Cerita Brownie

6
CERITA BROWNIE Dalam sebuah rumah kecil di tepi sebuah hutan, tinggal sepasang suami isteri yang miskin bersama dua orang anak mereka; seorang lelaki bernama Tommy dan seorang lagi perempuan bernama Betty. Ibu kanak-kanak itu sangat saying kepada mereka. Bagaimanapun, ibu itu selalu juga berasa tidak senang hati melihat perangai anak-anaknya yang pemalas, pelupa dan pengotor. Selain daripada itu, mereka juga sangat nakal. Mereka selalu berkejar-kejaran di dalam rumah sambil bermain dan menjerit-jerit sehingga segala perkakas rumah habis tunggang- langgang. Pakaian mereka pula sentiasa menjadi kotor. Mereka sentiasa mementingkan diri sendiri. Asalkan dapat bermain dan bersuka-sukaan, mereka langsung tidak bertimbang rasa terhadap orang lain. Pada suatu petang, ibu kanak-kanak itu b ercerita kepada mereka. Kata ibu kanak-kanak itu, beberapa lama dahulu, sebelum Tommy dan Betty ada, rumah itu didiami oleh beberapa ornag Brownie. Keadaan di dalam rumah tersebut pada masa itu sentiasa aman dan damai. “siapakah Brownie itu, mak?” tanya mereka. “Brownie itu ialah peri yang kecil.” jawab ibu mereka. “Dia datang ke rumah orang sebelum sesiapa di dalam rumah itu bangun tidur. Sebaik sahaja sampai di rumah itu dia segera

description

Cerita brownie Pandu Puteri

Transcript of Cerita Brownie

Page 1: Cerita Brownie

CERITA BROWNIEDalam sebuah rumah kecil di tepi sebuah hutan, tinggal sepasang suami isteri

yang miskin bersama dua orang anak mereka; seorang lelaki bernama Tommy dan

seorang lagi perempuan bernama Betty.

Ibu kanak-kanak itu sangat saying kepada mereka. Bagaimanapun, ibu itu

selalu juga berasa tidak senang hati melihat perangai anak-anaknya yang pemalas,

pelupa dan pengotor.

Selain daripada itu, mereka juga sangat nakal. Mereka selalu berkejar-kejaran

di dalam rumah sambil bermain dan menjerit-jerit sehingga segala perkakas rumah

habis tunggang-langgang. Pakaian mereka pula sentiasa menjadi kotor. Mereka

sentiasa mementingkan diri sendiri. Asalkan dapat bermain dan bersuka-sukaan,

mereka langsung tidak bertimbang rasa terhadap orang lain.

Pada suatu petang, ibu kanak-kanak itu b ercerita kepada mereka. Kata ibu

kanak-kanak itu, beberapa lama dahulu, sebelum Tommy dan Betty ada, rumah itu

didiami oleh beberapa ornag Brownie. Keadaan di dalam rumah tersebut pada masa

itu sentiasa aman dan damai.

“siapakah Brownie itu, mak?” tanya mereka.

“Brownie itu ialah peri yang kecil.” jawab ibu mereka. “Dia datang ke rumah

orang sebelum sesiapa di dalam rumah itu bangun tidur. Sebaik sahaja sampai di

rumah itu dia segera menyapu lantai,menyalakan api, mengambil air, menjerang air

dan menyediakan sarapan pagi.”

“Dia juga mengemaskan bilik, memotong rumput di kebun, membersihkan

kasut dan sebagainya.” tambah ibu mereka lagi. “Pendeknya dia membuat segala

kerja yang berfaedah, walaupun tidak siapa yang pernah berjumpa dengannya

kerana dia selalu meninggalkan rumah sebelum orang di dalam rumah itu bangun

daripada tidur.”

Tommy dan Betty sangat seronok mendengar cerita itu. Mereka ingin

mendapat seorang Brownie supaya dia selalu dating ke rumah dan menolong ibu

Page 2: Cerita Brownie

bapa mereka membuat segala kerja. Pada fikiran mereka, jika sudah ada Brownie,

tidak payalah mereka membuat segala kerja itu lagi.

Mereka pun bertanya kepada ibu mereka bagaimana caranya mereka boleh

berjumpa dengan Brownie. Ibu mereka menyuruh mereka berjumpa dahulu dengan

seekor burung hantu yang tinggal di tepi hutan kerana burung hantu itulah yang

mengetahui segala perkara tenteng peri-peri itu.

Malam itu, mereka pun pergi ke tepi hutan. Pada mulanya, Tommy berjalan

dahulu di hadapan dengan berani, tetapi apabila jalan itu semakin gelap langkahnya

semakin perlahn. Bagaimanapun, betty tetap berkeras hati walaupun dia sendiri

agak takut. Dia memimpin tangan abangnya sambil terus berjalan sehingga akhirnya

mereka terdengar bunyi burung hantu itu.

Mereka terhenti dengan tiba-tiba kerana bunyi burung hantu itu amat

menakutkan mereka. Oleh sebab terlalu takut pada mulanya mereka ingin lari sekuat

hati balik ke rumah.

