada realiti sekolah boleh membantu guru novis lanjutanmendalami kefahaman tentang kehendak dan tuntutan profesionkeguruan.Guru novis lanjutan mempunyai semangat yang tinggi untukmempraktikkan apa jua yang telah dipelajari secara teori, namun jika realiti bilikdarjah tidak seperti yang di- jangkakan, mereka mungkin patah semangat danmula mempersoalkan kebolehan diri. Untuk memastikan guru novis terusberkembang ke peringkat seterusnya, program pementoran dan pencerapanklinikal dapat menyokong dan membantu guru novis membina keyakinan dankemahiran mengajar. Guru mentor yang berpengalaman dan bersikap positifboleh membantu guru novis lanjutan mengharungi peringkat ini denganjayanya.

    (iii) Peringkat Cekap

    Peringkat ketiga ialah peringkat cekap(competence) di mana seseorang gurumencapai peringkat keterampilan dalam bidang yang diceburi. Guru tersebut

    telahpun memiliki sijil atau ijazah dalam bidang keguruan untuk memenuhikeperluan kelayakanyangditetapkan. Kecekapan(competence)sebenarnyamerupakan tahap minimum untuk seseorang berfungsi sebagai pendidik yangbertauliah. Pada peringkat ini, guru mula mengenali lebih banyak prinsip dankonsep di luar konteks dan juga elemen-eleman dengan merujuk kepada situasiyang khusus. Dengan erti kata lain, guru mampu memahami prinsip dan konseppembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus.Pada penghujung peringkat ini, guru mula memiliki kemampuan untukmenyelesaikan masalah P&P yang dihadapinya. Guru yang cekap dapatmenyiasat amalan sendiri melalui refleksi yang mungkin berbunyi, 'Saya telah

    cuba ini, tetapi hasilnya bukan seperti yang saya kehendaki. Apakah yang patutsaya buat sekarang?'

    Sebenarnya, peringkat kompeten ini bermula apabila anda menerima tawaranlantikan ke jawatan guru. Seringkali, guru memerlukan antara dua hingga limatahun pengalaman mengajar dan pada masa yang sama bersikap terbukaterhadap pembelajaran baharu atau bersedia menerima latihan tambahansemasa dalam perkhidmatan. Jika mereka meninggalkan profesion keguruansebelum tempoh lima tahun dalam perkhidmatan, kemungkinan besar merekatidakpun mencapai peringkat kecekapan.

    (iv) Peringkat Mahir

    Guru-guru yang sampai ke peringkat mahir boleh dikatakan berada dalamgolongan yang terbaik dalam bidang profesionnya. Hanya peratusan kecildalam kalangan guru yang berjaya ke peringkat ini. Guru-guru mahir sentiasadiingati dan disanjungi oleh bekas pelajar mereka sebagai guru yang telahmempengaruhi kehidupan mereka secara positif dan dapat meninggalkankesan yang mendalam.Guru yang mahir dengan mudahnya dapat mengenal pasti elemen-elemenpenting dalam sesuatu tugas. Guru mahir mempunyai kemampuan kognitif yangtinggi untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secarakreatif dan tersendiri. Beliau mempamerkan gaya lancar yang membolehkannyamembuat keputusan berdasarkan intuisi. Hal ini kerana, guru mahir mempunyai

    pengalaman yang cukup banyak dan dapat membantunya memahami situasiyang dihadapinya. Kefahamannya mengenai sesuatu tugas tersebut sudahbegitu sebati/terbatin (internalized) dalam dirinya sehingga kadangkala guru

  • 5/20/2018 edu troter

    4/7

    4

    mahir ini menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada orang lain tentangpemikiran atau tindakannya.Pada peringkat ini, guru mahir mempamerkan gaya pengajarannya yangtersendiri. Pengalamannya (bukan latihan yang diterimanya) merupakanpenentu utama prestasi dan kualiti pengajaran seseorang guru mahir. Gurumahir mempunyai kebolehan untuk membimbing dan menjadi mentor kepadaguru novis. Mereka boleh berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran melaluiforum, kursus latihan dalam perkhidmatan, seminar penyelidikan, diskusi intelekdan sebagainya.

