BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau...

15
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013 Maruwiah Ahmat 1 CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 1 CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat Menjelaskan Tamadun awal 3 Perkembangan Tamadun Islam 3.1 Tamadun Zaman Awal 3.2 Tamadun Zaman Pertengahan 3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari 2 Hasil Pembelajaran Kandungan PENGENALAN

Transcript of BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau...

Page 1: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 1

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

1

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat

Menjelaskan Tamadun

awal

3 Perkembangan Tamadun Islam

3.1 Tamadun Zaman Awal

3.2 Tamadun Zaman Pertengahan

3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari

2

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENGENALAN

Page 2: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 2

3

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin:

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634M)

Khalifah Umar al-Khattab (634-644M)

Khalifah Uthman Affan (644-656M)

Khalifah Ali Abi Talib (656-661M)

Mereka meneruskan dakwah baginda dan meletakkan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

4

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 3: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 3

5

Kenapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq dipilih?

As-Sabiqun al-Awwalun

Bersama Nabi

Muhammad ketika Hijrah

Bapa mertua Nabi

Menjadi imam solat

ketika baginda

sakit

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

6

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Lahir pada 572 M (dua tahun selepas Nabi

Muhammad SAW)

Berasal dari suku Taim (Bani Taim).

Bergelar al-Siddiq kerana sifatnya membenarkan

semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

tanpa bantahan termasuk orang yang pertama

mengakui peristiwa Israk dan Mikraj.

Wafat pada 634 M ketika berusia 63 tahun.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 4: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 4

7

Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Tertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad (riddah) (yang enggan membayar zakat) dan nabi palsu.

11 pasukan tentera ditubuh untuk memerangi golongan tersebut.

Ketua-ketua perang yang dilantik terdiri daripada:

Khalid al-Walid Amru al-As

Akramah bin Hisham Muhajir bin Umaiyah

Syurahbil bin Hasanah

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

8

Golongan murtad dan mengaku nabi dipimpin oleh

Musailamah al-Kazzab (Bani Hanifah) di Yamamah

Al-Aswad al-Ansi dari Yaman

Tulaihah al-Asadi (Bani Asadi) dari Yaman

Golongan yang enggan membayar zakat dipimpin oleh

Malik al-Nuwairah di Butah – menganggap zakat sebagai ufti yang dibayar oleh orang Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 5: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 5

9

Bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab – meluaskan pengaruh Islam ke negara-negara jiran seperti Rom, Parsi dan Syria.

Menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke Qudha’ah – tujuan melindungi umat Islam drpd ancaman Rom dan Parsi yang menindas rakyatnya – memudahkan mereka menerima Islam.

Khalid bin Al-Walid dan Muthanna bin Harith ditugaskan menakluk Parsi.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

10

Ketua tentera ke Syria ialah Ubaidah al-Jarrah

dan kemudian Amr al-As ditugaskan menawan

Palestin, Syria pada masa itu ditadbir oleh Hercules

yang menghasut orang Badwi melancarkan

pemberontakan terhadap kerajan Islam.

Yazid bin Abu Sufyan ditugaskan menawan

Damsyik, dan Syurahbil bin Hasanah ditugaskan

menawan Jordan.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 6: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 6

• Al-Quran ditulis pada pelepah tamar, kulit-kulit kayu dan kulit binatang

Mengelakkan kerosakan pada ayat Al-Quran

• Dengan kematian para Huffaz Al-Quran yang terlibat dalam peperangan.

Al-Quran terhapus

• Mengarahkan Zaid bin Thabit untuk dikumpulkan dan disimpan sebagai khazanah negara.

Dihimpun

11

Bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

12

Membelanjakan 6000 dirham setahun untuk rakyat

dan negara.

Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada

beberapa wilayah – Madinah, Mekah, Taif, Syria,

Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat

al-Jandal.

Dilantik seorang gabenor di setiap wilayah dan

Madinah sebagai pusat pentadbiran.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 7: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 7

13

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Dilantik oleh Abu Bakar

sendiri

Kewibawaan Umar

Ketegasan Umar

Bakat kepimpinan

Umar

Kenapa Saidina Umar al-Khattab dipilih selepas

Abu Bakar?

14

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Khalifah Umar bin Al-Khattab

Dilahirkan pada 584 M (13 tahun lebih muda daripada Nabi

Muhammad SAW)

Dari suku Bani Adi – keturunan bangsawan yang disegani di

Makkah.

Seorang yang berani, tegas, berterus-terang dan mempunyai

pemikiran yang tajam.

Pernah menjadi pendamai dan ahli diplomatik pada zaman

jahiliyah.

Menjadi khalifah pada 634 M.

Page 8: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 8

15

Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab 1. Pembaharuan politik

- menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan taklukan Islam dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa luar

- membahagikan pentadbiran negara kepada 8 daerah: Mesir, Madinah, Syria (Syam), Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kuffah, Makkah dan Palestin.

- Di setiap daerah dilantik gabenor yang dikenali sebagai Wali. Gabenor yang dibantu setiausaha, ketua tentera, pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

16

Menubuhkan jabatan (dewan) – Jabatan Tentera, Jabatan Ganjaran dan Agihan, Jabatan Pos, Jabatan Cukai, Jabatan Perbendaharaan Negara. – diketuai oleh Katib (Setiausaha).

Jabatan Kehakiman diletakkan di bawah kadi, kadi dilantik di setiap wilayah untuk melaksanakan undang-undang Islam. Kadi-kadi dilantik secara syura oleh ulama Muhajirin.