Sekali lagi Betty berkeras hati. Dia tetap ingin mengetahui siapa Brownie itu.

Jadi dia memimpin tangan abangnya sambil berdiri berdiri tegak di situ. Burung

hantu itu terus berbunyi. Lama-kelamaan mereka tidak berasa takut lagi kerana telah

biasa dengan bunyi itu. Mereka pun berjalan lagi sehingga akhirnya sampai ke

pangkal poko tempat burung hantu itu hinggap.

“Burung hantu! Burung Hantu! Kami dating untuk berjumpa dengan kamu!”

seru Betty.

“U-hu-huuu! U-hu-huuu! Baguslah. Panjatlah poko ini dan mari duduk di

sebelah saya di atas dahan ini!” jawab Burung Hantu.

Mereka pun memenjat pokok itu dan duduk di sebelah Burung Hantu di atas

dahan. Mereka menceritakan kesusahan mereka kepadanya. Mereka bercerita

bagaimana mereka terpaksa membuat berbagai-bagai kerja sedangkan mereka

ingin bermain.

“Kami sudah mendengar cerita tentang peri Brownie yang baik itu. Jadi kami

ingin mendapatkan seorang daripada peri-peri itu untuk tinggal di rumah kami

supaya dia boleh membuat segala kerja itu untuk kami.” kata Betty.

Page 3: Cerita Brownie

“U-hu-huu-huuu!” Burung Hantu ketawa. “Nampaklah kamu paya itu? Pergilah

ke tebing sebelah utaranya ketika bulan mengembang penuh. Pusingkan badan

kamu tiga kali di situ sambil berseru:

Pusingkan saya.

Dan tunjukkan rupa peri;

Saya lihat dalam air,

Rupa.........................

Untuk mendapatkan perkataan yang terakhir, pandanglah ke permukaan air

itu. Di situ kamu akan nampak seorang Brownie dan namanya ialah perkataan yang

kamu pilih untuk mengisi perkataan akhir dalam rangkap tadi.

Apabila bulan telah mengambang penuh, Betty pun pergi ke tepi sebelah

utara paya itu. Dia memusingkan badannya tiga kali di situ sambil berseru:

Pusingkan saya.

Dan tunjukkan rupa peri;

Saya lihat dalam air,

Rupa.........................

Bagaimanapun, apabila Betty memandang ke permukaan paya itu, dia tidak

Nampak apa-apa kecuali bayangnya sendiri.

Dengan hati yang hampa Betty pun balik semula berjumpa dengan Burung

Hantu. Dia menceritakan bahawa dia tidak nampak apa-apa di permukaan paya itu

kecuali bayangnya sendiri.

“Jadi kamu tidak nampak sesiapa yang namanya boleh mengisi perkataan

akhir rangkap yang saya berikan itu?” tanya Burung Hantu.

“Tidak. Saya tidak nampak sesiapa pun.” jawab Betty.

“Jadi siapakah yang kamu nampak di permukaan paya itu?” tanya Burung

Hantu pula.

“Saya cuma nampak diri saya sendiri.” jawab Betty.

“U-huu-huuu! Bukankah ‘saya sendiri’ sama bunyinya dengan ‘peri’ dalam

rangkap itu?” tanya Burung Hantu dengan gembira.

Page 4: Cerita Brownie

Betty berfikir seketika. Memang ‘peri’ sama bunyinya dengan ‘saya sendiri’,

fikirnya. Kemudian dia berkata, “Tapi saya bukannya seorang Brownie!”

“Memang betul,” jawab Burung Hantu. “Tetapi tiada siapa pun yang boleh

menjadi Brownie kecuali diri kamu sendiri kalau kamu mencubanya. Kamu boleh

menyapu lantai dan menghidupkan api; kamu boleh mengemaskan bilik dan

menyediakan sarapan; kamu boleh membersihkan bilik tidur, mencuci kasut dan

melipat pakaian kamu sendiri. Kamu boleh membuat segala kerja ini sebelumbapa

dan ibu kamu bangun tidur supaya mereka menyangka peri telah dating ke rumah

dan membuat segala kerja itu.”

Keesokan harinya, Tommy dan Betty keluar senyap-senyap dari bilik mereka

sebelum bapa dan ibu mereka bangun tidur. Mereka menyapu sampah, berkemas,

menyedia dan menghidangkan sarapan, dan kemudian masuk ke bilik mereka

semula dengan senyap.

Tidak lama kemudian bapa dan ibu mereka bangun tidur dan keluar dari bilik

mereka untuk membuat segala kerja rumah seperti biasa. Alangkah terperanjatnya

mereka apabila mendapati segala kerja itu sudah selesai. Oleh sebab Tommy dan

Betty masih ada di dalam bilik tidur, mereka menyangka peri Brownie benar-benar

telah dating ke rumah mereka.

Setiap hari Tommy dan Betty berbuat begitu. Lama-kelamaan mereka

semakin rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.

Setelah beberapa lama kemudian, barulah bapa dan ibu mereka tahu bahawa

anak-anak- mereka sendirilah yang menjadi Brownie dan menolong mereka

menbuat kerja-kerja di rumah itu!