Bahan2
description
Transcript of Bahan2
Maksud Dakwah Mengikut Ilmuan Islam
Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u,
da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu
dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong
manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf
dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah
mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk
Allah dan Rasul-Nya.
Menurut Jum’ah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah
terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah dalam
bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau dibelakangnya,
dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam mushaf yang
diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir, bagi yang
membacanya dinilai sebagai ibadah.
Dr. Ra’uf Shalabi menjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa
atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,
daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada
keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa Dakwah ilallah bermaksud kita
berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan rasul,
taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti total dari semua yang dilarang dan
membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Arti berdakwah adalah mengajak
kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling sempurna dan
syamil (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin penjagaannya,
sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para pemeluknya. Oleh kerana
itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan cacat.
Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat
menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman kepada
Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Dakwah
juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan diajarkan oleh
Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza seperti :
1. Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-
kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu menarik
perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu
ideologi tertentu.
1. Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh
kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan
dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka masuk
ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah, Allah
mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang diredhoi
Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. Beruntunglah bagi
sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :
“Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.” (Al-Maidah : 56)
Zaman moden ini, dakwah sangat diperlukan untuk membendung segala masalah
keruntuhan Akhlak yang semakin berleluasa. Kalaulah konsep dakwah ini tidak
digunakan dengan penuh hikmah dan penuh kebijaksanaan, maka kemungkinan besar, ia
belum tentu dapat mengatasi masalah sosial ini. Ini menunjukkan bahawa seorang
pendakwah perlu mempunyai persediaan dan jati diri yang kuat. Bukan mudah hendak
berdepan dengan manusia ini, kerana ia mempunyai berbagai karenah dan berbagai
rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah, jika tidak mempunyai persiapan yang
rapi, maka seseorang pendakwah itu akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan ia
juga tidak sanggup lagi untuk menghadapi masalah ini.
Nabi Yusof telah menunjukkan satu tauladan yang sangat bermakna kepada para
pendakwah sekalian, walaupun Baginda di penjarakan dengan sebab difitnah oleh
seorang isteri raja ketika itu, tetapi Baginda tidak berputus asa dan Baginda meneruskan
usaha dakwahnya di dalam penjara tersebut. Kisah ini telah dirakamkan oleh Allah dalam
Al-Quran yang berbunyi :
"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka
kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepada-Nya. dan jika
Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung
kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan
ilmunya". (Yusof : 33)
DEFINISI DAKWAH
Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwahberasal
daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti
meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan
melaung.[1] Dalam tafsiran mengikut ahli dakwah, perkataan tersebut mempunyai
peristilahan dan maknanya yang tersendiri.
Muhammad al-Ghazali memberi penerangan istilah dakwah sebagai satu program
(barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu
pengetahuan yang menjadi satu keperluan kepada manusia bagi menjelaskan tujuan dan
matlamat hidup dan bagi menyingkap panduan jalan yang menjadi petunjuk kepada
mereka.
Dalam pengertian mengikut Dr. Yusuf al-Qaradawi pula, beliau mendefinisikan dakwah
sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk
agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala
bentuk penghamabaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri
dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi,
memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada
kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya.
Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila
al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran
manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah
merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-
hampir meraka terjerumus kedalamnya.
Dr. Abu al-Majd al-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan
dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan
tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan menjauhkan
mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.
Dr. Ra’uf Shalabi menerangkan bahawa dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa
atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,
daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada
keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.[2]
Daripada penerangan atau pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh
di atas, boleh dibuat satu kesimpulan bahawa dakwah itu merupakan satu usaha
seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa
pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah.
Ia bukanlah satu yang berat, kerana nasihat yang itu juga merukan satu dakwah. Apabila
seseorang itu terus merasakan diri masih tidak sempurna untuk memberi nasihat atau
menyeru kepada kebaikan, sememangnya manusia ini semuanya tidak ada yang
sempurna. Tetapi kita perlu ingat bahawa kita berilmu, ilmu itulah apabila diamal dan
mengajak orang lain bersama-sama melakukannya ia merukan satu dakwah atau satu
kebajikan kepada umat Islam (Ilmu yang baik). Dalil dalam al-Quran dalam surah al-
Nahl, ayat 125 yang bermaksud:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan
berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah
yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(surah al-Nahl: 125)
Konsep Dakwah Dalam Islam
Pendahuluan
Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan yang
dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam
sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan
perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah
pertama semenjak agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang ditujukan
kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas tersebut secara kesinabungan, seperti
Firman Allah yang bermaksud:“Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya
engkau di atas petunjuk yang luirus” (Al-Haj; 67)
Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya
berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya
dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’.
Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah
ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah
merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa
berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan
neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak
kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Siapakah yang
lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru
manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)
Definisi dakwah
Dari Sudut Bahasa
Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk menarik manusia kepada ajarannya
sama ada secara teoritikal atau praktikal. Perkataan “DAKWAH” berasal daripada
perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil kepada sesuatu
perkara sepertimana yang terdapat dalam Firman Allah:Ertinya: dan Allah menyeru
kepada negara kesejahteraan….
Manakala orang yang menyampaikan dakwah disebut sebagai “PENDAKWAH” atau
“PENDUKUNG DAKWAH”.
Dari erti perkataan dakwah dari segi bahasa tersebut memperlihatkan bahawa dakwah
merupakan satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada secara
amali atau teori bagi mencapai objektif yang digariskan, justeru itu di dalamnya terdapat
tuntutan jihad dan amal.
Dari Segi Istilah
Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Uamak Islam,
antaranya:Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman
dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan
membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.
Abul Ala’Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia
memiliki nilai-nilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu
menghidupkan pancaindera, daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan
dhamir, hati nurani dan bashirah. Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu,
iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.
Definisi dakwah dapat disimpulkan:
Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul.
Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi
menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah
manusia dan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani.
Dakwah ialah usaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang
berkesinabungan.
Kewajipan Berdakwah
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam
seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti
Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk
manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”
Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira
Ummatin) dan kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak
manusia berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi,
Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang
beriman dengan orang munafik. Ia merupakan ciri orang beriman yang paling istimewa
yang membezakannya dengan golongan munafik. Apabila umat Islam melalaikan
tanggungjawab berdakwah maka Allah akan mengharamkan kedudukannya sebagai
Khaira Ummatin(sebaik-baik umat), kerana Allah memberikan status umat mulia ke atas
umat Islam kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah.
Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau
perempuan, baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih
ditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia
boleh dilakukan sama ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang
bermaksud:“Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu
kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)
Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja
dakwah yang tidak dapat dilakukan secara individu sepertimana Firman Allah yang
bermaksud:“Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan
menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-
orang yang mendapat kemenangan”. (Ali Imran; 104)
Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam
berdakwah, tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada
orang orang yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang
yang tertentu yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain
menyempurnakannya.
Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus
berpeluk tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah
bemaksud, sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan
membuta kebaikan, tetapi jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran,
maka setiap muslim wajib memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan
kepada pendakwah. Setiap orang wajib menambah kekuatan dan memberi Sokonngan
kepada para pendakwah, meramaikan bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat,
hebat, dan mempunyai pengaruh yang cukup untuk mencegah kemaksiatan.
Ciri-Ciri Pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah
berfirman bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:“Siapakah yang terlebih baik
perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah serta beramal salih seraya berkata
saya seorang muslim” (Fushilat; 33)
Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang
menyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah.
Justeru itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri
mereka dengan akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-
lembut, tawadu’, memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus
menjauhkan diri dari sifat-sifat bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan
kedekut. Pendakwah yang beramal dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh
yang sangat besar dalam perubahan yang dikehendaki dan mendapat penghormatan yang
tinggi dalam masyarakat.
Abul A’la Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para
pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia
betul-betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh
Rasul. Ia harus terlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs
sebelum berhadapan dengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus
berpegang teguh dengan prinsip yang dipoegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak
orang yang diseru dengan cara yang lembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak
menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang,
persaudaraan dan perikemanusiaan.
Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah juga
perlu mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya
memperolehi kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah
menguasai ilmu pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami
kandungan al-Quran, halal-haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan
sebagainya. Pendakwah juga harus mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi
pelbagai cabaran dan halangan dalam berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu
mempunyai sifat sabar seperti teliti, tidak tergopoh gapah dalam semua tindakan,
mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat pesimis atau berputus asa, pendirian yang
teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akal dan emosi, di mana akal akan
tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti mempunyai
sifat sedia memberi pertolongan dan bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan harta.
Mereka juga perlu, mempunyai perasaan cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat
yang tinggi dalam mencapai tujuan serta menyediakan diri untuk terus bekerja terus
menerus, secara teratur dan berkesinabungan.
Methodologi Dakwah
Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak
membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:“Tiada paksaan
dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”(Al-
Baqarah; 256)
Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah
mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk
menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya.
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah:“Barang siapa di antara kamu yang
melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak
sangggup dengan lidahnya. Jika ia tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah
iman yang paling lemah. ” (Hadis Sahih Muslim)
Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para
Nabi dan Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran,
mengikut apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh
disampaikan secara lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi
maklumat yang wujud pada masa kini. Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan
tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud: “Serulah kepada
jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka
dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)
Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut:
Hikmah
Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan
keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan
keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah
ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan
bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima
dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.
Nasihat Yang Baik(Mauizah Hasanah)
Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan
membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini
dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan
kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam.
Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati,
dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.
Berdialog Dengan Cara Yang Baik
Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan.
Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan
oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan
menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat agar mereka dapat
merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.
Cara Berdakwah
Telah kami jelaskan di dalam pendahuluan bahawa tugas dakwah bererti melaksanakan
tugas yang besar di bumi ini menegakkan agama Allah di bumi iaitu dengan menegakkan
negara Islam di seluruh dunia yang berteraskan khilafah Islamiyyah,. Kita perlu berusaha
mendapatkan sebuah negara baru Islam untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.
“Sehingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah” (Surah Al-Baqarah;
193)
Telah dijelaskan juga bahawa binaan yang besar ini memerlukan contoh teladan yang
baik dalam setiap peringkat pembangunan dari setiap individu, keluarga, masyarakat
muslim, kerajaan islam, negara islam dan khilafah Islmamiyyah. Di sini terdapat
perbezaan di antara menegakkan kerajaan Islam yang lemah di dalam kelompok negara
Islam yang asas lemah, yang tidak ada satu jalinan yang kukuh di antara kerajaan–
kerajaan dengan menegakkan negara Islam di seluruh dunia yang kuat dan bersepadu
berdasarkan asas yang kukuh dan jitu. Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah bahawa
kita tidak boleh menbangunkan manusia dengan cara yang mudah yang tersedia untuk
dimajukan tetapi kita perlu bersihkan segala ranjau dan halangan untuk pembangunan
manusia.
