Dadih Homemade

8
Dadih Homemade Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar ) 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah) 1 liter susu segar biasa 1 liter susu segar berperisa coklat 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula) 1.2 liter air 1 sudu teh garam 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air 1sudu teh coklat emulco Cara-cara 1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih. 2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco. 3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras. 4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika. 5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan. 6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco. 7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )

description

Make dadih at home - simple and easy but yummy!!!

Transcript of Dadih Homemade

Page 1: Dadih Homemade

Dadih Homemade

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)

1 liter susu segar biasa 1 liter susu segar berperisa coklat 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula) 1.2 liter air 1 sudu teh garam 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.

2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.

3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.

4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.

5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan. 6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun

boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco. 7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2

diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )

homemade dadih...Dadih Cap Jihan!

2 jug air (about4 litres) 1 pek coffemate 440g 2 cawan gula (about 500g) 1 tin susu cair 1 pek serbuk crystal jelly yg original flavour (10g) perisa - strawberry, vanilla, chocolate, coffee...

cara2: didihkan air dlm periuk. api sederhana masukkan serbuk jelly - kacau hingga sebati dan jgn kasi berketul2 masukkan coffeemate - kacau hingga sebati

Page 2: Dadih Homemade

masukkan susu cair n kacau masukkan gula n kacau.boleh tambah atau kurangkan ikut sesedap rasa biarkan mendidih seketika padamkan api. ambil sedikit campuran tadi...tambahkan dgn 1 perisa sesedap rasa...tuang dlm bekas plastik hingga abis campuran tu. then ambil sedikit lagi...campur dgn perisa lain pulak...tuang dlm bekas... biarkan sejuk dlm bekas...then boleh masuk fridge..

DADIH (Kak Gie)Bahan-nya .35gm agar-agar powder6 liter air - anggaran 4 jag ( kalau u ada pitcher tupperware gunakan yg kecil - 1.5 liter)500 gm susu tepung ( dibancuh dgn 1 cawan air - tidak termasuk air yang 6 liter tadi)700 gm gula castor ( ikut rasa , tapi mesti manis kalau tidak , tak sedap)20 gm esen vanillaPerisa emulco - strawberry, jagung & chocolate

Cara-cara nya.1. Masak agar agar dgn air hingga larut.2. Masukkan gula , masak hingga mendidih. Sejukkan 15 minit (suam suam kuku)3. Masukkan susu kedalam agar agar tadi,kacau rata, masak hingga mendidih dan tapiskan.4. Akhir sekali masukkan perisa yg anda suka ,kalau boleh biarlah lebih sedikit barulah 'kaw' , kacau rata rata dn masukkan kedlm acuan kecil yg ada penutup. Sejukkan dlm peti sejuk.

Tips dari Kak GieKalau buat dalam kuantiti yang sedikit, boleh gantikan air dan susu tepung dengan susu UHT dalam kotak yang berperisa coklat, strawbery dan lain-lain. Bila dah masak dadih ni dan dah masukkan dalam bekas plastik kecil, pastikan jangan dibiarkan terbuka lama terutama di tempat yang ada kipas angin. Nanti permukaan dadih ni tak cantik......beralun gitu.....Oh Ya....pesan chetam...nak beli emulco tu, make sure dari kedai borong...........murah.....kat Giant, sebotol kecil macam esen vanila tu harganya melebihi RM4.00.

RESEPI DADIH (Untuk 50 bekas kecil)Bahan-bahan :--    20 gm agar-agar (ada pack 20gm)-    400 gm susu tepung Everyday (Refill Pack)-    2 cawan gula-    1 tin susu IDEAL-    Perisa (Boleh guna Emulco kek/perisa minuman double lion)

Cara-cara :-1.    Rebus agar-agar dengan 10 cawan air sampai semua agar-agar larut2.    Tambah lagi 10 cawan air dengan 2 cawan gula3.    Sementara tunggu mendidih, blend/mix susu tepung, susu IDEAL dan satu cawan air.4.    Masukkan bahan-bahan yang telah diblend/mix ke dalam periuk agar-agar tadi.5.    Sentiasa kacau untuk elak meruap. Bila dah didih, tutup api.6.    Bahagikan kepada beberapa bekas besar mengikut bilangan perisa7.    Masukkan satu persatu sudu perisa sehingga ada warna, bau dan rasa.8.    Kacau selama 15 minit untuk suamkan.