    (v) Peringkat Pakar

    Pada peringkat pakar, guru merupakan bintang yang me- nyerlah dalam

    bidangnya. Guru pakar menggunakan penga- lamannya seperti mana pada

    peringkat mahir tetapi secara holistik. Hal ini bermakna beliau boleh memahami

    dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai serta masih dapat

    mempamerkan gaya pengajaran yang lancar. Hal yang sedemikian belum lagi

    ditunjukkan oleh guru walaupun di peringkat cekap. Apa jua yang dilakukan

    oleh seorang guru pakar sentiasa berjaya berbanding dengan guru mahir yang

    kadang-kadang masih melakukan kesilapan. Guru pakar boleh dianggap

    sebagai jurucakap atau orangyang berautoriti dalam profesionnya. Seringkali,

    idea dan kemahiran yang ada pada guru pakar boleh mempengaruhi polisi-

    polisi berkaitan dengan pengendalian pengajaran di bilik darjah.

    4.2 Perjalanan dari Novis ke PakarImplikasi kepada Guru

    Profesion keguruan sebenarnya merupakan suatu perjalanan walaupun destinasi

    yang ditujui itu tidak kurang pentingnya. Proses yang dilalui sepanjang perjalanan

    lebih membawa makna jika dirancang dan dibuat persediaan pada peringkat awal

    lagi. Pendedahan kepada topik peringkat-peringkat perkembangan guru mungkin

    dapat membantu anda menyediakan diri untuk menempuh 'perjalanan' ini.

    Seperti mana yang dinyatakan oleh Berliner (1988), hanya segelintir kaum guru

    berjaya menamatkan perjalanan kerjaya keguruannya hingga ke peringkat guru

    pakar. Para penyelidik pendidikan guru dan latihan perkembangan staf amat

    berminat untuk mengenal pasti apakah ciri-ciri yang membezakan guru novis dan

    guru pakar. Persoalan yang cuba dijawab ialah, 'Bolehkah ciri-ciri yangdikenal pastiitu diterapkan pada peringkat awal agar proses (jumlah tahun) dari peringkat novis

    ke pakar dipermudahkan (atau dipercepatkan)?'

    Lee Shulman (1986, 1987), seorang pengkaji terkemuka dalam bidang pendidikanguru mengutarakan satu kerangka konseptual yang sering dijadikan panduan kepadapendidik guru dalam perbincangan berkaitan kualiti seorang guru yang kompeten.

    Kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan, iaitu: Pengetahuan isi kandungan.Pengetahuan pedagogi am.Pengetahuan kurikulum.Pengetahuan kandungan pedagogi.Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar.

  • 5/20/2018 edu troter

    5/7

    5

    Pengetahuan tentang konteks pendidikan.Pengetahuan tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan. Pengetahuan

    kandungan pedagogi(pedagogical content knowledge)dibentuk hasil daripada mensintesis dan menyepadukan tiga teras pengetahuan,iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuantentang konteks pendidikan.

    Mengikut Shulman dan Grossman (1988), pengetahuan kandungan pedagogihanya dimiliki oleh kaum pendidik sahaja. Contohnya, antara seorang guru sainsdengan seorang saintis, guru sains menstruktur pengetahuan sainsnya dariperspektif pengajaran dan cara pengetahuan tersebut digunakan untuk membantupelajar memahami konsep-konsep sains secara spesifik. Manakala, seorang saintismenstruktur pengetahuan sainsnya untuk tujuan kajian dan membina pengetahuanbaharu dalam bidang sains.

    'Pedagogical content knowledge is the category most likely to distinguish the

    understanding of the content specialist from that of the pedagogue.'

    (Shulman, 1987, hal.4)

    Penguasaan pengetahuan kandungan pedagogi ini juga nyata membezakan antaraguru novis dengan guru pakar. Perbandingan pengetahuan kandungan pedagogiguru novis dan guru pakar:

    Guru Novis

    Pengetahuan isi kandungan adalah secara diskret/berasingan. Tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian

    pengetahuan dan prestasi pengajaran.

    Guru Pakar

    Pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengankonteks yang berbeza secara bersepadu.

    Tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai. Mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina

    konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya.Memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh

    mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaiandengan keperluan konteks.Beberapa perkara perlu diberikan penekanan semasa anda berada di peringkatnovis agar proses transisi ke peringkat yang lebih maju dapat dicapai denganlancar dan efisien. Antaranya adalah:

    Sokongan dan bimbingan yang diterima semasa mengikuti program keguruan

    (pensyarah, tutor dan guru mentor) secara menyeluruh dan intensif akan

    membantu pencapaian penguasaan aras kompeten.