“Allah tidak akan mengubah apa pada kaum itu sehingga mereka itu sendiri mengubah
apa yang ada pada diri mereka” (Surah al-Ra’d; 11)
Ada Cita-Cita Yang Tidak Putus Asa
Di dalam dakwah kita tidak harus ada perasaan putus asa disebabkan kerana banyaknya
ranjau dan halangan yang ada dalam masyarakat kita. Sebaliknya perlu ada cita-cita agar
kita dapat mengatasi ranjau dan halangan yang ada itu dengan pertolongan Allah. Kita
juga perlu mempunyai sifat-sifat bersih hati, takwa dan baik supaya kita dapat membina
masyarakat yang sejahtera dan kukuh.
Kalau kita lihat masyarakat jahiliah pada masa Rasulullah kita dapati keadaan mereka
amat dasyat sekali. Walaupun begitu keadaannnya, beliau boleh berubah hingga menjadi
masyarakat yang baik, berkasih sayang, mementingkan sahabat dari dirinya dan
bekerjasama untuk kebaikan. Semua ini didasarkan pada aqidah, tauhid kepada Allah dan
pengabdian diri terhadap-Nya. Sebagai kesan dari ajaran Al-Quran dan Rasulullah yang
menjadi contoh teladan di dalam berdakwah. Sekiranya kita mengikut cara yang
digariskan oleh Rasulullah iaitu dengan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka
dengan pertolongan Allah, masyarakat kita pasti akan berubah dan terhindar dari wabak
yang melanda masyarakat kita hari ini Oleh itu, generasi yang terkemudian ini tidak akan
berjaya kecuali dengan mengikut cara orang-orang terdahulu. Imam Al-Syahid Hassan
Al-Banna telah menggambarkan keadaan orang-orang Islam masa kini dan cara
mengatasinya.
“Sesungguhnya ummat ini telah ditimpa satu keadaan yang mengancam kedudukan dan
menggoncang bangunannya pada zahirnya seolah-olah ia sedang dilanda ombak
penyakik, hina dan lemah yang menjadi buruan orang-orang yang tamak dan perampas.
Ianya tidak berdaya untuk mempertahankan diri dari pencerobohan kebudayaan. Cara
mengatasinya ialah dengan tiga cara: Mengenal pasti punca penyakit, sabar dalam
kesakitan untuk diubati oleh doktor yang mahir yang mengendalikannya sehingga Allah
melaksanakan apa yang dikehendaki dan sembuh dengan sempurnanya serta mendapat
kemenangan. ”
Setelah dibentangkan tentang keadaan setengah dari negara Islam yang sedang dilanda
wabak penyakit dan kerosakan beliau menambah: “Apa yang diharapkan oleh ummat
Islam yang sedang diserang dari segenap penjuru dari segala kekuatan yang ada pada
mereka, yang terdiri dari penjajahan, kepartian, riba, syarikat-syarikat asing, pemikiran
bebas, pendidikan dan perundangan yang kucar-kacir, putus asa, kikir, pengecut, penakut,
mengagungkan musuh yang mempengaruhi mereka menyebabkan mereka menurut apa
sahaja yang dibawa oleh musuh mereka terutama dalam perkara yang buruk. Satu dari
penyakit-penyakit ini sudah cukup untuk membunuh ummat secara terang-terang,
bagaimana nhalnya jika penyakit itu ada pada semua ummat. Kalaulah tidak ada benteng
dan perisai yang kuat di dalam ummat ini nescaya hanya tinggal kesannya sahaja, tetapi
Allah dan juga orang-orang yang beriman tidak menghendakinya. ”
Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada
disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk.
Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan
kebekuan dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia
bangkit dalam keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan
serta mempunyai semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi
dan strategi yang tidak teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan.
Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah
dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah
lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-lamanya. ”
Inilah yang telah diperkatakan oleh Imam Al-syahid Hassan Al-banna. Kita sekaranng
berjalan mengikut uslub dawah dan kita tidak putus asa dan berusaha untuk mengubah
keadaan yang ada dan mengubah penyakit yang menimpa masyarakat walau banyak
mana pun penyakit tersebut dengan perpandukan contoh teladan iaitu Rasullah SAW dan
para sahabatnya dengan cara hikmat, nasihat yang baik praktikal dan usaha yang
berterusan dengan pertolongan Allah. Usaha-usaha kea rah menbersihkan akidah tauhid
dari pencemaran dan khurafat yang telah banyak dilakukan dan terus di laksanakan.
Tuntutkan media massa di bersihkan dari unsur-unsur yang merosakkan sering
kedengaran semuanya ini menberikan harapan yang baik pada perubahan yang
mengalakkan.
Kesimpulan
Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu kewajipan
yang perlu dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah kebenaran dan
hidayat. Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan
oleh para Nabi dan Rasul, panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak
dijalankan mencapai matlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada
seruan secara lisan, tetapi juga harus menggunakan media yang luas dan terkini asalkan
tidak bercanggah dengan ajaran islam. Golongan pendakwah yang menyeru manusia ke
arah kebenaran haruslah terlebih dahulu mempraktikkan akhlak islam dan mempunyai
sifat-sifat yang ditunjukkan. Pendakwah akan terus berhadapan dengan pelbagai tribulasi
dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia merupakan satu sunnah
perjuangan.
Tafsir Maudhu’i (Tematik): Al-Qur'an Berbicara Tentang Takwa
Al-Qur’an Al-Karim Mengandungi Pelbagai Tema dan Subjek Perbahasan
Allah s.w.t. menurunkan Al-Qur’an kepada umat Islam melalui kekasihNya Saidina
Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan utusan Allah kepada umat
manusia di akhir zaman. Risalah Islam dan ajaran yang terkandung dalam Al-Qur’an
sesuai sepanjang zaman dan sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t..
Antara keagungan Al-Qur’an juga adalah, maknanya yang sangat luas dan mendalam
sehingga mutiara pelajaran dan pengajaran di dalam lautan perbendaharaannya tiada
pernah habis dikutip sepanjang zaman terutamanya oleh para ilmuwan dan ulama’ Islam.
Oleh kerana itulah kita dapati, ilmu tafsir berkembang pesat dalam setiap zaman dan
kurun.
Ada bentuk tafsir bi Al-Ma’thur yang menghimpunkan tafsiran-tafsiran Rasulullah
shollallahu ‘alaihi wasallam, para sahabat r.a. dan para ulama’ salaf, Tafsir Bi Al-Ra’yi
yang menghimpunkan tafsiran-tafsiran ulama’ terkemudian, Tafsir Ilmiy yang
menghimpunkan penjelasan terhadap sesetengah ayat Al-Qur’an dengan perbahasan
saintifik dan sebagainya. Inilah antara sebab utama kemajuan umat Islam suatu ketika
dahulu di mana para ulama’ khususnya, sentiasa mengembangkan bidang ilmu
pengetahuan yang mana mereka mendapat semangat mengembangkan bidang ilmu
daripada keagungan dan keluasan ilmu yang terkandung di dalam Al-Qur’an itu sendiri.
Al-Qur’an berbicara tentang faktor kebahagiaan di dunia sebagaimana ia membicarakan
tentang faktor-faktor kebahagiaan di Akhirat kelak. Ia berbicara tentang bidang
keduniaan sebagaimana ia juga berbicara tentang keagamaan. Ianya panduan bagi mereka
yang mencarinya dan pedoman bagi mereka yang mengikuti ajarannya. Ianya sumber
ilmu bagi para penuntut ilmu, penguat semangat bagi mereka yang ingin beramal dengan
ajarannya dan pembersih jiwa bagi mereka yang ingin membentuk ketakwaan dalam diri.
Oleh kerana kekayaan subjek dan tema yang dibahaskan di dalamnya, maka sebahagian
ulama’ dan para ilmuwan menyusun beberapa ayat yang mempunyai temanya yang sama
dan tersendiri lalu membahaskannya dengan sebuah perbahasan yang lebih tersusun.
Tafsiran ini menggabungkan pelbagai ayat daripada Al-Qur’an yang mempunyai tema
perbincangan yang sama lalu menyusunkan perbahasannya dalam bentuk yang lebih
tersusun agar masyarakat awam dan penuntut ilmu khususnya dapat melihat sesuatu topik
tersebut dibahaskan dalam Al-Qur’an secara lebih jelas.
Tafsiran sebegini lebih dikenali sebagai Tafsir Maudhu’i atau tafsir tematik yang mana
perbahasan dan penjelasan tentang sesuatu ayat itu disusun bergandingan dengan
penjelasan-penjelasan terhadap ayat-ayat yang lain yang mempunyai topik, tema atau
subjek yang sama daripada keseluruhan Al-Qur’an.
Pengertian dan Perkembangan Tafsir Maudhu’i Secara Ringkas
Tafsir Maudhu’i mengandungi dua perkataan iaitu perkataan tafsir dan perkataan
maudhu’i.
Perkataan Tafsir dari sudut bahasa adalah: menyingkap makna dan penjelasan.
Maksud perkataan Tafsir dari sudut istilah ilmu tafsir adalah: menyingkap makna-
makna Al-Qur’an.
Maksud perkataan Maudhu’ pula dari sudut bahasa adalah: dari perkataan wadh’u
iaitu meletakkan sesuatu pada sesuatu tempat.
Adapun takrif Tafsir Maudhu’i sebagai suatu nama khusus bagi sejenis ilmu tertentu
dalam ilmu tafsir antaranya adalah sepertimana takrifan oleh Dr. Al-Mustafa Muslim:
“Suatu ilmu yang mencakupi beberapa isu perbincangan mengikut tujuan-tujuan Al-
Qur’an yang tertentu samada ianya dikaji dari sesuatu surah tertentu atau dari banyak
surah dalam Al-Qur’an”.
[Mabahis fi At-Tafsir Al-Maudhu’i]
Perkembangan Ilmu Tafsir Maudhu’i
Sesetengah para ulama’ menjelaskan bahawasanya, antara bentuk terawal tafsir maudhu’i
adalah himpunan ayat-ayat hukum yang dikenali sebagai Tafsir Ayat Al-Ahkam. Ia suatu
bentuk tafsir yang menghimpunkan hukum-hukum fiqh daripada ayat-ayat Al-Qur’an lalu
menyusunnya dengan susunan hukum-hakam tersebut secara sistematik.
Kemudian, muncul pula tafsir Asybah wa Nazho’ir di mana seseorang ahli tafsir
menghimpunkan banyak makna bagi sesuatu perkataan dalam Al-Qur’an itu sendiri.
Seperti contoh, seseorang ahli tafsir menghimpun makna-makna bagi perkataan Khair
dalam Al-Qur’an melalui ayat-ayat Al-Qur’an. Antara mereka yang menghimpunkannya
adalah Imam Muqatil.
Kemudian, muncul pula kajian-kajian yang lebih spesifik tentang topik dan perbahasan
dalam Al-Qur’an seperti menghimpunkan ayat-ayat sumpah dalam Al-Qur’an, ayat-ayat
Mansukh (yang dimansuhkan) dalam Al-Qur’an dan sebagainya, yang merupakan antara
jenis Tafsir Maudhu’i.
