EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

32
Information Sheet For Competency Unit 6 | Mohamad Norhaidi

Transcript of EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Page 1: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Information Sheet For Competency Unit 6 | Mohamad Norhaidi

Page 2: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

ISI KANDUNGAN

MODUL 6 : COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP................................................3

1. PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER.......................................................3

1.1 Definisi Rangkaian..........................................................................................................3

1.2 Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking).....................................................3

1.3 Jenis-Jenis Rangkaian...................................................................................................4

1.4 LAN (Local Area Network).............................................................................................4

1.5 MAN (Metropolitan Area Network)................................................................................5

1.6 WAN (Wide Area Network)............................................................................................6

1.7 SAN (Storage Area Network)........................................................................................7

2. DEFINASI TOPOLOGI...........................................................................................................8

2.1 Jenis-Jenis Topologi Sistem Rangkaian......................................................................8

2.2 Jenis-Jenis Lan..............................................................................................................12

3. PERKAKASAN PENYAMBUNGAN INTERNET...............................................................14

3.1 Hub (Hab).......................................................................................................................14

3.2 Switch (Suis)..................................................................................................................16

3.3 Router (Penghala).........................................................................................................17

3.4 Repeater (Pengulang)..................................................................................................19

3.5 Bridge (Jejambat)..........................................................................................................20

4. KABEL RANGKAIAN............................................................................................................22

4.1 Definisi Kabel.................................................................................................................22

4.2 Jenis-Jenis Kabel..........................................................................................................23

IT-020-3 CU 6 : Computer Network Connectivity setup

Page 3: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

MODUL 6 : COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP

1. PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER

Teknologi rangkaian komputer merupakan teknologi yang amat cepat berkembang. Sebaik sahaja rangkaian komputer diperkenalkan, ramai manusia yang cuba menggunakannya.Kini rangkaian menjadi sebahagian daripada kemudahan infrastruktur bagi kita. Rangkaian banyak digunakan untuk urusan perniagaan, pengiklanan, pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan, perakaunan dan urusan pentadbiran.Melalui rangkaian juga wujud teknologi-teknologi baru dan peluang pekerjaan yang baru.

1.1 Definisi Rangkaiani. Sistem komputer dan terminal yang saling bersambungan dan dapat berkomunikasi

antara satu sama lain.ii. Rangkaian computer melibatkan dua buah komputer atau lebih yang dihubungkan

dengan media menggunakan talian terus atau talian telefon dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan.

iii. Terminal adalah peranti (komputer) untuk input atau output data dalam sesebuah system komunikasi.

1.1.1 Sejarah Rangkaian Komputer.i. Di awal tahun 70 an, sistem rangkaian berasaskan system kompuer IBM dan

DECnet tidak dapat berhubung antara satu sama lain disebabkan tiada kesepakatan dalam cara system rangkaian bekerja. Sekiranya pejabat kita menggunakan system rangkaian IBM, maka peralatan computer perlu menggunakan system rangkaian IBM, maka peralatan computer perlu menggunakan produk IBM dan begitu jugalah sebaliknya.

ii. Dalam system rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI) yang dirangka oleh International Standard Organization pada tahun 1974. Diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai oleh semua pengeluar.

1.2 Kebaikan Menggunakan Rangkaian (Networking)

i. Berkongsi Fail Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau

komputer pusat. ii. Menimdahkan Fail

Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

iii. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus,

Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

iv. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam

satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

Page 4: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

v. Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat

digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain. vi. Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.1.3 Jenis-Jenis Rangkaian.

Terdapat 3 jenis rangkaian iaitu;

Bil Sistem Rangkaian Komputer

Saiz Kawasan Contoh

1. Local Area Network (LAN)

Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.

2. Metropolitan Area Network (MAN)

Kawasan lebih besar 

(10-50km)

Bandar, negeri.

3 Wide Area Network (WAN)

Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)

Seluruh dunia, negara, 

Internet

1.4 LAN (Local Area Network)

i. LAN ialah rangkaian di dalam sesebuah bangunan atau di antara bangunan yang bersebelahan.

ii. LAN biasanya diselenggarakan sendiri oleh syarikat atau institusi.iii. LAN digunakan secara meluas untuk menghubungkan PC di dalam pejabat,

kilang dan institusi dengan bertindak sebagai media pertukaran maklumat.iv. Terdapat 3 kriteria yang membezakan LAN dengan rangkaian yang lain, iaitu ;

a. Saiz LAN mempunyai saiz yang terhad/ kecil Saiz yang terhad ini membolehkan ia menggunakan sesetengah

rekabentuk rangkaian yang tidak boleh digunakan oleh jenis yang lain. Sistem pengurusan rangkaiannya juga mudah.

b. Teknologi Pemindahan Teknologi pemindahannya menggunakan satu kabel untuk

menghubungkan komputer dan peranti yang lain kepada sistem rangkaian.

