Disleksia

2
Apa itu Disleksia? Disleksia Apa itu Disleksia? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Apakah ciri-ciri Disleksia? Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : Lambat bertutur Mengalami kesukaran sebutan atau rima Sukar menulis nama sendiri Sukar mengenal bentuk atau warna Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : membezakan 15 dengan 51 “was” menjadi “saw” „b‟ dengan „d‟„ Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut Keliru dengan konsep masa seperti „semalam‟, „ hari ini‟ , „esok‟ Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

description

Disleksia

Transcript of Disleksia

  • Apa itu Disleksia?

    Disleksia

    Apa itu Disleksia?

    Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak

    Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah

    berusaha bersungguh-sungguh

    Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran

    yang mencukupi

    Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol

    visual dengan bunyi

    Mereka mungkin mengalami kesukaran

    membaca, menulis,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah

    yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding

    perempuan.

    Apakah ciri-ciri Disleksia?

    Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

    Lambat bertutur

    Mengalami kesukaran sebutan atau rima

    Sukar menulis nama sendiri

    Sukar mengenal bentuk atau warna

    Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

    Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

    Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau

    mengira

    Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

    Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

    membezakan 15 dengan 51

    was menjadi saw

    b dengan d

    Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

    Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok

    Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

    Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

  • Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

    Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan

    Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)

    Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut /

    dimensi

    Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

    Masalah yang mungkin dialaminya

    Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

    Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

    Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan Gangguan

    emosi (seperti kemurungan)

    Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)

    Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

    Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

    Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

    Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan

    diri anak

    Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya

    Tumpuan

    Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

    Terapi pertuturan

    Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

    Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)

    Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

    Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)

    Merasa pergerakan bibir

    Menulis huruf atau perkataan

    Langkah-langkah pemulihan :

    Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

    Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)

    Gunakan video atau kaset untuk belajar

    Program pemulihan khusus :

    Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia