AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31...

29
PENGURUSAN BENGKEL MANIPULATIF: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN MANIPULATIF DI SALAH SEBUAH SMK LUAR BANDAR AZIMAH BINTI ARBAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31...

Page 1: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

PENGURUSAN BENGKEL MANIPULATIF: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN

MANIPULATIF DI SALAH SEBUAH SMK LUAR BANDAR

AZIMAH BINTI ARBAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran
Page 3: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran
Page 4: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

i

PENGURUSAN BENGKEL MANIPULATIF: PERSEPSI PELAJAR

TERHADAP KAEDAH PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN

MANIPULATIF DI SALAH SEBUAH SMK LUAR BANDAR

AZIMAH BINTI ARBAIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : AZIMAH BINTI ARBAIN

Tarikh : .........................................................

Page 6: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

iii

Dedikasi

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi

memberi aku kekuatan hingga

ke penghujung.

Terima kasih jua ku ucapkan buat

Ibu tersayang, Puan Halimah Mamboo yang sentiasa

mendoakan kesejahteraan ku..

Terima kasih juga kepada

penyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

dan rakan-rakan sepejuangan

yang membantu memberi idea dan pandangan .

Tidak lupa adik-adik ku

serta saudara mara yang memberi

dorongan untuk terus berjuang……

Page 7: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan perhargaan ikhlas kepada penyelia projek,

Dr. Lokman bin Tahir atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang

penyelidikan dijalankan. Penyelidikan ini banyak memberi pengetahuan dan

pengalaman kepada penulis untuk persediaan pada masa hadapan. Tanpa bimbingan

dan tunjuk ajar dari beliau pastinya penyelidik tidak akan berjaya.

Terima kasih juga diucapkan guru kanan ko-kurikulum, En. Samsuddin Bin

Md. Harun dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong, yang

banyak membantu penyelidik mendapatkan kerjasama daripada pelajar-pelajar

mereka. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar adalah amat memuaskan dan

melicinkan lagi kerja penyelidikan yang dijalankan.

Tidak lupa juga perhargaan ini ditujukan kepada pensyarah dan rakan-rakan

terutama dari fakulti pendidikan yang banyak membantu dalam memberi buah fikiran

dan idea yang bernas bagi penyelidik menyiapkan kajian ini.

Terima kasih.

Page 8: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan tiga dan

empat terhadap kaedah pengurusan bengkel manipulatif. Kajian ini telah melibatkan

205 orang pelajar dari sebuah sekolah luar bandar di daerah Kluang. Sekolah yang

dipilih ialah Sekolah Menengah LKTP Belitong, Kluang, Johor. Instrumen yang

digunakan ialah kajian deskriptif berbentuk borang soal-selidik. Data yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science,

Version 15.0). Data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan yang kemudian

dikelaskan kepada empat aspek pengurusan bengkel. Dapatan kajian mendapati

bahawa ciri-ciri keselamatan, kaedah susun atur, kaedah pengendalian peralatan dan

pengurusan peti pertolongan cemas di bengkel kemahiran hidup adalah pada tahap

tinggi. Kajian mengenai kaedah pengurusan bengkel manipulatif mendapati guru-guru

kemahiran hidup perihatin terhadap ciri-ciri keselamatan di bengkel, susun atur

peralatan tangan dan mesin teratur, memberikan tunjuk ajar cara pengendalian

peralatan tangan dan mesin kepada pelajar serta peti pertolongan cemas ada terdapat di

bengkel. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan

kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan.

Page 9: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

vi

ABSTRACT

This research was carried out to study on the achievement of form three and

four student’s perception about forward the management workshop manipulative.

This study involved 205 students among school from out town in Kluang. Which was

Sekolah Menengah LKTP Belitong, Kluang, Johor. The instrument used in this

descriptive study was a set of questionnaires. The collected data were analyzed by

using SPSS software (Statistical Package for Social Science, Version 15.0). Data were

analyzed into mode and percentage, and being categorized into four aspects the of

management workshop. Findings reveled that the characteristic safety, arrange

methods, operation methods and emergency box management in living skill workshop

were at the high level. The research about the management workshop manipulative

methods showed living skill teachers attention about characteristic safety students in

workshop, tool and machine arrange systematic, showing operation tool and machine

for student and emergency box exist in workshop. A few were also recommended for

those who interested to make furthers research.

Page 10: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Singkatan xiii

Senarai Lampiran xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 7

1.6.2 Guru-Guru Kemahiran Hidup 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definasi Istilah 8

Page 11: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

viii

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Pengurusan Bengkel 9

1.8.3 Bengkel Kemahiran Manipulatif 9

1.8.4 Pengurusan 10

1.8.5 Bengkel 9

1.8.6 Kemahiran 10

1.8.7 Kemahiran Hidup 11

1.8.8 Kemahiran Manipulatif 12

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Bengkel Kemahiran Hidup 14

2.3 Kemahiran 15

2.4 Pengetahuan Dan Amalan Pelaksanaan

Keselamatan Di Bengkel 16

2.5 Peraturan-Peraturan Keselamatan Bengkel 18

2.6 Kemahiran Pengendalian Peralatan

Dan Mesin 21

2.7 Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam

Penyusunan Peralatan 23

2.8 Pengurusan Dan Penyeliaan Bengkel 26

2.9 Pertolongan Cemas 27

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Populasi 31

Page 12: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

ix

3.4 Sampel Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Keesahan Soal Selidik 36

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Dan Kajian Rintis 36

3.9 Analisis Data 37

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data Bahagian A 40

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Tingkatan 40

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina 41

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Kursus Kemahiran Hidup 41

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Satu 42

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Dua 45

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Tiga 48

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Empat 51

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 54

4.5 Penutup 54

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan 5

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 54

Page 13: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

x

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan 55

5.3 Perbincangan 59

5.3.1 Apakah Ciri-Ciri Keselamatan

Di Bengkel Kemahiran Hidup

Manipulatif Yang Telah

Diamalkan Oleh Pelajar Ketika

Di Bengkel? 60

5.3.2 Apakah Kaedah Susun Atur Peralatan

Yang Diamalkan Oleh Guru Dan

Pelajar Di Bengkel Kemahiran Hidup

Manipulatif? 62

5.3.3 Adakah Kaedah Pengurusan

Peti Pertolongan Cemas Oleh Guru Di

Bengkel Kemahiran Hidup

Manipulatif? 64

5.3.4 Adakah Kaedah Pengendalian

Peralatan Di Bengkel Oleh Guru

Mengikut Peraturan Yang

Ditetapkan? 65

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 68

RUJUKAN 69

LAMPIRAN A 73

LAMPIRAN B 74

LAMPIRAN C 75

LAMPIRAN D 76

Page 14: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 32

3.2 Skala Likert lima mata (pemberi skor) 33

3.3 Markat skala tiga mata 33

3.4 Perubahan markat dan skala 33

3.5 Peringkatan skor skala likert 36

3.6 Tahap penilaian berdasarkan min 36

4.1 Taburan responden mengikut tingkatan 38

4.2 Taburan responden mengikut jantina 39

4.3 Taburan responden mengikut kursus 39

kemahiran hidup

4.4 Taburan responden mengikut kekerapan,

peratus dan min (ciri-ciri keselamatan

di bengkel kemahiran hidup manipulatif

yang telah diamalkan pelajar ketika di bengkel) 40

4.5 Taburan responden mengikut kekerapan,

peratus dan min (kaedah susun atur peralatan

yang diamalkan oleh guru dan pelajar

di bengkel kemahiran manipulatif) 43

4.6 Taburan responden mengikut kekerapan,

peratus dan min (Kaedah pengurusan