Kemudian, berkembanglah ilmu Tafsir Maudhu’i ini dengan banyak usaha yang
dilakukan oleh para ulama’ alam menghimpun topik-topik perbahasan tertentu dalam Al-
Qur’an sehingga ianya hampir mencakupi kebanyakkan topik perbahasan Al-Qur’an itu
sendiri.
Jenis-jenis Tafsir Maudhu’i dari Sudut Manhaj Para Pengkaji
1) Tafsir Maudhu’i Mutakamil (Menyeluruh)
Ia terbahagi kepada tiga jenis:
1.1: At-Tafsir Al-Maudhu’i lil Mustalah Al-Qur’ani
Iaitu: seseorang pengkaji itu meneliti dan membahaskan kalimat tertentu dalam Al-
Qur’an secara meluas seperti perkataan Ummah dalam Al-Qur’an, perkataan Jihad dalam
Al-Qur’an dan sebagainya. Ianya fokus terhadap maksud kalimah tertentu dalam Al-
Qur’an. Ia suatu perkembangan dari Tafsir Al-Asybah wa An-Nazhoir.
1.2: At-Tafsir Al-Maudhu’i lil Maudhu’ Al-Qur’ani
Iaitu: Seseorang pengkaji menentukan sesuatu topik perbahasan tertentu lalu
mengkajinya dari sudut penilaian Al-Qur’an samada dari sudut uslub perbahasannya,
perincian maknanya dan sebagainya.
1.3: At-Tafsir Al-Maudhu’ie lil Suwar Al-Qur’aniyyah
Iaitu: Seseorang pengkaji itu mengkaji topik asas atau perbahasan utama bagi sesuatu
surah.
2) Tafsir Maudhu’i Tajzi’iyyah
Seseorang pengkaji itu merujuk perbahasannya kepada suatu tajuk perbahasan kecil
daripada ayat Al-Qur’an menerusi ayat-ayat dan surahnya, lalu membahaskannya dari
sudut tafsir Bil Ma’thur (secara riwayat) mahupun Tafsir Bil Ra’yi (secara berpendapat)
samada tafsir itu berbentuk perincian tentang sesuatu ayat, atau ringkasan, atau ianya
berbentuk perbandingan antara tafsiran-tafsiran ulama’ mengenai sesuatu ayat.
Antara Kepentingan Tafsir Maudhu’i
Pertama: Membuktikan sudut keagungan dan ketelitian perbahasan dalam Al-Qur’an
menerusi himpunan terhadap topik-topiknya yang tertentu.
Kedua: Menunjukkan kepentingan tafsir Al-Qur’an dengan ayat Al-Qur’an yang lain
yang mana ianya menjadi kebiasaan dalam perbahasan Tafsir Maudhu’i ini.
Ketiga: Memperbahrui gaya pemikiran masyarakat Islam dan menghidangkan buat
mereka bentuk baru dalam memahami Al-Qur’an.
[rujuk buku Al-Qur’an Berbicara tentang Takwa m/s: 2-5 yang diterbitkan oleh Pelima
Media Snd Bhd]
Langkah-langkah Kajian Hadith Maudhu’i.
Seseorang yang ingin mengkaji hadith secara maudhu’i akan melalui peringkat-peringkat
berikut ; [1]
1. Pemilihan tajuk: Pengkaji hadith maudhu’i akan memilih tajuk yang diperlukan
oleh umat Islam masakini yang boleh menyumbang ke arah kemajuan, ketamadunan dan
kebangkitan Islam atau tajuk yang boleh menghuraikan kekusutan umat Islam
termasuklah isu-isu yang memerlukan penyelesaian dan jalan keluar.
2. Pengumpulan hadith : Berusaha gigih untuk mengumpulkan semua hadith-hadith
yang berkaitan dengan tajuk kajian dan dilakukan dengan penuh teliti dari semua sumber-
sumber utama hadith.
3. Kajian status hadith : Membuat kajian terhadap sanad hadith mengikut metod ahli
hadith dengan menggunakan kaedah ilmu rijal, ilmu al jarh wa al taadil dan ilmu al ’iIal.
Hadith yang terbukti boleh dibuat hujah sahaja yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam
kajian.
4. Berpegang kepada Manhaj iImi : Mestilah amanah dan jujur dalam naqal
( memindah pendapat ) dan naqad ( mengkritik pendapat ), bersikap telus dan tidak
memihak dalam menangani perbezaan pandangan dalam pengambilan hukum
dankefahaman teks supaya mendapat keputusan dan rumusan yang terbaik.
5. Analisis teks : Teks-teks hadith yang dipetik mestilah dianalisis secara tepat tanpa
membebankan nas apa yang tidak tertanggungnya semata-mata kerana mahu
membuktikan kehadiran hadith dalam topik perbincangan.
Peranan Hadith Maudhu’i Dalam Menangani Persoalan Keilmuan dan
Ketamadunan Moden.
Matlamat asal diperkenalkan disiplin hadith maudhu’i iaitu menangani maudhu’ ( topik
atau isu ) dan perbincangan yang bersifat semasa bagi menonjolkan sikap Islam dalam
perkara ini berdasarkan sumber hadith. Justeru, Hadith Maudhui mestilah dilihat sebagai
medan sebenar kesarjanaan dan kematangan disiplin hadith dalam menangani
permasalahan yang timbul dengan membawa penyelesaian melalui manhaj nabawi.
Hadith Maudhu’i dewasa ini telah diterima sebagai salah satu daripada cabangan ulum
hadith. Bahkan menurut sebahagian pengkaji, ilmu ini adalah hasil pencapaian sebenar
setelah melalui semua pengajian disiplin hadith kerana ia memerlukan kepada kesemua
kepelbagaian kemahiran dalam ilmu hadith. Tidak dapat dinafikan juga keperluan ilmu-
ilmu tafsir, aqidah, sirah, tarikh, akhlak dalam memantapkan kajian hadith maudhu’i.
Oleh kerana hadith maudhui menangani persoalan semasa, maka penguasaan disiplin
ilmu-ilmu moden samada sains kemanusian, sains tulen atau ilmu-ilmu teknikal amat
diperlukan bagi mendapatkan hasilan yang matang bagi sesebuah kajian atau penulisan
hadith maudhu’i.
Antara peranan penting pengajian hadith maudhu’i dalam konteks hala tuju semasa ialah;
1. Pengajian ini mampu untuk memenuhi tuntutan dan keperluan semasa yang
semakin mendesak akhir-akhir ini untuk mencari penyelesaian dan pandangan Islam
dalam semua lapangan keilmuan dan kehidupan. Dunia akademik yang kian bercambah
bidang pengkhususannya sementara isu-isu kehidupan masyarakat manusia pula menjadi
semakin rumit. Kepantasan dunia komunikasi dan infomasi masakini menambahkan lagi
cabaran kepada cendikiawan Islam untuk menganalisa maklumat yang diberi, menangani
persoalan yang ditimbulkan dan menjawab salah faham atau kekeliruan yang
dibangkitkan. Di sinilah peranan hadith maudhu’i untuk melihat semua ini dari kaca mata
petunjuk Nabawi.
2. Hadith maudhu’i adalah wacana terbaik untuk menuju ke arah cita-cita integrasi
ilmu dan pendidikan bersepadu yang menjadi idaman pencinta agama dan kebenaran.
Umat Islam telah lama dikhayalkan dengan dualisme dalam pendidikan dan kehidupan.
Manusia sejagat pula diganggu dengan kemelut pertembungan tamadun, percanggahan
budaya dan metod pemikiran. Pendekatan Hadith Maudhu’i memerlukan pengetahuan
dan kematangan maklumat ilmuan agama digarapkan dengan kepakaran dan kemahiran
profesional dan teknorat. Tanpa demikian, proses ijtihad dalam hadith maudhu’i tidak
berlangsung sempurna. Maka hadith maudhui mampu untuk menyatukan aliran
tradisional dan moden, agamawan dan profesional. Apa yang penting adalah peranannya
mengembalikan keilmuan dan ketamadunan moden ini ke pangkal asalnya iaitulah
pendidikan rabbani yang berteraskan ayat Iqra’.
3. Pengajian hadith maudhu’i berperanan penting untuk menonjolkan sudut-sudut
mukjizat Islam dalam kepelbagaian bidang ilmu pengetahuan dan medan kehidupan.
Mukjizat sentiasa mengikut cabaran semasa masyarakat manusia. Ia boleh berubah dan
berbeza bentuk mengikut perubahan masa dan peredaran zaman. Namun matlamatnya
akhir adalah sama iaitu terbuktinya kebenaran dan kebesaran ilahi di sebalik kelemahan
dan kekerdilan manusiawi. Maka menjadi kewajipan ilmuan Islamlah untuk
mengbongkar keajaiban yang tersirat di dalam wahyu Allah, al Quran dan al as Sunnah
dalam kepelbagain sudut dan persembahannya. Ini mampu memperkuatkan lagi
pembuktian hadith nabawi sebagai wahyu dari Allah swt kepada manusia buat selama-
lamanya.
4. Kemunculan ilmu-ilmu Islam yang baru adalah antara sumbangan terpenting
pendekatan hadith maudhu’i selain tafsir maudhu’i. Ilmu-ilmu moden yang berteras Islam
seperti kauseling Islam, komunikasi Islam, sosiologi Islam, psikologi Islam,
kewartawanan Islam, ekonomi Islam, kesihatan atau rawatan Islam dan sebagainya
memerlukan kepada kemahiran dalam hadith maudhu’i untuk mengaitkan hadith-hadith
berkaitan dengan tajuk-tajuk dalam disiplin keilmuan tersebut.
5. Tugasan dakwah islamiyyah tidak dapat dipinggirkan walaupun dalam
membicarakan soal keilmuan dan ketamadunan. Peranan dakwah penting dalam
mengurus dan mengawasi perjalanan keilmuan dan ketamadunan. Dalam konteks ini,
hadith maudhu’i memberi bekal dan aset yang yang tinggi nilainya bagi usaha dakwah
kontemporari. Justeru, pengajian ini mestilah dihadam sebaiknya oleh para pendakwah
yang ingin mempersembahkan Islam secara lebih efektif dengan hujah dan kupasan yang
relevan dengan pencapaian ilmu manusia moden.
6. Pengajian hadith maudhu’i berperanan secara berkesan dalam menyelesaikan
hadith-hadith kontradiksi dalam konteks kontemporari. Ulama hadith kontemporarer
seharus dilengkap dengan kemahiran menggunakan pendekatan hadith maudhu’i agar
lebih bersedia memberikan interpretasi, penjelasan dan konklusi menyelesaikan
percanggahan ini. Apatah lagi zaman mutakhir yang penuh dengan kemajuan dan
penemuan dalam pelbagai lapangan, sering kali masyarakat disuakan dengan kekeliruan
tentang hadith-hadith yang Nabi tinggalkan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lampau.
Penutup
Terbukti bahawa pendekatan pengajian hadith maudhu’i adalah penting bagi tujuan
fiqhulhadith dalam konteks semasa. Hadith maudhu’i membuka ruang ijtihad baru
kepada ulama’ hadith masa kini agar dapat mempersembahkan hadith dalam bentuk baru
yang lebih memberangsangkan. Segala kepakaran dalam ulum hadith samada riwayah
atau dirayah digarapkan demi mencari rumusan tebaik dalam hadith maudhu’i.
