Carta Alir Perjalanan Hari Laporan

5
PENDAFTARAN MULA SEMAKAN YURAN & KES KHAS LAPORAN AKADEMIK LAPORAN PSIKOMETRIK AKHIR BAYARAN YURAN KONSULTASI TIADA KES ADA KES CARTA ALIR PERJALANAN HARI LAPORAN

description

menunjukkan aliran hari kad laporan

Transcript of Carta Alir Perjalanan Hari Laporan

CARTA ALIR PERJALANAN HARI LAPORAN

PENDAFTARANMULASEMAKAN YURAN & KES KHASLAPORAN AKADEMIKLAPORAN PSIKOMETRIKAKHIRBAYARAN YURANKONSULTASITIADA KESADA KES

Keterangan Carta1. Pendaftaran

(a) Kaunter pendaftaran dibuka pada jam 2.30 petang. Lokasi kaunter adalah di hadapan pintu masuk blok A SMIAAG.(b) Ibu bapa yang mendaftar akan diminta menyemak dan mengemaskini butiran peribadi.(c) Satu senarai semak yang mengandungi aturan pergerakan semasa hari laporan akan diberikan kepada ibu bapa setelah selesai pendaftaran.

2. Semakan yuran dan kes khas

(a) Kaunter kedua akan dibuka untuk urusan semakan yuran dan kes khas. Petugas akan menyemak:i. Status yuranii. Kes disipliniii. Kes kaunseling(b) Petugas diberikan tiga senarai yang berstatus sulit dan persendirian. Senarai tersebut ialah:i. Senarai yuran tertunggak pelajarii. Senarai pelajar yang perlu dirujuk masalah disipliniii. Senarai pelajar yang mendapat rekomendasi untuk berjumpa kaunselor(c) Petugas akan memberi cop pada ruang selesai untuk urusan yang tidak perlu dilalui oleh ibu bapa.(d) Angka giliran berwarna akan diberikan kepada ibu bapa sekiranya:i. Pelajar belum membayar yuran sehingga keputusan dalam SPS tidak dapat diakses ibu bapaii. Pelajar mempunyai masalah disiplin gred A atau Biii. Kaunselor ingin bertemu ibu bapa pelajar yang dirujuk(e) Bergantung kepada warna angka giliran, ibu bapa akan diminta untuk ke kaunter yang berkaitan(f) Sekiranya tiada kes seperti di (a), ibu bapa akan diberikan angka giliran berwarna putih dan cop boleh terus ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan.

Nota: Petugas pendaftaran akan mengepilkan nombor giliran mengikut keperluan pada ruang yang disediakan pada senarai.

3. Bayaran yuran

(a) Satu senarai pelajar yang belum membayar yuran akan dikeluarkan oleh Pejabat Kewangan PPAA 3 hari sebelum hari laporan.(b) Salinan senarai tersebut akan diberikan kepada guru kelas dan petugas kaunter semakan (lihat 2(b)).(c) Bayaran yuran dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Kewangan PPAA.(d) Tatacara pembayarani. Ibu bapa akan menyelesaikan urusan yuran di Pejabat Kewangan PPAAii. Setelah selesai, mereka akan kembali ke kaunter semakan dengan resit bayaran untuk mendapatkan angka giliran seperti di 2(e).

Nota: sekiranya terdapat lebih dari satu kes yang perlu diselesaikan, ibu bapa boleh menyelesaikan semua kes sebelum kembali ke kaunter semakan.

4. Konsultasi

(a) Ibu bapa yang mempunyai anak yang berada dalam kes di bawah akan dirujuk kepada guru disiplin dan/atau guru kaunselingi. Pelajar mempunyai rekod disiplin gred A atau Bii. Pelajar pernah menjalani sesi kaunseling dan kaunselor mahu berjumpa ibu bapa untuk perbincangan lanjut(b) Satu senarai akan dikeluarkan oleh bahagian disiplin atau/dan kaunselor dan akan diberikan kepada kaunter semakan.Selesai urusan pembayaran / konsultasi, ibu bapa akan kembali ke kaunter semakan untuk mendapatkan nombor giliran sebelum mendapatkan laporan daripada guru kelas.

Nota: sekiranya terdapat lebih dari satu kes yang perlu diselesaikan, ibu bapa boleh menyelesaikan semua kes sebelum kembali ke kaunter semakan.5. Laporan akademik / psikometrikTatacara penyerahan laporan:Ibu bapa akan bergerak ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan laporan akademik dan membuat perbincangan bersama guru kelas.Guru kelas hanya akan menyentuh permasalahan pelajar sewaktu di dalam kelas. Sebarang isu berkaitan disiplin telah disebutkan oleh guru disiplin sekiranya ibu bapa telah diminta berjumpa guru disiplin. Maka guru kelas tidak perlu lagi menyeatakan perkara yang sama.Laporan psikometrik adalah pilihan. Walau bagaimanapun, ibu bapa disyorkan untuk mengambil laporan psikometrik daripada kaunselor untuk mengetahui kecenderungan dan kebolehan pelajar.

Lokasi-lokasi yang digunakan sepanjang hari laporanPerkaraTempat

PendaftaranDi hadapan pejabat Kewangan PPAA

Bayaran YuranPejabat Kewangan PPAA

Konsultasi DisiplinMakmal Fizik Lama

Konsultasi KaunselingMakmal Kimia Lama

Laporan AkademikKelas

Laporan PsikometrikMakmal Kimia Lama

SENARAI SEMAK PERGERAKAN HARI LAPORAN

URUSANNOMBOR GILIRANSELESAI

Bayaran Yuran

Konsultasi Disiplin

Konsultasi Kaunseling

Laporan Akademik

Laporan Psikometrik

Nota:1. Sila kepilkan nombor giliran (jika perlu) pada petak nombor giliran mengikut urusan2. Tandakan (/) setelah selesai urusan