Melakukan perluasan wilayah ke Parsi, Syria, Palestin dan Babylon.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 9: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 9

17

2. Ekonomi

Mengambil semula tanah rampasan perang dari tentera dan

menjadikan hak milik negara.

Tentera dibayar gaji dengan 4/5 daripada rampasan perang,

1/5 menjadi hak negara.

Mengembalikan harta rampasan perang kepada tuannya apabila

mereka memeluk Islam.

Memperkenalkan cukai jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah),

dan usyur (cukai perdagangan).

Menggalakkan rakyat membuka tanah baharu untuk pertanian.

Membina dua buah empangan besar: Empangan Abu Musa di

Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

ZAMAN AWAL

18

3. Sosial

Mendirikan rumah persinggahan untuk musafir.

Membayar elaun kepada kaum keluarga Nabi Muhammad

SAW dan balu tentera Perang Badar serta tentera yang

bersara.

Membentuk pasukan keselamatan kampung.

Menyambung usaha Abu Bakar mengumpul Al-Quran.

Mengembangkan pengajian Al-Quran dan menghantar guru

ke kawasan taklukan.

Menubuhkan kemudahan infranstruktur.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 10: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 10

19

Menentukan takwim Hijrah.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a. minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Umar telah memilih tarikh permulaan Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah sebagao permulaan Kalendar Hijrah.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

20

Pendidikan:

Menubuhkan institusi pendidikan di kota-

kota spt. Basrah, Kufah, Fustat.

Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)

Bentuk pendidikan – membaca, menulis,

menghafaz, berenang, menunggang kuda

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 11: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 11

21

Kenapa Saidina Uthman al-Affan dilantik menjadi

khalifah selepas Umar?

Hasil syura masyarakat

Islam

Sifat lemah lembut dan penyantun Uthman

Zun Nurain

Pengorbanan Uthman

terhadap Islam

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

22

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Khalifah Uthman bin Affan

Memeluk Islam melalui Abu Bakar al-Siddiq.

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang

mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi

Muhammad SAW berumur 5 tahun.

Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish

dari Bani Umayyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan

baik hati.

Beliau merupakan antara saudagar yang terkaya di Tanah Arab,

sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani“.

Page 12: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 12

23

Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan

Tidak banyak perubahan melainkan meneruskan

usaha khalifah sebelumnya.

Perluasan wilayah di mana seluruh wilayah Parsi,

Tabristan, Azerbaijan, Armania berjaya ditakluki.

Menubuhkan armada laut Islam pertama untuk

menawan Rom Timur

Abdullah b. Qays Harith – panglima tentera laut

Islam pertama dan pernah melancarkan 50

serangan ke atas tentera Rom.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

24

Sumbangan besar Uthman – penulisan Al-Quran yang sistematik (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)

Ketika orang Sham dan Iraq bersatu dalam sebuah peperangan untuk menakluki Armenia dan Azerbayjan, Huzaifah bin Al-Yaman bertemu dengan Uthman kerana beliau takut tentang perbezaan cara pembacaan Al-Quran antara orang Sham dengan orang Iraq. Huzaifah berkata kepada Uthman: “Wahai ketua penganut-penganut Islam! Selamatkanlah negara ini sebelum mereka berbeza terhadap Kitab (Al-Quran)…...“

Oleh itu, Uthman menghantar satu perutusan kepada Hafsah yang mengatakan: "Kirimkanlah suhuf kepada kami supaya kami dapat menyusun Al-Quran dalam salinan-salinan yang sempurna dan memulangkan manuskrip-manuskrip kepada kamu."

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 13: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 13

25

Setelah penerimaan manuskrip-manuskrip tersebut, Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam untuk menulis semula manuskrip-manuskrip itu dalam salinan-salinan yang sempurna dalam loghat Quraisy.

Ketika mereka telah menulis banyak salinan, Uthman memulangkan manuskrip-manuskrip yang asal kepada Hafsah. Kemudian, Uthman menghantar satu salinan kepada setiap wilayah Islam, dan memerintah bahawa bahan-bahan Al-Quran yang lain, baik ditulis dalam manuskrip cebisan mahupun dalam salinan yang lengkap dibakar.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

26

Termasuk dalam sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura

Sepupu dan menantu Nabi Muhammad

Seorang yang rapat dengan

baginda/tinggal bersebelahan

dengan baginda

Pakar dalam hukum dan

Hadis.

Kenapa Saidina Ali bin Abi Talib dipilih selepas

Uthman?

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 14: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 14

27

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Khalifah Ali Abi Talib

Lahir pada 601 M dan meninggal pada 661 M.

Sepupu dan menantu Nabi Muhammad

SAW selepas mengahwini anak perempuan

baginda iaitu Fatimah.

Beliau merupakan khalifah keempat Khulafa al-

Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M.

Kanak-kanak pertama memeluk Islam.

28

Sumbangan Khalifah Saidina Ali Abi Talib

Kelebihan – pakar selok belok hukum Islam dan banyak menghafal Hadis.

Tidak banyak sumbangan yang dilakukan kerana sibuk mengatasi masalah pemberontakan.

Menyusun pasukan polis (al-Syurtah)

Melengkapkan lagi pasukan bersenjata.

Membina markas tentera di Parsi dan Syria.

Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar.

Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin

Page 15: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePembaharuan politik ... mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi ... sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura Sepupu

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 09/07/2013

Maruwiah Ahmat 15

29

ZAMAN AWAL

Perluasan wilayah Zaman

Rasulullah (SAW) Perluasan wilayah Zaman Khulafa’ Al-Rashidin

AKTIVITI 4 30

Mana soalan

ni?