Kadar pemindahannya ialah 10 hingga 100 Mbps Sistem yang baru menambah kelajuannya lebih daripada 100 Mbps

Page 5: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

c. Topologi (rekabentuk fizikal dari segi bagaimana ia disambungkan) Pelbagai jenis topologi boleh digunakan untuk LAN jika dibandingkan

dengan jenis yang lain iaitu:a) Topologi Bas.b) Topologi Bintang.c) Topologi Cincin.d) Topologi Mesh.e) Topologi Hybrid.

Gambarajah 1: Local Area Network

1.5 MAN (Metropolitan Area Network)

i. Rangkaian di antara beberapa bangunan atau di dalam sesebuah bandar.ii. Ia juga boleh digunakan oleh beberapa organisasi yag berbeza.iii. MAN menyokong penghantaran data dan suara.iv. Piawai DQDB (Distributed Queue Dual Bus) dibina untuk MAN.v. DQDB juga dikenali dengan IEEE 802.6vi. DQDB mengandungi dua unidirectional buses (cables) di mana semua komputer

dihubungkan.vii. Setiap bus mempunyai satu head-end, iaitu peranti yang digunakan untuk

memulakan penghantaran data.viii. Teknologi pemindahan begini, juga dikenali sebagai dua kabel (two cables).

Gambarajah 2: Metropolitan Area Network

Page 6: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

1.6 WAN (Wide Area Network)

i. Hubungan di antara LAN dengan LANii. Boleh melibatkan kawasan yang luas iaitu di antara bandar, negeri dan negara.iii. Ia mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi pengguna dan mesin

ini dinamakan hosts.iv. Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa mesej dari satu

host ke satu host.v. Kebanyakan WAN mengandungi dua komponen iaitu laluan penghantaran

(transmission line) dan elemen pensuisan (switching element)vi. Laluan penghantaran juga disebut trunks, saluran (channels) atau litar (circuits)

yang digunakan untuk memindahkan bit-bit di antara mesin-mesin.vii. Elemen pensuisan merupakan komputer khusus yang digunakan untuk

menghubungkan di antara dua atau lebih laluan penghantaran.viii. Apabila data tiba di laluan masuk (incoming line), elemen pensuisan akan

memilih laluan keluar (outgoing line) untuk meneruskan proses penghantaran data.

ix. Beberapa terminologi yang digunakan untuk menggambarkan proses tersebut ialah Nod Pensuisan Paket (Packet Switching Nodes), Antara Sistem (Intermediate System) dan Data Switching Exchanges

x. Satu lagi term yang digunakan ialah router. Router ialah sejenis komputer pensuisan (switching computer). Host akan dihubungkan kepada LAN melalui router. Dalam sesetengah keadaan host boleh berhubung secara terus kepada router. Tugas router ialah ia akan tapis paket-paket yang diterimanya dan akan halakan mana-mana data yang tidak diperlukan.

xi. Oleh itu, subnet ialah koleksi router dan laluan komunikasi (communication line) yang memindahkan paket-paket dari satu host ke satu host.

xii. Store and forward subnet ialah term yang digunakan untuk menerangkan bahawa apabila paket data diterima oleh router, router akan simpan data tersebut sehingga ada laluan keluar yang kosong.

LAN

LANLAN

LAN

Router

Subnet

Page 7: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Gambarajah 3: Wide Area Network

1.7 SAN (Storage Area Network)

i. Storage Area Network (SAN) adalah sebuah jaringan berkelajuan tinggi yang khusus, terdiri dari server dan penyimpan (storage).

ii. Tujuan utama SAN adalah untuk menangani trafik data dalam jumlah besar antara server dan peralatan penyimpan, tanpa mengurangi bandwidth yang ada di LAN/WAN. Biasanya disambung melalui Fiber Channel, sebuah teknologi komunikasi data berkelajuan sangat tinggi, menjadikan SAN sebuah jaringan yang platform-independent yang beroperasi dibelakang server.

iii. SAN terdiri dari infrastruktur komunikasi, yang memberikan sambungan fizik, dan lapisan management, yang mengatur sambungan, elemen penyimpan, dan sistem komputer sehingga menghasilkan penghantaran data yang lebih berkesan.

Page 8: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

2. DEFINASI TOPOLOGI

Topologi rangkaian merujuk bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian terbahagi kepada dua iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.

i. Topologi fizikal Suatu rangkaian merujuk pada suatu bentuk konfigurasi rangkaian yang terdapat

pada kabel komputer dan lain-lain peripheral.ii. Topologi logikal.

Merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat diantara satu komputer dengan dengan satu komputer yang lain dalam stesen kerja.

2.1 Jenis-Jenis Topologi Sistem Rangkaian

Terdapat 3 jenis topologi yang utama iaitu;

i. Topologi Busii. Topologi Bintangiii. Topologi Cinciniv. Topologi Hybridv. Topologi Mesh

i. Topologi Bus

Topologi bus menggunakan satu kabel yang panjang yang menyambungkan kesemua sumber didalam network tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi ke pada semua komputer yang berada didalam sistem rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut.

Kelebihan Topologi Busa) Pemasangan amat mudah dan murah. b) Mudah untuk menambah nod iaitu dengan menyambung nod baru secara

bersiric) Sesuai untuk rangkaian yang kecil

Page 9: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Kekurangan Topologi Busa) Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut

berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsib) Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang

belakang kabel tersebutc) Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan

system rangkaian itu gagal berfungsi.

ii. Topologi Bintang.

Topologi bintang menggunakan perkakasan pertengahan yang dipanggil hub. Semua sumber di dalam network atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumber-sumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya.

Kelebihan Topologi Bintanga) Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)b) Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber dialih.c) Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan

memindahkan perkakasan yang rosak. Kekurangan Topologi Bintang.

a) Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.

b) Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya

c) Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal.

Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas menyebabkan kebilangan besar kuasa pengkomputeran

Page 10: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

iii. Topologi Cincin.

Topologi cincin memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan. Mesej atau data dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data yang dihantar kepadanya, ia kemudianya akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukan yang ia telah menerima mesej tersebut.

Kelebihan Topologi Cincina) Jika komunikasi terputus di antara dua system bersebelahan, satu lintasan

alternatif dia antara dua tempat ini boleh digunakan.b) Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring) peralatan c) Mudah mengesan kesilapan dan kerosakan dan mengasingkan peralatan

yang rosak Kekurangan Topologi Cincin

a) Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.b) Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan jugaturut gagal

berfungsi.

iv. Topologi Hybrid

Page 11: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Teknologi campuran diantara 3 topologi. Apabila system rangkaian bertambah besar, topologi jenis ini

sering digunakan. Ia merupakan beberapa system rangkaian berbentuk bintang disambungkan kepada topologi bas sebagai tulang belakang (back bone) system rangkaian.

Dua kelebihan berbanding topologi bintang:a) Lebih banyak peranti boleh dihubungkan ke hab pusatb) Kerosakan boleh dipencilkan.c) Keutamaan boleh diberikan kepada komputer-komputer dari segmen tertentu.

v. Topologi Mesh Apabila peralatan disambung kesemua nod system rangkaian yang ada. Dengan

kata lain, sekiranya terdapat 10 peralatan di dalam system tersebut, maka satu peralatan akan disambungkan secara kepada 9 peralatan lain, begitu juga sebaliknya.

KebaikanTopologi Mesh:a) Setiap pautan boleh mengendalikan muatan datanya sendiri, maka tiada

masalah kesesakan.b) Lasak (robust) - jika satu pautan rosak, pautan-pautan lain tidak terjejas.c) Lebih selamat – hanya penerima yg menerima data.

Page 12: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

d) Pengesanan kerosakan adalah mudah. Kelemahan Topologi Mesh:

a) Bilangan kabel dan port I/O yang diperlukan tinggi.b) Pemasangan dan konfigurasi semula sukar.c) Mahal.

2.2 Jenis-Jenis Lan

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

2.2.1 Pengguna dan pelayan (Client-server)

i. Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:

a) Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data. b) Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja. c) Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak. d) Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax. e) Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.

ii. Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX

Kelebihan Kelemahan

Keselamatan sumber dan data

dikawal oleh pelayan.

Semua komponen( client/

network/ server) kerja

serentak.

Perkongsian data dan perisian

aplikasi boleh di lakukan.

Perbelanjaan yang lebih mahal

untuk sebuah komputer pelayan.

Perlukan melakukan

penyelenggaraan (maintenance)

untuk menjamin keberkesanan

sistem.

Rangkaian tidak berfunggi jika

berlaku kerosakan pada

pelayan.

Page 13: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

2.2.2 Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

i. Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.

Kelebihan Kelemahan

Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.

Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 7/8), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.

Sesuai untuk organisasi yang kecil.

Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.

Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.

Lambat berbanding dengan sistem client-server.

Konsep Peer to Peer.

i. PC ke Switch/Hubii. PC ke PC

i. PC ke Switch/Hub Banyak digunakan dalam Rangkaian untuk penyambungan atau

menghubung antara satu sama lain dari segi komunikasi. Penggunaan ini tertumpu kepada Rangkaian kawasan setempat iaitu LAN (Local Area Network) contohnya, ruang pejabat yang kecil, rumah dan lain-lain lagi. Penyambungan di antara PC ke Switch/Hub ini menggunakan Straight Over Cable.

Page 14: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

ii. PC ke PC

Hanya terhad kepada penggunaan 2 PC sahaja. Pengunaannya banyak membantu dalam perpindahan file atau data yang tidak mampu di muat oleh alat penyimpanan seperti Diskette, CD dan lain-lain yang mana mempunyai ruang penyimpanan yang kecil. Ia juga dapat membuat perpindahan file dengan cepat. Penyambungan di antara PC ke PC ini menggunakan Cross Over Cable.

3. PERKAKASAN PENYAMBUNGAN INTERNET

Terdapat beberapa jenis perkakasan rangkaian yang biasa digunakan dalam pembangunan rangkaian komputer iaitu hub, switch, router, repeater, dan bridge.

3.1 Hub (Hab)

Hub juga dipanggil concentrator, hub adalah alat yang menyambungkan workstation dan alat lain dari LAN. Hub boleh bertindak sebagai repeater dan menyambungkan nodes di dalam network yang sama. Hub adalah peralatan yang digunakan untuk membolehkan beberapa komputer digabungkan bersama di dalam satu rangkaian. Hub beroperasi dalam lapisan fizikal (Layer 1) di dalam model OSI (Open System Interconnection). Hub adalah peralatan yang paling ringkas. Kebanyakan Hub yang berada di pasaran sekarang menyokong piawaian Ethernet.

Satu cara yang terbaik untuk membezakan Ethernet Hub adalah dengan melihat kelajuan hub-hub tersebut. Bagi Hub yang paling ringkas, kelajuannya ialah 10Mbps. Hub yang terkini berada di pasaran menyokong kelajuan 100Mbps. Satu lagi yang membezakan hub adalah dengan melihat bilangan port yang ada. Hub kecil yang menggabungkan 4 buah komputer perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 port. Terdapat juga Hub yang mempunyai 12, 16, dan 24 port.

Hub diklasifikasikan sebagai peralatan layer 1 (fizikal) di dalam model OSI. Port pada hub menerima isyarat digital dari komputer. Hub tidak membaca sebarang data yang melaluinya. Ia juga tidak mengetahui alamat asal dan destinasi sesuatu data. Fungsi utama hub adalah menerima paket data dan terus memancarkannya.Ia juga berkebolehan menguatkan signal yang datang sebelum signal tersebut dipancarkan semula. Signal yang diterima kepada semua port termasuklah port yang menghantar signal tersebut pada hub. Hub terbahagi kepada 3 kategori :

Page 15: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

3.1.1 Hub Pasif

Tidak menguatkan isyarat elektrik yang diterima. Ianya membenarkan isyarat yang diterima melepasi satu komputer ke komputer

yang lain tanpa ada perubahan

3.1.2 Hub Aktif

Mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.

Menguatkan isyarat elektrik yang diterima sebelum memancarkan semula isyarat tersebut.

3.1.3 Intelligent hub mempunyai perisian pengurusan (software management) bagi mengesan dan

mengasingkan masalah didalam rangkaian. Keupayaan pengurusaan ini penting bagi membolehkan rangkaian berjalan dengan baik..

Bagi sistem rangkaian yang kecil, kabel dan port testing boleh dilakukan bagi mengesan kerosakan. Namun bagi sistem rangkaian yang besar, keupayaan pengurusan ini diperlukan.

SNMP atau Simple Network Management Protocol merupakan salah satu management protocol yang terdapat di dalam Intelligent hubs. SNMP menyelaraskan dan mengawal sistem rangkaian bagi menentukan ianya berfungsi dengan baik dan segala maklumat disimpan di dalam MIB (Management Information Base).

Dan yang terbaru MIB2. Kedua-dua MIB ini tidak serasi. Terdapat juga Intelligent Hub yang menggunakan CMIP (centre Management Information Protocol) sebagai management protocol.

Hub digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, Printer, dan sebagainya). Hub biasanya disimpan di dalam kabinet rangkaian dan mempunyai sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih dahulu.

3.2 Switch (Suis)

Page 16: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Switch adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan nodes ke kumpulan yang sama supaya boleh berinteraksi antara satu sama lain dan mempunyai kelebihan untuk memeriksa paket-paket data serta mampu menentukan alamat dari mana, beserta alamat destinasi paket tersebut.