Justeru, pengajian hadith maudhu’i harus diperkasakan di peringkat IPT agar kemahiran
berinteraksi dengan hadith dalam lingkungan isu-isu semasa dapat dikuasai baik oleh
para pelajar. Penekanan perlu ditumpukan kepada tajuk-tajuk semasa dalam semua
lapangan ilmu-ilmu moden seperti pendidikan, ekonomi, sains sosial, sains tulen,
psikologi, pengurusan, undang-undang dan sebagainya.
Agenda pemulihan dan pembaharuan dalam mempersembahkan agama Allah swt kepada
dunia moden sesungguhnya memerlukan kepada pemikiran kritis dan kreatif yang
bertunjangkan kepada kefahaman yang jitu terhadap nas dan waqi’. Hadith maudhu’i
mestilah dilihat mampu membawa gagasan mulia ini.
Ciri-Ciri Khusus Hadith Maudhu’i.
Berdasarkan usaha pengolahan takrif-takrif yang tersebut sebelum ini, suatu gambaran
mengenai ciri-ciri khusus disiplin ilmu ini iaitu seperti berikut;
1- Ilmu ini bersifat ijtihadik yang bertunjangkan penelitian yang mendalam terhadap
realiti permasalahan, kefahaman yang sebenar terhadap nas pada teks dan
konteksnya dan seterusnya memperturunkan nas secara tepat kepada isu
perbincangan. Perbezaan pandangan dan kefahaman adalah diterima selagi ianya
memenuhi disiplin dan semangat Ijtihad.
2- Perbahasan ilmu ini membawa semangat kontemporari yang memberi tumpuan
kepada pemikiran dan persoalan yang menjadi perbincangan semasa bertujuan
mencari penyelesaian atau pencerahan Islam berdasar nas-nas hadith sebagai
sumber terpentingnya yang kedua selepas al Quran.
3- Tidak harus memperbahaskan disiplin ilmu ini di luar kotak limitasinya. Isu-isu
yang tidak boleh dikaitkan dengan hadith-hadith secara lansung atau tidak lansung
tidak termasuk dalam perbincangan hadith maudhu’i.
4- Pendekatan sebenar Hadith Maidhu’i adalah mengkaji sesuatu tajuk itu dengan
mengumpulkan semua hadith-hadith berkaitan dari semua sumber asal rujukan
hadith. Namun, keterbatasan masa dan kudrat mengizinkan pemilihan sumber-
sumber terpililih seperti dari sember Sahih Bukhari dan Muslim sahaja, al Kubtub
al Sittah sahaja, al Kutub al Tis’ah dan sebagainya.
5- Pemilihan satu topik dari satu hadith juga boleh dianggap sebagai pendekatan
Hadith Maudhu’i iaitu dengan menghimpun semua jalan riwayat, membuat
perbandingan lafaz-lafaz dan menganalisis teks hadith. Maka sesebuah hadith itu
melalui proses tradisi disiplin hadith sebelum berakhir dengan ikatan dan
kaitannya dengan permasalahan semasa yang menjadi topik perbincangan.
6- Penilaian terhadap status hadith adalah satu kemestian dalam pendekatan Hadith
Maudhu’i. Hadith maudhu’ dan dhaif yang tidak boleh dibuat hujah tidak seharus
dipilih untuk membina sesuatu pandangan dan penyelesaian Islam.
Perbezaan antara penyusunan Maudhu’i dan pendekatan Hadith Maudhu’i.
Penyusunan hadith secara maudhui memang telah menjadi amalan ulama’ hadith sejak
dahulu lagi.[1] Bahkan penyusunan mengikut pendekatan inilah yang mula-mula sekali
digunakan sejak peringkat pertama pembukuan hadith iaitu peringkat Jawami’ ,
Musannafat dan Muwatta’at yang mana kemuncak pencapaiannya ialah kemunculan
kitab al Muwatta’ karangan al Imam Malik.
Hadith-hadith disusun mengikut topik besar atau utama yang dinamakan kitab, sebelum
dipecah-pecahkan kepada sub topik yang dinamakan bab. Jawami’ yang menghimpunkan
semua jenus hadith dalam semua topik utama agama. Musannafat pula mengandungi
hadith marfu’, mauquf dan maqtu’ dan biasanya memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk
fiqh islami. Muwatta’at pula menjadi nama pilihan sebahagian ulama’ dalam menulis
musanafat.
Ini berbeza dengan peringkat kedua pembukuan hadith iaitu masanid yang menyusun
hadith mengikut nama sahabat yang meriwayatkannya. Namun generasi ketiga
pembukuan hadith iaitu peringkat sihah dan sunan memilih semula penyusunan hadith
secara maudhu’i kerana beranggapan ia adalah lebih membantu dan memudahkan proses
pencarian hadith.[2]
Perbandingan dan pertalian secara umum antara penyusunan hadith secara maudhu’i dan
pendekatan hadith maudhu’i adalah seperti berikut;
1- Penyusunan hadith secara maudhu’i telah bermula seawal sejarah pembukuan
hadith sementara pendekatan hadith maudhu’i pula baru bermula di zaman kini
yang lahir kerana kesan dan pengaruh semangat kebangkitan dan kesedaran untuk
kembali kepada penyelesaian dan sikap Islam bertunjangkan akidah bahawa Islam
adalah penyelamat.
2- Penyusunan hadith secara maudhui, secara umumnya memberi tumpuan utama
kepada kerja menghimpun dan mendokumenkan teks-teks hadith secara bersanad
bagi tujuan pemeliharaan dan pembukuan. Sementara pendekatan hadith
maudhu’i pula memberi tumpuan kepada kerja analisis, kupasan dan ulasan yang
bertujuan mencari jawapan kepada pandangan dan penyelesaian Islam bagi
kemelut semasa.
3- Hadith yang telah tersusun secara maudhu’i ini menjadi sumber rujukan asal
kepada penulisan hadith maudhu’i. Penyusunan maudhu’i yang diasaskan oleh
ulama hadith tradisional banyak membantu dan memudahkan pengkaji
kontemporarer dalam lapangan hadith maudhu’i. Proses pencarian hadith-hadith
dari sumber asal sekarang ini pula menjadi lebih mudah dan pantas dengan
bantuan teknologi perisian komputer, laman web dan cakera padat.
4- Hasil karya penyusunan maudhu’i adalah bahan utama hadith sepanjang zaman
yang menjamin keaslian sumber agama dan sesuai diambil guna untuk semua
jenis pendekatan dalam penulisan dan kajian. Adapun penulisan hadith maudhu’i
secara umumnya adalah usaha-usaha ijtihad ilmuan Islam dalam memahami teks-
teks hadith dalam konteks semasa.
[1] Tedapat 5 kategori karya hadith yang disusun secara maudhu’i iaitu ; al Jawami’ , al
Musannafat, al Sunan, al Mustadrakat dan al Mustakhrajat. Lihat : Dr Abdul Rahman ‘Itr.
Maalim al Sunnah al Nabawiyyah, Jordan: Darul Manar 1987. h.91-94.
[2] Lihat Dr Akram Dhiya’ al Umariy : Buhuth fi Tarikh al Sunnah al Musyaraffah,
Madinah: Maktabah al ‘Ulum wa Hikam, 1993 h. 300-308.
Pendahuluan.
Usaha untuk memartabatkan hadith nabawi sebagai sumber keilmuan dan ketamadunan
secara menyeluruh menjadi cabaran kepada kesarjanaan ahli hadith masa kini. Sasaran
agenda ini adalah untuk membuat satu lonjakan besar mengeluarkan kongkongan yang
selama ini membataskan kefahaman nas-nas hadith hanya dari perspektif akidah,
perundangan hukum dan akhlak.
Sedangkan jika kita memperhatikan kandungan hadith-hadith Nabi SAW, kita akan
dapati bahwa ianya menghimpunkan asas-asas agama dan persoalan-persoalan
kehidupan. Tiada perkara dalam urusan al din ( cara hidup ) yang tidak mempunyai
panduan, pesanan, tunjuk ajar dan keterangan dari Nabi SAW. Rasulullah SAW telah
meninggalkan kita di atas landasan yang terang benderang. Malamnya umpama siang.
Hanya manusia yang mencari kesengsaraan hidup boleh meninggalkannya.[1]
Menurut Dr Muhammad Lutfi al Sabbagh, realiti al sunnah di masa kini sangat
memerlukan perhatian cendikiawan dan ulama Islam, lantaran berlakunya suatu lompang
besar yang memisahkan antara pedoman nabawi dengan realiti kehidupan umat samada
dalam lapangan keilmuan, pemikiran, peradaban dan kemasyarakatan.[2]
Pengajian hadith maudhu’i adalah salah satu pendekatan yang diguna pakai dalam
mempersembahkan teks-teks hadith dalam konteks semasa. Pendekatan ini bukan
bermakna menyampingkan pendekatan tradisional dalam menghuraikan hadith iaitu
metod hadith tahlili. Sebalik hadith tahlili tetap menjadi asas dan sumber asal sebelum
berlakunya pengolahan secara maudhu’i.
Pengenalan Hadith Maudhu’i.
Hadith Maudhui adalah istilah moden yang telah meluas penggunaannya di kalangan
pengarang dan pengkaji mutakhir ini. Ia telah dianggap sebagai satu cabangan ilmu
hadith baru yang tersendiri.
Definisi Hadith Maudhui yang dikemukan di sini adalah definisi yang diolah dan
diadaptasi dari rujukan berkenaan teori Tafsir Madhu’i. Walaupun rujukan mengenai
Tafsir Maudhui itu sendiri masih dirasai kekurangan bahannya di dalam perpustakaan
Islam tetapi jauh terkehadapan berbanding rujukan dalam hadith maudhui.
Berikut beberapa takrifan Hadith Maudhui;[3]
1- Ilmu yang memperbahaskan sesuatu permasalahan menurut semangat dan ruh
nabawi dengan melihatnya dari perspektif satu atau lebih hadith yang maqbul.
2- Ilmu yang menghimpun riwayat-riwayat hadith yang pelbagai dari sumber utama
hadith yang berkenaan dengan sesuatu tajuk perbincangan samada yang bebetulan
lafaz atau pada maknanya dan mengupas tajuk itu mengikut metod pengajian
hadith.
3- Ilmu yang menghuraikan sesuatu tajuk dengan pencerahan Sunnah Nabawiah
berdasar satu atau lebih sumber hadith.
4- Ilmu yang memperjelaskan tajuk-tajuk pemikiran, kemasyarakatan, perekonomian,
alam semulajadi atau segala lapangan ilmu pengetahuan dan kehidupan dalam
lingkungan hadith-hadith nabi SAW yang berkaitan dengannya bertujuan
memperolehi konsep kefahaman dan jalan penyelesaian menurut manhaj nabawi.
5- Ilmu yang mengkhususkan himpunan dan kupasan hadith-hadith yang bersatu dan
bersekutu pada sesuatu tajuk atau isu.
