contoh rph 2

5
Sunday, 25 March 2012 RANCANGAN MENGAJAR Nama Kelas : Tadika Al-Farabi. Bilangan Murid : 20 /25 Tahun. Umur : 4 tahun. Minggu & Hari : Keempat & Isnin Tarikh : 20 Januari 2011. Cadangan Masa : 40 minit (9.00 – 9.40 Pagi) Tema : Pekerjaan tidak beruniform Tunjang Utama : Tunjang sains dan Teknologi- awal sains Tunjang disepadukan: Tunjang Komunikasi- bahasa malaysia Tunjang pekembangan fizikal dan estiteka-krativiti (KTI) Standard Pembelajaran utama: (ST 2.3.8) Membandingkan dan mengumpul objek mengikut ciri yang dikenalpasti. Contoh, perkerjaan tidak beruniform guru +kapur dan papan hitam , pelukis + berus lukisan, tukang kayu + tukul besi , nelayan + jala ikan, petani + cangkul Standard Pembelajaran yang disepadukan: (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons (KTI 1.2.3)Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar. Objektif Pembelajaran: Di akhir Pembelajaran, murid boleh: (i) Membandingkan dan mengumpul objek mengikut ciri yang dikenalpasti seperti pekebun, pelukis,.petani, guru, nelayan, tukang kayu (ii) Mendengar arahan dan memberi respons dengan baik. (iii) Membuat karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar. Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah mengenali beberapa perkerjaan tidak beruniform seperti guru. Penerapan nilai : bersungguh-sungguh, memberi perhatian, keberanian, mendengar arahan, bersemangat, patuh, berkerjasama. Alat bantu mengajar (ABM) : "Slide show "perkerjaan tidak beruniform, Lembaran kerja, kertas warna,kertas bergambar,gam, LCD, komputer riba KBKK : Menjana idea, Menghubungkaitkan. RANCANGAN MENGAJAR LANGKAH MASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

description

rujukan

Transcript of contoh rph 2

Sunday, 25 March 2012

RANCANGAN MENGAJARNama Kelas : Tadika Al-Farabi.Bilangan Murid : 20 /25 Tahun.Umur: 4 tahun.Minggu & Hari : Keempat & IsninTarikh: 20 Januari 2011.Cadangan Masa : 40 minit (9.00 9.40 Pagi)Tema : Pekerjaan tidak beruniformTunjang Utama : Tunjang sains dan Teknologi- awal sainsTunjang disepadukan: Tunjang Komunikasi- bahasa malaysia Tunjang pekembangan fizikal dan estiteka-krativiti (KTI)Standard Pembelajaran utama:(ST 2.3.8) Membandingkan dan mengumpul objek mengikut ciri yang dikenalpasti. Contoh, perkerjaan tidak beruniform guru +kapur dan papan hitam , pelukis + berus lukisan, tukang kayu + tukul besi , nelayan + jala ikan, petani + cangkulStandard Pembelajaran yang disepadukan:(BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons(KTI 1.2.3)Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar.

Objektif Pembelajaran: Di akhir Pembelajaran, murid boleh:(i)Membandingkan dan mengumpul objek mengikut ciri yang dikenalpasti seperti pekebun, pelukis,.petani, guru, nelayan, tukang kayu(ii)Mendengar arahan dan memberi respons dengan baik.(iii) Membuatkarya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah mengenali beberapa perkerjaan tidak beruniform seperti guru.Penerapan nilai : bersungguh-sungguh, memberi perhatian, keberanian, mendengar arahan, bersemangat, patuh, berkerjasama.Alat bantu mengajar (ABM) : "Slide show "perkerjaan tidak beruniform, Lembaran kerja, kertas warna,kertas bergambar,gam, LCD, komputer ribaKBKK: Menjana idea, Menghubungkaitkan.

RANCANGAN MENGAJARLANGKAHMASAAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

Set Induksi(5 Minit)-Guru masuk ke dalam kelas dan menayangkan "Slide show" tentang pekerjaan tidak beruniform.

-Guru bertanya kepada murid apakah gambar yang ditunjukkan oleh guru tadi?-Setelah itu, guru memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari ini iaitu pekerjaan tidak beruniform-Murid melihat guru menayangkan "slide show" dengan berasa teruja dan tertanya-tanya.-Murid menjawab dengan berbagai-bagai jawapan.

- Murid mendengar dengan penuh perhatian.

ABM: LCD,slide show pekerjaan tidak beruniform, komputer riba.

Objektif:-

Nilai: Memberi perhatian

KBKK: Menjana idea

Langkah 1(10 Minit)-Guru menerangkan setiap gambar pekerjaan tidak beruniform berdasarkan "slide show" tadi. Kemudian guru membandingkan dan mengumpul ciri-ciri yang dikenalpasti. Contoh, petani + cangkul, nelayan + jala ikan

-Guru bersoaljawab dengan meminta murid untuk mengulang semula pekerjaan tidak beruniform.

- Guru memilih murid secara rawak untuk datang ke hadapan dan meminta murid memberi satu contoh pekerjaan tidak beruniform berserta peralatan. -Murid merasa seronok apabila guru menggunakan "slide show"untuk menunjukkan perkerjaan tidak beruniform. Muridmembandingkan dan mengumpul ciri-ciri yang dikenalpasti. Contoh, petani + cangkul, nelayan + jala ikan

- Murid memberi respon yang baik dan mengulang semula pekerjaan tidak beruniform. - Murid datang kehadapan dengan berani danmelakukan apa yang disuruh oleh guru tadi .

ABM: Slide show pekerjaan tidak beruniform

Objektif: (i, ii)Nilai:Keberanian dan bersungguh-sungguh

KBKK: Menghubungkaitkan

Langkah 2(15 Minit)-Guru membahagikan murid empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli. - Kemudian, guru menunjukkan contoh kreativti (kolaj) kepada murid.

- Setelah itu, guru memberi arahan kepada murid dengan mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan yang diberi oleh guru. Contohnya, kertas warna, kertas bergambar, gam.-

-Murid masuk ke dalam kumpulan yang diarahkan oleh guru.

-Murid melihat contoh kreativiti (kolaj) yang telah ditunjukkan oleh guru.

-Murid mendengar arahan dengan memulakan aktiviti secara bekerjasama dengan ahli kumpulan.

ABM: kertas warna,kertas bergambar, gam.

Objektif: (ii , iii)

Nilai:Patuh, bekerjasama

KBKK: menjana idea

Langkah 3( 5 minit)-Guru memberi lembaran kerja kepada murid dan meminta murid memandankan gambar mengikut contoh peralatan.-Guru memerhati murid membuat lembaran kerja yang diberi dan guru memberi bimbingan pada murid supaya murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberi

-Murid menerima lembaran kerja. yang diberikan oleh guru.

- Murid meminta guru menerangkan pekerjaan tidak beruniform yang murid kurang faham.ABM: Lembaran kerja

Objektif: (ii )

Nilai: Memberi perhatianKBKK: Menjana idea

Penutup( 5 Minit)- Guru bertanya kepada murid tentang pembelajaran pada hari ini.

- Guru bersoaljawab dengan murid dan meminta murid menyatakan pekerjaan tidak beruniform.

-Murid menjawab dengan bersungguh-sungguh tentang pembelajaran pada hari ini iaitu pekerjaan tidak beruniform.

- Murid menyatakan pekerjaan tidak beruniform.ABM: -

Objektif: ii)

Nilai: Bersungguh-sungguh

KBKK: Menjana idea

Impak:Secara kesimpulannya, murid-murid dapat mengenali pekerjaan tidak beruniform.Bagaimanapun, bilangan murid yang dapat menguasai hanyalah 20 daripada 25 orang murid sahaja. Ini mungkin kerana ABM yang digunakan kurang menarik bagi murid-murid. Justeru itu, guru haruslah membuat ABM yang lebih menarik lagi untuk murid-murid.