Switch pula boleh mencapai 100MB bandwidth bagi setiap port. Semua user boleh mendapat sambungan maksimum10MB atau boleh meminta sistem admin untuk mendedikasi sambungan 10MB untuk PC yang dituju sahaja dan sambungan bandwidth akan kurang untuk user-user lain. Switch beroperasi dalam Lapisan Data Link (Layer 2) dalam Model OSI

Malah switch adalah lebih bijak dari hub dan akan menghantar packet kepada destinasinya sahaja. Kelebihan ini adalah kerana switch mempunyai ciri-ciri intelligent iaitu boleh menyimpan table MAC address bagi NIC (network interface card) dan peralatan komputer lain dengan membuat perbandingan sebelum menghantar ke destinasinya yang betul. Dengan cara ini "network utilisation" dapat dikurangkan kerana bandwidth digunakan dengan lebih efficient.

Collision (perlanggaran) mungkin tidak / kurang berlaku kerana network boleh disegmenkan kerana packet hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port-port yang lain.Dengan ini mutu penghantaran yang baik dapat dikawal dan dilaksanakan. Selain daripada itu juga, ia digunakan untuk mengelakkan daripada penggunaan melebihi daripada empat repeater di antara satu komputer ke komputer yang lain di dalam rangkaian. Lebih istimewa lagi penggunaan Switch Ethernet juga dapat menampung ruang penambahan untuk sambungan rangkaian pada masa akan datang.

Perbezaan Hub (10MB Ethernet) dengan Switch

Hub Switch

Semua port dalam sebuah hub berkongsi 10MB bandwith contohnya bagi hub yang mempunyai

8 port, 10MB akan dikongsi oleh 8 pengguna (user).

Switch boleh mencapai 10MB bandwidth bagi setiap port. Semua user boleh mendapatkan sambungan maksimum 10MB.

Hub akan menghantar semua paket data yang diterima oleh satu port ke semua port-port lain walaupun hanya satu port

Switch pula lebih bijak dari hub dan akan menghantar paket kepada destinasinya sahaja. Switch menenalpasti destinasi paket

Page 17: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

saja yang sepatutnya menerima paket tersebut. data yang hendak dihantar.

Perlanggaran (collision) kerap berlaku kerana 10MB dikongsi oleh beberapa port. Jika berlaku penghantaran paket serentak di antara user-user paket tersebut menunggu masa yang lama sebelum dihantar semula.

Perlanggaran data kurang berlaku kerana network boleh disegmentkan kerana paket hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port-port lain.

3.3 Router (Penghala)

Router adalah peralatan rangkaian yang menghubungkan pelbagai rangkaian komputer.

Secara teknikal router beroperasi pada layer 3 OSI (Network Layer). Contohnya

menyambungkan WAN ke LAN. Router menyimpan maklumat konfigurasi di dalam

routing table. Ia berupaya untuk menapis data-data melaluinya. Router hanya perlu

mengetahui rangkaian yang perlu dilalui sahaja (router mengandungi alamat-alamat

rangkaian yang disambung kepadanya dan alamat-alamat nod yang disambungkan

terus kepadanya) sedangkan bridge perlu mengetahui semua alamat nod yang ada

dalam rangkaian.

Dengan penggunaan Routers, data yang dimasukkan ke dalam paket hanya akan

dihantar ke network segment yang perlu ditujunya sahaja. Ia berfungsi seakan sama

dengan Bridges dan switches dan oleh sebab itu ia menapis keluar network traffic yang

tidak perlu dan membuangnya dari network segment. Routers bekerja pada Peringkat

Protokol

Router dipasang untuk mengasingkan network secara berasingan mengikut logic.

TCP/IP router dapat membentuk segment pada network berpandukan pada alamat

TCP/IP. Penapisan pada tahap ini ( Di alamat TCP/IP, juga dikenali sebagai level 3

Page 18: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

switching) akan mengambil masa yang lama berbanding dengan Bridge atau switch

yang hanya melihat pada lapisan MAC. Kebanyakan Routers juga boleh melakukan

fungsi Bridges. Disebabkan Routers boleh menapis paket pada peringkat protocol, ia

boleh digunakan sebagai firewalls. Ia bertindak sebagai penghadang/penghalang yang

menahan paket yang tidak dikehendaki samaada hanya melalui atau memasuki

kawasan network.

Selalunya, organisasi yang disambung pada internet akan memasang router pada

gateway link yang utama iaitu di antara network dan kawasan luar/dunia luar. Dengan

melaras router berdasarkan senarai kemasukan(access list) yang menyenaraikan

protocol atau host mana yang dibenarkan masuk). Ini adalah factor keselamatan dimana

ia menghalang/membenarkan kemasukan sama ada ke internal atau external host.

