Di perpustakaan
-
Upload
moinah-pakusiam -
Category
Education
-
view
1.392 -
download
0
Transcript of Di perpustakaan
Diperpustakaan
(Shafie Abu Bakar)
Maksud sajak
Rangkap 1Apabila penyair melangkah di perpustakaan
pertukaran suasana berlaku daripada suasana
panas kepada suasana dingin (berpunca daripada
penghawa dingin). Suasana senyap kerana tempat
orang yang banyak ilmu berada. Keadaan senyap
di merata-rata tempat. Setiap orang tunduk
menelaah ilmu dengan tekun.
Rangkap 2Apabila penyair berada di ruang buku, penyairberasa kerdil seolah-olah terapung di lautan ilmuyang dalam. Terlalu banyak ilmu di perpustakaandan tidak mampu untuk diteroka semuanya. Yangakan dicatat oleh penyair hanyalah sedikit ilmudari sebuah buku yang terdapat di perpustakaan.Perpustakaan adalah pusaka nenek moyang yangterhimpun buku-buku sejak berzaman.
Rangkap 3Penyair berada di perpustakaan dan tidak
pernah sama sekali berasa puas dan ilmu yang
diperoleh penyair di perpustakaan tidak pernah
berakhir.
TEMAPerpustakaan merupakan gedung ilmu pengetahuan
PERSOALAN
1. Isi perpustakaan.
Contoh: Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menyimpan pelbagai khazanah manusia dan buku-buku.
2. Suasana di perpustakaan
Contoh: Suasana perpustakaan yang senyap di mana-mana sahaja dan dipenuhi dengan buku-buku.
3. Perpustakaan merupakan gedung ilmu
Contoh: Berada di perpustakaan seperti berada di lautan ilmu yang kedalamannya tidak terselam.
4. Penerokaan ilmu di perpustakaan tidak akan berakhir
Contoh: Bagi yang dahagakan ilmu tidak sama sekali berasa puas apabila berada di perpustakaan.
GAYA BAHASA
1. Personifikasi
Contoh: “kedinginan yang menerpa”
2. Anafora
Contoh: Pengulangan “di” pada awal baris pada rangkap pertama.
“Di puncak sepi” dan “Di sana sini”
3. Metafora
Contoh: “puncak sepi”
4. Sinkope
Contoh: Penggunaan perkataan
“mu” dalam baris “Melangkah ke ruangmu”
Nilai murni1. Kegigihan
Contoh: Penyair tidak pernah berasa puas berada di perpustakaan di sebabkan kegigihannya menggali ilmu pengetahuan.
2. Kerajinan
Contoh: Penyair sering berada di perpustakaan .
pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa berkunjung ke perpustakaan.
Contoh: Penyair selalu ke perpustakaan.
2. Kita perlu mencari ilmu setiap masa.
Contoh: Penyair mencari inmu sebanyak mungkin semasa berada di perpustakaan.
3. Kita hendaklah mengetahui yang digali tidak akan tamat
Contoh: Semasa penyair berada di perpustakaan, penyair menggambarkan beliau seolah-olah berada di lautan tidak berpantai yang menunjukkan banyak ilmu di perpustakaan.