BIG1

3
Refleksi Dir i Program Bina Insan Guru(BIG) ibarat “hidup ini satu perlumbaan”, setiap aktiviti yang dijalankan dalam program ini mempunyai tujuan tersendiri untuk mengasah guru pelatih sebagai role-model. Sepanjang masa dalam aktiviti, saya telah menimba pelbagai ilmu yang tidak dapat diperolehi dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Antara pengalaman yang saya tidak dilupakan ialah aktiviti darat di mana kita berjalan kaki selama beberapa jam sampai ke destinasi untuk aktiviti memasak. Pada permulaaan, kita berjalan kaki di jalan raya, melintasi sawah padi yang bertanah lumpur seterusnya berjalan ke kawasan paya yang boleh mengenggelami kaki saya ke dasar. Hal ini telah memberi ilham begitu susah seorang murid yang tinggal kawasan pedalaman. Setiap pagi ataupun waktu subuh, murid terpaksa berjalan kaki selama beberapa jam ke sekolah untuk bertujuan menimba ilmu yang disampaikan oleh guru. Maka guru kini haruslah prihatin terhadap murid-murid terutama ialah murid yang tinggal dalam kawasan pedalaman kerana mereka sememang ingin seorang yang guru dapat memberi ilmu pengetahuan kepada mereka supaya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sedia ada dalam kawasan tersebut. Selain itu, aktiviti air juga memberi saya sebanyak mungkin berkaitan pengalaman pembelajaran dalam cara berkayak walaupun saya merupakan orang yang bersikap tidak suka terlibat dalam aktiviti air. Aktiviti berkayak merupakan latihan lasak yang melibatkan banyak tenaga dalam pergerakan tangan dan kesimbangan badan. Cara pergerakan tangan antara pasangan dalam kapal kayak sangat penting jika orang depan dan belakang tidak memainkan peranan masing-masing secara bergilir untuk mengerakkan papan kayak, maka kedua-dua pihak amat memenatkan untuk bergerak kayak menuju ke depan. Dalam aktiviti ini dapat menilai semangat berpasukan antara orang depan dan

description

a

Transcript of BIG1

Refleksi Diri

Program Bina Insan Guru(BIG) ibarat hidup ini satu perlumbaan, setiap aktiviti yang dijalankan dalam program ini mempunyai tujuan tersendiri untuk mengasah guru pelatih sebagai role-model.

Sepanjang masa dalam aktiviti, saya telah menimba pelbagai ilmu yang tidak dapat diperolehi dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Antara pengalaman yang saya tidak dilupakan ialah aktiviti darat di mana kita berjalan kaki selama beberapa jam sampai ke destinasi untuk aktiviti memasak. Pada permulaaan, kita berjalan kaki di jalan raya, melintasi sawah padi yang bertanah lumpur seterusnya berjalan ke kawasan paya yang boleh mengenggelami kaki saya ke dasar. Hal ini telah memberi ilham begitu susah seorang murid yang tinggal kawasan pedalaman. Setiap pagi ataupun waktu subuh, murid terpaksa berjalan kaki selama beberapa jam ke sekolah untuk bertujuan menimba ilmu yang disampaikan oleh guru. Maka guru kini haruslah prihatin terhadap murid-murid terutama ialah murid yang tinggal dalam kawasan pedalaman kerana mereka sememang ingin seorang yang guru dapat memberi ilmu pengetahuan kepada mereka supaya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sedia ada dalam kawasan tersebut.

Selain itu, aktiviti air juga memberi saya sebanyak mungkin berkaitan pengalaman pembelajaran dalam cara berkayak walaupun saya merupakan orang yang bersikap tidak suka terlibat dalam aktiviti air. Aktiviti berkayak merupakan latihan lasak yang melibatkan banyak tenaga dalam pergerakan tangan dan kesimbangan badan. Cara pergerakan tangan antara pasangan dalam kapal kayak sangat penting jika orang depan dan belakang tidak memainkan peranan masing-masing secara bergilir untuk mengerakkan papan kayak, maka kedua-dua pihak amat memenatkan untuk bergerak kayak menuju ke depan. Dalam aktiviti ini dapat menilai semangat berpasukan antara orang depan dan orang belakang sama ada berkerjasama atau sebaliknya bagi menentukan kapal kayak dapat berjaya menuju ke kawasan destinasi seterusnya.

Dalam pemerhatian saya terhadap semua aktiviti BIG, saya telah belajar satu perkara yang penting iaitu setiap ketua kumpulan dan AJK Kerja mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam memberi arahan kepada ahli kumpulan supaya mereka mengetahui apa-apa perkara yang perlu buat serta merta bagi melancarkan aktiviti seterusnya. Seorang guru perlu sentiasa bersedia menjadi pengarah dan pengikut dalam pengurusan sekolah. Jika seorang guru pelatih tidak mendengar arahan yang diberi oleh ketua kumpulan, maka guru pelatih itu pada masa kelak dipastikan akan gagal dalam pengurusan sekolah kerana hal-hal yang diberi oleh guru besar hanya seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan dan tidak mengambil tindakan seterusnya.

Aktiviti malam dan kuliah moral merupakan peluang terbaik untuk membina kerohanian seseorang. Jurulatih yang memberi ceramah dan kuliah moral bertujuan memberi membuka minda para guru pelatih tentang persahabatan dan sokongan agama dalam melakukan sesuatu perkara. Kerohanian adalah sebahagian kehidupan kita, tanpa rohani ini seseorang tidak dapat dianggap sebagai seorang yang seimbang dari segi kesihatan jiwa dan mental seseorang. Di samping itu, semangat seorang juga dapat meningkat dari masa ke masa melalui bacaan doa dalam agama masing-masing kerana tuhan adalah maha yang mulia sentiasa membantu manusia menghadapi segala kekangan.

Oleh itu, saya berasa bersyukur dalam sepanjang masa membuat aktiviti BIG yang dapat mengumpul pengalaman yang tidak pernah dialami dan perubahan sikap pasif kepada sikap aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti. Saya amat berharap aktiviti dapat dijalankan dalam BIG seterusnya untuk sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dalam dunia pendidikan.

Oh Hui Kai