Sebagai contoh, internal WWW server membenarkan kemasukan IP dari external

network, tetapi server company yang lain yang mengandungi data yang sensitive boleh

dikawal, jadi external host dari luar boleh dihalang. kemasukannya (anda juga boleh

mengabaikan kemasukan internal workstation jika diperlukan).

Router bekerja pada Network Layer atau lebih tinggi daripada itu, iaitu dengan

mengawasi data yang diletakkan di kawasan data seperti alamat TCP/IP kemudia

menghantar frame tersebut ke segment yang sepatutnya ia pergi berdasarkan

kedudukan destinasinya.

Kesimpulan ciri-ciri Routers

Menggunakan dynamic routing. Beroperasi pada protocol level. Mengawal kemasukan dan konfigurasi menerusi SNMP. Dapat digunakan untuk rangkaian yang kompleks. Memberikan keselamatan kepada Network. Membentuk segment di dalam rangkaian secara logik. Iklan yang banyak di dalam rangkaian (broadcast storm) boleh dibuang. Boleh berfungsi sebagai Bridge. Menggunakan routing protocol yang lebih kompleks seperti RIP, IGRP, OSPF.

3.4 Repeater (Pengulang)

Repeater ialah komponen penyambungan yang paling ringkas dan digunakan pada Local Area Network. Ianya adalah peranti elektrik yang beroperasi pada lapisan fizikal

Page 19: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

dalam model OSI. Ini kerana ia menyambungkan segment dari network yang sama dan membolehkan node dijarakkan dengan lebih jauh lagi. Akan tetapi repeater bukanlan peralatan yang bijak kerana ia tidak dapat menyambungkan kepada network yang lain. Isyarat yang membawa maklumat dalam rangkaian komputer boleh melalui jarak dan ini menyebabkan isyarat yang dibawa akan menjadi lemah sebelum isyarat tersebut tiba ke destinasi yang dituju. Hal ini berlaku disebabkan oleh geseran atau gangguan seperti kebisingan yang mana ianya akan mempengaruhi kesinambungan data.

Oleh yang demikian repeater diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana repeater ialah komponen dalam network yang berfungsi sebagai penguat isyarat yang diterima dari satu segment lalu menghantar pula ke sambungan segment lain yang berkedudukan jauh untuk jangkauan transmitter. Tetapi penggunaan repeater ada hadnya. Repeater tidak mampu untuk menaikkan lagi nilai bandwidth dan menambahkan kelajuan penghantaran data. Malahan , sekiranya berlaku kerosakan pada satu segment, segment yang masih lagi berfungsi seperti biasa kecuali tiadanya lagi perhubungan antara satu segment ke segment yang rosak itu.

Hantar Jarak Daksimum Data Boleh Dihantar Terima

Ciri-ciri dan Fungsi Repeater

- Mempunyai had jarak yang ditetapkan- Mempunyai had bilangan yang boleh digunakan dalam network- Tidak boleh dikawal menerusi remote access program- Jika menggunakan panjang kabel yang melebihi dari standard yang dibenarkan,

repeater mungkin akan menyebarkan data yang salah.

Kabel Jarak Maksimum Limit Repeater

10 Base 5500 m 4

10 Base 2 185 m 4

10 Base T 100 m 4

Fiber 1000m 4

3.5 Bridge (Jejambat)

Page 20: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Bridge biasanya digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protocol komunikasi/ alamat dan rangkaian (Ethernet-Ethernet, Token Ring). Ini kerana bridge berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya. Bridge bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta. Kebanyakan bridge berupaya mengawal rangkaian secara automatik dengan mengumpulkan alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian.

Bridges lebih kompleks daripada repeaters kerana ianya beroperasi dengan belajar(learning), menapis (filtering) dan menghantarnya (forwarding). Apabila bridge menerima paket, ia akan mengenalpasti sumber paket dan membandingkan alamat ini dalam routing table. Sekiranya alamat sumber tidak terdapat dalam routing table tersebut, bridge akan menambahkannya. Ini dinamakan bridge sedang learn (belajar) alamat peranti dalam rangkaian. Sekiranya alamat destinasi tidak terdapat dalam routing table, bridge akan mem-forwardkan paket tersebut ke semua port kecuali nod sumber.

Sekiranya alamat destinasi dalam routing table dan dalam segmen rangkaian yang sama dengan alamat sumber, bridge akan discard paket tersebut dan proses ini dinamakan filtering. Sekiranya alamat destinasi terdapat di dalam routing table tetapi bukan dalam segmen rangkaian yang sama, bridge akan memastikan port yang berhubung dengan alamat destinasi serta mem-forwardkan paket tersebut ke port tersebut dan proses ini dinamakan forwarding.

Bridge merupakan kombinasi perkakasan dan perisian. Bridge selalunya mengandungi kotak hitam yang terletak antara dua rangkaian dan mempunyai pemprosesnya tersendiri, ingatan dan perisian.