peti pertolongan cemas yang diamalkan oleh

guru di bengkel kemahiran manipulatif) 46

Page 15: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

xii

4.7 Taburan responden mengikut kekerapan,

peratus dan min (kaedah pengendalian

peralatan di bengkel oleh guru mengikut

peraturan yang ditetapkan) 49

4.8 Purata keseluruhan penguasaan kaedah

pengurusan bengkel KMT 51

5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian

terhadap persepsi pelajar terhadap kaedah

pengurusan bengkel manipulatif disalah

sebuah sekolah menengah kebangsaan

luar bandar 55

5.2 Kaedah pengurusan di bengkel kemahiran

hidup manipulatif 56

Page 16: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

ERT Ekonomi Rumah Tangga

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KMT Kemahiran Manipulatif Teknikal

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LKTP Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

SPSS Statistical Package for the Social Science

Page 17: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat pengesahan pelajar Fakulti

Pendidikan daripada Universiti

Teknologi Malaysia 71

B Surat kebenaran untuk menjalankan

kajian Daripada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP) 72

C Surat kebenaran bagi menggunakan

sampel kajian di sekolah menengah di

bawah Jabatan Pendidikan Johor. 73

D Borang soal selidik Bahagian A dan

Bahagian B 74

Page 18: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepentingan mata pelajaran vokasional terhadap kemajuan teknologi masa kini

memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat menerusi penggunaan teknologi

canggih di dalam segala bidang termasuk industri makanan, pembinaan, perubatan

juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

hidup merupakan satu daripadanya. Mata pelajaran kemahiran hidup membekalkan

pengetahuan asas vokasional dan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989).

Pengetahuan dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup dikalangan pelajar

amat perlu diambil perhatian agar negara mempunyai pekerja mahir di masa

hadapan. Pendidikan masa kini perlu menerapkan kombinasi dunia pekerjaan

dengan pendidikan di sekolah sebagai persediaan kepada pelajar sebelum

menghadapi alam pekerjaan. Sebagai seorang guru kemahiran hidup tidak terlepas

daripada landasan penganjakan era kemajuan teknologi masa kini.

Kemahiran hidup adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) yang dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar

Page 19: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

2

menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik. Mata

pelajaran kemahiran hidup juga bermatlamat untuk membolehkan murid-murid celik

teknologi serta memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alatan

tangan dan bahan. Secara keseluruhan, mata pelajaran ini adalah bercorak amali dan

teori diajar dalam tahap menengah rendah di sekolah-sekolah menengah di seluruh

Malaysia. Dari segi falsafahnya, mata pelajaran kemahiran hidup bertujuan untuk

membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat

negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara ini.

Secara tidak langsung, menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar supaya peka

kepada perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan

masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan

teknologi. Melalui mata pelajaran kemahiran hidup, kerja praktis dan amali

membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang

mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah (serta

boleh mereka cipta). Hasil penguasaan kemahiran dapat membantu pelajar-pelajar

mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada

kemajuan teknologi. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)

Dari segi pembahagian mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu terbahagi

kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras wajib

diambil oleh semua pelajar tingkatan satu hingga tiga iaitu rekabentuk dan teknologi,

bahagian pilihan dua pula mengandungi empat bidang iaitu kemahiran teknikal,

ekonomi rumah tangga, pertanian dan perdagangan dan keusahawanan. Di sekolah

pelajar telah diwajibkan mengambil hanya satu bidang sahaja iaitu diperingkat

menengah rendah, daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Bengkel kemahiran

hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel kemahiran manipulatif,

bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Diantara ketiga-tiga bengkel

ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan paling sukar

penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di

samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis

bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel

elektrik dan elektronik serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Page 20: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru-guru kemahiran hidup di setiap sekolah dipertanggungjawabkan untuk

mengurus dan menyelenggara bengkel kemahiran manipulatif. Menurut Yahya

(1989), kejayaan seorang pengurus bengkel banyak bergantung kepada pengetahuan,

kebolehan dan kepakarannya yang diperlukan dalam pengurusan. Empat perkara

penting dalam pengurusan iaitu perancangan, penyusunan atau organisasi,

pengarahan dan pengawalan. Kelemahan dalam menguasai pengendalian alatan dan

mesin di dalam bengkel kemahiran hidup manipulatif juga turut mengundang bahaya

apabila melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel bengkel kemahiran

manipulatif. Oleh sebab itu, amatlah penting pengetahuan dan kemahiran dalam

menguasai ilmu pengendalian alatan dan mesin bagi melindungi keselamatan diri

untuk mengelakkan kemalangan. Kebanyakan kerja-kerja amali mata pelajaran

kemahiran hidup dijalankan di dalam bengkel, segala peralatan dan kelengkapan

yang terdiri di bengkel memerlukan perlaksanaan pengurusan bengkel yang cekap

dan bersistematik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

dengan berkesan.

Menurut laporan Nazir sekolah (2002), mendapati kelemahan-kelemahan

yang perlu diatasi dalam pengurusan bengkel kemahiran hidup ialah kesediaan guru-

guru dalam menghadapi mata pelajaran kemahiran hidup, masalah kurang

pendedahan yang khusus, masalah kelengkapan, kesesuaian bengkel dan masalah

kurang pendedahan dan penyeliaan bengkel. Laporan pengesahan kemahiran hidup

bersepadu sekolah menengah (2002), menyatakan bahawa kemudahan yang

disediakan dalam bengkel kurang memuaskan, alat-alat tambahan tidak dikemaskan

dan tidak diurus dengan sistematik, guru kurang kepakaran dalam pengendalian

bengkel, tugas dan tanggungjawab panitia kemahiran hidup kurang jelas serta tidak

difahami oleh guru kemahiran hidup. Di samping itu, peraturan-peraturan

pengurusan bengkel tidak dipamerkan, jadual tugas pelajar selepas kerja amali juga

tidak disediakan. sistem penyimpanan stok tidak dikemaskini dan tindakkan

pelupusan terhadap alatan rosak tidak dibuat. Malahan terdapat aspek keselamatan

bengkel tidak dititikberatkan, alat pemadam api tidak diselenggarakan dan peti

Page 21: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

4

pertolongan cemas tidak disediakan, keceriaan bengkel belum diberi perhatian dan

tiada rekod peminjaman peralatan bengkel.

Kajian oleh Khairul (2003) pula mendapati guru kemahiran hidup kurang

mahir dalam aspek membaikpulih atau memperbaiki mesin dan peralatan, melakukan

pelarasan atau pelinciran peralatan dan mesin. Manakala dari segi kemahiran lebih

dari separuh guru kemahiran hidup untuk melakukan proses merekod, mengemas

kini buku stok dan iventori, penyenggaraan bengkel, mengasah mata pahat,

penyediaan bahan untuk kelas dan menyusun atur alatan, serta bahan adalah berada

pada tahap sederhana. Menurut beliau lagi, di dalam bengkel kemahiran manipulatif,

peralatan-peralatan seperti tukul, gergaji, pahat, pemutar skru, paku dan skru yang

tajam dan berbahaya boleh menyebabkan kecederaan. Terdapat juga bahan mudah

terbakar seperti thinner, spirit dan terpentine yang tidak diuruskan dan dikendalikan

dengan selamat. Bahan-bahan tersebut memerlukan tempat simpanan yang khusus

dan penggunaan yang berhati-hati untuk menggelakkan risiko kebakaran. Di

samping itu alatan kecil seperti pen ujian begitu menarik perhatian pelajar dan

berisiko kehilangan adalah tinggi.

