BM T5 S2 2014

Click here to load reader

  • date post

    21-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    15
  • download

    4

Embed Size (px)

description

BM T5

Transcript of BM T5 S2 2014

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya,ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 22Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

1. Puan Chong __________ ikan di pasar.

A. membeliB. mengambilC. mendapat

2. Lutut adik berdarah setelah __________ sewaktu bermain di padang.

A. terhantukB. terkenaC. tergeselD. terjatuh

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 23. Para pelajar sekolah itu bergotong-royong ___________ sampah di padang sekolah.A. memagutB. memungutC. membungkusD. mengumpul

4. Ahli persatuan pengakap sedang memasang khemah. __________ melakukan tugas tersebut secara bergotong-royong.

A. IaB. KamiC. KitaD. Mereka

5. __________ amat disukai oleh rakyat kerana merupakan raja yang berjiwa rakyat.

A. BeliauB. DiaC. BagindaD. Beta

6. Sayur-sayuran yang baru dipetik itu masih lagi __________ .

A. segarB. suburC. layuD. pulih

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 37. Amir, Suren dan rakan-rakannya bermain badminton di __________ sekolah.

A. padangB. halamanC. gelanggangD. dewan

8. Pameran barang-barang tradisional di pusat kraf itu berjaya __________ perhatian orang ramai untuk dikunjungi.

A. tertarikB. menarikC. ditarikD. bertarik

9. Guru Besar __________ majlis gotong-royong membersihkan sungai di kampung itu.

A. rasmiB. rasmikanC. merasmikan

Soalan 10 berdasarkan Gambar 4

Gambar 410. Di atas meja tertinggal beberapa potong kek,karipap dan __________ jag air sirap.

A. sebahagianB. sesetengahC. separuh

Soalan 11 dan soalan 12 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

11. Anggota bomba dan penyelamat __________ memadam kebakaran.

A. bersusah-susahB. berkejar-kejarC. berlumba-lumbaD. bertungkus-lumus

12. Keadaan menjadi __________ apabila rumah yang terbakar itu tiba-tiba meletup.

A. kelam-kabutB. hiruk-pikukC. huru-haraD. kacau-bilau

13. Surat memohon cuti itu ditulis __________ bapa Taufik.

A. olehB. dariC. denganD. daripada

14. Suriati menyiang ikan __________ menunggu nasi masak.

A. sementaraB. apabilaC. kemudianD. meskipun

Soalan 15 berdasarkan Gambar 6

Gambar 615. Kanak-kanak itu sedang membaca __________ yang terletak di persimpangan jalan.

A. papan iklanB. papan tandaC. papan jalanD. papan kenyataan

16. Ceramah motivasi itu __________ dimulakan sebentar sahaja lagi.

A. akanB. sudahC. masihD. belum

17. Adik, __________ bermain di tepi jalan raya itu.

A. silaB. janganC. jemputD. tolong

18. Encik Salmi memiliki beberapa __________ sawah padi.

A. buahB. kepingC. batasD. bidang

19. Datin Marina membeli __________ cincin berlian dan __________ selendang.

A. sebentuksehelaiB. sebuahsehelaiC. seutassehelaiD. sebentuksekeping

20. __________ kawasan terbiar akan dimajukan sebagai kawasan pertanian.

A. Mana-manaB. Bila-bilaC. Kira-kiraD. Apa-apa

21. Azman __________ apabila dikejar oleh beberapa ekor anjing.

A. membuka langkahB. membuka hatiC. membuka tangan

22. Penduduk taman itu __________untuk mengadakan gotong-royong pada Ahad ini.

A. hati batuB. bulat hatiC. patah hatiD. tetap hati

Soalan 23Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang diberikan.

23. Mengapakah pembuangan sisa toksik ke dalam sungai tidak dibenarkan?

A. Agar para nelayan dapat menangkap ikan.B. Kerajaan melarang mana-mana pihak membuang sisa toksik.C. Ya, pembuangan itu tidak dibenarkan.D. Kerana tindakan itu akan menyebabkan pencemaran air.

Soalan 24Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

24. Rina dan Shira sedang bermain di taman permainan.

A. Siapakah yang sedang bermain dengan Rina?B. Di taman permainan Rina dan Shira bermain?C. Siapakah yang sedang bermain di taman permainan?D. Apakah Rina dan Shira bermain di taman permainan?

25. Dia berhati-hati ketika menuntun basikalnya kerana bimbang terjatuh. Perkataan seerti bagi berhati-hati ialah

A. waspadaB. tenangC. lancarD. tertib

26. Air sungai di kawasan bandar itu mengalir perlahan menuju muara. Perkataan berlawan bagi perlahan ialah

A. segeraB. pantasC. derasD. kencang

Soalan 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

27. Buku cerita yang menarik ini patut dibaca oleh semua murid.

A. Semua murid ini patut membaca buku cerita yang menarik.B. Semua murid patut membaca buku cerita yang menarik ini.C. Cerita buku ini menarik dan patut dibaca oleh semua murid.D. Buku yang menarik cerita ini patut dibaca oleh semua murid.

Soalan 28 - 30Pilih ayat yang betul.

28. A. Siti makan nasi lemak sebungkus ke pejabat. B. Pramugara itu kelihatan segak semasa bertugas.C.Abang memiliki koleksi lagu-lagu patriotik.D.Ibu membeli satu setengah kilogram gula di kedai.