- Digunakan untuk menyambungkan dua atau lebih LAN- Fungsinya adalah untuk discard dan forward- Boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :-

Transparent Bridge - Juga dikenali sebagai spanning tree bridge. Ianya mudah kerana ia hanya perlu plug dan boleh work instantly (digunakan pada waktu itu juga). 2 jenis piawaian LAN yang menggunakan transparent bridge, ini adalah Ethernet dan Token Bus.

Source Routing Bridge - Piawaian yang menggunakannya adalah ring.

Bridge boleh digabungkan dengan Router dikenali sebagai Brouter. Brouters adalah

sejenis connectivity device yang mempunyai ciri-ciri gabungan antara bridge dan router

di dalamnya. Keperluan terhadap brouter disebabkan adanya protokol yang tidak boleh

melepasi router (routable) tetapi boleh melepasi bridge dalam sistem rangkaian.

Microsoft NetBeui adalah contoh protokol yang tidak routable yang digunakan dalam

sistem rangkaian tempatan. Oleh itu dalam sesebuah sistem rangkaian yang

menempatkan pelbagai bentuk dan jenis-jenis protokol di dalamnya, brouter adalah

pilihan terbaik bagi membolehkan kesemua protokol berkenaan berkomunikasi dengan

lancar.

Page 21: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Bagaimana Bridges dapat mengetahui kedudukan computer terletak pada Port A atau

Port B? setiap kali Bridges menerima data frame, ia akan menyimpan alamat penghantar

data tersebut untuk masa hadapan jika terdapat frame yang ditujukan pada alamat

penghantar tadi, Bridges dengan mudah akan mengenalpasti kedudukannya. Begitulah

seterusnya berlaku sehingga keseluruhan kedudukan dalam network dapat dikenalpasti.

Contoh

Segment A Port A PortB Segment B

A1 A2 A3 Bridges B1 B2 B3

Data Out dari

Comp

Data In ke

Comp

Tindakan Port A Bridge

A1 A3

Port A tidak tahu di mana kedudukan A3 jadi

ia hanya hantar data /message ke port B.

Note: Bridge sekarang tahu kedudukan A1

A2 A1

Port A tahu kesusukan A1 jadi ia tidak

menghantar data melintasi port B.

Nota: Bridge sekarang tahu kedudukan A2

B1 A2

Port A akan membenarkan data melintasinya

seterusnya ke Port A kerana Bridge tahu

kedudukan A2 adalah di sebelah Port A

Kelebihan Penggunaan Bridge

Dapat menambahkan lagi sambungan workstation dan segment network.

Page 22: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Dapat menyambungkan segment yang berlainan yang menggunakan protocol berlainan.

Disebabkan Bridge bekerja pada Lapisan MAC, jadi ia berkebolehan bekerja untuk tahap protocol yang lebih tinggi.

Dengan membahagikan LAN kepada segment yang lebih kecil, keupayaan network dapat ditingkatkan dan menjadi lebih senang untuk diperbaiki.

Mengurangkan network traffic kerana ia hanya membenarkan data melaluinya hanya jika data melintasinya.

Kekurangan Penggunaan Bridge

Menapis frame yang akan melaluinya menjadikan network lembab. Bridge akan menjadi overload ketika traffic berada pada kadar yang tinggi. Bridge menggabungkan beberapa MAC protocol yang berbeza menyebabkan

frame perlu diubahsuai sebelum menghantarnya ke segment yang baru. Ini menyebabkan kelewatan.

Bridge mengedarkan iklan dalam network menyebabkan pertambahan iklan dalam network.

4. KABEL RANGKAIAN

Kabel merupakan satu perantaraan untuk menggabungkan pengguna komputer dengan komputer lain untuk membuat pehantaran data, membuat rangkaian setempat (LAN) serta rangkaian luar (WAN). Kabel juga adalah satu peranti yang amat penting kepada pengguna komputer untuk berhubung. Ia juga mempunyai beberapa jenis kabel serta fungsi pehantaran yang berbeza.

4.1 Definisi Kabel

Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan, namun begiu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu kabel dibenarkan.

Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkait rapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami ciri-ciri bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk membina rangkaian yang baik.

Penggunaan kabel bergantung kepada beberapa faktor berikut :

i) Kos yang akan digunakan.ii) Jarak yang diperlukaniii) Jumlah komputer yang digunakaniv) Kelajuan yang dikehendaki

4.2 Jenis-Jenis Kabel

4.2.1 Twisted Pair

Page 23: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Twisted Pair atau kabel pasangan berlingkar merupakan kabel yang sering digunakan di dalam rangkaian komputer LAN. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. Twisted Pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi Twisted Pair bergantung kepada jumlah bilangan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel.

