BAB ENAM moral kbu

35
BAB ENAM ISU-ISU MORAL

Transcript of BAB ENAM moral kbu

Page 1: BAB ENAM moral kbu

BAB ENAM

ISU-ISU MORAL

Page 2: BAB ENAM moral kbu

ISU-ISU MORALALAM SEKITAR

KEHIDUPANEUTHANASIA

HUKUMAN MATI

PENGGUGURAN

DISKRIMINASI

ETIKA PERNIAGAAN

SEKSUALITIBERSEKEDUDUKAN

HUBUNGAN SEJENIS

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Page 3: BAB ENAM moral kbu

ALAM SEKITARAntroposentrisme.

mementingkan kehidupan manusia berbanding hidupan lainPerbuatan dianggap bermoral jika membunuh binatang dan mengeksploitasi tumbuhan mendatangkan kebaikan untuk manusia.

Ekosentrisme.semua bentuk kehidupan mempunyai nilai intristik, iaitu tidak membezakan kehidupan manusia dengan kehidupan lain – sama-sama mempunyai hak.

Page 4: BAB ENAM moral kbu

EUTHANASIA

Tindakan menamatkan riwayat seseorang pesakit atas permintaan pesakit itu sendiri atau permintaan keluarga pesakit dengan tujuan mengurangkan kesakitan dan kesengsaraan pesakit itu.

Terbahagi kepada dua iaitu;Euthanasia sukarela

Euthanasia bukan sekarela

Page 5: BAB ENAM moral kbu

PANDANGAN DARI AGAMAAda beberapa negara yang meluluskan undang-undang membenarkan euthanasia tetapi mengikut syarat-syarat yang tertentu

Agama Islam mengharamkan euthanasia dan dianggap sebagai membunuh orang serta dikira sebagai dosa besar. Membunuh diri pula dianggap syirik.

Agama Kristian- melarang penganutnya membunuh orang lain dgn apa cara sekalipun.

Page 6: BAB ENAM moral kbu

Samb…

Agama Buddha – melarang membunuh manusia, binatang dan tumbuhan dan meminta penganutnya memelihara dan menjaga nyawa sehingga capai nirwana.

Agama Sikh menganggap perbuatan euthanasia sebagai suatu perbuatan kejam.

Agama Hindu juga menentang euthanasia – tuhan sahaja boleh mengambil nyawa

Page 7: BAB ENAM moral kbu

DARI SUDUT TEORI MORAL

Teleologi – kemoralan sesuatu tindakan melihat kepada kesan atau akibat daripada tindakan itu.

Utilitarian – tindakan yang membawa kebaikan kepada orang ramai dianggap bermoral.

Egoisme – tindakan doktor mementingkan dirinya dianggap bermoral.

Deontologi – euthanasia dianggap salah kerana memang secara semulajadinya adalah salah.

Page 8: BAB ENAM moral kbu

HUKUMAN MATI

Suatu hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh samada secara pancung, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

Page 9: BAB ENAM moral kbu

PIHAK YANG MENENTANG

Hukuman mati tidak berperikemanusiaan, kejam, zalim dan tidak bertamadun serta menjatuhkan martabat manusia.

Ketidakadilan dan kesilapan mungkin berlaku dalam pengadilan dan penjatuhan hukuman.

Mengganggu proses perundangan sesebuah negara kerana memakan masa perbicaraan yang lama.

Tidak dapat mencegah jenayah berbanding hukuman penjara untuk jangka masa panjang.

Page 10: BAB ENAM moral kbu

PIHAK YANG MENYOKONG

–Adil bagi mereka yang melakukan kesalahan besar seperti membunuh. Pesalah merbahaya tidak semestinya dibiarkan hidup kerana dia akan mengulangi perbuatannya atau mempengaruhi orang lain.–Dapat mengurangkan kos yang tinggi untuk memelihara banduan di dalam penjara untuk tempoh masa yang lama.–Sebagai satu cara pencegahan - Amaran untuk orang ramai.

Page 11: BAB ENAM moral kbu

Pandangan mengenai hukuman mati

Di Malaysia, hukuman mati dijalankan contohnya di bawah Akta Senjata Api, Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan membunuh orang.

Dari sudut agama Islam, hukuman mati termasuk dalam jenayah hudud dan qisas iaitu hukuman mati bagi jenayah zina dan bunuh. Tujuan hukuman mati ialah sebagai pembalasan, pencegahan dan pemulihan.

Page 12: BAB ENAM moral kbu

PENGGUGURAN.

Pengguguran ialah menamatkan kehamilan sebelum kelahiran seorang bayi.

Menurut kamus dewan, lahir sebelum cukup bulan ( sebelum cukup atau sampai masanya).

Pengguguran mungkin berlaku atas sebab semulajadi atau disengajakan.

Page 13: BAB ENAM moral kbu

ANTI PENGGUGURANUndang-undang yang mengharamkan pengguguran janin wajar diwujudkan. Janin punyai hak untuk hidup

Pengguguran adalah perbuatan tidak bermoral

Wanita yang dirogol perlu diberi bimbingan dan sokongan dan tiada hak baginya untuk menggugurkan kandungannya itu.

Menghalalkan pengguguran akan menyebabkan seks secara bebas berleluasa.

Pengguguran akan melahirkan gangguan psikologi iaitu rasa bersalah kepada wanita yang terlibat.

Page 14: BAB ENAM moral kbu

PRO PENGGUGURAN

Pengguguran secara haram masih berlaku walaupun ada undang-undang yang mengharamkannya.Wanita yang enggan atau belum bersedia untuk hamil atau hamil bukan kehendak sendiri menganggapnya sebagai pilihan bermoral dalam keadaan tertentu.Memaksa wanita untuk melahirkan anak hasil daripada perbuatan rogol adalah satu penderaan dan paksaan.Bayi yang dilahirkan secara terpaksa mungkin akan menimbulkan penderaan kepada bayi berkenaan.Gangguan psikologi tidak mungkin timbul jika pengguguran dilakukan secara sukarela.

Page 15: BAB ENAM moral kbu

PANDANGAN AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

Di Malaysia – Pengguguran adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun kecuali pengguguran yang dilakukan atas nasihat doktor.Dari sudut Islam, tindakan itu dianggap salah dan haram setelah janin bernyawa kecuali atas nasihat doktor. Hukumnya bergantung kepada peringkat pembesaran janin Agama Kristian juga melarang pengguguran kerana janin punyai hak untuk hidup. Pengguguran dianggap sebagai pembunuhan

Page 16: BAB ENAM moral kbu

DARI SUDUT TEORI MORAL

Utilitarianisme – Tindakan dianggap bermoral jika membawa kebaikan kepada orang ramai.

Egoisme – Tindakan dianggap bermoral jika membawa kebaikan pada individu (ibu).

Page 17: BAB ENAM moral kbu

DISKRIMINASI.

Satu layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan disebabkan perbezaan ras, jantina, kebudayaan, warna kulit, agama, kelas sosial atau taraf hidup.

Page 18: BAB ENAM moral kbu

BENTUK-BENTUK DISKRIMINASI

Diskriminasi dengan sengaja.

Diskriminasi layanan tidak sama.

Diskriminasi kesan tidak sama.

Diskriminasi masa lalu

Tindak balas terhadap orang yang menentang diskriminasi.

Page 19: BAB ENAM moral kbu

JENIS DISKRIMINASI

Diskriminasi JantinaIaitu layanan berbeza terhadap individu atau kumpulan atas dasar jantina.

Diskriminasi RasIaitu perbezaan layanan berdasarkan perbezaan ras atau kaum.

Diskriminasi umur, politik, agama dan sosioekonomi.

Iaitu layanan yang berbeza yang diberikan kepada individu atau kumpulan atas dasar umur, fahaman politik dan agama.

Page 20: BAB ENAM moral kbu

ETIKA PERNIAGAAN

Pertimbangan moral yang berlandaskan peraturan dan prinsip tertentu yang menentukan samada tindakan atau perlakuan dalam perniagaan itu betul atau salah.

Page 21: BAB ENAM moral kbu

Kepentingan Etika PerniagaanBiasanya, peniaga akan sentiasa berikhtiar untuk meningkatkan perniagaan dan mengaut keuntungan yang lebih hingga terlupa kepada tanggungjawab mereka kepada masyarakat, mengelak daripada membayar cukai, menjalankan perniagaan secara haram dan seumpamanya. Beberapa undang-undang dan akta telah diperkenalkan oleh kerajaan seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Keterangan 1950, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Sewa beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972 dll.Kod etika juga diperkenalkan supaya menjadi panduan kepada peniaga untuk memiliki nilai dan etika perniagaan yang baik.

Page 22: BAB ENAM moral kbu

Etika Dalam Amalan Perniagaan

Mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan mana-mana pihak (pembekal atau pemodal)

Peniaga juga mempunyai tanggungjawab moral terhadap pekerjanya seperti menjaga kebajikan, tiada diskriminasi dan lain-lain.

Tanggungjawab peniaga kepada pembeli atau pengguna perlu dititikberatkan seperti memberi perkhidmatan yang memuaskan, harga barang atau perkhidmatan yang berpatutan dan lain-lain.

Tanggungjawab peniaga kepada masyarakat - derma dan sumbangan.

Tanggungjawab peniaga kepada kerajaan – cukai.

Page 23: BAB ENAM moral kbu

DARI SUDUT TEORI MORAL

Egoisme : bertanggungjawab melakukan sesuatu yang terbaik untuk kepentingan dan kebaikan syarikat asalkan usahanya itu membawa kebaikan dan kepentingan dirinya.

Utilitarianisme : Tindakan dikatakan bermoral jika tindakan itu memaksimumkan kebaikan untuk orang ramai dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Page 24: BAB ENAM moral kbu

BERSEKEDUDUKAN

Pasangan berlainan jantina tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan secara sah. Pasangan ini tinggal bersama seperti suami isteri dan sesetengah mereka mempunyai anak di luar nikah.

Page 25: BAB ENAM moral kbu

Alasan mereka yang bersekedudukan di Barat

Mereka dapat mengenali secara lebih mendalam pasangan masing-masing sebelum berkahwin.

Pasangan ingin menjimatkan wang kerana kos perkahwinan tinggi.

Tidak mahu terikat dengan ikatan perkahwinan.

Page 26: BAB ENAM moral kbu

Scot: Empat Jenis Bersekedudukan

Linus blanket – Kerana kurang keyakinan diri dan merasa kurang selamat tinggal bersendirian

Emancipation – Berlaku di kalangan gadis yang ingin bebas dari kongkongan ibu bapa dan larangan agama.

Convenience – Untuk mendapatkan kemudahan asas sahaja.

Testing – Anggap bersekedudukan sebagai perkahwinan percubaan.

Page 27: BAB ENAM moral kbu

DARI SUDUT TEORI MORAL

Egoisme – Tindakan dianggap bermoral jika bersekedudukan membawa kebaikan kepada dirinya.

Utilitarianisme – tindakan dianggap bermoral jika ia merupakan pilihan terbaik dan menguntungkan semua pihak yang terlibat.

Eksistensialisme – dianggap bermoral jika tindakan itu merupakan pilihan terbaik oleh seseorang itu. Individu bebas membuat pilihan.

Page 28: BAB ENAM moral kbu

PANDANGAN AGAMA

Kebanyakan agama melarang pengikutnya bersekududukan sebaliknya menggalakkan perkahwinan dan berkeluarga terutamanya Islam. Perbuatan itu dianggap keji, tidak bermoral dan berdosa besar (zina).

Di Malaysia, bersekedudukan adalah salah di sisi undang-undang sivil mahupun syariah.

Page 29: BAB ENAM moral kbu

KESAN BERSEKEDUDUKAN

Pembuangan bayi akibat penzinaan Anak tidak mempunyai bapa yang sah. Kemungkinan perempuan terpaksa

menanggung sendiri anak-anaknya setelah berpisah dengan pasangannya.

Kehidupan anak-anak tidak terurus. Kesukaran peninggalan harta kepada

pasangan.

Page 30: BAB ENAM moral kbu

HUBUNGAN SEJENIS

Dikenali sebagai homoseksualiti iaitu keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan golongan sejenis iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Page 31: BAB ENAM moral kbu

PANDANGAN AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

Dari sudut agama, semua agama menentangnya. Agama Islam menganggap ianya perbuatan terkutuk dan haram. Bersetubuh sesama lelaki dikenali sebagai liwath manakala sesama wanita dikenali sebagai sihaaq atau musaaqh.

Dari sudut undang-undang pula ada negara yang membenarkannya seperti di United Kingdom dan ada yang menganggapnya sebagai satu kesalahan seperti di Malaysia.

Page 32: BAB ENAM moral kbu

DARI SUDUT TEORI MORAL

Naturalisme – walupun manusia digalakkan membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi sesama manusia, hubungan sejenis patut dijauhi kerana ia sesuatu yang luar biasa.

Intuisionisme – individu menentukan sesuatu perbuatan sebagai baik atau buruk mengikut nalurinya sendiri.

Eksistensialisme – Individu bebas memilih yang mana baik atau buruk untuk dirinya.

Page 33: BAB ENAM moral kbu

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tujuan penggunaan komputer adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam zaman yang semakin banyak maklumat yang perlu dikendalikan dalam setiap industri.

Page 34: BAB ENAM moral kbu

Isu Berkaitan Komputer

Keselamatan – Fail atau data yang kita bina mungkin dimusnahkan secara tidak sengaja atau disengajakanPersendirian (privacy) – menjadi isu apabila seseorang memasuki data orang lain dan membaca data itu.Etika – Mungkin sedar atau tidak, kita mempunyai masalah etika jika membenarkan orang lain menggunakan perisian yang hanya kita dibenarkan menggunakannya.

Page 35: BAB ENAM moral kbu

Jenayah Komputer Yang Kerap Berlaku

–Mencuri masa komputer untuk membina perisian samaada untuk kegunaan persendirian atau menjualkannya. –Mencuri, memusnah atau memanipulasi program atau data.–Mengubah data yang disimpan dalam fail komputer.–Menyalin perisian secara tidak sah. (cetak rompak)–Penjenayah komputer dikenali sebagai hacker dan ‘penyeluk poket elektronik’