Menurut Nelson (2004) pula, kemalangan berlaku biasanya adalah

disebabkan oleh dua punca kecuaian iaitu kecuaian manusia dan punca daripada

keadaan peralatan dan mesin serta keadaan kerja. Walaubagaimanapun, semua

kemalangan boleh dielakkan dengan langkah-langkah penghindaran kemalangan.

Oleh sebab itu, sebelum sesuatu kemalangan yang merugikan berlaku langkah-

langkah pencegahan kemalangan perlu diambil secara drastik.

Persoalan yang timbul sekarang, adakah ciri-ciri keselamatan bengkel

kemahiran hidup diamalkan oleh pelajar? Adakah kaedah susun atur peralatan

diamalkan oleh pelajar dan guru? Seterusnya adakah kaedah pengurusan pertolongan

cemas di bengkel kemahiran hidup manipulatif? Serta adakah kaedah pengendalian

peralatan di bengkel mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, sebagai

menjawab persoalan yang timbul maka kajian yang dijalankan adalah untuk

Page 22: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

5

mengetahui persepsi pelajar-pelajar terhadap kaedah pengurusan bengkel kemahiran

manipulatif oleh guru-guru kemahiran hidup di sekolah luar bandar. Kaedah

pengurusan bengkel yang baik perlu dilaksana dan diamalkan oleh guru-guru

kemahiran hidup.

1.3 Penyataan Masalah

Pengurusan bengkel sangat diperlukan dalam proses pembelajaran di dalam bengkel.

Jika perlaksanaannya kurang dan tidak cekap dilakukan maka ianya secara tidak

langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran amali di dalam

bengkel. Guru-guru dan pelajar-pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang

sepenuhnya terhadap kerja-kerja amali yang dilakukan. Dengan ini usaha untuk

membekalkan asas kemahiran hidup vokasional kepada pelajar akan terganggu

disebabkan masalah-masalah berikut.

Dari masalah yang dinyatakan, penyelidik merasakan perlu dilakukan

penyelidikan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar

mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu dalam pengurusan bengkel kemahiran

hidup di sekolah menengah luar bandar di daerah Kluang. Kajian ini bertujuan untuk

mendapatkan maklumat tentang kaedah pengurusan bengkel yang diamalkan guru-

guru kemahiran hidup di sekolah menengah luar bandar di daerah Kluang dari

konteks pelajar terhadap guru mereka.

Page 23: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dilakukan adalah:

1. Mengenalpasti ciri-ciri keselamatan dibengkel kemahiran hidup yang

diamalkan pelajar.

2. Mengenalpasti kaedah susun atur peralatan di bengkel kemahiran hidup

yang diamalkan oleh guru atau pelajar.

3. Mengenalpasti kaedah pengurusan peti pertolongan cemas di bengkel

kemahiran hidup yang diamalkan oleh guru.

4. Mengenalpasti kaedah pengendalian peralatan di bengkel oleh guru dan

pelajar di bengkel kemahiran hidup.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah.

1. Apakah ciri-ciri keselamatan dibengkel kemahiran hidup manipulatif

yang telah diamalkan oleh pelajar ketika di bengkel ?

2. Apakah kaedah susun atur peralatan yang diamalkan oleh guru dan

pelajar di bengkel kemahiran hidup manupulatif ?

3. Adakah terdapat kaedah pengurusan peti pertolongan cemas oleh guru di

bengkel kemahiran hidup manupulatif ?

4. Adakah kaedah pengendalian peralatan di bengkel oleh guru mengikut

peraturan yang ditetapkan ?

Page 24: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

7

1.6 Kepentingan Kajian

Bengkel kemahiran manipulatif perlu dilaksanakan sebaiknya oleh guru-guru

kemahiran hidup kerana perlaksanaan bengkel yang cekap dan sempurna akan

memudahkan proses pengajaran pembelajaran dan objektif mata pelajaran kemahiran

hidup akan dapat dicapai mengikut perancangan pengajaran dan pembelajaran.

Kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru-guru kemahiran hidup bagi

mengatasi masalah pengurusan dan penyelenggaraan bengkel kemahiran hidup

terutama di bengkel kerja kayu, kerja paip serta elektrik dan elektronik.

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Diharapkan agar pihak kementerian dapat membantu dalam mencari pendekatan

yang lebih sesuai bagi mengatasi masalah guru-guru kemahiran hidup dalam

pengurusan bengkel manipulatif. Dengan demikian suasana pembelajaran yang lebih

berkesan dan lebih efektif dapat dilakukan.

1.6.2 Guru-Guru Kemahiran Hidup

Adalah diharapkan juga kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru

kemahiran hidup dalam pengurusan bengkel Kemahiran Manipulatif Teknikal

(KMT) supaya membaiki kelemahan yang ada dalam sistem pengurusan bengkel

kemahiran manipulatif bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 25: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

8

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada pelajar di sekolah menengah luar bandar

yang dipilih sahaja. Sekolah yang dipilih adalah sebuah sekolah di kawasan felda di

daerah Kluang, Johor. Kajian ini hanya melibatkan sampel yang terdiri daripada

pelajar-pelajar tingkatan tiga dan empat sesi 2007/2008 di sekolah berkenaan.

Pemilihan pelajar-pelajar tingkatan tiga dan empat dibuat berdasarkan pengalaman

yang telah dilalui semasa menggunakaan bengkel semasa proses kerja amali

dijalankan. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada kaedah pengurusan bengkel

Kemahiran Manupulatif Teknikal (KMT) dari segi ciri-ciri keselamatan di bengkel,

kaedah pengurusan peralatan, kaedah pengendalian peralatan dan pengurusan peti

pertolongan cemas.

1.8 Definasi Istilah

Terdapat beberapa konsep istilah yang perlu diberikan penjelasan dengan lebih

terperinci dan tepat supaya dapat mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku dan

mudah pembaca untuk memafaatkan kajian yang dijalankan. Diantara definisi

perkataan yang terlibat ialah:

1.8.1 Persepsi

Menurut Ahmad Shukri (2002), persepsi didefinisikan sebagai proses kognitif

atau mental yang kompleks melibatkan aktiviti-aktiviti memilih maklumat daripada

persekitaran oleh deria, kemudian menyusunnya berdasarkan prinsip-prinsip yang

tertentu dan seterusnya membuat taksiran terhadap maklumat-maklumat tersebut

Page 26: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

9

untuk memberi makna terhadap persekitaran yang dilihatnya serta untuk menentukan

realiti dirinya dalam persekitaran berikut. Manakala menurut John et. al (1983),

persepsi adalah sesuatu penilaian mental terhadap sesuatu perkara. Maidin (1994)

pula, merumuskan perkataan persepsi ini membawa maksud tanggapan, pandangan

atau perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara mengikut pengetahuan yang ada

pada seseorang itu. Ini bermakna di dalam konteks kajian ini, persepsi merujuk

kepada pandangan pelajar-pelajar terhadap pengurusan bengkel yang telah diamalkan

oleh guru-guru mereka.

1.8.2 Pengurusan Bengkel

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), pengurusan bengkel adalah

melibatkan dari segi peraturan dan keselamatan ditempat kerja, etika kerja,

pengurusan bengkel dan penyenggaraan. Ini membuktikan guru-guru bukan hanya

perlu mengajar dan mendidik tetapi perlu menguruskan bengkel kemahiran hidup.