Twisted Pair juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon. Twisted Pair digunakan untuk sambungan ethernet. Kabel Twisted Pair yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilih. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang digunakan untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah penyambung kepada kabel Twisted Pair.

Twisted Pair terdiri daripada dua jenis iaitu Unshielded Twisted Pair (UTP) dan Shielded Twisted Pair (STP)

i) Unshielded Twisted Pair (UTP)

Rajah 1 : Unshielded Twisted Pair (UTP)

Unshielded Twisted Pair (UTP) merupakan sebuah jenis kabel rangkaian menggunakan bahan dasar tembaga, yang tidak dilengkapi dengan pelindung. Kabel UTP merupakan jenis kabel paling umum yang sering digunakan di dalam rangkaian LAN. Kabel UTP mempunyai lapan kabel dan disaluti oleh bahan jaket penebat. Kabel UTP berpintal mengikut warna yang telah ditetapkan.

ii) Shielded Twisted Pair (STP)

Page 24: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Rajah 2 : Shielded Twisted Pair (STP)

Shielded Twisted Pair (STP) merupakan sebuah jenis kabel rangkaian menggunakan bahan dasar tembaga, yang tidak dilengkapi dengan pelindung. Kabel STP tidak sesuai digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. Kabel

STP mempunyai lapan kabel dan disaluti oleh bahan jaket penebat. Kabel STP berpintal mengikut warna yang telah ditetapkan.

iii) Terdapat beberapa kategori kabel Twisted Pair yang digunakan untuk komunikasi.

Kategori Spesifikasi Kegunaan

1 1 Mbps Voice Only

2 4 Mbps Local Talk & Telephone

3 10 Mbps Ethernet

4 16 Mbps Token Ring

5 100 Mbps Fast Ethernet

5e 1000 Mbps Gigabit Ethernet

6 10000 Mbps Gigabit Ethernet

Jadual 1 : Kategori kabel Twisted Pair

iv) Kabel Twisted Pair dicapai melalui beberapa ujian menyeluruh oleh Telecommunications Industry Association (TIA). Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alat uji spesifikasi yang memberikan petunjuk “LALUAN” atau “ GAGAL” penghantaran maklumat. Penyusunan kod pemasangan kabel Twisted Pair perlulah mengikut standard EIA / TIA 568A atau EIA / TIA 568B.

Page 25: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Pin EIA / TIA 568A (type A) EIA / TIA 568B (type B)

1 PUTIH HIJAU PUTIH OREN

2 HIJAU OREN

3 PUTIH OREN PUTIH HIJAU

4 BIRU BIRU

5 PUTIH BIRU PUTIH BIRU

6 OREN HIJAU

7 PUTIH COKLAT PUTIH COKLAT

8 COKLAT COKLAT

Jadual 2 : Penyusunan kabel type A dan type B

4.2.2 Coaxial

Rajah 3 : Coaxial

Kabel Coaxial mempunyai satu konduktor logam dibahagian tengahnya. Lapisan plastik terletak di bahagian luar memisahkan konduktor tengah dan pelindung besi. Pelindung itu membantu untuk menghalang gangguan cahaya, motor dan komputer lain. Walaupun kabel Coaxial merupakan kabel yang kuat untuk menahan gangguan. Kabel Coaxial terdiri daripada dua jenis iaitu nipis dan tebal. Kabel Coaxial nipis dikenali sebagai thinnet. 10Base2 khusus untuk kabel Coaxial yang nipis yang membawa isyarat Ethernet.2 menunjukan panjang maksima segmen iaitu 200 meter. Kabel Coaxial tebal dikenali sebagai thicknet. 10base 5 khusus untuk kabel tebal yang membawa isyarat Ethernet.5 Menunjukan panjang maksima segmen ialah 500 meter.

4.2.3 Fiber Optic

Page 26: EBOOK NETWORK CONNECTIVITY

Rajah 4 : Fiber Optic

Kabel fiber optic mengandungi teras kaca yang diselaputi beberapa lapisan yang boleh menghalang gangguan. Ia menghantar cahaya dan bukan lagi isyarat elektronik. Ia sesuai untuk persekitaran kerana boleh terhalang dari lembapan dan cahaya. Kabel ini mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat ke jarak yang lebih jauh dari kabel coaxial dan kabel twisted pair. Ia juga menghantar maklumat dengan sangat pantas. Kapasiti ini meluaskan kebolehan komunikasi kepada perkhidmatan seperti video conference dan perkhidmatan interaktif. 10base F menunjukan spesifikasi kabel fiber optic yang membawa isyarat ethernet.