BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN -...

16

Transcript of BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN -...

2 BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3) telah diwujudkan bagi membangunkan sektor pertanian

agar berdaya saing seperti bidang tanaman, ternakan dan ternakair dalam usaha membantu peladang, penternak dan nelayan meningkatkan pendapatan.

Pembiakan ikan air tawar kini telah giat diusahakan oleh kebanyakan penternak disebabkan permintaan yang tinggi kepada bekalan anak ikan. Dipihak kerajaan pula bantuan kepada usahawan-usahawan yang menjalankan aktiviti tersebut telah disalurkan menerusi agensi yang terlibat. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah peneraju yang memberi khidmat nasihat dari segi teknikal, pusat sumber maklumat dan rujukan kepada usahawan dalam bidang ini.

Bagi Encik Mohd. Zaibani Bin Haji Husin, bidang pembiakan ikan air tawar ini sebenarnya telah lama diusahakan di negara Thailand secara komersial. Di Malaysia, usaha tersebut telah mula dilakukan sejak awal 80-an dan terus berkembang dari masa ke masa. Walaupun begitu usahawan bumiputera masih jauh ketinggalan dalam bidang ini.

Atas kesedaran itu dan bagi meramaikan lagi usahawan bumiputera dalam bidang tersebut, beliau telah mengusahakan projek pembiakan ikan air tawar sejak tahun 1996. Kelebihan sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, Selangor digunakan bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan projek itu.

Pembiakan ikan Air Tawar

Projek yang terletak di No 17, Jalan Marsom Parit 12 Barat, Sg. Besar dan berhampiran rumah ini menempatkan 15 buah kolam ternakan dan pembiakan yang terdiri dua kolam besar dan selebihnya kolam kecil yang menempatkan kolam pembiakan dan pembesaran anak ikan. Pembiakan ikan air tawar ini dilakukan dalam mengeluarkan baka induk serta anak benih dari pelbagai spesies ikan air tawar asli tempatan . Antara ikan air tawar yang dibiakkan oleh usahawan ini adalah seperti puyu atau betuk (Anabas Testudineus), sepat siam (Trichogaster Pectorakis), ketutu (Oxyleotris Marmoratus), keli (Clarius sp) dan patin (Pangasius Sutchi).

Kaedah Pembiakan

Terdapat dua kaedah pembiakan yang dilakukan bagi mendapatkan benih-benih ikan berkualiti. Kaedah-kaedah tersebut ialah Pembiakan Aruhan dan Pembiakan Semulajadi.

Pembiakan Aruhan

Pembiakan dilakukan melalui proses penyuntikan hormon tertentu yang melibatkan induk ikan yang belum matang sepenuhnya bagi mematangkan telur dan membolehkan proses ovulasi berlaku. Kaedah pembiakan aruhan biasa digunakan untuk membiakkan ikan-ikan yang tidak dapat membiak dalam sangkar.

Ini bertujuan mempercepatkan proses kematangan dan ovulasi telur, meninggikan kemandirian (kadar

Oleh: Shahzunizam Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 3

hidup) anak-anak ikan, meningkat dan mempercepat pengeluaran benih ikan secara besar-besaran atau komersial serta memperoleh baka ikan yang berkualiti tinggi. Bagi mendapatkan benih ikan yang berkualiti, induk-induk ikan yang dipilih untuk menjalani proses pembiakan aruhan ini mestilah daripada baka baik, mampu menghasilkan benih yang banyak, sihat, tahan terhadap serangan penyakit, cepat membesar, tidak cacat dan mencapai umur yang sesuai untuk proses pembiakan.

Pembiakan Semulajadi

Kaedah Proses Pembiakan Semulajadi dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk ikan dan dilepaskan semula ke kolam supaya ia dapat bertelur dicelah-celah pokok kiambang. Dengan suntikan tersebut pengeluaran benih ikan dapat dilakukan secara banyak dan mendapat baka yang baik. Ini boleh dilakukan kepada ikan puyu dan sepat kerana sepat jantan akan membuat buih bagi menarik perhatian ikan betina untuk bertelur pada buih- buih tersebut.

Proses Suntikan Hormon

Proses suntikan hormaon pada induk ikan untuk menggalakkan pembiakan terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Intracranial

Hormon disuntik di celah-celah tengkorak kepala di mana hormon ini akan masuk ke dalam otak untuk merangsangkan otak mengeluarkan hormon pembiakan. Hormon ini juga akan merangsangkan gonad untuk mematangkan telur ikan dan menggalakkan proses ovulasi berlaku.

2. Intraparetoneal

Hormon disuntik pada pangkal sirip pektoral. Kaedah ini sesuai untuk induk bersaiz besar dan tidak sesuai bagi induk bersaiz kecil dengan menggunakan jarum yang pendek kerana jarum panjang boleh mencederakan jantung dan menyebabkan kematian induk.

3. Intramascular

Intramascular pula sesuai untuk semua jenis ikan kerana hormon disuntik di belakang ikan antara sirip dorsal dan garisan lateral. Masa menyuntik hormon bergantung kepada jenis ikan kerana ada ikan memerlukan sekali suntikan hormon dan ada juga memerlukan dua suntikan. Bagi yang memerlukan sekali suntikan, proses ini biasanya dilakukan pada waktu pagi atau malam manakala ikan yang memerlukan dua suntikan akan menjalani proses pertama pada waktu pagi atau petang dan suntikan kedua pada petang atau malam di mana selang masa antara kedua-dua suntikan ialah enam jam.

Hormon yang biasa digunakan bagi menggalak pembiakan adalah terdiri daripada Ovaprim 10 ml (Syndel Labs) yang mengandungi sintetis hormon GnRHa (sGnRHa) dan penghalang dophamine. Disuntik pada ikan untuk mempercepat reproduksi pada berbagai jenis ikan. Hanya menggunakan 3 ml yang dicampur dengan 7 ml air suling untuk mencukupkan 10 ml sebelum disuntik kepada ikan tersebut.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN4

Langkah-Langkah Pembiakan Ikan Air Tawar

Terdapat beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses pembiakan ikan dilakukan sebaik mungkin untuk menghasilkan baka berkualiti. Antara proses-proses tersebut ialah:

· Proses pembiakan bermula dengan induk dipelihara dalam kolam tetapi diasingkan antara jantan dan betina. · Semasa proses pemeliharaan dijalankan, induk-induk ikan perlu dipastikan berada dalam keadaan selesa dengan memastikan keadaan kolam tidak terlalu padat dan mempunyai kualiti air sentiasa baik. · Makanan yang diberikan hendaklah seimbang, berzat dan mudah dihadam oleh ikan. · Kemudahan dan peralatan yang perlu ada dalam bengkel penetasan ialah tangki pembiakan, tangki penetasan, tangki asuhan, bekalan air bersih, bekalan elektrik, pam air, generator, alat pengudaraan dan peralatan sokongan lain.

Penentuan Jantina Ikan

Struktur genital ikan adalah berbeza-beza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Sesetengah spesies mempunyai genital yang jelas kelihatan seperti ikan baung dan ikan keli manakala sebahagian besar

ikan tidak dapat dibezakan kerana struktur genital yang hampir sama antara jantan dan betina. Jantina ikan boleh ditentukan apabila abdomen ikan dipicit atau diurut perlahan ke arah bahagian genital. Jika terdapat cecair putih keluar, maka ia menunjukkan kehadiran sperma dan ikan itu disahkan jantan.

Satu lagi kaedah penentuan jantina ialah dengan melihat struktur abdomen ikan kerana secara amnya, ikan betina yang telah matang mempunyai struktur abdomen yang mengembang di bahagian kiri dan kanan badannya. Bahagian ini apabila ditekan akan bersifat kenyal dan berisi menunjukkan kehadiran telur. Ikan jantan kebiasaannya tidak mengembang di bahagian abdomen. Ikan jantan dianggap sudah matang apabila boleh mengeluarkan sperma yang boleh digunakan bagi tujuan persenyawaan. Ciri-ciri telur ikan yang baik boleh dilihat melalui keadaan saiz telur itu sendiri. Telur yang bersaiz seragam dan tidak pudar atau terlalu gelap antara ciri-ciri telur yang baik.

Proses Pembiakan

Selepas disuntik, barulah induk dilepaskan ke dalam tangki pembiakan untuk stimulasi gonad, pematangan telur dan ovulasi. Semasa proses ini, tangki akan diberikan pengudaraan dan air dikitar semula menggunakan pam untuk membentuk arus. Pada waktu ini, induk jantan boleh dicampurkan dengan induk betina dalam tangki pembiakan

Jaring Digunakan Bagi Melindungi BenihIkan Daripada Pemangsa

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 5

bagi tujuan simulasi gonad dengan nisbah jantan kepada betina 1:3, 1:4 dan 1:5 bergantung kepada kesesuaian tangki. Proses seterusnya peleretan dan persenyawaan telur yang mana ia dijalankan selepas beberapa jam induk diberi suntikan hormon bergantung kepada jenis ikan. Leret telur ke dalam besen dan diikuti dengan sperma sebelum kedua-duanya digaul sehingga rata dengan bulu ayam selama tiga hingga lima minit. Selepas itu, masukkan air untuk mengembangkan telur dengan memastikan air yang digunakan hendaklah sama dengan suhu air di mana induk ikan disimpan dalam tangki iaitu kira-kira 30 darjah Celsius. Telur tersebut kemudian dibilas dengan air bersih sehingga semua

kotoran dan lendir hilang. Kaedah penetasan berbeza-beza mengikut jenis ikan. Sebagai contoh telur yang melekat seperti telur ikan keli, baung dan patin akan ditabur ke atas jaring penetasan. Berlainan dengan sepat dan puyu yang tidak memerlukan teknik aruhan tetapi kaedah semulajadi. Rega yang telah menetas akan gugur ke dasar manakala telur yang sambang akan melekat pada jaring dan mudah dibersihkan.

Benih ikan yang dihasilkan akan dipasarkan sendiri secara terus kepada pemborong yang datang sendiri atau dihantar kepada kedai ikan hiasan sekitar Selangor. Terdapat juga permintaan daripada pemborong dari negeri lain tetapi akan dipenuhi bergantung kepada harga yang ditawarkan.

Ikan Ketutu, Sepat dan Keli adalah ikan yang dibiakkan dan mendapat pasaran yang tinggi

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Industri Ternakan Lintah

6

Lintah atau nama saintifiknya Hirudinea (hirudo medicinalis) yang merupakan haiwan hidupan air

yang sudah lama dikenali dan dipergunakan oleh orang Melayu Nusantara khususnya untuk meningkatkan daya seks lelaki. Lintah tidak bertulang belakang dan adalah haiwan di dalam kumpulan cacing. Dikatakan setiap tahun kira-kira 250,000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik di luar negara. Lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis. Hirudinaria manillensis juga dikenali dengan lintah kerbau yang suka melekat dikerbau bagi masyarakat di Malaysia.

Kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. Pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat hisapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Lintah mengambil masa selama 30 minit untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah akan dihisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama 6 bulan.

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”. Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia atau

depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah yang bengkak, dan meringankan rasa sakit usus.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth, maka sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca. Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi. Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja 100,000 ekor lintah dihasilkan untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib. Tabib pada abad pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) menggambarkan leech hampir sama dengan kata “penyembuh”.

Fakta Lintah

i. Lintah yang diternak jenis lintah perut hijau dan lintah perut perang. ii. Harga lintah dewasa boleh mencecah antara RM40 hingga RM60 sekilogram mengikut saiz. iii. Harga benih lintah pula boleh mencecah sehingga RM300 sekilogram. iv. Darah belut menjadi makanan lintah. v. 20 kilogram belut boleh menampung makanan lintah untuk tempoh enam bulan dan menghasilkan 100 kilogram lintah dewasa.

Oleh: Shahzunizam Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 7

vi. Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi. vii. Lintah boleh menghisap darah lima kali berat badannya. viii. Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat kepada pada kaki, mereka akan mencabut dan disimpan dalam bakul.

Lintah kini adalah punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang mengusahakan projek ternakan lintah. Model perniagaan lintah ini mampu memberi suatu pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya.

Dalam penternakkan lintah ini ingin ditekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:

i. Keperluan tanah dan iklim ii. Penyediaan tanah iii. Kualiti air iv. Penternakan v. Penjagaan dan pemakanan vi. Pemasaran

Spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (adalah lintah daripada kumpulan Hirudin dan kedua-duanya untuk “medicinal purpose” ). Bezanya Hirudo medicinalis ini terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) merupakan jenis yang suka melekat pada kerbau.

Jenis lintah yang biasa diternak adalah lintah hijau dan coklat. Lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding coklat. Risiko lintah untuk mati dan diserang penyakit amat kurang melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Ada dua jenis lintah yang diternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40 hingga RM60 satu kilogram mengikut saiz. Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM300 kg tidak termasuk kos penghantaran. Lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 10 kaki lebar dan panjang 15 kaki. Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik atau disimen dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi. Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu mengambilnya. Lintah mencapai tempoh matang ketika berusia empat hingga enam bulan dan ia akan mula bertelur.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN8

Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak daripada telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk. Telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun membentuk bulatan sebagai tempat mengumpul telur dan tempat berteduh dikala panas terik matahari.

Haiwan ini menjadikan darah sebagai bahan makanan utama. Belut merupakan sumber makanan utama lintah. Sebanyak 2 kg belut cukup untuk keperluan 500- 600/ ekor lintah dalam masa seminggu dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi. Pemberian sumber makanan yang banyak akan mempercepatkan lintah matang dan bertelur. Pemasaran boleh dilakukan kepada individu

perseorangan atau mana-mana usahawan yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya.

Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur. Benih pula berharga sekitar RM1.50/ekor hingga ke RM1.80/ekor bergantung kepada saiz lintah tersebut. Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi tetapi ia boleh didapati daripada pesawah-pesawah.

Lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan yang tinggi. Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini. Lintah kini mengikut jejak lebah dan gamat yang mempunyai nilai komersial untuk dijadikan pelbagai produk berkaitan kesihatan dan bahan dalam kosmetik.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN

Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP)

9

Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP) ini adalah sistem yang menggabungkan segala

maklumat aktiviti pentadbiran/pengurusan perniagaan pertubuhan peladang ke dalam satu bentuk paparan yang mudah difahami, teratur, senang dikawal dan dicari. Sistem ini dirangkaikan melalui satu jaringan rangkaian dalam pejabat (network) di mana maklumat yang dimasukkan melalui sistem boleh dicapai dan diproses oleh pertubuhan peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang negeri dan Ibu pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang. Sistem SPPP ini telah dibangunkan oleh anak Syarikat Permodalan Peladang Berhad ( PPB) iaitu Peladang Hitech Sdn. Bhd.

Objektif Sistem Primari Pertubuhan Peladang

i. Mempercepatkan urusan kaunter di PPK ii. Pengurusan rekod teratur, tepat dan terkawal iii. Menyeragamkan: · proses kerja harian · laporan cepat dikeluarkan · dokumen yang dihasilkan adalah menepati kehendak pertubuhan peladang · buku ahli dapat diseragamkan iv. Meningkatkan produktiviti kerja pejabat v. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada ahli pertubuhan peladang (pelanggan) vi. Masa dapat dijimatkan

Ciri-Ciri Sistem SPPP 2.1

Asas Windows - MS Window

Berpandukan kepada operasi sistem windows di mana majoriti komputer di PPK menggunakan sistem operasi ini.

Sekuriti dan Kawalan

Mempunyai keselamatan dan kawalan maklumat di mana hanya pegawai tertentu dan layak sahaja yang dapat mengakses maklumat dan menjalankan urusniaga melalui sistem.

Modular

Sebarang penambahan dan pindaan dapat dilakukan mengikut keperluan dan persetujuan pengguna PPK dan LPP.

Bahagian-bahagian Sistem Primari

Sistem Pengurusan Ahli

Bahagian ini berfungsi sebagai pendaftaran ahli, unit PPK dan bukan ahli. Ia juga meliputi pengemaskini status ahli yang aktif atau tidak. Penerimaan belian dan jualan semula saham ahli. Sistem ini juga dapat membuat pemindahan saham. Yang paling penting adalah pengiraan dividen dan bonus kepada ahli dan bukan ahli di PPK tersebut. Selain itu sistem ini juga dapat menyediakn laporan yang diperlukan oleh pihak PPK seperti penyata saham ahli untuk ahli , laporan saham dan yuran ahli dan juga laporan penerimaan belian semula, penjualan saham dan

Oleh: Shahzunizam Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN10

pemindahan saham. Perkara yang paling penting sekali ialah ia dapat mengeluarkan statistik keahlian. Resit saham juga boleh dicetak melalui sistem ini. Sistem ini juga boleh menyimpan perlibatan dalam aktiviti sosial, mesyuarat dan latihan. Melaui sistem ini juga ahli PP dapat melihat tahap penglibatan ahli seperti simpanan kredit dan pinjaman semasa.

Sistem Simpanan dan Kredit

Bahagian ini pula berfungsi sebagai pendaftaran akaun simpanan. Penyimpanan dan pengeluaran simpanan dan penetapan had kredit yang layak bagi seseorang ahli. Sistem ini berintregrasi dengan sistem pengurusan projek di mana setiap urusniaga kredit yang dilakukan di bahgian projek akan terus dikemaskini bagi mendapatkan maklumat kredit secara terus dan tepat. Sistem ini juga boleh mencetak laporan simpanan dan pengeluaran, laporan penghutang, laporan pemiutang dan buku ahli dan resit bagi urus niaga simpanan dan pengeluaran simpanan.

Sistem Pinjaman

Sistem ini pula berfungsi sebagai pendaftaran peminjam dan pemberi pinjaman, pemberian pinjaman dan bayaran balik pinjaman. Sistem ini merangkumi atau mengandungi maklumat kemasukan dan bayaran pinjaman, kemasukan had pinjaman dan maklumat baki pinjaman. Melalui sistem ini pertubuhan peladang dapat memantau pemberian dan bayaran balik pinjaman yang telah diberikan kepada ahli.

Sistem Projek dan Niagatani

Sistem ini adalah sistem yang boleh digunakan disemua jenis projek yang dijalankan di pertubuhan peladang. Ini kerana ia mempunyai fungsi asas yang sesuai untuk semua projek diantaranya pendaftaran projek, peserta dan stok/barang, pembelian dan penjualan secara kredit dan tunai. Penggunaan resit am dan baucer bayaran secara cetak boleh dilakukan apabila urusniaga dilakukan. Ini juga termasuk maklumat kredit ahli ke dalam buku secara berkomputer. Diantara laporan yang boleh didapati adalah seperti, laporan pemiutang dan penghutang projek, jernal-jernal projek, lejar projek, penyata untung rugi projek, laporan stok/barangan dan laporan kemajuan fizikal projek. Sistem Pengurusan Akaun

Sistem pengurusan ini adalah tulang belakang kepada sistem primari kerana ia mengandungi maklumat-maklumat sistem seperti Resit Terimaan Am, Baucer Bayaran Nota Hantaran Masuk dan Keluar, Invois Masuk dan Keluar, Slip Bank, Bil Masuk dan Keluar serta Baucer Jernal. Sistem ini juga menyokong cetakan dokumen-dokumen baucer, resit terimaan dan juga cetakan buku untuk merekod pembayaran balik oleh penghutang. Melalui sistem ini, laporan-laporan dapat dikeluarkan seperti Laporan Wang Tunai Di Tangan/Bank, Jernal-Jernal, Lejar Am Imbangan Duga, Akaun Gerakan Perniaagaantani, Akaun Untung Rugi PPK dan Kunci Kira-Kira.

Penyelenggaran Fail

Penyelenggaran fail adalah sistem yang terakhir di dalam sistem primari ini. Ia meliputi maklumat dan jadual seperti Fail Jadual, Fail Utama, Fail Akaun, Fail Urusniaga dan Penutupan Akaun.

Kelebihan Menggunakan Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP)

· Memudahkan dan mempercepatkan pengendalian urusan kerja.· Pemantauan di peringkat PPK atau LPP dapat dijalankan dengan tepat dan pantas· Maklumat urusniaga dapat diperolehi dengan tepat dan cepat · Proses kerja dan penggunaan sistem dapat diseragamkan mengiikut manual perakaunan 2006

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 11

· Maklumat yang disimpan lebih selamat dan tersusun – tiada lagi simpanan manual· Tidak perlu menggunakan ruang yang besar untuk menyimpan data atau maklumat· Menjimatkan penggunaan kertas, alat tulis dan fail serta kos pengurusan· Pejabat menjadi lebih kemas dan tersusun · Mempercepatkan proses petutupan akaun tahunan· Laporan boleh dikeluarkan dengan cepat· Ahli-ahli boleh menyemak saham/yuran dan baki simpanan/kredit dengan pantas· Laporan kewangan boleh disiapkan dengan lebih awal· Mesyuarat agong boleh dijalankan lebih awal· Urusan di kaunter lebih cepat

· Akaun dapat dikemaskini setiap hari · Dapat mengelakkan pertindihan data· Dapat mengurangkan kesilapan kod · Kerja tidak tertangguh· Laporan data disediakan pada minggu pertama setiap bulan· Pengurus besar boleh menyelia dan mengawal kerja staf melalui network· Ahli-ahli PPK memiliki passbook cetakan komputer

Sistem Primari yang digunakan oleh pertubuhan peladang bukan sahaja dapat memudahkan urusan ahli di PPK malah urusan pentadbiran di PPK juga lebih terperinci yang melibatkan penyediaan laporan sesuatu projek.

Peta Sistem Primari Pertubuhan Peladang

����

�����

����������������������������������������������������������

�����

���������������������������������������������������

�����������������������

P1

P2

P3

P4

������������������������������������������������

��������������������

����������������������

���������������

�����������������������������������

����������������������������������

����������������������������������������������������������������������������������������

�����������������������������������������������������������

����������������������

������������������������������������������������������������������������

��������������������������������������������������������������������

����������������������������������

������������������������������������������������������

�������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������

������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������

���������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������������

����������������

�������������

�����������

�������

�������������

��������������

��������������������������������������������������������������

����������������������������������������

��������������������������������������������

�����������������������������������������

��������������������������

������������������������������

������������������������

����������������������������

��������

��������������������������������

�����������������������������������������

����������������������������������������

�����������������������������������������

���������������������������������������������������

�������������������������������������

�������������������������������������

����������������������������������������������

�������������

�������������������������

���������������������

���������������

������������������������������������

�������������������������

������������������������

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN12

Definasi Komunikasi

Menurut Johns (1996) – Komunikasi adalah proses pertukaran maklumat diantara penyampai dan penerima maklumat.

Menurut Greenberg dan Baron (1996) – Komunikasi adalah satu proses di mana individu, kumpulan dan organisasi yang bertindak sebagai penyampai menghantar sesuatu maklumat atau mesej kepada individu, kumpulan dan organisasi lain yang bertindak sebagai penerima mesej.

Kamus Dewan (1992) – Komunikasi sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna.

Kesemua takrif tentang komunikasi memasukkan enam elemen utama yang saling berkait iaitu penyampai, penerima, saluran, mesej, maklumbalas dan gangguan yang berlaku semasa proses komunikasi.

Peranan Komunikasi Dalam Organisasi PP

Pemantauan

Pengurus Besar PP dapat memberi bimbingan yang sesuai kepada anggota PP supaya mereka dapat memahami deskripsi tugas yang telah ditetapkan. Anggota PP dapat menyatakan pandangan, kritikan dan ketidakpuasan berkaitan kerja yang dilakukan kepada Pengurus Besar PP yang bertanggungjawab ke atas mereka.

Meningkatkan Dorongan Bekerja

Melalui komunikasi pengurusan PP akan mendapat maklumbalas terhadap pencapaian sasaran yang dicapai dan apakah strategi yang perlu diambil bagi terus meningkatkan pencapaian berkenaan.

Meluahkan Perasaan

Komunikasi adalah saluran bagi membolehkan anggota PP untuk menyatakan pandangan dan maklumbalas mereka terhadap Pengurus Besar PP, organisasi dan persekitaran kerja keseluruhannya. Ini membantu mengeratkan interaksi Pengurus Besar PP dan anggota PP.

Penghantaran maklumat

Komunikasi adalah pengaliran maklumat daripada satu pihak ke pihak yang lain. Membantu Pengurus Besar PP untuk membuat cadangan dan keputusan dengan cepat.

Ciri-Ciri Komunikasi Berkesan a. Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas.b. Memberi maklumat kepada seseorang supaya bertindak atau tidak bertindak.b. Menerima dan mendapatkan maklumat dengan menggalakkan orang lain supaya menyediakan maklumat.c. Memberi maklumat supaya orang lain bertindak sebagaimana yang dikehendaki.d. Menerima maklumat atau arahan bagi membolehkan anggota bertindak sebagaimana yang dikehendaki oleh orang lain.

Kemahiran Berkomunikasi DalamPertubuhan PeladangOleh: Wan Salahuddin Wan Mohd Rashdi (PPK Cameron Highlands)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 13

e. Memberi dorongan, memujuk dan menggalakkan kepada seorang yang Pengurus Besar PP jangka akan menentang atau tidak menghiraukan atau tidak berkeyakinan terhadapnya.f. Menjelaskan kepada anggota PP samada mereka berjaya atau gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan.g. Perubahan yang berlaku daripada mesej dan mempunyai kos efektif.

Elemen-Elemen Utama Komunikasi

Penghantaran Mesej.

Penghantar akan mengkod mesej iaitu proses menterjemahkan pemikiran atau perasaan ke dalam perantaraan ‘medium’ samada dalam bentuk bertulis atau lisan bagi menyalurkan mesej yang telah dikenalpasti.

Penerima Mesej

Penerima mesej merupakan individu yang menerima dan mendekod atau mentafsir mesej penghantar.

Mesej

Merupakan simbol-simbol samada dalam bentuk lisan, bertulis atau isyarat bukan lisan yang mewakili maklumat yang ingin disalurkan oleh penghantar kepada penerima.a. Mesej bukan lisan – mesej yang disalurkan

melalui gerak-geri atau ekspresi muka, pergerakan posisi badan dan perhubungan fizikal. Terdapat tiga mesej bukan lisan seperti berikut:-

i. Jarak Merupakan kaedah individu menggunakan ruang fizikal bagi menyalurkan mesej mengenai diri mereka. ii. Rupa diri Cara pemakaian juga mengkomunikasikan mesej-mesej tertentu. iii. Bahasa diri Ia merupakan gerak-geri muka dan mata. Melalui pergerakan diri juga dapat menyalurkan mesej.

b. Mesej Lisan i. Bersemuka secara informal dengan seseorang. ii. Temuduga secara formal dan tidak formal. iii. Perbualan berkumpulan secara tidak formal dan formal. iv. Memberi ucapan di perjumpaan formal. v. Perbualan telefon dan pesanan suara vi. Telesidang

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN14

c. Mesej Bertulis i. Memo, surat, laporan dan menganalisis data kewangan. ii. Notis di papan kenyataan, artikel, jurnal dan buletin. iii. Internet dan E-mail.

Saluran Komunikasi

Merupakan laluan yang dilalui oleh mesej daripada penghantar kepada penerima dengan memastikan tidak ada gangguan ke atas maklumat. Saluran komunikasi terbahagi kepada dua jenis:- a. Saluran komunikasi formal - disalurkan seperti melalui carta atau hierarki dalam organisasi. b. Saluran Komunikasi tidak formal - Wujud melalui perhubungan sosial dan persahabatan atau ‘grapevine’.

Saluran Komunikasi Formal a. Saluran ke bawah - Digunakan oleh Pengurus Besar PP untuk menghantar mesej kepada subordinate. b. Saluran ke atas - Subordinate menghantar mesej kepada ketua mereka.

c. Saluran mendatar - Pertukaran maklumat antara rakan sekerja atau ahli-ahli dalam sesuatu organisasi dan sebaginya.

Maklumbalas Komunikasi

a Persepsi Makna yang diberikan kepada sesuatu mesej samada oleh penghantar atau penerima. Persepsi individu dipengaruhi oleh keperluan, pengalaman lalu, nilai, sikap, jangkaan dan sebagainya.

c. Salah faham Salah persepsi, salah tafsiran dan salah penilaian terhadap sesuatu mesej.

c. Gangguan Komunikasi Halangan yang berlaku dalam proses penghantaran mesej oleh pengirim kepada penerima.

Kaedah Berkomunikasi Kaedah berkomunikasi melalui tiga cara iaitu: a. Percakapan lisan. b. Bahan bertulis. c. Komunikasi nonverbal.

Penggunaan Teknologi Daklam Komunikasi a. E-mail. b. Persidangan audio. c. Persidangan komputer. d. Persidangan video.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN 15

Halangan-halangan Komunikasi

a. Maklumat yang terlampau banyak. b. Tekanan masa. c. Gangguan rangkaian komunikasi. d. Sempadan antarabangsa.

Panduan Komunikasi Berkesan a. Kawal aliran maklumat b. Galakkan maklumbalas c. Permudahkan bahasa yang digunakan · Dengar secara aktif · Kawal emosi negatif · Gunakan tanda-tanda bukan lisan · Gunakan saluran komunikasi pembawaan mulutd. Ketahui siapakah penerima meseje. Mendefinisikan tujuan kepada diri sendirif. Cari dan pilih maklumatg. Pilih media yang sesuaif. Mesej yang hendak disampaikan hendaklah jelas

Kriteria Hubungan Komunikasi Yang Baik

a. Hormati harga diri dan nilai orang lain. b. Hormati dan lindungi hak sesama insan manusia. c. Beri pengktirafan, penghargaan dan rasa hormat. d. Hormati pandangan orang lain walaupun tidak setuju. e. Akui kesalahan diri sendiri dan bertanggungjawab mengenainya. f. Jadikan seseorang itu merasa selesa untuk didekati dan dikenali. g. Fokus kepada subjek percakapan dan bertanya bila kurang jelas. h. Beri respon tanpa membuat sebarang tuduhan, hukuman dan kesimpulan. i. Sebut nama anggota dengan hormat. j. Sampaikan pujian sekiranya anda mendengar mereka dipuji orang lain. k. Berhati-hati dengan nada suara dan perkataan yang digunakan. l. Bersedia dan terbuka kepada pertembungan idea.

Penaung Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu

Hajah Mariam Mas bte Yaacob

Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail

Penyunting Azizan bin Othman

Rohman bin Jasmani

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

Grafik/IllustratorRohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif

Kepada Y. Bhg. Dato’ Mohd. Mokhtar bin Ismail

Atas

Perlantikan Sebagai Ketua Setiausaha

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Berkuatkuasa

23 September 2008Daripada

Ketua Pengarahdan

Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang

Tahniah