Disentralisasi Pengagihan Zakat & Fungsi Masjid Presnt

19
Lokalisasi Pengagihan Zakat Fungsi Masjid : Persepsi Ami Penerima Zakat di Malaysia

Transcript of Disentralisasi Pengagihan Zakat & Fungsi Masjid Presnt

Lokalisasi Pengagihan Zakat & Fungsi Masjid : Persepsi Amil & Penerima Zakat di Malaysia

Kajian oleho Hairunnizam Wahid o 1992-1996: Jabatan Analisis Ekonomi & Dasar Awam, Fakulti Ekonomi, UKM (Sarjana Muda Ekonomi: Analisis Ekonomi & Dasar Awam)

o1997-1999: UIAM (Sarjana Ekonomi: Kewangan Islam)o 2008-2011: Calon Pelajar PhD di UM (Kewangan Islam:Bidang Zakat) o Kini Pensyarah di UKM

o Profesor Madya Dr. Radiah Abdul Kader o Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran , UM o PhD, Durham University, UK o MSc, Salford University, Salford, UK o Bec (Hons), UM

o Prof. Madya Dr. Sanep Ahmad o Sarjana Muda Ekonomi, UM o MA(Economics)University of Manchester o Ph.D(Economics) International Islamic University, Islamabad

Tujuan Kajian Mengkaji persepsi amil dan penerimazakat terhadap lokalisasi pengagihan zakat dan fungsi masjid. Kajian menunjukkan amil mempunyai respon yang baik terhadap lokalisasi pengagihan zakat dan majoritinya menyokong pengagihan zakat melalui masjid.

Hipotesis Melokalisasikan zakat menambah kecekapan dan membantu meringankan kemiskinan. Bagi mencapai pembasmian kemiskinan, masjid perlu menjalankan peranan sebagai institusi Muslim tempatan yang mempunyai hubungan erat dengan komuniti Muslim tempatan.

Pengenalan Bukan sahaja tempat beribadah seperti solat, membaca al-Quran dan zikir tetapi juga tempat pembangunan manusia dalam komuniti Muslim. Sejarah sejak zaman Rasulullah, pembinaan masjid Nabawi. Organisasi masjid diketuai nazir dan ahli komuniti melaksanakan pelbagai aktiviti dari segi agama, sosial, dan ekonomi.

Mampu mewujudkan modal insan dan sosial dalam kawasan tertentu dan akan membawa kepada kecemerlangan tamadun Islam. Namun, masih banyak masjid yang belum mampu memenuhi fungsi sebenarnya. Bagi memulihkan kembali fungsi masjid iaitu dengan mengembangkan peranan dan aktiviti masjid. Salah satu caranya, pengurusan pengagihan zakat di peringkat tempatan

Objektif Untuk mengkaji secara empirikal persepsi penerima zakat (yang miskin dan memerlukan) dan amil (pengagih zakat) samada pengagihan zakat diperingkat tempatan perlu diuruskan masjid berbanding saluran pengagihan lain. Belum ada kajian yang dijalankan untuk melihat kemungkinan pelaksanaan konsep lokalisasi dalam pengurusan zakat dan hubungan peranan masjid untuk melaksanakan konsep tersebut.

Konsep Lokalisasi Perkataan lokalisasi dan disentralisasi sering digunakan dan mempunyai maksud yang sama (Shah dan Thompson, 2004; h.2) Ini adalah kerana lokalisasi bermaksud desentralisasi dalam membuat keputusan kepada pentadbiran peringkat tempatan dan boleh dicapai melalui desentralisasi politik, pentadbiran dan fiskal (Shah dan Thompson, 2004).

Kebaikan Lokalisasi1. Memupuk pegawai (amil) yang dipercayai. 2. Penglibatan penduduk kampung berlaku apabila institusi memainkan peranan. (Francis dan james, 2003; Alatas et.al, 2003; Park dan Wang, 2003) 3. Urus tadbir tempatan mampu memberikan urus tadbir yang berkualiti apabila cekap dan boleh dipercayai dalam menyediakan penduduk kampung dengan perkhidmatan dan barangan yang diinginkan.

Peranan Masjid Masjid perkataan Arab misjad = sujud Masjad = seorang yang meletakkan dahinya ketika sujud Misjid = tikar kecil Masjid (Al- Zarkasyi) perlakuan sujud dalam amalan solat yang mana perlakuan paling mulia tunduk rapat sebagai hamba kepada Allah S.W.T (Mokhtar, 2003)

Zakato Perkataan Arab = penyucian dan pengembangan (Mannan, 1986) o Juga membawa maksud meningkat dan untuk memberi. o Dalam Al-Quran, dinyatakan bersama dengan perkataan lain seperti sadaqah dan solat ,sebanyak 82 kali dengan suruhan mengerjakan solat.

o Dalam surah At Taubah (ayat 18) : Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan)

masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

o Implikasi ayat, mengunjungi masjid selalu dan dengan kerap. o Mengunjungi masjid adalah usaha atau pengerahan tenaga berdasarkan fakta bahawa iman adalah kesan daripada usaha. (Nasoha, 2001; p.19)

Sebab menggesa institusi zakat untuk mengaplikasi konsep lokalisasi di Malaysia1. Statistik menunjukkan pengagihan zakat di Malaysia tidak diagihkan sepenuhnya kepada penerima zakat. 2. Peningkatan borang penerima zakat yang dijual secara salah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kepada penerima zakat.

3. Masalah birokrasi dalam prosedur permohonan zakat yang kemudian membawa kepada masalah geografi apabila penerima yang berpotensi sukar dihubungi dan dikenalpasti kerana rumah dikawasan pedalaman. 4. Lokalisasi zakat memupuk amil yang dipercayai menjalinkan hubungan erat dengan penerima zakat dan pembayar zakat di kawasan yang sama. 5. Lokalisasi mampu menjadikan jumlah pengagihan zakat kepada setiap penerima sepadan dengan harga barangan dan permintaan penerima di kawasan tertentu.

Kajian yang dijalankan dianalisis menggunakan Structural Equation Method (SEM) SEM model statistik yang mencari untuk menerangkan hubungan pembolehpemboleh ubah. Hasil dapatan kajian, termasuk amil dan penerima zakat memilih masjid sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan zakat berbanding tempat lain seperti dewan komuniti atau pejabat kejiranan.

Ulasan Ayat yang digunakan mudah difahami. Setiap kenyataan yang nyatakan ditunjukkan bukti. Walaupun artikel ringkas, tetapi padat. Kajian yang dilakukan, kesinambungan kajian lepas. Penulis, berpengatahuan dan berpengalaman dalam kajian bidang zakat.

Kebaikan Artikel Lokalisasi mampu memudahkan urusan pembayaran zakat dilakukan penduduk kawasan. Melalui lokalisasi, fungsi masjid bertambah kukuh dan bukan hanya menjadi tempat ibadah.

Kesimpulan Artikel ini sesuai dibaca golongan pelajar. Artikel ini boleh menjadi kajian rujukan untuk masa depan. Kajian ini boleh dikembang lagi kerana lokalisasi pengurusan zakat dan peranan masjid dalam zakat masih kurang di Malaysia.