CASE STUDY KLINIK ORTHO.docx

download CASE STUDY KLINIK ORTHO.docx

of 6

Transcript of CASE STUDY KLINIK ORTHO.docx

OSTEOMILITIS

[OSTEOMILITIS]CASE STUDY

PENGENALANOsteomielitis adalah jangkitan pada tulang. Jangkitan boleh merebak melalui saluran darah atau dari tisu berdekatan. Osteomielitis juga bermula pada tulang yang mengalami kecederaan terbuka lalu terdedahkan kepada kuman. Pada kanak-kanak, osteomielitis memberi kesan kepada tulang panjang kaki dan lengan, manakala orang dewasa adalah lebih cenderung untuk menghidap osteomielitis dalam tulang yang membentuk tulang belakang (vertebra). Orang yang mempunyai penyakit kencing manis boleh menyebabkan osteomielitis di kaki mereka jika mempunyai ulser kaki. Kebanyakan orang memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian tulang yang telah mati diikuti dengan antibiotik secara intravena, biasanya selama enam minggu.PENYATAAN MASALAH

Seorang pesakit berusia 40 tahun datang ke klinik orthopedic mengadu sakit pada bahagian luka kaki kiri lamanya. Pesakit tersebut sebelum ini pernah mengalami kepatahan terbuka. Di kawasan luka tersebut terdapat pengumpulan nanah,merah,bengkak serta panas. Pesakit juga mengadu merasa sakit di bahagian tulang kaki tersebut dan sudah mengalami demam selama 4 hari.

PENCARIAN LITERATUR

Osteomyelitis adalah infeksi tulang yang dapat menjadi masalah kronik yang akan mempengaruhi kualiti hidup atau mengakibatkan kehilangan ekstremiti(Brunner & Suddart Ed. 8 Vol. 3 Hal : 2343)Osteomyelitis adalah infeksi Bone marrow pada tulang-tulang panjang yang disebabkan oleh staphylococcus aureus dan kadang-kadang Haemophylus influensae (Depkes RI, 1995)Osteomyelitis adalah suatu infeksi yang disebarkan melalui darah yang disebabkan oleh staphylococcus (Henderson, 1997)Osteomyelitits adalah satu penyakit yang tidak berjangkit,namun boleh merebak ke kawasan yang lain jika tidak menjaga kawasan luka dengan baik dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera. ( Kamil, 2006)

PENEMUAN

Hasil kajian mendapati bahawa agen utama penyebab berlakunya infeksi tulang ini adalah organisma sthaphylococcus aureus. Kanak-kanak adalah menyumbang kepada peningkatan kes ini. Hal ini kerana kanak-kanak selalunya susah untuk menjaga luka yang terdapat pada mereka dan ini akan menambahkan lagi peluang untuk bakteria tersebut membiak.Faktor penyumbang kepada kes ini adalah kes-kes luka terbuka, kencing manis dan haemodylisis.

PERBINCANGANKebanyakan kes osteomielitis disebabkan oleh bakteria staphylococcus, sejenis kuman biasa dijumpai pada kulit atau di dalam hidung.Kuman boleh memasukkan tulang dalam pelbagai cara, termasuk: Melalui salur darah. Kuman di bahagian-bahagian lain badan contohnya, dari pneumonia atau jangkitan saluran kencing boleh bergerak melalui saluran darah ke tempat yang lemah dalam tulang. Pada kanak-kanak, osteomielitis paling biasa berlaku di kawasan-kawasan yang lebih lembut, yang dipanggil plat pertumbuhan, sama ada pada akhir tulang panjang lengan dan kaki. Dari jangkitan berhampiran. Luka tusukan yang teruk boleh membawa kuman jauh di dalam badan . Jika apa-apa kecederaan dijangkiti, kuman boleh merebak ke tulang yang berhampiran. Kepatahan atau luka terbuka. Kepatahan yang menyebabkan tulang terpututs dua serta tusukan tulang tersebut menembusi kulit mengakibatkan kuman mudah untuk merebak secara terus.