[1] Muhammad ‘Ali al Sobuniy, al Sunnah al Nabawiyyah: Qism min al Wahy al Ilahiy
al Muanzzal. Mekah: Rabithah al ‘Alam al Islamiy. 1411h h.41.
[2] Dr Muhammad Lutfi al Sabbagh, al Hadith: Mustalahuhu wa balaghatuhu wa
kutubuhu, Beirut: al Maktab al Islamiy, 1990 h.13
[3] Dr. Ramdhan Ishak al Zayyan, al Hadith al Maudhu’i; Dirasah Nazariyyah, Majallah
al Jamiah al Islamiyyah, Jld 10 Bil 2 h. 213. Definisi-definisi ini diolah dari rujukan tafsir
maudh’i seperti ;Dr Abdul Hayy al Farmawi. Al Bidayah fi al Tafsir al Maudhu’i.
Kaherah: Matba’ah al Hadharah al ‘Arabiyyah 1997 h. 52, Dr Mustaffa Muslim,
Mabahith fi al Tafsir al Maudhu’i. Damsyiq: Darul Qalam 1989 h.30 . Dr Abdul Sattar
Fathullah Said, al Madkhal fi al Tafsir al Maudhu’i.Kaherah: Dar al Tiba’ah wa al Nasyr
al Islamiyyah h.20. Dr Abdul Jalil Abdul Rahim: Al Tafsir al Maudhu’i Fi Kaffatai al
Mizan: Amman.1992 h. 24.
Dakwah menurut ajaran Islam
DAKWAH
1. Pendahuluan
Perkataan dakwah berasal daripada perkataan Arab yang selalunya membawa erti,
meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru atau
melaung. Pengertian tersebut dapat dilihat di dalam beberapa ayat al-Quran, diantaranya
yang bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmu-Nya dan
kekuasaan-Nya ialah terdirinya langit dan bumi [dalam keadaan menakjubkan itu] dengan
perintah dan penentuan takdir-Nya; akhirnya apabila Dia menyeru kamu dengan satu
seruan [supaya kamu bangkit hidup semula] dari bumi, kamu dengan serta merta keluar
[dari kubur masing-masing]. [al-Rum: 25]
Manakala dalam ayat Yusuf pula bermaksud: Yusuf berkata, wahai Tuhanku! Aku lebih
suka kepada penjaradaripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya dan
jika Engkau tidak menjauhkan daripada aku tipu daya mereka,
mungkin aku akan cenderung kepada mereka dan aku menjadi dari orang-orang yang
tidak mengamalkan ilmunya. [Yusuf: 33].
Perkataan dakwah yang terdapat di dalam ayat daripada Surah al-Rum diatas, bererti
menyeru dan yang terdapat didalam ayat didalam ayat daripada Surah Yusuf di atas pula
bererti mengajak.
Perkataan dakwah yang berasal daripada bahasa Arab itu, didalam bahasa Malaysia telah
digunakan dengan membawa erti yang tertentu. Kamus Dewan memberi pengertian
kepada perkataan dakwah dengna menyebut bahawa ia mempunyai dua pengertian:
i) Penyebaran agama [lazimnya disebut agama Islam]
ii) [Mengikut bahasa percakapan] mematuhi ajaran agama Islam dengan lebih sempurna.
Dengan itu berdakwah ertinya menjalankan kegiatan menyebarkan agama [Islam] dan
ajaran-ajarannya.
2. Definisi
Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah itu? Berbagai pendapat dan pandangan telah
di definisikan oleh ramai orang. Tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam juga telah
mengemukakan jawapan dan pandangan masing-masing terhadap persoalan tersebut
dimana ini adalah satu perkara yang sangat menarik. Muhammad al-Ghazali, seorang
ulama yang terkenal telah menyebutkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan dakwah
ialah satu kurikulum dan perancangan yang lengkap, yang mana setiap peringkat
mengandungi semua ilmu penegetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan
tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang membawa
pertunjuk dan hidayat bagi mereka.
Dr. Yusof Qardhawi, juga seorang ulama yang termasyhur mengatakan bahawa dakwah
itu bermakna atau memepunyai erti, berusaha membawa orang lain kepada agama Allah,
mengikut petunjuk-Nya, melaksanakan ketetapan Allah dibumi ini, menentukan segala
bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat setia kepada-Nya sahaja, melepaskan diri
daripada segala kongkongan taghut [yang bukan dari Allah] yang terpaksa dipatuhi,
memberi hak kepada orang yang ditetapkan haknya oleh allah, menafikan hak pada orang
yang dinafikan hak nya oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran
serta berjihad pada jalan-Nya.
Manakala Adam Abdullah al-Aluri pula menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan
dakwah itu ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan
pemikiran yang berdasarkan akidah. ia merupakan satu seruan bagi menyelamatkan
manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus kedalamnya.
Daripada pandangan dan pendapat yang dikemukakan oleh berbagai orang dan tokoh
didalam bidangnya seperti diatas itu, dapatlah diambil satu kesimpulan iaitu dakwah ialah
usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan untuk membawa manusia kepada
Allah dan keredaan-Nya.
Pada asalnya perkataan dakwah itu tidak berdiri bersendirian dimana ia diikuti pula oleh
perkataan Islamiah di belakangnya, menjadikan frasa lengkapnya ialah Dakwah Islamiah.
Maka dakwah dalam penggunaan tersebut asalnya ialah Dakwah Islamiah.
Bagaimanapun dalam penggunaan hariannya, sesuai dengan sebutannya yang menjadi
lebih ringkas, orang selalunya menyebut Dakwah sahaja dan meninggalkan perkataan
Islamiah. Namun apa yang dimaksudkan oleh perkataan tersebut tetap juga dalam
pengertian asalnya iaitu dakwah Islamiah. Daripada beberapa pengertian dakwah
sebagaimana yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh diatas tadi, dapatlah disimpulkan
bahawa dakwah itu bukan sahaja laungan dan seruan yang tiada hujung pangkalnya.
Dakwah merupakan satu seruan yang teratur dan rapi yang mempunyai strateginya yang
tersendiri.
Dakwah bukan sahaja semata-mata mengajar ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui
wahyu atau apa yang selalu disebutkan oleh banyak pihak sebagai ilmu agama tetapi ia
lebih daripada itu. Dakwah mengajarkan ilmu-ilmu yang boleh memberi faedah,
manafaat dan kegunaan serta kesempurnaan hidup seseorang manusia atau insan yang
menjadi hamba Allah dan hidup serta bermastautin untuk sementara berpindah ke alam
yang kekal dan abadi iaitu di akhirat.
Dakwah bukan semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah tetapi mestilah
disertakan dengan bentuk dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi manuisa yang ingin
berdakwah ke jalan Allah. Dakwah bukanlah bererti agama itu sendiri tetapi merupakan
usaha untuk membawa manusia kepada Allah dan agamanya. Oleh itu, dakwah ialah satu
usaha yang dirancang dengan baik, teratur dan sisitematik untuk membawa manusia
kepada matlamat kenapa mereka dilahirkan ke dunia ini iaitu bagi mencapai kebahagiaan
di dunia dan di akhirat.
2. Kewajipan Berdakwah
[1]Manusia memerlukan pimpinan dan bimbingan yang dapat membawa mereka ke jalan
kebenaran. Mereka yang memimpin manusia terdiri daripada golongan para nabi dan
rasul yang menjadi pendakwah dan mengajak manusia ke jalan kebenaran.
Tetapi setelah berlalunya zaman para nabi dan rasul masyarakat manusia masih lagi
memerlukan pemimpin. Di sinilah terletaknya tanggungjawab umat Islam, betapa
pentingnya pula lapangan ini untuk membimbing masyarakat umum supaya dapat
diawasi akidah serta amalan perbuatan dan akhlak ummah. Oleh itu dakwah amatlah
diperlukan. Amar makruf dan nahi mungkar adalah sebagai asas dakwah dalam Islam.
Seperti dalam firman Allah dalam surah ali-imran; ayat 104. Didalam surah ini jelas
menunjukkan bahawa dakwah Islamiah dituntut oleh agama. Tuntutan ini ditujukan
kepada muslimin seluruhnya dan dilaksanakan berperingkat-peringkat.
Kaum muslimin seluruhnya ditugaskan memilih dan membentuk kumpulan pendakwah.
Mereka yang dipilih secara langsung hendaklah bertugas menjalankan dakwah. Umat
Islam ialah pendukung amanah Allah untuk meneruskan risalah Islam dengan dakwah,
samada sebagai umat kepada umat yang lain atau selaku orang perseorangan, walau
dimana mereka berada mengikut kemampuan masing-masing.
Dakwah dalam erti kata amar makruf dan nahi mungkar ialah merupakan syarat mutlak
untuk kesempurnaan dan keselamatan hidup masyarakat. Menjadi kewajipan dan
tanggungjawab pada kaum muslimin seluruhnya sebagai khalifah di muka bumi ini untuk
menjalankan dakwah seperti didalam firman Allah dalam surah al’Ashr; ayat 1 – 3.
Kewajipan menjalankan dakwah bukan hanya terletak pada individu umum masyarakat
Islam tetapi kewajipan itu juga diatas bahu pemerintah. Pemerintah wajib menjalankan,
menyusundan mengatur perjalanan dakwah supaya terjamin kejayaannya. Kerajaan
dalam sesebuah negara Islam wajar mengambil berat dalam perkara yang berhubung
dengan dakwah kerana di tangan pemerintahlah terletaknya segala kemudahan yang ada
seperti radio dan televisyen yang memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah.
Mengikut ijmak ulama pula menyampaikan dakwah itu adalah wajib iaitu wajib kifa’i
dan wajib ayni. Wajib kifa’i sekiranya telah ada segolongan umat Islam yang melakukan
tugas dakwah, maka gugurlah kewajipan itu kepada golongan yang lain pula. Manakala
wajib ayni ialah sekiranya seseorang itu mendpati dirinya seorang sahaja yang beragama
Islam. Contohnya, seorang muslim yang tinggal bersama kumpulan orang yang bukan
Islam atau seorang muslim yang tinggal di negara yang bukan Islam. Maka pada waktu
itu kewajipan berdakwah menjadi wajib ayni dan yang demikian hendaklah menunaikan
kewajipan berdakwah mengikut kemampuan ilmu dan tenaganya.
Sabda rasulullah s.a.w yang bremaksud: Sampaikanlah apa yang [kamu terima] daripada
ku walaupun satu ayat. Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan nabi Muhammad s.a.w
disuruh berdakwah. Namun demikian umat Islam bertanggungjawab seperti juga
Rasulullah s.a.w dalam tugas dakwahnya. Ayat-ayat yang menyuruh Rasulullah s.a.w
berdakwah adalah juga meliputi semua orang Islam kerana apa yang dihadapkan oleh
Allah kepada rasul-Nya pada asalnya termasuk semua umatnya melainkan ada perkara
yang dikecualikan. Ternyata dari segi ini umat Muhammad s.a.w tiada pengecualiannya.