29. A.Barangan di kedai itu terlalu mahal sekali.B.Sanny benar amat letih setelah pulang dari sekolah.C.Dia agak paling gembira apabila menerima surat daripada kakaknya.D.Pemandangan di taman rekreasi itu indah nian terutama pada waktu senja.

30. I.Bapa membeli buah tangan semasa melawat Sabah.II.Bilik darjah itu membersih oleh kami semalam.III.Kedua ibu bapanya sangat mengambil berat tentang pelajaran.IV.Para peserta banyak mendapat maklumat melalui ceramah itu.

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Namaku Juara.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Kajang, Selangor.Setelah dilahirkan,aku ditempatkan di dalam sebuah kotak.Pada suatu hari,aku telah dihantar ke sebuah pasar raya.Aku ditempatkan di sebuah rak.Di situ aku bertemu dengan kawan-kawan baharu seperti Palas,Wira,Bata dan Adidas.Aku berasa gembira apabila kawan-kawanku memuji kecantikan diriku. Kehidupan kami di pasar raya itu sungguh menyeronokkan.Pada suatu hari, seorang ibu datang ke pasar raya itu untuk membeli kasut sekolah anaknya. Dia menghampiri kami. Aku dan kawan-kawanku berasa bimbang, manalah tahu ada di antara kami yang akan menjadi pilihannya. Dadaku berdebar-debar apabila ibu itu menghampiriku. Dia membelek-belek tubuhku. Setelah agak lama membelek, akhirnya dia memilihku. Setelah membayar hargaku, dia membawa aku pulang ke rumahnya.Sesampai di rumahnya, aku diletakkan di atas rak. Di rumah itu, aku dapat mengetahui nama anak tuan aku ialah Mira. Keesokannya, Mira memakaiku pergi ke sekolah. Dia menjagaku dengan cermat. Apabila melalui jalan yang becak atau berair, Mira amat berhati-hati. Dia tidak mahu tubuhku kotor atau basah. Semenjak aku dimiliki oleh Mira, kehidupanku berubah corak. Aku berasa sungguh bahagia. Kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepadaku amat dihargai. Namun, adakalanya kebimbangan datang melanda. Aku bimbang suatu hari nanti aku akan dibuang begitu sahaja apabila tidak boleh dipakai lagi.

31. Tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut ialah?

A. Aku Sepasang BajuB. Aku Sepasang SeliparC. Aku Sepasang StokingD. Aku Sepasang Kasut

32. Dimanakah aku dapat bertemu kawan-kawan baharu?

A. Di rumahB. Di sekolahC. Di pasar rayaD. Di dalam kotak

33. Mengapakah aku berasa bimbang sewaktu berada di pasar raya tersebut?

A. Takut dihampiri ibu ituB. Takut dibeli oleh ibu ituC. Takut dibelek-belek oleh ibu ituD. Takut dijual dengan harga yang mahal

34. Mengapakah Mira berhati-hati ketika melalui jalan yang berair?

A. Kerana takut aku sedihB. Kerana takut aku koyakC. Kerana takut aku marahD. Kerana takut aku kotor

35. Pernyataan di bawah menggambarkan tentang diri Mira, kecuali?

A. Dia seorang yang suka akan kebersihanB. Dia seorang yang penyayangC. Dia seorang yang sombongD. Dia seorang yang bertanggungjawab

Soalan 36 hingg Soalan 40Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Selamat sejahtera saya ucapkankepada Tuan Pengerusi Majlis,barisan hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian.Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk,MerokokMembahayakan Kesihatan. Hadirin sekalian, Merokok mengancam kesihatan perokok.Rokok mempunyai bahan kimiayang beracun seperti nikotin dan tar.Nikotin dan tar menyaluti tisu paru-parudan menyebabkan kendur.Oleh itu,oksigen sukar meresap masuk dankeadaan ini menyebabkan penyakit sesak nafas.Setelah keadaan ini berlakusecara berpanjangan,seseorang itu akan menghidapi penyakit barah paru-paru.Hadirin sekalian, Sesetengah perokok mungkin juga kehilangan daya atau kuasa mengawal otot-otot yang halus seperti otot mata.Dalam kalangan beliabelasan tahun,merokok diketahui dapat membantutkan pertumbuhan jasmani dan mengurangkan keupayaan mereka dalam bidang olahraga. Oleh sebab merokok merupakan suatu tabiat yang membahayakan, maka kita patut sedar dan menghindarkan diri daripada menjadi perokok.Kita harus sentiasa ingat bahawa setiap kali kita membakar sebatang rokok,kita membakar wang kita,dan memendekkan umur kita.Oleh itu,kita harus menjauhi rokok untuk menikmati kehidupan yang sihat.Sayangilah wang dan nyawa anda! Sekian,terima kasih.

36. Siapakah yang menyampaikan syarahan itu ?

A.HakimB.GuruC.PesertaD.Guru Besar

37. Apakah bahaya nikotin dan tar ?

A.Dapat menjimatkan wang ringgitB.Dapat mengendurkan tisu paru-paruC.Dapat menambahkan oksigen dalam badanD.Dapat menambahkan daya ingatan para perokok

38. Mengapakah merokok membahayakan belia belasan tahun ?