1.8.3 Bengkel Kemahiran Manipulatif.

Bengkel Kemahiran Manipulatif merupakan salah satu dari bengkel-bengkel untuk

mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel Kemahiran Manipulatif ialah bengkel di

mana dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, tajuk kerja kayu, kerja logam, kerja

paip, kerja elektrik elektronik, kerja pertanian, kerja lukisan teknik, kerja enjin

dilaksanakan di bengkel ini. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

Page 27: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

10

1.8.4 Pengurusan

Brech (1957) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses sosial. Proses ini

terdiri daripada perancangan, kawalan, koordisasi dan motivasi. Manakala Henry

Fayol (1957) berpendapat bahawa untuk mengurus adalah meramal dan merancang,

mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Dalam kajian ini,

pengurusan perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan matlamat organisasi

dicapai dengan bantuan pelajar-pelajar semasa berada di dalam bengkel kemahiran

hidup. Menurut Robbins (1996),

“The process of cordinating and integrating work activities so they’re completed

effeciently and effectively with and through other people and functions activities of

planning, organizing, leading and controlling”

1.8.5 Bengkel

Bengkel ialah sebuah tempat, ruang atau bilik yang digunakan untuk

melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali. Proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. Terdapat ruang-ruang

khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruang-ruang ini hendaklah dilengkapi

dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1992)

1.8.6 Kemahiran

Kemahiran bermaksud kecekapan, kepandaian untuk mengerjakan sesuatu

atau boleh diistilahkan sebagai kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi

Page 28: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

11

terutamanya hasil daripada latihan dan amalan secara berterusan dan berulang-ulang

(Kamus Dewan, 2004). Kemahiran merupakan ilmu khusus yang ada pada

seseorang yang membolehkan mereka membuat sesuatu dengan baik. Kemahiran

tidak datang dengan sendiri tetapi perlu dipelajari dan dilatih. Dalam kontek kajian

ini, kemahiran dirujuk kepada keupayaan seseorang guru untuk mengaplikasikan

ilmu pengetahuan dalam bidang teknikal serta dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, di samping kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, inovatif dan

inventif. Ia juga memperlihatkan kemampuan guru melakukan pengurusan bengkel

kemahiran hidup.

1.8.7 Kemahiran Hidup

Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru

Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni

Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan dan

Keusahawanan). Kemahiran hidup adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu

dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan

hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks

dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada

pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang

dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti

membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka. (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2003). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), kemahiran

hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi. Satu

kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan.

Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak

mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan

yang kompleks dan sentiasa berubah. Dalam Kemahiran Hidup, ia merujuk kepada

kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut.

Page 29: AZIMAH BINTI ARBAIN · BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 29 3.2 Rekabentuk Kajian 30 3.3 Populasi 31 ... juga penerokaan dasar bumi, laut dan angkasa lepas. Mata pelajaran kemahiran

12

1.8.8 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Manipulatif adalah salah satu dari komponen dalam

matapelajaran Kemahiran Hidup. Komponen ini merangkumi teknik operasi, alat

peralatan elektronik, mekanikal yang mudah dan teknologi bahan. Antara aktiviti

yang dijalankan oleh pelajar ialah kerja buat sendiri yang mudah berkaitan dengan

binaan, pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dan unsur-unsur pengurusan

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1992). Kemahiran Manipulatif membekalkan

pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktis di dalam bidang teknologi.

Tujuannya ialah untuk membolehkan pelajar berfungsi secara berkesan dalam

masyarakat yang berorientasikan teknologi khususnya di tempat tinggal dan di

tempat kerja kelak (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

1.9 Penutup

Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memasukkan mata

pelajaran Kemahiran Hidup ke dalam kurikulum sekolah merupakan satu langkah

yang tepat memandangkan negara Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Dengan mata pelajaran ini, pelajar dapat menguasai kemahiran asas melalui kerja-

kerja amali yang dijalankan di dalam bengkel.

Oleh itu bengkel merupakan satu keperluan yang amat penting dalam

perlaksanaan mata pelajaran kemahiran hidup. Perlaksanaan pengurusan bengkel

kemahiran hidup yang sempurna penting supaya segala keperluan pengajaran dan

pembelajaran yang terdapat di dalam bengkel dapat berfungsi apabila diperlukan. Ini

adalah penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, selamat

dan mampu menarik minat pelajar.