Berdasarkan kepada al-Quran dan hadith nabi, dari segi tanggungjawab seorang muslim,
dakwah Islamiah adalah wajib daripada aspek pengertian dakwah makruf dan nahi
mungkar, berdakwah adalah wajib bagi individu muslim seluruhnya.
Gerakan dakwah Islamiah ke jalan Allah ialah suatu tugas suci yang menjadi
tanggungjawab setiap orang Islam. Tujuannya ialah untuk menyebarkan ajaran Islam ke
arah keseluruh dunia supaya cahaya ilahi yang suci ini terus memainkan peranannya
memerangi syirik dan kufur serta segala kemungkaran yang sentiasa menyerang fitrah
manusia. Sehubungan perkara ini, adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk
melaksanakan dakwah Islamiah.
4. Ciri-ciri Pendakwah
[2]Pendakwah atau da’i mestilah memiliki sifat-sifat berikut untuk memastikan
dakwahnya lebih berkesan kepada masyarakat. Antara sifat-sifatnya ialah seperti yang
berikut:
4.1 Memahami maksud al-Quran dan Hadith
Hukum syarak perlu diketahui sekadar yang cukup untuk menjalankan tugas serta rahsia
tasyrik kemudian mengenengahkannya dengan jujur. Dengan itu dapatlah diberi
pengajaran yang betul serta memberi kepuasan hati kepada orang yang bertanya.
Al-Hassan al-Basri berkata, “ Orang yang beramal dengan tidak ada pegetahuan sama
seperti orang yang berjalan tidak diatas jalan yang betul dan orang yang berpengetahuan
dengan tidak ada amal akan lebih banyak merosakkan daripada memperbaiki. Manakala
kata Hukamak pula, “ Sesiapa menuruti sesuatu jalan dengan tidak ada alamat [dalil]
maka dia akan tersesat dan sesiapa berpegang dengan sesuatu pegangan yang tidak ada
asalnya maka dia akan tergelincir.
Firman Allah dalam surah al-Nahl; ayat 16 yang bermaksud: Dan janganlah kamu
berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu. “Ini halal dan ini haram”,
untuk mengada-ngadakan sesuatu yang dusta terhadap Allah s.w.t. tidak akan berjaya
[mereka hanya mendapat] sedikit kesenangan [di dunia] dan mereka pula akan
memperolehi azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Sesungguhnya orang yang membuat
dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.
4.2 Beramal dan berilmu
Perbuatan da’i tidak sekali-kali boleh mendustakan perkataannya. Iaitu perbuatan yang
bertentangan dengan kata-katanya, zahirnya berlainan dengan batinnya. Seseorang
pendakwah itu tidak boleh menyuruh orang lain membuat kebaikan atau meninggalkan
keburukan selagi dia sendiri tidak berbuat demikian dan dia tidak boleh melarang sesuatu
selagi dia sendiri tidak meniggalkannya supaya segala kata-katanya memberi manafaat
dan diikuti oleh orang lain.
Malik bin Dinar berkata sekiranya ada orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya,
maka akan tergelincirlah [menyimpang dan tidak berkesan] wa’az [nasihat agamanya]
daripada setiap hati sebagaimana perangsang supaya berhias dengan kemuliaan padahal
dirinya kosong daripadanya ataupun menyuruh menjauhkan kehinaan tetapi dirinya
bergelumang dengan dosa. Maka kata-kata itu akan menjadi sia-sia sahaja dan hanya
menimbulkan rasa jijik di kalangan orang awam dan juga ejekkan dari golongan intelek
Firman Allah dalam surah al-Shaf; ayat 2 – 3 yang bermaksud : Wahai orang yang
beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan.
Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu sedangkan
kamu tidak melakukannya.
Ayat di atas menyuruh seseorang pendakwah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah
terlebih dahulu sebelum menyuruh orang lain melakukannya kerana jika pendakwah
tersebut mengerjakannya terlebih dahulu maka orang ramai pasti akan mengikutnya.
4.3 Sabar
Sabar menjadi tanda kesempurnaan ilmu pengetahuan. Perkataan dan tutur kata yang
lemah lembut menjadi kunci kepada segala hati. Seseorang itu dapat mengubati penyakit
jiwa dengan keadaan tenang dan tidak cepat menjadi marah.
Hati seseorang pendakwah itu adalah tenang dan tidak mudah dikuasai oleh perasaan
marah, tidak tergesa-gesa dan sentiasa bertindak dengan waras dan wajar serta sentiasa
senyum yang boleh menambat hati seseorang.
4.4 Berani kerana benar
Seseorang pendakwah itu hendaklah berani dan tidak gentar kepada sesiapa melainkan
Allah untuk mengemukakan yang hak [benar] juga tidak terhalang kerana dicaci dan
dicela demi menyampaikan pengajaran agama Allah. Di samping itu tidak pula berdiam
diri apabila melihat kemungkaran. Ketika berhujah untuk menentang lawan, hendaklah
mengemukakan hujah yang bernas, tidak dengan maki hamun atau secara kasar samada
dengan sindiran atau secara langsung.
4.5 Mulia diri dan tidak mengambil harta orang
Bersih diri, tidak tamak dan tidak terpengaruh dengan apa yang ada pada diri orang lain.
Seseorang yang tidak berhajat kepada sesuatu yang dimiliki oleh orang lain akan
dikasihani manusia dan dipandang mulia.
4.6 Sederhana
Pendakwah yang menyintai dunia akan mendorong orang lain supaya menyintai dunia
seperti dirinya. Apabila keadaan ini berlaku, maka dia akan menjadi perosak dunia dan
bukannya orang yang memperbaikinya dan mereka bukanlah orang yang menjadi
penyeru kepada Allah.
Kedudukan seseorang ulama terletak pada sifatnya yang sederhana dan juga kepada dunia
ini. Begitu juga pandangan orang ramai terhadap nasihat dan tunjuk ajar yang telah
diberikannya. Sama ada mereka menolak, mempercayai atau sebaliknya.
4.7 Kuat hujah dan fasih lidah
Pendakwah yang tidak mempunyai hujah yang kuat dan lidah yang fasih kata-katanya
tidaklah dapat memberi kesan yang sepenuhnya. Bahkan akan menyebabkan kecacatan
bagi kerja-kerja tablighnya. Kekuatan hujah dan kefasihan lidah amatlah bersar kesannya
kepada manusia. Petah dan fasih bercakap boleh menawan dan menarik hati orang yang
mendengar.
Nabi Musa a. s pernah berdoa kepada Allah s.w.t sebelum berjumpa dengan Firaun.
Doanya seperti dalam surah Thala; ayat 25-28 yang bermaksud: Berkata Musa: “Ya
Tuhanku, lapangkanlah untuk ku dada ku dan mudahkanlah urusan ku dan lepaskanlah
kekakuan daripada lidah ku, supaya mereka mengerti perkataan ku. ”
4.8 Kuat kepercayaan kepada janji Allah
Dapat membangkitkan hemahnya serta dapat mengambil segala peluang untuk
menjayakan seruannya dengan hati yang penuh yakin bahawa sekiranya seruannya tidak
mendatangkan kesan pada hari itu maka akan mendatangkan kesan pada hari esok. Serta
percaya bahawa batil [palsu] tetap akan hancur, iaitu akan tiba bagi kebenaran untuk
mengatasi kepalsuan.
5. Methodologi dakwah
[3]Methodologi berasal dari perkataan metod yang bererti cara melakukan sesuatu atau
sistem. Ia berasal dari perkataan Inggeris [method] yang bererti sistem, aturan atau
kaedah. Seseorang yang hendak berdakwah mestilah mengetahui teknik berdakwah
kerana tanpanya masyarakat akan menolak dan menerima secara negatif.
Al-Quran merupakan faktor utama sebagai rujukan dakwah dan ia banyak
mengemukakan methodologi dakwah untuk menjadi rujukan. Terdapat beberapa ciri
berdakwah, diantaranya ialah:-
i) Hikmah
Maksud hikmah ialah kebijaksanaan para pendakwah dalam meyakinkan dan
menghilangkan kesangsian terhadap masyarakat tentang ajaran yang disampaikan dengan
memasukkan kata-kata dan contoh yang boleh diterima akal.
ii) Nasihat
memberi nasihat, peringatan dan teguran yang baik.
Teknik yang digunakan ialah bercakap dengan lemah lembut tentang kejahilan yang
terdapat di dalam diri manusia itu serta sentiasa berhubung rapat dengan mereka dalam
memperluaskan ajaran agama Islam.
iii) Berdailog dengan cara yang baik
Berhujah dengan berlandaskan kepada ilmu yang hak [benar] dan pengalaman merupakan
satu cara dakwah yang paling berkesan. Ceramah-ceramah yang berkaitan dengan
dakwah ini boleh dijalankan dalam bentuk ceramah, diskusi, dialog, seminar, forum dan
kelas-kelas bimbingan.
5. Tribulasi dakwah
[4]Sejak zaman Rasulullah s.a.w, Islam berdepan dengan berbagai-bagai ancaman,
halangan, sekatan dan cabaran dalam menyebarkan dakwah. Namun, Islam terus
memancarkan cahayanya ke segenap pelusuk dunia. Kebangkitan Islam wujud di serata
tempat laksana air bah yang sentiasa melepasi benteng, suara azan terus bergema di
pusat-pusat pengajian dan juga jumlah pelajar yang memasuki sekolah agama semakin
meningkat. Badan-badan dakwah bergerak dengan cergas untuk melanjutkan eksistensi
Islam di bumi Allah ini. Namun, dalam fenomena tersebut Islam sentiasa ke depan
dengan pencabar-pencabarnya yang datang dari dua arah iaitu dalaman dan luaran.
Contoh yang dapat kita ambil dari cabaran yang telah berlaku pada zaman Nabi dan
Rasul ialah Rasulullah s.a.w telah berdakwah selama dua puluh tiga tahun iaitu di
Makkah tiga belas tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Baginda menghadapi berbagai
rintangan dalam memperkembangkan agama Islam.
6. Kesimpulan
[5]Kesimpulan yang boleh didapati di dalam kenyataan ini ialah melaksanakan penyiaran
agama Allah kepada semua umat manusia dengan bijaksana amatlah penting. Janganlah
menggunakan kekerasan apalagi mencela secara yang tidak sopan dalam menjalan tugas
tersebut. Dalama menyampaikan ajaran dakwah seseorang itu mestilah menjadikan al-
Quran sebagai petunjuk.
_______________________
[1] Ghazali Darusalam, [1996], Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah,
Selangor, Nur Niaga Sdn. Bhd., hal. 19 - 22
[2] Ghazali Darusalam, [1996], Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah,
Selangor, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., hal. 42 - 46
[3] Ghazali Darusalam, (1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah,
Selangor, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hal. 28
[4] Ghazli Darusalam , [1996], Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah,
Selangor, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., hal. 128
[5] Ghazali Darusalam, [1996], Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah,
Pengertian Dakwah
Dakwah ialah gerakan yang dilancarkan untuk mengajak dan menyeru orang ramai
kepada agama. Ianya adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia untuk
mengenali Islam, menerima dan menghayatinya. Perkataan dakwah berasal dari bahasa
Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antara pengertian dakwah iaitu meninta
tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.
Mengikut pengistilahan ahli dakwah, perkataan tersebut atau yang asalnya dakwah
Islamiyyah mempunyai makna yang tersendiri. Muhammad al-Ghazali menjelaskan
maksud dakwah sebagai satu program yang lengkap yang mana kesemua peringkatnya
mengandungi kesemua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi
menjelaskan tujuan dan matlamat hidup bagi menyingkap jalan yang menjadi petunjuk
kepada mereka.
Dr. Yusuf al-Qardhawi pula memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang
lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama dalam melaksanakan segala
ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri,
permohonan dan taat kepada allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang
bukan dari Allah, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran dan berjihad
pada jalanNya. Manakala Dr. Rauf Shalabi menerangkanbahawa dakwah Islamiyyah itu
ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada
keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan
sempit kepada keadaan lapang sama ada di dunia dan di akhirat.
Daripada pengertian dakwah yang telah dijelaskan oleh beberapa tokoh di atas, satu
kesimpulan dapat dibuat iaitu "dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang atau
kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan
Allah". Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah yang
dimaksudkan itu. Antara ayat-ayat tersebut adalah sebagaimana firman Allah yang
bermaksud : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmudengan himah dan nasihat yang
baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu
Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk". (Surah an-
Nahl:125).
Ayat tersebut membawa pengertian tentang dakwah iaitu usaha membawa manusia
kepada agama Allah. Daripada pengenalan tentang dakwah ini dapat difahami bahawa
dakwah itu bukan semata-mata laungan yang tidak menentu, tetapi ia merupakan satu
seruan yang terancang. Dakwah bukan semata-mata mengajar ilmu yang diturunkan atau
selalu disebut ilmu agama, tetapi juga mengandungi ilmu-ilmu yang boleh memberi
faedah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Dakwah bukanlah semata-mata mengajak
manusia kepada agama Allah tetapi ia mestilah disertakan dengan uslub (tatacara) yang
baik bagi mempengaruhi orang yang diajak itu. Tegasya dakwah itu ialah usaha-usaha
yang dirancang dengan baik bertujuan untuk membawa manusia supaya mengetahui
tujuan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hukum dan Dalil-dalil Kewajipan Berdakwah
Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah.
Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia
seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat,
tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai
kewajipan berdakwah antaranya ialah :
1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu
dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara
yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk" (surah al-Nahl : 125)
2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat
tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau
dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu
mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).
3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata :
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)
4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab
kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara
golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah,
sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan
sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya
kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)
5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat
bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk
pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."
Berdasarkan hadith dan ayat-ayat di atas, agama Islam adalah merupakan nasihat yang
disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang
dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat besar. Ia
ada hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia. Kalaulah matlamat
dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka
dakwah merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran.
Atas alasan ini dakwah Islamiyyah merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam.
Kewajipan berdakwah adalah menurut keupayaan dan kemampuan individu dan gerakan
dakwah menjadi tanggungjawab semua serta mestilah mendapat kerjasama semua pihak
dan tidak ada yang berlepas tangan. Selain itu dakwah mestilah diusahakan secara
berterusan, kalau tidak kemurkaan Allah akan menimpa kita semua.
Dengan itu kwajipan berdakwah bukan setakat fardhu ain atau fardhu kifayah, malah
lebih daripada itu. As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tidak ada halangan
untuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu
kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan
mengemukakan kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang
menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil tentang Islam ada
di mana-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu kifayah kerana keperluan
menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih
dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah.
Muhammad Abu Zahrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat
kesimpulan bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan
kepada para sahabat dan tabi'in yang masing-masing mengambil bahagian dengan
sepenuhnya terhadap usaha dakwah, maka dapat difahamkan bahawa dakwah itu fardhu
ain. Di samping itu, ia menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiyyah. Dengan itu,
hukum dakwah ke atas setiap orang adalah kedua-duanya sekali. Muhammad Abduh
membahagikan dakwah kepada bahagian, iaitu dakwah kepada seluruh manusia dan
dakwah kepada orang Islam. Dakwah bahagian dua ini terbahagi pula kepada bentuk
umum dan bentuk khusus. Dakwah bentuk khusus adalah dengan cara nasihat menasihati
antara satu sama lain, sama-sama menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira si alim
atau si jahil.
Manakala Abu Karim Zaidan menjelaskan bahawa kewajipan berdakwah ke atas
seseorang itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan yang mesti dilakukan
oleh setiap orang Islam berdasarkan dia itu orang Islam. Kedua, peringkat berjamaah
berdasarkan dia itu menjadi anggota kepada jamaah. Berdasarkan kepada keterangan-
keterangan yang telah dijelaskan, dapat dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab
dakwah adalah terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah
juga fardhu kifayah ke atas seluruh orang Islam mengikut kemampuan masing-masing.
Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha yang disusun dengan baik
untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah
dan RasulNya.
Matlamat Dakwah
Mengenal pasti matlamat dakwah merupakan persoalan yang penting. tanpa mengetahui
matlamat dakwah dengan jelas, setiap dakwah itu tidak akan dapat berjalan dengan baik
dan akan merugikan. Setiap orang Islam khususnya pendakwah mesti mengetahui sejelas-
jelasnya ke manakah matlamat dakwah yang hendak dituju dan peringkat-peringkatnya.
Untuk mengetahui matlamat dakwah, persoalan pertama yang harus dipecahkan ialah
untuk apa manusia dicipta di muka bumi ini?
Dakwah bukan hanya sekadar mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juzi
seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada Sunnah Rasulullah. Tetapi dakwah
Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah dan
memperjuangkannya sebagai ad-Din yang syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah
dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup
di bawah sitem Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk
sampai kepada objektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Alah,
para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-Dakwah dengan cara yang
betul dan bersugguh-sungguh. InsyaAlah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan
kemenangan serta keredhaan Allah s.w.t
Asas-asas dan Rukun Dakwah
Asas dakwah dikenali sebagai prinsip yang dijadkan sebagai suatu ilmu baru yang
mempunyai identitinya sendiri dan dapat memanfaatkan di zaman moden ini. Dr. Ahmad
Ghalwash mengatakan bahawa dakwah mempunyai tiga asas utama iaitu Aqidah, syariah
dan Akhlak. Aqidah ialah inti atau hakikat sebenar kepada dakwah kerana aqidah
merupakan satu-satunya yang dapat menghubungkan seseorang hamba dengan tuhannya.
Tidak ada hubungan lain yang dapat menghubungkan hamba dan tuhanNYa. Seseorang
pendakwah adalah dituntut supaya kehidupan dan akhlaknya mencerminkan aqidahnya.
Dengan kata lain ia hendaklah melaksanakan segala tuntutan aqidah kerananya ianya
adalah dianggap sebagai asas kedua yang mesti ada demi untuk kejayaan dakwah dan
kejayaan pendakwah.
Syariah bererti jalan yang digariskan untuk dijalani di atasnya dan apa yang dimaksudkan
dengannya ialah kewajipan yang zahir yang dilaksanakan anggota-anggota. Syariah
merupakan manhaj yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umat manusia.
Syariat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t ialah yang mengatur sistem hidup manusia,
syariat yang melengkapi seluruh urusan hidup manusia, yang melengkapi sistem
pemerintahan, ekonomi dan sebagainya. Asas yang terakhir ialah akhlak. Dalam
menyampaikan dakwah dan untuk menarik perhatian orang terhadap Islam ialah memberi
contoh yang baik melalui perbuatanterpuji, sifat dan akhlaknya yang mulia yang
menjadikan suri teladan bagi agama lain. Agama Islam tersebar di sebahagian daerah ini
kerana akhlak yang baik dari kaum muslimin yang memberikan kesan kepada orang yang
bukan Islam dan dapat menarik mereka memeluk Islam.
Manakala rukun dakwah pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai', al-Mad'uu al-
dakwah, al-maudhu' al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah orang
yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau berbentuk
kumpulan. Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah melaksanakan
kewajian berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat mereka yang telah
digariskan sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan yang mendalam, niat
yang khlas, baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban. Contohnya seorang
endakwah mestilah mempunyai keilmuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah di
samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu lain yang boleh membantu
terhadap penyebarab dakwah yang efektif. Mereka juga mesti mempunyai niat yang
ikhlas, berakhlak mulia dan mempunyai daya semangat juag yang tinggi sebagaimana
yang telah ditunujukkan oleh para nabi dan rasul khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-
Mad'uu iaitu sasaran atau penerima dakwah. Penerima dakwah pula terbahagi kepada
sasaran yang bukan Islam dan yang Islam itu sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya
kepada yang bukan Islam sahaja atau yang Islam sahaja tetapi kedua-duanya sekali
kerana matlamat berdakwah adalah untuk menyampaikan kebnaran dan mnegajak
manusia ke arah melakukan kebaikan dan menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu'
ialah apa yang didakwahkan kepada sasaran dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai
objek atau topik dakwah. Maudhu' yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah
contohnya aqidah, syariah dan akhlak atau seumpamanya yag dapat mendekatkan diri
penerima dakwah kepada Allah.
Uslub al-dakwah merupakan teknik atau cara erdakwah. Ia merupakan cara, kaedah atau
lebih dikenali metod dalam penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi perkara-
perkara seperti melakukan secara berperinglat-peringkat, dengana penuh hikmah dan baik
serta pelbagai cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah Nabawiyah yang harus
dijadikan pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang boleh dijadikan asas
melaksanakan dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh Rasulalah s.a.w
khususnya dakwah secara sulit ataupun secara terang- terangan. Manakala wasilah
dakwah pula merupakan alat atau media yang digunakan dalam menjalankan proses
penyampaian dakwah. Wasilah yang dimaksudkan termasuklah dengan media cetak atau
melalui media elektronik seperti television, radio, internet dan sebagainya.
Metodologi Dakwah
Apa yan dimaksudkan dengan metod dakwah ? Metod bererti cara melakukan sesuatu
sistem. Ia berasal dari perkataan Inggeris 'Method' yang bererti sistem,aturan atau kaedah.
Pemakaian metod dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris sama ertinya. Manakala
dalam Bahasa Arab diambil dari perkataan 'Manhaj' yang juga bererti jalan atau cara.
Metod dakwah ialah perkara-perkara yang berhubung dengan cara penyampaian Islam
dan menghilangkan halangan-halangan penyampaian. Daripada pengertian di atas dapat
disimpulkan bahawa merodologi dakwah itu bermaksud kajian mengenai cara atau
kaedah penyampaian Islam kepada sasaran. Dakwah hendaklah mengikuti kaedah kerana
kalau tidak ia mungkin tidak membawa apa-apa kesan.