    Latihan atau aktiviti perlu menjurus kepada perkembangan domain

    pengetahuanyangspesifik(isi kandungan, pengetahuan kandungan pedagogi dan

    pedagogi am) agar dapat meningkatkan kemahiran pengamatan dan membuatperwakilan proses P&P di dalam bilik darjah yang mantap.

  • 5/20/2018 edu troter

    6/7

    6

    Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program latihan keguruan

    menyeimbangkan teori dan amali kerana latihan praktikal membenarkan

    pengalaman langsung serta pembelajaran secara aktif atauhands-on.

    Untuk menghayati pengurusan bilik darjah, seseorang novis didedahkan kepadapengalaman yang terancang (contohnya, analisis kajian kes, senario bilik darjah),

    pengalaman vikarious (contohnya, memerhati guru mentor mengendalikan kelas),pengalaman simulasi (contohnya, main peranan/pengajaran mikro dan makro) dimana perbincangan boleh berfokus kepada masalah disiplin atau isu akademikyang spesifik. Melalui aktiviti demikian, novis akan mula memperoleh suatukefahaman baharu, seperti mana Shulman (2000) berpendapat, mengetahuisesuatu secara peribadi adalah berbeza daripada memahami apa jua yang oranglain patut tahu dan laksanakannya. Guru novis perlu mencari peluang yangberterusan agar dapat meningkatkan kemahiran profesionalismenya ke peringkatguru pakar.

    4.3 Rumusan

    Teori perkembangan guru yang dibincangkan di atas adalah berasaskanpengetahuan praktikal, teoritikal dan empirikal. Peringkat-peringkat perkembanganguru yang dikemukakan oleh Fuller (1969) dan Trotter (1986) dihasilkan daripadapengalaman sebenar, dapatan-dapatan penyelidikan serta fikiran-fikiran mengenaipsikologi perkembangan. Seseorang guru permulaan yang dibekalkan denganpengetahuan berasaskan penyelidikan dapat membantunya membuat keputusan-keputusan yang bijak semasa menghadapi cabaran-cabaran dalam profesionalperguruan.Rujukan

    Borich, G. D. & Tombari, M. L. (1997), Educational Psychology: A ContemporaryApproach, New York: Longman.

    Burden, P. R. (1986), Teacher Development: Implications for Teacher Education',dalam J. Raths & L. Katz (eds.), Advances in Teacher Education, Vol. 2, Hal.85-220, Norwood, NJ: Ablex Publishers.

    Cochran, E., & Andrew, M. (1988), 'A Full Year Internship: An Example of School-University Collaboration', Journal of Teacher Education, 39, Hal. 17-22.

    Fuller, F. F. (1969), 'Conceps of Teachers: A Developmental Conceptualization',American Educational Research Journal, 6 (2), Hal. 207-226.

    Fuller, F. F. & Bown, O. H. (1975), 'Becoming A Teacher', dalam K. Ryan (edj,

    Teacher Education: The Seventy-Fourth Yearbook of The National Societyfor TheStudy of Education Part //, Hal. 25-52, Chicago: The University of ChicagoPress.

    Katz, L. G. (1972), 'Developmental Stages of Preschool Teachers', ElementarySchool Journal, 73 (1), Hal. 50-54.

    Rogan, J. M., Borich, G. D., & Taylor, H. P. (1992), Validation of The Stages ofConcern Questionnaire', Action in Teacher Education, 14(2), Hal. 43-49.

    Rutherford, W. L & Hall, G. E. (1990), 'Concerns of Teachers: Revisiting TheOriginal Theory After Twenty Years', Paper Presented at The Meeting of TheAmerican Educational Research Association, Boston, MA.

  • 5/20/2018 edu troter

    7/7

    7

    Shulman, L. S. (1986), Those Who Understand: Knowledge Growth in Teaching',Educational Researcher, 15(2), Hal. 4-14.

    _____________ (1987), 'Knowledge and Teaching: Foundations of The NewReform', Harvard Educational Review,57(1), Hal. 1-22.

    _____________ (2000), Teacher Development: Roles of Domain Expertise andPedagogical Knowledge',Journal of Applied Developmental Psychology,21(1), Hal. 129-135.

    _____________ , & Grossman, P. (1988), 'The Intern Teacher Casebook', CA: FarWest.

    Laboratory for Educational Research and Development,San Francisco.Trotter, R. (1986), The Mystery of Mastery', Psychology Today, 20 (7), Hal.32-38.