Tanda-tanda dan gejala osteomielitis termasuk:

Demam atau menggigil Cepat marah atau keletihan pada anak-anak muda Sakit di kawasan jangkitan Bengkak, panas dan kemerahan seluruh bahagian yang jangkitan

Komplikasi Osteomyelitis adalah kematian sel tulang. Jangkitan pada tulang boleh menghalang pengaliran darah ke tulang tersebut dan menyebabkan kematian sel tulang tersebut akibat tidak mendapat nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Selain itu boleh juga mengakibatkan septik artritis. Ini kerana sesetengah kes,jangkitan pada tulang boleh merebak ke bahagian sendi tulang. Selain itu boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut. Hal ini sering berlaku pada kanak-kanak. Pada kanak-kanak kawasan yang sering mengalami jangkitan adalah pada bahagian kawasan lembut atau dipanggil sebagai tapak pertumbuhan, tidak kira sama ada pada tulang panjang pada lengan mahupun kaki. Tumbesara yang normal mungkin terjejes dengan adanya jangkitan kuman pada tulang. Akhir sekali, boleh mengakibatkan kanser kulit. Jika jangkitan pada luka tersebut berlaku pengumpulan nanah, kawasan disekeliling nanah tersebut mengalami risiko yang tinggi untuk berlaku kanser.

CADANGAN PENYELESAIAN

Rawatan untuk osteomyelitis kronik merupakan rawatan yang panjang dan memerlukan kesabaran di samping melibatkan kos perubatan yang agak tinggi.PembedahanPesakit juga perlu melalui beberapa siri pembedahan untuk memastikan agar jangkitan kuman dihapuskan sepenuhnya dari dalam tulang.Proses rawatan termasuklah rawatan menggunakan antibiotik khusus secara intravena. Organisma khusus yang menjadi punca jangkitan perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk menentukan jenis antibiotik yang sesuai digunakan. Lazimnya rawatan antibiotic berterusan selama 6 minggu (minimum).Rawatan pembedahan melibatkan mencuci luka dengan membuang tisu-tisu dan sel-sel tulang yang telah mati kerana sel-sel mati merupakan medium yang sesuai untuk dijangkiti kuman.Sekiranya kerosakan tulang adalah sangat ketara dan luas, maka rawatan bone transport dengan menggunakan Ilizarov fixator boleh dicadangkan kepada pesakit setelah berbincang secara rapi dengan pakar ortopedik. Rawatan mungkin akan memakan masa selama enam bulan hingga bertahun lamanya.Oleh itu, sokongan ahli keluarga adalah penting dalam memastikan agar tekanan dan stres dapat dielakkan dan jika perlu, rawatan pakar psikiatrik adalah dicadangkan.Kesan penggunaan antibiotik dan ubat tahan sakit dalam jangka masa panjang pula, ubat-ubat yang diberikan telah menjalani kajian dan ujian mendalam.Oleh itu dapatkanlah nasihat pakar yang memberikan ubat-ubat berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut kesan pengambilannya dalam jangka pendek atau jangka panjang.Pemakanan antibiotik secara tidak teratur boleh menyebabkan organisma yang menyebabkan jangkitan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dan pada masa yang sama boleh menghasilkan organisma yang mempunyai ketahanan (resistant) kepada antibiotik berkenaan. Pembentukan ketahanan ini akan menyebabkan antibiotik yang lebih kuat dan mahal terpaksa digunakan untuk merawat pesakit.

RUMUSANSecara kesimpulannya, penyakit osteomilitis ini adalah bukan penyakit berjangkit. Ia sering berlaku disebabkan penjagaan luka yang tidak sempurna selepas mengalami kepatahan terbuka, ulcer diabetik dan sebagainya. Kawasan yang mengalami jangkitan boleh merebak lebih luas lagi jika tidak di bersihkan dengan sempurna, pengumpulan bakteria tersebut boleh menjangkiti tulang. Rawatan yang sewajarnya diberikan kepada pesakit adalah pemberian antibiotik yang bersesuaian kepada pesakit. Jika berlaku pengumpulan nanah, insisi dan pengairan perlu dilakukan bagi membuang nanah tersebut bagi mengelakkan jangkitan menjadi bertambah teruk. Selain itu toilet and dressing perlu di lakukan setiap hari pada kawasan luka yang mengalami jangkitan tersebut bagi mengelakkan berlakunya jangkitan sekunder.

RUJUKAN1. Habif TP, ed. Clinical Osteomyelitis. 5th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier;2009:chpat 15.2. iaz JH.Bone. In: Mandell GL, Bennett JE, Dolin R, eds. Mandell, Douglas, and Bennett's Principles and Practice of Infectious Diseases. 7th ed. Philadelphia, Pa: Churchill Livingstone Elsevier;2009:chap 294.3. Chosidow O (2006). Bone Disesase New England Journal of Medicine, 354(16): 1718-1727.4. Johnstone P, Strong M (2008).osteomyelitis,

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN1