BAB 5 Komponen Kawalan

35
FPTV, UTHM KAWALAN MOTOR ELEKTRIK (BBV 30103)

description

KAWALAN MOTO

Transcript of BAB 5 Komponen Kawalan

  • FPTV, UTHMKAWALAN MOTOR ELEKTRIK(BBV 30103)

  • BAB 5KomponenKawalan

  • Penyentuh

  • PengenalanMerupakan satu suis peranti elektro-magnetik (geganti) yang digunakan untuk mengawal suis kuasa ataupun mengawal litar.

    Diaktifkan oleh input kawalan dan ianya boleh meninggikan dan merendahkan voltan/arus.

    Terdiri daripada sesentuh utama, sesentuh tambahan dan gegelung penyentuh.

    Digunakan untuk mengawal motor elektrik, pencahayaan, haba , kapasitor dan sebagainya.

  • Simbol Penyentuh

  • Gambarajah Binaan Penyentuh

  • Komponen-komponen Penyentuha) Sesentuh Utama - Pengedalian beban utama. Saiznya besar /tebal mengikut kadaran arus.

    b) Sesentuh bantu - Mengawal litar kawalan. Arus rendah, sesentuh kecil. Bahan diperbuat daripada perak.

    c) Gelong kendalian - Mendapatkan kemagnetan untuk menarik angker dan menarik sesentuh bergerak. Sesentuh terbuka akan tertutup dan sebaliknya.

    d)Teras boleh gerak - Magnet sementara tinggi kecekapannya. Ia menggerakan bar bersilang setelah gelong kendalian keluarkan daya tarikan magnet.

  • sambungane)Teras tetap- Terdiri lapisan keluli. Teras tetap akan jadi elektromagnet setelah gelong kendalian mendapat bekalan dan menarik teras boleh gerak.

    f)Spring menolak- Menolak teras boleh gerak tatkala gelong kendalian diluputkan dan akan membuka sentuhan sesentuh tertutup dan sebaliknya.

    g)Bar bersilang- Terdapat beberapa sesentuh boleh gerak.

  • Terdiri daripada 3 bahagian:

    1.sesentuh utama mengalirkan arus atau memberhentikan arus kepada motor.

    2.sesentuh tambahan mengalirkan arus atau memberhentikan arus kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang lain. 3.gegelung penyentuh nilai voltan mesti sesuai dengan gegelung supaya tenaga magnet kuat untuk menarik angker.

  • PRINSIP OPERASIApabila arus melalui elektromagnetik, medan magnet akan dihasilkan di mana ia akan menarik objek besi tersebut.Kemudian teras pada sesentuh akan menarik kepada teras yang terbuka kepada teras yang tertutup. Gegelung elektromagnetik menghasilkan lebih banyak arus mengikut prinsip kearuhan.

  • sambunganPergerakan sesentuh adalah berkadar dengan pergerakan teras magnet. Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan menghasilkan urat daya magnet yang menarik omboh supaya ia bergerak dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup. Sesentuh-sesentuh suis disambung secara mekanikal ke omboh supaya apabila omboh bergerak kepada keadaan menutup,ia juga akan turut sama tertutup.

  • KebaikanKeburukanBoleh dikawal secara kawalan jauh.

    Boleh memutuskan litar secara automatik jika voltan tergendala atau tiada.

    Alat perlindungan boleh mengendalikan penyentuh dalam keadaan beban lampau atau pintas.

    Bagi penghidup bersaiz besar, ia boleh dikendalikan dalam litar kawalan (arusnya rendah). Maka itu peralatan dalam litar tersebut tidaklah begitu besar. Mahal untuk digunakan dalam pepasangan domestik.

    Terhad kepada beban sederhana sahaja bagi pemasukan bekalan.

    Litar kawalan merupakan kerja tambahan dalam senggaraan.

  • Geganti kawalan

  • Fungsi Geganti berfungsi untuk menghubungkan atau memutus aliran arus elektrik yang dikawal dengan memberikan tegangan dan arus tertentu pada koilnya. Geganti merupakan peranti elektronik yang berfungsi seperti suis

  • Geganti

  • Kendalian Sesebuah geganti mula beroperasi apabila litar lengkap terjadi Arus elektrik yang dibekalkan melalui gegelung

  • KendalianTeras besi akan menjadi magnet disebabkan oleh bekalan arus mengelilinginya yang di bawa oleh gegelung atau koil.

  • KendalianTeras besi yang menjadi magnet akan menarik bilah spring yang asalnya normally close menjadi normally open.

  • KendalianSetelah bekalan diputuskan kemagnetan pada teras besi akan hilang dan akan menyebabkan bilah spring akan menjadi normally close kembali disebabkan oleh spring yang menarik bilah spring.

  • Jenis-jenis geganti

  • Jenis-jenis geganti

  • Geganti Masa

  • PengenalanGeganti lewat masa ialah sejenis alat kawalan yang digunakan supaya mengadakan lewat masa di antara satu bahagian (penyentuh) dengan bahagian (penyentuh) yang lain di dalam litar kawalan. Ianya digunakan untuk menangguhkan masa operasi sesuatu output dalam tempoh masa tertentu.

  • Geganti Masa

    Simbol Geganti Masa

  • Kendalian Geganti Lewat MasaTDOE (Time Delay On Energising) Geganti lewat masa ini berkendali apabila bekalan diberi kepadanya.

    TDODE (Time Delay On De Energising) Geganti lewat masa ini berkendali sebaik sahaja bekalan diputuskan.

  • Jenis-Jenis Geganti Lewat MasaKendalian suhu

    Apabila bekalan diberi kepada gegelung pemanas, suhu akan meningkat menyebabkan dwilogam melengkung dan menolak sesentuh dari sedia tutup (NC) menjadi terbuka dan sedia buka (NO) menjadi tertutup.

  • SambunganKendalian pneumatik dan magnetik

    Semasa gegelung magnet diberi bekalan, gegelung magnet tersebut akan menarik pelucuk (plunger) dan menolak sesentuh dari sedia tutup (NC) menjadi terbuka manakala sesentuh sedia buka (NO) akan tertutup.Pergerakan pelucuk berpandukan berapa cepatnya udara masuk ke ruang udara melalui liang udara.

  • SambunganKendalian motor

    Apabila bekalan kepada gegelung magnet, gegelung magnet tersebut akan menjalankan satu rotor (seperti motor aruhan kecil) dan mengendalikan sesentuh. Semasa rotor berputar satu set gear dan spring akan memberi lewat masa.

  • SambunganKendalian elektronik Semasa bekalan diberi kepada geganti lewat masa jenis ini maka proses mengecas kapasitor bermula. Selepas kapasitor dicas maka voltan di dalamnya akan meningkat. Voltan tersebut digunakan untuk membuka sesentuh sedia tutup (NC) dan menutup sesentuh sedia buka (NO) (seperti transistor, SCR, atau triac). Litar mengecas kapasitor mempunyai satu perintang boleh ubah. Cepatnya kapasitor dicas bergantung kepada nilai rintangannya.

  • GEGANTI BEBAN LEBIH

  • Gambarajah:Geganti beban lampau

    Fungsi-untuk memutuskan litar pemula motor apabila berlakunya lebihan arus pada motor disebabkan terlebih beban. Contoh litar geganti beban lebihPengenalan

  • Jenis-jenis Geganti Beban LampauTerdapat 4 jenis iaitu: a)Kendalian suhu b)Kendalian hidrolik dan kemagnetan c)Kendalian pneumetik dan magnetik d)Kendalian elektronik

  • Kendalian

    Geganti beban biasanya berada dalam keadaan litar tertutup (normally close) yang mana akan terbuka bila berlaku pemanasan apabila arus berlebihan berlaku dalam litar.Geganti yang pada mulanya mempunyai kadar haba yang rendah dan meningkat selaras dengan peningkatan arus pada motor.Kenaikan arus mencapai had arus yang ditetapkan menyebabkan trip berlaku menyebapkan litar berada dalam keadaan terbuka,dan memutuskan arus ke motor .Jika geganti beban lebih terpelantik ia boleh direset dengan menekan butang reset. Geganti beban lebih biasanya mengalami kerosakan apabila komponen bahagian dalamnya terbakar.

  • KESIMPULANKomponen seperti Penyentuh ( Contactor ), Geganti Kawalan ( Control Relay ), Geganti Masa ( Timer Relay ), Geganti Beban Lampau ( Thermal OverLoad Relay) merupakan antara komponen yang digunakan dalam litar kawalan.

  • Sekian,terima kasih

    *