Page 3: Dadih Homemade

9.    Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam peti sejuk.

DADIH STRAWBERRY

Bahan1 liter susu kotak strawberry dutch lady1 cawan air4 s/b gula1 s/b serbuk agar-agar150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady

Caranya1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendideh.2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.5. Sejukkan dalam petisejuk. 6. Hidangkan sejuk

20g agar-agar3.2 liter air4 senduk gula kasar1 tin susu cair4 senduk susu tepung(dibancuh dengan 500ml air suam panas)1 sudu kecil vanillaperisa dan pewarna yang digemari

caranya..masak aga-agar bersama air dan gula hingga  mendidih dan hancur,kecilkan api,masukkan susu cair dan bancuhan susu tepung tadi lebih kurang 5 minit ,masukkan vanilla dah tu angkat. masukkan pewarna dan perasa yang di sukai...adunan ini menghasilkan lebih kurang 50 bekas dadih kecil...

20 cawan air biasa 15g agar-agar

3 cawan air masak 650 g susu tepung everyday 2 tutup esen vanilla secubit garam 2 cawan gula 1 keping asam keping(sebagai pengilat) perisa bergantung kpd kesukaan

Cara:

masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas sprti jug kacau sehingga sebati.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.

Cadangan Hidangan:

hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.

Page 4: Dadih Homemade

Tambahan:

selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cbe gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba

DADIH MUDAH

Bahan-Bahan:

Air 20 cawan Agar-agar 1 pek (15Gram) Susu tepung (5 cawan) Tepung kastard / tepung jagung (½ cawan) Perisa Mengikut selera Gula Secukup rasa

Cara:

1.Didihkan air dan kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. 2.1/3 bahagian didihkan susu tepung dan tepung kastard. 3.1/3 bahagian larutkan gula. 4.1/3 bahagian lagi larutkan agar-agar. 5.Satukan ketiga-tiga bahagian dan biarkan sehingga mendidih. 6.Setelah mendidih letakkan ke dalam cawan dan sejukkan.

Cadangan Hidangan:

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan. perisa jagung,keladi dan straberi (sedap)

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )1 liter air 1 liter susu segar 1 cawan gula 11 g serbuk agar2(2 sudu besar) secubit garam perisa (jagung,strawberi,milo dll) Cara-cara masak air dgn gula sampai gula hancur. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal. dadih jagung dan bandung ...

BAHAN-BAHAN :

Page 5: Dadih Homemade

1- Susu Kotak Dutch Lady UHT 1 liter (Coklat/Strawberry)

2- Air 1.7 Liter

3- Agar-Agar 1/3

4- Gula Pasir

CARA-CARA :

Masak agar-agar bersama air sebanyak 1.7 liter, bila dah sebati agar-agar tersebut, masukkan susu kemudian tambah gula pasir secukup rasa....Masukkan dadih ke dalam acuan, kemudian sejukkan..... DAH SIAP

MODAL :

1- Susu UHT : RM3.90

2- Agar-agar : RM0.70

3- Gula : RM0.50

4- Air : RM0.20

5- Gas : RM0.30

JUMLAH : RM5.60

beli agar-agar seringgit, guna 50 sen je..susu cair 1 tinsusu tepung 4 sudugula lebih kurang 1/2 tin susu cair tu (ikut citarasa tp jgn manis sangat tak sedap)1/2 sudu kecil garamair 3 tin susu cair

caranya

agar-agar tu rendam sekejap pas tu masak ngan airbiar sampai hancur betul kalau tak confident elok ditapisdadih ni kena halus baru sedap.pas tu masukkan susu cair & susu tepung.susu tepung tu klau bleh bancuh dulu, ambil air panas agar-agar tu pun boleh kalau tak nanti berketulpastu masukkan gula garam dan pewarna ikut selera.Jangan lupa kacau perlahan lahan sehingga mendidih.Tutup api dan bolehlah dituang kedalam bekas kecil.ingat buih buih kecil kena buang tau kalau tak tak cantik..cuba lah .

ps: kalau dah jadi tu lembut/lembik sangat perlu dikurangkan air kalau keras tambah air..

100g yoghourt asli (bukan dari pasar raya, saya dapatkan dari kedai mamak! selalu di bungkus dalam plastik & di simpan di peti ais, tiada pengawet,rasa tiruan & rasanya amat masam sekali--betul-betul asli!)1 kotak besar susu segar atau susu berperasa (strawberi sedap!)

Page 6: Dadih Homemade

gula mengikut rasaPotongan buah-buahan strawberi/kiwi etc

CaranyaKacau gula dengan susu kotak hingga larut kemudian masak susu tadi hingga keluar wap. (Jangan berhenti gaul perlahan-lahan). Lepas tu biarkan sebentar agak-agak suam sikit campurkan yoghourt asli dan buah-buahan tadi kacau sampai sebati. Masukan dalam bekas seperti tapperware biarkan sampai sejuk bila sejuk ia akan agak pejal (macam taufo fa)simpan di dalam peti ais.

agar-agar rm 1.003 cawan susu tepung (everyday ...)2 cawan gula2 jug airsedikit pewarna

Cara-caranya:Masak agar-agar dengan 2 jug air hingga ia betul-betul hancur. Kemudian masukkan 2 cawan gula. Kacau hingga gula tersebut larut. Bancuh 3 cawan susu tepung dengan 2 cawan air panas yang baru mendidih. Tuangkan susu yang telah dibancuh dan kacau hingga ia betul-betul larut(tidak berketul). Masukkan pewarna seperti pati ros ke...utk nampak cantik. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Biasanya boleh dapat sampai 25 bekas dadih ikut saiz yg macam dijual kat pasar malam tu....

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )

1 liter air 1 liter susu segar 1 cawan gula 11 g serbuk agar2(2 sudu besar) secubit garam perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara

1. masak air dgn gula sampai gula hancur. 2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga

sebati. 3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada

beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

2 cawan susu tepung (susu tepung jenis apa-apa pun OK) 1 Cawan coffee mate

* Kedua-dua bahan diatas hendaklah dibancuh dengan 3 cawan air suam sehingga sebati

9 gram agar-agar (rendam agar-agar tu dalam air selama beberapa ketika) 5 cawan air 170 gram gula pasir(kira-kira 1 cawan gula)

1. Apabila sudah disediakan semua bahan-bahan, maka mari kita mulakan memprosesnya. 2. Masukkan agar-agar dalam periuk kecil dan masukkan 5 cawan air kedalamnya.

Page 7: Dadih Homemade

3. Masak agar-agar dengan 5 cawan air itu tadi hingga sebati. 4. Masukkan secawan gula pasir kedalam sebatian agar-agar tadi. 5. Masak campuran agar-agar dan gula sehingga sebati. 6. Masukkan bancuhan susu tepung dan coffee mate tadi ke dalam sebatian agar-agar bergula yang

dimasak tadi. 7. Masak semua campuran bahan tadi sehingga mendidih. 8. Masukkan perisa kegemaran anda ke dalam campuran bahan yang dimasak tersebut.Contoh perisa

yang biasa digunakan ialah coklat, sirap, jagung, keladi dan banyak lagi. 9. Setelah dimasukkan perisa kegemaran anda, tuangkan campuran bahan tersebut ke dalam bekas

yang sesuai. 10. Akhir sekali, letakkan dadih tersebut di dalam peti sejuk selama beberapa ketika.