Asas Metod Dakwah
Metod dakwah ialah cara atau pendekatan dakwah untuk membolehkan sasaran
menerima sesuatu dakwah dengan kefahaman yang jelas dan kesedaran yang penuh,
tanpa rasa paksaan, tekanan dan tertipu. Dengan itu, asa metod dakwah adalah seperti
berikut :
a) Meneliti sasaran dakwah
Rasulallah s.a.w berdakwah kepada semua golongan dan peringkat masyarakat. Baginda
berdakwah kepada orang bawahan sampai ke tahap hamba, begitu juga baginda
berdakwah kepada golongan atasan sampai ke tahap pemimpn negara. Rasulalah juga
berdakwah kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang pernah menerima
Kitab daripada Allah s.w.t. Dengan demikian juga baginda menjalankan dakwah kepada
golongan peyembahan-penyembahberhala dan musyrik. Untuk menarik perhatian
pelbagai kelompok dan golongan supaya mereka mengenali Islam, Rasulallah
menggunakan pelbagai pendekatan bersesuaian dengan keadaan sasaran. Hal ini penting
kerana kelompok mempunyai masalah dan keperluannya yang tersendri.
b) Berhujah secara Rasional dan Ilmiah ( Penjelasan yang nyata dan jelas)
Segala pengajaran atau mesej yang hendak disampaikan kepada sasaran hendaklah dalam
bentuk yang jelas, sehinggan tidak membewa kepada kekaburan dan silap faham. Dalam
hal ini Allah menerangkan dengan FirmanNya yang bermaksud :" Dan taatlah kepada
Allah dan RasulNya dan berhati-hatilah, jika kamu berpaling maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan agama Allah dengan
terang".
Begitu juga firman Allah dalam ayat lain yang bermaksud : " Maka tidak ada kewajipan
ke atas Rasul-rasul selain dari menyampaikan agama Allah dengan terang". Kedua-dua
ayat tersebut menerangkan tugas Rasulallah s.a.w iaitu menyampaikan agama ini dengan
jelas dan nyata. Dalam satu hadis Aishah r.a. berkata maksudnya Percakaan Rasulallah
s.a.w adalah suatu percakapan yang jelas yang boleh di faham oleh sesiapa sahaja yang
mendengarnya". Keterangan-keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa penerangan
yang jelas merupakan asas kepada penyampaian Islam kepada sasaran.
Rasulallah menyampaikan Islam dan menegakan kebenaran Islam berdasarkan ilmu dan
rasional, bukannya dengan perasaaan dan emosi. Kenyataan ini dapat dilhat dalam
banyak perkara antaranya Rasulallah berdialog dengan kafir Quraisy untuk menunjukkan
kebenaran al_quran. Dalam dialog, Rasulalah s.a.w menerangkan bahawa al-Quran
adalah wahyu daripada Allah s.w.t. Baginda mengemukakan alasan-alasan yang jelas
tentang dakwaan itu. Apabila mereka tidak mahu menerima alasan itu, Rasulallah
meminta mereka supaya mereka ciptakan stu karya yang setanding dengan al-Quran dan
ternyata cabaran ini tidak dapat dilaksanakan.
Demikian juga dialog dengan golongan Kristian di mana Baginda mendedahkan kepada
mereka tentang penyelewengan yang berlaku dalam kitab pengumpulan dan penulisan
mereka. Rasulalah mengemukakan Islam dan mempertahankan Islam menggunakan
alasan-alasan yang mudah difahami dan pendekatan yang mudah diterima. Kesemua
hujah tersebut berasaskan keilmuan, pemikiran dan perkara yang menyentuh persoalan
yang sedang berlaku dalam masyarakat.
c) Menggunakan bahasa yang baik dan cara yang menarik
Rasulullah dibekal oleh Allah kemampuan menggunakan bahasa yang betul dan indah.
Ini amat penting dalam menghadapi mesyarakat Arab yang ketika itu sedang memuja
keindahan bahasa, dan ternyata bahasa al-Quran yang dturunkan kepada Rasulallah
sebagai asas untuk dakwah, lebih tinggi danlebih indah daripada apa yang pernah mereka
dengar dalam penggunaan maysarakatnya. Apabila dirasakan bahasa al-Quran itu amat
indah dan mereka terpesona dengannya justeru mereka menuduh Rasulallah sebagai ahli
shir atau orang yang dipengaruhi jin. Kerana mereka merasa lemah dalam menghadapi
ayat-ayat al-Quran yang dibaca oleh baginda. Baginda tidak menggunakan kata-kata yang
kesat, bahasa yang rendah, menyumpah dan memaki hamun, malah Rasulallah amat
menjaga lidahnya walauun dalam keadaan genting pun Baginda masih dapat bertenang
menghadapi suasana tersebut.
d) Berdakwah dengan perkataan dan tulisan
Rasulallah menjalankan dakwah bukan anya sekadar berucap dan bercakap tetapi lebih
daripada itu. Baginda menyampaikan melalui tulisan yang ditulis oleh sahabat-
sahabatnya. Banyak surat-surat Rasulallah yang dihantar kepada pemimpin-
pemimpin negara lain menyeru mereka kepada Islam. Sungguhpun Rasulallah tidak tahu
menulis. Tetapi kerana kepentingan media tulis ini dalam perhubungan manusia maka
dilatihnya para sahabat untuk menjalankan tugas itu. Apabila a-Quran diturunkan
kepadanya maka baginda meminta supaya direkodkan agar mudah dibuat rujukan apabila
perlu. Kebanyakan pengajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulallah kepada pengikut-
pengikutnya ditulis sejak awal. Selain dihafal, pemindahan maklumat dan pengajaran
Islam kepada generasi yang kemudian lebih banyak melalui penulisan.
e) Berdakwah dengan amalan dan perlaksanaan\
Idea Islam yang disampaikan kepada Rasulallah bukan sebagai untuk latihan mental,
tetapi pengajaran yang perlu diamalkan dan dihayati dalam kehidupan seharian.
Kehidupan Rasulallah s.a.w seluruhnya mencerminkan idea Islam itu sama ada dalam
kehidupan individu, keluarga, berjiran dan bermasyarakat. Saidatina Aisyah menjelaskan
bahawa akhlak Rasulallah ialah al-Quran. Hal ini menjelaskan kesempurnaan peribadi
Rasualallah yang telah ditegaskan oleh al-Quran sebagai model. Rasulallah diberi
kefahaman bahawa tidak ada pemisahan antara ilmu dengan amal. Amal merupakan buah
ilmu, hasil dari amalan melahirkan kebahagiaan jiwa dan ketenangan dalam masyarakat.
Lantaran itu Rasulallah dapat mengubah masyarakat Arab yang fasik dalam masa yang
singkat sahaja dengan menanamkan idea dan nilai-nilai murni serta pelaksanaanya yang
sungguh-sungguh dalam kehidupan masyarakat dalam semua bidang keperluannya.
f) Berdakwah secara berkelompok dan berorganisasi
Menjalankan dakwah memerlukan tenaga yang benar untuk keberkesanannya. Sebab
itulah kita dapati Rasuallah sejak awal-awal lagi telah mewujudkan kelompok untuk
menjalankan kegiatan itu. Golongan yang dibina oleh Rasulallah diikat dengan kesatuan
aqidah, kesatuan kefahaman perjuangan dan kesatuan matlamat yang dikenali dengan
"sahabat". Untuk tujuan ini seluruh saluran yang bermanfaat dan tidak bercanggah
dengan syarak digunakan. Mereka dilatih dengan kefahaman ilmu Islam, langkah-
langkah dan strategi perjuagan, disiplin organasasi serta ikatan kepada pemimpin dan
anggota-anggota organisasi. Memandangkan kepada kepentingan bergerak secara
berjemaah ini, apabila Rasulallah sampai di Madinah, baginda telah mempersatukan
kelompok Muhajirin Mekah dengan kelompok Ansar Madinah dalam satu kesatuan
Ukhwah.
g) Berperingkat-peringkat
Dakwah membawa pengajaran atau menyampaikan pengajaran kepada
pengikutnyadengan cara berperingkat-peringkat bukan sekaligus. Tujuannya supaya tidak
memberatkan orang yang menerima dakwah tersebut. Contoh yang boleh dikemukakan
adalah seperti kewajipan-kewajipan yang dikemukakan ke atas orang Islam yang mana
tidak dibawa dalam bentuk sekaligus kerana segala kewajipan tersebut diturunkan oleh
Allah satu persatu sebagaimana pengharaman arak misalnya, ia tidak secara terus, malah
secara peringkat demi peringkat. Dengan demikian, peringkat-peringkat merupakan salah
satu cara Islam memberi pengajaran kepada pengikutnya.
h) Mudah
Agama Islam disampaikan kepada sasaran dengan cara yang mudah, kerana Islam itu
sendiri mudah iaitu selaras dengan tabiat semulajadi manusia. Melalui agama ini Allah
ingin memudahkan manusia, terutamanya dalam kelonggaran hukum atas sebab-sebab
yang munasabah. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: " Allah menghendaki
kemudahan agi kamu, dan tidak menhendaki kesukaran bagi kamu.. " Nabi s.a.w
berpesan kepada para sahabatnya supaya melayan orang-orang yang baru memeluk Islam
dengan baik seperti sabdanya yang bermaksud : "Hendaklah engkau mempermudahkan
dan jangan memayahkan.." daripada ayat dan hadith di atas dapat difahamkan bahawa
hukum Islam tidak beku daam satu keadaan sahaja. Ia ada kelonggaran dan kemudahan
mengikut keadaan sasaran.
i) Menerangkan sebab di sebalik sesuatu suruahan dan larangan
Suruhan dan larangan yang terdapat dalam Islam selalunya diselitkan dengan sebab-sebab
mengapa dikenakan demikian. Contohnya seperti sembahyang, yang suruhannya ada
tujuan tertentu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan dirikanlah sembahyang,
sesungguhnya sembahyang itu mencegah kekejian dan kemungkaran.." Demikian juga
seperti judi, yang larangannya ada sebab tertentu. Firman Alah s.w.t yang bermaksud "
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu lantaran arak dan judi menhalang kamu dari mengingati Allah dan
sembahyang, maka berhentilah kamu daripada mengerjakannya". Ayat pertama di atas
menunjukkan faedah yang didapati di sebalik sembahyang manakala ayat yang kedua
menjelaskan akibat-akibat buruk disebalik melakukan tegahan arak dan judi.
j) Menggunakan kekasaran apabila perlu dalam berdakwah
Dalam pengalaman dakwah tidak selamanya manusia dapat menerima dakwah dengan
seruan aman, kerana dalam dakwah terdapat hal-hal yang menyentuh kepentingan
golongan tertentu yang mereka akan menggugat, menghalang dan menyekat
kemaraannya. Islam mengaruskan penggunaan kekerasan untuk meneruskan pergerakkan
dakwah Islam, tetapi kita harus bijak dalam mengukur kekuatan kita dnegan kekuatan
musuh supaya tidak terjebak delam bahaya sebelum kita bersedia menghadapinya.
Menggunakan kekerasan dalam menjalankan dakwah bukannya menceroboh, tetapi untuk
menyampaikan kebenaran kepada manusia yang berhak mendengarnya dan
menerimanya.